BAB III PEMBINAAN HIPOTESIS DAN KAEDAH PENYELIDIKAN

dokumen-dokumen yang mirip
BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. langkah-langkah yang akan dilaksanakan dalam proses pengumpulan data

BAB II SOROTAN KAJIAN

BAB I PENDAHULUAN. Menjelang tahun 1990an, satu transformasi telah berlaku dalam Angkatan

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

BAB I PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

BAB TIGA : KAEDAH PENYELIDIKAN

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini adalah bab terakhir dalam laporan penyelidikan ini dan pengkaji

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

Membudayakan Kecemerlangan Dalam Perkhidmatan Awam

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Kajian terhadap tahap kepuasan kerja adalah berdasarkan kepada Job

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (II) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah Kuantan, Pahang

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

SULIT BORANG USM (PRESTASI) 4/2004 LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (I) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

UKM-SPKP-JP-PK05-BO09 No. Semakan: 00 Tarikh Kuatkuasa: 01/06/2013 LAPORAN PENILAIAN KENAIKAN PANGKAT P&P GRED 52

BAB 3 METODOLOGI. Bab ini akan menyentuh perkara-perkara yang berkaitan dengan rekabentuk kajian,

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

Katakunci : masalah pelajar perdana, latihan industri

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

PROJEK TAHUN AKHIR 2 PELAJAR: NORAINI BINTI CHE DARUS (48069) PENYELIA: CIK WAN SOFIAH BINTI MEOR OSMAN

Katakunci : pengurusan konflik, peserta program khas pensiswazahan, guru besar

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PEMBANGUNAN PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN (PTP) UNTUK PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN FASILITI DI UTM

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

PANDUAN APLIKASI PSIKOLOGI DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

Garis Panduan Tiga Pihak Tentang Amalan Pekerjaan Yang Adil

PENJANAAN RANCANGAN BAGI PELAKSANAAN PROJEK/ PROGRAM: PENYELESAIAN MASALAH / PENAMBAHBAIKAN / PERUBAHAN Oleh Abdul Razak bin Alias, IAB Bandar Enstek

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT. i ii iii iv v vi vii xv xviii xix

ABSTRAK. Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merupakan sebuah organisasi yang. unik jika dibandingkan dengan organisasi/badan-badan beruniform yang lain

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab ini akan membincangkan kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengumpul

ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN

BAB 5 PERBINCANGAN DAN CADANGAN. Bab ini akan membentangkan kesimpulan yang dibuat oleh pengkaji hasil

SURAT PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 2002

3.0 PENGENALAN : METODOLOGI PENYELIDIKAN. Penyelidikan ini bertujuan meneliti keupayaan pelajar Melayu mentranskripsikan dan

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. mendapatkan data yang boleh dipercayai, ia merangkumi tiga aspek penting yang menjadi METODOLOGI KUANTITATIF

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

Prestasi kerja = Motivasi Kebolehan Kekangan situasi

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA BAHAGIAN UKUR BAHAN DAN PENGURUSAN KONTRAK LAPORAN PENUH CABARAN INOVASI JPS 2011 SISTEM UNIT TENDER

DUA TERHADAP KEBERKESANAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN PULAU PINANG

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

POLISI PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN SISTEM MAKLUMAT

ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN LAMPIRAN 1 GARIS PANDUAN PENILAIAN ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab 3 akan menghuraikan metodologi kajian. Kaedah yang di gunakan di

KRITERIA AKNC 2017 Berdasarkan Kriteria Pendidikan Malcolm Baldridge 2011

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

MODUL 1.5: KEMAHIRAN MEMOTIVASI DAN MENGGERAKKAN WARGA SEKOLAH

peranan, prinsip, teknik, masalah pengajaran terjemahan disamping analisis huruf, sama ada imbuhan awalan, sisipan, apitan dan akhiran.

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

Lampiran 1 GARIS PANDUAN PERMOHONAN ANUGERAH INOVASI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (AIICT)

BAB KETIGA METODOLOGI KAJIAN. Di dalam bab ketiga ini, pengkaji membincangkan metodologi kajian secara terperinci.

