BAB 3 METODOLOGI PENYELIDIKAN

dokumen-dokumen yang mirip
BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

PENGGUNAAN PENANDA WACANA BAHASA ARAB DALAM TEKS KARANGAN PELAJAR STAM

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

BAB 1 PENDAHULUAN. Sesungguhnya, pemilihan bahasa Arab sebagai bahasa al-quran semestinya mempunyai

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

BAB 4 ANALISIS DAPATAN KAJIAN

BAB TIGA METODOLOGI PENYELIDIKAN. Bab ini akan membincangkan panduan dan kaedah yang digunakan dalam kajian ini.

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

BAB KETIGA METODOLOGI KAJIAN. Di dalam bab ketiga ini, pengkaji membincangkan metodologi kajian secara terperinci.

Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

MASALAH PELAJAR DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) TERHADAP PENCAPAIAN MARKAH TUGASAN

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

BAB LIMA DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN. Bab ini menghuraikan dan merumuskan dapatan-dapatan daripada kajian

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab ini akan membincangkan kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengumpul

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. I. Mengenal pasti strategi membaca teks yang paling kerap dan biasa digunakan

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

BAB TIGA : KAEDAH PENYELIDIKAN

BAB SATU PENGENALAN 1.0 PENDAHULUAN: Bab ini mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian yang

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

peranan, prinsip, teknik, masalah pengajaran terjemahan disamping analisis huruf, sama ada imbuhan awalan, sisipan, apitan dan akhiran.

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

Oleh yang demikian, pengkaji memilih kaedah kajian lapangan dalam kajiannya. Bab

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN. kajian ini secara terperinci. Ini kerana metodologi merupakan satu aspek yang penting

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. langkah-langkah yang akan dilaksanakan dalam proses pengumpulan data

Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah Kuantan, Pahang

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. Keputusan kajian akan dianalisis dalam tiga bahagian seperti berikut:

LOGO DAN NAMA SEKOLAH PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2007 BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN

3756/2 PRINSIP PERAKAUNAN 2

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

SEKOLAH BERASRAMA PENUH BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH / KLUSTER KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. 2 ¼ jam Dua jam lima belas minit

Gaya Hidup Pelajar Cemerlang dalam Persekitaran Kampus

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. mendapatkan data yang boleh dipercayai, ia merangkumi tiga aspek penting yang menjadi METODOLOGI KUANTITATIF

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

BENTUK DAN JENIS PENGUJIAN DALAM PENGAJARAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan


PENYELIDIKAN TINDAKAN: ANALISIS DATA. Analisis Data. 9.1 Sinopsis

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN

ABSTRAK. persampelan tersebut yang melibatkan persampelan rawak mudah dan sistematik.

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

FORMAT PEPERIKSAAN. SKIM PERKHIDMATAN: PEMBANTU TADBIR RENDAH N11 (Operator Telefon)

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

PENYELIDIKAN TINDAKAN: RANCANGAN DAN CADANGAN

Abstrak. Penerapan Penanda Wacana dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis. Muhammad Faizrin Hashim

GE 1155 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN SEMESTER 1, SESI 2015/2016

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENILAIAN LAPORAN PROJEK SARJANA DUA SEMESTER (PENILAIAN PROJEK SARJANA 2)

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

6. PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK SARJANA MUDA BACHELOR S DEGREE PROJECT GUIDELINES

DUA TERHADAP KEBERKESANAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN PULAU PINANG

Noor Aainah Hj.Ag.Jaafar

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA

NAMA PELAJAR : SITI NUR HASINAH BINTI HUSSIAN NO MATRIK : P79063 TAJUK: STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA OLEH PELAJAR CEMERLANG PENSYARAH:

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN. Bab ini membincangkan tentang metodologi yang digunakan oleh penyelidik dalam

JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR OPERASI PENCAPAIAN STANDARD 93 TINGKATAN LIMA BAHASA MELAYU KERTAS 1

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

FAKULTI KOMPUTERAN PANDUAN PEPERIKSAAN AKHIR

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

Faktor-faktor Yang Menyumbang kepada Kecemerlangan Akademik Pelajar di Universiti Teknologi Malaysia

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

Penyelidikan Pelajar Sarjana Pendidikan Islam UKM: Fokus Dan Hala Tuju. oleh. Shahrin Awaludin Fakulti Pendidikan UKM

PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2010 AMARAN

KEBERKESANAN ANIMASI DALAM PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DALAM KALANGAN PELAJAR MELAYU SOAL SELIDIK PELAJAR

Pentaksiran ULBS yang dilaksanakan perlu memenuhi keperluan berikut :

PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA CADANGAN PROJEK SARJANA DUA SEMESTER (PENILAIAN PROJEK SARJANA 1)

Katakunci : masalah pelajar perdana, latihan industri

SULIT BORANG USM (PRESTASI) 4/2004 LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (I) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENILAIAN LAPORAN PROJEK SARJANA DUA SEMESTER (PENILAIAN PROJEK SARJANA 2)

PENULISAN ARTIKEL PENYELIDIKAN TINDAKAN

PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENILAIAN TESIS PROGRAM SARJANA DAN DOKTOR FALSAFAH SECARA PENYELIDIKAN (PENILAIAN 2)

GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA *

PANDUAN PEMOHONAN PENERBITAN BUKU

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Kajian tinjauan (survey) ini merupakan kajian inferensi dengan menggunakan

PEMAPARAN IDEA DAN PENGUASAAN BAHASA DALAM KARANGAN PELAJAR LEMBAM: SATU KAJIAN KES

MODUL 1 BAHASA MELAYU KERTAS 1 PERATURAN PEMARKAHAN

SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA

1 SULIT PP 1103/1 PROGRAM GEMPUR KECEMERLANGAN SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 GARIS PANDUAN PEMERIKSA

GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA *

INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK TAHUN AKHIR

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

Transkripsi:

BAB 3 METODOLOGI PENYELIDIKAN 3.0 Pengenalan Dalam bab ini pengkaji mengemukakan kaedah pelaksanaan kajian. Aspekaspek yang dibincangkan meliputi reka bentuk kajian, instrumen kajian, lokasi kajian dan persampelan kajian. Menurut Othman (2001) dalam Hamidah (2007) menyatakan metodologi sebagai suatu prosedur yang sistematik dalam menggabungkan pendekatan kajian serta analisis data bagi memastikan prestasi penyelidikan dapat dicapai dengan sempurna. 3.1 Reka Bentuk Penyelidikan Secara umumnya kajian ini adalah kajian kuantitatif berbentuk deskriptif bagi mengenalpasti dan mengkaji secara empirikal dan sistematik berkaitan penguasaan pelajar dalam menggunakan penanda wacana bahasa Arab dalam menulis karangan. Kajian ini akan menggunakan reka bentuk kajian tinjauan. Kajian tinjauan termasuk dalam kajian yang diklasifikasikan oleh Mohd Majid Konting (1998) dalam Hamidah (2007) merupakan salah satu jenis kajian dalam penyelidikan deskriptif. Menurut Creswell (2005) reka bentuk kajian tinjauan adalah prosedur dalam penyelidikan kuantitatif dan kualitatif yang mana pengkaji menjalankan satu tinjauan terhadap sampel atau keseluruhan populasi. Kajian ini juga menggunakan pendekatan kualitatif berdasarkan set ujian karangan iaitu karangan naratif, deskriptif dan eksposisi. Kaedah soal selidik pula 39

dijalankan bagi tujuan mengenalpasti aspek minat dan keberkesanan pelajar terhadap penggunaan penanda wacana secara tepat dalam mencipta sesebuah karangan yang baik dan telus. Berikut merupakan gambarajah bagi reka bentuk kajian yang dijalankan oleh pengkaji : Gambarajah 3.1: Instrumen Kajian Penyelidikan INSTRUMEN KAJIAN UJIAN MENULIS KARANGAN SOAL SELIDK JENIS NARATIF JENIS DESKRIPTIF JENIS EKSPOSISI BENTUK TERBUKA BENTUK TERTUTUP 40

