dokumen-dokumen yang mirip
NOVEL TERMINAL TIGA & SETEGUH KARANG. TAHUN BULAN ASPEK/TAJUK a. Pengakhiran cerita 2001 November

Penangguhan (Wijaya Mala)

Biarkan Samudera (Raihanah Salleh)

Drama Cempaka Berdarah (A.Rahim Abdullah)

LOGO DAN NAMA SEKOLAH


Drama Tiang Cengal Dinding Sayung (Suriani Mohd Yusof)

NO. 45, JALAN SI 8, TAMAN SAUJANA INDAH, BUKIT KATIL, MELAKA

Prosa Tradisional (Hikayat Indera Nata)

Cerpen Tanggar Amanat (Amaruszati Noor Rahim)

Memilih Sikap Positif

Prosa Tradisional (Merah Silu)

Mellisa (Abdullah Hussain)

BAHAGIAN B. Dari SOALAN 24 hingga SOALAN 41, tulis jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan di Kertas Soalan ini.

Cerpen Idola ( Zaen Kasturi)

Cerpen Israk (Erda Roslan Khairi)

Latar Tempat dalam novel Di Sebalik Wajah

Panduan Menjawab Soalan Kefahaman Subjektif 9 April 2016

Cerpen Yap Siew Hong (Mohammed Latif Mohammed)

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM TAHUN 2010

kotor kuat kusut lagi

MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

Pilih perkataan yang paling sesuai bagi setiap tempat kosong dalam petikan karangan di bawah ini.

BAHAGIAN B. Dari SOALAN 24 hingga SOALAN 41, tulis jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan di Kertas Soalan ini.

bermain layanglayang tidak memberi perhatian mengalami kecederaan terjatuh SELESAI

MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

Keutuhan Peribadi. Zahari Daud Ketua Penolong Pendaftar Bahagian Pengurusan Akademik

Drama 1400 (Nordin Hassan)

Memilih Perkataan. kedatangan mengucapkan memohon SAMPEL. membuat berangkat berpindah. kesalahan memberi tiba. pergi sibuk banyak

Cerpen Ibu dan Ceper (Shahnon Ahmad) Sinopsis

Kesengsaraan hidup akibat peperangan terhadap penduduk kampung serta mengakibatkan kecacatan anggota tubuh badan dan juga kematian.

SOALAN LAZIM PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2015 KEMUDAHAN CUTI TANPA REKOD BAGI URUSAN KEMATIAN AHLI KELUARGA TERDEKAT

(TUGASAN INDIVIDU: PENYALAHGUNAAN LORONG KECEMASAN DI MALAYSIA)

Prosa Tradisional (Hikayat Khoja Maimun)

bahasa bahasa bahasa baik baik baik balik balik balik

(8) umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul juga. diperoleh MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

2.5 Memberikan penjelasan secara spontan tentang sesuatu perkara yang berkaitan dengan isu yang dikemukakan. Pada akhir pelajaran, murid dapat:

Pemain Catur (Zaharah Nawawi)

Program Kongsi Ilmu Kolej Cosmopoint Kuching

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SIRAH KBK 4 NAMA:

BAB 5 Nilai Berkaitan Dengan Hak Asasi Manusia

1. Semua orang menyukai Julia kerana dia seorang gadis yang. 2. Kita tidak boleh bersikap terhadap orang lain yang memiliki keistimewaan tertentu.

Drama Forum Remaja 2020 (Sharif Shaary)

Adakah ada yang Akan Mendoakan Kita?

Kisah pelarian Rohingya: 'Myanmar tanah air kami' RUZY ADILA IDRIS 20 Ogos 2012

Cerpen Hutan Rimba ( Sasjira)

MODUL 10: KESIMPULAN. Isi Kandungan Pengenalan Rumusan Buku Kerja Asas Perancangan Kewangan Soalan penilaian

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Isikan tempat kosong dengan dari arau daripada. 3. Mary menerima hadiah kakaknya. 7. Ayah baru pulang tempat kerjanya.

Terima kasih kepada Pengerusi Majlis Bismillahirrahmannirrahim, Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

rumah mampu tengok realiti pasaran hartanah hari ini

Cabaran dalam Menjaga Kanak-kanak Berkeperluan Khas. Erica Lovel

Tidak kira sama ada di kota atau desa, semua manusia adalah sama di samping Tuhan.

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM TAHUN /2 EKONOMI ASAS Kertas 2 Mei 2 jam Dua jam

GARIS PANDUAN MEMERIKSA KERTAS 012 (PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH)

MOSES CHOO MEMBINA KERJAYA, MEMBANTU RAKAN SENASIB. Oleh Amy Suzani Mohd. Ainuddin

LAPORAN KELAB LAWATAN SAMBIL BELAJAR. a) Nama Program : Program Lawatan Sambil Belajar ke Petrosains

FACT SHEET

BAB II DESKRIPSI OBJEK PENELITIAN. 5. Produser : Putut Widjanarko, Avesina Soebil, Nadjmi Zen. 6. Penulis Naskah : Oka Aurora dan Ahmad Al Habsyi

SJK (C) PU SZE BAHASA MELAYU TAHUN 5 (KERTAS 1) PENILAIAN MAC BAHAGIAN B. memberhentikan memperlahankan memandu. membawa mengucapkan mendengar

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

BUKU B. (5) yang selalu mengambil berat tentang diri saya. (6) belajar dan melakukan aktiviti-aktiviti yang lain

BAHAGIAN B. Oh, Nenek pasti kamu akan (26)! Kehidupan di kampung tidak semudah tinggal di flat.

Oleh Nor Affizar Ibrahim. com.my. gurau tidak lekang

UJIAN MINAT BELAJAR (Soal Selidik) Bil Pernyataan (item) Jumlah Skor

Modul Kreatif Utk Nuqaba Vol 2.0

SS 5 Sangat Setuju TS 2 Tidak setuju S 4 Setuju STS 1 Sangat Tidak Setuju TP 3 Tidak Pasti

Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk Aku Sebuah Basikal.

SJK ( C ) PU SZE BAHASA MELAYU (PEMAHAMAN) TAHUN 2 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH ( 3 ) Nama: ( ) Markah: % Kelas :1 ( ) Tarikh : /8/2017

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 AQIDAH ISLAMIAH KBM 2

hangat hangat hangat hanyut hanyut hanyut haus haus haus

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA OPEN UNIVERSITI MALAYSIA SEMESTER LIMA :JANUARI 2012 KOD KURSUS : HBEF2703 TAJUK KURSUS : TUGASAN INDIVIDU

Bagaimana acuan, begitulah kuihnya Perangai anak mirip perangai ibu bapanya

BAHAGIAN B. Bagi SOALAN 24 hingga SOALAN 41, tulis jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan di Kertas Soalan ini.

