UNDANG-UNDANG PERSATUAN KHAIRAT KEMATIAN TAMAN SAMUDRA MITRA DAN DELPHINA BATU CAVES, SELANGOR

dokumen-dokumen yang mirip
UNDANG-UNDANG TUBUH BADAN KHAIRAT KEMATIAN MASJID AL-FAIZIN DESA JAYA-TAMAN EHSAN BAGI

PERLEMBAGAAN BADAN KHAIRAT KELANA JAYA, SELANGOR

BADAN KHAIRAT KEMATIAN KARIAH SURAU AT-TAQWA BUKIT BANDARAYA, SEKSYEN U11, SHAH ALAM, SELANGOR

PERLEMBAGAAN BADAN KHAIRAT KEMATIAN BANDAR TUN HUSSEIN ONN

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN BELIMBING SETIA DURIAN TUNGGAL, MELAKA

PERLEMBAGAAN PERSATUAN ALUMNI KOLEJ MATRIKULASI YAYASAN SAAD, LEMBAH BERINGIN, SELANGOR, MALAYSIA (AKMATYS)

UNDANG-UNDANG PERSATUAN CAPAIAN MAKLUMAT DAN PENGURUSAN PENGETAHUAN (PECAMP) MALAYSIA

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PESARA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI, SELANGOR

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI TAMAN PUNCAK KINRARA TKK 2/3, PUCHONG, SELANGOR

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN PENDUDUK PETALING JAYA 2017 (MYPJ) PERSATUAN PENDUDUK PETALING JAYA 2017 (MYPJ)

PERLEMBAGAAN Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas... Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN ADVOKASI KESIHATAN KANSER MALAYSIA (TOGETHER AGAINST CANCER ASSOCIATION MALAYSIA (TAC))

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN BEKAS PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AYER HITAM BATCH 84 (ALUMNI SMAH 84)

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNIVERSITI TENAGA NASIONAL ALUMNI ASSOCIATION)

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN PERKHIDMATAN DIALISIS SWASTA MALAYSIA (ASSOCIATION OF PRIVATE KIDNEY CARE PROVIDERS OF MALAYSIA)

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN SPINAL MALAYSIA

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN IXORA, BANDAR BARU SALAK TINGGI, SEPANG, SELANGOR (2008)

PERLEMBAGAAN BAGI MAJLIS AKRAB KEBANGSAAN MAJLIS AKRAB KEBANGSAAN

UNDANG-UNDANG BAGI PERTUBUHAN. Kelab Sukan Dan Rekreasi UniKL RCMP Ipoh Perak

PERLEMBAGAAN INSTITUSI PEMBANGUNAN FELO UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERLEMBAGAAN BAGI MAJLIS PENGASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK MALAYSIA

Contoh undang-undang ini menepati kehendak Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) dan disebarkan untuk tujuan pendidikan semata-mata.

PERTUBUHAN PERKUBURAN ORANG RAMAI, KUALA LUMPUR DAN SELANGOR. PERTUBUHAN PERKUBURAN ORANG RAMAI, KUALA LUMPUR DAN SELANGOR.

TABUNG KEBAJIKAN KESATUAN KEBANGSAAN WARTAWAN SEMENANJUNG MALAYSIA

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN ALUMNI PELATIH JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA(JPSM) NEGERI SABAH

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL BUKAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN SEL PERUBATAN MALAYSIA (MALAYSIA ASSOCIATION FOR CELL THERAPY)

PERSATUAN PEDAGANG SARANG BURUNG MALAYSIA UNDANG-UNDANG BAGI PERSEKUTUAN

UNDANG-UNDANG PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI LANGAT JAYA (PPPLJ) CHERAS, SELANGOR DARUL EHSAN.

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK KELAB PACUAN EMPAT RODA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS 4WDVC)

CONTOH PERLEMBAGAAN BADAN SUKAN PERINGKAT KEBANGSAAN

UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN PENGANUT DEWA SI THIAN KONG, KUALA PILAH, N.S.

