Program Doktor Pengenalan Program Doktor adalah satu program kedoktoran baharu yang ditawarkan secara bersama oleh Fakulti Pendidikan (FPEN) dan Pusat Pembangunan Akademik (PPA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Diluluskan senat dan Jabatan Pengajian Tinggi (JPT), program ini merangkumi gabungan kursus- kursus sedia ada yang dianjurkan oleh PPA dengan kursus- kursus baharu yang berkaitan dengan bidang pendidikan. Bagi melengkapkan program ini, satu projek penyelidikan perlu dijalankan di bawah penyeliaan tenaga pengajar yang berpengalaman. Program ini diwujudkan untuk menyediakan ahli akademik yang berketerampilan dan berkemahiran dalam pengajaran di peringkat pendidikan tinggi. Ia juga bertujuan untuk melahirkan pengurus akademik yang mampu memperkemas sistem pendidikan tinggi negara dengan memberikan sokongan kepada ahli akademik bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Ini sejajar dengan hasrat kerajaan bagi melahirkan modal insan yang berkualiti seperti mana yang termaktub dalam Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara. Program ini merupakan sebahagian daripada pengurusan bakat untuk meningkatkan keupayaan kakitangan Institut Pengajian Tinggi (IPT). Program ini juga adalah satu program berkonsepkan pembelajaran berasaskan kerjaya (work- based learning) yang boleh diikuti berdasarkan konsep pembelajaran sepanjang hayat. Program ini memberi penekanan kepada aspek penyelidikan yang merangkumi aspek yang berkaitan dengan perkembangan kurikulum pengajian tinggi serta inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran di institusi pengajian tinggi. Matlamat Program Program ini mempunyai matlamat iaitu menyediakan sumber manusia yang berpengetahuan dan berkemahiran yang akan mengamalkan pengetahuan yang terkini di dalam bidang yang diceburi sejajar dengan konsep pendidikan sepanjang hayat.
Objektif Program Program ini dilaksanakan bagi mencapai objektif berikut iaitu untuk melahirkan: (i) ahli akademik dan pengurus akademik yang berketerampilan dalam meningkatkan kecemerlangan pendidikan tinggi bertaraf dunia. (ii) ahli akademik dan pengurus akademik yang dapat memberi khidmat kemasyarakatan kepada masyarakat dengan penuh tanggungjawab. (iii) ahli akademik dan pengurus akademik yang menjadi pakar rujuk dalam kerjaya masing- masing serta menyumbang kepada pembuat polisi negara. (iv) malim sarjana yang cemerlang dalam bidang pendidikan dan penyelidikan peringkat pendidikan tinggi. (v) ahli akademik dan pengurus akademik yang berdaya saing bagi merealisasikan wawasan dan misi institusi. Hasil Pembelajaran Hasil Pembelajaran Doktor adalah untuk membantu pelajar: (i) memberikan sumbangan sama ada berbentuk adaptasi daripada ilmu sedia ada, aplikasi dan interpretasi yang boleh memajukan ilmu, masyarakat dan budaya dalam bidang pendidikan tinggi. (ii) berkomunikasi dan memberikan pandangan yang komprehensif, kritikal terhadap tinjauan literatur dan sintesis terhadap eksperimen, kerja- kerja kreatif serta menyumbang idea baru berkaitan teori dan amalan profesional secara sistematik dalam bidang pendidikan tinggi. (iii) menghasilkan penulisan ilmiah yang dinilai dengan standard antarabangsa yang berasaskan penglebaran sempadan dan pendalaman ilmu dalam bidang pendidikan tinggi. (iv) menghasilkan konsep, reka bentuk dan perlaksanaan projek untuk menjana ilmu atau kefahaman baru yang bermakna dalam bidang pendidikan tinggi. (v) melakukan sintesis dan inovasi dalam menyelesaikan masalah dan isu- isu berkaitan bidang pendidikan tinggi melalui penyelidikan. (vi) mempamerkan disiplin, nilai- nilai murni universal dan etika dalam proses menyempurnakan pengajian doktor pendidikan tinggi.
