PENULISAN TESIS, KERTAS CADANGAN, KERTAS KERJA DAN LAPORAN SERTA PORTFOLIO.

dokumen-dokumen yang mirip
PENULISAN TESIS, KERTAS CADANGAN, KERTAS KERJA DAN LAPORAN SERTA PORTFOLIO

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

PENGENALAN KEPADA PORTFOLIO

GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA *

GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA *

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

Penyelia Buku log 20. Supervision 10 Pemeriksa Dalaman Pembentangan 30 Laporan 10 JUMLAH

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

PANDUAN PEMOHONAN PENERBITAN BUKU

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

PISMP (PEMBELAJARAN JARAK JAUH) TUGASAN PROJEK

BAB 7 PENYEDIAAN TEKS: KATA ALU-ALUAN, PRAKATA DAN TEKS UCAPAN

Khidmat Masyarakat dalam. Kegiatan Kokurikulum PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

MODEL PENGAJARAN. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

Teknologi Multimedia dalam Pendidikan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

Pihak Penerbit UniMAP sentiasa mengalu-alukan cadangan manuskrip buku dan berbesar hati untuk menilai cadangan-cadangan penerbitan yang dihantar.

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

LOGO DAN NAMA SEKOLAH PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2007 BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

Pendahuluan Matlamat dan Objektif

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

MATLAMAT KHIDMAT MASYARAKAT

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Teknologi Multimedia dalam Pendidikan : Satu Pengenalan

Manual Pelajar (Untuk Calon Sekolah Kerajaan dan Calon Sekolah Bantuan Kerajaan)

1 SULIT PP 1103/1 PROGRAM GEMPUR KECEMERLANGAN SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 GARIS PANDUAN PEMERIKSA

TAKLIMAT PENULISAN BAB DALAM BUKU (CHAPTERS IN BOOK)

DASAR PENGURUSAN REKOD ARKIB ELEKTRONIK DAN


BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KONSEP PENGAJARAN. Thomas F. Green : The Activitis Of Teaching (1971)

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA GARIS PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGURUSAN MEL ELEKTRONIK

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Pengajian Am (900) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

6. PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK SARJANA MUDA BACHELOR S DEGREE PROJECT GUIDELINES

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN. kajian ini secara terperinci. Ini kerana metodologi merupakan satu aspek yang penting

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

Abstrak. Penerapan Penanda Wacana dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis. Muhammad Faizrin Hashim

BAB KEENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP

1103/1 (PP) SULIT BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH & SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PERATURAN PEMARKAHAN

BAB 5 : RUMUSAN DAN CADANGAN

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. bertentangan dalam arena bacaan al-quran, bahkan in menambahkan lagi khazanah kaedah

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA BAHAGIAN UKUR BAHAN DAN PENGURUSAN KONTRAK LAPORAN PENUH CABARAN INOVASI JPS 2011 SISTEM UNIT TENDER

SEKOLAH BERASRAMA PENUH BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH / KLUSTER KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. 2 ¼ jam Dua jam lima belas minit

PENDEKATAN KOLABORATIF DALAM MENINGKATKAN KETERAMPILAN BERBAHASA PELAJAR: SATU KAJIAN TINJAUAN TERHADAP PELAJAR IPTA

Penyajian Tulisan MINGGU 13 (SAMB.)

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

1.0 Pengenalan Pangkalan Data

BAB TIGA : KAEDAH PENYELIDIKAN

Projek MTE3102E_PPG Jan2014

KARANGAN EKSPOSITORI SEKOLAH MENENGAH SPRINGFIELD

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

Asas Multimedia dan Aplikasinya dalam P&P

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Model Pengajaran dan Pembelajaran Empat Imam Mazhab

Pendahuluan Kandungan Sukatan Pelajaran

CHIA CHONG YANG A143398

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

Model Pengurusan Strategik

PANDUAN PENULISAN DIGES PMS

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

PENGENALAN KEPADA KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

WWF-MALAYSIA SKIM USAHASAMA KONSERVASI

UNIT 2 KURIKULUM SAINS SEKOLAH RENDAH

Transkripsi:

PENULISAN TESIS, KERTAS CADANGAN, KERTAS KERJA DAN LAPORAN SERTA PORTFOLIO. Disediakan oleh LT KOL (B) HAMID BIN AWANG Fakulti Pendidikan dan Bahasa Open University Malaysia. hamid_awang@oum.edu.my 1. Apa itu Penulisan Ramai kalangan kita sama ada yang bertugas sebagai kakitangan akademik ataupun di jabatan-jabatan kerajaan yang berasa keliru ataupun kurang pasti dengan kepelbagaian jenis teks bertulis yang ditemui pada setiap hari. Sebenarnya fenomena ini berlaku disebabkan kurang amalan dalam konteks penyediaan penulisan sama ada yang bersifat ilmiah seperti penyediaan kertas cadangan (kajian dan penyelidikan), kertas kerja (akademik dan bukan akademik), dan penulisan kertas laporan (saintifik dan bukan saintifik). Jika ada pun ramai kalangan kita berkemungkinan hanya menggunakan template ataupun bahan cetak yang sedia ada dan hanya melakukan sedikit perubahan berdasarkan keperluan. Dalam hal ini, jika kita sering mempraktikkan amalan penulisan yang betul dan berwibawa bebersesuaian dengan keperluan. Penggunaan kata-kata dan laras bahasa yang sesuai mengikut konteks juga perlulah dikuasai untuk memastikan setiap penulisan kita mempunyai kualiti serta mutu yang diharapkan. Kesimpulannya dapatlah kita rumuskan bahawa penulisan adalah suatu bentuk catatan dokumen yang memerlukan ketelitian pemilihan katam laras bahasa, susunan ayat, isi dan pemerengganan serta wacana yang baik serta berwibawa. Terdapat beberapa keperluan asas yang membolehkan kita menjadi seorang penulis yang baik. Antaranya ialah : a. Pengetahuan bahasa (fonetik, fonologi, morfologi, semantic, sintaksis, dan tatabahasa. b. Pengalaman tentang tajuk yang akan ditulis (perlukan pengalaman sama ada secara formal atau tidak dalam bidang yang akan ditulis) c. Pengetahuan tentang struktur, format dan organisasi teks bertulis d. Proses menulis yang baik dan berwibawa e. Pengeditan atau penyuntingan. Di samping itu anda juga perlulah mempunyai sifat-sifat seperti berikut: a. keinginan menyampaikan maklumat kepada orang lain. b. Keinginan untuk berkongsi maklumat dengan orang lain c. Kepercayaan bahawa anda boleh memberikan sesuatu sumbangan dalam bentuk penulisan untuk mempengaruhi perubahan keadaan atau situasi. d. Kepercayaan bahawa setiap pembaca boleh memberikan komen terhadap penulisan anda. e. Berfikiran terbuka, rasional, dan matang. 1

