Pelajar Baru Sesi Jun 2013

dokumen-dokumen yang mirip
ARAHAN: Sila baca panduan ini dengan teliti dan ambil tindakan yang sewajarnya agar urusan pendaftaran dan lapor diri berjalan lancar.

BAHAGIAN TAJUK MUKA SURAT

NDUAN PENDAFTARAN ARAHAN

PERINGATAN SLIP/SIJIL SPM BAGI CALON PELAJAR LULUSAN SPM SEMUA DOKUMEN ASAL

PANDUAN PENDAFTARAN SESI JUN 2017 LEPASAN SPM KATEGORI A DAN B (SPM ) 04 JUN 2017

POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU PANDUAN PENDAFTARAN SESI DISEMBER 2011 TARIKH : 11/12/2011

BUKU PANDUAN PENDAFTARAN

PANDUAN PENDAFTARAN SESI DIS NOVEMBER 2017

PERSEDIAAN SEBELUM HARI PENDAFTARAN

ISI KANDUNGAN BUKU PANDUAN PENDAFTARAN

PENDAHULUAN. Selamat menjadi warga PSMZA dan selamat menempuhi alam pengajian tinggi. Tahniah!!!!!

LANGKAH 1: Bayaran Yuran Pengajian dan Yuran Asrama

LANGKAH 1: Bayaran Yuran Pengajian dan Yuran Asrama

POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU PANDUAN PENDAFTARAN SESI DIS 2016 TARIKH :20 NOV 2016

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU. Transforming Life

PANDUAN PENDAFTARAN SESI DISEMBER 2016

LANGKAH 1: Bayaran Yuran Pengajian dan Yuran Asrama

LANGKAH LANGKAH SEBELUM HADIR MELAPOR DIRI

BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

POLITEKNIK JELI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Jalan Raya Timur Barat Jeli KELANTAN, MALAYSIA

Pelajar layak memohon pembiayaan pendidikan sekiranya memenuhi syaratsyarat

POLITEKNIK METrO TAWAU SABAH (PMTS)

Masa : 2.30 ptg 4.00 ptg (*tertakluk kepada perubahan) Tempat : Dewan Besar, PSMZA. (*tertakluk kepada perubahan)

PANDUAN LULUSAN KE ISTIADAT KONVOKESYEN KE-26 POLITEKNIK PORT DICKSON

TERMA DAN SYARAT PERMOHONAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN Sila baca kelayakan dan peringatan di bawah sebelum mengisi borang

POLITEKNIK MENTRANSFORMASI KEHIDUPAN

POLITEKNIK KUCHING SARAWAK KM 22, JALAN MATANG KUCHING NO TELEFON : NO FAX :

POLITEKNIK KUCHING SARAWAK KM 22, JALAN MATANG KUCHING NO TELEFON : NO FAX :

BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI DIS 2017

PANDUAN PARA GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KETIGA POLITEKNIK METRO KUANTAN

MAJLIS KONVOKESYEN KALI KE-16 POLITEKNIK MELAKA KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA

BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI DIS 2017

BUKU PANDUAN KEWANGAN PROGRAM DIPLOMA SEPENUH MASA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

GARIS PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-4 KOLEJ MASA 2015

1.1 Penyertaan graduan ke Majlis Konvokesyen dan tuntutan Diploma hanya sah setelah menyempurnakan perkara-perkara berikut:

POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH Kulim Hi-Tech Park Kulim, Kedah Darul Aman Tel: Faks: Laman Web:

BUKU PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK METRO KUANTAN KALI PERTAMA

4. SENARAI KEPERLUAN SEMUA PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL LANGKAWI

PERSEDIAAN SEBELUM HARI PENDAFTARAN

BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI JUN 2018

MAJLIS AMANAH RAKYAT. Terima kasih di atas kesudian saudara/i menghadiri Majlis Konvokesyen Kolej Profesional MARA 2016.

