Cara Penyebaran Islam di Asia Tenggara

dokumen-dokumen yang mirip
Bab. Bab 2. Bab 1. Bab. Bab 3 Bab 8. 4 Bab 9. Tingkatan 4. Bab. Bab 7. Bab

MASARIAH MISPARI SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH PUTRAJAYA

BAHAGIAN A. 1. Siapakah yang mengasaskan Kesultanan Melayu Melaka? 3. Parameswara melarikan diri ke Muar setelah di serang oleh Kerajaan di Temasik.

KEDATANGAN ISLAM KE ASIA TENGGARA AHMAD NZRYSHAH B. MOHAMED KHALID

BAB III MASUKNYA ISLAM DI INDONESIA JALUR ISLAMISASI. 3.1 Proses Islamisasi dan Perkembangan Islam di Indonesia

Sejarah (940) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

BAB 8 KERAJAAN NEGERI-NEGERI MELAYU. 1. Kerajaan Melayu Tua terdiri daripada kerajaan : (ms 122) a. b. c.

SULIT 1249/2 JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR. 2 ½ jam Dua jam tiga puluh minit

BAB 4 PERADABAN ISLAM DI NUSANTARA II

BAB 4 PERADABAN ISLAM DI NUSANTARA II PENDAHULUAN

SENARAI SEMAK SEJARAH SPM (TINGKATAN 4) 2011

BAB 8. Pendidikan dalam masyarakat Melayu tradisional. 1. Rajah di atas menunjukkan sistem pendidikan masyarakat Melayu tradisional.

BAB V PENUTUP. menyimpulkan beberapa kesimpulan serta beberapa saranan untuk menjadi perhatian

2/27/2017. Kuliah 2 Ciri bahasa Melayu Klasik BMK pada batu bersurat & Peranan BMK

Tamadun Islam dan Tamadun Asia Edisi Kedua (TITAS) Bab 1: 1

Dr. Mohd Nasir bin Masroom Universiti Teknologi Malaysia

BAB 4 PERADABAN ISLAM DI NUSANTARA I

SKEMA PEMARKAHAN MPU3123

BAB 4 PERADABAN ISLAM DI NUSANTARA I PENDAHULUAN. Menjelaskan kesan kedatangan Islam ke Nusantara Menjelaskan faktorfaktor. Islam di Nusantara

Peradaban melayu. Sinopsis:

1. Dalam sistem pentadbiran Melaka, Sultan dibantu oleh empat orang pembesar iaitu,(m/s 58) a) b) c) d)

Bab 2. Bab. Bab 3 Bab 8. Bab 1. Bab. 5 Bab Bab 9. Tingkatan 4. Bab. Bab

BBM 3104 Kuliah 11 A.Munsyi

Tamadun Islam dan Tamadun Asia TAMADUN MELAYU

Nyatakan teori-teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara dan huraikan bukti-bukti yang dikemukakan oleh sejarawan bagi menyokong teori mereka itu.

MPU 1152 PENGAJIAN MALAYSIA. Topik 1 KEMASYRAKATAN MALAYSIA. (Minggu 1)

Dapatkan Skema di

I. PENDAHULUAN. Islam datang selalu mendapat sambutan yang baik. Begitu juga dengan. kedatangan Islam di Indonesia khususnya di Samudera Pasai.

C Kecekapan sistem pentadbran D Sistem penggunaan mata wang. 10 Maklumat di bawah berkaitan dengan kegemilangan Melaka dalam bidang perdagangan

BAB I PENDAHULUAN. A. Latar Belakang. Sejarah Islam di Indonesia memiliki keunikan tersendiri, karena disamping

Membekalkan hasil tempatan dan hasil kawasan takluk kepada pedagang antarabangsa.

CONTOH SOALAN IDA 152

kediaman tuhan Hindu iaitu Brahma, Siva dan Vishnu. Latihan: Pelanduk Mitos Hindu Pokok Melaka 1. Senarai di atas berkaitan dengan A asal usul Parames

BAB 6 : KEMEROSOTAN MELAKA

Tamadun Islam dan Tamadun Asia Edisi Kedua (TITAS) Bab 3: 1

Sejarah (940) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

Kesusasteraan Melayu (922)

MASARIAH MISPARI SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH PUTRAJAYA

BAB 8 BAB 8 : KERAJAAN NEGERI-NEGERI MELAYU KEDAH. Cheh- Cha. Menghantar bunga emas ke Siam. Kalam Bar. Kedah

LETAK KERAJAAN ACEH YANG STRATEGIS YAITU DI PULAU SUMATERA BAGIAN UTARA DAN DEKAT JALUR PELAYARAN PERDAGANGAN INTERNASIONAL MENYEBABKAN KERAJAAN ACEH

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2015 PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

Beta amat murka dengan tindakan Tun Mutahir yang mengumpul banyak harta. Adakah beliau hendak menandingi kedudukan beta sebagai sultan?

