JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

dokumen-dokumen yang mirip
PELARASAN GAJI YANG AKHIR DITERIMA BAGI PEGAWAI YANG BERSARA ATAU MENINGGAL DUNIA DALAM PERKHIDMATAN

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2009

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2013

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2006 IMBUHAN TAHUNAN DAN BAYARAN KHAS PRESTASI 2006

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2005 SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N17, N22, N26

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2006

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2015

KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK

DASAR KENAIKAN PANGKAT BAGI PEGAWAI YANG SEDANG DISIASAT DAN TELAH DIKENAKAN HUKUMAN TATATERTIB

PELAKSANAAN SISTEM SARAAN MALAYSIA BAGI ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN

KENAIKAN GAJI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN DI BAWAH SISTEM SARAAN MALAYSIA

JPA.BK(S)71/3/4-11( 47 ) Siri No. : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2012

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2007 PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN OPERATOR MESIN PROSESAN DATA GRED F11, F14

JPA(S)(BPO)324/14/12-4 Klt. 2 ( 22 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 27 TAHUN 2007

JPA.BK(S)173/9/3Jld.2(1) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2009

JPA(S)(BPO)256/6/19 Klt.8 (1) No. Siri :

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 21 TAHUN 2007 PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PERUBATAN

BAYARAN PASPORT DAN VISA BAGI PEGAWAI YANG DILULUSKAN MENGIKUTI KURSUS JANGKA SEDERHANA DAN KURSUS JANGKA PANJANG DI LUAR NEGARA

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 2002

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2013

KADAR CUTI REHAT TAHUNAN DAN TAWARAN OPSYEN KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

JPA(S)324/14/23-3 Klt.8(38) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 33 TAHUN 2013 PINDAAN SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI PERPUSTAKAAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 18 TAHUN 2009

JPA(BPO)(S)324/14/21-1 Klt.7( 22 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2008

IMBUHAN TAHUNAN DAN BAYARAN KHAS PRESTASI 2004

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2006

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2008

PANDUAN PENGURUSAN PEMANGKUAN DAN KENAIKAN PANGKAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM

JPA(S)324/1 Klt. 36(17) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2005

JPA(S) (BPO)324/8/19 Klt 6 (31) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2013

JPA(S)(K)173/18/Jld.15(30) KERAJAAN MALAYSIA PENURUNAN KUASA MENIMBANG PELANTIKAN SECARA KONTRAK OLEH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM

KADAR CUTI REHAT TAHUNAN DAN TAWARAN OPSYEN KEPADA PERKHIDMATAN PEGAWAI PENGUAT KUASA MARITIM DAN PEGAWAI LAIN-LAIN PANGKAT PENGUAT KUASA MARITIM

KAEDAH PELAKSANAAN KENAIKAN PANGKAT SECARA TIME- BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH DAN PEGAWAI

JPA.BK (S) 43/13/1Jld. 3 (15) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2009

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

JPA(L)S. 175/4/1-1 KLT. 8

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 38 TAHUN 2013

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 16 TAHUN 2003 PINDAAN SKIM PERKHIDMATAN JURUTEKNIK GRED J17, J22, J26

JPA (K)(S)263/7/6 Klt.8(39) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2016 PANDUAN PERTUKARAN PELANTIKAN

PELEPASAN WAKTU BEKERJA KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANG MENJALANKAN TUGAS RONDAAN DI BAWAH SKIM RONDAAN SUKARELA KAWASAN RUKUN TETANGGA

3.1 Laporan Perubahan (Kew.8) Pergerakan Gaji tahun 2016 pegawai dan anggota,

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2014 BANTUAN UPAH JAHIT

JPA(S)TT. 71/3/1 ( ) No. Siri KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2009

JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 (1) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2015 BANTUAN KHAS KEWANGAN TAHUN 2015

JPA.BK (S) 241/87 Jld. 4(10) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011 PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2015 KADAR KELAYAKAN KEMUDAHAN CUTI REHAT TAHUNAN

JPA(BPO)(S)328/2Klt.2(29) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN

JPA.BPO(S)324/14/16-4 (14) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 15 TAHUN 2013

JPA(BPO)(S)324/14/34-1 Klt. 3 (4) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2008

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 14 TAHUN 2005

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 1998 KEMUDAHAN CUTI PEGAWAI BERSALIN

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2015 KADAR KELAYAKAN KEMUDAHAN CUTI REHAT TAHUNAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN

KEMUDAHAN TAMBANG MENGUNJUNGI WILAYAH ASAL BAGI PEGAWAI YANG BERTUKAR WILAYAH

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya telah diarah menarik perhatian Y.Bhg. Tan Sri/Datuk/Dato /Datin/tuan/puan mengenai perkara di atas.

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA. PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P003 PROSEDUR PELANTIKAN STAF KONTRAK BUKAN AKADEMIK

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 13 TAHUN 2011

JANGKAAN ISU-ISU BERBANGKIT DARIPADA PELAKSANAAN SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI PP 33/2007. Ya.

JPA.BPO(S)324/14/9-6 Jld.14 s.k.3 (78) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2013

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2012 KENAIKAN GAJI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN DI BAWAH SISTEM SARAAN MALAYSIA

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2000 SKIM PERKHIDMATAN JURUTEKNIK KOMPUTER DAN PINDAAN SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG

JPA(S)NP.134/1/KLT. 15(18) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 17 TAHUN 2007 PERATURAN PENANGGUNGAN KERJA PERKHIDMATAN AWAM

URUSAN KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) GRED DG41 KE GRED DG44 SECARA TIME-BASED

PELANTIKAN SECARA PEMINJAMAN, PERTUKARAN SEMENTARA DAN PERTUKARAN TETAP.

KERAJAAN MALAYSIA TARIKH DAN PERATURAN PEMBAYARAN GAJI TAHUN 2018

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2002

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) Nama dan Permulaan Kuatkuasa

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENILAIAN TAHAP KECEMERLANGAN BAGI URUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA TIME-BASED

KERAJAAN MALAYSIA TARIKH DAN PERATURAN PEMBAYARAN GAJI TAHUN 2018

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN BILANGAN 1TAHUN 2011

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA. Bilangan 34 Tahun 2013 PENAMBAHBAIKAN JADUAL GAJI MINIMUM-MAKSIMUM GRED HINGGA GRED 54 DIBAWAH SISTEM SARAAN MALAYSIA

PERATURAN BAYARAN KHAS TAHUN 2017

JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 (12) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2016 BAYARAN KHAS TAHUN 2016

PELAKSANAAN SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PERSEKUTUAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2006

JPA(S)TT. 71/3/1 ( 16 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 26 TAHUN 2008

PERATURAN BAYARAN KHAS AIDILFITRI TAHUN 2018

Bahagian Penyelidikan & Inovasi, Universiti Sains Malaysia Jun 2010

1. Berapa lama biasa masa yang diambil untuk mengisi sesuatu jawatan? 2. Adakah jawatan diwujudkan dulu atau skim perkhidmatan diwujudkan dulu?