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

FAKTOR-FAKTOR ORGANISASI YANG MEMPENGARUHI KEBERKESANAN LATIHAN KELOMPOK: SATU KAJIAN DI REJIMEN ARMOR BAB 1 PENDAHULUAN

3.0 HUBUNGAN STRATEGI HEADCOUNT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA PENGUJIAN

BENTUK DAN JENIS PENGUJIAN DALAM PENGAJARAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

PENGAKUAN. Tandatangan : Nama : Khashimah bt. Hj. Ismail No. Matrik : EDMA 1-19 Program : Diploma Eksekutif Pengurusan (Pentadbiran dan Operasi)

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

BAB III METODOLOGI. Bab ini membincangkan pendekatan yang digunakan oleh pengkaji serta

10.1 PERANCANGAN DAN KITAR KAWALAN

KERTAS CADANGAN KAJIAN PROGRAM SARJANA HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN SESI Mr. X xx xxxx JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. kegagalan sesebuah organisasi. Masalah yang berkaitan isu kawalan

Transkripsi:

BAB III PEMBINAAN HIPOTESIS DAN KAEDAH PENYELIDIKAN 3.1 PENDAHULUAN Bab ini menyentuh mengenai pembinaan hipotesis dan bagaimana kajian ini direkabentuk. Kandungan bab ini juga menerangkan kaedah penyelidikan yang digunapakai bagi menjawab persoalan kajian yang dibentang di bab yang pertama. Selain itu bab ini juga menerangkan kaedah pengumpulan data, saiz sampel kajian dan kaedah penganalisaan untuk data yang diperolehi. 3.2 PEMBINAAN HIPOTESIS Untuk membangunkan hipotesis terhadap kajian ini, beberapa pembolehubah telah dikenalpasti sebagai faktor yang menyumbang kepada pembinaan modal insan seperti yang dihuraikan pada bab sebelum ini. Pembolehubahpembolehubah ini digunakan sebagai penentu terhadap kecekapan anggota dalam mengendalikan sistem persenjataan yang digunapakai oleh pasukanpasukan. Bagi menjawab permasalahan kajian yang dibentangkan di Bab 1, kajian ini melihat terlebih dahulu kerangka konsepsual kajian ini. Menurut Miles dan Huberman (1994), kerangka konsepsual menerangkan sama ada dalam bentuk grafik mahupun naratif berhubung perkara yang dikaji. Sehubungan itu kajian ini seterusnya akan menerangkan data yang diperlukan dalam menjawab 38

permasalahan kajian. Pertama sekali kajian ini akan melihat adakah kelayakan akademik modal insan Artileri PU mempunyai kaitan dengan kecekapan mereka dalam pengendalian sistem persenjataan. Kajian juga membincangkan adakah faktor tahap pengetahuan terhadap teknologi persenjataan di kalangan pegawai dan anggota mempunyai hubungan dengan kecekapan yang mereka miliki. Seterusnya kajian melihat pula faktor keberkesanan latihan dan diakhiri dengan membincangkan faktor sikap serta penerimaan pegawai dan anggota dalam mengadaptasi teknologi persenjataan. Kerangka konsepsual ini digambarkan melalui gambarajah model konsepsual kepada pembinaan hipotesis seperti di bawah: Rajah 3.1: Model Konsepsual Kajian Kelayakan Anggota H1 Pengetahuan H2 H3 Kecekapan Anggota Latihan H4 Sikap Pembolehubah Bebas Pembolehubah Bersandar 39

