GARIS PANDUAN PENYEDIAAN RANCANGAN MALAYSIA KE SEPULUH (RMKE-10) NEGERI SEMBILAN

dokumen-dokumen yang mirip
KANDUNGAN II. KE ARAH 2020: LIMA BELAS TAHUN PERTAMA, Modal Insan: Pendidikan, Inovasi dan Nilai 7. Kesaksamaan Sosioekonomi 10

Oleh : Y. BHG. DATO MANGSOR BIN SAAD PENGERUSI EKSEKUTIF SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

MALAYSIA RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG KETIGA

DASAR DASAR PERTANIAN (DPN) DPN1 ( ) DPN2 ( ) DPN3 ( ) LATARBELAKANG SEKTOR PERTANIAN NEGARA

3.0 ARAH PEMBANGUNAN STRATEGIK

NO. SOALAN: 41 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS, DEWAN RAKYAT LISAN PERTANYAAN

Laporan Kesejahteraan Rakyat Malaysia 2013

Pengenalan 2. Visi Misi Objektif 3. Strategi- Strategi Utama Pelan Strategik Sumber Manusia Universiti Malaysia Pahang

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT DATO' SERI REEZAL MERICAN BIN NAINA MERICAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

dan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

1 P a g e Hak Cipta MyHSR Corporation Sdn Bhd

1. Pengenalan Jelaskan secara ringkas tentang latar belakang pembangunan ekonomi di negara kita.

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA SEJARAH Kertas 3 Ogos 2017 UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

koridor pembangunan sabah _160

menyatakan keadaan ekonomi di Malaysia. Apakah langkah-langkah yang Kedudukan ekonomi negara terus menunjukkan prestasi yang

Koperasi Pengangkutan

Daya Saing Koperasi. Meningkatkan. Melalui Kerjasama Strategik DIMENSIKOOP

BAB 7 KESIMPULAN. Kajian ini bertujuan melihat perbandingan implementasi intervensi sosial melalui

MENYEDIAKAN PERUMAHAN DAN PERKHIDMATAN BANDAR YANG BERKUALITI

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

UNIT KHAS PROGRAM PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI MASYARAKAT INDIA JABATAN PERDANA MENTERI

SENARAI JADUAL DAN CARTA

SKW 101 Pengantar Perancangan dan Pengurusan Pembangunan

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Bil 04/2010 Edisi APRIL

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA DATUK WIRA HAJI AHMAD BIN HAMZAH

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA BERTULIS TUAN SU KEONG SIONG [IPOH TIMOR] (ISNIN) 219

MANIFESTO PRU 14 CAMERON HIGHLANDS

Koperasi Perkasa Ekonomi Belia

Membudayakan Kecemerlangan Dalam Perkhidmatan Awam

INDUSTRI AGROMAKANAN DALAM PEMBANGUNAN EKONOMI KOPERASI

AWAS!! Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah tidak bermaruah dan TIDAK DIBERKATI ALLAH Hakcipta Terpelihara

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

Visi Peneraju utama pemasaran makanan dan hasil pertanian. Misi Membangun rantaian pemasaran makanan dan hasil pertanian yang cekap dan berkesan bagi

DASAR PENGGUNA NEGARA (DPN)

MEMPERKAYAKAN KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN

MGM3101 Prinsip Pengurusan 3 (3+0) Prasyarat: Tiada Kursus ini merangkumi teori, prinsip, teknik dan kaedah pengurusan organisasi.

NO. SOALAN: 26 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN LISAN DARIPADA TUAN NGA KOR MING TARIKH 3 APRIL 2017 RUJUKAN 9691

SEPINTAS LALU GERAKAN KOPERASI MALAYSIA

komuniti jaya diri merupakan proses Kekuatan sesebuah komuniti akan diperkukuhkan lagi melalui kerjasama dan penglibatan ahli Komuniti seolah-olah

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI

PENGURUSAN STRATEGIK KOPERASI POLIS DIRAJA MALAYSIA BERHAD

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

KEMUDAHAN BEKALAN AIR : PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN: LANGKAH PERTAMA KE ARAH MISI NASIONAL

PENGAJIAN TINGGI NEGARA BAB MEMBUDAYAKAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PELAN STRATEGIK PENGAJIAN TINGGI NEGARA BAB 8 MEMBUDAYAKAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

TERMA ASAS RUJUKAN PERUNTUKAN PERKHIDMATAN PROFESIONAL BAGI KAJIAN KEMUNGKINAN PENGGUBALAN AKTA STANDARD KESELAMATAN SIBER