BAB EMPAT KESIMPULAN DAN CADANGAN. tradisi dalam kalangan masyarakat Islam pada umumnya. Oleh kerana itu, amalan

TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001

Mengapakah Tuhan Tidak Menjawab Doa Saya? Adakah anda bercakap dengan Tuhan?

semakin pudar semangat. Akhirnya peluang tiba dengan tidak aku sangka dan mudah sekali rasanya. Ketika aku berpeluh dan berselut tanah kebun belakang

OPERA ESTATE PRIMARY SCHOOL PENILAIAN PRELIM BAHASA MELAYU LANJUTAN PRIMARI 6 MARKAH:

SYARAT-SYARAT TAWARAN BIASISWA SUB KEPAKARAN & PASCA KEDOKTORAN BAGI KURSUS IJAZAH LANJUTAN DI UNIVERSITI-UNIVERSITI DALAM & LUAR NEGARA

Assalamualaikum w.b.t

Bahagian 1: Imbuhan (10 markah)

BAHASA MELAYU Kertas 2 2 jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


KATA PEMERI. Kata pemeri adalah digunakan sebelum kata adjektif atau kata sendi. 03. Harga barangan yang dijual di pasar raya itu adalah berpatutan.

Page 1 of 10 MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TAALA WABARAKATUH DAN SELAMAT SEJAHTERA. YANG BERUSAHA PUAN HAJJAH FOYZIAH AHMAD NASURUDIN, KETUA PUSTAKAWAN KUKUM,

(1) ada hati (2) ambil hati (3) baik budi (4) makan suap (5) membawa nasib (6) murah hati (7) seperti kacang lupakan kulit (8) tolak ansur

ISI KANDUNGAN: Bab 1 Tujuan Kehidupan Mukmin. Bab 2 Kekayaan Hati. Bab 3 Menempuh Cabaran. Bab 4 Di Sisi Orang Mukmin. Bab 5 Barokatologi (Berkat)

TANTANGAN Karya: Norhisham Mustafa

PERASMIAN KURSUS PERDANA HAJI PERINGKAT NEGERI PERAK MUSIM HAJI 1437 HIJRAH

Anak kesayangan menjadi hamba

TIP UNTUK MEMPERTAHANKAN DIRI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN BINA INSAN GURU INVENTORI PERSONALITI SIDEK.

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015 SIRAH KBK 5 NAMA :

UNlVERSITI SAINS MALAYSIA. Mengenal Pasti dan Menggalurkan Struktur Frasa

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

PRINSIP KEKAYAAN. Oleh : Ir. Ezwan Laman web -

IMBUHAN (10 markah) 1 (1) bertujuan (2) dituju

Transkripsi:

1. SINOPSIS Novel ini mengisahkan mengenai Rimpa yang berpeluang melanjutkan pelajarannya di Akademi Seni Kebangsaan telah terkandas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang kerana penerbangannya ke Kota Kinabalu ditunda akibat jerebu. Ketika duduk menunggu, dia teringatkan ayahnya yang telah 10 tahun tidak pulang. Ketika berada dalam kapal terbang pula, Rimpa teringat akan peristiwa dia meninggalkan rumah walapun telah dilarang oleh ibunya. Dia juga terkenangkan Bang Maily yang telah banyak membantunya. Apabila tiba di Kota Kinabalu, Rimpa menginap di rumah Bang Maily. Tujuan kepulangannya ke kampung kali ini adalah untuk mencari ayahnya yang dikatakan berada di Nabawan. Setelah usaha mencari ayahnya gagal, Rimpa kembali ke Kota Kinabalu, sebelum pulang ke Kuala Lumpur. Bang Maily berusaha menolong Rimpa menguruskan pinjaman untuk membiayai pengajiannya. Ketika berada di kampus, Rimpa menerima surat daripada Ruzaini yang mengatakan ayahnya telah kembali ke pangkuan keluarganya. Apabila cuti semester, Rimpa kembali ke kampung untuk bertemu ayahnya. Rimpa mendapat khabar bahawa Ruzaini telah lari mengikut pendakwah yang masuk ke kampung mereka. Rimpa berasa kecewa terhadap tindakan Ruzaini. Kemudian Rimpa kembali ke Kuala Lumpur untuk meneruskan pengajiannya. Novel ini mengisahkan Awanis yang telah kematian ibu bapa tetapi bersikap tabah meneruskan pengajiannya di UiTM cawangan Perlis. Dia telah menjalani praktikal di sebuah ladang kelapa sawit di Hulu Paka Terengganu dan terpaksa menumpang di rumah Kak Nor. Ketika menjalani latihan ini, dia terpaksa melakukan kerja dapur yang tidak pernah dilakukannya, berhadapan dengan Kak Sofia dan Maznah yang suka mengusik, menghadapi pelbagai cabaran Encik Johari yang suka membuli dan menghadapi peristiwa kematian Budi akibat dipatuk ular. Pada suatu hari, Awanis menerima panggilan Anita yang telah mengetahui kedudukan dirinya sebagai anak angkat. Awanis menamatkan praktikalnya dan membantu Anita mencari keluarga kandungnya. Ayah kandung Anita, Encik Lee tidak menerima Anita sebagai anaknya dan menganggapnya sebagai pembawa sial. Awanis bertengkar dengan kakanya, Maysarah kerana menghalau Anita. Akhirnya Maysarah sedar akan kesilapannya. Kehidupan mereka kembali mesra, namun Anita tetap mahu berdikari dan tidak mahu tinggal sebumbung. 2. TEMA Tema novel ini ialah kegigihan dan kecekalan seorang anak remaja dari sebuah perkampungan di daerah pedalaman Sabah dalam usaha memburu ilmu. Hal ini dibuktikan apabila Rimpa sanggup meninggalkan keluarganya untuk berhijrah ke Kuala Lumpur bagi memperoleh Diploma Penulisan Kreatif di Akademi Seni Kebangsaan selama empat tahun. Rimpa sanggup menghadapi pelbagai risiko dan cabaran untuk mengubah nasib keluarganya yang miskin dan mundur atas dorongan dan bantuan ikhlas daripada Bang Maily. Rimpa turut tabah menghadapi masalah kewangan untuk membiayai pengajiannya dan berkat kesabarannya akhirnya dia mendapat pinjaman sebanyak RM 3000 daripada kerajaan Negeri Sabah. Novel ini bertemakan ketabahan seorang gadis dalam menempuh kehidupan yang mencabar. Hal ini dibuktikan menerusi watak Awanis yang tabah menempuh kehidupan selepas kematian ibu bapanya dalam kemalangan jalan raya. Awanis terpaksa pergi bersendirian untuk mendaftar diri di UiTM cawangan Arau Perlis bagi mengikuti kursus pengurusan ladang. Ketabahan Awanis teruji Ketika menjalani praktikal di Terengganu apabila terpaksa berdepan pelbagai cabaran seperti Encik Johari yang memandang rendah kepadanya dan suka membulinya. www.riekadier.blogspot.com