PANDUAN LULUSAN KE ISTIADAT KONVOKESYEN KE-25 POLITEKNIK PORT DICKSON

JAWATANKUASA MAJLIS KONVOKESYEN PMJB KALI KEDUA

MAKLUMAT ISTIADAT KONVOKESYEN KE-15 POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH (PSAS)

MAKLUMAT / PERATURAN & SYARAT ISTIADAT KONVOKESYEN KE-14 POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

BUKU PANDUAN KEMASUKAN & PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

E-BUKU PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU KALI PERTAMA

POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI Behrang Stesen Behrang PERAK, MALAYSIA

POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH Kulim Hi-Tech Park Kulim, Kedah Darul Aman Tel: Faks: Laman Web:

BUKU PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KEEMPAT POLITEKNIK METrO KUANTAN

SENARAI SEMAK GRADUAN

Pelajar layak memohon pembiayaan pendidikan sekiranya memenuhi syaratsyarat

BIL PERKARA MAKLUMAT RUJUKAN

E-BUKU PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN KALI KE-20

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

PROSES MEMBUAT KAD PELAJAR & PENYERAHAN DOKUMEN PELAJAR BAHARU

E-BUKU PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN KALI KE

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

PEKELILING BENDAHARI BIL.2/2009 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR

BUKU PANDUAN MENGHADIRI MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK MERSING KALI KE

BUKU PANDUAN TAWARAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) AMBILAN JUN 2012

MAJLIS KONVOKESYEN KALI KE-12 POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH

BUKU PANDUAN PENDAFTARAN

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

SOALAN-SOALAN LAZIM - PENERAJU TUNAS POTENSI (DERMASISWA)

PANDUAN PENDAFTARAN KEMASUKAN PELAJAR BARU PROGRAM TAMHIDI SESI AKADEMIK 2012/2013 UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR SESI PENGAMBILAN APRIL, MAY & JUN 2013 DAN PELAJAR LAMA YANG MEMOHON PINJAMAN PTPTN ONLINE

BUKU PANDUAN KEMASUKAN & PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

SOALAN-SOALAN LAZIM - PENERAJU TUNAS POTENSI (DERMASISWA)

BIL PERKARA MAKLUMAT RUJUKAN

JAWATANKUASA MAJLIS KONVOKESYEN PMJB KALI KETIGA

BUKU PANDUAN ISTIADAT KONVOKESYEN KE 31, 2017 POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU ADZAM SHAH

LAMPIRAN A. ARAHAN PENTADBIRAN PEMILIHAN PEGAWAI KADET DAN PELAJAR AWAM UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA 1. Pengenalan

PEKELILING BENDAHARI BIL.2/2009 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR

BUKU PANDUAN MENGHADIRI MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK MERSING KALI KE

SILA TELITI DAN FAHAMI KANDUNGAN BERIKUTNYA UNTUK MEMBANTU GRADUAN MENJAYAKAN MAJLIS KONVOKESYEN DENGAN SEMPURNA. MAJLIS KONVOKESYEN

BIL PERKARA MAKLUMAT RUJUKAN

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG KADAR YURAN PELAJAR BAHARU DIPLOMA SEMESTER PERTAMA

PANDUAN PARA GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KEDUA POLITEKNIK METRO KUANTAN

Pendaftaran Pelajar Baharu Sarjana Muda Teknoloqi Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk Automotif) Politeknik Sultan Azlan Shah bagi Sesi September 2017

GARIS PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN 2016 POLITEKNIK NILAI NEGERI SEMBILAN

RINGKASAN CARTA ALIR LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR SESI DISEMBER 2016

2. Sukacita dimaklumkan tarikh rasmi lapor diri pelajar Sesi Jun 2016 diadakan pada:

POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH

PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN

GARIS PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN 2017 POLITEKNIK NILAI NEGERI SEMBILAN

LAPOR DIRI DAN PENDAFTARAN ASRAMA PELAJAR SENIOR POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN SESI DISEMBER 2017

PERTANYAAN AM BERKENAAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU

PANDUAN AM MAJLIS KONVOKESYEN

SOALAN-SOALAN LAZIM - PENERAJU TUNAS POTENSI

POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI Behrang Stesen Behrang PERAK, MALAYSIA

TERHAD ARAHAN MELAPOR DIRI PEMILIHAN AKHIR PERAJURIT MUDA UDARA SIRI 56/17

PENDAHULUAN. Selamat menjadi warga PSMZA dan selamat menempuhi alam pengajian tinggi. Tahniah!!!!!