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.3 (2) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2015

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2003 PEMERIKSAAN KESIHATAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P001

KEMUDAHAN PERLINDUNGAN INSURANS KESIHATAN KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANG BERADA DI LUAR NEGARA ATAS URUSAN PERSENDIRIAN

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN BILANGAN 4 TAHUN 2013

JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 (20) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2017 BAYARAN KHAS TAHUN 2017

PERATURAN-PERATURAN JAWATANKUASA KENAIKAN PANGKAT MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA 1999

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2004 PANDUAN PERTUKARAN PEGAWAI AWAM

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2009 PERUBAHAN NAMA SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU PERUBATAN DAN PEMBANTU FARMASI

PELAKSANAAN PELAN LATIHAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

JPA(S)(BPO)324/14/6-1 Klt. 17 ( 21 ) Siri No. : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 25 TAHUN 2007

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2008 TAWARAN OPSYEN PELANJUTAN UMUR PERSARAAN WAJIB KEPADA 58 TAHUN

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 20 TAHUN 2008

JPA(S)256/6/6 Klt.8(6) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2008

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2011 PELAKSANAAN SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PERSEKUTUAN

SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN/ PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

Transkripsi:

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 14 TAHUN 2007 KAEDAH PENETAPAN GAJI PERMULAAN DAN PELARASAN GAJI KENAIKAN PANGKAT JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 14 TAHUN 2007 KAEDAH PENETAPAN GAJI PERMULAAN DAN PELARASAN GAJI KENAIKAN PANGKAT TUJUAN 1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan memaklumkan kaedah penetapan gaji permulaan kenaikan pangkat dan pelarasan gaji kenaikan pangkat pegawai dalam perkhidmatan awam. LATAR BELAKANG 2. Peraturan semasa mengenai kaedah menetapkan gaji permulaan kenaikan pangkat dan pelarasan gaji kenaikan pangkat dinyatakan dalam Peraturan 42, PeraturanPeraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005], perenggan 71, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 1991 dan surat Jabatan Perkhidmatan Awam bil. JPA(S)81/16/31/Klt.2/(17) bertarikh 7 Januari 1994. Prinsip yang digunakan dalam menetapkan gaji permulaan kenaikan pangkat pula adalah sebagaimana dinyatakan dalam Peraturan 42(1) [P.U.(A) 176/2005], iaitu gaji yang diterima oleh seseorang pegawai awam yang dinaikkan pangkat hendaklah lebih tinggi daripada gaji akhir yang diterima dalam gred terdahulu. 1

3. Di samping itu, peraturan semasa berikut juga dirujuk untuk menetapkan gaji permulaan kenaikan pangkat dan pelarasan gaji kenaikan pangkat apabila tarikh kuat kuasa kenaikan pangkat dikebelakangkan, iaitu: 3.1 Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1996; dan 3.2 Surat Jabatan Perkhidmatan Awam bil. JPA SULIT/NP.134/ KLT.9/(16) bertarikh 29 Oktober 2004. 4. Walau bagaimanapun berikutan pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia yang berkuat kuasa mulai 1 November 2002, panduan mengenai kaedah penetapan gaji permulaan kenaikan pangkat dan pelarasan gaji kenaikan pangkat sedia ada perlu diubahsuai. Pekeliling Perkhidmatan ini akan merangkumi semua isu yang berkaitan dengan kaedah penetapan gaji permulaan kenaikan pangkat dan pelarasan gaji kenaikan pangkat yang disesuaikan dengan syarat dalam Sistem Saraan Malaysia. KAEDAH PENETAPAN GAJI PERMULAAN DAN PELARASAN GAJI KENAIKAN PANGKAT Kaedah Penetapan Gaji Permulaan Kenaikan Pangkat 5. Penetapan gaji permulaan kenaikan pangkat sebagaimana dinyatakan dalam peraturan 42(2) dan 42(3) P.U. (A) 176/2005, ialah pada tarikh kenaikan pangkat dan berdasarkan gaji akhir yang diterima di gred terdahulu, seperti kaedah berikut: 5.1 jika gaji akhir di gred terdahulu adalah kurang daripada gaji minimum di gred kenaikan pangkat dan perbezaan itu adalah sama dengan atau lebih daripada satu Pergerakan Gaji Biasa di gred terdahulu, gaji permulaan hendaklah ditetapkan pada gaji minimum di gred kenaikan pangkat itu. Contoh kaedah penetapan gaji permulaan kenaikan pangkat menurut kaedah ini adalah seperti di Lampiran A1; 2

5.2 jika gaji akhir di gred terdahulu adalah kurang daripada gaji minimum di gred kenaikan pangkat tetapi perbezaan itu adalah kurang daripada satu Pergerakan Gaji Biasa di gred terdahulu, gaji permulaan hendaklah ditetapkan pada matagaji di gred kenaikan pangkat selepas gaji minimum, supaya perbezaan antara gaji akhir di gred terdahulu dan gaji barunya di gred kenaikan pangkat adalah sama atau tidak kurang daripada satu Pergerakan Gaji Biasa di gred terdahulunya. Contoh kaedah penetapan gaji permulaan kenaikan pangkat menurut kaedah ini adalah seperti di Lampiran A2; dan 5.3 jika gaji akhir di gred terdahulu sama atau lebih tinggi daripada gaji minimum gred kenaikan pangkat, gaji permulaan hendaklah ditetapkan pada satu matagaji lebih tinggi berhampiran dengan gaji akhir di gred terdahulu dan perbezaan antara gaji kenaikan pangkat dan gaji akhir di gred terdahulu hendaklah sama atau tidak kurang daripada satu Pergerakan Gaji Biasa di gred terdahulu itu. Contoh kaedah penetapan gaji permulaan kenaikan pangkat menurut kaedah ini adalah seperti di Lampiran A3; 6. Sekiranya selepas gaji permulaan kenaikan pangkat ditetapkan mengikut kaedah di perenggan 5 di atas dan gaji akhir di gred terdahulu pegawai lebih tinggi daripada gaji maksimum di Peringkat 1 (P1) gred kenaikan pangkat, maka gaji permulaan kenaikan pangkat hendaklah ditetapkan di Peringkat 2 (P2) berdasarkan prinsip kepada matagaji tertinggi berhampiran tidak kurang daripada satu Pergerakan Gaji Biasa di gred terdahulu. Contoh kaedah penetapan gaji permulaan kenaikan pangkat menurut kaedah ini adalah seperti di Lampiran A4. Jika gaji maksimum di P2 masih rendah daripada gaji permulaan gred kenaikan pangkat yang sepatutnya, permohonan hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Gaji dan Elaun, Jabatan Perkhidmatan Awam untuk diwujudkan gaji Khas Untuk Penyandang (KUP). 3

Kaedah Pelarasan Gaji Kenaikan Pangkat 7. Kaedah pelarasan gaji kenaikan pangkat hendaklah dilaksanakan seperti kaedah berikut: 7.1 Tarikh Kenaikan Pangkat Lebih Awal Daripada Tarikh Pergerakan Gaji di Gred Terdahulu (a) Jika tarikh kenaikan pangkat seseorang pegawai lebih awal daripada Tarikh Pergerakan Gaji di gred terdahulu dalam satu tahun kalendar, gaji pegawai hendaklah diselaraskan dengan diberi dahulu pergerakan gaji di gred terdahulu pada tarikh kenaikan pangkat. Seterusnya gaji permulaan kenaikan pangkat hendaklah ditetapkan mengikut prinsip di perenggan 5 di atas. Contoh kaedah pelarasan adalah seperti di Lampiran B1 dan B2. (b) Prinsip di perenggan 7.1(a) tidak terpakai kepada pegawai yang telah berada di matagaji maksimum di P1 atau P2 gred lantikan atau di P1 gred kenaikan pangkat yang diluluskan Pergerakan Gaji Biasa di gred terdahulunya. Begitu juga bagi pegawai yang telah berada di matagaji maksimum di P3 gred lantikan dan di P2 gred kenaikan pangkat. Contoh kaedah pelarasan adalah seperti di Lampiran B3 dan B4. 7.2 Tarikh Kenaikan Pangkat Sama Dengan Tarikh Pergerakan Gaji di Gred Terdahulu Jika seseorang pegawai dinaikkan pangkat pada tarikh yang sama dengan Tarikh Pergerakan Gaji di gred terdahulu, pergerakan gaji di gred terdahulu hendaklah diberi dahulu sebelum gaji permulaan di gred kenaikan pangkatnya ditetapkan tertakluk masih 4