1 Berdasarkan pernyataan di atas, mengapakah pelajaran sejarah perlu dipelajari?

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2006

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

Nag2oO9. Item Objektif. M.S Rajah berikut menunjukkan suasana di Madinah sebelum hijrah Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah.

BAB IV TAHAP LITERASI POLITIK DAN KERENGGANGAN TERHADAP PARTI: TINJAUAN TERHADAP DATA-DATA SURVEI SEBELUM PRU 12

PN. MASARIAH BINTI MISPARI MAKTAB TENTERA DIRAJA

Kemerdekaan Negara 31 Ogos Penyediaan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

PN. MASARIAH BINTI MISPARI MAKTAB TENTERA DIRAJA

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 3

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


Mengetahui fakta sejarah, kemahiran pemikiran sejarah dan unsur patriotisme.

BAB 2 PENDAHULUAN PENDAHULUAN PENDAHULUAN DEFINISI AGAMA DEFINISI AGAMA. Manusia dan Agama (IDA 102) 1/10/2013. Maruwiah Ahmat 1

Kepelbagaian Budaya Menurut kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 102, kepelbagaian ialah perihal berbagai-bagai jenis. Kepelbagaian merangkumi

Kenali Sejarah INTIMA` DALAM JAMAAH. 17 Mei 2017 Shah Alam.

Bahagian A. (40 markah) Jawab semua soalan

Pangkalan tentera Pelabuhan persinggahan X. Senarai di atas menjelaskan faktor-faktor British memerlukan Pulau Pinang. Apakah X?

BAB 1 KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA

KATA PENGANTAR. Bismillahhirrohmannirrohim

PANEL PENULIS PN. MASARIAH BINTI MISPARI PN. NORHAYATI BINTI MAT ZAIN EN. SOHAIDIE MOHD ZAIN PN. SUHAILA BINTI MOHAMAD KESNAN PN. ROHANI BINTI MUSTAFA

PENGENALAN PENGENALAN PENGENALAN PENGENALAN PENGENALAN CTU 551 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA HASIL PEMBELAJARAN

AhmAd JelAni halimi ishak saat 2010

SULIT 1249/2 NAMA PELAJAR LOGO SEKOLAH NAMA SEKOLAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2016 TINGKATAN 5. SEJARAH KERTAS 2 Dua jam tiga puluh minit

PENGENALAN. Hasil Pembelajaran. ACIS, UiTM CTU553/555

RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN SEJARAH TINGKATAN 1

PENENTUAN TEMPOH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU KLASIK: SATU KAJIAN TINJAUAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PENYEBARAN DAN PERKEMBANGAN ISLAM DI ALAM MELAYU

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2011

1249/2 SEJARAH Kertas 2 September 2½ jam

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

Bab 2. Bab. Bab. Bab 1. Bab 3 Bab 8. 4 Bab 9. Tingkatan 5. Bab. Bab

PENGARUH ISLAM TERHADAP MASYARAKAT MELAYU

BAB 1: KEDUDUKAN STRATEGIK MENDORONG PENGUASAAN BRITISH

BAB I PENDAHULUAN. sebuah negara Islam yang sangat termasyhur di Nusantara. Acheh pada masa ini

Bincangkan Sistem Pembesar di China pada abad ke 16 hingga ke 18. (20M)

BOOK REVIEW. Warisan Wilayah Utara Semenanjung Malaysia

PENDAHULUAN. 5.1 Kedatangan Islam di Alam Melayu 5.2 Pengaruh Islam di Alam Melayu 5.3 Tamadun Islam sebagai Asas Pembinaan Tamadun Malaysia

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (KEDAH)

BAB 1 PENDAHULUAN. Bahasa merupakan alat perhubungan yang amat penting dalam kehidupan

Agama Buddha. i. Ia berasal dari negara India pada kurun ke-6 SM dan diasaskan oleh Gautama Buddha sebagai salah satu interpretasi agama Hindu.