ANUGERAH BIASISWA LUAR NEGARA PNB 2018

LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR SESI JUN 2017 SECARA ATAS TALIAN (ONLINE)

JADUAL YURAN DAN BAYARAN PENDAFTARAN PELAJAR SENIOR SEMUA SEMESTER TERMASUK TANGGUH LI SESI: JUN 2014

PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-16 POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH

BUKU PANDUAN PENDAFTARAN

PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-19 (2017) POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH

SYARAT DAN PERATURAN GRADUAN MENYERTAI MAJLIS PENYAMPAIAN DIPLOMA PROGRAM EKSEKUTIF UTMSPACE 2017

Transkripsi:

KM 22, JALAN MATANG BEG BERKUNCI 3094 93050 KUCHING 082-845596, 082-845597 Pelajar Baru Sesi Jun 2013 Panduan Pendaftaran ini memuatkan (3) TIGA bahagian: A: Maklumat Am B: Panduan Mendaftar C: Peta Lokasi Politeknik Kuching Sarawak ARAHAN: 1. Baca dengan teliti maklumat yang terkandung di dalam panduan ini, sila ambil tindakan yang berkaitan dengan segera. 2. Lengkapkan semua borang yang terdapat di dalam panduan ini. 3. Bawa Panduan Pendaftaran yang telah dilengkapkan semasa mendaftar diri di politeknik. 4. Borang Hal Ehwal Pelajar (HEP) boleh dicetak melalui laman sesawang www.politeknik.edu.my. Disediakan oleh: Pejabat Hal Ehwal Pelajar, PKS Edisi ke-18(jun 2013) Jika ada cadangan sila kemukakan ke pejabat ini.

ISI KANDUNGAN Page Bahagian A: Maklumat Am 1 Bahagian B: Panduan Mendaftar 5 Pelan Lokasi Politeknik Kuching Sarawak 10

Bahagian A: MAKLUMAT AM Baca maklumat berikut dengan teliti dan ambil tindakan yang sewajarnya. 1. PANDUAN UNTUK KE KAMPUS POLITEKNIK KUCHING SARAWAK (PKS) Sila rujuk pelan lokasi kampus PKS yang disertakan di bahagian belakang panduan ini. 2. PERINGATAN SEBELUM PENDAFTARAN a) Bawa semua dokumen asal pada hari pendaftaran. Pendaftaran anda akan ditolak sekiranya anda gagal megemukakan dokumen-dokumen tersebut. Politeknik KPT (Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia) berhak menarik balik tawaran belajar di PKS sekiranya terdapat percanggahan maklumat diantara dokumen asal dengan maklumat yang telah anda beri semasa memohon ke politeknik. b) Lengkapkan semua borang yang terdapat di dalam Panduan Pendaftaran ini sebelum pendaftaran. 3. BAYARAN SEMASA PENDAFTARAN Semua pelajar perlu menjelaskan bayaran berikut sebelum anda didaftarkan:- a) Yuran pengajian RM200.00 per semester. Sila rujuk kaedah bayaran seperti yang diperincikan dalam Jadual Kutipan PKS (helaian berasingan) b) Bayaran tambahan adalah seperti yang diperincikan dalam Jadual Kutipan PKS (helaian berasingan). Sebarang aduan boleh juga dibuat dengan menggunakan email : pkualiti@poliku.gov.my 4. KEMUDAHAN TEMPAT TINGGAL/TAWARAN KAMSIS(ASRAMA) Kemudahan kamsis adalah terhad. Walau bagaimanapun pihak politeknik berusaha menyediakan kemudahan tersebut kepada semua pelajar baru semester satu. Untuk semester berikutnya anda perlu bersedia mengatur sendiri penginapan anda jika tidak ditawarkan kamsis. 5. BANTUAN KEWANGAN PKS TIDAK menjamin sebarang bantuan biasiswa/pinjaman kewangan kepada pelajar. Tawaran biasiswa/pinjaman adalah diluar bidang kuasa politeknik. Adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk menyediakan wang perbelanjaan secukupnya untuk sara hidup, pengangkutan, alatan pembelajaran, buku dan lain-lain. Pinjaman daripada PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN) ditawar untuk pelajar Program Diploma. 1 P a g e