3. PERSOALAN Antara persoalan yang terdapat dalam novel ini ialah persoalan tanggungjawab. Rimpa seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarganya. Contohnya Rimpa bertanggungjawab mencari ayahnya yang meninggalkan keluarganya selama 10 tahun. Selain itu, Rimpa juga bertanggungjawab terhadap pelajarannya. Contohnya Rimpa sanggup meninggalkan keluarga dan kampung halamannya untuk meneruskan pembelajarannya di Akademi Seni Kebangsaan. Persoalan kedua ialah keyakinan dan keberanian. Rimpa seorang yang yakin diri dan berani. Contohnya Rimpa berani menempuh cabaran dan yakin dapat mencapai cita-citanya di Akademi Seni Kebangsaan walaupun terpaksa meninggalkan keluarganya. Persoalan ketiga ialah ketaatan kepada Tuhan. Rimpa seorang yang taat mengerjakan ibadat. Contohnya Rimpa amat taat mengerjakan solat setelah memeluk Islam. Persoalan seterusnya ialah tidak mudah berputus asa. Rimpa seorang yang kuat semangat meskipun hidup dalam kemiskinan. Contohnya Rimpa tidak mudah berputus asa untuk meneruskan pengajiannya walaupun menghadapi masalah kewangan. Terdapat juga persoalan kepincangan masyarakat seperti masyarakat yang suka meminum minuman keras. Ramon seorang yang suka meminum minuman keras. Contohnya Ramon mengajak Rimpa menyertainya meminum minuman keras. Selain itu terdapat juga kepincangan masyarakat seperti masyarakat yang mudah terpengaruh dengan golongan pendakwah sehingga mengenepikan keluarga. Ruzaini seorang yang mudah terpengaruh walaupun dia pernah mengatakan kepada Rimpa bahawa dia tidak akan bertindak meninggalkan keluarganya. Contohya dia sanggup meninggalkan keluarganya kerana lari mengikuti golongan pendakwah. Antara persoalan yang terdapat dalam novel ini ialah persoalan kegigihan. Awanis seorang gadis yang gigih. Contohnya Awanis yang gagal dalam SPM kali pertama sanggup mengambilnya semula dan berjaya meneruskan pelajarannya ke UiTM. Persoalan kedua ialah kehidupan yang berlandaskan agama dan keyakinan kepada Tuhan. Awanis seorang yang taat mengerjakan ibadat dan percaya dengan ketentuan Allah. Contohnya Awanis taat mengerjakan solat, sentiasa menyebut nama Allah dan tidak lupa untuk berdoa. Persoalan ketiga ialah kasih sayang sesama insan. Awanis sangat sayang kepada Anita. Contohnya Awanis sanggup membantu Anita mencari keluarga kandung Anita iaitu Encik Lee dan Puan Lee. Persoalan keempat ialah sikap berdikari. Awanis seorang gadis yang hidup berdikari. Contohnya selepas kematian ibu dan ayahnya, Awanis cuba berdikari dan mendaftar sendiri di UiTM Arau Perlis. Di samping itu, terdapat juga persoalan kepincangan masyarakat seperti masyarakat yang suka mengumpat dan menjaga tepi kain orang. Kak Maznah dan Kak Sofea suka menceritakan keburukan orang lain. Contohnya Kak Sofea dan Kak Maznah selalu mengumpat di pejabat termasuklah hal Awanis yang keluar dengan Wan Asri. Selain itu terdapat juga kepincangan masyarakat seperti masyarakat yang masih mengamalkan kepercayaan karut. Kepercayaan karut ini masih tebal kepada Encik Lee dan isterinya. Contohnya Encik Lee dan isterinya tergamak tidak mahu mengaku Anita sebagai anak kandungnya kerana percaya bahawa anak perempuan pembawa sial dalam keluarga. www.riekadier.blogspot.com

4. NILAI Antara nilai murni yang terdapat dalam novel Terminal Tiga ialah kasih sayang. Rimpa mengasihi keluarganya. Contohnya Rimpa sanggup pergi ke Nabawan mencari ayahnya yang telah 10 tahun meninggalkan mereka. Selain itu terdapat juga nilai Ketabahan. Rimpa merupakan seorang yang tabah. Contohnya Rimpa sentiasa tabah menghadapi segala cabaran seperti kemiskinan hidup. Masalah yang dihadapinya tidak melemahkan semangatnya untuk terus menimba ilmu. Terdapat juga nilai keberanian. Rimpa seorang yang berani. Contohnya Rimpa berani mengambil risiko meninggalkan keluarga dan kampung halamannya untuk melanjutkan pelajaran di Akademi Seni Kebangsaan. Di samping itu terdapat juga nilai kegighan. Rimpa merupakan seorang yang amat gigih. Contohnya Rimpa gigih menuntut ilmu meskipun berdepan dengan masalah keluarga dan kewangan. Terdapat juga nilai prihatin dalam novel ini. Bang Maily seorang yang prihatin. Dia sering membantu Rimpa dan memberi galakan kepada Rimpa supaya terus belajar. Contohnya Bang Maily menolong Rimpa mendapatkan biasiswa. Selain itu, terdapat juga nilai kebijaksanaan. Rimpa seorang yang bijaksana. Contohnya meskipun berasal dari pedalaman namun atas kebijaksanaannya Rimpa berjaya melanjutkan pelajarannya ke Akademi Seni Kebangsaan. Terdapat juga nilai tanggungjawab. Rimpa seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarganya. Contohnya Rimpa sanggup pulang ke Sabah dan pergi ke Nabawan untuk mencari ayahnya yang dikhabarkan berada di sana. Antara nilai murni yang terdapat dalam novel Seteguh Karang ialah kasih sayang. Awanis menyayangi keluarganya. Contohnya Awanis sayangkan Anita walaupun Anita hanya merupakan adik angkatnya. Selain itu, terdapat juga nilai baik hati. Pak Oni seorang yang baik hati. Contohnya Pak Oni selalu membantu Awanis adik beradik menyediakan makanan setelah ibu bapa mereka meninggal dunia. Di samping itu juga terdapat nilai Keberanian. Awanis seorang gadis yang berani. Contohnya Awanis berani menghadapi cabaran yang diberikan oleh Encik Johari menjatuhkan setandan buah kelapa sawit semasa menjalani praktikal di Hulu Paka Terengganu. Terdapat juga nilai kegigihan dalam novel ini. Awanis seorang yang gigih. Contohnya Awanis gigih menuntut ilmu sehingga ke menara gading meskipun pernah gagal pertama kali mengambil SPM. Selain itu, terdapat juga nilai prihatin. Pak Oni seorang yang prihatin. Contohnya dia mengambil berat kehidupan anak-anak saudaranya dengan sering menyediakan makanan untuk mereka selepas kematian ibu bapa mereka. Di samping itu terdapat juga nilai kebijaksanaan. Awanis seorang yang bijak. Contohnya Awanis berjaya melanjutkan pelajarannya ke UiTM. Terdapat juga nilai tanggungjawab. Awanis seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarganya. Contohnya dia bertanggungjawab membantu Anita mencari ibu bapa kandungnya. www.riekadier.blogspot.com