3.2.1 Pembinaan Hipotesis Untuk Kelayakan Anggota Untuk meningkatkan pencapaian sesebuah organisasi pada masa sekarang, majikan lebih cenderung untuk mengambil modal insan yang mempunyai kelulusan akademik dan kemahiran yang tinggi (Handel, 2005). Bukti lain yang memperlihatkan kepentingan taraf pendidikan telah dilakukan melalui kajian Bruce et al. (2006), terhadap pasaran tenaga kerja di utara Australia. Hasil kajian ini mendapati bakal pekerja di Australia cenderung untuk meningkatkan kelayakan akademik, meningkatkan pengetahuan dan kemahiran melalui latihan vokesyenal terlebih dahulu sebelum memasuki pasaran tenaga kerja. Hasil kajian tersebut juga mendapati majoriti organisasi memilih calon pekerja yang mempunyai kelulusan akademik yang tinggi bagi meminimakan kos latihan untuk pekerja. Pembuktian bahawa modal insan yang mempunyai kelayakan akademik yang tinggi menyumbang terhadap pembangunan organisasi telah dilakukan oleh Martin dan Katja (2001), di mana syarikat yang mempunyai pekerja yang berkemahiran dan berkelulusan tinggi serta dilengkapi peralatan teknologi maklumat telah menyumbang secara positif terhadap produktiviti syarikat. Walau bagaimana pun kajian Agut et al. (2003), mengenai pengaruh umur, taraf pendidikan dan jangkamasa khidmat terhadap pengurus-pengurus industri pelancongan di Sepanyol mendapati taraf pendidikan mempunyai hubungan yang negatif terhadap kecekapan mengurus pelanggan tetapi mempunyai 40

hubungan positif terhadap pengurusan organisasi serta keberkesanan kerja. Jangkamasa khidmat pula sebaliknya berkait secara positif terhadap kecekapan mengurus pelanggan serta pengurusan infrastruktur. Umur dan jumlah pekerja tidak mempunyai hubungan yang signifikan terhadap kecekapan. Penemuan-penemuan kajian lepas mengenai kepentingan kelayakan akademik telah menyokong hipotesis pertama kajian dan dinyatakan seperti berikut: H1. Faktor kelayakan akademik anggota mempunyai hubungan dengan tahap kecekapan anggota. 3.2.2 Pembinaan Hipotesis Untuk Pengetahuan Pengetahuan boleh diperolehi melalui usaha diri sendiri. Pengetahuan juga boleh dicapai melalui latihan, tugas, kursus dan jawatan-jawatan yang disandang di sepanjang kerjayanya (Jasvinder et al. 2001). Untuk meningkatkan pengetahuan yang tinggi di kalangan sumber insan, majikan menggalakkan pekerjanya melanjutkan pelajaran atau menghadiri kursus-kursus yang berkaitan dengan bidang kerjayanya seperti yang dijelaskan oleh kajian Blasko (2005), terhadap PLA di China. Sollberger dan Thom (2007), dalam kajiannya turut bersetuju tentang kepentingan pengetahuan dalam bidang kerjaya yang diceburi. Kajian tersebut telah mengesahkan bahawa terdapat kesan yang positif antara nilai kepercayaan, kerjasama, keterbukaan, autonomi dan empati terhadap 41

pengurusan pengetahuan. Manakala kajian Thomas (2004), membuktikan bahawa kepakaran pengetahuan boleh diukur dan ia menyumbang dalam mengoptimakan prestasi manusia. Kajian ini mendapati seseorang yang mempunyai pengetahuan pakar dalam sesuatu bidang dapat melaksanakan semua keperluan tugas dalam bidangnya dengan cemerlang dan mereka yang tidak mempunyai sebarang kepakaran gagal untuk menyerlah dalam pelaksanaan tugasnya dalam apa bidang sekali pun. Dapatan kajian lepas tentang kepentingan pengetahuan yang kukuh dalam sesuatu bidang dapat menyumbang dalam mengoptimakan prestasi individu mendorong kepada pembinaan hipotesis berikut: H2. Tahap pengetahuan anggota mempunyai hubung kait terhadap kecekapan anggota. 3.2.3 Pembinaan Hipotesis Untuk Latihan Dessler (1997), serta Robbins dan Judge (2001), telah menghuraikan bagaimana untuk membentuk latihan serta proses-proses pelaksanaan latihan. Antara kaedah-kaedah latihan yang diterangkan adalah pembelajaran secara formal dan tidak formal, skim aperantis, penggunaan simulasi, alatan audiovisual, penggunaan alatan simulasi serta LSK. Kajian Jasvinder et al. (2001), menerangkan latihan yang berkesan ialah apabila latihan tersebut diterima dan terbukti mampu melahirkan modal insan yang 42

