UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Anugerah Pengajar Cemerlang

dokumen-dokumen yang mirip
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Anugerah Pengajar Cemerlang

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Anugerah Pengajar Cemerlang Dan Anugerah Pengajar Cemerlang (Muda)

ANUGERAH TOKOH KEPIMPINAN

GARIS PANDUAN ANUGERAH TOKOH KEPIMPINAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

GARIS PANDUAN DAN KRITERIA KENAIKAN PANGKAT STAF AKADEMIK UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

GARIS PANDUAN PENCALONAN

Anugerah dan pengiktirafan yang diberikan adalah dalam bentuk berikut:

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Anugerah Amalan Berkualiti (Individu)

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

Pada tahun 2005 nama Anugerah ini telah ditukarkan kepada Anugerah Pendidik Sanjungan (APS). Tahun ini merupakan tahun kelapan pelaksanaan APS USM.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

PUSAT PEMBANGUNAN KORPORAT & PENGURUSAN KUALITI ANUGERAH SUKAN HARI KUALITI & INOVASI UMP

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Anugerah Minda Cemerlang

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Anugerah Keterlibatan Industri

ANUGERAH KHAS UiTM 2013 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

SULIT BORANG USM (PRESTASI) 4/2004 LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (I) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Anugerah Inovasi Pendidikan (Akademik)

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Anugerah Keterlibatan Industri

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (II) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

1. ANUGERAH KEPIMPINAN AKADEMIK

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Nama calon * :.. UKM (PER) * :.. Jawatan * :... No. Telefon Bimbit dan No. Tel Pejabat * :... TANDAKAN SEMAKAN ADA ( ) DAN TIADA (X) (diisi oleh BSM)

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Anugerah Kepimpinan Inovatif UKM

ANUGERAH PENGAJARAN UiTM 2014 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENYELIDIKAN (PENYELIAAN) (P )

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

DASAR PELANTIKAN DAN PELAKSANAAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK DAN PENGAJAR PASCASISWAZAH [GRADUATE RESEARCH & TEACHING ASSISTANT (GRTA)]

ANUGERAH PENERBITAN MAKALAH JURNAL UiTM 2013 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

ANUGERAH TOKOH AKADEMIK KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 TAHUN 2013 TATACARA PERMOHONAN DAN PELARASAN WANG PENDAHULUAN

GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

Senarai Pengerusi Anugerah. Pemerihalan Anugerah Inovasi 2013

GARIS PANDUAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT KECEMERLANGAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Pindaan 2013 (Bilangan 1)

HARI PENTADBIR UNIVERSITI AWAM 2018 GARIS PANDUAN BAGI KATEGORI ANUGERAH PENTADBIR TERBILANG UNIVERSITI AWAM

GARIS PANDUAN INSENTIF KECEMERLANGAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENYELIDIKAN (KRITERIA PEMERIKSA) (P )

1 February 2018 SEMUA KETUA JABATAN SEMUA AHLI AKADEMIK MEREKA YANG BERKENAAN

BAB IV KERTAS KERJA SEMAKAN KURIKULUM

1.0 LATAR BELAKANG 2.0 TUJUAN

KRITERIA ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR 2014 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (KATEGORI KEPIMPINAN)

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

DASAR PROGRAM PERANTARA AKADEMIK UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

ANUGERAH AHLI AKADEMIK HARAPAN UiTM 2016 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

ANUGERAH PENERBITAN MAKALAH JURNAL UiTM 2016 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN TIER 1 UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

ANUGERAH TOKOH AKADEMIK

BORANG PERMOHONAN BIASISWA AINUDDIN WAHID BAGI PERINGKAT IJAZAH KEDOKTORAN DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BAB III KERTAS KERJA PROGRAM AKADEMIK BAHARU

ANUGERAH AHLI AKADEMIK HARAPAN UiTM 2015 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

UKM-SPKP-JP-PK04-BO01 No. Semakan : 00 Tarikh Kuatkuasa: 01/05/2012

KEANGGOTAAN DAN PANGKAT

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

REKOD PINDAAN DOKUMEN TERKAWAL HALAMAN DIPINDA

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Anugerah Citra UKM

Anugerah Inovasi Proses Pengurusan Dan Pentadbiran

Anugerah Keterlibatan Komuniti

FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALASYIA SENARAI BIDANG TUGAS JAWATAN LANTIKAN

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Anugerah Inovasi Pengurusan

FAKULTI SENIBINA, PERANCANGAN DAN UKUR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA BORANG PERMOHONAN LAWATAN / PROGRAM / SEMINAR / AKTIVITI AKADEMIK PELAJAR