5. WATAK & PERWATAKAN UTAMA Watak utama dalam novel ini ialah Rimpa. Rimpa merupakan anak sulung dalam keluarga yang berasal dari daerah pedalaman Sabah. Keluarganya merupakan penanam sayur dan hidup miskin apatah lagi ayahnya telah 10 tahun meninggalkan mereka dan tidak dapat dikesan. Meskipun demikian Rimpa seorang yang tabah menghadapi cabaran hidup. Contohnya Rimpa sentiasa tabah menghadapi segala cabaran seperti kemiskinan hidup. Namun cabaran tersebut tidak melemahkan semangatnya untuk terus menimba ilmu. Selain itu Rimpa merupakan seorang yang yakin dan berani. Contohnya Rimpa berani menempuh cabaran dan yakin dapat mencapai cita-citanya di Akademi Seni Kebangsaan walaupun terpaksa meninggalkan keluarganya. Selain itu, Rimpa merupakan seorang yang bertanggung jawab. Rimpa bertanggung jawab terhadap keluarganya. Contohnya Rimpa sanggup pergi ke Nabawan untuk mencari ayahnya yang telah 10 tahun meninggalkan keluarganya. Rimpa juga seorang yang taat kepada Tuhan. Contohnya setelah memeluk agama Islam Rimpa segera menunaikan solat apabila tiba waktunya. Di samping itu, Rimpa seorang yang penyabar. Rimpa sabar menghadapi cabaran dan dugaan hidup. Contohnya Rimpa bersabar walaupun Ramon sering memperlinya kerana cemburu akan hubungan baiknya dengan Bang Maily. Watak utama dalam novel ini ialah Awanis. Awanis merupakan seorang gadis berusia dalam lingkungan 20-an dan berkulit gelap. Merupakan anak kedua yang berasal dari Ipoh Perak dan merupakan anak yatim piatu setelah ibu bapanya terkorban dalam kemalangan jalan raya. Merupakan anak orang berada kerana ayahnya memiliki syarikat pembinaan dan banyak rumah sewa. Awanis seorang yang berdikari. Contohnya, semasa melaporkan diri pada hari pertama di ITM (UiTM) Arau Perlis, Awanis pergi bersendirian. Selain itu, Awanis merupakan seorang yang penyayang. Awanis sangat menyayangi adik angkatnya Anita dan sanggup bersama-sama Anita pergi mencari keluarga kandungnya. Awanis juga seorang yang tabah dan cekal. Contohnya walaupun gagal dalam SPM, Awanis masih sanggup untuk mengambil semula SPM dan berjaya memperoleh keputusan yang baik. Selain itu, Awanis juga merupakan seorang yang sabar. Awanis sabar dalam menempuhi dugaan yang menimpa keluarganya. Contohnya Awanis bersabar apabila dan menerima kenyataan apabila ibu bapanya terkorban dalam kemalangan jalan raya. Awanis juga seorang yang gigih. Awanis menunjukkan kegigihan dalam menimba ilmu. Contohnya Awanis gigih menuntut ilmu sehingga ke menara gading meskipun pernah gagal pertama kali mengambil SPM Di samping itu rimpa juga merupakan seorang yang gigih. Rimpa amat gigih menuntut ilmu. Contohnya Rimpa gigih menimba ilmu meskipun berdepan dengan masalah keluarga dan kewangan. www.riekadier.blogspot.com

6. WATAK & PERWATAKAN SAMPINGAN Antara watak sampingan yang terdapat dalam novel ini ialah Bang Maily. Bang Maily merupakan Pegawai Kebudayaan di Sabah. Bang Maily merupakan seorang yang rajin. Dia sanggup pergi ke mana sahaja untuk menjalankan tugasnya. Contohnya Bang Maily sanggup pergi ke Keningau dari Ranau dan pulang semula ke Ranau pada hari yang sama untuk menguruskan Bengkel Penulisan. Bang Maily juga seorang yang prihatin. Dia amat prihatin dengan kesusahan yang dialami Rimpa. Contohnya Bang Maily sering memberi galakan kepada Rimpa supaya terus belajar dan menolong Rimpa mendapatkan biasiswa. Bang Maily juga seorang yang ikhlas membantu. Dia sering membantu Rimpa yang dihimpit kemiskinan. Contohnya dia ikhlas membantu Rimpa yang pada pandangnnya mempunyai bakat dalam bidang penulisan dengan membawa Rimpa ke Kota Kinabalu dan membantu Rimpa melanjutkan pelajarannya Ke Akademi Seni Kebangsaan. Bang Maily juga seorang yang taat kepada Allah. Dia taat mengerjakan ibadat. Contohnya Bang Maily terus mengerjakan solat sebaik sahaja masuk waktu solat. Selain itu, watak sampingan yang lain ialah Kak Naspura. Kak Naspura adalah isteri kepada Bang Maily. Kak Naspura merupakan seorang isteri yang bertanggungjawab. Dia bertanggungjawab terhadap suami dan anak-anaknya. Contohnya, dia menyediakan keperluan suami dan anak-anaknya seperti menyediakan makan minum. Kak naspura juga seorang yang mudah bersimpati. Dia bersimpati dengan kesusahan Rimpa. Contohnya Kak Naspura dan mempelawa Rimpa menginap di rumah mereka. Kak Naspura juga seorang yang prihatin. Dia amat prihatin dengan kesusahan hidup yang dialami Rimpa. Contohnya dia sentiasa memberi nasihat dan galakan kepada Rimpa serta Antara watak sampingan yang terdapat dalam novel ini ialah Maysarah (Kak May). Maysarah merupakan kakak kepada Awanis. Maysarah merupakan pelajar yang bijak dalam pelajaran. Contohnya dia berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Maysarah seorang yang emosional. Dia mudah merajuk dan mengikut perasaan. Contohnya dia pernah melarikan diri ke rumah neneknya di Pulau Pinang selepas dimarahi oleh ayahnya. Maysarah juga mempunyai sikap terburuburu. Dia suka bertindak tanpa memikirkan kesannya. Contohnya dia menghalau Anita keluar dari rumah setelah bertengkar dengn Anita dan mengambil pil tidur yang berlebihan hingga terpaksa dimasukkan ke hospital. Maysarah seorang yang mudah kecewa. Dia putus asa dan patah semangat dengan kejadian yang menimpa keluarganya. Contohnya dia menjadi murung dan merasa bersalah selepas kematian ibu bapanya. Di samping itu terdapat juga watak sampingan lain seperti Pak Oni. Pak Oni merupakan bapa saudara Awanis. Pak Oni seorang yang bertanggungjawab. Dia bertanggungjawab terhadap anak saudaranya. Contohnya Selepas kematian ibu bapa Awanis, Pak Oni bertanggungjawab menjaga Awanis, Maysarah dan Anita. Pak Oni juga seorang yang prihatin. Dia mengambil berat kehidupan anak-anak saudaranya. Contohnya dia sering menyediakan makanan untuk mereka selepas kematian ibu bapa mereka. Pak Oni juga seorang yang sanggup berkorban. Dia sanggup berkorban untuk anak saudaranya. Contohnya dia sanggup berulang-alik ke tempat kerja yang jauh kerana tingal bersamasama dengan anak-anak saudaranya di Ipoh. Pak Oni juga seorang yang suka bergurau.