LEMBAGA PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN ISLAM PEPERIKSAAN BERSAMA PENDIDIKAN AGAMA MENENGAH 4 TAHUN 2013 SEJARAH ISLAM. Tarikh: Ahad, 8 Disember 2013

PENGASASAN KESULTANAN MELAYU MELAKA (m/s 47 48)

Nama : Tingkatan : Sekolah : BAB 1 : KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA TAHAP PENGUASAAN. Cemerlang Baik Sederhana. Tamadun Indus Tamadun Hwang Ho

Ulasan makalah. Wan Suhaimi Wan Abdullah

SULIT 1249/2 PEPERIKSAAN PERCUBAAN BERSAMA SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2012 ANJURAN MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA NEGERI PERLIS SEJARAH.

Bab 2. Bab. Bab 3 Bab 8. Bab 1. Bab. 5 Bab Bab 9. Tingkatan 4. Bab. Bab

BAB 5 ISLAM DI ALAM MELAYU I

BAB EMPAT KESIMPULAN DAN CADANGAN. tradisi dalam kalangan masyarakat Islam pada umumnya. Oleh kerana itu, amalan

(b) Senaraikan kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh masyarakat tersebut.

I. PENDAHULUAN. dikenal sebagai salah satu Kerajaan Maritim terbesar di Indonesia. Wilayah

Jelani Harun Pengulas: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, USM, Pulau Pinang, Malaysia.

PN. MASARIAH BINTI MISPARI

Tinggal di kawasan Semenanjung Tanah Arab Terdapat wilayah seperti Syam, Nadz,Yaman, Oman Mekah, Madinah dan Thaif merupakan ibu kota penting

BAB 6 PENUTUP. juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh

sanjungan di kalangan para pemimpin Islam dunia. BAB V PENUTUP Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Anchi di Miri.

KENALI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

Transkripsi:

Cara Penyebaran Islam di Asia Tenggara Agama Islam mula berkembang di Alam Melayu dalam abad ke 13 Masihi. Menjelang abad ke 15 Masihi, agama Islam berjaya meluaskan pengaruhnya hampir ke seluruh alam Melayu dan menamatkan pengaruh agama Hindu dan Buddha yang menguasai daerah tersebut sejak abad ke 15 M. Sejarawan telah memberikan lima cara utama yang telah digunakan oleh orang Islam untuk menyebarkan Islam di Asia Tenggara dan dua cara sampingan. Perdagangan Penyebaran Islam telah disumbangkan oleh golongan pedagang yang sekali gus bertindak sebagai mubaligh. Ada dalam kalangan mereka adalah golongan ulama dan golongan sufi. Walaupun pada peringkat awal tumpuan perdagangan ialah dengan negara China, akan tetapi pedagang-pedagang terpaksa singgah berbulan-bulan lamanya di pelabuhan-pelabuhan Kepulauan Melayu untuk menunggu angin yang sesuai untuk meneruskan pelayaran ke China atau untuk pulang ke Tanah Arab. Dalam jangka masa yang panjang ini, pedagang-pedagang ini mempunyai masa yang banyak untuk bergaul dengan penduduk tempatan dan sambil itu menyebarkan agama yang dianuti oleh mereka itu. Biasanya pendakwahan mereka ini dijalankan dalam kalangan sama-sama pedagang. Daripada kalangan pedagang-pedagang ini terdapat juga pedagang yang bukan Islam itu tertarik kepada agama Islam. Namun demikian penyebaran agama Islam yang dijalankan begini tidaklah meluas. Ia terhad dalam kalangan pedagang-pedagang dan di kota-kota pelabuhan sahaja. Pengislaman cara begini jelas digambarkan oleh Marco Polo dalam laporannya tentang perkembangan Islam di Perlak. Beliau mengatakan pada sekitar tahun 1293 M itu kebanyakan penduduk kota Perlak telah Islam. Marco mengatakan pedagang-pedagang Islam telah berjaya memujuk penduduk tempatan Perlak untuk memeluk agama itu. Selain itu peranan pegawai-pegawai perdagangan dalam negeri-negeri Islam di Asia Tenggara ini juga telah memesatkan penyebaran agama ini. Sebagai contoh Syahbandar Melaka telah menyebabkan ramai pedagang dari sekitar Kepulauan Melayu itu memeluk Islam. Pedagang-pedagang Islam yang berdagang di Melaka biasanya akan mendapat layanan yang istimewa daripada syahbandar-syahbandar ini. Justeru itu, untuk mendapatkan layanan yang istimewa ini, ramai pedagang dari Kepulauan Melayu yang lain, seperti Brunei, Ternate, Maluku, Jawa, dan Sulawesi telah memeluk agama Islam.