Jika kesemua perkara di atas dapat anda adunkan dan sebatikan dalam diri anda, sudah pasti anda akan Berjaya menghasilkan sesuatu penulisan yang baik dan selaras dengan wacana serta bentuk penulisan yang akan anda tulis. Ini memungkinkan setiap penulisan kita akan mencapai hasrat serta objektf yang telah ditetapkan. 2. Memahami Bagaimana Seorang Penulis Bertindak Secara umumnya seseorang penulis perlulah terlebih dahulu memahami tentang pelbagai aspek penulisan, keperluan, pengetahuan, format dan bentuk serta kemahiran yang membolehkannya untuk membuat perbezaan di antara keperluan penulisan yang bakal ditulis sama ada menulis bahan berfakta ataupun bahan kreatif. Penulisan berfakta adalah lebih cenderung kepada penulisan yang beroganisasi serta mempunyai format yang tersendiri serta kawalan dari segi penggunaan laras bahasa dan system penulisannya berbanding dengan penulisan kreaif yang lebih bebas dan tiada kongkongan tatabahasa dan laras bahasanya. Begitu juga dengan isi kandungan penulisan kreatif yang tidak memerlukan sebarang fakta ataupun bukti untuk menyokong idea-idea yang diutarakan kerana apa yang ditulis adalah berasaskan ilham, pemikiran dan ciptaan penulisnya sendiri. Penulisan kreatif juga lebih cenderung kepada penulisan yang berkaitan dengan budaya, social, keagamaan, sains dan teknologi yang ditulis berasaskan pandangan kaca matanya sendiri dan bukannya daripada hasil penyelidikan dan kajian yang saintifik. Selain itu, hasil kandungan karya kreatif juga adalah hasil rekaan dan mungkin berkisar kepada pengalaman peribadi ataupun masyarakat yang mewakilinya. Manakala penulisan beroganisasi (penulisan ekspositori) bukannya rekaan. Penulisan sebegini mestilah berasaskan fakta yang sahih dan segala yang dikatakan itu telah pun melalui proses ujikaji ataupun penyelidikan secara saintifik. Penulisannya juga rapi, tersusun, dan tidak bersifat subjektif. Gaya bahasanya jelas dan menggunakan laras bahasa yang bersesuaian mengikut bidang yang dibincangkan. Setiap ayat yang ditulis juga mempunyai hubungan tatabahasa yang mapan serta mempunyai unsur kegramatisan. Selain itu, penulisan ekspositori ini juga berdasarkan sumber rujukan daripada pakar-pakar bidang tertentu. Untuk memastikan penulisan yang berkaitan memenuhi kehendak yang diharapkan, terdapat beberapa persoalan yang perlu dijawab. Antaranya ialah: a. Adakah penulisan yang hendak ditulis mempunyai satu tesis (subjek/perkara) yang perlu diselesaikan? b. Adakah tesis yang berkaitan akan menjadi isu dan perlu kepada pencarian penyelesaiannya? c. Adakah tesis yang dikemukakan benar-benar penting dan sangat memerlukan penyelesaiannya? d. Adakah hasil jawapan dan penyelesaian yang akan diperolehi akan dapat memberikan sumbangan ilmu yang berguna kepada masyarakat, bangsa dan Negara? e. Adakah tesis yang diteliti akan mengutarakan satu dapatan atau perkara baru dalam bidang ilmu? f. Adakah tesis yang diteliti dalam komponen bidang yang sama tetapi dilihat dalam situasi yang berlainan? Kesemua persoalan di atas akan menjadi garis pandu kepada kita untuk memulakan suatu bentuk penulisan ekspositori. Setiap persoalan yang dinyatakan akan memberikan impak 2

kepada cara dan bentuk serta format penulisan yang akan kita tulis. Selain itu, ada beberapa perkara lain juga yang perlu kita pertimbangkan agar penulisan kita benar-benar berobjektif dan bermatlamat. Antaranya ialah: a. Apakah peranan kita sebagai penulis? b. Apakah tujuan kita menulis? c. Apakah imej diri yang hendak kita utarakan? d. Bagaimanakah penyesuaian imej dan bahasa yang akan dipaparkan dalam penulisan? e. Apakah jangkaan anda terhadap reaksi pembaca? f. Apakah factor luaran dan dalaman yang boleh anda muatkan dalam penulisan sebagai menyokong dan memperelokkan tulisan anda? g. Adakah penyelidikan yang anda hasilkan akan menyumbangkan kepada suatu penemuan dan ilmu baru dalam bidang yang ditulis? h. Dan banyak lagi persoalan lain yang boleh anda jadikan sebagai input untuk memastikan setiap penulisan anda benar-benar berwibawa dan memberikan impak kepada pembaca. 3. Bagaimana Anda Menghadapi Proses Penulisan Dalam Situasi Yang Berlainan Seperti yang dinyatakan dalam penulisan ini bahawa penulisan mempunyai pelbagai bentuk dan tujuan, Intipati dan kandungan sesuatu penulisan amat berkait rapat dengan tujuan sesuatu penulisan itu dihasilkan. Sebagai contoh sekiranya penulisan itu adalah berkaitan dengan pelaporan sudah pastilah setiap perkataan. Laras bahasa, dan wacana yang digunakan dalam penulisan adalah bersifat pelaporan. Pengetahuan tentang proses menulis bermula dengan memahami konsep, prinsip, definisi, dan rasional sesebuah penulisan dihasilkan amat penting diketahui oleh penulis. Sifat kejelasan dan ketelitian terhadap bentara persoalan yang boleh dijadikan panduan ialah: a. Apakah penulis benar-benar memahami tentang konsep kertas cadangan/kertas kerja/laporan yang akan ditulis? b. Bagaimanakah hendak mengenali perbandingan di antara kertas kerja, kertas cadangan, dan laporan? c. Apakah tujuan sebenarnya setiap kertas tersebut di tulis? d. Apakah persediaan untuk melaksanakan tugasan ini? e. Apakah pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan yang perlu anda ada? f. Siapakah sebenarnya audien kepada penulisan anda? Proses penulisan memerlukan anda menulis tidak dalam keadaan terpisah (in isolation) tetapi dalam suatu konteks serta kesepaduan tertentu. Oleh itu, ada beberapa perkara yang perlu anda pastikan : a. Adakah anda menulis secara individu atau berkumpulan? b. Adakah had masa yang diberikan untuk anda menyelesaikan tugasan? c. Adakah tugasan yang diberikan melibatkan kerja luar (lapangan) atau hanya dalam sahaja? d. Bagaimanakah hendak menentukan tajuk atau idea yang hendak ditulis? e. Berapakah bilangan muka surat yang perlu dihasilkan? f. Apakah matlamat dan tujuan anda menulis? g. Bagaimanakah anda membuat keputusan tentang menyusun dan membentuk idea gaya penyampaian yang terbaik? 3

