Garis Panduan Kenaikan Pangkat Staf Akademik UiTM

dokumen-dokumen yang mirip
6.3 Kriteria Pemarkahan & Penilaian Kenaikan Pangkat Staf Akademik JawatanPensyarah Kanan (DS52)

Garis Panduan Kenaikan Pangkat Staf Akademik Tahun 2018 GARIS PANDUAN KENAIKAN PANGKAT STAF AKADEMIK UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

GARIS PANDUAN DAN KRITERIA KENAIKAN PANGKAT STAF AKADEMIK UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

SKIM PERKHIDMATAN PENSYARAH

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

Pindaan 2013 (Bilangan 1)

SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA

LAMPIRAN A SKIM PERKHIDMATAN PENSYARAH PERUBATAN KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PENDIDIKAN KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

PANDUAN PENGURUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA FLEKSI BAGI STAF PENTADBIRAN KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

SKIM PERKHIDMATAN PENSYARAH UNIVERSITI

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEKELILING PENGURUSAN BIL.10 TAHUN 2015 SKIM FELO INDUSTRI UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

SESI PERKONGSIAN SEKSYEN KENAIKAN PANGKAT PEJABAT PENDAFTAR. 11 April 2018

M / S : 1/12 TARIKH : 5 MEI 2017 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT KAKITANGAN UPSI UPSI(ISO)/BSM/P07 PINDAAN : 00 KELUARAN : A 1.

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEKELILING PENGURUSAN BIL.56/2008

GARIS PANDUAN Entiti Kecemerlangan UiTM 3

ANUGERAH PENGAJARAN UiTM 2014 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

DASAR KENAIKAN PANGKAT BAGI STAF PENTADBIRAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

SOAL & JAWAB UNIT CUTI BELAJAR BAHAGIAN SUMBER MANUSIA (BSM)

ANUGERAH KEPIMPINAN AKADEMIK UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

SKIM PERKHIDMATAN PENSYARAH PERUBATAN

PANDUAN DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL

ANUGERAH AHLI AKADEMIK HARAPAN UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SYARAT ASAS PERMOHONAN KENAIKAN PANGKAT KE JAWATAN PROFESOR GRED KHAS C DAN PROF. MADYA

PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT & PENAMATAN PERKHIDMATAN) AHSAN AHMAD BAHAGIAN SUMBER MANUSIA JABATAN PENDAFTAR

GARIS PANDUAN PENCALONAN

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK DAN ANTARABANGSA)

Polisi dan Prosedur. Nama Polisi: Polisi dan Prosedur Pengurusan Senat. Nombor Polisi: UTM P.A. 01

GARIS PANDUAN PHD INDUSTRI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENYELIDIKAN (KRITERIA PEMERIKSA) (P )

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA

ANUGERAH TOKOH AKADEMIK KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

SKIM PERKHIDMATAN PENSYARAH PERGIGIAN

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM1, (Minimum) - RM8, (Maksimum)

DASAR KENAIKAN PANGKAT BAGI STAF BUKAN AKADEMIK UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

GARIS PANDUAN URUSAN PENGESAHAN KE DALAM PERKHIDMATAN

PANDUAN PENGURUSAN PEMANGKUAN DAN KENAIKAN PANGKAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. UTHM/PP/100-6/3 Jld 9 (05) 2009 PEKELILING PENGURUSAN BIL. 05/2009

Garis Panduan Pertukaran Tempat Bertugas Kakitangan Bukan Akademik. (Kumpulan Pengurusan Dan Profesional Dan Kumpulan Sokongan)

ANUGERAH TOKOH AKADEMIK

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN KEDAH KAMPUS SUNGAI PETANI

ANUGERAH AHLI AKADEMIK HARAPAN UiTM 2016 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

SKIM PERKHIDMATAN PENSYARAH FARMASI KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P002 PROSEDUR PELANTIKAN PENSYARAH DAN GURU BAHASA (TETAP)

JPA.BPO(S)324/14/9-6 Jld.14 s.k.3 (78) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2013

1. ANUGERAH KEPIMPINAN AKADEMIK

Anugerah dan pengiktirafan yang diberikan adalah dalam bentuk berikut:

PANDUAN DAN PERATURAN CUTI BELAJAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

GARIS PANDUAN PELANTIKAN PENTADBIR AKADEMIK

M / S : 1/16 TARIKH : 1 APRIL 2015 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT KAKITANGAN PENTADBIRAN PINDAAN : 01 UPSI(ISO)/BSM/P09 KELUARAN : A 1.

ANUGERAH AHLI AKADEMIK HARAPAN UiTM 2015 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

GARIS PANDUAN INSENTIF KECEMERLANGAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

BORANG PERMOHONAN INSENTIF DAN YURAN PENGAJIAN STAF PENTADBIRAN Dihantar melalui PTj / Fakulti kepada Unit Kemudahan Pengajian Staf, Pejabat Pendaftar

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. UTHM/PP/100-6/3 (51) 17 September 2007 PEKELILING PENGURUSAN BIL.51/2007

JPA(S)324/14/23-3 Klt.8(38) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 33 TAHUN 2013 PINDAAN SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI PERPUSTAKAAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

KRITERIA KENAIKAN PANGKAT BAGI SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA DI UKM BIL. GRED SYARAT PELANTIKAN. Syarat Umum:

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PRESTASI STAF UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA. PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P002 PROSEDUR PELANTIKAN PENSYARAH DAN GURU BAHASA (TETAP)

ANUGERAH KHAS UiTM 2013 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 1997 KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH DOKTOR FALSAFAH) 2007


SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P001

SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN/ PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN

POLISI DAN PROSEDUR PELANTIKAN / KENAIKAN PANGKAT KE GRED JAWATAN YANG LEBIH TINGGI STAF AKADEMIK UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

JPA.BPO(S)324/14/16-4 (14) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 15 TAHUN 2013

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 2 TAHUN 2011

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR

TAKLIMAT GARIS PANDUAN PENCALONAN DARJAH KEBESARAN BINTANG DAN PINGAT PERSEKUTUAN DAN NEGERI-NEGERI BAGI KAKITANGAN UMS

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P002 PROSEDUR PELANTIKAN PENSYARAH DAN GURU BAHASA (TETAP)

JPA(S)(K)173/18/Jld.15(30) KERAJAAN MALAYSIA PENURUNAN KUASA MENIMBANG PELANTIKAN SECARA KONTRAK OLEH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

ANUGERAH AHLI AKADEMIK HARAPAN UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

KOMPONEN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN (P&P) 2012 LAMPIRAN A

4.1 Penentuan Indeks Penunjuk Prestasi (KPI)

GARIS PANDUAN PERMOHONAN KENAIKAN PANGKAT KAKITANGAN AKADEMIK UPSI(ISO)BSM/P08/GP01

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Garis Panduan ini menerangkan proses pengurusan pelantikan Pasca Doktoral dan Felo Penyelidik di UPM.