Perkahwinan Perkahwinan adalah merupakan antara faktor perkembangan Islam di Nusantara. Oleh sebab terpaksa tinggal di kawasan ini berbulan-bulan lamanya untuk menunggu pertukaran angin, maka terdapat antara pedagang itu telah mengahwini wanita-wanita tempatan. Ramai saudagar yang datang ke alam Melayu merupakan golongan yang kaya raya. Sesetengahnya mempunyai hubungan yang rapat dengan pembesarpembesar tempatan. Dengan kekayaan yang ada, mereka berjaya mempengaruhi wanita-wanita tempatan untuk dijadikan isteri. Sebagai seorang Islam, mereka tidak boleh berkahwin dengan bukan Islam. Ini telah menggalakkan wanita-wanita tempatan memeluk Islam. Dengan contoh yang baik dari golongan ulama ini, keluarga mereka secara langsung turut tertarik dengan Islam. Malahan ada saudagar yang dapat berkahwin dengan puteri-puteri dari kalangan anak pembesar terutamanya di zaman Kesultanan Melayu Melaka. Perhubungan keluarga telah memudahkan para pedagang Islam berdakwah secara terus dengan kaum kerabat mereka sendiri. Perkahwinan ini juga sekurang-kurangnya dapat menarik minat pembesar-pembesar tempatan untuk menerima Islam. Biasanya apabila pembesar-pembesar menerima Islam maka seterusnya akan diikuti golongan bawahan ataupun rakyat secara beramairamai. Hasilnya bertambahlah bilangan penduduk yang menganut agama Islam. Dengan cara ini Islam telah berkembang di kawasan-kawasan kota perdagangan di Asia Tenggara. Agama Islam juga tersebar melalui perkahwinan antara raja sesebuah negara dengan puteri raja dari negara lain. proses ini biasanya dipanggil perkahwinan sahsiah. Langkah ini turut membantu perkembangan Islam ke sesebuah negara. Umpamanya perkahwinan puteri Pasai dengan Megat Iskandar Syah menyebabkan Islam tersebar dari Pasai ke Melaka. Begitulah juga perkahwinan anak-anak raja Melaka dengan putera puteri Pahang dan Kedah yang akhirnya telah menyebabkan kedua-dua menjadi negeri Islam kemudiannya. Pengislaman Raja dan Golongan Bangsawan Pengislaman pemerintah merupakan antara faktor bagi perkembangan Islam di Alam Melayu. Contohnya ialah di Melaka, apabila raja Melaka, Parameswara memeluk Islam ramai pengikut-pengukut dan rakyat jelata yang masuk Islam. Dalam masyarakat Asia Tenggara amnya, dan masyarakat Melayu khasnya terdapat konsep taat kepada pemerintah yang dikenali sebagai daulat dan derhaka.