PERLEMBAGAAN PERSATUAN SISWAZAH WANITA MALAYSIA (Pindaan 2016)

PERLEMBAGAAN PERSATUAN KAKITANGAN POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH (PKPK)

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN PEMBANGUNAN PENYELIDIKAN DAN DASAR PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA

PERMOHONANPENUBUHAN PERSATUAN/KELAB PELAJAR

KELAB SUKAN BANK RAKYAT (KEBARA) NO. PENDAFTARAN 1939 (SELANGOR) 30HB. NOVEMBER, 1976.

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN MURID-MURID TUA SEROLAH CHUNG TUCK KAMPONG SIMEE, IPOH, PERAK.

UNDANG-UNDANG BAGI PERTUBUHAN PERSATUAN ORANG PEKAK ISLAM MALAYSIA MALAYSIAN DEAF MUSLIM ASSOCIATION 1

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEGAWAI EKSEKUTIF HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (NO PPM WKL 0296/08) & NO PPP WKL0023/08)

Perlembagaan Kelab Sukan & Rekreasi ELTC

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEMBIMBING IBU MENYUSU MALAYSIA

Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran.

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK UTAMA KAJANG SELANGOR\R\N PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK UTAMA KAJANG SELANGOR\R\N

4. Wilayah Kegiatan Kegiatan PSM meliputi seluruh Malaysia. 5. Bidang Aktiviti PSM tidak boleh melibatkan diri dalam politik.

1. Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ini ialah:

mesyuarat agung perwakilan diadakan. Sebarang usul tergempar tidak dibenarkan.

PERLEMBAGAAN PERSATUAN WANITA BUMIPUTERA DALAM PERNIAGAAN DAN PROFESYEN, MALAYSIA

(Logo Kelab) Kelab Catur UNISEL. Kertas kerja Perlembagaan Kelab Catur UNISEL (KECAS UNISEL) Kampus Shah Alam. Disediakan Oleh:

PERATURAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN, MESYUARAT AGUNG KHAS DAN MESYUARAT JAWATANKUASA

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENGUBATAN ISLAM

(1) Alamat dan tempat urusan Pertubuhan ialah. Ibu Pejabat KDCA Hongkod, Jalan Penampang, Peti Surat 907, Penampang, Sabah.

PERLEMBAGAAN PERSATUAN SAINS ANALISIS MALAYSIA (MALAYSIAN ANALYTICAL SCIENCES SOCIETY) No. Pendaftaran: 5269/93 (Selangor)

UNDANG UNDANG BAGI PERTUBUHAN PERSATUAN SENIFOTO PETALING JAYA

PERLEMBAGAAN BAGI KELAB PENYOKONG LIVERPOOL FC SABAH (THE LIVERPOOL FC SUPPORTERS CLUB OF SABAH)

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PENOLONG AKAUNTAN JANM (PERPENA) PERSATUAN PENOLONG AKAUNTAN JANM (PERPENA)

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN ALUMNI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AYER HITAM KELAS , AYER HITAM, JOHOR

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK SAUJANA (TPS) KAJANG SEKSYEN 5

(2) Selepas ini disebut Persatuan.

SENARAI SEMAK MAKLUMAT YANG DIBERIKAN OLEH PERTUBUHAN BELIA BERDAFTAR SEKSYEN 22 AKTA ) Borang PPB 09-2 salinan

(2) Tugas pengerusi menurut perenggan (a) dan (b) fasal (1), boleh diamanahkan kepada naib pengerusi atau mana-mana anggota Lembaga, jika perlu.

KANDUNGAN PERLEMBAGAAN (PAKAT) UKM

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN ALUMNI PROGRAM PERSAHABATAN ASEAN-JEPUN ABAD KE 21 MALAYSIA

UNIT KOMUNIKASI BENCANA TERENGGANU

ATURAN-ATURAN MODAL SYER. Aturan-aturan ini adalah dinamakan Aturan-aturan Modal Syer Koperasi.