TAJUK 12 Dasar-dasar Pembangunan Negara

PERANCANGAN ORGANISASI PENDAHULUAN TUJUAN LATAR BELAKANG ASAS PERTIMBANGAN (RASIONAL) LANGKAH PERANCANGAN STRATEGIK VISI MISI ISU ISU UTAMA

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PENYATA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

بسم هللا الرحمن الرحيم

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

PNB MENERBITKAN LAPORAN TAHUNAN AWAM JULUNG KALI BAGI TAHUN KEWANGAN 2017 POSITIF TERHADAP PROSPEK 2018

MEMESATKAN PERDAGANGAN PENGEDARAN

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

PANDUAN RANCANGAN PERNIAGAAN TAHUN 2015

HASIL PEMBELAJARAN. Menerangkan hubung kait antara pembangunan ekonomi dengan hubungan etnik di Malaysia.

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA : Y.B. DR. HAJAH SITI MARIAH BINTI MAHMUD (KOTA RAJA)

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

DASAR INOVASI DAN DAYA KEUSAHAWANAN DALAM PENGALAMAN PEMBELAJARAN MENYELURUH PELAJAR UKM

TEKS UCAPAN ALUAN PENDAFTAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SAMBUTAN HARI KUALITI DAN INOVASI PERKHIDMATAN UPM TAHUN NOVEMBER 2014

OSS Case Study. Sistem Penggiliran Agensi Pelancongan (SPAP)

Akaun Semasa Mudarabah

CABARAN KOPERASI DALAM MELAKSANAKAN AKTIVITI PERNIAGAAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Model Pengurusan Strategik

Bab 7: Struktur Sistem

DASAR DAN PRINSIP PERANCANGAN DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM PROGRAM PENGAJIAN JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Prinsip Pembangunan Komuniti

BAB I PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KESTABILAN EKONOMI MAKRO UNTUK PERTUMBUHAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Pendahuluan 3. Latar Belakang KOOP MKM 7 VISI & MISI 7. ISU dan Cabaran 8. Prestasi KOOP MKM Peta Strategi 10.

Pembangunan Ekonomi Malaysia

TEKS UCAPAN MAJLIS MAKAN MALAM DAN PERASMIAN KONVENSYEN TRANSFORMASI MODAL INSAN MIKRO KREDIT : MEMPERKASAKAN EKONOMI ANGGOTA KOPERASI OLEH

PELAKSANAAN PELAN LATIHAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 7 Taburan Penduduk. Bab 7-Taburan Penduduk

TINGKATAN 5 EKONOMI BAB 1: EKONOMI DAN KERAJAAN

POLISI LATIHAN DAN PEMBANGUNAN STAF UNIMAS

8.0 PENILAIAN KEMAMPANAN

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA BAHAGIAN UKUR BAHAN DAN PENGURUSAN KONTRAK LAPORAN PENUH CABARAN INOVASI JPS 2011 SISTEM UNIT TENDER

Dr. Che Rosli bin Che Mat [Hulu Langat]

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. dasar-dasar yang menjadi landasan pendidikan sains dan teknologi;

PERANCANGAN STRATEGIK UITM CAWANGAN JOHOR

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN BUKAN LISAN MESYUARAT PERTAMA. PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

3 JUN 2016 (JUMAAT) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) KUALA LUMPUR

UCAPAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN

Transkripsi:

GARIS PANDUAN PENYEDIAAN RANCANGAN MALAYSIA KE SEPULUH (RMKE-10) NEGERI SEMBILAN Tujuan Dokumen ini menetapkan garis panduan mengenai penyediaan Rancangan Malaysia Ke Sepuluh (RMKe-10), 2011-2015. Tujuan dokumen ini adalah untuk mendapatkan cadangan program dan projek RMKe-10 daripada Jabatan/Badan Berkanun/Pejabat Tanah/Daerah dan Unit. Dasar dan Strategi RMKe-10 2. Negeri Sembilan sedang melangkah ke arah fasa pertengahan 5 tahun dalam usahanya mencapai matlamat negeri maju pada tahun 2020 dengan kehidupan masyarakat berteraskan kepada Adat Perpatih dan budaya tempatan. Dengan yang demikian, cabaran utama RMKe-10 ialah melonjakkan prestasi dan kemampuan negeri ke tahap yang lebih cemerlang untuk mendepani cabaran semasa di sebalik perubahan persekitaran yang semakin tidak menentu. 3. Negeri Sembilan berhasrat mengukuhkan daya saing dan daya tahannya dengan mempelbagaikan aktiviti ekonomi berasaskan pengetahuan melalui usaha memfokuskan kepada 3 sektor iaitu perkhidmatan, pengeluaran dan pertanian. Ketiga-tiga sektor berkenaan akan dirangsang dengan pembentukan modal insan yang berintegriti dan berkemahiran, teknologi ICT yang menepati keperluan semasa dan infrastruktur yang efisien dan menyeluruh. 4. Dalam masa yang sama, ketika usaha digiatkan untuk mencapai status negeri maju, Negeri Sembilan menyedari masih terdapat sekelompok rakyat yang miskin dan masih memerlukan bantuan. Oleh yang demikian, Negeri Sembilan berhasrat memperkemaskan Dasar Jaringan Keselamatan Sosial dengan penyediaan bantuan dan peluang untuk meneruskan kelangsungan hidup seterusnya keluar daripada kepompong kemiskinan. Penekanan juga diberikan kepada pengagihan hasil ekonomi secara saksama kepada rakyat melalui slogan Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan oleh YAB Perdana Menteri. Usaha-usaha ini akan digiatkan untuk mengekal dan mempertingkatkan taraf kualiti hidup rakyat Negeri Sembilan.