Dari awal apabila anda membuat keputusan untuk menulis, anda akan berhadapan dengan keperluan membuat pelbagai keputusan yang komplek terhadap penulisan yang akan anda hasilkan. Ia termasuklah : a. Sebab-sebab anda menulis (adakah kerana tugasan, pembinaan diri atau minat atau kemahiran yang hendak anda kembangkan). b. Isu yang hendak anda hendak ketengahkan (adakah telah ditetapkan atau pilihan anda sendiri dan bagaimanakah pula audien yang bakal membaca penulisan anda adakah hanya dalaman ataupun luaran) c. Jenis penulisan yang akan anda hasilkan adakah bersifat ringkas sahajaatau secara detail dan lengkap. d. Perasaan anda terhadap penulisan yang dihasilkan, adakah selesa atau rasa tertekan. e. Pengalaman yang berkaitan yang anda perolehi f. Factor-faktor luaran seperti tarikh akhir, ketepatan m aklumat, dan perkara lain yang boleh membimbing anda untuk menulis secara efisyen. Anda perlu sedar bahawa peranan penulisan dalam kehidupan peribadi dan professional anda. Menulis bukanlah suatu perkara yang mudah. Ia memerlukan ketelitian, kesungguhan, penggunaan masa yang terluang, dan kewibawaan anda sendiri untuk memastikan setiap penulisan anda benar mempunyai impak yang besar kepada khalayak atau audien sebagai pembacanya. Apatah lagi sekiranya penulisan anda itu secara berkumpulan, maka sudah pasti penggembelingan tenaga secara bersama dan penulisan yang berkesapadua amat penting. Secara kesimpulannya dalam memperkatakan tentang penulisan serta proses menulis yang baik kita perlulah akur bahawa menulis itu bukan suatu perkara yang mudah. Banyak pengorbanan perlu disanggahi agar setiap penulisan kita memberikan impak yang besar kepada pembaca. 4. Organisasi Makro Di Dalam Sebuah Teks Bertulis (Anatomi Teks) Sesebuah teks bertulis seperti yang diketahui bolehlah dibina atau direka dalam pelbagai bentuk seperti sebuah buku, buku teks, jurnal, majalah, dan bentuk-bentuk yang lain. Setiap satu bentuk ini rata-rata mempunyai bahagian yang serupa atau hamper serupa sama ada dari segi susun atur, reka bentuk dan fungsinya. Bahagian-bahagian yang terkandung di dalam sesebuah buku, jurnal, teks, dan sebagainya dapat dinyatakan seperti berikut : a. Kulit hadapan yang mengandungi tajuk, nama penulis, nama penerbit b. Muka surat tajuk yang ditulis dalam muka surat berasingan c. Kata Pengantar yang merupakan kata-kata daripada pihak lain terhadap kandungan buku selain daripada penulis. d. Isi kandungan yang mengandungi setiap tajuk dalam penulisan dan perlulah ditulis muka suratnya menggunakan nombor arab (i, ii, iii dan lain-lain). e. Prakata yang merupakan kenyataan yang ditulis oleh penulis sendiri tentang tulisannya (merujuk kepada pelbagai aspek penulisannya) f. Pengenalan yang memberikan pandangan umum dan meluas tentang tajuk penulisan bergantung kepada pengalaman dan pengetahuan penulis g. Bab yang mengandungi setiap tajuk penulisan berkaitan dengan bidang yang ditulis h. Apendiks yang merupakan maklumat tambahan dalam bentuk lampiran 4