Konsep ini timbul kesan daripada pendewaan pemerintah yang berlebih-lebihan oleh penduduk kawasan ini. Sebelum Islam, raja-raja dianggap sebagai penjelmaan atau titisan dewa-dewa. Dengan itu muncul konsep dewaraja. Walaupun konsep ini bertentangan dengan akidah Islam, akan tetapi kemudiannya ia telah membantu penyebaran Islam dengan cepat dan mudah di Asia Tenggara. Apabila raja-raja telah dapat diislamkan oleh para mubaligh atau pendakwah, maka seluruh rakyatnya ikut serta memeluk Islam, bukan kerana meereka memahami agama itu dengan mendalam tetapi semata-mata kerana taat kepada raja. Namun kemudian kelas-kelas agama diadakan untuk rakyat jelata mempelajari dengan lebih mendalam mengenai agama Islam. Kes-kes ini jelas dilihat dalam pengislaman kerajaan Melaka, Kedah dan Patani. Sejarah Melayu mengesahkan bahawa apabila Raja Kecil Besar memeluk Islam, baginda telah diikuti oleh pembesar-pembesar dan rakyanya. Begitu juga cerita Hikayat Merong Mahawangsa tentang pengislaman Kedah dan Hikayat Patani tentang pengislaman Patani. Apabila pemerintah memeluk Islam, kebanyakan nama mereka ditukar dan digelar sebagai sultan. Dalam proses pengislaman pemerintah saudagar-saudagar berperanan sebagai pendakwah. Saudagar-saudagar ini bukan sahaja berdagang tetapi juga menyebarkan Islam. Selalunya saudagar ini terdiri daripada orang yang kaya dan dapat menarik minat golongan pemerintah dengan kekayaan yang mereka miliki. Penaklukan Penaklukan juga tidak kurang pentingnya menjadi faktor pendorong tersebarnya Islam di Nusantara ini. Apa yang dimaksudkan ialah penaklukan yang dilakukan oleh sesebuah negara Islam ke atas daerah lain. Jika daerah yang ditawan itu belum Islam maka dengan penaklukan itu para pembesarnya akan terpengaruh dengan Islam kerana motif politik, kedudukan, ekonomi dan sebagainya. Jika daerah yang ditawan itu telah Islam maka dangan penaklukan itu, Islam dapat dikembangkan dengan lebih berkesan lagi. Kerajaan Pasai sebagaimana yang diterangkan dalam catatan Ibnu Batutah telah meluaskan kuasa politiknya ke daerah sekitarnya dengan peperangan lalu Islam tersebar di daerah tersebut. Namun peperangan bukanlah satu cara yang digunakan untuk menyebarkan Islam seperti yang didakwa oleh Barat, meskipun ada penaklukan yang berlaku tetapi bukan dengan cara kekerasan dan paksaan. Memang banyak peperangan yang berlaku yang embawa kepada pengislaman wilayah yang dikalahkan oleh kerajaan Islam. Sebagai contoh, penaklukan Melaka ke atas beberapa negeri telah menyebabkan negeri itu menerima Islam. Melaka semasa zaman

kekuasaan Bendahara Tun Perak telah berjaya menakluki beberapa daerah di Tanah Melayu dan Sumatera seperti Pahang, Terengganu, Patani, Kampar, Inderangiri, Rokan, Siak, Johor, Bangkalis dan lain-lainnya. Oleh itu Islam tentunya dapat disebarkan dengan mudahnya di daerah jajahan takluk tersebut. Begitu juga dengan penaklukan Demak ke atas Majapahit telah mengislamkan penduduk kawasan pedalaman Pulau Jawa itu. Kerajaan Acheh yang merupakan sebuah empayar Islam yang tersebar di abad 16 dan 17 di Asia Tenggara ini yang mempunyai jajahan takluk yang luas di Sumatera dan Tanah Melayu tentunya dapat menyebarkan Islam dengan mudah juga di daerah tanah tajahannya itu. Memangnya ada tercatit dalam sejarah Acheh bahawa kerajaan Acheh telah mengirimkan para pendakwah Islam ke daerah tanah jajahannya itu di Tanah Jawa. Kerajaan Islam Demak juga telah menakluki daerah-daerah yang diperintah oleh kerajaan-kerajaan Hindu. Misalnya kerajaan Hindu Majapahit telah ditewaskan dan dijadikan tanah jajahan takluknya. Dengan ini maka Majapahit bertukar menjadi sebuah negara Islam. Di samping itu seperti yang diperkatakan sebelum ini, kesetiaan rakyat Melayu (penduduk Asia Tenggara) kepada raja telah menyebabkan mereka dengan mudah memeluk Islam. Perkara ini turut jelas dapat dilihat di Jawa. Setelah Demak menawan Majapahit dan mengambil alih pemerintahan kerajaan Jawa yang teragung itu, hampir seluruh penduduk kawasan itu memeluk Islam. Golongan yang tidak mahu menerima Islam telah melarikan diri ke Bali dan kawasan-kawasan yang dikuasai oleh orang bukan Islam. Mereka memeluk Islam bukan dipaksa oleh Demak tetapi mereka mengikut agama orang yang memerintah mereka. Peranan Pusat Kebudayaan Kesusasteraan juga telah menjadi saluran penting kepada penyebaran Islam di Asia Tenggara. Dengan kedatangan Islam, masyarakat di Alam Melayu sebagai bahasa perhubungan utama. Dengan adanya satu bahasa ini, kegiatan menyebarkan Islam menjadi lebih mudah dan lancar. Kedatangan Islam juga telah memperkenalkan tulisan jawi. Hal ini memudahkan para ulamak dan pendakwah mengajar tentang ilmu yang berkaitan dengan Islam kerana mereka dapat menguasai tulisan jawi. Di zaman keagungan Melaka dan Acheh, Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa pengantar dalam system pendidikan mereka. Pelbagai bentuk sastera Arab seperti syair dan gurindam talah mempengaruhi Bahasa Melayu. Hasilnya sastera-sastera Islam telah dikembangkan melalui Bahasa Melayu dan ini sudah tentu dapat mengembangkan lagi fahaman orang-orang melayu terhadap ajaran Islam.