berdaya tahan, mempunyai minda yang kreatif dan inovatif serta sentiasa berkeinginan untuk memajukan diri. Kajian tersebut menunjukkan bahawa kemahiran individu mempunyai hubungan yang ketara dengan keberkesanan latihan. Manakala pengetahuan, pengalaman dan sikap tidak mempunyai hubungan yang rapat dengan keberkesanan latihan. Tumpuan latihan terhadap sesuatu bidang secara khusus dan lebih kerap yang diterapkan dalam skim aperantis merupakan sumber penting dalam latihan selepas pendidikan formal (Rob dan Rainer, 2004). Manakala Robert (1999), mendapati modal insan yang tidak dilatih dalam penggunaan teknologi maklumat menyumbang secara positif kepada peningkatan kos operasi syarikat. Kajian tersebut juga membuktikan pendedahan yang lebih kerap secara praktikal terhadap aplikasi teknologi maklumat memberi kesan positif terhadap perkembangan pengetahuan dan kemahiran sumber insan dalam penggunaan teknologi maklumat. Dapatan kajian lepas tentang kepentingan latihan yang dalam sesuatu bidang dapat menyumbang dalam mengoptimakan prestasi individu mendorong kepada pembinaan hipotesis ketiga yang dinyatakan seperti berikut: H3. Keberkesanan latihan mempunyai hubungan dengan tahap kecekapan anggota. 43

3.2.4 Pembinaan Hipotesis Untuk Sikap Mengikut Robbins et al. (1996), sikap merangkumi tiga komponen iaitu kesedaran/kognitif, pengaruh (affect) dan tingkah laku (behavior). Bahagian kognitif pada sikap adalah kepercayaan, pendapat dan pengetahuan atau maklumat pada seseorang individu. Manakala bahagian pengaruh pada sikap merangkumi emosi atau perasaan. Pengaruh pada sikap membawa kepada tingkahlaku. Bahagian tingkahlaku pada sikap merujuk kepada perlakuan tertentu terhadap sesuatu atau seseorang. Kajian Franklin et al. (2005), terhadap halangan dalam keberkesanan pengukuran sumber insan di New Zealand mengesahkan bahawa, kurangnya sikap suka mengambil tahu di kalangan ahli sesebuah organisasi menjadi faktor limitasi terhadap pengukuran perkembangan sumber manusia. Manakala kajian Alan dan Peter (2000), mendapati sikap individu dalam mengadaptasi teknologi berdasarkan kepada 6 perkara iaitu kesesuaian, mempertingkatkan nilai, melihat sebagai peluang, mengadaptasi pengalaman, melihat sebagai kesukaran dan komitmen pembekal teknologi. Kajian juga mendapati tekanan persekitaran luaran (persekitaran yang menggunakan teknologi) tidak mempengaruhi sikap individu untuk mengadaptasi teknologi. Kajian yang dapat membuktikan bahawa sikap pekerja yang dapat mengadaptasi teknologi dengan pantas dapat menyumbang secara positif terhadap peningkatan produktiviti syarikat telah dilakukan oleh Myfanwy dan David (1995), menyamai penemuan Martin dan Katja (2001). 44

Dapatan kajian lepas tentang kepentingan latihan yang dalam sesuatu bidang dapat menyumbang dalam mengoptimakan prestasi individu mendorong kepada pembinaan hipotesis ketiga yang dinyatakan seperti berikut: H4. Sikap anggota terhadap keperluan tugas mempunyai hubungan dengan kecekapan anggota. 3.3 REKABENTUK KAJIAN Menurut Saunders, Lewis dan Thornhill (2000), strategi penyelidikan adalah rancangan am bagaimana untuk menjawap permasalahan kajian. Sehubungan itu kajian direkabentuk untuk mendapatkan jawapan terhadap keperluan keseimbangan pembangunan modal insan Artileri PU sejajar dengan pemilikan peralatan berteknologi tinggi. Pada asasnya kajian ini direkabentuk dalam 3 peringkat seperti berikut: 3.3.1 Peringkat 1. Mengenalpasti Tujuan dan Objektif Kajian Peringkat ini merupakan pra penyelidikan bagi mengumpul maklumat awal untuk mengenalpasti tajuk permasalahan kajian. Tempat yang dilawati semasa peringkat ini adalah Mk GAPU serta pasukan-pasukan Artileri PU yang lain. Daripada seminar-seminar yang dianjurkan dan maklumbalas pasukan serta komen pegawai-pegawai kanan Artileri PU, sering kedengaran rungutan 45