i. Bibliografi/rujukan yang digunakan oleh penulis sebagai sokongan hujah dan fakta penulisan. Bibliografi/rujukan perlu dinyatakan sebagai penghormatan kepada penulis terdahulu yang telah menulis tentang bidang atau tajuk yang kita tulis dan ia juga untuk mengelakkan daripada penulisan kita dianggap memplagiat penulisan orang lain. j. Glosori yang merupakan kamus mini dan memudahkan pembaca mencari maklumat berdasarkan perkataan dalam setiap muka surat berkaitan. k. Kulit belakang buku yang mengandungi synopsis dan kadang kala menyatakan tentang latar belakang penulis. 5. Ciri-Ciri Mikro Organisasi Di Dalam Sebuah Penulisan Dalam proses penulisan anda perlu mempunyai konsep yang jelas dan tepat tentang cirri-ciri yng terdapat di dalam organisasi mikro penulisan kerana ia adalah sumber kejelasan dan saling kebergantungan dan kesepaduan penulisan anda dari mula hinggalah ke akhir penulisan. Ciriciri organisasi mikro tersebut dapat dipaparkan seperti berikut: a. Tajuk (tesis, idea, fakta, dsb yang berkaitan penulisan) b. Perenggan i. perenggan pengenalan ii. perenggan fizikal iii perenggan isi iv. perenggan konseptual v. perenggan ideasional vi. perenggan subideasional vii perenggan penutup c. Ayat i. ayat tesis ii. ayat tajuk iii. ayat keterangan iv. ayat contoh v. ayat penutup d. Isi/Idea i. idea utama ii. idea kawalan iii. idea sokongan e. Contoh f. Retorik i. retorik perenggan ii. retorik bab (biasanya bersifat gabungan daripada beberapa retorik) g. Koheran dan Kohesi i. koheran ayat ii. koheran perenggan iii. koheran bab 6. Penilaian dan Pendokumentasian Hasil Penulisan (Portfolio) 6.1 Penilaian dan Pendokumentasian 5

a. Penilaian dan pendokumentasian perlu dilaksanakan agar projek portfolio yang dihasilkan dapat ditentukan tahap kualiti serta menjadi rujukan pada masa akan datang. b. Penilaian merujuk kepada aktiviti menilai prestasi sesuatu portfolio, dikenali sebagai 'impact assesment'. c. Persembahan portfolio perlu dinilai secara berterusan untuk menilai sejauh mana pelajar mencapai objektif pembelajaran. d. Dua aspek utama yang dinilai ialah portfolio dan pendokumentasian projek. e. Pendokumentasian pula merupakan usaha yang melibatkan kegiatan atau proses mendokumentasi (mengumpul, menyusun, merakam, dan sebagainya). f. Dokumen adalah suatu catatan yang dapat dibuktikan atau dijadikan bukti dalam persoalan hukum. g. Pendokumentasian adalah pekerjaan mencatat atau merakam peristiwa dan objek mahupun aktiviti pemberian jasa yang dianggap berharga dan penting. 6.2 Penilain Pelajar a. Mempunyai dua tujuan utama iaitu pertama, supaya pelajar berfikir mengenai proses yang meraka lalui semasa melaksanakan portfolio. b. Mengambil masa memikirkan apa yang mereka pelajari. c. Pelajar perlu mentafsir dan menganalisis prosedur kerja perlaksanaan portfolio dalam proses pembelajaran mereka. d. Menilai hasil akhir atas kriteria yang khusus. e. Penilaian ini seharusnya mampu memotivasikan pelajar ke arah bagaimana proses seterusnya dipertingkatkan. f. Supaya dapat menambahkan kefahaman mereka dan memungkinkan kriteria baru bagi proses menilai dibangunkan. g. Tujuan yang kedua, membantu guru dengan penilaian secara individu. h. Guru menilai proses dan produk yang dihasilkan oleh pelajar tapi hasil portfolio menjadi hasil kerja kumpulan. i. Penilaian portfolio secara berkumpulan mungkin tidak berfaedah kerana kolaborasi menjadi aspek penting bagi kualiti kerja yang dijalankan seseorang. j. Sukar menentukan sumbangan individu secara khusus dalam projek tersebut. k. Penilaian dibuat berdasarkan kriteria yang telah dimaklumkan disamping melibatkan kriteria tambahan yanh dikembangkan semasa perjalanan projek portfolio tersebut. l. Permulaan sesi penilaian adalah dengan mengadakan perbincangan di dalam kelas secara menyeluruh melibatkan penjelasan awal. m. Proses ini seharusnya menggalakkan pelajar berfikir mengenai isu yang timbul serta mengingatkan mereka beberapa aspek yang mungkin terlupa. n. Dalam kumpulan besar sukar mempunyai peluang untuk bercakap serta untuk menilai para pelajar dalam keadaan seperti ini. 6