Struktur Kurikulum Secara umumnya pelajar yang mengikuti program ini perlu melengkapkan 70 kredit yang terdiri daripada 30 kredit kursus dan 40 kredit projek penyelidikan untuk memperoleh ijazah Doktor. Kursus- kursus dan penyelidikan yang perlu diikuti dikategorikan mengikut kredit kepada enam blok seperti berikut: Blok : Blok 2: Blok 3: Blok 4: Blok 5: Blok 6: Asas (4 kredit) Lanjutan (4 kredit) Profesionalisme (4 kredit) Pemantapan (2 kredit) Kajian Tindakan (6 kredit) Penyelidikan Kedoktoran (40 kredit) Nama Blok Kursus Pembangunan Profesional Blok Asas Blok 2 Lanjutan Blok 3 Profesionalisme Blok 4 Pemantapan Kursus ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan dan kemahiran asas dalam pengajaran dan pembelajaran serta memupuk sikap yang diperlukan dalam kerjaya sebagai ahli akademik yang cemerlang, berketrampilan dan profesional. Pelajar akan didedahkan untuk menjalankan penyelidikan dan penerbitan. Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kompetensi pelajar dalam pengajaran & pembelajaran yang berkesan dan melalui penyelidikan, penerbitan dalam pembentukan kepimpinan akademik dan kesarjanaan dalam bidang pendidikan tinggi. Kursus ini bertujuan melatih pelajar menjadi seorang pemimpin akademik, ahli sarjana yang boleh dijadikan sebagai pakar rujuk, menjadi tokoh penyelidik, menerbit dan mewasit, melakukan perancangan strategik dalam bidang pendidikan tinggi. Kursus ini bertujuan untuk memantapkan profesionalisme pengurus dan ahli akademik, dari segi kepimpinan, pengajaran dan pembelajaran serta isu- isu semasa pendidikan tinggi. Ia juga akan memberi penekanan kepada penyelidikan dan penerbitan.
Blok 5 Kajian Tindakan Blok 6 Penyelidikan Kedoktoran Dalam kursus ini pelajar menjalankan penyelidikan tindakan dalam konteks pembangunan kurikulum, pengajaran dan pembelajaran, pentadbiran dan pengurusan akademik di peringkat pengajian tinggi. Dalam blok ini pelajar akan menjalankan penyelidikan dalam bidang pendidikan tinggi di bawah bimbingan penyelia. Hasil penyelidikan perlu diterbitkan dalam bentuk makalah jurnal berwasit. Pelajar perlu menyediakan disertasi integrasi jurnal yang terdiri daripada sekurang- kurangnya integrasi 3 makalah jurnal berimpak tinggi. Pemilihan penerbitan jurnal akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah, Fakulti Pendidikan. Penyelidikan Doktor Untuk memulakan penyelidikan doktor pendidikan tinggi (Blok 6), pelajar dikehendaki melengkapkan kesemua kursus dalam Blok hingga Blok 3. Namun demikian, kesemua blok perlu dilengkapkan sebagai syarat pengijazahan. Untuk melengkapkan blok 6, pelajar perlu memenuhi perkara- perkara berikut iaitu: (i) (ii) (iii) (iv) menjalankan penyelidikan dalam bidang pendidikan tinggi. Hasil penyelidikan perlu diterbitkan dalam bentuk makalah jurnal berwasit. Pemilihan penerbitan jurnal akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah, Fakulti Pendidikan. menyediakan disertasi pendidikan tinggi yang terdiri daripada sekurang- kurangnya integrasi 3 makalah jurnal berwasit yang ditentukan oleh Fakulti. menjadi penulis pertama dalam kesemua artikel yang diterbitkan dan penyelia sebagai penulis bersama. menduduki Peperiksaan lisan (viva) berasaskan disertasi pendidikan tinggi yang telah disediakan.