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN (RMC) GARIS PANDUAN FELO PASCA DOKTORAL

BAHAGIAN A DASAR PENGAMBILAN PELAJAR

SKIM PERKHIDMATAN JURURAWAT

Nama calon * :.. UKM (PER) * :.. Jawatan * :... No. Telefon Bimbit dan No. Tel Pejabat * :... TANDAKAN SEMAKAN ADA ( ) DAN TIADA (X) (diisi oleh BSM)

IKLAN JAWATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN DAN INOVASI) UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

PINDAAN GARIS PANDUAN PELANTIKAN TENAGA PELAWAT AKADEMIK KE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKIM TENAGA PELAWAT AKADEMIK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Staf yang ingin mengikuti Latihan Sub Kepakaran hendaklah memenuhi kelayakan berikut:-

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENAMBAHBAIKAN DASAR DAN GARIS PANDUAN INSENTIF BAGI STAF PENTADBIRAN YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN

SALINAN DOKUMEN TERKAWAL

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP001

PENAMBAHBAIKAN SKIM PERKHIDMATAN AKADEMIK DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM2, (Minimum) - RM 9, (Maksimum)

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL/INDUSTRI

PANDUAN PENGIRAAN AMANAH TUGAS PENSYARAH UITM CAWANGAN KELANTAN

GARIS PANDUAN PELANTIKAN PEMBANTU PENYELIDIK SISWAZAH, PEMBANTU PENYELIDIK, FELO PENYELIDIK DAN PASCA DOKTORAL

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN UNTUK MENGHADIRI KONFERENSI/WOKSYOP LUAR NEGARA

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

LAPORAN NILAIAN KERJA KAKITANGAN

LAMPIRAN A. A. Kaedah Lapor Diri bagi Staf dalam Pengajian: Di Bahagian Kemajuan Kerjaya (BKK):

Transkripsi:

Garis Panduan Kenaikan Pangkat Staf Akademik UiTM 1. PENGENALAN 1.1. Garis Panduan Kriteria Kenaikan Pangkat Staf Akademik UiTM yang asal telah diluluskan pemakaiannya melalui mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti (LPU) ke- 62 pada 14 Oktober 2004. 1.2. Pindaan kali pertama dokumen telah dilaksanakan pada tahun 2008. Seterusnya, garis panduan ini telah dimurnikan di bawah agenda Projek Keutamaan Naib Canselor (VCSP). 1.3. Pindaan kali kedua telah diluluskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti (LPU) ke-117 pada 18 April 2011 dan berkuat kuasa mulai Jun 2011. Secara umum, garis panduan ini menjelaskan syarat, kriteria, prosedur, proses dan kaedah pemarkahan kenaikan pangkat pensyarah UiTM yang meliputi kenaikan pangkat gred-gred jawatan di bawah Sistem Saraan Malaysia dan gred-gred jawatan yang setaraf dengannya dalam Sistem Saraan Baru seperti berikut, iaitu: 1.3.1. kenaikan pangkat dari Gred 41 ke Gred 46; 1.3.2. kenaikan pangkat dari Gred 45/46 ke Gred 52; 1.3.3. kenaikan pangkat dari Gred 51/52 ke Gred 54 (Profesor Madya); 1.3.4. kenaikan pangkat dari Gred 53/54 ke Gred Khas C (Profesor VK7); dan 1.3.5. kenaikan pangkat dalam keadaan istimewa dari Gred 45/46, Gred 51/52 ke Gred Khas C (Profesor VK7). 1.4. Polisi ini tidak terpakai kepada pensyarah bertaraf kontrak/sementara dan calon luar yang dilantik terus untuk memegang jawatan naik pangkat. 1.5. Garis panduan ini juga tidak melibatkan pensyarah-pensyarah Fakulti Perubatan, Pergigian dan Farmasi yang memohon kenaikan pangkat berdasarkan laluan kerjaya Kementerian Kesihatan Malaysia yang dipanjangkan kepada pensyarah-pensyarah Fakulti-Fakulti berkenaan berkuat kuasa mulai 9 Mac 2010. 1.6. Peningkatan kerjaya (kenaikan pangkat) mengikut skim perkhidmatan pensyarah UiTM dapat diperjelaskan mengikut rajah 1 berikut: 1

Rajah 1: Peningkatan kerjaya (kenaikan pangkat) mengikut skim perkhidmatan pensyarah UiTM Keadaan Biasa Gred Jawatan Keadaan Istimewa Gred Khas Turus I (Profesor Ulung) Gred Khas Turus II (Profesor Ulung) Gred Khas Turus III (Profesor Ulung) Gred Khas A (Profesor VK5) Gred Khas B (Profesor VK6) Gred Khas C (Profesor VK7) Profesor Madya (Gred 54) (Lantikan terus: Gred 53) Pensyarah Kanan (Gred 52) (Lantikan terus: Gred 51) Pensyarah (Gred 46) (Lantikan terus: Gred 45) Pensyarah Muda (Gred 41) 2

2. SYARAT KENAIKAN PANGKAT Pada umumnya kenaikan pangkat pensyarah tidak berasaskan kekosongan jawatan. Kenaikan pangkat pensyarah hendaklah berasaskan kepada tahap kecemerlangan akademik sebagaimana yang ditetapkan dalam Skim Perkhidmatan Pensyarah UiTM di bawah Sistem Saraan Malaysia atau Sistem Saraan Baru, iaitu: 2.1. Syarat umum/wajib kenaikan pangkat 2.1.1. Disahkan dalam perkhidmatan; 2.1.2. Membuat Aku Janji; 2.1.3. Memiliki kelayakan:- 2.1.3.1. Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau 2.1.3.2. Ijazah Sarjana Muda Seni Bina atau Diploma Lanjutan dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Lembaga Arkitek Malaysia; atau 2.1.3.3. Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. 2.1.4. Diperakui oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan; 2.1.5. Telah mengisytiharkan harta; 2.1.6. Bebas dari tindakan tatatertib; dan 2.1.7. Mencapai tahap kecemerlangan akademik berdasarkan Skim Perkhidmatan Pensyarah UiTM dan syarat-syarat lain yang munasabah yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah UiTM. 2.2. Syarat tempoh perkhidmatan, markah Penilaian Prestasi / Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) atau syarat-syarat lain yang ditetapkan: 2.2.1. Pensyarah UiTM Gred 41 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah UiTM Gred 46 apabila: 2.2.1.1. memperoleh Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Seni Bina atau Diploma Lanjutan dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Lembaga Arkitek Malaysia. 3