SALINAN DOKUMEN TERKAWAL

BORANG ANUGERAH TOKOH STAF BUKAN AKADEMIK TAHUN 2016/2017

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL JAWATAN GRED 45/51/53

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 1997 KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH DOKTOR FALSAFAH) 2007

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA-CALON

Anugerah Kecemerlangan Pelajar

CENTRE OF ACADEMIC INOVATION & COMPETITIVENESS (CAIC) DASAR KEBEBASAN AKADEMIK DAN KECEMERLANGAN PROFESIONAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

KATEGORI ANUGERAH MAJLIS ANUGERAH SISWA GEMILANG 2015/2016

6.3 Kriteria Pemarkahan & Penilaian Kenaikan Pangkat Staf Akademik JawatanPensyarah Kanan (DS52)

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PRESTASI STAF UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

DASAR KENAIKAN PANGKAT BAGI STAF BUKAN AKADEMIK UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

GARIS PANDUAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PANJANG ( LRGS ) (pindaan tahun 2013)

PANDUAN DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL

KANDUNGAN 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Tujuan Garis Panduan 1.2 Penyediaan Garis Panduan 1.3 Penggunaan Garis Panduan

PRAKTIKUM PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN

Lampiran 1 GARIS PANDUAN PERMOHONAN ANUGERAH INOVASI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (AIICT)

TEKS UCAPAN ALUAN PENDAFTAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SAMBUTAN HARI KUALITI DAN INOVASI PERKHIDMATAN UPM TAHUN NOVEMBER 2014

INDUSTRY/ COMMUNITY IN THE CLASSROOM (INDUSTRI/ KOMUNITI DALAM KULIAH)

FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA SENARAI TUGAS DEKAN

PANDUAN PELAKSANAAN SISTEM PENILAIAN PRESTASI (GURU) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Program Doktor Pendidikan Tinggi

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN UTAMA (JUSA) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

POLISI LATIHAN DAN PEMBANGUNAN STAF UNIMAS

INSTITUT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI MALAYA GARISPANDUAN PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH DOKTOR FALSAFAH MELALUI MOD PENERBITAN (PRIOR PUBLICATION)

DASAR INOVASI DAN DAYA KEUSAHAWANAN DALAM PENGALAMAN PEMBELAJARAN MENYELURUH PELAJAR UKM

ANUGERAH AHLI AKADEMIK HARAPAN UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

Transkripsi:

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA Anugerah Pengajar Cemerlang

ANUGERAH PENGAJAR CEMERLANG 1. PENGENALAN Universiti dalam usaha menyahut Wawasan 2020, harus lebih terbuka dalam erti kata ia lebih responsif terhadap tuntutan daripada majikan dan bakal graduan (pelajar) yang menjadi pengguna utama pendidikan yang ditawarkan. Universiti tidak boleh kekal terpisah dalam menara gadingnya bersendirian. Mereka perlu bekerjasama antara satu sama lain ke arah membentuk identiti yang lebih progresif, dinamik dan lebih berpengaruh. Khusus untuk perubahan dalam amalan akademik dan peningkatan mutu pengajaran dan seterusnya menggalakkan segala usaha mengajar yang bermutu di kalangan para akademik. Dengan kata lain, adalah perlu sesebuah universiti itu memikirkan secara terancang langkah-langkah untuk mengenalpasti, menganalisis dan seterusnya mengiktiraf secara rasmi usaha-usaha pengajaran yang berkesan, bermutu serta inovatif. 2. RASIONAL ANUGERAH UKM perlu menginstitusikan amalan anugerah pengajar cemerlang atas sebabsebab berikut:- 2.1 Langkah ini adalah satu bukti yang konkrit bahawa UKM memandang serius tentang kualiti pengajaran dan pembelajaran, dan bukti bahawa UKM sedia mengorak langkah ke arah perubahan dan inovasi bagi amalan-amalan yang sedia ada. UKM seperti universiti-universiti lain di Malaysia, yakin bahawa pengajaran yang berkualiti pastinya akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Oleh itu, usaha yang dinamik dan teknik terkini yang dapat menarik pelajar haruslah diiktiraf dan dimaklumkan secara rasmi kepada masyarakat sebagai penghormatan. 2.2 Usaha mengadakan perubahan dalam pengajaran, terutamanya yang bercorak inovatif, memakan masa yang panjang, dan tindakan untuk tujuan ini diambil oleh pelbagai pihak dalam bermacam-macam cara. Langkah mengiktiraf secara rasmi pengajaran yang baik menyokong usaha-usaha lain yang sedang dilakukan oleh pelbagai pihak di UKM. Pengiktirafan ini dapat dianggap sebagai kemuncak kepada segala usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di universiti ini. 25