membantu Rimpa. Kak Naspura juga seorang yang penyayang. Dia amat menyayangi keluarganya. Contohnya dia sentiasa memberikan kasih sayang kepada suami dan anak-anaknya yang membuatkan mereka hidup bahagia. Satu perwatakan antagonis(watak jahat) dalam novel ini ialah Ramon. Ramon merupakan seorang yang suka meminum minuman keras dan sering mengajak Rimpa menyertainya. Selain itu Ramon juga seorang yang cemburu dan iri hati. Ramon sering memperli Rimpa kerana cemburu dan iri hati kepada Rimpa yang mempunyai hubungan baik dengan Bang Maily dan sering membantunya. Dia suka bergurau dengan Awanis. Contohnya dia memanggil Awanis sebagai Black Beuty kerana kulit Awanis yang hitam. Satu perwatakan antagonis (Watak jahat) dalam novel ini ialah Encik Lee iaitu ayah kandung Anita. Encik Lee tidak mahu mengakui bahawa Anita adalah anak kandungnya. Malah Encik Lee mempercayai kepercayaan karut iaitu anak perempuan pembawa sial. Dia menganggap anak kandungnya sendiri iaitu Anita pembawa sial dalam keluarga. 7. LATAR TEMPAT Latar tempat yang terdapat dalam novel ini ialah sebuah perkampungan di Pedalaman Sabah. Di sinilah Rimpa membesar dan tinggal bersama keluarganya. Selain itu, Kota Kinabalu juga merupakan latar tempat yang digunakan dalam novel ini. Di sinilah Rimpa berkenalan dengan Bang Maily, bergiat dalam bidang teater dan memeluk agama Islam. Latar tempat seterusnya ialah di Terminal Tiga Lapangan Terbang Subang. Di tempat ini, Rimpa menanti untuk menaiki kapal terbang ke Kota Kinabalu, tempat dia mengimbas kembali banyak peristiwa yang berlaku dalam hidupnya dan tempat dia bertemu dengan bekas gurunya, cikgu Ahmad Ibrahim. Latar tempat yang terdapat dalam novel ini ialah Jalan Garland, Ipoh Perak. Di sinilah terletaknya rumah Awanis dan tempat Awanis bertengkar dengan dengan kakaknya Maysarah. Selain itu, Uitm Arau Perlis juga digunakan sebagai latar tempat. Di sinilah tempat Awanis belajar dalam bidang Kejuruteraan Ladang. Latar tempat yang seterusnya ialah Pejabat Pertubuhan Peladang Hulu Paka Terengganu. Di sinilah tempat Awanis menjalani praktikal. Terdapat juga latar tempat ladang kelapa sawit. Di sinilah tempat Budi bekerja dan tempat Awanis dicabar menjatuhkan setandan kelapa sawit oleh Encik Johari. Selain itu Akademi Seni Kebangsaan juga merupakan latar tempat yang terdapat dalam novel ini. Di sinilah Rimpa menimba ilmu untuk mendapatkan diploma dalam bidang penulisan kreatif. www.riekadier.blogspot.com

8. LATAR MASA Antara latar masa yang terdapat dalam novel ini ialah bulan Julai. Antara peristiwanya ialah kedatangan Rimpa ke Kuala Lumpur buat pertama kalinya untuk melanjutkan pelajarannya di Akademi Seni Kebangsaan berlaku pada bulan Julai. Selain itu, terdapat juga latar masa waktu malam. Antara peristiwa yang menggunakan latar masa pada waktu malam ialah penerbangan Rimpa dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur. Rimpa memilih penerbangan waktu malam kerana harga tambang yang murah berbanding waktu siang. Selain itu terdapat juga latar masa di antara pukul 4.30 petang sehingga pukul 9.30 malam. Latar masa ini digunakan ketika Rimpa pulang ke Kota Kinabalu dari Lapangan Terbang Subang. Rimpa bertolak dari rumahnya sejak pukul 4.30 petang. Bagaimanapun Rimpa terpaksa menunggu selama lima jam di Lapangan Terbang Subang kerana penerbangannya ke Kota Kinabalu yang sepatutnya dijadualkan pada pukul 8:15 malam ditangguhkan sehinga ke pukul 9.30 malam akibat jerebu. Antara latar masa yang terdapat dalam novel ini ialah waktu petang. Peristiwanya ialah ketika Anita mengejutkan Awanis yang sedang tidur. Awanis bertanya kepada Anita pukul berapa sejurus dia dikejutkan dari tidur oleh Anita. Anita memberitahu Awanis pukul enam petang. Selain itu terdapat juga latar masa waktu malam. Antaranya peristiwa Awanis bertolak dari Ipoh ke Kuala Terengganu menaiki bas Delima Ekspres pada waktu malam. Selain itu terdapat juga latar masa waktu awal pagi. Antaranya peristiwa Awanis ditahan polis di stesen bas Kluang sekitar jam empat pagi kerana menerima panggilan telefon daripada seorang yang mengesyakinya lari dari rumah. Padahal pada waktu itu, Awanis baru sahaja sampai di Kluang dari Kuala Lumpur menaiki kereta api untuk menjalani latihan praktikal di ladang PORIM Kluang. 9. LATAR MASYARAKAT Latar masyarakat yang terdapat dalam novel ini masyarakat yang tinggal di pedalaman Sabah. Rimpa dan keluarganya tinggal di perkampungan pedalaman Sabah. Contohnya perkampungan pedalaman sabah tempat Rimpa tinggal merupakan kawasan yang masih mundur dan dipenuhi hutan menghijau. Latar masyarakat yang kedua ialah masyarakat desa yang masih mengamalkan budaya tradisi dalam kehidupan. Amalan meminum tuak masih lagi menjadi tradisi hidup mereka. Contohnya Ramon bersama kawankawannya suka meminum tuak. Selain itu digambarkan juga latar masyarakat desa yang bekerja sebagai penanam sayur untuk menyara kehidupan. Rimpa berasal Latar masyarakat yang terdapat dalam novel ini ialah masyarakat yang gigih untuk mencari rezeki. Budi seorang yang gigih mencari rezeki. Contohnya belia Indonesia seperti Budi sanggup berhijrah ke Malaysia dan bekerja sebagai buruh di ladang kelapa sawit untuk mencari rezeki. Di samping itu, terdapat juga masyarakat yang masih mengamalkan kepercayaan karut. Encik Lee dan isterinya percaya bahawa anak perempuan membawa sial. Contohnya Encik Lee dan isterinya tidak mahu menerima Anita dan tergamak menyatakan anak kandungnya itu sebagai pembawa sial. Selain itu digambarkan juga masyarakat yang suka menolong orang lain. Pak Oni sering menolong anak saudaranya selepas ibu bapa