2.2.1.2. memperoleh LNPT minima 80% bagi tiga (3) tahun berturutturut atau minima 50% bagi staf cuti belajar. 2.2.2. Pensyarah UiTM Gred 45/46 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah UiTM Gred 52 (Pensyarah Kanan) apabila: 2.2.2.1. telah berada selama sekurang-kurangnya lima (5) tahun dalam tempoh perkhidmatan di dalam gred jawatan semasa bagi yang berkelayakan Ijazah Sarjana; atau 2.2.2.2. boleh dipertimbangkan kenaikan pangkat apabila mempunyai kelayakan PhD / DBA / Sarjana Profesional (Perubatan / Pergigian). 2.2.2.3. LNPT minima 80% bagi tempoh tiga (3) tahun berturut-turut atau minima 50% bagi staf cuti belajar. Nota: Calon yang tidak menyambung (melanjutkan) pengajian ke peringkat PhD/DBA/Sarjana Profesional dalam tempoh tujuh (7) tahun berkhidmat dari tarikh pelantikan di gred jawatan semasa 45/46 tidak akan berpeluang untuk kenaikan pangkat ke peringkat Gred 54 (Profesor Madya). Calon hanya akan melalui kenaikan pangkat biasa ke Gred 52 (Pensyarah Kanan) sahaja (JKE Bil. 08/2010, 31 Mei 2010) 2.2.3. Pensyarah UiTM Gred 51/52 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah UiTM Gred 54 (Profesor Madya) apabila: 2.2.3.1. telah berada selama sekurang-kurangnya tiga (3) tahun dalam tempoh perkhidmatan di dalam gred jawatan semasa; 2.2.3.2. LNPT minima 80% bagi tempoh tiga (3) tahun berturut-turut atau minima 50% bagi staf cuti belajar. 2.2.3.3. keutamaan diberikan kepada calon yang menyelia pelajar di tahap PhD / DBA / Sarjana Profesional (Perubatan / Pergigian). 2.2.4. Pensyarah UiTM Gred 53/54 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah UiTM Gred Khas C (Profesor Gred VK7) apabila: 2.2.4.1. telah berada selama sekurang-kurangnya tiga (3) tahun dalam tempoh perkhidmatan di dalam gred jawatan semasa; 2.2.4.2. mempunyai Ijazah PhD / DBA / Sarjana Profesional (Perubatan / Pergigian) 2.2.4.3. LNPT minima 80% bagi tempoh tiga (3) tahun berturut-turut atau minima 50% bagi staf cuti belajar. 4

2.2.4.4. Mengijazahkan sekurang-kurangnya seorang pelajar Ijazah PhD / DBA atau penyeliaan PhD, atau penyeliaan PhD setara: 2.2.4.4.1. 1 PhD bersamaan dengan Sarjana Klinikal. 2.2.4.4.2. 1 PhD bersamaan dengan 2 Ijazah Sarjana melalui penyelidikan (bagi Fakulti / Kampus yang tiada program PhD iaitu sama ada sebagai Penyelia Utama atau Penyelia Bersama). 2.2.5. Pensyarah UiTM Gred 45/46 adalah layak dipertimbangkan dalam keadaan istimewa bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah UiTM Gred 54 (Profesor Madya) apabila: 2.2.5.1. telah berada selama sekurang-kurangnya tiga (3) tahun dalam tempoh perkhidmatan di dalam gred jawatan semasa; 2.2.5.2. mempunyai Ijazah PhD / DBA / Sarjana Profesional (Perubatan / Pergigian). 2.2.5.3. LNPT minima 90% bagi tempoh tiga (3) tahun berturut-turut. 2.2.5.4. markah keseluruhan (jumlah besar) penilaian kenaikan pangkat (templat) mestilah 90% dan ke atas. 2.2.6. Pensyarah UiTM Gred 45/46 adalah layak dipertimbangkan dalam keadaan istimewa bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah UiTM Gred Khas C (Profesor Gred VK7) apabila; 2.2.6.1. telah berada selama sekurang-kurangnya tiga (3) tahun dalam tempoh perkhidmatan di dalam gred jawatan semasa; 2.2.6.2. mempunyai Ijazah PhD / DBA / Sarjana Profesional (Perubatan / Pergigian). 2.2.6.3. LNPT minima 95% bagi tempoh tiga (3) tahun berturut-turut. 2.2.6.4. markah keseluruhan (jumlah besar) penilaian kenaikan pangkat (templat) mestilah 95% dan ke atas. 2.2.6.5. mengijazahkan sekurang-kurangnya seorang pelajar Ijazah PhD/ DBA atau penyeliaan PhD, atau penyeliaan PhD setara: 2.2.6.5.1. 1 PhD bersamaan dengan Sarjana Klinikal. 2.2.6.5.2. 1 PhD bersamaan dengan 2 Ijazah Sarjana melalui penyelidikan (bagi Fakulti/Kampus yang tiada program PhD iaitu sama ada sebagai Penyelia Utama atau Penyelia Bersama). 2.2.6.6. Menerima anugerah berprestij / telah membina jaringan kukuh dengan industri dan IPT di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. 5

2.2.7. Pensyarah UiTM Gred 51/52 adalah layak dipertimbangkan dalam keadaan istimewa bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah UiTM Gred Khas C (Profesor Gred VK7) apabila: 2.2.7.1. telah berada selama sekurang-kurangnya tiga (3) tahun dalam tempoh perkhidmatan di dalam gred jawatan semasa; 2.2.7.2. mempunyai Ijazah PhD / DBA / Sarjana Profesional (Perubatan / Pergigian). 2.2.7.3. LNPT minima 90% bagi tempoh tiga (3) tahun berturut-turut. 2.2.7.4. markah keseluruhan (jumlah besar) penilaian kenaikan pangkat (templat) mestilah 90% dan ke atas. 2.2.7.5. mengijazahkan sekurang-kurangnya seorang pelajar Ijazah PhD/ DBA atau penyeliaan PhD, atau penyeliaan PhD setara: 2.2.7.5.1. 1 PhD bersamaan dengan Sarjana Klinikal. 2.2.7.5.2. 1 PhD bersamaan dengan 2 Ijazah Sarjana melalui penyelidikan (bagi Fakulti / Kampus yang tiada program PhD iaitu sama ada sebagai Penyelia Utama atau Penyelia Bersama). 2.2.7.6. menerima anugerah berprestij / telah membina jaringan kukuh dengan industri dan IPT di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. 2.3. Collegiality and Congeniality Questionnaire (C&C) Sebagai keperluan tambahan kepada urusan kenaikan pangkat staf akademik terutama bagi calon-calon yang memohon kenaikan pangkat ke jawatan Profesor Madya Gred 54 dan Profesor Gred Khas C (VK7), penilaian Collegiality and Congeniality Questionnaire (C&C) dilaksanakan dengan tujuan untuk mengukur perhubungan staf dan perlakuan dalam satu kelompok serta sifat staf itu sendiri, sama ada komited, beretika, jujur, bertanggungjawab dan sebagainya. 2.4. Skim Di bawah Sistem Saraan Baru 2.4.1. Pensyarah UiTM Gred DM3 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah UiTM Gred DM2 apabila telah: 2.4.1.1. disahkan dalam perkhidmatan; 2.4.1.2. memiliki kelayakan ijazah sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; 2.4.1.3. mencapai tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya dan syarat-syarat lain yang munasabah yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah UiTM; dan 2.4.1.4. diperakukan oleh ketua jabatan/ perkhidmatan. 6

2.4.2. Pensyarah UiTM Gred DM2 adalah layak bagi dipertimbangkan kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah UiTM Gred DM1 (Profesor Madya) apabila telah: 2.4.2.1. disahkan dalam perkhidmatan; 2.4.2.2. mencapai tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya dan syarat-syarat lain yang munasabah yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah UiTM; dan 2.4.2.3. diperakukan oleh Ketua Jabatan / Ketua Perkhidmatan. 2.4.3. Pensyarah UiTM Gred DM1 (Profesor Madya) adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah UiTM Gred Khas C apabila telah: 2.4.3.1. disahkan dalam perkhidmatan; 2.4.3.2. mencapai tahap kecemerlangan akademik yang terkemuka mutunya dan syarat-syarat lain yang munasabah yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah UiTM; dan 2.4.3.3. diperakukan oleh Ketua Jabatan / Ketua Perkhidmatan. 2.4.4. Pensyarah UiTM Gred DM2 yang telah disahkan dalam perkhidmatan dan lulus semua tahap kecekapan yang ditetapkan serta menunjukkan kecemerlangan akademik yang luar biasa mutunya adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat terus ke jawatan Gred Khas C (Profesor). 7