Reka bentuk ujian ini dipilih bertujuan untuk : 1) Menilai penguasaan pelajar terhadap penggunaan penanda wacana dalam kemahiran menulis karangan bahasa Arab di kalangan pelajar tingkatan enam dalam subjek Karangan di SMAT Kuala Kubu Bharu, Selangor. 2) Mengenalpasti aspek ketepatan dan kesesuaian serta analisis kekerapan penggunaan penanda wacana dalam kemahiran mengarang di kalangan pelajar berdasarkan kepada empat kategori penanda wacana tertentu, iaitu bagi maksud Tambahan (Additive), maksud Berlawanan (Adversative), maksud Sebab Musabab (Causal) dan maksud Masa/Ketika (Temporal). 3) Mengenalpasti korelasi dan signifikan antara penguasaan pelajar terhadap penanda wacana dalam penggabungan ayat karangan dengan pencapaian markah ujian karangan. Sebelum penyelidikan ini dijalankan, kelulusan dan kebenaran diperolehi daripada Fakulti Bahasa dan Linguistik Universiti Malaya dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Hulu Selangor. Penyelidikan ini tidak berhasil dengan lancar tanpa bantuan dan kerjasama dari Pengetua Sekolah, Guru Penyelaras Tingkatan Enam STAM, Guru Bahasa Arab, para guru yang terlibat serta kakitangan pentadbiran sekolah yang berkenaan. Para pelajar yang merupakan responden kajian bakal menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan secara langsung akan melanjutkan pengajian tertinggi di IPTA atau IPTS sama ada di dalam atau di luar Negara. 41

Secara keseluruhannya, perbincangan adalah berkisar tentang metodologi yang digunakan dalam pelaksanaan kajian ini dijalankan. Antara perkara yang disentuh ialah pendekatan kajian kuantitatif berbentuk deskriptif yang digunapakai oleh pengkaji, serta pengkaedahan kajian merangkumi kajian kes, instrumen ujian pemahaman dan penulisan karangan serta soalan kaji selidik berbentuk tertutup dan terbuka kepada responden kajian dari kalangan pelajar tingkatan Enam (STAM). 3.2 Kaedah Kuantitatif Kaedah kuantitatif digunakan oleh pengkaji berikutan daripada instrumen-instrumen yang dijalankan iaitu set soal selidik berbentuk terbuka dan tertutup. Berdasarkan kaedah ini, pengkaji menggunakan item-item tertentu berikutan daripada set ujian soal selidik yang diedarkan kepada responden dan set ujian karangan dari kalangan pelajar. Item-item yang terkandung adalah seperti berikut : i. Sebab-sebab yang menjadi dorongan pelajar mempelajari bahasa Arab. ii. Peruntukan masa pelajar dalam mengulangkaji pelajaran bahasa Arab beserta sebab. iii. Bahan rujukan atau sebarang buku yang digunakan khusus dalam subjek karangan. iv. Kecenderungan pelajar dalam menggunakan penanda wacana dalam menulis karangan. v. *Tahap penguasaan pelajar terhadap penggunaan penanda wacana bahasa Arab. (Soalan Likert). Menerusi kaedah kuantitatif ini, pengkaji menggunakan item-item soalan selidik tertutup yang berkaitan maklumat peribadi responden, maklumat keluarga dan 42

persekitaran di sekolah atau di luar sekolah. Selain itu, instrumen ujian menulis karangan berbentuk naratif, eksposisi dan deskriptif digunakan oleh pengkaji dalam melihat pengkaedahan ini. Penganalisisan item-item bagi instrumen soal selidik menggunakan SPSS 17 dan bagi menganalisis dapatan-dapatan menerusi instrumen ujian penulisan karangan, pengkaji akan menggunakan kaedah manual. Manakala, soalan likert dalam aspek (*Tahap penguasaan pelajar terhadap penggunaan penanda wacana bahasa Arab) sahaja digunakan dalam analisis statistik inferensi (Korelasi Pearson dan Signifikan). 3.3 Instrumen Kajian Kajian ini menggunakan set ujian penulisan karangan (naratif, deskriptif, eksposisi) dan set borang soal selidik. Kajian ini dijalankan berdasarkan satu set ujian menulis karangan berbentuk naratif, deskriptif dan eksposisi akan diedarkan kepada 50 orang pelajar secara rawak. Setiap karangan yang diedarkan, tajuk dan topik akan disediakan oleh pengkaji. Segala data dan maklumat yang diperolehi akan dianalisis secara terperinci. Kajian ini tidak bertujuan untuk digeneralisasikan kepada kumpulan pelajar yang lain. Kaedah kedua pula merupakan soal selidik terbuka dan tertutup. 3.3.1 Bentuk Ujian Instrumen yang digunakan dalam kajian penyelidikan ini bagi pengumpulan segala data dan maklumat yang diperlukan berdasarkan kepada ujian menulis karangan seperti berikut: 43