Secara terperinci, senarai kursus dan jumlah kredit mengikut blok adalah seperti berikut: Blok Kod Nama Kursus Kredit Blok (Pendidikan Tinggi Asas) GGGW8 Kefahaman GGGW82 Hala Tuju Kerjaya Ahli Akademik GGGW83 Pengajaran dan Pembelajaran GGGW84 Asas Penyelidikan dan Penerbitan Blok 2 (Pendidikan Tinggi Lanjutan) GGGW82 Asas Penyelidikan dan Penerbitan GGGW822 Pengajaran dan Pembelajaran 2 GGGW823 GGGW824 Pengurusan Kewangan Dan Perundingan Kepimpinan dan Pengurusan Blok 3 (Pendidikan Tinggi Profesionalisme) GGGW83 Kepimpinan Akademik GGGW832 Penilaian dan Akreditasi Program GGGW833 Ketokohan Penyelidik GGGW834 Pengurusan Hasil Penyelidikan Blok 4 (Pemantapan ) *pelajar dikehendaki melengkapkan 2 kredit GGGW84 Analisis Data Penyelidikan Kualitatif GGGW842 Asas Audit Dalaman GGGW843 Pemantapan Penyelidikan & Penerbitan GGGW844 Kaedah Penyelidikan Kuantitatif GGGW845 Pengenalan Kajian Tindakan GGGW846 Kaunseling GGGW8472 Kelestarian Pembelajaran Berkualiti di IPT 2 GGGW848 Model Pengukuran GGGW849 Pemantapan Audit Dalaman GGGW84a Pemodelan Persamaan Berstruktur GGGW84b Pengajaran & Pembelajaran Secara Online
GGGW84c Penghayatan Sistem Pengurusan Kualiti Mengikut Standard MS ISO 900:2008 GGGW84d Pengurusan Stres GGGW84e Penulisan Makalah Jurnal Berimpak & Berindeks GGGW84f Penyediaan Soalan GGGW84g Pembangunan e- Kandungan GGGW84h Strategi Mentoran Berkesan GGGW84i Teknik Menjawab NCR GGGW84j2 Pengajaran dan Pembelajaran Efektif di IPT 2 Blok 5 GGGW856 Kajian Tindakan 6 Blok 6 GGGW8- Penyelidikan Kedoktoran 40 Syarat Kemasukan Ijazah Sarjana Muda dari mana- mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat dan 5 tahun pengalaman bekerja dalam institusi pengajian tinggi; atau Ijazah Sarjana dari mana- mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat dan bekerja dalam institusi pengajian tinggi; atau Ijazah Sarjana Pendidikan dari mana- mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat. Jangka masa Pengajian Jangka pengajian sepenuh masa adalah selama 3 hingga 6 tahun, manakala bagi separuh masa pula, jangka masa pengajian adalah selama 4 hingga 7 tahun.