Beberapa tokoh karyawan dan ulama luar dan tempatan telah menghasilkan karyakarya yang berunsur Islam sama ada dalam bentuk asli ataupun terjemahan dan saduran. Sebahagian besar daripada karya tersebut seperti Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Raja Khandak, Hikayat Amir Hamzah dan sebagainya begitu diminati oleh orang Melayu. Karya-karya ini mengandungi pelbagai unsur yang boleh mendekatkan kefahaman pembacannya kepada ajaran Islam itu sendiri. Bidang kesusasteraan Islam begitu pesat berkembang di Acheh sehingga melahirkan ramai tokoh satera seperti Hamzah Fansuri dan Nuruddin al-raniri yang berhasil mengarang pelbagai jenis kitab agama. Kitab-kitab ini kemudiannya disebarkan keseluruh jajahan takluk dan hal ini sudah tentu membantu penyebaran Islam ke Alam Melayu atau Nusantara. Peranan Mubaligh Pendakwahan oleh para ulama dan ahli-ahli sufi merupakan cara penyebaran Islam yang paling meluas dan berkesan. Pendakwahan ini telah dijalankan sejak abad ke-8 M lagi. Pada zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz (717-720 M), pengiriman pendakwahpendakwah ke Asia Tenggara telah giat dijalankan. Beliau berjaya mengislamkan pemerintah Kerajaan Suwarnabhumi atau Melayu Jambi yang bernama Sri Indravarman. Sri Indravarman ialah seorang Maharaja Srivijaya yang namanya dikenali dalam catatan China sebagai Shih-li-t- o-pa-mo. Pada tahun 100 H (718 M) Maharaja Srivijaya itu mengutus sepucuk surat kepada Khalifah Umar bin Abdul Aziz dan memohon baginda menghantar seorang ulama bagi menerangkan tentang agama Islam. Kerajaan Majapahit bertukar nama kepada Sribuza Islam kemudiannya. Sekitar tahun 820 M, sebuah rombongan mubaligh Mazhab Syiah yang diketuai nakhoda khalifah telah sampai di Perlak. Rombongan itu telah berjaya mengislamkan pemerintah dan penduduk Perlak dan menjadikannya sebagai kesultanan Islam yang pertama di Asia Tenggara. Oleh itu pada peringkat awal ini, Islam yang tersebar di sekitar pesisir pantai utara Sumatera adalah Syiah. Menjelang abad ke-10 M, keadaan dunia Islam kucar-kacir. Kerajaan Abbasiyah semakin lemah menyebabkan wilayah-wilayah di bawah kuasanya mula memerdekakan diri. Peperangan untuk merebut wilayah di antara kerajaan-kerajaan kecil itu sering sahaja berlaku. Keadaan kacau-bilau dan porak peranda ini telah mengecewakan segolongan masyarakat Islam ang beranggapan bahawa kekacauan dan keadaan ini berlaku akibat daripada umat Islam yang terlalu mementingkan kebendaan masa itu. Oleh itu golongan ini telah mengasingkan diri daripada orang ramai dan hidup sebagai ahli-ahli sufi yang mengamalkan tarikat dan tasawuf.