Ujian Menulis Karangan Menerusi kaedah set ujian menulis karangan, tujuannya untuk mengenalpasti akan terdapatnya korelasi positif dan signifikan antara penguasaan penanda wacana ini dalam gabungan ayat-ayat karangan pelajar secara berkualiti dan relevan keseluruhannya berdasarkan kepada empat kategori penanda wacana tertentu, iaitu bagi maksud Iambahan (Additive), maksud Sebaliknya (Adversative), maksud Sebab Musabab (Causal) dan maksud Masa/Ketika (Temporal). Secara langsung, mengenalpasti fungsi kohesi dan koheren dalam keberkesanan penulisan karangan pelajar berdasarkan penggunaan penanda wacana secara keseluruhannya. Pelajar-pelajar dikehendaki menulis tiga buah karangan berbeza iaitu jenis naratif, deskriptif dan eksposisi. Ujian yang dijalankan harus mengikut soalan dan arahan yang telah ditetapkan. Masa yang diperuntukkan ialah 30 minit bagi setiap soalan karangan dan tidak kurang daripada 100 patah perkataan. Aspek-aspek lain seperti kemahiran struktur dan uslub (gaya), perbendaharaan kata, pemilihan isi, penyusunan idea dan ayat dilihat secara menyeluruh untuk menilai karangan secara berkualiti. Penilaian ini diambilkira bertujuan untuk melihat korelasi di antara mutu karangan pelajar dengan keupayaan dan penguasaan mereka dalam menggunakan penanda-penanda wacana atau alat kata penghubung bahasa Arab secara berkesan dan sesuai mengikut konteks ayat dan idea karangan. Maka, 3 jenis ujian yang dijalankan dalam kajian ini adalah seperti berikut : A. Ujian mengarang 1 Ujian ini merupakan penulisan karangan berbentuk naratif. Pelajar-pelajar dikehendaki menulis sepucuk surat tidak rasmi kepada seorang rakan mereka untuk 44

bertanyakan khabar dan memberitahunya yang anda sudah tamat menduduki peperiksaan dan memperolehi kejayaan. Pada masa yang sama anda semakin mahir dalam bertutur bahasa Arab. Cerita ini ditulis mengikut soalan dan isi-isi yang diberi dalam soalan tersebut (Lihat Lampiran 2 : Bahagian 1) B. Ujian mengarang 2 Ujian ini merupakan karangan berbentuk deskriptif. Berpandukan 5 gambar diberi, maka pelajar-pelajar dikehendaki menulis sebuah karangan bertajuk Peristiwa bencana banjir yang berlaku di Jitra Kedah pada tahun lepas (Lihat Lampiran 2 : Bahagian 2). C. Ujian mengarang 3 Ujian ini merupakan karangan berbentuk eksposisi yang bertajuk Isu penculikan kanak-kanak merupakan karangan terakhir dalam ujian menulis karangan ini. Penulisan karangan ini juga berpandukan kepada arahan-arahan dan susunan isi seperti yang disertakan dalam soalan (Lihat Lampiran 2 : Bahagian 3). 3.3.2 Bentuk Soal Selidik Kajian ini akan menggunakan satu set soal selidik berbentuk tertutup dan terbuka sebagai salah satu instrumen kajian. Kaedah soal selidik ini dijalankan bagi tujuan mengenalpasti aspek minat, keberkesanan dan tahap penguasaan pelajar terhadap penggunaan penanda wacana secara tepat dalam mencipta sesebuah karangan yang baik dan telus. Maka instrumen ini akan membuat rumusan terhadap kemampuan pelajar dalam penggunaan penanda wacana tersebut. 45

i. Prosedur menjalankan soalan selidik Borang soal selidik ini berbentuk tertutup dan terbuka dan disediakan dalam lima bahagian (Bahagian A, B, C, D dan E) yang berkaitan maklumat Latar Belakang Peribadi, Latar Belakang Keluarga, Maklumat di Sekolah atau Persekitaran Luar, Sikap dan Motivasi Pelajar dan Tahap Penguasaan Penanda Wacana bahasa Arab. Borang soal selidik ini mempunyai 18 soalan. Pelajar dikehendaki menjawab semua soalan dengan teliti. Pelajar juga dikehendaki mengisi nama dan angka giliran di muka depan borang soal selidik tersebut untuk memudahkan pengkaji menganalisis butiran maklumat tersebut. Setiap jawapan yang mempunyai nama adalah sulit dan nama pelajar tidak akan didedahkan semasa soal selidik ini digunakan sebagai lampiran dalam analisis tersebut. ii. Perincian maklumat dalam setiap bahagian BAHAGIAN A : Maklumat Responden Bahagian ini mengandungi 5 item soalan yang dikemukakan oleh pengkaji iaitu umur, jantina, asal, keputusan peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) dan Keputusan Subjek Bahasa Arab Tinggi (Percubaan SPM). BAHAGIAN B : Maklumat Keluarga Bahagian ini mengandungi 3 item soalan yang meminta responden memberi maklumat tentang pekerjaan penjaga (bapa dan ibu), bahasa yang dituturkan di rumah berdasarkan kekerapannya dan adakah terdapatnya ahli keluarga yang mempelajari bahasa Arab. 46