PERLEMBAGAAN PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (UNIVERSITI SAINS MALAYSIA ALUMNI ASSOCIATION)

GARIS PANDUAN DAN SYARAT PINJAMAN KEWANGAN DAN SUMBANGAN PERSATUAN KEBAJIKAN, SUKAN DAN KEBUDAYAAN KAKITANGAN YAYASAN SELANGOR (PINDAAN 01 APRIL 2016)

UNDANG-UNDANG TUBUH PERTUBUHAN KERABAT D RAJA KELANTAN AL-MUHAMMADI

PERLEMBAGAAN BAGI KELAB JURURAWAT PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA KELAB JURURAWAT PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

Perlembagaan Persatuan Linguistik Malaysia

PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG) MAAHAD/ SEKOLAH MENENGAH UGAMA (ARAB) YAYASAN ISLAM KELANTAN

UNDANG PEMBINA (PERSATUAN BELIA ISLAM NASIONAL)

PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (PAUPM) KANDUNGAN FASAL PERKARA MUKASURAT PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

Rekod permohonan, siasatan, tindakan dan keputusan Lembaga berhubung dengan kumpulan wang hendaklah disenggara oleh setiausaha.

8 DISEMBER 2013 (Ahad) Nur Lembah Bestari, Training & Eco Resort Hutan Lipur Sungai Tua, Jalan Ulu Yam Baru, Batu Caves, Selangor

ATURAN-ATURAN PEMBIAYAAN IHSAN QARDHUL HASSAN. Aturan-aturan ini adalah dinamakan Aturan-aturan Pembiayaan Ihsan Qardhul Hassan Koperasi.

FASAL 1 NAMA FASAL 2 TEMPAT URUSAN FASAL 3 TUJUAN/MATLAMAT FASAL 4 KEAHLIAN FASAL 5 PERBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI FASAL 6 SUMBER KEWANGAN

PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU (UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION) No. Pendaftaran 676/88 (Wilayah Persekutuan) UMNO

Pengambilan balik pinjaman yang melampaui tempoh

PERLEMBAGAAN KELAB / PERSATUAN

(6) Rekod-rekod ini boleh diperiksa oleh anggota pada bila-bila masa mengikut syarat-syarat pemeriksaan yang ditetapkan oleh Lembaga.

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

5.1 Mewujudkan dan menjalinkan perhubungan, kerjasama dan perpaduan di kalangan Juruteknologis Makmal Universiti Malaya.

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

Perlembagaan Badan Pelajar Berdaftar. Nama badan pelajar : Persatuan Pelajar Sains Sukan Universiti Malaya. 1. Tujuan atau kepentingan badan pelajar :

BUKU PANDUAN PERLEMBAGAAN BADAN KEBAJIKAN PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (CICT) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

2.1 Warna Persatuan ini ialah Merah, Biru dan Putih.

PERUNDANGAN PERLEMBAGAAN PERDASAMA (PINDAAN 10 DISEMBER 2017)

KELAB SUKAN DAN REKREASI VETERINAR FAKULTI PERUBATAN VETERINAR BUKU PANDUAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PERLEMBAGAAN PERSATUAN/ KELAB: 1.1 Nama pertubuhan ini ialah *Persatuan/Kelab. 1.2 Nama ringkas persatuan/kelab ini ialah UPM

PERUNDANGAN PERLEMBAGAAN PERDASAMA (Pindaan 12 November 2016)

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

PERATURAN-PERATURAN TABUNG KEBAJIKAN BERSAMA KOPERASI KAKITANGAN UiTM BERHAD

NORAFFENDY B. ABD. KHALID JPPN SELANGOR

PERLEMBAGAAN PARTI IKATAN BANGSA MALAYSIA (IKATAN) PADA 19 FEBRUARI 2015

DASAR DAN PERLEMBAGAAN DEWAN PERNIAGAAN DAN PERUSAHAAN MELAYU BRUNEI

KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN BALING KEDAH BERHAD. Aturan-Aturan Pinjaman Peribadi

PERLEMBAGAAN Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air

Transkripsi:

UNDANG-UNDANG PERSATUAN KHAIRAT KEMATIAN TAMAN SAMUDRA MITRA DAN DELPHINA BATU CAVES, SELANGOR 1. NAMA Nama pertubuhan ini ialah: Persatuan Khairat Kematian Taman Samudra Mitra dan Delphina Batu Caves SELANGOR 2. ALAMAT TEMPAT URUSAN Alamat tempat urusan pertubuhan ialah: No. 238, Jalan Samudra Timur 9 Taman Samudra 68100 Batu Caves SELANGOR Atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari masa ke semasa oleh Jawatankuasa Pusat. Alamat tempat urusan pertubuhan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu. 3. TUJUAN Tujuan penubuhan ini ialah untuk memberi bantuan wang dan juga tenaga kepada ahli atau tanggungan ahli bila berlaku kematian di antara mereka dan juga menjalankan kebajikan lain. 4. KEAHLIAN Ahli-ahli pertubuhan ini terbuka kepada penduduk-penduduk Taman Samudra Mitra dan Delphina, Batu Caves, Selangor yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun tetapi tidak lebih daripada 60 tahun dan warganegara Malaysia sahaja. Pendudukpenduduk di luar taman ini tidak diterima menjadi ahli. Seseorang yang ingin menjadi ahli hendaklah memohon dan mendaftarkan namanya, nama-nama tanggungannya, lengkap dengan umur dan alamat kepada Setiausaha. Mesyuarat jawatankuasa berkuasa melulus atau menolak permohonan untuk menjadi ahli. 5. WANG MASUK AHLI i) Tiap-tiap ahli baru hendaklah membayar wang masuk ahli sebanyak RM10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja)

ii) iii) iv) Wang masuk gunanya semata-mata untuk membayar pendahuluan bantuan kematian dan tidak boleh digunakan untuk perkara-perkara lain. Bila ada kematian wang khairat boleh dibayar dari kumpulan wang masuk ahli-ahli setelah itu hendaklah dikutip balik dengan sama banyak untuk mencukupkan wang yang telah dibayar. Ahli-ahli yang tidak membayar imbuhan tersebut tidak layak mendapat apa-apa bantuan. Ahli-ahli yang masuk wang (pertaruhan) telah habis akan diberikan surat peringatan dari Setiausaha atau Bendahari. Jika mereka masih tidak membayar balik wang masuk (pertaruhan) dalam tempoh satu bulan dari tarikh surat peringatan tersebut mereka akan dianggap terhenti menjadi ahli dan tidak berhak menerima bantuan kematian atau menuntut balik wang yang telah dibayar kepada pertubuhan ini. 6. YURAN i) Tiap-tiap ahli dikenakan membayar yuran bulanan sebanyak RM2.00 atau RM24.00 setahun kepada Bendahari dan hendaklah dijelaskan setiap suku/setengah/setahun sekali. Sebanyak RM0.40 sebulan atau RM4.80 setahun daripada yuran bulan/tahunan bolehlah digunakan untuk tujuan pentadbiran. Akaun wang pentadbiran hendaklah diasingkan dari wang khairat. Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada satu tahun dengan sendirinya terhenti menjadi ahli. ii) Segala yuran masuk/yuran bulanan RM1.60 dan lain-lain sumber pendapatan hendaklah digunakan untuk pembayaran bantuan kematian dan wang ini hendaklah dimasukkan ke dalam Bank Simpanan Nasional atau disimpan dengan surat Bank daripada Malaysia Exchange Banks Association atas nama Pertubuhan. 7. BANTUAN KEMATIAN i) Wang bantuan akan dikeluarkan apabila berlaku kematian seperti di bawah ini: a) Atas kematian ahli sendiri RM 400.00 b) Atas kematian isteri ahli RM 400.00 c) Atas kematian tanggungan ahli seperti anak dan ibu/bapa termasuk ibu/bapa mertua yang telah didaftarkan (No.4) RM 200.00