berkaitan kemerosotan tahap keupayaan dan kemahiran pengendalian sistem persenjataan di kalangan pegawai dan LLP. Mereka sering membuat perbandingan dengan kemahiran yang dimiliki oleh pegawai dan anggota terdahulu. Berdasarkan kenyataan di atas, timbul persoalan kenapa fenomena ini berlaku. Adakah latihan yang disediakan tidak sesuai? Atau pembangunan sumber insan yang tidak efektif? Permasalahan yang telah dikenal pasti serta objektif kajian telah dibincangkan di Bab 1. 3.3.2 Peringkat 2. Pengumpulan Data Bahan-bahan rujukan bagi kertas kajian ini diperolehi melalui laporan-laporan latihan terutamanya ujian ARTEP pasukan-pasukan yang diperolehi dari Cwg PU, PUSARTI dan pasukan-pasukan. Di samping itu, bahan-bahan rujukan seperti jurnal-jurnal, buku, pamflet serta bahan kajian lepas yang berkaitan juga digunakan sebagai rujukan. Manakala data primari diperolehi melalui soal selidik. Pembentukan soalan adalah bagi menguji 4 pembolehubah-pembolehubah yang menentukan kecekapan pegawai dan anggota mengoperasikan sistem persenjataan mereka seperti yang dibincangkan di atas. 3.3.3 Peringkat 3. Analisa Data dan Kesimpulan Kajian Data-data primari dan bahan rujukan sekunder yang diperolehi seterusnya dianalisa bagi memenuhi tujuan dan objektif kajian. Hasil analisa seterusnya 46

dirumuskan dan pandangan yang konstruktif diketengahkan bagi penambahbaikan pembangunan sumber insan Artileri PU pada masa akan datang. 3.4 PENGUMPULAN DATA Pengumpulan data bagi kajian ini dilakukan dalam bentuk kajiselidik dengan menyenaraikan soalan-soalan berupa pendapat yang telah dirangka bagi tujuan mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Untuk pembolehubah kelayakan anggota dan latihan kajiselidik ini telah mengguna pakai model kajiselidik tesis Jasvinder et al. (2001), mengenai Keberkesanan Latihan dan Pembangunan Kepimpinan Dalam TD. Manakala pembolehubah pengetahuan, sikap dan kecekapan pula menggunakan model dari A Questionaire Measure of Individual Differences in Achieving Tendency oleh Mehrabian (1978). Soalan kajiselidik dirangka dalam bentuk kiraan mata. Responden diminta membuat pengukuran berdasarkan Skala Likert dari 1 hingga 5 yang menghendaki jawapan dari sangat tidak setuju hingga sangat setuju. Responden yang terlibat dalam kaji selidik terdiri dari pegawai dan anggota pasukan-pasukan Artileri PU yang terdiri dari 4 buah unit besar dan 2 buah unit kecil. Soalan kajiselidik yang digunakan seperti di Kembaran A dan kajiselidik ini distrukturkan kepada 6 bahagian seperti berikut: 47