daripada keluarga petani yang menjadikan pertanian sebagai sumber rezeki untuk menampung kehidupan. Contohnya keluarga Rimpa menanam kubis, asparagus dan tomato untuk menyara keluarga. Di samping itu digambarkan juga masyarakat yang mementingkan pendidikan. Rimpa seorang yang berbakat besar dalam bidang penulisan dan amat mementingkan pelajaran. Contohnya Rimpa sanggup menempuh pelbagai cabaran dan terpaksa meninggalkan keluarganya untuk meneruskan pelajarannya di Akademi Seni Kebangsaan dalam bidang penulisan kreatif. Digambarkan juga masyarakat yang suka membantu dan menolong orang lain. Bang Maily dan isterinya sering membantu Rimpa yang hidup dalam kesusahan. Contohnya Bang Maily ikhlas membantu Rimpa yang dihimpit kemiskinan untuk meneruskan pelajarannya di Akademi Seni Kebangsaan. Digambakan juga masyarakat yang taat kepada Tuhan dalam novel ini. Bang Maily seorang yang taat mengerjakan ibadat. Contohnya Bang Maily dan Rimpa menunaikan solat sebaik sahaja masuk waktu sembahyang. mereka terkorban dalam kemalangan jalan raya. Contohnya Pak Oni, bapa saudara Awanis sentiasa membantu menyediakan makanan untuk Awanis setelah kematian ibu bapanya. Antara lain latar masyarakat dalam novel ini ialah masyarakat yang suka memandang rendah terhadap kemampuan orang lain. Encik Johari sering memandang rendah terhadap kemampuan Awanis. Contohnya Encik Johari yang memandang rendah terhadap kemampuan Awanis mencabarnya mejatuhkan setandan buah kelapa sawit. Terdapat juga masyarakat yang mementingkan kasih sayang sesama manusia. Awanis seorang yang penyayang. Contohnya Awanis sangat menyayangi Anita walaupun Anita bukan adik kandungnya dan sanggup membantu Anita mencari keluarga kandungnya. Terdapat juga masyarakat yang mementingkan pelajaran. Awanis amat mementingkan pelajarannya. Contohnya Awanis mengambil semula SPM walaupun gagal kali pertama dan berjaya melanjutkan pelajarannya ke UiTM. 10. PENGAJARAN Antara pengajaran yang terdapat dalam novel Terminal Tiga ialah kita hendaklah saling kasih mengasihi antara satu sama lain. Contohnya Rimpa mengasihi keluarganya dan sanggup pergi ke Nabawan mencari ayahnya yang telah 10 tahun meninggalkan mereka. Selain itu kita juga seharusnya tabah dalam mengharungi dugaan hidup. Contohnya Rimpa sentiasa tabah menghadapi segala cabaran seperti kemiskinan hidup dan tidak melemahkan semangatnya untuk terus menimba ilmu. Kita juga hendaklah memiliki keberanian dalam apa jua tindakan yang mendatangkan kebaikan kepada kita. Contohnya Rimpa berani mengambil risiko meninggalkan keluarga dan kampung halamannya untuk melanjutkan pelajaran di Akademi Seni Kebangsaan. Antara pengajaran yang terdapat dalam novel Seteguh Karang ialah kita hendaklah mempunyai rasa kasih sayang sesama manusia. Contohnya Awanis sayangkan Anita walaupun Anita hanya merupakan adik angkatnya. Selain itu, kita juga hendaklah berbuat baik sesama manusia. Contohnya Pak Oni seorang yang baik hati dan sedia membantu Awanis adik beradik setelah ibu bapa mereka meninggal dunia. Di samping itu kita juga seharusnya memiliki Keberanian dalam perkara yang mendatangkan kebaikan kepada kita. Contohnya Awanis berani menghadapi cabaran yang diberikan oleh Encik Johari menjatuhkan setandan buah kelapa sawit semasa menjalani praktikal di Hulu Paka Terengganu.

Di samping itu kita juga mestilah gigih berusaha untuk mencapai cita-cita. Contohnya Rimpa gigih menuntut ilmu meskipun berdepan dengan masalah keluarga dan kewangan. Kita juga mestilah prihatin terhadap masalah dan kesusahan orang lain. Contohnya Bang Maily sering memberi galakan kepada Rimpa supaya terus belajar dan menolong Rimpa mendapatkan biasiswa untuk meneruskan pelajarannya. Selain itu, kita juga seharusnya memiliki kebijaksanaan dalam berfikir dan segala tindakan kita. Contohnya meskipun berasal dari pedalaman namun atas kebijaksanaannya Rimpa berjaya melanjutkan pelajarannya ke Akademi Seni Kebangsaan. Selain itu juga kita haruslah mempunyai sifat tanggungjawab terhadap keluarga. Contohnya Rimpa bertanggungjawab kepada keluarganya dan sanggup pulang ke Sabah untuk mencari ayahnya yang dikhabarkan berada di Nabawan. Kita juga mestilah mempuyai kegigihan untuk mencapai cita-cita. Contohnya Awanis gigih menuntut ilmu sehingga ke menara gading meskipun pernah gagal pertama kali mengambil SPM. Selain itu, kita juga seharusnya prihatin dengan masalah dan kesusahan orang lain. Contohnya Pak Oni sentiasa mengambil berat kehidupan anak-anak saudaranya dengan sering menyediakan makanan untuk mereka selepas kematian ibu bapa mereka. Di samping itu kita juga mestlah bijaksana dalam berfikir dan bertindak. Contohnya Awanis seorang yang bijak dalam pelajaran dan berjaya melanjutkan pelajarannya ke UiTM. Kita juga mestilah bertanggungjawab terhadap keluarga. Contohnya Awanis seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarganya dengan membantu Anita mencari ibu bapa kandungnya. 11. PLOT Permulaan cerita Antara peristiwa yang menarik pembaca pada permulaan cerita dalam novel ini ialah peristiwa jerebu yang melanda Lembah Klang yang menyebabkan beberapa penerbangan kapal terbang ditangguhkan termasuklah penerbangan Rimpa ke Kota Kinabalu. Hal ini menyebabkan pembaca tertarik untuk mengetahui peristiwa seterusnya apabila Rimpa terkandas selama beberapa jam di lapangan terbang Subang. Selain itu, peristiwa Rimpa mengimbas kembali kata-kata emaknya yang memintanya pulang ke kampung untuk mencari ayahnya yang dikatakan berada di Nabawan setelah 10 tahun meninggalkan mereka turut menarik pembaca pada permulaan cerita dalm novel ini. Rimpa sendiri tertanya-tanya dan tidak tahu mengapa ayanya bertindak meninggalkan mereka. Peritstiwa ini mendorong pembaca untuk terus membaca novel ini untuk mencari jawapan mengapa ayah Rimpa bertindak demikian. Permulaan Cerita Antara Peristiwa yang menarik pembaca pada permulaan cerita dalam novel ini ialah peristiwa Awanis yang merupakan pelajar UiTM Arau Perlis mengimbas kembali perjalannya pulang ke Ipoh Perak menaiki bas. Keadaan bas yang penuh sesak dan pelbagai peristiwa yang dilaluinya dalam perjalanan menyebabkan pembaca tertarik untuk terus mengetahui peristiwa selanjutnya. Selain itu, peristiwa setibanya Awanis di rumah menyaksikan Awanis meluat dan malas melayan Kak Maysarah yang sudah jauh berubah menjadi pemurung setelah kematian abah dan mamanya turut menarik pembaca untuk terus membaca nove ini. Pembaca ingin tahu mengapa kak Maysarah berubah daripada seorang yang ceria menjadi seorang yang pemurung. Perkembangan Antara peristiwa menarik pada perkembangan cerita dalam novel ini ialah Awanis terkenang