5. Teras utama RMKe-10 ialah mempertingkatkan, mempelbagaikan dan memperkukuhkan aktiviti ekonomi negeri dengan cara menyeimbangkan pembangunan di bandar dan luar bandar seluruh Negeri Sembilan. Bandarbandar kecil yang berpotensi sebagai nukleus/nodus pembangunan baru akan dibangunkan secara beransur-ansur. Pembangunan dalam RMKe-10 akan mempertingkatkan tumpuan kepada beberapa bidang strategik iaitu pelancongan, perindustrian, pertanian, pembangunan modal insan yang berintegriti dan berkemahiran, bioteknologi, penyediaan teknologi ICT yang menepati kehendak semasa dan pembangunan usahawan Bumiputera yang berdaya saing. Perspektif Ekonomi Makro 6. Dalam tempoh RMKe-10, teras dasar ekonomi negeri akan tertumpu kepada usaha menyeimbangkan pembangunan bandar dan luar bandar dengan penekanan kepada sektor pelancongan, perindustrian dan pertanian. Negeri Sembilan berhasrat menggalakkan pembangunan sektor perkhidmatan yang boleh mencipta rantaian barangan dan perkhidmatan yang mempunyai nilai yang ditambah. Dengan cara ini, Kerajaan Negeri berharap akan mencapai purata 7.5 8 % pertumbuhan KDNK Negeri pada setiap tahun. Pengurusan fiskal dan kewangan yang cekap dan berhemat akan ditekankan. 7. Pembangunan modal insan yang berintegriti dan mahir akan terus menyokong ke arah mencapai negeri maju. Negeri Sembilan berhasrat memperkukuhkan pengajian Islam dan moral dengan pembangunan institusi latihan berasaskan kemahiran tinggi di setiap daerah. Penyediaan infrastruktur dan operasi pengangkutan awam dan logistik juga akan diberi tumpuan khusus bagi mencapai pembangunan mapan dan lestari. Dalam hal ini, Negeri Sembilan berhasrat mengurangkan pembangunan berselerak (urban sprawl) terutama di kawasan bandar dan menyediakan infrastrukur pengangkutan awam yang efisien sama ada di bandar dan luar bandar untuk menyokong sistem pengangkutan awam yang berdaya-maju.