8. SYARAT BANTUAN 1) Bantuan kematian akan dibayar Cuma atas kematian ahli dan tanggungantanggungan ahli yang namanya ada di dalam dafar yang disimpan oleh Setiausaha dengan syarat ada sijil kematian yang sah. Bagi kematian tanggungan, bantuan akan dibayar kepada ahli dan bagi kematian ahli sendiri, bantuan akan dibayar kepada warisnya. 2) Pertubuhan akan memberikan bantuan bagi taip-tiap satu kematian pada ahlinya dan jikalau berlaku lebih dari seorang maka Pertubuhan akan memberikan kepada orang yang mula-mula sekali mengemukakan Sijil Kematian orang yang meninggal itu. 3) Sebarang rayuan atau bantahan-bantahan yang dibuat selepas tiga (3) bulan dari tempoh tuntutan adalah tidak sah dan menjadi hak Pertubuhan. 9. PENTADBIRAN 1) Kuasa yang tertinggi di dalam pertubuhan ini terletak di atas Mesyuarat Agung. Mesyuarat Agung Tahunan ahli-ahli hendaklah memilih ahli-ahli jawatankuasa untuk mentadbirkan perjalanan harian pertubuhan. Mereka ini akan memegang jawatan sehingga mesyuarat agung tahunan yang akan datang. Ahli-ahli jawatankuasa itu mengandungi : i) Seorang Yang Dipertua ii) Seorang Naib Yang Dipertua iii) Seorang Setiausaha iv) Seorang Penolong Setiausaha v) Seorang Bendahari vi) 9 Ahli Jawatankuasa Biasa 2) Bilangan Ahli Jawatankuasa Biasa boleh ditambah atau dikurangkan mengikut keputusan Mesyuarat Agung. 3) Semua ahli yang berkhidmat di dalam jawatankuasa dan tiap-tiap pegawai lain yang menjalankan tugas-tugas eksekutif pertubuhan ini hendaklah Warganegara Malaysia. 4) Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan dan disokong dan pemilihan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam mesyuarat agung tahunan. Semua pegawai boleh dilantik semula tiaptiap tahun.

10. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI 1) Yang Dipertua hendaklah menjadi Pengerusi di dalam segala mesyuarat jawatankuasa dan mesyuarat agung. 2) Naib Yang Dipertua akan membantu Yang Dipertua menyelia urusan pentadbiran pertubuhan. Dalam masa ketiadaan Yang Dipertua dia akan mempengerusikan segala mesyuarat dan juga menjalankan tugas Yang Dipertua. 3) Setiausaha akan menguruskan segala surat-menyurat bagi pihak pertubuhan, menyimpan segala peringatan-peringatan mesyuarat jawatankuasa dan mesyuarat agung, menjaga buku-buku peringatan tentang perjalanan pertubuhan, mengadakan buku daftar bagi ahli-ahli dan menjalankan tugastugas lain yang patut diselenggarakan oleh Setiausaha. Buku daftar ahli-ahli hendaklah mengandungi butir-butir berikut :- Bil. Siri Nama Ahli Tarikh Menjadi Ahli Umur/ Tarikh Lahir No. k/p Alamat Pekerjaan Nama-nama Tanggungan Nama Waris 4) Penolong Setiausaha akan mebantu Setiausaha dalam menjalankan kerjakerjanya. 5) Bendahari akan memungut segala yuran pertubuhan, menyimpan buku yuran dan buku kira-kira wang masuk dan keluar serta menyediakan perkaraperkara berikut:- a) Penyata kira-kira Bulanan; dan b) Penyata kira-kira tahunan berakhir pada 31 Disember. Penyata kirakira ini hendaklah diperiksa dan disahkan oleh pemeriksa kira-kira yang dilantik dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Bendahari tidak dibenarkan menyimpan wang tunai di tangannya lebih daripada RM 1.500.00 (Ringgit Malaysia Satu Ribu Lima Ratus Sahaja) pada stusatu ketika dan semua wang yang lebih daripada itu hendaklah dimasukkan ke dalam Bank yang telah dipersetujui oleh Jawatankuasa. Ia bertanggungjawab berkenaan dengan segala wang yang diterima dan dibayar serta diberi kuasa menandatangani cek-cek bagi pihak pertubuhan bersama-sama dengan Yang Dipertua atau Setiausaha Kira-Kira bank itu hendaklah di atas nama Pertubuhan. 6) Ahli-ahli jawatankuasa biasa hendaklah hadir di dalam mesyuarat dan membantu pegawai-pegawai lain yang di atas itu menjalankan tugas-tugas mereka.

11. MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 1) Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan dengan secepat mungkin selepas berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31 Mac, tiaptiap tahun. Notis mesyuarat termasuk salinan laporan tahunan dan penyata kira-kira yang telah diperiksa oleh pemeriksa kira-kira yang diluluskan oleh Pendaftar bagi tahun yang lalu hendakah diedarkan kepada semua ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum diadakan mesyuarat. 2) Perkara-perkara yang hendak diuruskan dalam mesyuarat agung tahunan ialah: a) Mengesahkan minit-minit mesyuarat agung yang lalu; b) Menerima laporan jawatankuasa berkenaan kerja-kerja khairat dan kebajikan di dalam tahun yang lalu; c) Menerima penyata kira-kira bagi tahun yang lalu; d) Melantik ahli-ahli jawatankuasa dan pemeriksa-pemeriksa kira-kira untuk tahun berikut; e) Menguruskan perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu. 3) Mesyuarat Agung Tahunan hanya sah dijalankan jika dihadiri oleh ahli-ahli yang berjumlah tidak kurang dari tiga kali ganda jumlah ahli-ahli (40 orang) jawatankuasa. 12. MESYUARAT AGUNG KHAS 1) Mesyuarat Agung Khas boleh diadakan pada bila-bila masa apabila difikirkan mustahak oleh mesyuarat jawatankuasa atau mestilah diadakan oleh Setiausaha dalam tempoh 30 hari setelah menerima permintaan bertulis yang ditandatangani beramai-ramai oleh tidak kurang dari 1/5 daripada jumlah ahli yang menerangkan sebab-sebab hendak diadakan mesyuarat itu. 2) Notis dan agenda untuk mesyuarat agung khas hendaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli sekurang-kurangnya 7 hari sebelum diadakan mesyuarat. 3) Mesyuarat Agung Khas hanya sah dijalankan jika dihadiri oleh ahli-ahli yang berjumlah tidak kurang dari tiga kali ganda jumlah ahli-ahli jawatnkuasa.

13. MESYUARAT JAWATANKUASA 1) Mesyuarat jawatankuasa hendaklah diadakan sekurang-kurangnya tiga bulan sekali dan boleh diadakan juga pada bila-bila masa, jika difikirkan perlu oleh Yang Dipertua. 2) Notis dan agenda untuk mesyuarat jawatnkuasa hendaklah diedarkan kepada semua ahli jawatankuasa sekurang-kurangnya 7 hari sebelum diadakan mesyuarat. 3) Mesyuarat jawatankuasa hanya sah dijalankan jika dihadiri oleh tidak kurang dari setengah jumlah ahli-ahli jawatankuasa. 14. PEMECATAN JAWATANKUASA Pemecatan ahli-ahli jawatankuasa dan pilihan penggantinya boleh dilakukan di dalam mesyuarat agung khas. Mesyuarat jawatankuasa boleh melantik pemangku bagi jawatan-jawatan kosong kerana ahli-ahli jawatankuasa yang berhenti atau meninggal dunia. 15. PEMERIKSA KIRA-KIRA Dua orang yang bukannya ahli-ahli jawatankuasa hendaklah dilantik dalam tiap-tiap mesyuarat agung tahunan sebagai pemeriksa kira-kira. Mereka dikehendaki memeriksa kira-kira pertubuhan bagi setahun dan membuat laporan untuk mesyuarat agung tahunan. Mereka boleh juga memeriksa kira-kira pertubuhan pada bila-bila masa juga jika difikirkan perlu oleh Yang Dipertua. Sekurang-kurangnya sekali tiaptiap tahun kira-kira pertubuhan hendaklah dikemukakan untuk diaudit oleh seorang juruaudit yang diluluskan terlebih dahulu oleh Pendaftaran Pertubuhan. 16. PERKARA AM 1) Seorang ahli menamakan sebagai seorang yang akan menerima wang bantuan daripada golongan yang disebutkan ini suami, isteri, anak (termasuk anak angkat), cucu, ibu, bapa, ibu mertua, bapa mertua, menantu, saudara seibu sebapa, saudara atau sebapa, anak kepada saudara seibu atau sebapa, anak kepada saudara seibu atau sebapa, bapa atau ibu saudara seibu dan sebapa, atau anak kepada bapa datau ibu saudara seibu atau sebapa atau anak kepada bapa atau ibu saudara seibu atau sebapa kepada ahli dengan syarat seseorang boleh menamakan mana-mana orang lain dengan bertulis yang ditandatangani sendiri di hadapan dan disaksikan oleh seorang Jaksa Pendamai atau seorang Majistret atau Pendaftar. 2) Tiap-tiap ahli hendaklah diberi dengan percuma satu salinan undang-undang pertubuhan ini apabila diterima menjadi ahli. Orang-orang lain samada ahli atau tidak, boleh diberi satu salinan undang-undang, berdaftar pertubuhan ini apabila diminta dan dibayarnya wang yang tidak lebih daripada Satu Ringgit Malaysia.