Di samping itu, ketika Rimpa teringat kembali peristiwa dia mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajarannya dalam bidang penulisan kreatif di Akademi Seni Kebangsaan turut menarik pembaca pada permulaan cerita dalam novel ini. Emaknya berasa sedih dan meminta dia agar membatalkan hasratnya itu kerana emak dan adikadiknya amat memerlukannya ketika itu untuk menjadi ketua keluarga. Tambaha pula Rimpa berdepan cabaran kemiskinan dan serba kekurangan untuk meneruskan pelajarannya. Namun Rimpa tetap dengan keputusannya kerana dia ingin mengubah nasib diri dan keluarganya yang miskin. Cabaran yang terpaksa ditempuhi dan semangat yang dimilki Rimpa menarik pembaca untuk terus membaca novel ini. Perkembangan Antara peristiwa yang menarik pembaca dalam perkembangan cerita ialah peristiwa Rimpa cuba menghubungi rumah Bang Maily selepas mendarat di Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Malangnya Bang Maily tiada di rumah kerana menurut Kak Naspura Bang Maily sudah tiga hari berada di Kudat. Peristiwa ini menarik pembaca kerana ingin mengetahui apakah tindakan Rimpa. Hal ini kerana di Kota Kinabalu, hanya keluarga Bang Maily lah satu-satunya keluarga yang sentiasa membantu Rimpa termasuklah menumpangkan Rimpa di rumah mereka. Selain itu, peristiwa lain yang menarik pambaca pada perkembanga cerita ialah peristiwa Bang Maily yang taat mengerjakan solat. Cara hidup Bang Maily telah menyentuh hatinya dan Rimpa meminta Bang Maily mengajarnya cara bersolat. Rimpa sebenarnya telah beberapa kali menyatakan hasratnya untuk memeluk Islam. Namun hasrat Rimpa seakan tidak diendahkan oleh Bang Maily. Menurut Bang Maily, menganut Islam bukan sekadar mengejakan ibadat, tetapi menghayati keseluruhan ajaran Islam. Peristiwa ini menarik pembaca kerana pembaca ingin tahu adakah hasrat Rimpa untuk memeluk Islam tercapai. Perumitan Antara peristiwa yang menarik pembaca dalam perumitian ialah peristiwa Rimpa bersama dua orang adiknya pergi ke Nabawan untuk mencari ayahnya. Namun usaha mereka menemui kegagalan. Peristiwa ini menarik pembaca kerana cerita menjadi bertambah rumit dan pembaca ingin tahu di manakah ayah Rimpa berada dan adakah kembali semasa kedua-dua orang tuanya masih hidup. Setelah kematian ibu bapanya corak hidup mereka telah berubah. Kak Maysarah telah berubah menjadi pemurung dan suka bersendirian. Selain itu peristiwa menarik pada pekembangan cerita ialah Awanis ke Terengganu untuk menjalani praktikal selama 6 minggu. Oleh kerana sukar mencari rumah sewa, Awanis terpaksa tinggal di rumah Kak Nor. Awanis terpaksa bersabar dan menyesuaikan diri dengan kerja-kerja dapur yang tidak biasa dilakukannya. Pada perkembangan cerita, terdapat juga peristiwa Awanis terpaksa berhadapan dengan karenah Encik Johari yang memandang rendah keupayaan wanita dan selalu mencabar Awanis sepanjang menjalani praktikal di ladang kelapa sawit. Antaranya dicabar menunggang motorsikal yang buruk dengan brek yang kurang berfungsi dan dicabar menjatuhkan setandan buah kelapa sawit. Peristiwa ini menarik pembaca kerana pembaca ingin tahu adakah Awanis berjaya mengatasi cabaran-cabaran tersebut. Perumitan Antara peristiwa yang menarik pembaca dalam perumitan cerita ialah peristiwa Awanis mendapat panggilan telefon daripada Anita yang marah dan penuh emosi kepadanya. Peristiwa ini menarik pembaca kerana ingin mengetahui mengapa Anita bertindak demikian. Selain itu, peristiwa Anita ingin keluar dari rumah dan ingin mencari keluarga kandungnya turut menarik pembaca. Awanis memujuk Anita agar tidak meninggalkan rumah dan berjanji membantu Anita mencari ayahnya. Peristiwa ini menarik pembaca kerana pembaca ingin tahu adakah Awanis dapat memujuk Anita dan berjaya mencari keluarga kandungnya. Klimaks Antara peristiwa yang menarik pembaca dalam klimaks cerita ialah peristiwa Awanis bertengkar dengan kak Maysarah dan bertindak menampar Awanis yang mempersoalkan kelemahannya dalam menghadapi cabaran hidup. Peristiwa ini menarik pembaca kerana rentetan peristiwa tersebut Awanis bertindak keluar meninggalkan rumah dan cerita menjadi bertambah rumit. Seterusnya ialah peristiwa Kak Maysarah mengambil pil tidur berlebihan sehingga