2.3 Selain menggalakkan peningkatan mutu pengajaran, pengiktirafan secara rasmi ini akan mempupuk sifat akauntabiliti yang diwajibkan ke atas semua institusi pengajian tinggi. Matlamat utama atau misi universiti adalah untuk mengeluarkan graduan yang berguna kepada negara, cekap berkhidmat dalam bidang pilihannya, peka dan mampu menangani keperluan semasa negara serta dirinya sendiri, dan mempunyai sifat-sifat keinsanan yang tinggi. Apabila universiti mempunyai akauntabiliti serta mampu mengeluarkan graduan sebegini, barulah celaan, kritikan dan sebagainya yang sering dilemparkan kepada universiti dan tenaga pengajarnya dapat dipertahankan. 3. OBJEKTIF ANUGERAH Secara am tujuan anugerah ini ialah untuk menggalakkan perubahan yang inovatif lagi berkesan di UKM, ke arah kecemerlangan pengajaran. Ia menggalakkan pembaharuan institusi secara keseluruhan. Secara khusus, rancangan ini akan: 3.1 Memaklumkan kepada masyarakat universiti khususnya dan masyarakat luar amnya bahawa di UKM, terdapat pengajaran yang bermutu di kalangan pengajarnya. Penerima anugerah yang diiktiraf adalah contoh yang cemerlang. 3.2 Menggariskan ciri-ciri pengajaran dan pengajar yang dianggap bermutu dan dengan itu membantu pensyarah lain ke arah memahami dan menghayati piawai yang dituju di samping mendorong mereka supaya lebih bersungguh-sungguh dalam tugas utama mereka ini. 3.3 Memulakan satu tradisi ke arah penilaian segala usaha yang dijalankan dalam bidang pengajaran dan pembelajaran sebagai suatu mekanisme kawalan mutu dalam pengajaran. 4. DEFINISI KONSEP UTAMA 4.1 Pengajaran: Konsep ini ditafsirkan dengan luas. Ia merujuk bukan sahaja kepada proses mengajar dengan tujuan menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang disiplin ilmu tertentu tetapi merangkumi juga proses membimbing, memberi tuturan dan membantu dengan apa cara juga ke arah melahirkan graduan yang berketerampilan. 4.2 Pengajar: Konsep ini merangkumi semua jenis pengajar yang terlibat dengan proses pengajaran dan pembelajaran pelajar. Selain pensyarah (termasuk profesor), ia merangkumi juga guru bahasa dan tutor. Di mana kabur, konsep ini terpulang kepada setiap Fakulti untuk memberi tafsiran dan justifikasi penggunaan konsep. 26

4.3 Pengajar Cemerlang: Penentuan pengajar cemerlang ini berfokuskan ciri-ciri pengajaran yang bermutu. Antara lain, pengajar ini telah menunjukkan perancangan dan penyampaian yang baik, penyampaiannya menimbulkan minat dan menggalakkan pelajar untuk belajar, interaksi antara pensyarah dan pelajar adalah dinamik, mesra dan positif. Pengajaran disampaikan mengikut rangka masa yang ditetapkan, beberapa alat bantuan digunakan dalam proses pengajarannya dan terdapat pula pelbagai cara untuk menilai prestasi pelajarnya. Ciri-ciri terperinci yang diambil kira dapat dilihat daripada instrumentasi pemilihan calon. 5. LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN Anugerah ini dibuka kepada semua pengajar termasuk kepada profesor/profesor kontrak di setiap fakulti. Pemilihan pengajar adalah berasaskan pencalonan yang dibuat di peringkat Fakulti oleh pelajar dan pihak pengurusan Fakulti berkenaan. 5.1 Pencalonan Pengajar 5.1.1 Pencalonan dibuka 2 minggu sebelum Semester II setiap sesi berakhir. Pencalonan dibuat hanya sekali bagi satu sesi, namun, pensyarah termasuk penerima anugerah, boleh dicalonkan setiap sesi. Satu penghebahan tentang anugerah ini akan dibuat terlebih awal menerusi poster, ruang dalam Senada, Nadi Bangi dan lain-lain. 5.1.2 Pencalonan hanya boleh dibuat oleh pelajar Tahun Akhir menggunakan satu borang khas pencalonan yang mengikuti semua kursus dalam program masing-masing. 5.1.3 Pelajar perlu mencalonkan 3 orang tenaga pengajar yang pernah mengajarnya tanpa mengambilkira tahun atau kursus yang dikendalikannya. 5.2 Pemilihan Awal Di Peringkat Fakulti 5.2.1 Setiap Fakulti akan memilih calon-calon yang layak dipertimbangkan untuk Anugerah Pengajar Cemerlang. Pemilihan dibuat oleh satu Jawatankuasa di peringkat Fakulti yang dipengerusikan oleh Dekan dengan anggota terdiri daripada Ketua-Ketua Jabatan (yang berkenaan) dan 2 orang Profesor atau pensyarah-pensyarah kanan Fakulti. 27