Pelajar yang layak memohon pinjaman PTPTN* dikehendaki membawa dokumen berikut; (Semua salinan dokumen kertas bersaiz A4 warna putih hendaklah DISAHKAN terlebih dahulu oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A dan ke atas/ Penghulu dan yang setaraf) i. Satu salinan MyKad pemohon. ii. Satu salinan Mykad ibubapa kandung. iii. Satu salinan surat tawaran kemasukan pemohon ke politeknik. iv. Satu salinan slip keputusan SPM (2012)/Sijil bagi SPM tahun 2012 dan sebelumnya. v. Satu salinan slip simpanan atau slip deposit Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) yang mengandungi maklumat nama dan nombor akaun pemohon (hanya akaun BIMB sahaja yang diterima oleh PTPTN untuk pelajar politeknik) vi. Satu salinan penyata pendapatan penjaga** ; Slip gaji atau Borang J yang terkini (bagi yang bermajikan) atau Surat pengesahan pendapatan yang disahkan oleh Penghulu atau Pegawai Kerajaan Kumpulan A (bagi yang bekerja sendiri) vii. Salinan Sijil Kematian sekiranya ibu/bapa kandung telah meninggal dunia. viii. Surat Akuan Sumpah sekiranya ibu/bapa kandung tidak dapat dikesan. Dalam surat akuan sumpah kepada PTPTN mestilah menerangkan ibu/bapa kandung TIDAK DAPAT DIKESAN. * Sila rujuk laman web PTPTN: www.ptptn.gov.my untuk maklumat lebih lanjut. ** Penjaga bergantung kepada individu yang diletakkan oleh pemohon dalam permohonan samaada ibu/bapa atau saudara yang lain. 6. RUPA DIRI Tertakluk kepada semua peraturan bertulis di politeknik sepanjang berada di dalam kampus (bermula pada hari pendaftaran). Peraturan lain ada dinyatakan dalam buku peraturan berasingan. Pelajar hendaklah sentiasa berpakaian kemas, bersih, sopan dan menutup aurat (bagi pelajar Islam). Semua jenis pakaian yang menjolok mata adalah dilarang. 1. Pakaian dan Rupa Diri Pelajar Lelaki Baju a) Baju kemeja berlengan panjang atau pendek / t-shirt berkolar. b) Penggunaan tali leher digalakkan c) Baju Melayu (Baju Kebangsaan) yang lengkap sepasang, bersamping, bersongkok hitam dan berkasut. d) Baju hendaklah sentiasa dibutangkan sepenuhnya dan dimasukkan dalam seluar. Seluar a) Seluar slack panjang SAHAJA (warna gelap). Seluar jeans TIDAK DIBENARKAN! Kasut a) Berkasut dan bersetokin sahaja. b) Kasut berladam logam yang berbunyi bising adalah dilarang. 2 P a g e

Penutup Kepala a) Songkok hitam SAHAJA (kecuali Sikh). b) Pemakaian topi untuk kerja luar mengikut arahan pensyarah. Rambut a) Rambut pendek dan kemas. Aras belakang tidak melebihi paras kolar baju, aras tepi tidak melebihi setengah paras telinga dan aras depan tidak melebihi aras dahi. b) Rambut berfesyen seperti afro, punk, berekor dan diwarnakan adalah dilarang. c) Tidak botak kecuali yang disyariatkan agama. Perhiasan Sebarang bentuk perhiasan dilarang. 2. Pakaian dan Rupa Diri Pelajar Perempuan a) Pakaian yang menutup aurat, bertudung kepala (pelajar Islam), bersih, kemas dan sopan. b) Pakaian yang tidak menjolok mata (contoh pakaian yang menjolok mata ialah pakaian yang ketat, jarang, pendek, berbelah, nipis dan mendedahkan mana-mana bahagian badan seperti dada, bahu, perut, belakang dan peha.) c) Pakaian hendaklah berlengan panjang sampai ke pergelangan tangan. d) Skirt hendaklah melepasi lutut. e) T-shirt berkolar sahaja. Seluar a) Seluar slack panjang dan tidak ketat. Seluar jeans TIDAK DIBENARKAN! Kasut a) Hendaklah sesuai untuk kerja di pejabat. b) Kasut yang berladam logam yang berbunyi bising dilarang. Rambut a) Hendaklah kemas dan beridentitikan seorang pelajar perempuan. b) Rambut berfesyen seperti afro, punk, berekor dan diwarnakan dilarang. Perhiasan a) Tidak digalakkan memakai barang kemas yang berlebihan. b) Mencukur bulu kening dan solekan yang berlebihan dilarang. 7. DOKUMEN PERJALANAN (PAS PELAJAR) Pelajar dari Semenanjung dan Sabah dikehendaki oleh pihak Imigresen untuk membawa Dokumen Perjalanan. Sila rujuk kepada Pejabat Imigresen yang berhampiran. Permohonan untuk Pas Belajar perlu dibuat setelah mendaftar melalui Pejabat Hal Ehwal Pelajar PKS. 8. HAL-HAL LAIN a) Pelajar hendaklah juga membawa pakaian sukan seperti track-bottom, baju T(keutamaan putih) dan berkolar, kasut dan stokin sukan. Pelajar Islam hendaklah sentiasa berpakaian sukan yang menutup aurat. b) Pelajar Islam juga hendaklah membawa pakaian solat yang lengkap. 3 P a g e