o. Kaedah tersebut penting sebelum penilaian bertulis diadakan. p. Perbincangan terbuka membantu pelajar melihat proses menilai untuk memikirkan semula apa yang telah dipelajari dan bagaimana mereka mempelajarinya. q. Guru juga dapat menguji pengetahuan dan kefahaman pelajar. 6.3 Penilaian Guru a. Cara guru menilai adalah selaras dengan kriteria yang dinilai oleh para pelajar sebagaimana yang telah ditetapkan. b. Tetapi guru boleh menambahkan cirri-ciri lainyang tidak diberi perhatian oleh pelajar jika ada. c. Dua perkara yang perlu dinilai di dalam projek ini, iaitu: i. Proses menghasilkan projek portfolio. ii. Hasil iaitu persembahan projek portfolio. 6.4 Menilai Proses (Tiga perkara yang dinilai, iaitu): a. Audiens dan interaktiviti (Ciri-ciri penilaian projek perlu mengambil kira dari aspek) : i. Memahami bentuk karya yang diperlukan oleh audiens. ii. iii. Pengetahuan mengenai tujuan menghasilkan projek portfolio. Berupaya menyepadukan elemen-elemen interaktif ke dalam persembahan projek portfolio. b. Reka bentuk dan koleksi data (Kualiti karya, penulisan, bunyi, dan animasi perlu mengambil kira dalam sesuatu persembahan projek portfolio. Beberapa ciri penilaian yang berguna ialah): i. Mampu mengumpul maklumat yang autentik. ii. Mampu menjana idea yang baik. iii. Mampu menghasilkan kerja yang berkualiti dalam pelbagai bentuk persembahan. c. Kerja berpasukan (Antara ciri yang akan dinilai antaranya ialah): i. Turut serta apabila berbincang dalam kumpulan. ii. Bekerjasama dengan orang lain. iii. Berbahas atau berhujah. iv. Mendengar pendapat orang lain. v. Berkongsi idea yang bernas. vi. Member kritikan yang membina. 6.5 Menilai Hasil Projek Portfolio (Dalam membuat penilaian, guru boleh mengemukakan beberapa persoalan): i. Adakah hasik projek portfolio ini memberi hasil sebagaimana yang dikehendaki? ii. Adakah hasil projek portfolio dipersembahkan kepada audiens yang tepat? iii. Adakah hasil projek portfolio difahami dengan baik? iv. Adakah maklumat yang diberikan benar? 7