5.2.2 Pemilihan adalah berasaskan prestasi pengajaran, sumbangan terhadap bidang pengajaran, interaksi dengan pelajar dan tugas-tugas yang berkaitan seperti penilaian dan lain-lain. Pertimbangan keterlibatan dalam programprogram penceriaan pelajar juga dibuat berasaskan pandangan positif dan sokongan daripada rakan-rakan di Fakulti. 5.2.3 Pemilihan calon dibuat berasaskan kepada markah penilaian pelajar dan penilaian pihak Fakulti pada nisbah 55:45. ( 55 = markah penilaian pelajar, 45 = markah penilaian fakulti) 5.2.4 Calon-calon yang telah disenarai pendekkan di peringkat fakulti perlu diperakukan oleh fakulti menerusi mesyuarat pengurusan fakulti. 5.2.5 Fakulti perlu menghantar calon terbaik kepada Jawatankuasa Anugerah Pengajar Cemerlang mengikut agihan yang telah ditetapkan (seperti di dalam lampiran). 5.3 Pemilihan Calon Di Peringkat Universiti 5.3.1 Semua calon Fakulti akan ditapis dan disenarai pendek berdasarkan markah yang diperolehi mengikut kriteria-kriteria yang ditentukan seperti di dalam borang PPC dan PAPC. 5.3.2 Jawatankuasa di peringkat Fakulti akan menilai semula pensyarah yang dicalonkan berasaskan kepada maklumat-maklumat lain yang berkaitan dengan pengajaran di peringkat Fakulti, misalnya Borang SSM dan keterlibatan dalam kegiatan pengajaran dan pembangunan pelajar di Fakulti. Fakulti juga perlu mengambilkira tempoh perkhidmatan seseorang pensyarah itu untuk mencapai taraf pengajar cemerlang. 5.3.3 Pemilihan calon dari setiap Fakulti akan dibuat oleh Jawatankuasa Anugerah Pengajar Cemerlang (JAPC) peringkat Universiti. Berasaskan kriteria tertentu yang dipersetujui calon-calon yang terpilih akan dikemukakan untuk pertimbangan Panel Pemilih Anugerah Pengajar Cemerlang (PPAPC). 5.3.4 Dekan atau Ketua-Ketua Jabatan yang berkenaan (wakil), akan dijemput hadir semasa pemilihan calon oleh Jawatankuasa Anugerah Pengajar Cemerlang. 5.3.5 Ahli Panel Pemilih haruslah merupakan pakar dalam bidang yang berkaitan dengan pengajaran, pembelajaran dan penilaian di peringkat Universiti. 28

5.3.6 Panel Pemilih Anugerah Pengajar Cemerlang (PPAPC) di peringkat Universiti terdiri daripada ahli-ahli berikut:- Naib Canselor - Pengerusi Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Profesor bidang Sains dan Teknologi (Seorang) Profesor bidang Perubatan dan Kesihatan Bersekutu (Seorang) Profesor bidang Sains Sosial (Seorang) Profesor bidang Pengajian Islam (Seorang), dan Profesor bidang Ekonomi dan Pengurusan (Seorang) 5.3.7 Pemilihan pemenang adalah mengikut rumpun, iaitu Rumpun Sains, Sains Sosial dan Sains Perubatan/Kesihatan. 2 pemenang hadiah utama dan 3 hadiah saguhati setiap rumpun seperti yang diperuntukan oleh Jawatankuasa. 6. BENTUK ANUGERAH Wang tunai dan sijil. 6.1 Sijil Khas Satu sijil khas Anugerah Pengajar Cemerlang peringkat Universiti akan diberi kepada pemenang. Demikian juga, sijil Anugerah Pengajar Cemerlang peringkat Fakulti akan diberi kepada calon-calon yang terpilih ke peringkat akhir. 6.2 Tokoh Pengajar Jika seseorang pengajar diiktiraf sebagai pengajar cemerlang lebih dari 3 kali dalam jangkamasa perkhidmatannya, beliau akan digelar Tokoh Pengajar dan satu upacara khas akan diadakan di mana satu latar diri mengenai Tokoh Pengajar dan kecemerlanganya akan dibaca. 7. PENUTUP Perlaksanaan Anugerah Pengajar Cemerlang harus dinilai dari masa ke semasa kerana kesahihan serta keberkesanan sesuatu tindakan itu harus berlandaskan usaha penyelidikan dan pengumpulan data yang kemas terkini, relevan dan objektif. Untuk tujuan jangka panjang, Jawatankuasa Anugerah Pengajar Cemerlang dipertanggungjawabkan mendalami dan memperbaiki sistem penilaian di setiap Fakulti, atau untuk setiap gugusan Sains, gugusan Sastera, gugusan Ikhtisas dan lain-lain. Jawatankuasa haruslah juga merancang aktiviti-aktiviti lain ke arah mempertingkatkan mutu pengajaran dan keberkesanannya. 29