Panduan Mendaftar Pelajar Baru Sesi Jun 2013 (Tarikh Kemaskini: 20 Mei 2013) Bahagian B: PANDUAN MENDAFTAR Anda dinasihatkan supaya membaca maklumat dan arahan di bawah dengan teliti. Anda tidak akan didaftarkan sekiranya mana-mana perkara yang disebutkan di bawah tidak dipenuhi. 1. PENDAFTARAN SECARA ATAS TALIAN (ONLINE) 1.1 Pelajar baru dikehendaki untuk mendaftar secara atas talian sebelum mendaftar di Politeknik Kuching Sarawak. 1.2 Sila rujuk di laman web www.politeknik.edu.my untuk tarikh mula dan tarikh tutup pendaftaran secara atas talian. Setelah tempoh pendaftaran telah ditutup, anda tidak lagi boleh membuat pendaftaran. Sila hubungi Jab. Hal Ehwal Pelajar PKS sekiranya anda tidak sempat membuat pendaftaran online. 1.3 Pastikan anda telah membuat pembayaran yuran pengajian/asrama dan bayaran pendaftaran sebelum anda dibenarkan membuat pendaftaran online. (Lihat perkara 3.5) 1.4 Untuk perincian dan manual pendaftaran, sila rujuk Manual Pendaftaran Online Pelajar Baru. 2. HARI PENDAFTARAN Tarikh dan waktu pendaftaran adalah seperti yang dinyatakan dalam surat tawaran daripada Bahagian Pengurusan Politeknik, Jabatan Pengurusan Politeknik. Maklumat tambahan ada dinyatakan dalam surat iringan daripada Politeknik Kuching. (Jika anda tidak mendaftar pada tarikh, masa dan tempat yang telah ditetapkan bermakna anda menolak tawaran ini.) 3. DOKUMEN YANG MESTI DIBAWA PADA HARI PENDAFTARAN:- 3.1 BAGI CALON LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 3.1.1 Mykad 3.1.2 Slip BIMB (Yuran Pengajian & Yuran Kamsis) dan slip Bayaran Pendaftaran (Tabung Amanah Pelajar dan Koperasi) 3.1.3 Surat Tawaran ke politeknik (Cetakan dari Internet: www.politeknik.edu.my) 3.1.4 Sijil atau Slip Keputusan Peperiksaan SPM/SPM(V) 3.1.5 Sijil Berhenti Sekolah 3.1.6 Dokumen ko-kurikulum yang berkaitan (terutamanya mewakili negara dan negeri) 3.1.7 Surat Akuan/Testimonial Sekolah (jika berkaitan) 3.1.8 Borang-borang Pendaftaran berikut yang telah lengkap diisi (Boleh diperolehi melalui web www.politeknik.edu.my ):- a) HEP 1 Borang Maklumat Pelajar b) HEP 2 Laporan Pemeriksaan Doktor c) HEP 3 Kebenaran Ibubapa / Penjaga Untuk Rawatan Pembedahan d) HEP 4 Ikrar Pelajar Dan Lepas Tanggung e) HEP 5 Akuan Pelajar f) HEP 6 Aku Janji Pelajar 5 P a g e