ada ruang pergerakan gaji. Contoh kaedah pelarasan adalah seperti di Lampiran B5. 7.3 Tarikh Kenaikan Pangkat Selepas Tarikh Pergerakan Gaji di Gred Terdahulu Jika tarikh kenaikan pangkat berkuat kuasa selepas tarikh pergerakan gaji di gred terdahulunya, tiada pergerakan gaji di gred terdahulu diberi pada tarikh kenaikan pangkatnya. Contoh kaedah pelarasan gaji adalah seperti di Lampiran B6. Kaedah Penetapan Gaji Permulaan Kenaikan Pangkat dan Pelarasan Gaji Kenaikan Pangkat Secara Dikebelakangkan 8. Kaedah penetapan gaji permulaan kenaikan pangkat dan pelarasan gaji kenaikan pangkat apabila tarikh kenaikan pangkat dikebelakangkan, adalah sama sebagaimana dijelaskan di perenggan 5, 6 dan 7 di atas. 9. Pelarasan gaji di gred kenaikan pangkat hendaklah mengambil kira pergerakan gaji yang diluluskan di gred terdahulunya termasuk amaun gaji yang diterima berikutan Anjakan Gaji. Contoh kaedah pelarasan sebagaimana dijelaskan adalah seperti di Lampiran C. Amaun yang boleh diambil kira untuk tujuan pelarasan ialah sehingga 31 Disember tahun berikutnya selepas tarikh surat penyiaran kenaikan pangkat. KAEDAH MENGATASI KEKURANGAN GAJI BERIKUTAN TARIKH KENAIKAN PANGKAT YANG DIKEBELAKANGKAN 10. Selepas penetapan gaji permulaan dan pelarasan gaji kenaikan pangkat dilaksana mengikut perenggan 5 hingga 9 di atas, jika gaji di gred kenaikan pangkat lebih rendah daripada gaji di gred terdahulu, gaji pegawai hendaklah diselaraskan kepada matagaji P1 di gred kenaikan pangkat, supaya gaji di gred kenaikan pangkat itu sama atau di mata tertinggi berhampiran dengan gaji di gred terdahulu. Contoh kaedah pelarasan gaji tersebut adalah seperti di 5

Lampiran D1. Tempoh kekurangan gaji yang dialami oleh pegawai yang diambil kira untuk tujuan pelarasan ialah sehingga 31 Disember tahun berikutnya selepas tarikh surat penyiaran kenaikan pangkat. Jika selepas pelarasan di P1, gaji atas gred terdahulu masih lebih tinggi daripada gaji di gred kenaikan pangkatnya, pelarasan gaji pegawai boleh dibuat di P2 seperti contoh di Lampiran D2. Jika gaji maksimum di P2 masih rendah dari gaji permulaan kenaikan pangkat, permohonan mewujudkan gaji KUP boleh dibuat sebagaimana kaedah di perenggan 6 di atas. 11. Bagi keskes surat penyiaran kenaikan pangkat dikeluarkan semasa Sistem Saraan Malaysia tetapi tarikh kuat kuasa kenaikan pangkat dikebelakangkan semasa Sistem Saraan Baru penetapan gaji permulaan hendaklah seperti di perenggan 5, 6 dan 7. Oleh yang demikian, sekiranya setelah dibuat pelarasan gaji dan didapati gaji baru di gred kenaikan pangkat lebih rendah berbanding gaji di gred terdahulu, kekurangan gaji tersebut hendaklah diatasi dengan kaedah seperti di perenggan 10. Kaedah pelarasan hendaklah dilaksanakan sebagaimana contoh di Lampiran E. TARIKH KUAT KUASA 12. Tarikh kuat kuasa Pekeliling Perkhidmatan ini adalah mulai 1 November 2002, iaitu tarikh kuat kuasa pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia. PEMBATALAN 13. Dengan berkuatkuasanya Pekeliling Perkhidmatan ini, maka surat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bil. JPA(S)81/16/31/Klt. 2/(17) bertarikh 7 Januari 1994, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1996 dan surat Jabatan Perkhidmatan Awam bil. JPA SULIT/NP.134/KLT. 9/(16) bertarikh 29 Oktober 2004 adalah dibatalkan. 6

PEMAKAIAN 14. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masingmasing, peruntukan Pekeliling Perkhidmatan ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. PENUTUP 15. Apaapa kemusykilan yang tidak termaktub di dalam pekeliling ini berhubung penetapan dan pelarasan gaji kenaikan pangkat, ketua jabatan hendaklah merujuk Jabatan Perkhidmatan Awam untuk diputuskan. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA (TAN SRI ISMAIL ADAM) Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA, PUTRAJAYA 20 Ogos 2007 Semua Ketua Setiausaha Kementerian Semua Ketua Jabatan Persekutuan Semua Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Semua Pihak Berkuasa Berkanun Semua Pihak Berkuasa Tempatan 7

CONTOH KAEDAH PENETAPAN GAJI PERMULAAN KENAIKAN PANGKAT LAMPIRAN A

Bil. Kandungan Muka Surat A1 A2 A3 A4 Jika gaji akhir di gred terdahulu adalah kurang daripada gaji minimum di gred kenaikan pangkat dan perbezaan itu adalah sama dengan atau lebih daripada satu Pergerakan Gaji Biasa di gred terdahulu Jika gaji akhir di gred terdahulu adalah kurang daripada gaji minimum di gred kenaikan pangkat tetapi perbezaan itu adalah kurang daripada satu Pergerakan Gaji Biasa di gred terdahulu Jika gaji akhir di gred terdahulu sama atau lebih tinggi daripada gaji minimum gred kenaikan pangkat Jika gaji akhir di gred terdahulu lebih tinggi daripada gaji maksimum P1 di gred kenaikan pangkat 1/4 2/4 3/4 4/4

Lampiran A1 CONTOH KAEDAH PENETAPAN GAJI PERMULAAN KENAIKAN PANGKAT Jika gaji akhir di gred terdahulu adalah kurang daripada gaji minimum di gred kenaikan pangkat dan perbezaan itu adalah sama dengan atau lebih daripada satu Pergerakan Gaji Biasa di gred terdahulu, gaji permulaan hendaklah ditetapkan pada gaji minimum di gred kenaikan pangkat itu. Jawatan: Jurutera Gred J41 Naik Pangkat Ke Gred J44 Jadual Gaji Matriks Gred J41 T1 T2 T3 T4 T5 T6 T7 T23 P1 2088.25 2180.09 2271.93 2363.77 2455.61 2547.45 2639.29 4721.03 P2 2184.26 2280.27 2376.28 2472.29 2568.30 2664.31 2760.32 5015.88 P3 2284.45 2384.64 2484.83 2585.02 2685.21 2785.40 2885.59 5306.79 Jadual Gaji Matriks Gred J44 T1 T2 T3 T4 T5 T6 T7 T14 P1 3026.12 3179.19 3332.26 3485.33 3638.40 3791.47 3944.54 5016.03 P2 3355.90 3524.27 3692.64 3861.01 4029.38 4197.75 4366.12 5544.71 (a) Gaji gred terdahulu J41 = 2547.45 (P1T6) (b) Satu Pergerakan Gaji Biasa di Gred J41 = (P1T7) (P1T6) (2639.29) (2547.45) = 91.84 (c) Gaji minimum Gred J44 = 3026.12 (P1T1) (d) Perbezaan (c) (a) = [P1T1(J44)] [P1T6 (J41)] (3026.12) (2547.45) = 478.67 (lebih daripada satu Pergerakan Gaji Biasa di Gred J41) (e) Penetapan gaji permulaan pegawai = 3026.12 (P1T1) di Gred J44 (Penetapan gaji permulaan pada gaji minimum di gred kenaikan pangkat kerana jumlah perbezaan gaji lebih daripada satu Pergerakan Gaji Biasa di Gred J41) 1/4