BAHAGIAN C : Maklumat di Sekolah/Persekitaran Luar Bahagian ini mengandungi 2 item soalan yang meminta responden memberi maklumat tentang bahasa pengantar yang digunakan pada masa persekolahan, senarai bahasa yang digunakan di luar sekolah berdasarkan kekerapannya. BAHAGIAN D : Sikap dan Motivasi Pelajar dalam Mempelajari Bahasa Arab Bahagian ini mengandungi 4 item soalan yang meminta responden memberi malumat berkaitan faktor dorongan pelajar dalam mempelajari bahasa Arab, peruntukkan masa pelajar untuk mengulangkaji pelajaran bahasa Arab, sumber buku bacaan penulisan karangan bahasa Arab, kekerapan dan kecenderungan pelajar dalam menggunakan penanda wacana bahasa Arab. BAHAGIAN E : Tahap Penguasaan Penanda Wacana Bahasa Arab Bahagian ini mengandungi 3 item soalan yang meminta responden memberi malumat berkaitan tahap penguasaan bahasa, tahap penguasaan struktur ayat dan tahap kemahiran dan pengetahuan struktur wacana ayat. Skala likert digunakan untuk menunjukkan perkara-perkara berikut : A) Tahap penguasaan bahasa pelajar : 1. Lemah 2. Sederhana 3. Baik 4. Sangat Baik 47

B) Tahap penguasaan struktur ayat dan tahap pengetahuan serta kemahiran struktur ayat, frasa dan pemilihan perkataan yang tepat : 1. Sangat Susah 2. Susah 3. Sederhana 4. Senang C) Tahap kefahahaman pelajar dalam menguasai kata hubung bahasa Arab, penanda wacana bahasa Arab dan fungsi kohesi : 1. Sangat Susah 2. Sederhana Susah 3. Susah 4. Senang Berikut merupakan penjadulan isi-isi kandungan dalam soalan selidik sepertimana yang berikut : Jadual 3.1 Jadual Kandungan Soal Selidik BAHAGIAN KONSTRUK DIUKUR BIL. ITEM NO. ITEM BAHAGIAN A Latar Belakang Peribadi Pelajar 5 1 5 48

BAHAGIAN B Latar Belakang Keluarga 3 6 8 BAHAGIAN C Maklumat di Sekolah / 2 9 10 Persekitaran Luar BAHAGIAN D Sikap dan motivasi 4 11 14 pelajar dalam mempelajari bahasa Arab BAHAGIAN E *Tahap Penguasaan 3 15 17 Penanda Wacana *Soalan Likert (3 Item). 3.4 Lokasi Kajian Kajian ini akan dijalankan di sebuah sekolah aliran agama iaitu daripada Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu, di kawasan Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan atau ringkasannya (SAMT KKB). Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu ini merupakan sebuah sekolah yang hanya mempunyai pelajar yang beragama Islam. Pelajar-pelajarnya terdiri daripada Tingkatan 1 hinggga Tingkatan 6. Sekolah ini mempunyai 3 blok bangunan. Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan. Sekolah ini juga merupakan sekolah berasrama separuh. Terdapat pelajar yang boleh memilih untuk tinggal di rumah atau di asrama. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah agama menengah yang terletak di Jalan Pahang. 49