3. KRITERIA PENILAIAN 3.1. Kriteria Umum 3.1.1. Kenaikan pangkat dari Gred 41 ke Gred 46 tidak perlu melalui penilaian tetapi ia tertakluk kepada kelayakan mengikut syarat skim serta syaratsyarat lain yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah Universiti (LPU) dalam mesyuarat ke-121 pada 21 Oktober 2011. Tarikh kuat kuasa adalah mulai 21 Oktober 2011. 3.1.2. Kenaikan pangkat ke jawatan-jawatan lain adalah tertakluk kepada penilaian berasaskan tujuh (7) kriteria berikut, iaitu: 3.1.2.1. Pengajaran dan / atau Penyeliaan dan Penyeliaan Pasca Siswazah 3.1.2.2. Penyelidikan, Penerbitan dan Persidangan 3.1.2.3. Perundingan dan / atau Kepakaran 3.1.2.4. Inovasi / Pengkomersilan / Keusahawanan 3.1.2.5. Khidmat (Universiti / Masyarakat / Pelajar) 3.1.2.6. Sanjungan dan Anugerah Akademik 3.1.2.7. Kepimpinan Akademik dan Kualiti Keperibadian 8

3.2. Rumusan Pemarkahan Berdasarkan Kriteria-Kriteria Umum: Bil. Kriteria-Kriteria Umum 1. Pengajaran dan / atau Penyeliaan dan Penyeliaan Pasca Siswazah 2. Penyelidikan, Penerbitan dan Persidangan 3. Perundingan dan / atau Kepakaran 4. Inovasi / Pengkomersilan / Ke Gred 46 (Pensyarah) Tiada penilaian mengikut kriteria kenaikan pangkat (LPU ke-121 bertarikh 21 Oktober 2011) Keusahawanan 5 5. Khidmat (Universiti / Masyarakat / Pelajar) 10 6. Sanjungan dan Anugerah 5 Akademik 7. Kepimpinan Akademik dan Kualiti Keperibadian 5 Ke Gred 52 (Pensyarah Kanan) 50 20 5 Pensyarah wajib memenuhi syarat ketujuhketujuh kriteria ini, dengan minima 1 markah untuk setiap kriteria Ke Gred 54 (Profesor Madya) Kriteria mengikut tiga (3) kaedah penilaian: Kaedah Penilaian 1: Pengajaran dan Pembelajaran Kaedah Penilaian 2: Penyelidikan (Felo /Penyelidik/Saintis) Kaedah Penilaian 3: Kepimpinan Akademik Ke VK7 (Profesor Gred Khas C) Kriteria mengikut tiga (3) kaedah penilaian: Kaedah Penilaian 1: Pengajaran dan Pembelajaran Kaedah Penilaian 2: Penyelidikan (Felo Penyelidik / Saintis) Kaedah Penilaian 3: Kepimpinan Akademik Jumlah Tiada Temu Duga Tiada Temu Duga Wajib Lulus Temu Duga Wajib Lulus Temu Duga Wajib jumlah keseluruhan markah minima 60% 60-100 60-100 3.3. Rumusan Pemarkahan Ke Gred 54 (Profesor Madya) dan Profesor Gred Khas C (VK7): Bil. Kriteria-Kriteria Umum Kaedah Penilaian 1: Pengajaran dan Pembelajaran Kaedah Penilaian 2 : Penyelidikan (Felo / Penyelidik / Saintis) Kaedah Penilaian 3: Kepimpinan Akademik 1. Pengajaran dan / atau Penyeliaan dan Penyeliaan Pasca Siswazah 2. Penyelidikan, Penerbitan dan Persidangan 3. Perundingan dan / atau Kepakaran 4. Inovasi / Pengkomersilan / Keusahawanan 5. Khidmat (Universiti / Masyarakat / Pelajar) 6. Sanjungan dan Anugerah Akademik 7. Kepimpinan Akademik dan Kualiti Keperibadian Nota: 50 20 30 60 20 20 50 50 a. Bagi setiap kriteria, calon perlu memenuhi syarat minima 60%. b. Pemberat adalah sama bagi penilaian ke Gred 54 (Profesor Madya) dan Profesor Gred Khas C (VK7) tetapi kuantiti hasil adalah berbeza. 9

Bil. Kriteria-Kriteria Umum Ke Gred 46 1. Pengajaran dan / atau Penyeliaan dan Penyeliaan Pasca Siswazah 2. Penyelidikan, Penerbitan dan Persidangan 3. Perundingan dan / atau Kepakaran 4. Inovasi / Pengkomersilan / (Pensyarah) Tiada penilaian mengikut kriteria kenaikan pangkat (LPU ke-121 bertarikh 21 Keusahawanan Oktober 5 2011) 5. Khidmat (Universiti / Masyarakat / Pelajar) 10 6. Sanjungan dan Anugerah Akademik 5 7. Kepimpinan Akademik dan Kualiti Keperibadian 5 Jumlah Tiada Temu Duga Ke Gred 52 (Pensyarah Kanan) Pensyarah wajib 50 memenuhi syarat ketujuhketujuh kriteria 20 ini, dengan minima 1 5 markah untuk setiap kriteria Tiada Temu Duga Wajib jumlah keseluruhan markah minima 60% Ke Gred 54 (Profesor Madya) Kriteria mengikut tiga (3) kaedah penilaian: Kaedah Penilaian 1: Pengajaran dan Pembelajaran Kaedah Penilaian 2: Penyelidikan (Felo / Penyelidik / Saintis) Kaedah Penilaian 3: Kepimpinan Akademik Wajib Lulus Temu Duga Ke VK7 (Profesor Gred Khas C) Kriteria mengikut tiga (3) kaedah penilaian: Kaedah Penilaian 1: Pengajaran dan Pembelajaran Kaedah Penilaian 2: Penyelidikan (Felo / Penyelidik / Saintis) Kaedah Penilaian 3: Kepimpinan Akademik Wajib Lulus Temu Duga 60-100 60 100 10