3) Buku-buku pertubuhan ini dan daftar ahli-ahlinya boleh diperiksa oleh sebarang ahli atau seseorang yang mempunyai sesuatu kepentingan dalam kumpulan wang pertubuhan dengan syarat memberitahu Setiausaha 5 hari terlebih dahulu. 4) Ahli-ahli yang ada kemusykilan terhadap pegawai-pegawai pertubuhan atau pertubuhan ini boleh mengemukakan kemusykilannya di dalam mesyuarat agung dan keputusan mesyuarat agung adalah muktamad. Bekas ahli dan mereka yang bersangkutan dengan pertubuhan ini boleh mengemukakan kemusykilan ke dalam mesyuarat agung melalui ahli perhubungan. 5) Sesuatu perbelanjaan yang tidak lebih daripada RM1000 (Ringgit Malaysia Satu Ribu Sahaja) bolehlah dibenarkan oleh bendahari bersama-sama dengan Pengerusi atau Setiausaha dan disahkan dalam mesyuarat jawatankuasa kemudiannya. Sesuatu perbelanjaan yang lebih daripada RM1000 (Ringgit Malaysia Satu Ribu Sahaja) tidak boleh dilakukan sebelum diluluskan terlebih dahulu oleh mesyuarat jawatankuasa dan sesuatu perbelanjaan yang lebih daripada RM3000 (Ringgit Malaysia Tiga Ribu Sahaja) tidak boleh dilakukan sebelum diluluskan terlebih dahulu oleh Mesyuarat Agung. Bagaimanapun pembayaran bantuan yang ditetapkan dalam Fasal 7 di atas tidak tertakluk kepada sekatan ini dan boleh dibayar seterusnya jika syarat-syarat mandapatkan bantuan telah disempurnakan. 6) Ahli yang sengaja melanggar undang-undang pertubuhan ini atau berkelakuan tidak baik sehingga mencemarkan nama baik atau mendatangkan kerugian kepada pertubuhan ini boleh dipecat daripada menjadi ahli oleh mesyuarat jawatankuasa. Sebelum dipecat ahli itu mestilah diberitahu dengan bertulis tentang sebab-sebab dia hendak dipecat dan diberi peluang untuk memberi apa-apa penjelasan yang ada bertulis atau menghadiri mesyuarat jawatankuasa yang diadakan khas untuknya. Jika 2/3 ahli-ahli jawatankuasa yang hadir dalam meyuarat mengundu menyokong pemecatan maka ahli itu dipecat dengan serta merta. Walaupun demikian ahli itu boleh, jika tidak puas hati merayu kepada mesyuarat agung menurut ceraian (4) di atas. 7) Seseorang pelajar Universiti atau Kolej Universiti tidak akan diterima menjadi ahli pertubuhan ini kecuali dia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti yang berkenaan. 8) Ahli yang hendak berhenti menjadi ahli pertubuhan ini hendaklah memberi kenyataan bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan membayar segela hutang-hutangnya. 9) Lima puluh peratus daripada kumpulan-kumpula wang pertubuhan yang tidak segera dikehendaki untuk membayar faedah bolehlah dilaburkan dalam sekuriti amanah, atau dengan persetujuan Pendaftar atas syarat-syarat sebagaimana yang dikenakan, bagi membeli tanah.