3.5 Populasi Kajian Bagi mencapai matlamat kajian tinjauan, menurut Ary et. al (2002) dalam Hamidah (2007) mencadangkan agar pengkaji menjalankan kajian ke atas populasi sasaran. Memandangkan kajian ini bertujuan melihat perkaitan antara pemboleh ubah yang dikaji, maka populasi kajian adalah terdiri daripada pelajar Tingkatan Enam. 3.6 Sampel Kajian Responden kajian terdiri daripada semua pelajar Tingkatan Enam Sekolah Menengah Agama Tinggi Kuala Kubu Bharu, Daerah Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan yang akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Menengah (STAM) yang mana terlibat secara langsung dalam penyelidikan ini. Mereka terdiri daripada daripada 78 orang pelajar Tingkatan Enam dari dua buah kelas. Di sekolah ini, hanya terdiri daripada pelajar-pelajar berbangsa Melayu dan beragama Islam yang mempunyai pelajar perempuan lebih ramai berbanding pelajar lelaki. Berdasarkan 78 orang pelajar yang diselidiki, sejumlah 50 orang pelajar lelaki dan perempuan Tingkatan Enam dari kedua-dua kelas dipilih secara rawak sebagai sampel kajian ini. Pemilihan sampel dijalankan berpandukan buku pendaftaran kedatangan pelajar tersebut. Tujuan pemilihan secara rawak ini dijalankan berdasarkan tahap terbaik di kalangan 50 responden semasa menjalani ujian penyelidikan dan dikenalpasti linkungan responden yang dipilih memenuhi syarat pengkaji ketika menjawab soalan kaji selidik. Soalan selidik yang berbaki didapati rosak kerana responden tidak memenuhi syarat kehendak soalan dan membuat kesilapan dalam jawapan mereka. 50

Sehubungan itu, berdasarkan keputusan pencapaian mata pelajaran (Karangan) di tahap Sijil Menengah Agama (SMA) Tingkatan Empat dan keputusan subjek Bahasa Arab Tinggi Malaysia di tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tingkatan Lima adalah selaras dan tidak mempunyai perbezaan ketara dari sudut peratusan dan pangkat secara keseluruhannya, maka pengkaji meletakkan semua responden dalam kumpulan yang sama, iaitu yang mewakili kumpulan kebolehan bahasa tinggi. Hal ini kerana, kelayakan menduduki Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) hanya diterima sekiranya pelajar kredit atau lulus dalam penilaian Sijil Menengah Agama (SMA) yang lalu. Disamping itu, pemilihan sampel terdiri daripada kedua-dua kelas sekolah ini, kerana pelajar-pelajarnya terdiri daripada semua pelajar berbangsa Melayu dan beragama Islam secara keseluruhannya. Pelajar-pelajar ini mempunyai budaya dan alam persekitaran sekolah yang sama, walaupun terdapat perbezaan dari sudut latar belakang seperti status sosio-ekonomi keluarga yang berbeza. 3.7 Pemarkahan Pemarkahan dijalankan ke atas instrumen pengujianan iaitu ujian menulis karangan. Instrumen ini diberi pemarkahan secara manual oleh pengkaji dan pensyarah dalam bidang bahasa Arab di Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya dengan cara yang tertentu, ianya adalah seperti berikut : Ujian Menulis Karangan Sebelum pemarkahan dijalankan ke atas instrumen ini, pengkaji telah melantik dua orang pensyarah Jabatan Bahasa Arab di Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya sebagai pemeriksa khas yang ditugaskan untuk memeriksa dan menanda ujian- 51

ujian karangan pelajar secara adil. Perkara ini penting untuk mendapatkan kesesahan maklumat dan data yang diperolehi. Pemeriksaan karangan-karangan ini dilakukan berpandukan skim pemarkahan Abdul Aziz Abdul Talib dan skema Stahl (1974: 192-193). Skala pemarkahan Stahl ini merujuk kepada kategori penggunaan penanda wacana bahasa Arab dan struktur ayat dalam penulisan. Oleh itu, berdasarkan panduan skim ini, karangan-karangan yang dijawab oleh pelajar-pelajar telah dikumpulkan dan dimarkatkan seperti berikut : Jadual 3.2 : Skim pemarkahan Skala Markah Butiran Pemarkahan 5 1) Kelancaran ayat-ayat karangan : i. Karangan mengandungi sebilangan contoh-contoh kelancaran perkaitan di antara satu ayat dengan ayat-ayat seterusnya. ii. Karangan ini juga tidak terdapat sebarang gangguan kelancaran bacaannya yang disebabkan oleh kecacatan atau kesalahan perkaitan di antara ayat-ayat. 4 2) Ayat kompleks : i. Karangan ini dibina dalam ayat-ayat kompleks atau ayat berkait (Compounds Sentences) dan terdapat perkaitan yang logik melalui penggunaan penanda-penanda seperti : و ل ذ ل ك 52