Lampiran A2 CONTOH KAEDAH PENETAPAN GAJI PERMULAAN KENAIKAN PANGKAT Jika gaji akhir di gred terdahulu adalah kurang daripada gaji minimum di gred kenaikan pangkat tetapi perbezaan itu adalah kurang daripada satu Pergerakan Gaji Biasa di gred terdahulu, gaji permulaan hendaklah ditetapkan pada matagaji di gred kenaikan pangkat selepas gaji minimum, supaya perbezaan antara gaji akhir di gred terdahulu dan gaji barunya di gred kenaikan pangkat adalah sama atau tidak kurang daripada satu Pergerakan Gaji Biasa di gred terdahulunya. Jawatan : Pegawai Perubatan Gred U44 Naik Pangkat Ke Gred U48 Jadual Gaji Matriks Gred U44 T1 T2 T3 T4 T5 T6 T7 T8 T14 P1 3028.90 3181.97 3335.04 3488.11 3641.18 3794.25 3947.32 4100.39 5018.81 P2 3358.68 3527.05 3695.42 3863.79 4032.16 4200.53 4368.90 4537.27 5547.49 Jadual Gaji Matriks Gred U48 T1 T2 T3 T4 T5 T6 T7 T8 P1 4431.54 4638.87 4846.20 5053.53 5260.86 5468.19 5675.52 5882.85 P2 4871.25 5095.28 5319.31 5543.34 5767.37 5991.40 6215.43 6439.46 (a) Gaji gred terdahulu U44 = 4368.90 (P2T7) (b) Satu Pergerakan Gaji Biasa di Gred U44 = (P2T8) (P2T7) (4537.27) (4368.90) = 168.37 (c) Gaji minimum Gred U48 = 4431.54 (P1T1) (d) Perbezaan (c) (a) = [P1T1(U48)] [P2T7 (U44)] (4431.54) (4368.90) = 62.64 (kurang daripada satu Pergerakan Gaji Biasa di Gred U44) (e) Penetapan gaji permulaan pegawai = 4638.87 (P1T2) di Gred U48 [Penetapan gaji permulaan pada matagaji selepas gaji minumum di P1T1 iaitu, matagaji tertinggi berhampiran yang mana perbezaan gaji adalah sama atau tidak kurang daripada satu Pergerakan Gaji Biasa di gred terdahulu (RM4368.90 + RM168.37 = RM4537.27)] 2/4

Lampiran A3 CONTOH KAEDAH PENETAPAN GAJI PERMULAAN KENAIKAN PANGKAT Jika gaji akhir di gred terdahulu sama atau lebih tinggi daripada gaji minimum gred kenaikan pangkat, gaji permulaan hendaklah ditetapkan pada satu matagaji lebih tinggi berhampiran dengan gaji akhir di gred terdahulu dan perbezaan antara gaji kenaikan pangkat dan gaji akhir di gred terdahulu hendaklah sama atau tidak kurang daripada satu Pergerakan Gaji Biasa di gred terdahulu itu. Jawatan: Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 Naik Pangkat Ke Gred N22 Jadual Gaji Matriks Gred N17 T1 T2 T3 T4 T21 T22 T23 T24 P1 820.38 870.29 920.20 970.11 1951.70 2018.25 2084.80 2151.35 P2 871.81 923.24 974.67 1026.10 2063.76 2133.34 2202.92 2272.50 P3 924.75 977.69 1030.63 1083.57 2180.15 2252.75 2325.35 2397.95 Jadual Gaji Matriks Gred N22 T1 T2 T3 T4 T10 T11 T12 P1 1915.43 1981.98 2048.53 2115.08 2641.42 2739.73 2838.04 P2 2057.61 2130.21 2202.81 2275.41 2919.75 3027.14 3134.53 (a) Gaji gred terdahulu N17 = 1951.70 (P1T21) (b) Satu Pergerakan Gaji Biasa di Gred N17 = (P1T22) (P1T21) (2018.25) (1951.70) = 66.55 (c) Gaji minimum di Gred N22 = 1915.43 (P1T1) (Gaji akhir di gred terdahulu lebih tinggi daripada gaji minumum gred kenaikan pangkat) (d) Jumlah gaji tidak kurang satu = (P1T21) + 66.55 Pergerakan Gaji Biasa di gred terdahulu (1951.70) + 66.55 = 2018.25 (e) Gaji permulaan pegawai di = 2048.53 (P1T3) Gred N22 [Penetapan gaji permulaan pada matagaji tertinggi berhampiran dengan gaji akhir di gred terdahulu yang mana perbezaan gaji adalah sama atau tidak kurang satu Pergerakan Gaji Biasa di gred terdahulu. Matagaji lebih tinggi berhampiran dengan 2018.25 ialah 2048.53 (P1T3)] 3/4

Lampiran A4 CONTOH KAEDAH PENETAPAN GAJI PERMULAAN KENAIKAN PANGKAT Jika gaji akhir di gred terdahulu lebih tinggi daripada gaji maksimum P1 di gred kenaikan pangkat, gaji permulaan hendaklah ditetapkan pada P2 tertinggi berhampiran dan perbezaan gaji di antara gaji kenaikan pangkat dan gaji di gred terdahulu hendaklah tidak kurang daripada Satu Pergerakan Gaji Biasa di gred terdahulu itu. Jawatan: Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N22 Naik Pangkat ke Gred N26. Jadual Gaji Matriks Gred N22 T1 T2 T3 T4 T10 T11 T12 P1 1915.43 1981.98 2048.53 2115.08 2641.42 2739.73 2838.04 P2 2057.61 2130.21 2202.81 2275.41 2919.75 3027.14 3134.53 Jadual Gaji Matriks Gred N26 T1 T2 T3 T4 T7 T8 T9 P1 2196.75 2295.06 2393.37 2491.68 2786.61 2884.92 2983.23 P2 2406.99 2514.38 2631.77 2729.16 3051.33 3158.72 3266.11 (a) Gaji gred terdahulu N22 = 3027.14 ( P2T11 ) (b) Satu Pergerakan Gaji Biasa di Gred N22 = (P2T12) (P2T11) = (3134.53) (3027.14) = 107.39 (c) Gaji maksimum P1 di Gred N26 = 2983.23 (P1T9) (Gaji akhir di gred terdahulu lebih tinggi daripada gaji maksimum P1 di gred naik pangkat) (d) Jumlah gaji tidak kurang satu = (P2T11) + 107.39 Pergerakan Gaji Biasa di gred terdahulu (3027.14) + 107.39 = 3134.53 (e) Penetapan gaji pemulaan = 3158.72 ( P2T8 ) pegawai di Gred N26 [Penetapan gaji permulaan pada matagaji tertinggi berhampiran dengan gred terdahulu yang mana perbezaan gaji adalah sama atau tidak kurang daripada satu Pergerakan Gaji Biasa di gred terdahulu. Gaji ditetapkan pada P2 kerana gaji tertinggi berhampiran dengan 3134.53 ialah 3158.72 (P2T8)] 4/4