Agenda khusus 8. Usaha-usaha penggalakan penyertaan usahawan Bumiputera dalam sektor pembuatan, pertanian dan pelancongan akan terus dipertingkatkan. Dalam hal ini, peluang untuk penyertaan dalam National Feedlot Centre dan rantaiannya dan Halal Hub di Pedas akan ditingkatkan bagi mencapai hasrat melahirkan 4,300 usahawan Bumiputra yang berjaya menjelang 2015. 9. Dalam aspek pembasmian kemiskinan, usaha akan ditumpukan kepada pembasmian kemiskinan bandar dan luar bandar. Peluang yang luas akan disediakan kepada golongan berpendapatan rendah untuk mengurangkan jurang pendapatan di kalangan rakyat negeri ini. 10. Dalam aspek pembangunan wilayah, pembangunan seimbang di antara bandar dan luar bandar akan ditekankan. Pekan-pekan kecil yang berpotensi dibangunkan sebagai pusat pertumbuhan baru akan dikenal-pasti bagi memastikan kawasan Negeri Sembilan Timur dan Selatan dibangunkan untuk menyeimbangi kepesatan pembangunan di Negeri Sembilan Barat. Pembangunan Sektoral 11. Sektor perkhidmatan akan menjadi peneraju pertumbuhan ekonomi sesebuah negeri maju. Justeru, penekanan yang khusus akan diberikan kepada usaha memajukan dan mempertingkatkan daya saing sektor kecil perkhidmatan terutamanya pelancongan di samping sektor-sektor lain seperti kewangan, perbankan dan insurans, perdagangan, pengedaran, pendidikan, komunikasi dan perkhidmatan profesional. Dalam hal ini, Negeri Sembilan berhasrat mencapai sasaran 30% daripada KDNK negeri disumbangkan melalui sektor kecil pelancongan manakala 25% disumbangkan oleh sektor-sektor kecil perkhidmatan lain. Oleh yang demikian, bagi mencapai hasrat berkenaan, promosi pelancongan akan dipertingkatkan bagi menarik pelancong yang berpotensi, memberi daya tarikan dan gambaran mengenai Negeri Sembilan, menjadikan Port Dickson sebagai destinasi yang bertaraf dunia selaras dengan statusnya sebagai Pantai Peranginan Negara, memantapkan penawaran pelbagai produk pelancongan sedia ada di setiap daerah, menyediakan maklumat terkini dan tepat sebagai rujukan untuk menggubal dasar dan memastikan sumber manusia yang kompeten dalam pengurusan pelancongan.

12. Sektor pembuatan adalah sangat penting bagi mempercepatkan pertumbuhan dan peningkatan eksport khususnya untuk menggiatkan usaha menarik pelaburan langsung asing dan tempatan. Di samping itu, pembuatan penting untuk meningkatkan produktiviti agar terus dapat bersaing di dengan negeri-negeri yang mempunyai sektor perindustrian yang berjaya seperti Pulau Pinang, Selangor dan Johor. Strategi objektif yang telah dikenal pasti bagi mencapai hasrat berkenaan ialah mencari kaedah dan satu tujuan baru pembangunan perindustrian antaranya, dengan meneroka lebih jauh potensi industri bioteknologi dengan menjadikan Nilai sebagai pusat pengeluaran dan aktiviti hiliran manakala Jelebu sebagai pusat aktiviti huluan yang dikenali sebagai Lembah Bio. Negeri Sembilan juga berhasrat memberi penekanan kepada perindustrian yang mempunyai nilai ditambah. Persekitaran yang mesra perniagaan dan pemerkasaan IKS juga dikenal-pasti akan diberi tumpuan dalam RMKe-10. 13. Sektor pertanian terus menjadi antara enjin pembangunan utama negeri selain daripada sektor perkhidmatan dan perindustrian. Bagi mencapai hasrat sebagai kebun bagi Lembah Klang, Negeri Sembilan berhasrat untuk mencapainya dengan meningkatkan pengeluaran padi daripada 20% kepada 40% keperluan sara diri pada tahun 2013, mewujudkan TKPM/Ladang Rakyat di setiap daerah, menggalakkan penyertaan usahawan tani dan syarikat swasta dalam pengeluaran tanaman makanan yang berkualiti dan selamat dimakan, meningkatkan pengeluaran ikan kepada 15% tahap saradiri dan meningkatkan pengeluaran industri lembu pedaging. 14. Peranan sektor ICT sangat penting sebagai enabler tools kepada peningkatan daya saing aktiviti ekonomi. Oleh itu, Negeri Sembilan berhasrat memperkukuhkan penggunaan ICT dalam sektor awam dengan mencapai matlamat sebagai e-government pada tahun 2020. Justeru, usaha akan digiatkan untuk memperkasakan infrastruktur dan ketersediaan ICT bagi menjana kecekapan dalam sistem penyampaian, menjadikannya strategic enabler tools bagi menyokong sektor pelancongan dan pertanian serta membudayakan ICT di kalangan masyarakat. 15. Modal Insan adalah sumber tidak ternilai yang perlu dilatih supaya menjadi insan-insan yang berintegriti dan berkemahiran. Oleh itu, liputan kemudahan pendidikan dan latihan, kesihatan, perumahan dan perkhidmatan sosial perlu dipertingkatkan bagi mengurangkan jurang antara kawasan bandar dan luar bandar. Dalam hal ini, kerjasama strategik dengan Kerajaan Pusat dan sektor swasta sangat penting kerana kemudahan berkenaan memerlukan sumber yang besar. Dalam masa yang sama, Negeri Sembilan berhasrat untuk memperkemaskan Dasar Jaringan Keselamatan Sosial bagi memastikan rakyat