v. Adakah hasil projek portfolio itu bersifat autentik (dihasilkan sendiri)? vi. Adakah hsil projek portfolio bersifat interaktif? vii. Adakan hasil projek portfolio ini dihasilkan dengan kerjasama semua? 7. Bagaimana Menerbitkan Dokumen PortfolioYang Baik Sebuah dokumen portfolio yang baik diterbitkan berdasarkan tujuan, objektif dan keperluan secara keseluruhan sesuatu projek portfolio itu dikehendaki. Dalam menulis sebuah dokumen yang berbentuk portfolio contohnya, ia memerlukan ketelitian dan kesepboleh memberikan impak serta rangsangan positif kepada pembaca. Kemahiran proses menulis, kemahiran menggunakan ilustrasi, kemahiran inovasi dalam penerbitan adalah antara perkara penting yang perlu dikuasai oleh penulis. Berikut adalah beberapa perkara dalam proses membina portfolio yang baik : 7.1 Menerbitkan bahan portfolio a. Bermula dengan penyuntingan. b. Mempunyai ruang untuk penyusunan reka letak dan format keseluruhan portfolio 7.2 Tajuk Portfolio i. tajuk karangan, ilustrasi dan nombor halangan ii. bilangan lajur iii. panjang baris iv lebar baris v. lebar birai vi. penekanan kandungan a. Tajuk karangan utama : subjek keseluruhan b. Tajuk kecil:memperkenal tajuk subjek c. Selaras dan selari dalam struktur d. Ringkas dan jelas 7.3 Lajur a. Lajur yang sesuai dengan muka surat. b. Lajur boleh dalam bentuk dua lajur, ataupun tiga lajur. 7.4 Illustrasi a. Dalam bentuk gambar rajah, gambar foto, kartun, carta atau graf b. Mengukuhkan daya ingatan pembaca 8

c. menambahkan kejelasan atau pengukuhan penerangan sesuatu fakta. d. Penggunaan peta minda dan konsep juga boleh membantu penjelasan dan pengukuhan fakta yang dibincangkan. e. Penggunaan bahan daripada cetakan computer juga amat membantu. 7.5 Warna a. Penggunaan warna selain hitam boleh menjadi penting untuk menjadikan unsur atau menarik perhatian. b. Warna yang digunakan perlulah kontras dan membawa pengertian yang sesuai dan setimpal dengan tajuk atau penerangan. 7.6 Menjilid a. Meletakkan semua helaian dalam semua penjilid b. Semua halaman bersama jalur plastic c. Menjahit/gam dan menutup dengan kain jilid d. Penjilidan yang baik akan memperkukuhkan lagi bahan dokumen ataupun portfolio yang dibina. 7.7 Memindahkan dalam bentuk CD a. CD-ROM ; cakera padat, dapat menyimpan data yang boleh dibaca computer b. CD-ROM boleh merekod data ke dalam melalui tekologi laser. c. Memerlukan kemahiran guru dalam menggunakan computer amat penting sebagai pelengkap kekreatifan dan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran. 7.8 Penyimpanan data a. Rewritable b. Recordable c. pemacu cekera padat ; CD-ROM, CD-R, CD-RW. 7.9 Merekod (Kepentingan merekod) a. sebagai bahan sejarah b. sebagai bahan bukti c. sebagai rujukan d. sebagai bahan penyelidikan / kajian akan datang 9

7.10 Kaedah mengurus rekod a. Memelihara semua rekod yang kekal b. Memisah, memidahkan dan menghapuskan semua rekod tidak berguna c. Mengadakan jadual untuk menunjukkan tempoh penggunaan rekod d. Adakan satu buku peraturan sistem penyimpanan 7.11 Memelihara rekod 8. Rumusan a. simpanan rekod b. terhindar daripada bahaya banjir dan bahang matahari c. jauh dari musuh rekod d. bilik simpanan rekod dibersihkan e. cahaya matahari secara terus f. Rekod-rekod patut disimpan atas rak-rak g. rekod basah akan dianginkan atau dikeringkan h. rekod koyak diperbaiki i. menyediakan pemadam api dalam bilik simpanan j. bilik rekod tidak boleh dijadikan tempat sebaragan. Penulisan projek portfolio yang baik memerlukan ketelitian dan kesungguhan yang mendalam pada diri seseorang pelajar. Sebenarnya portfolio yang dihasilkan dengan baik adalah wahana atau garapan pemikiran secara keseluruhan sesuatu projek untuk dicapai dan cara penyampaian serta penulisan kembali dalam bentuk laporan atau garapan akhir. Ia amat member kesan kepada setiap individu atau kumpulan yang menghasilkannya kerana di dalamnya tertera segala keupayaan penulisnya sama ada dari segi kemahiran berbahasa, kemahiran inovasi teknologi terkini, dan lain-lain yang berkaitan. 10