3.4. Kriteria Wajib dan Khusus Mengikut Kaedah Penilaian ke Gred 54 (Profesor Madya) Kaedah Penilaian 1: Pengajaran dan Pembelajaran Kriteria Umum: a) Penilaian Pelajar (Student Feedback Online (SuFO) atau setara memenuhi markah minima 60%) b) Fail Kursus mengikut format Universiti (memenuhi markah minima 60%) c) Memenuhi Amanah Tugas Syarahan Universiti d) Memenuhi tiga (3) aktiviti pelajar yang diiktiraf oleh HEP Kaedah Penilaian 2 : Penyelidikan (Felo / Penyelidik / Saintis) Kriteria Umum: a) Penilaian Pelajar (SuFO atau setara memenuhi markah minima 60%) b) Fail Kursus mengikut format Universiti (memenuhi markah minima 60%) c) Memenuhi Amanah Tugas Syarahan Universiti d) Memenuhi tiga (3) aktiviti pelajar yang diiktiraf oleh HEP Kaedah Penilaian 3: Kepimpinan Akademik Kriteria Umum: a) Penilaian Pelajar (SuFO atau setara memenuhi markah minima 60%) b) Fail Kursus mengikut format Universiti (memenuhi markah minima 60%) c) Memenuhi Amanah Tugas Syarahan Universiti Kriteria Wajib: a) Telah menghasilkan sekurangkurangnya empat (4) hasil akademik (artikel dalam jurnal berwasit yang dikenal pasti oleh Universiti / Fakulti atau buku oleh penerbit yang diiktiraf oleh Universiti dalam gred jawatan semasa) Kriteria Wajib: a) Tujuh (7) penerbitan dalam jurnal berindeks Scopus atau ISI Thomson atau jurnal berimpak tinggi atau faktor H sebagai Penulis Utama / Senior / Corresponding dalam bidang. b) Menjadi Ketua Penyelidik bagi tempoh tiga (3) tahun (berturutturut). c) Menjadi Penyelia Utama atau bersama bagi pelajar Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran (minima dua (2) (semasa) Kriteria Wajib: a) Telah menghasilkan sekurangkurangnya tiga (3) hasil akademik (artikel dalam jurnal berwasit yang dikenal pasti oleh Universiti / Fakulti atau buku oleh penerbit yang diiktiraf oleh Universiti dalam gred jawatan semasa) b) Menjadi Pakar Rujuk (sekurangkurangnya dua (2) mengikut bidang di peringkat kebangsaan dan/atau antarabangsa) c) Memenuhi lima (5) aktiviti pelajar yang diiktiraf oleh HEP (3 jawatan utama yang disandang seperti Penasihat / Fasilitator / Pengerusi) Kriteria Khusus: Wajib memenuhi minimum mana-mana dua (2) kriteria berikut: a) Penilaian pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas oleh Jawatankuasa Penilai yang dilantik oleh Universiti (memenuhi markah minima 80% bagi dua (2) kursus yang diajar) b) Menghasilkan buku / penerbitan yang dijadikan sebagai rujukan bagi kursus di peringkat Universiti mengikut bidang. c) Penglibatan dalam pembangunan kurikulum, kursus dan program baru. Kriteria Khusus: Wajib memenuhi minimum mana-mana dua (2) kriteria berikut: a) Penilaian pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas oleh Jawatankuasa Penilai yang dilantik oleh Universiti (memenuhi markah minima 80% bagi dua (2) kursus yang diajar) b) Menghasilkan buku / penerbitan yang dijadikan sebagai rujukan bagi kursus di peringkat Universiti mengikut bidang c) Penglibatan dalam pembangunan kurikulum, kursus dan program baru. Kriteria Khusus: Wajib memenuhi: a) Penilaian rakan sejawat dan pelajar DAN b) Mana-mana dua (2) kriteria kepimpinan berikut yang memberi impak signifikan kepada Fakulti / Universiti / Negara: i. Pembangunan fizikal ii. Pembangunan akademik (universiti dan negara) iii. Pembangunan pelajar iv. Pembangunan sumber manusia v. Pembangunan Komuniti vi. Penjanaan hasil 11

d) Menerima pengiktirafan atau anugerah bagi pengajaran dan pembelajaran (contoh: Anugerah Akademik Negara) e) Menjadi Penyelia dan Mentor kepada pelajar Pasca Siswazah dan Ijazah Sarjana (dalam dan luar negara) f) Menjadi Pemeriksa Tesis (dalam dan luar negara) g) Mengemukakan mana-mana inovasi yang tiada di dalam kriteria di atas. d) Menerima pengiktirafan atau anugerah bagi pengajaran dan pembelajaran (contoh: Anugerah Akademik Negara) e) Menjadi penyelia dan mentor kepada pelajar Pasca Siswazah dan Ijazah Sarjana (dalam dan luar negara) f) Menjadi Pemeriksa Tesis dan projek (dalam dan luar negara) g) Mengemukakan mana-mana inovasi yang tiada di dalam kriteria di atas. vii. Indeks Kemahiran Insaniah Fakulti (minimum 3.5) viii. Dan lain-lain yang berimpak tinggi. 3.5. Kriteria Kriteria Wajib dan Khusus Mengikut Kaedah Penilaian ke Profesor Gred Khas C (VK7) Kaedah Penilaian 1: Pengajaran dan Pembelajaran Kaedah Penilaian 2 : Penyelidikan (Felo / Penyelidik / Saintis) Kaedah Penilaian 3: Kepimpinan Akademik Syarat Wajib: Mengijazahkan sekurang-kurangnya seorang pelajar Ijazah Kedoktoran, sama ada sebagai Penyelia Utama atau Penyelia Bersama (berdasarkan perakuan Senat Universiti atau tarikh anugerah Universiti) Kriteria Umum: a) Penilaian Pelajar (SuFO atau setara memenuhi markah minima 60%) b) Fail Kursus mengikut format Universiti (memenuhi markah minima 60%) c) Memenuhi Amanah Tugas Syarahan Universiti d) Memenuhi lima (5) aktiviti pelajar yang diiktiraf oleh HEP Kriteria Umum: a) Penilaian Pelajar (SuFO atau setara memenuhi markah minima 60%) b) Fail Kursus mengikut format Universiti (memenuhi markah minima 60%) c) Memenuhi Amanah Tugas Syarahan Universiti d) Memenuhi lima (5) aktiviti pelajar yang diiktiraf oleh HEP Kriteria Umum: a) Penilaian Pelajar (SuFO atau setara memenuhi markah minima 60%) b) Fail Kursus mengikut format Universiti (memenuhi markah minima 60%) c) Memenuhi Amanah Tugas Syarahan Universiti Kriteria Wajib: a) Telah menghasilkan sekurang-kurangnya tujuh (7) hasil akademik (artikel dalam jurnal berwasit yang dikenal pasti oleh Universiti / Fakulti atau buku oleh penerbit yang diiktiraf oleh Universiti dalam gred jawatan semasa) Kriteria Wajib: a) Lima belas (15) penerbitan dalam jurnal berindeks Scopus atau ISI Thomson atau jurnal berimpak tinggi atau faktor H sebagai Penulis Utama / Senior / Corresponding dalam bidang. b) Menjadi Ketua Penyelidik bagi tempoh tiga (3) tahun (berturut-turut). c) Menjadi penyelia utama atau bersama bagi pelajar Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran (minima tiga (3) (semasa) Kriteria Wajib: a) Telah menghasilkan sekurangkurangnya lima (5) hasil akademik (artikel dalam jurnal berwasit yang dikenal pasti oleh Universiti / Fakulti atau buku oleh penerbit yang diiktiraf oleh Universiti dalam gred jawatan semasa) b) Menjadi pakar rujuk (sekurangkurangnya tiga (3) mengikut bidang di peringkat kebangsaan dan/atau antarabangsa) c) Memenuhi sepuluh (10) aktiviti pelajar yang diiktiraf oleh HEP (3 jawatan utama yang disandang seperti Penasihat / Fasilitator / Pengerusi) 12