CONTOH KAEDAH PELARASAN GAJI UNTUK MENETAPKAN GAJI PERMULAAN KENAIKAN PANGKAT LAMPIRAN B

Bil. Kandungan Muka Surat B1 B2 B3 B4 B5 B6 Tarikh Kenaikan Pangkat Lebih Awal Daripada Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) Di Gred Terdahulu Kes Pegawai Diluluskan Pergerakan Gaji Biasa Tarikh Kenaikan Pangkat Lebih Awal Daripada Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) Di Gred Terdahulu Kes Pegawai Diluluskan Anjakan Gaji Tarikh Kenaikan Pangkat Lebih Awal Daripada Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) Di Gred Terdahulu Dan Gaji Akhir Di Gred Terdahulu Berada Di Matagaji Maksimum (P1) Tarikh Kenaikan Pangkat Lebih Awal Daripada Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) Di Gred Terdahulu Dan Gaji Akhir Di Gred Terdahulu Berada Di Matagaji Maksimum(P2) Tarikh Kenaikan Pangkat Sama Dengan Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) Di Gred Terdahulu Tarikh Kenaikan Pangkat Selepas Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) Di Gred Terdahulu 1/6 2/6 3/6 4/6 5/6 6/6

CONTOH KAEDAH PELARASAN GAJI UNTUK MENETAPKAN GAJI PERMULAAN KENAIKAN PANGKAT Lampiran B1 Tarikh Kenaikan Pangkat Lebih Awal Daripada Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) Di Gred Terdahulu Kes Pegawai Diluluskan Pergerakan Gaji Biasa Surat Penyiaran Kenaikan Pangkat Selepas TPG Di Gred Terdahulu Jawatan : Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M44 dinaikkan pangkat ke Gred M48 Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) Gred M44 : 1 Julai Tarikh Kenaikan Pangkat Ke Gred M48 : 1 April 2006 Tarikh Surat Penyiaran Kenaikan Pangkat Ke Gred M48 : 15 November 2006 Tarikh M44 Gred / Gaji M48 Catatan 31.3.2006 4093.09 (P1T12) Gaji akhir di Gred M44 1.4.2006 4226.19 (P1T13) Tarikh kenaikan pangkat ke Gred M48. (Pergerakan gaji di Gred M44 diberi dahulu kerana tarikh kenaikan pangkat ke Gred M48 sebelum TPG Gred M44. Diluluskan Pergerakan Gaji Biasa). 1.4.2006 4226.19 (P1T13) 4390.75 (P1T4) Tarikh kenaikan pangkat ke Gred M48. Penetapan gaji permulaan di Gred M48. TPG di Gred M48 ialah pada 1 April. 1.7.2006 4226.19 (P1T13) 4390.75 (P1T4) TPG di Gred M44. (Tiada pergerakan gaji kerana telah diberi dahulu pada tarikh kenaikan pangkat ke Gred M48 pada 1.4.2006) 15.11.2006 4226.19 (P1T13) 4390.75 (P1T4) Tarikh surat penyiaran kenaikan pangkat ke Gred M48. 1.4.2007 4571.04 (P1T5) TPG di Gred M48. Diluluskan Pergerakan Gaji Biasa. 1.7.2007 5256.68 (P1T5) 1/6 Pelarasan kepada Matagaji Baru berikutan pemberian Kenaikan Gaji kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2007

CONTOH KAEDAH PELARASAN GAJI UNTUK MENETAPKAN GAJI PERMULAAN KENAIKAN PANGKAT Lampiran B2 Tarikh Kenaikan Pangkat Lebih Awal Daripada Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) Di Gred Terdahulu Kes Pegawai Diluluskan Anjakan Gaji Tarikh Surat Penyiaran Kenaikan Pangkat Dikeluarkan Sebelum TPG Di Gred Terdahulu Jawatan: Pegawai Penerangan Gred S41 dinaikkan pangkat ke Gred S44 Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) Gred S41 : 1 Oktober Tarikh Kenaikan Pangkat Ke Gred S44 : 1 Januari 2006 Tarikh Surat Penyiaran Kenaikan Pangkat : 15 September 2006 Ke Gred S44 Tarikh Lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) : Tahun 2005 (diluluskan Anjakan Gaji pada tahun 2006) Gred / Gaji Tarikh S41 S44 Catatan 31.12.2005 3249.72 (P1T21) Gaji akhir di Gred S41 1.1.2006 3598.20 (P2T22) Tarikh kenaikan pangkat ke Gred S44. (Pergerakan gaji di Gred S41 diberi dahulu kerana tarikh kenaikan pangkat ke Gred S44 sebelum TPG Gred S41. Diluluskan Anjakan Gaji di Gred S41 selepas lulus PTK 2005). 1.1.2006 3598.20 (P2T22) 3763.97 (P1T10) Tarikh kenaikan pangkat ke Gred S44. Penetapan gaji permulaan di Gred S44. TPG di Gred S44 ialah pada 1 Januari. 15.9.2006 3598.20 (P2T22) 3763.97 (P1T10) Tarikh surat penyiaran kenaikan pangkat ke Gred S44. 1.10.2006 3598.20 (P2T22) 3763.97 (P1T10) TPG di Gred S41. (Tiada pergerakan gaji kerana telah diberi dahulu pada tarikh kenaikan pangkat ke Gred S44 pada 1.1.2006) 1.1.2007 1.7.2007 3894.65 (P1T11) 4478.83 (P1T11) TPG baru di Gred S44. Diluluskan Pergerakan Gaji Biasa. Pelarasan kepada Matagaji Baru berikutan pemberian Kenaikan Gaji kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2007. 2/6

CONTOH KAEDAH PELARASAN GAJI UNTUK MENETAPKAN GAJI PERMULAAN KENAIKAN PANGKAT Lampiran B3 Tarikh Kenaikan Pangkat Lebih Awal Daripada Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) Di Gred Terdahulu Dan Gaji Akhir Di Gred Terdahulu Berada Di Matagaji Maksimum (P1) Tarikh Surat Penyiaran Kenaikan Pangkat Dikeluarkan Sebelum TPG Di Gred Terdahulu Jawatan: Pegawai Perubatan Gred U48 dinaikkan pangkat ke Gred U52 Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) Gred U48 : 1 Oktober Tarikh Kenaikan Pangkat Ke Gred U52 : 1 Jun 2006 Tarikh Surat Penyiaran Kenaikan Pangkat : 15 Julai 2006 Ke Gred U52 Tarikh U48 Gred / Gaji U52 Catatan 31.5.2006 1.6.2006 5115.54 5115.54 Gaji akhir di Gred U48. Tarikh kenaikan pangkat ke Gred U52. (Tiada pergerakan gaji diberi dahulu di Gred U48 kerana pegawai berada di matagaji maksimum. Pegawai diluluskan Pergerakan Gaji Biasa). 1.6.2006 5115.54 15.7.2006 1.10.2006 5115.54 5115.54 1.4.2007 1.7.2007 5422.88 (P1T7) 5422.88 (P1T7) 5422.88 (P1T7) 5603.17 6443.62 Tarikh kenaikan pangkat ke Gred U52. Penetapan gaji permulaan di Gred U52. TPG di Gred U52 ialah pada 1 April. Tarikh surat penyiaran kenaikan pangkat ke Gred U52. TPG di Gred U48. Tiada pergerakan gaji diberi kerana pegawai berada di matagaji maksimum. Pegawai diluluskan Pergerakan Gaji Biasa. TPG di Gred U52. Diluluskan Pergerakan Gaji Biasa. Pelarasan kepada Matagaji Baru berikutan pemberian Kenaikan Gaji kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2007. 3/6