Pendaftaran Program dan Penawaran Kursus Pendaftaran sebagai pelajar untuk program ini boleh dilakukan pada bila- bila masa. Ini adalah selari dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat. Walau bagaimanapun, tarikh sesi pendaftaran akan mengikut kalender suku tahun untuk tujuan pengurusan sistem. Suku tahun bermula dari bulan Januari, April, Julai dan Oktober. PPA dengan kerjasama FPEN, UKM akan menawarkan kursus pada tarikh yang dijadualkan dari semasa ke semasa. Jadual penawaran boleh dilihat melalui laman web PPA di http://www.ukm.my/ppa atau di laman web espel untuk warga UKM. Pada kebiasaannya kursus dianjurkan selama dua ke tiga hari berpandukan jumlah topik/modul yang perlu diselesaikan untuk setiap kursus. Tengaga Pengajar Tenaga pengajar terdiri daripada kakitangan akademik dan bukan akademik yang berpengalaman dalam bidang kepakaran yang berkaitan. Kaedah Pengajian dan Penilaian Kursus Kaedah pengajian kursus merangkumi kuliah/syarahan, perbincangan dan juga kerja lapangan (jika berkaitan). Penilaian terhadap pelajar pula adalah berdasarkan penyertaan dan penglibatan pelajar dalam kursus berserta penyempurnaan tugasan yang diberi dalam tempoh yang ditentukan (jika ada). Pengecualian Pelajar boleh mendapat pengecualian daripada mengikuti sesuatu kursus jika pelajar dapat menunjukkan kompetensi yang selari dengan hasil pembelajaran kursus tersebut. Pembuktian ini adalah dalam bentuk dokumen portfolio. Bahan bukti dalam bentuk portfolio pelajar dan kriteria pengecualian ditentukan oleh tenaga pengajar berdasarkan garis panduan yang diterima pakai.
Soalan Lazim (Frequently Asked Questions). Bolehkah saya mengikuti kursus kedoktoran pendidikan tinggi tanpa mendaftar sebagai pelajar terlebih dahulu? Kursus yang ditawarkan oleh PPA boleh diikuti oleh peserta yang layak tanpa mengambil kira sama ada tujuan mengikuti kursus adalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan atau untuk mengikuti program doktor pendidikan tinggi. Bakal pelajar dinasihatkan mendaftar untuk mengikuti program doktor pendidikan tinggi secara rasmi. Walau bagaimanapun, bakal pelajar boleh mengikuti kursus berkaitan yang dianjurkan PPA terlebih dahulu sebelum mendaftar sebagai pelajar. Selepas pendaftaran, pelajar boleh mengemukakan dokumen portfolio untuk menunjukkan kompetensi yang telah diperoleh bagi mendapat kredit kursus dan seterusnya pengecualian daripada mengikuti kursus tersebut. 2. Saya telah mengikuti kursus yang setara dengan kursus yang ditawarkan dalam program kedoktoran pendidikan tinggi. Bolehkah saya mendapat pengecualian untuk kursus tersebut? Ya boleh. Pelajar perlu mengemukakan portfolio untuk menunjukkan kompetensi yang telah diperoleh untuk mendapat kredit kursus dan seterusnya pengecualian daripada mengikuti kursus yang berkaitan. 3. Apakah dan bagaimanakah saya perlu buktikan untuk mendapat pengecualian topik kursus atau keseluruhan kursus? Untuk pengecualian topik kursus atau keseluruhan kursus, pelajar perlu membuktikan kompetensi yang selari dengan hasil pembelajaran kursus tersebut dalam bentuk dokumen portfolio. Sebagai contoh, untuk kursus GGGW84: Asas Penyelidikan dan Penerbitan, terdapat 3 hasil pembelajaran iaitu. merancang serta melaksanakan asas penyelidikan tindakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
2. dapat menyediakan makalah untuk penerbitan dalam jurnal diindeks Scopus berimpak/buku atau bab dalam buku dalam bidang tujahan oleh penerbit berwibawa. 3. berkebolehan menghuraikan ciri- ciri kepimpinan akademik. Secara khusus, terdapat dua topik utama dalam kursus ini iaitu penyelidikan dan penerbitan. Untuk mendapat pengecualian topik pertama, pelajar perlu menunjukkan bukti bahawa beliau telah mempunyai kompetensi yang diperlukan iaitu berjaya mengetuai dan memperoleh satu geran penyelidikan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Untuk mendapat pengecualian topik kedua pula, pelajar perlu menunjukkan bukti bahawa beliau telah berjaya menulis makalah sebagai penulis utama dalam jurnal berindeks Scopus atau ISI. Pelajar boleh mendapat pengecualian kursus keseluruhannya jika berjaya membuktikan kompetensi dalam kedu- dua topik kursus berkenaan.