Kriteria Khusus: Wajib memenuhi minimum manamana tiga (3) kriteria berikut: a) Penilaian pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas oleh Jawatankuasa Penilai yang dilantik oleh Universiti (memenuhi markah minima 80% bagi dua (2) kursus yang diajar). b) Menghasilkan buku / penerbitan yang dijadikan sebagai rujukan bagi kursus di peringkat Universiti mengikut bidang. c) Penglibatan dalam pembangunan kurikulum, kursus dan program baru. d) Menerima pengiktirafan atau anugerah bagi pengajaran dan pembelajaran (contoh: Anugerah Akademik Negara) e) Menjadi penyelia dan mentor kepada pelajar Pasca Siswazah dan Ijazah Sarjana (dalam dan luar negara) f) Menjadi Pemeriksa Tesis dan projek (dalam dan luar negara) g) Mengemukakan mana-mana inovasi yang tiada di dalam kriteria di atas. Kriteria Khusus: Wajib memenuhi minimum manamana tiga (3) kriteria berikut: a) Penilaian pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas oleh Jawatankuasa Penilai yang dilantik oleh Universiti (memenuhi markah minima 80% bagi dua (2) kursus yang diajar) b) Menghasilkan buku / penerbitan yang dijadikan sebagai rujukan bagi kursus di peringkat Universiti mengikut bidang c) Penglibatan dalam pembangunan kurikulum, kursus dan program baru. d) Menerima pengiktirafan atau anugerah bagi pengajaran dan pembelajaran (contoh: Anugerah Akademik Negara) e) Menjadi penyelia dan mentor kepada pelajar Pasca Siswazah dan Ijazah Sarjana (dalam dan luar negara) f) Menjadi Pemeriksa Tesis dan projek (dalam dan luar negara) g) Mengemukakan mana-mana inovasi yang tiada di dalam kriteria di atas. Kriteria Khusus: Wajib memenuhi: DAN a) Penilaian rakan sejawat dan pelajar b) Mana-mana tiga (3) kriteria kepimpinan berikut yang memberi impak signifikan kepada Fakulti / Universiti / Negara: i. Pembangunan fizikal ii. Pembangunan akademik (Universiti dan Negara) iii. Pembangunan pelajar iv. Pembangunan sumber manusia v. Pembangunan Komuniti vi. Penjanaan hasil vii. Indeks Kemahiran Insaniah Fakulti (minimum 3.5) viii. Dan lain-lain yang berimpak tinggi. 13

4. PROSEDUR PERMOHONAN 4.1. Permohonan untuk pertimbangan kenaikan pangkat staf akademik adalah terbuka sepanjang tahun dan berterusan. 4.2. Calon-calon hendaklah mengemukakan borang permohonan untuk kenaikan pangkat ke jawatan Gred 52, Profesor Madya Gred 54 dan Profesor Gred Khas C, kepada Dekan Fakulti, Rektor (pensyarah yang berkhidmat di Kampus Negeri / Kampus Cawangan) atau Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) pada bilabila masa yang mereka fikirkan sesuai dan layak untuk dinaikkan pangkat. Permohonan kenaikan pangkat calon hendaklah melalui serta mendapat perakuan Dekan Fakulti, Rektor di Kampus Negeri dan Kampus Cawangan masing-masing atau Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa). 4.3. Calon ke jawatan Profesor Madya Gred 54 dan Profesor Gred Khas C (VK7) boleh mengemukakan permohonan mengikut kaedah penilaian 1, 2 atau 3. 4.4. Penilaian akan dilakukan bagi calon-calon yang layak mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. 4.5. Jawatankuasa Kecil Kesepakaran Fakulti / Pusat / Kampus akan menetapkan jadual penilaian sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh sebulan. 4.6. Jawatankuasa Kecil Kesepakaran Fakulti / Pusat / Kampus akan membuat penilaian (kecuali kenaikan pangkat ke jawatan Gred 46) berdasarkan garis panduan dan mengemukakan penilaian kepada Urusetia Kenaikan Pangkat (Bahagian Pengurusan Prestasi dan Peningkatan Kerjaya) bagi permohonan kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah Kanan Gred 52 dan Profesor Madya Gred 54. 4.7. Jawatankuasa Kecil Kesepakaran Fakulti / Pusat / Kampus boleh memberi perakuan untuk calon ke jawatan lebih tinggi dalam keadaan istimewa berdasarkan penilaian yang dilaksanakan. Sebagai contoh, Jawatankuasa memberi perakuan terhadap calon di Gred 45 yang memohon ke jawatan kenaikan pangkat ke Gred 52 untuk ke jawatan kenaikan pangkat gred 54. Calon seterusnya dinilai di Gred 54 dan markah penilaian dikemukakan ke pihak urusetia untuk perakuan pengesahan di peringkat Jawatankuasa Kenaikan Pangkat Peringkat Gugusan. 4.8. Jawatankuasa Kecil Kesepakaran Fakulti / Pusat / Kampus juga boleh memberi perakuan untuk calon ke jawatan Gred Khas C, sekiranya calon mencapai tahap kecemerlangan akademik yang luar biasa atau sangat luar biasa mutunya. 4.9. Selepas penilaian Jawatankuasa Kecil Kesepakaran Fakulti / Pusat / Kampus Cawangan, permohonan ke Gred 52 dikemukakan ke Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Kakitangan (JKK), manakala permohonan ke Gred 54 dikemukakan ke Mesyuarat Jawatankuasa Kenaikan Pangkat Peringkat Gugusan untuk perakuan. 4.10. Permohonan calon ke jawatan Profesor Gred Khas C (VK7) dikemukakan terus ke Urus Setia Kenaikan Pangkat (Bahagian Pengurusan Prestasi dan Peningkatan Kerjaya) untuk penilaian dan perakuan Jawatankuasa Kenaikan Pangkat Peringkat Gugusan. 14

4.11. Pemohon hanya perlu mengemukakan permohonan untuk kali pertama dalam tempoh setahun permohonan bagi sesuatu gred kenaikan pangkat. Sekiranya caloncalon masih belum layak untuk dipertimbangkan kenaikan pangkat, calon tidak perlu mengemukakan permohonan baru kecuali bahan-bahan terkini yang belum pernah dinilai; atau calon memenuhi keputusan tambahan Jawatankuasa Hal Ehwal Kakitangan (JKK) atau Lembaga Pengarah Universiti (LPU). 4.12. Calon-calon yang gagal / belum layak perlu dimaklumkan mengenai permohonan kenaikan pangkat mereka oleh Jawatankuasa / Lembaga yang berkaitan, manakala bagi calon yang tidak berjaya di peringkat temu duga, makluman akan diberi selepas Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Kakitangan atau Jawatankuasa Penilai Kenaikan Pangkat. Pemakluman sebab-sebab gagal / belum layak boleh dimaklumkan oleh pihak pengurusan bagi tujuan penambahbaikan prestasi calon. 4.13. Calon-calon yang mendapat keputusan rasmi gagal / belum layak untuk kenaikan pangkat hanya boleh mengemukakan permohonan rayuan dalam tempoh tidak kurang dari enam (6) bulan dan tidak melebihi setahun dari tarikh surat dikeluarkan. 15