3.4.1 Bahagian A Kelayakan Anggota Bahagian ini memberi tumpuan pendapat terhadap keperluan kelayakan akademik minima yang perlu dimiliki oleh seseorang anggota yang dipilih atau ditempatkan dalam Artileri PU. Sebanyak 7 item disediakan pada bahagian ini. Contoh-contoh kenyataan kepada responden adalah seperti Kelayakan akademik saya bermanfaat kepada kerjaya saya sekarang dan Kerjaya tentera tidak memerlukan kelayakan akademik yang tinggi. Bahagian ini mengkehendaki responden membuat pengukuran berdasarkan Skala Likert dari 1 hingga 5 yang menghendaki jawapan dari sangat tidak setuju hingga sangat setuju. 3.4.2 Bahagian B - Pengetahuan Bahagian ini menjurus kepada pendapat tentang kepentingan mengetahui perkembangan teknologi persenjataan serta kepentingan mengetahui aspekaspek teknikal secara mendalam terhadap sesuatu sistem persenjataan. Sebanyak 9 item telah disediakan kepada responden seperti Pengetahuan teknologi persenjataan saya hendaklah pada tahap mampu memahami bagaimana sistem tersebut bekerja. Manakala responden diminta membuat pengukuran berdasarkan Skala Likert dari 1 hingga 5 yang menghendaki jawapan dari sangat tidak setuju hingga sangat setuju. 48

3.4.3 Bahagian C Latihan Bahagian ini adalah bahagian latihan dan pembangunan modal insan untuk meningkatkan kecekapan mereka mengendalikan sistem persenjataan yang dimiliki. Bahagian ini mengandungi pendapat tentang tahap keberkesanan latihan yang dilaksanakan hingga mampu meningkatkan kecekapan anggota. Ia juga untuk mendapatkan maklumat tentang isi kandungan kursus yang dilaksanakan, infrastruktur dan aspek-aspek kemahiran yang diperolehi. Bahagian ini mengandungi 9 item yang antaranya berbunyi Nisbah jumlah jurulatih di pusat latihan seimbang dengan jumlah penuntut yang ada dan Saya diberi peluang mengoperasikan sistem persenjataan hingga mahir. Bahagian ini juga mengkehendaki responden membuat pengukuran berdasarkan Skala Likert dari 1 hingga 5 yang menghendaki jawapan dari sangat tidak setuju hingga sangat setuju. 3.4.4 Bahagian D Sikap Pendapat dalam bahagian ini bertujuan menyingkap sikap dan penerimaan responden terhadap sistem persenjataan yang dikendalikan. Bahagian ini mengandungi 12 item yang diberi kepada responden seperti Sikap yang positif terhadap teknologi semasa akan melahirkan anggota tentera yang cekap dalam pengendalian sistem persenjataan dan mengoperasikan sistem persenjataan/radar berteknologi tinggi adalah sesuatu yang menyeronokkan. 49

Responden diminta membuat pengukuran berdasarkan Skala Likert dari 1 hingga 5 yang menghendaki jawapan dari sangat tidak setuju hingga sangat setuju. 3.4.5 Bahagian E Kecekapan Bahagian ini menjurus kepada pendapat bahawa kecekapan mengendalikan sistem persenjataan yang dimiliki adalah salah satu bukti keberkesanan pembangunan modal insan Artileri PU. Terdapat 8 kenyataan yang memerlukan responden memberi maklum balas seperti kenyataan Saya tahu mengoperasikan sistem persenjataan/ radar tanpa tunjuk ajar orang lain. Responden juga diminta membuat pengukuran berdasarkan Skala Likert dari 1 hingga 5 yang menghendaki jawapan dari sangat tidak setuju hingga sangat setuju. 3.4.6 Bahagian F Profil Responden Bahagian ini merupakan profil responden. Soalan yang diutarakan adalah untuk mendapatkan butir-butir responden dalam kajian ini. Bahagian ini sangat penting kerana tanpa butir-butir yang lengkap, kajian ini mungkin tidak dapat merumuskan tahap keberkesanan pembangunan modal insan seperti yang diharapkan. Terdapat 5 item pada bahagian ini seperti umur, pangkat/jawatan, tahap pendidikan, ketukangan dan jangkamasa khidmat. Data yang diperolehi 50