miskin, mudah miskin dan berpendapatan rendah di berikan pembelaan sewajarnya. Bagi mencapai hasrat berkenaan, kompetensi kakitangan agensi berkenaan akan dipertingkatkan, sistem penyampaian bantuan ditambah-baik, kesedaran pendidikan untuk perubahan minda kumpulan sasar diadakan supaya golongan ini berupaya keluar daripada kepompong kemiskinan. Sesungguhnya kemiskinan itu hampir kepada kekufuran. Selain daripada itu, tumpuan juga akan diberikan kepada program-program untuk meningkatkan kepemimpinan di peringkat akar umbi bagi melicinkan agenda kerajaan. 16. Agenda pembangunan usahawan bumiputera adalah satu agenda khusus yang penting. Bagi meningkatkan bilangan usahawan bumiputera yang berdaya saing, strategi telah diatur untuk mewujudkan budaya keusahawanan, meningkatkan pengetahuan usahawan bumiputera dalam penggunaan teknologi dan ICT, memantapkan program pembangunan francaisor serta meningkatkan premis perniagaan dan pemasaran produk bumiputera. Tumpuan juga akan diberikan kepada penyelarasan program-program pembangunan usahawan bumiputera di antara agensi yang terlibat supaya tiada pertindihan golongan sasar dan program yang terlaksana. 17. Pembangunan infrastruktur dan utiliti akan ditumpukan kepada peningkatan kecekapan sistem pengangkutan awam dan perhubungan bagi mengukuhkan daya tahan dan daya saing ekonomi. Negeri Sembilan akan menggunakan sepenuhnya Kajian Pelan Strategik Sistem Pengangkutan Awam untuk menyediakan pengangkutan awam yang mampan, seimbang, berintergrasi dan berdaya maju menjelang 2030. Di antara misi yang perlu dicapai adalah pengangkutan yang menyokong dan memberangsangkan pembangunan sosioekonomi seimbang di Negeri Sembilan dan Konurbasi Kuala Lumpur, pengangkutan multimodal berintegrasi dan menyeluruh dengan keutamaan pilihan mod awam dan penubuhan institusi dan penambah-baikan industri pengangkutan awam yang progresif serta berdaya saing dan berdaya maju. Tumpuan juga akan diberikan untuk mencapai liputan 100% utiliti iaitu bekalan air, elektrik dan telekomunikasi menjelang berakhirnya RMKe-10. Bagi merealisasikan hasrat ini, Negeri Sembilan akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dan pihak swasta bagi menjayakan hasrat berkenaan. Kriteria pemilihan program/projek RMKe-10 18. Program/projek yang akan diberi keutamaan dalam RMKe-10 selain daripada program/projek RMKe-9 yang akan disambung pelaksanaannya adalah program/projek yang memenuhi matlamat pembangunan seperti yang dijelaskan di atas. Keutamaan akan diberi kepada program/projek:-

18.1 yang bertujuan mencapai pembangunan yang seimbang antara bandar dan luar bandar; 18.2 yang dapat merangsang pertumbuhan bandar-bandar kecil; 18.3 yang dapat mempertingkatkan daya saing sektor pelancongan; 18.4 yang dapat mengukuhkan pertumbuhan sektor pembuatan dan merangsang sektor IKS; 18.5 yang dapat merangsang sektor pertanian yang mempunyai nilai yang ditambah pada skala besar; 18.6 yang menyumbang kepada pembangunan modal insan yang berintegriti dan berdaya saing; 18.7 yang menyumbang kepada pembasmian kemiskinan dan pengagihan hasil ekonomi secara saksama; 18.8 yang menyumbang kepada pembangunan mampan dan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam; 18.9 yang dapat menggalakkan penggunaan ICT yang bersesuaian dengan kehendak semasa; 18.10 yang memberi nilai tambah kepada aktiviti ekonomi sedia ada; dan 18.11 yang mempunyai rekabentuk dan struktur praktikal serta nilai estetika tinggi bagi menyokong pertumbuhan sektor pelancongan. Penutup 19. Negeri Sembilan berharap rancangan pembangunan yang diatur akan membantu melonjakkan prestasi ekonomi supaya hasrat mencapai negeri maju menjelang tahun 2020 berada di landasan yang betul. Usaha-usaha berterusan akan terus dilaksanakan untuk mempertingkatkan taraf kualiti hidup rakyat Negeri Sembilan secara keseluruhan. Sektor Makro Unit Perancang Ekonomi Negeri Sembilan April 2009