usaha Rimpa untuk menjejaki ayahnya tercapai. Selain itu, peristiwa pesawat tidak dapat mendarat kerana keadaan berjerebu ketika Rimpa pulang ke Kuala Lumpur dari Kota Kinabalu turut menarik pembaca. Rimpa dan penumpangpenumpang lain berasa cemas kerana bimbang akan kemungkinan peristiwa buruk yang bakal terjadi. Pesawat yang dinaiki Rimpa terbabas lalu melanggar pagar. Peristiwa ini menarik pembaca kerana pembaca ingin tahu peristiwa seterusnya. Rupanya itu hanyalah imaginasi Rimpa sahaja. Klimaks Antara peristiwa yang menarik pembaca pada klimaks ialah Peristiwa Rimpa kembali ke kampung ketika cuti semester. Rimpa telah dikejutkan dengan berita Ruzaini gadis yang disayanginya lari meninggalkan rumah mengikuti seorang pendakwah. Pembaca ingin tahu ke manakah Ruzaini mengikuti pendakwah itu dan mengapakah Ruzaini bertindak demikian. Selain itu, peristiwa Rimpa menyatakan hasratnya kepada ibunya untuk kembali ke Kuala Lumpur lebih awal turut menarik pembaca pada klimaks cerita. Rimpa mengambil keputusan untuk kembali ke Kuala Lumpur walaupun cuti semester masih berbaki dua minggu. Peristiwa ini menyebabkan pembaca ingin tahu mengapa Rimpa mengambil keputusan untuk pulang awal ke Kuala Lumpur. membahayakan nyawanya. Peristiwa ini menarik minat pembaca kerana cerita menjadi semakin rumit dan pembaca ingin tahu adakah Kak Maysarah akan selamat setelah dimasukkan ke hospital. Peleraian/penyelesaian cerita Penyelesaian cerita dalam novel ini ialah peristiwa Awanis tergesa-gesa menamatkan praktikalnya lebih awal kerana dia ingin pulang menemui Anita. Dia menemui Anita di rumah cikgu Rushda dan membantu Anita mencari keluarga kandungnya. Walaubagaimanapun setelah menemui keluarga kandung Anita, Encik Lee dan isterinya tidak menerima Anita sebagai anaknya malah menganggapnya pembawa sial. Kak Maysarah kembali sedar akan kesilapannya dan merasakan bahawa adik-adiknya masih memerlukan dirinya. Mereka bertiga berbaik semula dan kembali ceria. Namun demikian, Anita tetap dengan keputusannya untuk keluar dari rumah kerana ingin hidup berdikari. Peleraian/penyelesaian cerita Penyelesaian cerita dalam novel ini, Rimpa kembali ke Kuala Lumpur setelah beberapa hari tinggal di Rumah Bang Maily kerana tiket penerbangan ke Kuala Lumpur telah habis. Rimpa juga telah berjaya mendapatkan pinjaman sebanyak RM 3000 daripada Kementerian Kebudayaan Negeri Sabah. Setibanya di Terminal Tiga, Rimpa menunggu hingga subuh dan terus ke Akademi Seni Kebangsaan. Berita pemindahan kampus ASK ke tempat baru bersebelahan dengan MATIC juga mengejutkannya. Ini bererti Rimpa terpaksa menanggung kos perbelanjaan yang lebih tinggi kerana kampus baru terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Walau apa jua masalah dan cabaran mendatang, Rimpa bertekad akan meneruskan pelajarannya dan menghadapi segala cabaran mendatang dengan tabah.

12. TEKNIK PLOT Antara teknik plot dalam novel Terminal Tiga ialah suspens (tanda tanya). Contohnya peristiwa ayah Rimpa yang meninggalkan keluarganya semenjak 10 tahun lalu menimbulkan tanda tanya. Rimpa sendiri tidak tahu mengapa ayahnya bertindak meninggalkan mereka. Peritiwa ini menimbulkan unsur suspens kerana pembaca tertanya-tanya apakah punca ayah Rimpa meninggalkan keluarganya dan di manakah ayah Rimpa berada. Selain itu terdapat juga penggunaan teknik kejutan dalam novel ini. Contohnya peristiwa Ruzaini melarikan diri mengikut pendakwah merupakan satu kejutan kepada pembaca. Hal ini kerana Ruzaini merupakan seorang yang berpendirian teguh dan dia pernah mengatakan kepada Rimpa bahawa dia meghormati ibu bapanya dan tidak akan bertindak meninggalkan keluarga. Selain itu peristiwa Rimpa bertemu dengan bekas cikgunya di Terminal Tiga Lapangan Terbang Subang juga merupakan satu kejutan. Rimpa tidak menyangka sama sekali dapat bertemu cikgu Ahmad Ibrahim yang pernah mengajarnya 10 tahun lalu. Terdapat juga pengunaan teknik imbas kembali dalam novel ini. Antara peristiwa penggunaan teknik imbas kembali ialah peristiwa Rimpa meninggalkan kampung dan keluarganya untuk berhijrah ke Kota Kinabalu untuk mencapai citacitanya. Selain itu, terdapat juga penggunaan dialog dalam novel ini. Contohnya ketika Rimpa bertemu bekas cikgunya, cikgu Ahmad Ibrahim di Lapangan Terbang Subang. Terdapat juga penggunaan teknik monolog dalam novel ini. Antara peristiwa penggunaan monolog ialah ketika berada di lapangan terbang Rimpa bertanya pada dirinya sendiri mengapa ayahnya pergi meninggalkan mereka. Antara teknik plot yang terdapat dalam novel Seteguh Karang ialah suspens (ketegangan/tanda tanya). Teknik saspens digunakan oleh pengarang ketika Awanis menerima panggilan telefon daripada Anita. Anita berada dalam kemarahan dan penuh emosi. Pembaca tertanya-tanya mengapakah Anita begitu emosi dan apakah reaksi dan tindakan Awanis. Teknik ini mengundang rasa ingin tahu kepada pembaca. Selain itu, terdapat juga penggunaan teknik kejutan dalam novel ini. Contohnya peristiwa Kak Maysarah mengambil pil tidur berlebihan setelah bertengkar dengan Awanis dan menghalaunya keluar dari rumah. Kak Maysarah dimasukkan ke hospital akibat tindakannya dan peristiwa ini mengundang kejutan kepada pembaca. Terdapat juga penggunaan teknik imbas kembali dalam novel ini. Antaranya peristiwa Awanis mengenang kembali ketika kedua ibu bapanya masih hidup. Keluarga mereka hidup dalam kebahagiaan dan sentiasa ceria termasuklah kak Maysarah yang merupakan seorang yang periang. Antara lain teknik yang digunakan ialah dialog. Contohnya peristiwa Awanis melaporkan diri kepada Encik Johari semasa menjalankan praktikal di Hulu Paka Terengganu. Encik Johari bertanya kepada Awanis sama ada dia yang memilih untuk menjalani praktikal di situ atau dihantar oleh pihak UiTM. Awanis memberitahu Encik Johari dia tiada pilihan lain. Terdapat juga penggunaan teknik monolog dalam novel ini. Contohnya peristiwa kak Sofia bertanya kepada Awanis tentang Wan Asri, Awanis lantas berkata kepada dirinya sendiri bahawa dia tidak pernah mengambil tahu perihal Wan Asri lebih daripada seorang sahabat. Disediakan oleh: Cikgu Musri Kadir SMK Balung Tawau www.riekadier.blogspot.com