17. PENGAMANAH 1) Tiga orang Pengamanah yang berumur lebih daripada 21 tahun hendaklah dilantik di dalam mesyuarat agung dan mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki oleh pertubuhan. Kepada mereka akan diamanahkan semua harta tetap dan pelaburan kumpulan wang pertubuhan. Seseorang ahli yang memegang jawatan Setiausaha dan Bendahari dalam pertubuhan ini tidak boleh dilantik menjadi Pengamanah. 2) Suatu salinan ketetapan melantik seseorang pemegang amanah yang ditandatangani oleh Pengamanah yang dilantik dan disahkan oleh Setiausaha hendaklah dihantar kepada Pendaftar. 3) Seseorang Pengamanah boleh dilucutkan daripada jawatannya oleh mesyuarat agung oleh sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada di dalam negeri atau atas lain-lain sebab yang dia tidak boleh menjalankan tugasnya atau pekerjaannya dengan memuaskan. Jika berlaku kematian, perletakan jawatan atau perlucutan jawatan bagi seseorang Pengamanah maka kekosongan itu bolehlah dipenuhkan Pengamanah yang baru dilantik di dalam mesyuarat agung. 18. TAFSIRAN Di antara berlangsungnya mesyuarat agung, mesyuarat jawatankuasa boleh memberi tafsiran kepada undang-undang ini dan memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam undang-undang ini. Keputusan jawatankuasa itu adalah muktamad jika tidak atau sehingga diubah oleh keputusan mesyuarat agung. 19. PINDAAN UNDANG-UNDANG Segala pindaan kepada undung-undang ini hendaklah diluluskan di dalam mesyuarat agung oleh ahli-ahli yang hadir dengan suara yang terbanyak akan tetapi pindaan kepada undang-undang yang akan mengurangkan bantuan yang ditetapkan dalam undang-undang ini hanya boleh dibuat dengan persetujuan tiga perempat daripada jumlah ahli-ahli khairat dengan cara undi sulit. Permohonan untuk perubahan atau pindaan hendaklah dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan di dalam masa 28 hari dari tarikh keputusan hendak membuat perubahan atau pindaan itu dan hanya boleh dijalankan kuatkuasanya mulai daripada tarikh perubahan atau pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.

20. PERTUKARAN NAMA PERTUBUHAN Tertakluk kepada Seksyen 11, Akta Pertubuhan 1966, nama pertubuhan ini tidak boleh diubah melainkan dengan suatu ketetapan khas, iaitu :- 1) Diluluskan dengan lebih suara tidak kurang daripada ¾ daripada bilangan ahli berdaftar yang berhak mengundi dan hadir pada suatu mesyuarat agung yang berkenaan dengannya notis menyatakan maksud hendak mencadangkan ketetapan itu telah sempurna diberikan; dan 2) Disahkan dengan lebih suara ahli-ahli yang berhak mengundi dan yang hadir pada suatu mesyuarat agung yang kemudiannya yang berkenaan dengannya notis telah sempurna diberi, yang diadakan tidak kurang daripada 14 hari dan tidak lebih daripada sebulan daripada hari mesyuarat di mana ketetapan itu mula-mula telah diluluskan. 21. PEMBUBARAN Pertubuhan ini tidak boleh dibubarkan melainkan dengan persetujuan ¾ daripada ahli-ahli pertubuhan ini di dalam mesyuarat agung yang diadakan khas untuknya. Apabila keputusannya telah diambil untuk membubarkan pertubuhan ini, maka segala hutang dan piutang yang sah hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah dibahagi-bahagikan mengikut keputusan mesyuarat agung untuk membubarkan pertubuhan ini. Pembubaran ini hendaklah diberitahu kepada Pendaftar dalam tempoh 14 hari dari tarikh pembubaran. (PENGERUSI) Nama: MAZLAN BIN MUSA (Setiausaha) Nama: MOHAMAD TARMIZE BIN ALI