akan digunakan untuk melihat hubungan kumpulan item-item tersebut dengan kecekapan pengendalian peralatan. Responden diminta membuat pengukuran berdasarkan skala nominal. 3.5 SAIZ SAMPEL Saiz sampel yang digunakan adalah seramai 300 responden terdiri dari pegawai dan anggota pasukan-pasukan Artileri PU. Kaedah persampelan yang digunakan adalah menggunakan prosedur dispropotionate startified random sampling. Kaedah ini dipilih kerana ianya paling sesuai digunakan di mana sampel terdiri dari kumpulan tertentu iaitu anggota jurumeriam, jurumisil, jururadar dan pegawai di peringkat bateri dari setiap pasukan. Kumpulan ini dipilih kerana mereka adalah kumpulan yang terlibat secara langsung dalam pengendalian sistem persenjataan dan radar yang terdapat di pasukan masing-masing. Oleh kerana jumlah pegawai dan anggota yang terlibat secara langsung dalam pengendalian sistem persenjataan berbeza-beza mengikut perjawatan setiap pasukan maka kuota diberikan sebanyak 60 responden dari setiap unit besar (60 responden x 4 unit besar = 240 responden) dan 30 responden dari setiap unit kecil (30 responden x 2 unit kecil = 60 responden). Kuota untuk responden pula adalah 80% responden terdiri dari anggota LLP dan 20% responden adalah terdiri dari pegawai pasukan yang berkenaan. Peratusan ini ditetapkan kerana kumpulan anggota LLP adalah yang lebih ramai terlibat secara langsung dalam mengoperasikan peralatan berbanding kumpulan pegawai. Perlaksanaan soal 51

selidik ditadbir dengan bantuan dari Penolong Pegawai Memerintah dan Pemerintah setiap pasukan. Sebelum itu semua Penolong Pegawai Memerintah dan Pemerintah pasukan telah diberi taklimat dan penerangan mengenai soalansoalan yang mungkin kurang difahami oleh anggota. 3.6 KAEDAH ANALISA DATA Analisa data dibuat menggunakan perisian statistik Statistical Package for Social Science (SPSS for Window Version 17). Setelah data dari borang kaji selidik disemak ia akan dimuatkan dan direkodkan dan diproses dalam komputer. Kaedah analisa data yang digunakan adalah seperti berikut. 3.6.1 Ujian Normaliti dan Lineariti Ujian ini bertujuan untuk menentukan kesahihan pembolehubah yang digunakan di dalam kajian ini. Ujian normaliti ini dilakukan terhadap setiap pembolehubah bebas dan pembolehubah bersandar. 3.6.2 Ujian Kebolehpercayaan (Reliability Test) Ujian kebolehpercayaan boleh digunakan kepada satu ukuran di mana keputusan yang sama diperolehi berulang kali pada setiap kali ujian dilakukan dan dalam keadaan yang berbeza. Kebolehpercayaan ialah suatu tahap di mana 52

ukuran-ukuran adalah bebas daripada kesilapan dan menghasilkan keputusan yang konsisten. Menurut Sekaran (2003), semakin hampir Cronbach s alpha kepada 1 semakin tinggi konsisten kebolehpercayaan antara setiap item. 3.6.3 Ujian Anova Ujian ini adalah teknik perangkaan bivariate yang digunakan untuk membandingkan min antara dua atau lebih kumpulan. Ujian ini digunakan bagi menentukan sama ada terdapat perbezaan atau tidak bagi tahap kecekapan dalam sistem pengendalian di kalangan pegawai dan anggota Artileri PU dengan ciri demografi iaitu umur, pangkat, tahap pendidikan, ketukangan dan jangkamasa perkhidmatan. 3.6.4 Ujian Kolerasi (Correlation Test) Ujian ini adalah untuk mengetahui sama ada terdapat hubungan di antara pembolehubah-pembolehubah yang dipilih dan untuk menentukan arah hubungan pembolehubah-pembolehubah tersebut sama ada positif atau negatif. 3.7 KESIMPULAN Keseluruhan bab ini telah menerangkan bagaimana hipotesis kepada kajian ini dibina dan bagaimana kajian ini direkabentuk. Selain itu bab ini juga telah 53

menerangkan saiz sampel yang akan digunakan dalam kajian dan bagaimana data yang diperolehi akan dianalisa. Analisa-analisa data yang diperolehi akan diterangkan pada bab seterusnya. 54