Nota : و بال تا لي و خ ل اص ة ال ق و ل و غ ي ر من ذ ل ك 1-Dalam kategori ini tidak kesemua ayat-ayat dalam karangan terdiri daripada ayatayat kompleks sahaja. 2-Karangan yang digolongkan dalam kategori sekurangkurangnya mengandungi dua ayat kompleks, dengan satu daripadanya tepat pembinaannya. 3-Kemungkinan juga, karangan dalam kumpulan ini tidak terdapat ayat yang kompleks, tetapi masih mengandungi perhubungan ayat-ayat yang baik dan lancar. 3 3) Ayat Mudah : i. Karangan ini hanya mengandungi ayat-ayat mudah atau ayatayat berkait (Compounds Sentences) yang menggunakan kata sendi atau kata hubung seperti dan, atau, begitu, lalu dan sebagainya. Nota : 1-Sekiranya karangan ini terdapat pemisahan di antara perkataan dan frasa, serta terdapat sekurang-kurangnya dua ayat mudah, ia dapat digunakan dalam kategori ini. 2 4) Ayat Tidak Lengkap (Tidak Sempurna) : 53

-Karangan ini dipenuhi dengan ayat- ayat tidak lengkap atau ayat tergantung. 1 5) Perkataan atau Frasa : -Keseluruhan karangan ini ditulis menggunakan perkataan atau frasa - frasa yang terpisah-pisah atau tiada kelancaran. Nota : i-sekali sekala terdapat juga penggunaan kata sendi atau kata hubung seperti dan, atau dan lainlain. Skala Pemarkahan saranan Abdul Aziz (1989, 384-386) digunakan untuk pemeriksaan untuk pemeriksaan karangan secara global. Skim ini menggunakan skala 5 markat seperti berikut: Jadual 3.3 : Skala Pemarkahan saranan Abdul Aziz (1989, 384-386) Skala Pengukuran Penilaian Sifat-sifat utama karangan 5 Cemerlang - Karangan menepati tajuk. - Bahasa yang baik, lancar dan berkesan. - Tiada atau hampir kesalahan bahasa. - Struktur ayat dan perbendaharaan kata yang luas. 54

- Isinya baik dan tersusun secara sistematik dan jelas. - Perenggan, ejaan dan tanda bacaan digunakan dengan betul. - Keseluruhan persembahan karangan adalah berkesan. 4 Baik - Karangan berkaitan dengan tajuk. - Terdapat kesilapan-kesilapan kecil tatabahasa. - Struktur ayat dan perbendaharaan kata agak terhad dan mudah. - Isinya hanya mencukupi dan pengolahannya agak sederhana. - Terdapat sedikit kesilapan ejaan. 3 Sederhana - Karangan masih berkaitan dengan tajuk. - Terdapat kesilapan-kesilapan kecil tatabahasa. - Struktur ayat dan perbendaharaan kata agak terhad dan mudah. - Isinya hanya mencukupi dan pengolahannya agak sederhana sahaja. - Terdapat sedikit kesilapan ejaan. 2 Lemah - Kurang pemahaman mengenai tajuk karangan. - Terdapat kelemahan-kelemahan bahasa seperti tatabahasa dan perbendaharaan kata. - Isi kurang mencukupi. - Lemah dalam pengolahan dan penyusunannya juga lemah. 1 Sangat Lemah - Kurang pemahaman mengenai tajuk atau terpesong langsung. - Penguasaan sangat lemah. - Kesalahan bahasa yang teruk. - Isinya tidak mencukupi. - Sangat lemah dalam pengolahan dan penyusunan ayat. - Keseluruhan karangan tidak menarik dan susah hendak ditatapi dan difahami. 3.8 Penganalisisan Data dan Perbincangan 55