Panduan Mendaftar Pelajar Baru Sesi Jun 2013 (Tarikh Kemaskini: 20 Mei 2013) (Jika anda tidak mengemukakan dokumen-dokumen ASAL, pendaftaran anda DITOLAK) 3.2 BAGI CALON LEPASAN SIJIL POLITEKNIK MALAYSIA 3.2.1 Mykad 3.2.2 Slip BIMB (Yuran Pengajian & Yuran Kamsis) dan slip Bayaran Pendaftaran (Tabung Amanah Pelajar dan Koperasi) 3.2.3 Surat Tawaran ke politeknik (Cetakan dari Internet: www.politeknik.edu.my) 3.2.4 Transkrip keputusan peperiksaan atau slip peperiksaan (sem 1 sem akhir) 3.2.5 Sijil Politeknik KPT (Sekiranya telah konvokesyen) 3.2.6 Dokumen ko-kurikulum semasa belajar di Politeknik KPT 3.2.7 Borang-borang Pendaftaran berikut yang telah lengkap diisi (Boleh diperolehi melalui web www.politeknik.edu.my ):- a) HEP 1 Borang Maklumat Pelajar b) HEP 2 Laporan Pemeriksaan Doktor c) HEP 3 Kebenaran Ibubapa / Penjaga Untuk Rawatan Pembedahan d) HEP 4 Ikrar Pelajar Dan Lepas Tanggung e) HEP 5 Akuan Pelajar f) HEP 6 Aku Janji Pelajar (Jika anda tidak mengemukakan dokumen-dokumen ASAL, pendaftaran anda DITOLAK) 3.3 BAGI CALON LEPASAN SIJIL KOLEJ KOMUNITI 3.3.1 Mykad 3.3.2 Slip BIMB (Yuran Pengajian & Yuran Kamsis) dan slip Bayaran Pendaftaran (Tabung Amanah Pelajar dan Koperasi) 3.3.3 Surat Tawaran ke politeknik (Cetakan dari Internet: www.politeknik.edu.my) 3.3.4 Transkrip keputusan peperiksaan atau slip peperiksaan (sem 1 sem akhir) dikeluarkan oleh bahagian Peperiksaan Kolej Komuniti KPT 3.3.5 Sijil Kolej Komuniti KPT (Sekiranya telah konvokesyen) 3.3.6 Dokumen ko-kurikulum semasa belajar di Kolej Komuniti KPT 3.3.7 Borang-borang Pendaftaran berikut yang telah lengkap diisi (Boleh diperolehi melalui web www.politeknik.edu.my ):- a) HEP 1 Borang Maklumat Pelajar b) HEP 2 Laporan Pemeriksaan Doktor c) HEP 3 Kebenaran Ibubapa / Penjaga Untuk Rawatan Pembedahan d) HEP 4 Ikrar Pelajar Dan Lepas Tanggung e) HEP 5 Akuan Pelajar f) HEP 6 Aku Janji Pelajar 6 P a g e

Panduan Mendaftar Pelajar Baru Sesi Jun 2013 (Tarikh Kemaskini: 20 Mei 2013) (Jika anda tidak mengemukakan dokumen-dokumen ASAL, pendaftaran anda DITOLAK) 3.4 Tiga (3) keping (termasuk yang dilekatkan pada borang) gambar warna yang terbaru ukuran paspot/lesen memandu. Semua pelajar lelaki hendaklah bertali leher dan berambut pendek ketika bergambar. Pelajar perempuan pula, berpakaian yang tidak mendedahkan bahagian bahu dan dada. Pelajar perempuan Islam hendaklah bertudung. Sila catatkan nama, no Mykad dan kursus anda di belakang setiap keping gambar. 3.5 Bayaran yang perlu dijelaskan sebelum pendaftaran. Sila rujuk Jadual Kutipan PKS untuk mengetahui jumlah yang perlu dibayar sebelum pendaftaran. Adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk menyediakan wang perbelanjaan secukupnya untuk sara hidup, pengangkutan, alatan pembelajaran, buku dan lain-lain. 4. AKTIVITI KAUNTER PENDAFTARAN 1. Pendaftaran dijalankan atas kepercayaan bahawa calon telah memberi maklumat dan salinan dokumen yang disahkan dengan jujur dan betul. Sekiranya didapati ada maklumat palsu dan bercanggah dengan dokumen asal pada bila-bila masa, maka pendaftaran akan dibatalkan dan wang bayaran tidak dikembalikan. 2. Kerjasama adalah diperlukan agar calon pelajar sahaja yang memasuki dewan pendaftaran, ibubapa dan pengiring boleh menunggu di tempat yang disediakan di luar dewan. 3. Pelajar hendaklah mengikut arahan Ahli Jawatankuasa Pendaftaran agar pendaftaran dapat dijalankan dengan lancar dan selesa kepada semua pihak. 4. Minggu Suaikenal (MSK) a) Semua pelajar baru semester satu dan pelajar integrasi (lepasan Sijil Politeknik dan Kolej Komuniti) DIWAJIBKAN mengikuti program Minggu Suaikenal yang bermula pada petang hari pendaftaran. Ianya berlangsung selama tiga atau empat hari. Segala urusan lain hendaklah diuruskan diluar waktu program tersebut. b) Pelajar lelaki dikehendaki memakai seluar slack hitam dan pelajar perempuan memakai kain sarung/skirt labuh hitam sewaktu sesi taklimat/ceramah. c) Pakaian sukan juga perlu dibawa untuk aktiviti sukan. d) Semua pelajar diwajibkan membawa payung sebagai persediaan menghadapi cuaca. 7 P a g e