CONTOH KAEDAH PELARASAN GAJI UNTUK MENETAPKAN GAJI PERMULAAN KENAIKAN PANGKAT Lampiran B4 Tarikh Kenaikan Pangkat Lebih Awal Daripada Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) Di Gred Terdahulu Dan Gaji Akhir Di Gred Terdahulu Berada Di Matagaji Maksimum(P2) Tarikh Surat Penyiaran Kenaikan Pangkat Dikeluarkan Selepas TPG Di Gred Terdahulu Jawatan : Penolong Akauntan Gred W32 di naikkan pangkat ke Gred W36 Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) Gred W32 : 1 Julai Tarikh Kenaikan Pangkat Ke Gred W36 : 1 April 2006 Tarikh Surat Penyiaran Kenaikan Pangkat Ke Gred W36 : 15 Ogos 2006 Tarikh W32 31.3.2006 3131.96 (P2T13) 1.4.2006 3131.96 (P2T13) Gred / Gaji W36 Catatan Gaji akhir Di Gred W32. Tarikh kenaikan pangkat ke Gred W36. (Tiada pergerakan gaji di Gred W32 diberi dahulu kerana pegawai berada di matagaji maksimum) 1.4.2006 3131.96 (P2T13) 3294.10 (P1T9) Tarikh kenaikan pangkat ke Gred W36. Penetapan gaji permulaan di Gred W36. TPG di Gred W36 ialah pada 1 April. 1.7.2006 3131.96 (P2T13) 3294.10 (P1T9) TPG di Gred W32. Tiada pergerakan gaji kerana pegawai berada di matagaji maksimum. 15.8.2006 3131.96 (P2T13) 3294.10 (P1T9) Tarikh surat penyiaran kenaikan pangkat ke Gred W36. 1.4.2007 1.7.2007 3424.78 (P1T10) 4280.97 (P1T10) TPG di Gred W36. Diluluskan Pergerakan Gaji Biasa. Pelarasan kepada Matagaji Baru berikutan pemberian Kenaikan Gaji kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2007. 4/6

CONTOH KAEDAH PELARASAN GAJI UNTUK MENETAPKAN GAJI PERMULAAN KENAIKAN PANGKAT Tarikh Kenaikan Pangkat Sama Dengan Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) Di Gred Terdahulu Surat Penyiaran Kenaikan Pangkat Selepas TPG Di Gred Terdahulu Lampiran B5 Jawatan: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 dinaikkan pangkat ke Gred DG44 Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) Gred DG41 : 1 Januari Tarikh Kenaikan Pangkat Ke Gred DG44 : 1 Januari 2006 Tarikh Surat Penyiaran Kenaikan Pangkat : 20 Oktober 2006 Ke Gred DG44 Tarikh Lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) : Tahun 2005 (diluluskan Anjakan Gaji pada tahun 2006). Tarikh DG41 Gred / Gaji DG44 Catatan 31.12.2005 3125.09 (P1T20) Gaji akhir di Gred DG41. 1.1.2006 3468.73 (P2T21) Tarikh kenaikan pangkat ke Gred DG44 dantpg di Gred DG41. Diluluskan Anjakan Gaji selepas lulus PTK tahun 2005. 1.1.2006 3468.73 (P2T21) 3639.34 (P1T9) Tarikh kenaikan pangkat ke Gred DG44. Penetapan gaji permulaan Gred DG44. TPG di Gred DG44 ialah pada 1 Januari. 20.10.2006 3468.73 (P2T21) 3639.34 (P1T9) Tarikh surat penyiaran kenaikan pangkat ke Gred DG44. 1.1.2007 3770.02 (P1T10) TPG di Gred DG44. Diluluskan Pergerakan Gaji Biasa. 1.7.2007 4335.51 (P1T10) Pelarasan kepada Matagaji Baru berikutan pemberian Kenaikan Gaji kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2007 5/6

CONTOH KAEDAH PELARASAN GAJI UNTUK MENETAPKAN GAJI PERMULAAN KENAIKAN PANGKAT Lampiran B6 Tarikh Kenaikan Pangkat Selepas Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) Di Gred Terdahulu Tarikh Surat Penyiaran Kenaikan Pangkat Dikeluarkan Selepas TPG Di Gred Terdahulu Jawatan : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 dinaikkan pangkat ke Gred DG44 Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) Gred DG41 : 1 Januari Tarikh Kenaikan Pangkat Ke Gred DG44 : 1 Mac 2006 Tarikh Surat Penyiaran Kenaikan Pangkat : 1 Julai 2006 ke Gred DG44 Tarikh Lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) : Tahun 2005 (diluluskan Anjakan Gaji pada tahun 2006). Tarikh DG41 Gred / Gaji DG44 Catatan 31.12.2005 2863.73 (P1T18) Gaji akhir di Gred DG41. 1.1.2006 3197.69 (P2T19) Tarikh kenaikan pangkat ke Gred DG44 dan TPG di Gred DG41. Diluluskan Anjakan Gaji selepas lulus PTK tahun 2005. 1.3.2006 3197.69 (P2T19) 3377.98 (P1T7) Tarikh kenaikan pangkat ke Gred DG44. Penetapan gaji permulaan Gred DG44. TPG di Gred DG44 ialah pada 1 Januari. 1.7.2006 3197.69 (P2T19) 3377.98 (P1T7) Tarikh surat penyiaran kenaikan pangkat ke Gred DG44. 1.1.2007 3508.66 TPG di Gred DG44. Diluluskan Pergerakan Gaji Biasa. 1.7.2007 4034.95 Pelarasan kepada Matagaji Baru berikutan pemberian Kenaikan Gaji kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2007. 6/6

CONTOH KAEDAH PELARASAN GAJI BERIKUTAN TARIKH KUAT KUASA KENAIKAN PANGKAT DIKEBELAKANGKAN LAMPIRAN C

Lampiran C CONTOH KAEDAH PELARASAN GAJI KENAIKAN PANGKAT DIKEBELAKANGKAN Contoh 1: Tarikh kenaikan pangkat sebelum tarikh pergerakan gaji di gred terdahulu. (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma Gred DGA32 dinaikkan pangkat ke Gred DGA34) Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) Gred DGA32 : 1 Oktober Tarikh Kenaikan Pangkat Ke Gred DGA34 : 1 Januari 2005 Tarikh Surat Penyiaran Kenaikan Pangkat : 1 Disember 2006 ke Gred DGA34 Tarikh Lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) : Tahun 2004 ( diluluskan Anjakan Gaji pada tahun 2005). Tarikh DGA32 Gred / Gaji DGA34 Catatan 31.12.2004 2562.05 (P1T9) Gaji akhir di Gred DGA32. 1.1.2005 2874.23 (P2T10) Tarikh kenaikan pangkat ke Gred DGA34. (Pergerakan gaji di Gred DGA32 diberi dahulu kerana tarikh kenaikan pangkat ke Gred DGA34 sebelum TPG di Gred DGA32. Diluluskan Anjakan Gaji setelah lulus PTK pada tahun 2004). 1.1.2005 2874.23 (P2T10) 3002.49 (P2T6) Tarikh kenaikan pangkat ke Gred DGA34. Penetapan gaji permulaan kenaikan pangkat di Gred DGA34. TPG di gred DGA34 ialah pada 1 Januari. 1.10.2005 2960.14 (P2T11) 3002.49 (P2T6) TPG di Gred DGA32 tetapi tiada pergerakan gaji kerana pergerakan gaji telah diberi pada tarikh kenaikan pangkat ke Gred DGA34. 1.1.2006 2960.14 (P2T11) 3088.40 (P2T7) TPG di Gred DGA34. Diluluskan Pergerakan Gaji Biasa. 1/3

Tarikh DGA32 Gred / Gaji DGA34 Catatan 1.10.2006 2874.23 (P2T10) 3088.40 (P2T7) TPG di Gred DGA32. Diluluskan Pergerakan Gaji Biasa. 1.12.2006 2874.23 (P2T10) 3088.40 (P2T7) Tarikh surat penyiaran kenaikan pangkat ke Gred DGA34. 1.1.2007 3088.40 (P2T7) TPG di Gred DGA34. Tiada pergerakan gaji kerana telah berada di matagaji maksimum. 1.7.2007 3860.52 (P2T7) Pelarasan kepada Matagaji Baru berikutan pemberian Kenaikan Gaji kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2007. 2/3