5. JAWATANKUASA PENILAI 5.1. Jawatankuasa Kecil Kesepakaran Fakulti/Pusat/Kampus Cawangan Proses penilaian bagi permohonan ke jawatan Pensyarah Kanan Gred 52 dan Profesor Madya Gred 54 hendaklah dilaksanakan oleh Jawatankuasa Kecil Kesepakaran yang dilantik oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa). 5.1.1. Keanggotaan Jawatankuasa Kecil Kesepakaran Fakulti / Pusat adalah seperti berikut: 6 Pengerusi: Ahli: Dekan Fakulti / Pusat berkenaan (pelantikan sebagai Pengerusi akan tamat secara automatik setelah tidak memegang jawatan Dekan Fakulti / Pusat) 1. Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar) 2. Timbalan Dekan (Penyelidikan, Jaringan Industri dan Alumni) 3. Dua (2) orang ahli Jawatankuasa yang dilantik (Gred jawatan yang setara atau lebih tinggi daripada gred jawatan calon yang dinilai serta berpengalaman) (Lima orang ahli adalah keanggotaan minimum dan tempoh pelantikan adalah selama 2 tahun) Setiausaha: Timbalan Pendaftar Kanan / Timbalan Pendaftar / Penolong Pendaftar Kanan / Penolong Pendaftar Fakulti / Pusat 5.1.2. Keanggotaan Jawatankuasa Kecil Kesepakaran Kampus Negeri / Kampus Cawangan adalah seperti berikut: Pengerusi: Ahli: Rektor Kampus (pelantikan sebagai Pengerusi akan tamat secara automatik setelah tidak memegang jawatan sebagai Rektor Kampus Negeri / Kampus Cawangan) 1. Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar) 2. Timbalan Rektor (Hal Ehwal Akademik) 3. Dua (2) orang ahli Jawatankuasa yang dilantik (Gred jawatan yang setara atau lebih tinggi daripada gred jawatan calon yang dinilai serta berpengalaman) (Lima orang ahli adalah keanggotaan minimum dan tempoh pelantikan adalah selama 2 tahun) Setiausaha: Timbalan Pendaftar Kanan / Timbalan Pendaftar / Penolong Pendaftar Kanan / Penolong Pendaftar Kampus Cawangan 5.2. Jawatankuasa Kenaikan Pangkat Peringkat Gugusan ke Jawatan Profesor Madya Gred 54 dan Profesor Gred Khas C (VK7) Permohonan calon-calon kenaikan pangkat ke jawatan Profesor Madya Gred 54 yang telah dinilai oleh Jawatankuasa Kesepakaran Fakulti / Pusat / Kampus dan permohonan calon (tanpa perlu melalui penilaian di peringkat Fakulti / Pusat / Kampus) ke jawatan Profesor Gred Khas C (VK7) yang disokong oleh Dekan atau Rektor hendaklah dikemukakan kepada Jawatankuasa Kenaikan Pangkat Peringkat Gugusan untuk penilaian, pengesahan dan perakuan. 16

5.2.1. Keanggotaan Jawatankuasa Kenaikan Pangkat Peringkat Gugusan terdiri dari: Pengerusi: Ahli: Setiausaha: Profesor yang dilantik Profesor dari Fakulti-Fakulti di bawah naungan Gugusan berkaitan (diwakili sekurang-kurang seorang dari setiap Fakulti) (Tempoh pelantikan adalah selama 2 tahun) Timbalan Pendaftar Kanan / Penolong Pendaftar Kanan / Penolong Pendaftar, Bahagian Pengurusan Prestasi dan Peningkatan Kerjaya Turut Hadir: Wakil Jawatankuasa Kesepakaran Fakulti / Pusat / Kampus berjawatan Profesor atau Pengerusi Jawatankuasa Kecil Kesepakaran Fakulti / Pusat / Kampus bagi calon-calon VK7 Fakulti / Pusat / Kampus Cawangan berkenaan (jika diperlukan) (Pengerusi Jawatankuasa Kenaikan Pangkat Peringkat Gugusan dikenal pasti dan dilantik oleh Naib Canselor UiTM, manakala ahli Jawatankuasa dikenal pasti oleh Pengerusi Gugusan Kenaikan Pangkat dan dilantik dengan persetujuan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) 17

6. PENILAI LUAR 6.1. Penilai Luar atau Resource Person ialah seorang yang mempunyai kepakaran dalam bidang dinilai dan dilantik oleh Universiti untuk menilai hasil kegiatan akademik calon-calon ke jawatan kenaikan pangkat Profesor Madya Gred 54 dan Profesor Gred Khas C (VK7). 6.2. Penilai Luar dikenal pasti dan disahkan oleh Lembaga Akademik / Jawatankuasa Kecil Kesepakaran Fakulti. 6.3. Bagi proses kenaikan pangkat ke jawatan Gred Khas C (VK7), penilaian positif dari dua (2) orang Penilai Luar (sekurang-kurangnya seorang Penilai Luar dari luar negara) diperlukan untuk dipertimbangkan ke peringkat seterusnya. 6.4. Penilai Luar yang dilantik hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut, iaitu: 6.4.1. Profesor dari Universiti / Institusi Pengajian Tinggi dalam atau luar negara, atau yang setaraf dengannya; 6.4.2. dapat memberi penilaian pakar/profesional mengenai calon yang dinilai; dan 6.4.3. tidak mempunyai hubungan kekeluargaan/ persaudaraan dengan calon dinilai. 6.5. Penilai Luar yang sama tidak boleh dilantik bagi urusan kenaikan pangkat calon yang mengemukakan semula permohonan kenaikan pangkat di gred jawatan yang sama, buat kali kedua atau seterusnya. 7. LEMBAGA TEMU DUGA Calon-calon kenaikan pangkat ke jawatan Profesor Madya Gred 54 dan Profesor Gred Khas C yang telah diperakukan oleh Jawatankuasa Kenaikan Pangkat Peringkat Gugusan dikehendaki menghadiri sesi temuduga. Calon-calon wajib lulus temuduga sebelum perakuan dikemukakan ke Jawatankuasa Hal Ehwal Kakitangan atau Jawatankuasa Penilai Kenaikan Pangkat. 7.1. Keanggotaan Lembaga Temu Duga Kenaikan Pangkat Universiti bagi pensyarah UiTM adalah terdiri dari: Pengerusi: Ahli: Setiausaha: Naib Canselor UiTM Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni) Dua (2) orang Profesor Kanan UiTM (Gred VK6/VK5) Pendaftar 7.2. Dekan berkaitan dijemput hadir dalam Lembaga Temuduga ke jawatan Profesor Madya Gred 54 dan Profesor Gred Khas C (VK7). 18