Ahli-ahli tarikat ini kemudian telah keluar dari Tanah Arab untuk menyebarkan agama Islam mengikut fahaman mereka. Merekalah yang memainkan peranan penting dalam penyebaran agama Islam pada abad ke-13 M dan selepasnya di Nusantara. Sekitar tahun 1260-an utusan dari Makkah yang dipimpin oleh seorang ulama Sufi bernama Syeikh Ismail al-siddiq datang untuk menyebarkan Islam di Asia Tenggara. Bersama-sama beliau ikut serta seorang ulama sufi dari Malabar India, bernama Fakir Muhammad. Mengikut Hikayat Raja-raja Pasai dan Sejarah Melayu mereka telah menyebarkan agama di Lamburi (Acheh), Perlak dan Pasai. Di Pasai juga telah didatangi ulama seperti Syarif Amir Sayyid al-syirazai dan Tajuddin al-asfahani. Selain itu para ulama yang menyebarkan Islam di Melaka boleh dikatakan semuanya terdiri daripada ahli sufi. Antaranya Syeikh Abdul Aziz, Maulana Abu Bakat dan Maulana Yusuf. Setiap ulama sufi sampai di Asia Tenggara mengajar agama secara formal yang pada mulanya di istana-istana dan kemudian di masjid-masjid atau rumah-rumah mereka. Institusi ini kemudian telah berkembang menjadi sekolah-sekolah tersendiri yang dikenali sebagai pondok atau pensantren. Di Acheh ia dikenali sebagai dayah (yang berasal daripada perkataan zawiyah). Dengan adanya institusi-institusi pendidikan ini membolehkan agama Islam diajar dengan lebih mendalam dan sempurna. Di samping itu, institusi ini juga telah melahirkan ulama dan ahli-ahli sufi tempatan yang kemudian menggantikan ulama luar menjalankan tugas menyebarkan agama Islam di kawasan ini. Dalam zaman keagungan kerajaan Acheh pada abad ke-16 dan ke-17, telah lahir ulama sufi yang terkenal seperti Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-sumatrani dan Abdul Rauf Singkel. Di Jawa telah lahir ulama tasawuf yang terkenal yang dipanggil Wali Songo. Mereka adalah sembilan ulama yang terkemuka yang berperanan menyebarkan Islam di pulau itu. Keistimewaan Islam Faktor-faktor penyebaran Islam di Alam Melayu juga datang daripada keunggulan Islam itu sendiri. Antaranya ialah kesederhanaan, kesucian, dan keluhuran agama Islam yang bertunjangkan kepada ketuhanan yang tunggal dan persamaan taraf antara sesama Islam, tidak sebagaimana agama Hindu yang dianuti oleh penganut-penganut Melayu sebelum itu yang bertuhankan kepada berhala dan dewa di samping mangamalkan sistem kasta.

Pada keseluruhannya agama Islam mudah diterima oleh penduduk tempatan oleh sebab kesesuaian dan kemudahannya. Agama Islam bukan sebuah agama yang kompleks seperti agama Buddha dan Hindu yang hanya dapat difahami oleh golongan-golongan tertentu sahaja seperti pendeta dan sami. Ajaran Islam mudah iaitu tentang keesaan Allah SWT telah menarik perhatian ramai penduduk kawasan ini. Dalam Islam, menyembah Tuhan boleh dilakukan di mana sahaja tidak seperti agamaagama sebelumnya yang terpaksa melalui sami atau di tempat-tempat tertentu sahaja. Di samping itu, kerasionalan agama ini dalam semua bidang, baik dalam bidang sosial, ekonomi mahupun politik telah juga menarik hati orang di Asia Tenggara khususnya di Kepulauan Melayu. Islam juga telah memberikan mereka harga diri yang sebelum itu tidak diperoleh. Di bawah pemerintahan raja-raja Hindu-Buddha, rakyat hanya dianggap sebagai hamba untuk berkhidmat kepada golongan bangsawan. Ahli-ahli sosiologi moden menjelaskan bahawa sentimen pro-islam yang mendalam dalam kalangan penganut Islam di kawasan ini terutama sekali di kawasan bandar adalah dipengaruhi dengan kuatnya oleh perasaan anti sistem kasta. Kelas-kelas bawahan dalam masyarakat menyedari bahawa kedudukan mereka tidak ada nilai dalam sistem masyarakat lama. Memeluk agama Islam adalah satu cara yang berkesan untuk membebaskan mereka dari belenggu kasta. Di Jawa misalnya, golongan rakyat dianggap sebagai kasta terendah iaitu Vaisya dan Sudra. Islam dengan ajarannya yang mementingkan persamaan taraf sesama manusia telah menjadi faktor yang utama dalam penukaran agama. Kedatangan Islam telah membawa ciri-ciri keadilan, iaitu semua manusia adalah sama taraf di sisi Tuhan. Perkara inilah yang menyebabkan ramai penduduk mudah menerima Islam.