Panduan Mendaftar Pelajar Baru Sesi Jun 2013 (Tarikh Kemaskini: 20 Mei 2013) 5. Senarai Program mengikut jabatan Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA) Diploma Kejuruteraan Awam (DKA) Diploma Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan (DPB) Diploma Ukur Tanah (DUT) Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) Diploma Kej. Mekanikal (DKM) Diploma Kej. Mekanikal (Pembuatan) (DTP) Diploma Kej. Mekanikal (Automatif) (DAD) Diploma Kej. Mekanikal (Penyamanan Udara & Penyejukbekuan) (DPU) Jabatan Perdagangan (JP) Diploma Akauntansi (DAT) Diploma Pengajian Perniagaan (DPM) Jabatan Kejuruteraan Petrokimia (JKPK) Diploma Kejuruteraan Proses (Petrokimia) (DPE) Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi (JTMK) Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) (DIP) Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian)(DNS) Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) (DKE) 8 P a g e

Panduan Mendaftar Pelajar Baru Sesi Jun 2013 (Tarikh Kemaskini: 20 Mei 2013) 6. Senarai Nama Pegawai PKS Untuk membantu anda mengenali dan mengingati pegawai-pegawai di peringkat pengurusan politeknik ini, sila catatkan nama-nama pegawai-pegawai berikut; Pengarah Timbalan Pengarah Akademik Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Jabatan Perdagangan: Ketua Jabatan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal: Jabatan Kejuruteraan Elektrik: Jabatan Kejuruteraan Awam: Jabatan Matematik, Sains & Komputer: Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi: Jabatan Kejuruteraan Petrokimia: Jabatan Pengajian Am: Jabatan Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar Pegawai Kanan Pegawai Hal Ehwal Pelajar: (Pengambilan dan Data) Pegawai Hal Ehwal Pelajar: (Kebajikan dan Disiplin) Pengetua Kamsis: Pegawai Pengurusan Kualiti Pegawai Psikologi: Pegawai Peperiksaan: Pegawai Latihan & Pendidikan Lanjutan: Pegawai Perhubungan & Latihan Industri: Pegawai Sukan, Ko-Kurikulum & Kebudayaan: Pegawai Perpustakaan: Pegawai Sistem Maklumat : Pegawai Multimedia dan Sumber: Pegawai Pembangunan & Senggaraan: Pegawai Eksekutif Tertinggi: Lain-lain Pegawai Pendaftaran Politeknik Pegawai Disiplin Politeknik: Pegawai Disiplin Jabatan anda: Pegawai Biasiswa Politeknik: Pegawai Biasiswa Jabatan anda: Penasihat Akademik anda: 9 P a g e

PELAN LOKASI POLITEKNIK KUCHING SARAWAK Kampus Politeknik Kuching KM 22 Jln. Matang ke Telaga Air Red Bridge S u n g a i C i n a Kenderaan Awam: (Tambang tertakluk kpd perubahan) Teksi a) Dari LTAB Kuching ke PKS RM40.00 b) Dari LTAB Kuching ke Bandaraya Kuching RM29.00 Bas a) Dari LTAB Kuching ke Bandaraya (No. 12A Hijau ) RM2.00 b) Dari Bandaraya Kuching ke PKS (No.11 Kuning ) RM1.80 Sek. Men. Teknik Jalan Matang Tmn Matang Jaya Jalan Matang Baru Van Teksi a) Dari Bandaraya Kuching ke PKS RM4.00 PETRONAS S u n g a i S a r a w a k Jambatan Satok dari Bandaraya Kuching 10 P a g e