Contoh 2: Tarikh kenaikan pangkat selepas tarikh pergerakan gaji di gred terdahulu. (Pegawai Perubatan Gred U48 ke Gred U52) Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) Gred U48 : 1 Januari Tarikh Kenaikan Pangkat Ke Gred U52 : 3 Mac 2005 Tarikh Surat Penyiaran Kenaikan Pangkat : 20 Disember 2006 ke Gred U52 Tarikh Lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) : Tahun 2004 ( diluluskan Anjakan Gaji pada tahun 2005). Tarikh U48 Gred / Gaji U52 Catatan 1.1.2005 5404.73 (P2T7) TPG Gred U48. Diluluskan Anjakan Gaji setelah lulus PTK pada tahun 2004. 2.3.2005 5404.73 (P2T7) Gaji akhir di Gred U48. 3.3.2005 5404.73 (P2T7) 5603.17 Maks Tarikh kenaikan pangkat ke Gred U52. Penetapan gaji permulaan kenaikan pangkat di Gred U52. TPG di Gred U52 ialah pada 1 Januari. 1.1.2006 5599.54 (P2T8) 5603.17 TPG di Gred U48 dan di Gred U52. Diluluskan Pergerakan Gaji Biasa. 20.12.2006 5603.17 Tarikh surat penyiaran kenaikan pangkat ke Gred U52. 1.1.2007 5603.17 TPG Gred U52. Diluluskan Pergerakan Gaji Biasa 1.7.2007 6443.62 Pelarasan kepada Matagaji Baru berikutan pemberian Kenaikan Gaji kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2007. 3/3

CONTOH KAEDAH MENGATASI KEKURANGAN GAJI BERIKUTAN TARIKH KUAT KUASA KENAIKAN PANGKAT DIKEBELAKANGKAN LAMPIRAN D

Bil. Kandungan Muka Surat D1 Kaedah Mengatasi Kekurangan Gaji Di Gred Kenaikan Pangkat 1/7 D2 Kaedah Mengatasi Kekuangan Gaji Di Gred Kenaikan Pangkat Dan Gaji Di P1 Tidak Dapat Menampung Kekurangan Gaji 4/7

Lampiran D1 CONTOH KAEDAH PELARASAN GAJI KENAIKAN PANGKAT DIKEBELAKANGKAN (Kaedah Mengatasi Kekurangan Gaji Di Gred Kenaikan Pangkat) Contoh 1: Jawatan: Penguasa Polis Gred YY20 dinaikkan pangkat ke Penolong Pesuruhjaya Polis Gred YY22 Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) Gred YY20 : 1 Januari Tarikh Kenaikan Pangkat Ke Gred YY22 : 1 Disember 2005 Tarikh Surat Penyiaran Kenaikan Pangkat : 13 September 2006 Ke Gred YY22 Tarikh Lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) : Tahun 2005 (diluluskan Anjakan Gaji pada tahun 2006) Tarikh 30.11.2005 YY20 4347.50 (P1T6) Gred / Gaji YY22 Penyelesaian YY22 Catatan Gaji akhir di Gred YY20. 1.12.2005 4347.50 (P1T6) 4624.58 (P1T3) Tarikh kenaikan pangkat ke Gred YY22. Penetapan gaji permulaan di Gred YY22. TPG Gred YY22 ialah pada 1 Oktober. 1.1.2006 4827.87 (P2T7) 4624.58 (P1T3) 4985.16 (P1T5) TPG di Gred YY20. Diluluskan Anjakan Gaji. (Pelarasan gaji di matagaji Gred YY22 berasaskan prinsip sama atau tertinggi berhampiran dengan amaun gaji di Gred YY20 supaya gaji di Gred YY22 sama atau lebih tinggi daripada gaji di Gred YY20). 13.9.2006 4827.87 (P2T7) 4624.58 (P1T3) 4985.16 (P1T5) Tarikh surat penyiaran kenaikan pangkat ke Gred YY22 pada 1.12.2005. 1.10.2006 1.1.2007 1.7.2007 5165.45 (P1T6) 5165.45 (P1T6) 6095.22 (P1T6) 1/7 TPG di Gred YY22. Diluluskan Pergerakan Gaji Biasa. TPG di Gred YY20. Diluluskan Pergerakan Gaji Biasa. Pelarasan kepada Matagaji Baru berikutan pemberian Kenaikan Gaji kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2007.

Contoh 2: Jawatan: Jurutera Gred J48 dinaikkan pangkat ke Gred J52 Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) Gred J48 : 1 Oktober Tarikh Kenaikan Pangkat Ke Gred J52 : 1 Februari 2005 Tarikh Surat Penyiaran Kenaikan Pangkat : 1 Jun 2006 ke Gred J52 Tarikh Lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) : Tahun 2005 (diluluskan Anjakan Gaji pada tahun 2006). Tarikh J48 Gred / Gaji J52 Penyelesaian J52 Catatan 31.1.2005 4572.25 (P1T5) Gaji akhir di Gred J48. 1.2.2005 4752.54 (P1T6) Tarikh kenaikan pangkat ke Gred J52. (Pergerakan gaji di Gred J48 diberi dahulu kerana tarikh kenaikan pangkat ke Gred J52 sebelum TPG J48. Diluluskan Pergerakan Gaji Biasa). 1.2.2005 4752.54 (P1T6) 5059.88 (P1T5) Tarikh kenaikan pangkat ke Gred J52. Penetapan gaji permulaan di Gred J52. TPG di Gred J52 ialah pada 1 Januari. 1.10.2005 4752.54 (P1T6) 5059.88 (P1T5) TPG Gred J48. Tiada pergerakan gaji kerana telah diberi dahulu pada tarikh kenaikan pangkat. 1.1.2006 4752.54 (P1T6) 5240.17 (P1T6) TPG di Gred J52. Diluluskan Pergerakan Gaji Biasa. 1.6.2006 4,752.54 (P1T6) 5240.17 (P1T6) Tarikh surat penyiaran kenaikan Pangkat ke Gred J52 (dikebelakangkan mulai 1 Februari 2005). 2/7

Tarikh Gred / Gaji J48 J52 Penyelesaian J52 Catatan 1.10.2006 5402.31 (P2T7) 5240.17 (P1T6) 5420.46 (P1T7) TPG Gred J48. Diluluskan Anjakan Gaji. (Pelarasan gaji di matagaji Gred J52 berasaskan prinsip sama atau tertinggi berhampiran dengan amaun gaji di Gred J48 supaya gaji di Gred J52 sama atau lebih tinggi daripada gaji di Gred J48). 1.1.2007 5402.31 (P2T7) 5600.75 TPG di Gred J52. Diluluskan Pergerakan Gaji Biasa. 1.7.2007 6212.64 (P2T7) 6440.84 Pelarasan kepada Matagaji Baru berikutan pemberian Kenaikan Gaji kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2007. 3/7

Lampiran D2 CONTOH KAEDAH PELARASAN GAJI KENAIKAN PANGKAT DIKEBELAKANGKAN (Kaedah Mengatasi Kekurangan Gaji Di Gred Kenaikan Pangkat Dan Gaji Di P1 Tidak Dapat Menampung Kekurangan Gaji) Contoh 1: Jawatan: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 dinaikkan pangkat ke Gred DG44 Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) Gred DG41 : 1 Julai Tarikh Kenaikan Pangkat Ke Gred DG44 : 1 Januari 2004 Tarikh Surat Penyiaran Kenaikan Pangkat : 30 Ogos 2005 ke Gred DG44 Tarikh Lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK): Tahun 2004 (diluluskan Anjakan Gaji pada tahun 2005) Tarikh DG41 Gred / Gaji DG44 Penyelesaian DG44 Catatan 31.12.2003 3875.29 (P2T24) Gaji akhir di Gred DG41 1.1.2004 4010.81 (P2T25) Tarikh kenaikan pangkat ke Gred DG44. Pergerakan gaji di Gred DG41 diberi dahulu kerana tarikh kenaikan pangkat ke Gred DG44 sebelum TPG di Gred DG41. Diluluskan Pergerakan Gaji Biasa. 1.1.2004 4010.81 (P2T25) 4162.06 (P1T13) Tarikh kenaikan pangkat ke Gred DG44. Penetapan gaji permulaan Gred DG44. TPG Gred DG44 ialah pada 1 Januari. 1.7.2004 4010.81 (P2T25) 4162.06 (P1T13) TPG di Gred DG41. Tiada pergerakan gaji kerana telah diberi dahulu pada tarikh kenaikan pangkat. 1.1.2005 4010.81 (P2T25) 4292.74 (P1T14) TPG di Gred DG44. Diluluskan Pergerakan Gaji Biasa. 4/7