8. JAWATANKUASA PENILAI KENAIKAN PANGKAT AKADEMIK Tanggungjawab utama Jawatankuasa ini ialah untuk meneliti dan membincangkan laporan temuduga dan Penilai Luar bagi calon kenaikan pangkat ke jawatan Gred Khas C sebelum diperakukan ke Lembaga Pengarah UiTM. 8.1. Jawatankuasa Penilai Kenaikan Pangkat Akademik UiTM terdiri daripada: Pengerusi: Ahli: Setiausaha: Naib Canselor UiTM Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni) Pendaftar 8.2. Jawatankuasa ini juga mengesahkan calon-calon yang belum layak (gagal) atau keperluan-keperluan bersyarat lain yang perlu dipenuhi calon. Walaubagaimanapun, keputusan jawatankuasa ini hanya akan dikeluarkan bersama dengan keputusan calon-calon berjaya setelah mendapat perakuan Lembaga Pengarah Universiti. 9. LEMBAGA KENAIKAN PANGKAT Keputusan muktamad pelantikan kenaikan pangkat calon-calon berjaya dalam sesuatu urusan kenaikan pangkat staf akademik hendaklah diputuskan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat UiTM seperti berikut: 9.1. Jawatankuasa Hal Ehwal Kakitangan UiTM Untuk kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah Gred 46, Pensyarah Kanan Gred 52 dan Profesor Madya Gred 54. 9.2. Lembaga Pengarah UiTM Untuk kenaikan pangkat ke Profesor Gred Khas C (VK7) dan peningkatan ke Gred Khas yang lebih tinggi. 10. KEPUTUSAN KENAIKAN PANGKAT 10.1. Keputusan kenaikan pangkat adalah muktamad. Oleh yang demikian, tiada prosedur rayuan bagi urusan kenaikan pangkat staf akademik. Namun begitu, sekiranya ada permohonan rayuan, ia akan dikemukakan kepada Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Kakitangan atau Lembaga Pengarah Universiti, mana yang berkaitan, melalui Urusetia Kenaikan Pangkat di Bahagian Pengurusan Prestasi dan Peningkatan Kerjaya. 10.2. Keputusan bagi calon yang didapati gagal / belum layak atau diperakukan secara bersyarat di peringkat temuduga akan dikeluarkan pada masa yang sama dengan keputusan calon berjaya dikeluarkan, sama ada setelah disahkan oleh Jawatankuasa Hal Ehwal Kakitangan atau Lembaga Pengarah Universiti. 19

11. DASAR KENAIKAN PANGKAT BAGI PEGAWAI YANG SEDANG DISIASAT DAN TELAH DIKENAKAN HUKUMAN TATATERTIB 11.1. Boleh dipertimbangkan dalam urusan kenaikan pangkat sekiranya: 11.1.1. pegawai yang ditohmah tetapi tidak dapat dibuktikan; atau 11.1.2. pegawai yang sedang dalam prosiding tatatertib. Kes pegawai ini perlu dimaklumkan kepada Lembaga Kenaikan Pangkat. 11.2. Staf yang telah dikenakan tindakan tatatertib tidak layak dipertimbangkan memangku atau kenaikan pangkat bagi tempoh yang ditetapkan. JENIS HUKUMAN TATATERTIB AMARAN DENDA LUCUT HAK EMOLUMEN TANGGUH PERGERAKAN GAJI TURUN GAJI TURUN PANGKAT TEMPOH TIDAK LAYAK DIPERTIMBANGKAN KENAIKAN PANGKAT 12 bulan 18 bulan 24 bulan 30 bulan 36 bulan 48 bulan Sumber Rujukan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2009 11.3. Tempoh kuat kuasa tidak layak dipertimbangkan kenaikan pangkat bagi pegawai yang telah dikenakan hukuman tatatertib ialah mulai tarikh hukuman tatatertib dijatuhkan. Sekiranya terdapat rayuan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib, tempoh kuat kuasa tidak layak yang dipertimbangkan adalah mulai tarikh hukuman tatatertib dijatuhkan oleh Lembaga Tatatertib. 20

CARTA ALIR PROSEDUR PENILAIAN KENAIKAN PANGKAT KE JAWATAN PROFESOR GRED KHAS C (VK7) Permohonan / *Kemaskini Maklumat Gagal Perakuan Gagal Dekan / Rektor Penilaian J/K Kenaikan Pangkat Gugusan (melalui Urus setia BPPPK) **Penilai Luar dan Temu Duga J/K Penilai Kenaikan Pangkat Pengesahan LPU Keputusan * Tempoh rayuan tidak kurang dari enam (6) bulan dan tidak melebihi satu (1) tahun dari tarikh surat dikeluarkan. ** Proses ini boleh berlaku serentak tetapi mesti lulus kedua-dua untuk ke peringkat seterusnya. 21

CARTA ALIR PROSEDUR PENILAIAN KENAIKAN PANGKAT KE JAWATAN PROFESOR MADYA GRED 54 Permohonan / *Kemaskini Maklumat Gagal Perakuan Dekan/Rektor Gagal Penilaian J/K Kesepakaran Fakulti / Pusat / Kampus Penilaian J/K Kenaikan Pangkat Gugusan (melalui Urus setia BPPPK) Temu Duga dan Penilai Luar (Resource Person) Pengesahan JKK Keputusan * Tempoh rayuan tidak kurang dari enam (6) bulan dan tidak melebihi satu (1) tahun dari tarikh surat dikeluarkan. 22

CARTA ALIR PROSEDUR PENILAIAN KENAIKAN PANGKAT KE JAWATAN PENSYARAH GRED 46 DAN PENSYARAH KANAN GRED 52 Permohonan / *Kemaskini Maklumat Gagal Perakuan Dekan / Rektor Penilaian J/K Kesepakaran Fakulti / Pusat / Kampus (kecuali ke Gred 46) Urus Setia Kenaikan Pangkat (BPPPK) (semak sama ada memenuhi syarat-syarat ditetapkan) Pengesahan JKK Keputusan * Tempoh kemaskini hanya terhad kepada satu (1) tahun dari tarikh keputusan. 23

Penghargaan Naib Canselor UiTM Timbalan-Timbalan Naib Canselor UiTM Pendaftar UiTM Jawatankuasa Projek Keutamaan Universiti (VCSP) New Promotion Criteria: Pengarah Projek Pengerusi Projek Ahli Projek : Profesor Dr. Azni Zain Ahmed Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) : Profesor Dr. Fauziah Noordin Fakulti Pengurusan Perniagaan : 1. Profesor Ir. Dr. Hajah Junaidah Ariffin Fakulti Kejuruteraan Awam 2. Profesor Madya Dr. Jasmine Ahmad Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi 3. Profesor Madya Dr. Noormala Daud Fakulti Pengurusan Perniagaan 4. Encik Hamidon Abdullah Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur 5. Puan Hajah Sa adah Ibrahim Bahagian Pengurusan Prestasi dan Peningkatan Kerjaya 6. Puan Wan Ismahanini Ismail Bahagian Pengurusan Prestasi dan Peningkatan Kerjaya 7. Puan Hanim Azura Mahyudin Bahagian Pengurusan Prestasi dan Peningkatan Kerjaya Pembantu Penyelidik : 1. Cik Muna Kameela Sauid 2. Cik Yuhanis Osman Profesor-Profesor dan ahli Bengkel Kriteria Kenaikan Pangkat di UiTM Shah Alam, November 2010 Profesor-Profesor dan ahli Bengkel Kriteria Kenaikan Pangkat di Melaka, Disember 2010 Staf akademik yang terlibat dengan pembentukan Collegiality & Congeniality Questionnaire (C&C). Responden Kaji Selidik Kriteria dan Prosedur Kenaikan Pangkat (Akademik) Individu / kumpulan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan projek ini. 24