LAMPIRAN JAWATANKUASA ANUGERAH PENGAJAR CEMERLANG AGIHAN ANUGERAH PENGAJAR CEMERLANG MENGIKUT BILANGAN PERJAWATAN A G I H A N S E K A R A N G GUGUSAN FAKULTI/PUSAT PERJAWATAN* CALON CEMERLANG SAGUHATI SIJIL SAINS SOSIAL FEP 167 3 FPEND 76 2 FPI 113 2 FSSK 253 5 FUU 36 1 PPU 71 2 716 15 4 3 8 SAINS FKEJ 143 3 FST 254 5 FTSM 92 2 489 10 2 3 5 KESIHATAN FPERG 45 1 FPER 388 8 FSKB 139 3 572 12 3 3 6 1777 37 9 9 19 * DATA PADA 31 JANUARI 2006 30

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PENCALONAN ANUGERAH PENGAJAR CEMERLANG Saudara / Saudari pelajar, Assalamualaikum wwb dan salam sejahtera Untuk meningkatkan mutu pengajaran di UKM, suatu penganugerahan Pengajar Cemerlang akan diadakan setiap tahun sebagai pengiktirafan kepada tenaga pengajar. Sokongan daripada saudara/i sekalian dalam hal ini amat penting. Sila calonkan pensyarah (maksimum 3 orang) dalam borang yang disediakan yang telah mengajar saudara/i sepanjang tempoh pengajian anda yang difikirkan layak untuk dipertimbangkan sebagai pengajar cemerlang untuk sesi ini dengan mengisi borang PPC. Terima kasih PENSYARAH/PENGAJAR YANG SAYA CALONKAN : 1. Fakulti/Pusat Pengajian/Jabatan : 2. Fakulti/Pusat Pengajian/Jabatan : 3. Fakulti/Pusat Pengajian/Jabatan : 31

BORANG PENCALONAN ANUGERAH PENGAJAR CEMERLANG (PPC) Sila nilaikan aspek-aspek berikut berdasarkan jumlah maksima markah yang telah ditentukan. Kriteria Pensyarah 1 Pensyarah 2 Pensyarah 3 A. Pengajaran/Kuliah (60%) Penyampaian isi pengajaran (30%) (lancar, jelas, ceria, teknik pengajaran sesuai dan menarik, bahan bantu mengajar sesuai dan berkesan). 30 30 30 Persediaan dan perancangan pengajaran (10%) (menyediakan rangka kursus, menyatakan objektif pengajaran, aktiviti pembelajaran/tugasan, penilaian kursus). Isi kuliah (10%) (mudah difahami, relevan, menguasai ilmu terkini, mampu menerangkan konsep dan amalan). Keupayaan melibatkan pelajar (10%) (pusatan pelajar, berinteraksi secara baik dengan pelajar semasa pengajaran, bersedia mendengar pandangan pelajar, berupaya dan sanggup menerangkan dengan lebih luas apabila perlu). B. Personaliti (30%) Minat terhadap kepentingan pelajar/sanggup meluangkan masa untuk pelajar (10%). Boleh mengubahsuai pengajaran mengikut keupayaan dan keperluan pelajar (10%). Menggunakan masa secara optimum (Ketepatan masa) (10%). C. Kegiatan dalam Hal Ehwal Pelajar (10%) Kegiatan dalam aktiviti pelajar termasuk kebajikan, sukan, persatuan, kaunseling, program pembinaan sahsiah dan sebagainya. Jumlah Markah Tandatangan Pelajar : Tarikh : 32