Tarikh DG41 Gred / Gaji DG44 Penyelesaian DG44 Catatan 1.7.2005 4402.85 (P3T26) 4292.74 (P1T14) 4428.26 (P2T12) TPG di Gred DG41. Di luluskan Anjakan Gaji. (Pelarasan gaji di matagaji Gred DG44 berasaskan prinsip sama atau tertinggi berhampiran dengan amaun gaji di Gred DG41 supaya gaji di Gred DG44 sama atau lebih tinggi daripada gaji di Gred DG41). 30.8.2005 4402.85 (P3T26) 4292.74 (P1T14) 4428.26 (P2T12) Tarikh surat penyiaran kenaikan pangkat ke Gred DG44 (dikebelakangkan mulai 1.1.2004). 1.1.2006 4402.85 (P3T26) 4569.83 (P2T13) TPG di Gred DG44. Di luluskan Pergerakan Gaji Biasa. 5/7

Contoh 2 : Jawatan: Pegawai Sains Gred C41 dinaikkan pangkat ke Gred C44 Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) Gred C41 : 1 Januari Tarikh Kenaikan Pangkat Ke Gred C44 : 16 Disember 2005 Tarikh Surat Penyiaran Kenaikan Pangkat : 11 November 2006 ke Gred C44 Tarikh Lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) : Tahun 2004 (diluluskan Anjakan Gaji pada tahun 2005). Tarikh C41 Gred / Gaji C44 Penyelesaian C44 Catatan 15.12.2005 4070.10 (P2T25) Gaji akhir di Gred C41 16.12.2005 4070.10 (P2T25) 4226.19 (P1T13) Tarikh kenaikan pangkat ke Gred C44. Penetapan gaji permulaan Gred C44. TPG Gred C44 ialah pada 1 Oktober 1.1.2006 4453.67 (P3T26) 4226.19 (P1T13) 4480.29 (P2T12) TPG di Gred C41. Diluluskan Anjakan Gaji. (Pelarasan gaji di matagaji Gred C44 berasaskan prinsip sama atau tertinggi berhampiran dengan amaun gaji di Gred C41 supaya gaji di Gred C44 sama atau lebih tinggi daripada gaji di Gred C41). 1.10.2006 4453.67 (P3T26) 4359.29 (P1T14) 4623.07 (P2T13) TPG di Gred C44. Diluluskan Pergerakan Gaji Biasa. 16.11.2006 4453.67 (P3T26) 4359.29 (P1T14) 4623.07 (P2T13) Tarikh surat penyiaran kenaikan pangkat ke Gred C44. (dikebelakangkan mulai 16.12.2005). 6/7

Tarikh C41 Gred / Gaji C44 Penyelesaian C44 Catatan 1.1.2007 4596.45 (P3T27) 4623.07 (P2T13) TPG di Gred C41. Diluluskan Pergerakan Gaji Biasa. (Walau bagaimanapun gaji di Gred C41 tidak mengatasi gaji di Gred C44). 1.7.2007 5285.98 (P3T27) 5316.57 (P2T13) Pelarasan kepada Matagaji Baru berikutan pemberian Kenaikan Gaji kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2007. 1.10.2007 5285.98 (P3T27) 5480.77 (P2T14) TPG di Gred C44. Diluiluskan Pergerakan Gaji Biasa. 7/7

CONTOH KAEDAH MENGATASI KEKURANGAN GAJI BERIKUTAN KENAIKAN PANGKAT DI BAWAH SISTEM SARAAN BARU DAN SURAT PENYIARAN DIKELUARKAN DI BAWAH SISTEM SARAAN MALAYSIA LAMPIRAN E

Lampiran E CONTOH KAEDAH MENGATASI KEKURANGAN GAJI BERIKUTAN KENAIKAN PANGKAT DI BAWAH SISTEM SARAAN BARU DAN SURAT PENYIARAN DIKELUARKAN DI BAWAH SISTEM SARAAN MALAYSIA Jawatan: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG2/DG48 Ke Gred DG1/DG54 Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) Gred DG2/DG48 : 1 Julai Tarikh Kenaikan Pangkat Ke Gred DG1/DG54 : 16 April 2002 Tarikh Surat Penyiaran Kenaikan Pangkat : 1 Mei 2003 Tarikh Gred / Gaji DG2/48 DG1/54 Penyelesaian DG1/54 Catatan 1.1.2002 5009.40 (P2T7) Gaji akhir di Gred DG2 16.4.2002 5009.40 (P2T7) 5193.32 (P1T5) Tarikh kuat kuasa kenaikan pangkat ke Gred DG1. Penetapan gaji permulaan di Gred DG1. TPG Gred DG1 ialah pada 1 April. 1.7.2002 5009.40 (P2T7) 5193.32 (P1T5) TPG di Gred DG2. Diluluskan Pergerakan Gaji Secara Mendatar. 1.11.2002 5244.14 (P3T7) 5193.32 (P1T5) Pengubahsuaian Jadual Gaji Matriks Sistem Saraan Malaysia. 1.11.2002 5309.14 (P2T7) 5258.32 (P1T5) 5454.34 (P1T6) Pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia. (Pelarasan gaji ke matagaji yang sama atau tertinggi berhampiran di Gred DG54 dengan matagaji di Gred DG48 kerana pegawai mengalami kerugian gaji). 1/2

Tarikh Gred / Gaji DG2/48 DG1/54 Penyelesaian DG1/54 Catatan 1.1.2003 5500.32 (P2T8) 5258.32 (P1T5) 5650.36 (P1T7) Pelarasan gaji ke matagaji yang sama atau tertinggi berhampiran di Gred DG54 dengan matagaji di Gred DG48 kerana pegawai mengalami kerugian gaji. Pergerakan Gaji Tahunan Gred DG48 berubah kepada 1 Januari kerana pegawai telah berada di matagaji maksimum melebihi satu tahun. 1.4.2003 5500.32 (P2T8) 5454.34 (P1T6) 5846.38 TPG di Gred DG54. Diluluskan Pergerakan Gaji Biasa. 1.5.2003 5500.32 (P2T8) 5454.34 (P1T6) 5846.38 Tarikh Surat Penyiaran Kenaikan Pangkat ke Gred DG1 (dikebelakangkan mulai 16.4.2002) 1.1.2004 5500.32 (P2T8) 5454.34 (P1T6) 5846.38 TPG di Gred DG48. Tiada pergerakan gaji kerana telah berada di matagaji maksimum. 1.4.2004 5500.32 (P2T8) 5650.36 (P1T7) 5846.38 TPG di Gred DG54. Tiada pergerakan gaji kerana telah berada di matagaji maksimum P1. 31.12.2004 5500.32 (P2T8) 5650.36 (P1T7) 5846.38 Tarikh akhir tempoh pelarasan gaji bagi mengambilkira amaun gaji di gred terdahulu sekiranya amaun tersebut mengatasi amaun gaji di gred kenaikan pangkat. 2/2