Data-data yang diperolehi berdasarkan kaedah pengujian akan dianalisis dan dihurai secara manual oleh pengkaji. Manakala, dapatan yang diperolehi melalui instrumen soal seldik akan dianalisis menggunakan perisian SPSS 17. Data-data yang diperolehi akan dibincangkan secara terperinci menerusi kaedah penjadualan dan graf dalam bab analisis dapatan. Instrumen-instrumen yang memerlukan penganalisisan data ialah : 1. Analisis soalan kaji selidik pelajar. 2. Analisis soalan pengujian penulisan karangan. 3.8.1 Kaedah Deskriptif Menurut Sidek Mohd Noah (2002) reka bentuk kajian deskriptif selalunya dijalankan bertujuan untuk memberi penerangan yang sistematik mengenai fakta dan ciri-ciri sesuatu populasi atau bidang yang diminati secara fakta dan tepat. Bagi latar belakang responden seperti jantina, keputusan peperiksaan SMA dan subjek Bahasa Arab Tinggi (SPM), pekerjaan ibu bapa dan tempat tinggal. Untuk menentukan tahap ketepatan dan kesesuaian pelajar dalam penggunaan penanda wacana bahasa Arab dan juga kemampuan mereka dalam menulis karangan akan dinilai berdasarkan set ujian karangan yang dijalankan. Bagi tujuan interpretasi skala likert yang digunakan untuk melihat tahap penguasaan bahasa pelajar, tahap penguasaan dan tahap kemahiran dan pengetahuan dalam bahagian-bahagian tertentu bagi item bahagian E. Pengkategorian dilakukan berdasarkan skala yang digunakan oleh Mohd Jasmy et al (2006) seperti dalam jadual di bawah: 56

Jadual 3.4 : Tahap Penguasaan Penanda Wacana bahasa Arab dalam Penggabungan Ayat Karangan. Julat min Kriteria 1.00 hingga 1.66 Rendah 1.67 hingga 3.32 Sederhana 3.33 hingga 5.00 Tinggi *Sumber: Mohd Jasmy et al (2006) 3.8.2 Korelasi Pearson Menurut Sidek Mohd Noah (2002) tujuan kajian korelasi ialah untuk menilai setakat mana variasi dalam satu faktor seimbang dengan variasi-variasi dalam satu atau lebih faktor lain berasaskan pekali korelasi. Korelasi pearson digunakan untuk menguji tahap penggunaan penanda wacana dalam penggabungan ayat pelajar dan keberkesanannya dalam penulisan mereka. Keteguhan terdapatnya korelasi yang positif dan signifikan antara penguasaan penanda-penanda ini dalam gabungan ayat dengan kualiti karangan pelajar-pelajar, dengan melihat pembolehubah tersebut dalam menggunakan indeks keteguhan yang dikenali sebagai petunjuk sejauhmana kekuatan sesuatu pembolehubah dengan pembolehubah yang lain. Nilai r ini mempunyai sela antara +1.00 dan -1.00. Oleh kerana korelasi sempurna jarang berlaku dalam penyelidikan, pekali korelasi dilaporkan dalam dua titik perpuluhan. Contohnya r =.65 dan r =. 23 di mana nilai sifar tidak perlu dilaporkan (Chua, 2006). Dalam kajian ini, pengkaji memilih skala korelasi yang digunakan oleh 57

Jackson (2006). Anggaran kekuatan hubungan antara pembolehubah ditunjukkan dalam skala seperti jadual 3.5 berikut : Jadual 3.5 : Interpretasi Anggaran Kekuatan Hubungan antara Pembolehubah SKALA PEKALI KORELASI KEKUATAN HUBUNGAN +.70 hingga 1.00 atau -.70 hingga -1.00 Kuat +.30 hingga.69 atau -.30 hingga -.69 Sederhana +.00 hingga.29 atau -.00 hingga -.29 Tiada hubungan (.00) hingga lemah *Sumber : Jackson (2006). 3.9 Kesimpulan Secara keseluruhannya, bab ini membincangkan kaedah kajian yang digunakan oleh pengkaji. Ianya merangkumi reka bentuk kajian, instrumen kajian, lokasi kajian, sampel kajian, tatacara mengumpul data dan penganalisisan data. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif berbentuk deskriptif di mana penyelidikan dilakukan menggunakan reka bentuk tinjauan. Ringkasan kaedah statistik deskriptif dan inferensi adalah seperti berikut : Jadual 3.6 : Kaedah Statistik Penganalisisan Data Aspek Kajian Kaedah Statistik Taburan Latar Belakang Responden dan Frekuensi dan Peratusan keluarga 58

Taburan maklumat sekolah dan persekitaran Frekuensi dan Peratusan luar Sikap dan motivasi pelajar Frekuensi dan Peratusan Pengujian Korelasi (Statistik Inferensi) Terdapat hubungan antara tahap penguasaan Korelasi Pearson penanda wacana bahasa Arab dengan tahap pencapaian markah ujian karangan. 59