PANDUAN PENDAFTARAN KEMASUKAN PELAJAR BARU PROGRAM TAMHIDI SESI AKADEMIK 2015/2016 UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

dokumen-dokumen yang mirip
PANDUAN PENDAFTARAN KEMASUKAN PELAJAR BARU PROGRAM TAMHIDI SESI AKADEMIK 2012/2013 UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

PANDUAN PENDAFTARAN KEMASUKAN PELAJAR BARU PROGRAM TAMHIDI SESI AKADEMIK 2015/2016 UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

PANDUAN PENDAFTARAN KEMASUKAN PELAJAR BARU PROGRAM TAMHIDI SESI AKADEMIK 2013/2014 UNIBERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

LANGKAH 1: Bayaran Yuran Pengajian dan Yuran Asrama

LANGKAH 1: Bayaran Yuran Pengajian dan Yuran Asrama

PERSEDIAAN SEBELUM HARI PENDAFTARAN

LANGKAH 1: Bayaran Yuran Pengajian dan Yuran Asrama

SENARAI SEMAK GRADUAN

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG KADAR YURAN PELAJAR BAHARU DIPLOMA SEMESTER PERTAMA

POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH Kulim Hi-Tech Park Kulim, Kedah Darul Aman Tel: Faks: Laman Web:

POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH Kulim Hi-Tech Park Kulim, Kedah Darul Aman Tel: Faks: Laman Web:

SENARAI SEMAK DOKUMEN PENDAFTARAN. Bil Dokumen Yang Perlu Diserahkan Semasa Pendaftaran Ada Tiada

KADAR YURAN PROGRAM KERJASAMA UMP-HsR JERMAN

PANDUAN PENDAFTARAN PROGRAM PENGAJIAN SARJANA MUDA UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA SESI AKADEMIK 2015/2016

LANGKAH LANGKAH SEBELUM HADIR MELAPOR DIRI

TERHAD ARAHAN MELAPOR DIRI PEMILIHAN AKHIR PERAJURIT MUDA UDARA SIRI 56/17

GARIS PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-4 KOLEJ MASA 2015

POLITEKNIK JELI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Jalan Raya Timur Barat Jeli KELANTAN, MALAYSIA

MAKLUMAT PENDAFTARAN PELAJAR PROJEK IJAZAH BERKEMBAR JEPUN (JAPANESE ASSOCIATE DEGREE)

NDUAN PENDAFTARAN ARAHAN

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA

PERSEDIAAN SEBELUM HARI PENDAFTARAN

PANDUAN PENDAFTARAN PROGRAM PENGAJIAN SARJANA MUDA UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA SESI AKADEMIK 2012/2013

PERINGATAN SLIP/SIJIL SPM BAGI CALON PELAJAR LULUSAN SPM SEMUA DOKUMEN ASAL

ARAHAN: Sila baca panduan ini dengan teliti dan ambil tindakan yang sewajarnya agar urusan pendaftaran dan lapor diri berjalan lancar.

BIL PERKARA MAKLUMAT RUJUKAN

BUKU PANDUAN TAWARAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) AMBILAN JUN 2012

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Sungai Lang Sungai Air Tawar SELANGOR, MALAYSIA

AKU JANJI PEMATUHAN KEPADA ETIKA BERPAKAIAN PELAJAR

Tahniah diucapkan kerana berjaya ditawarkan Pengajian di Politeknik.

TERHAD TAWARAN KE PEMILIHAN AKHIR PERAJURIT MUDA UDARA SIRI 58/18 (LELAKI) SEMENANJUNG

PANDUAN KEMASUKAN PELAJAR BAHARU

LAMPIRAN A. ARAHAN PENTADBIRAN PEMILIHAN PEGAWAI KADET DAN PELAJAR AWAM UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA 1. Pengenalan

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU. Transforming Life

MAJLIS AMANAH RAKYAT. Terima kasih di atas kesudian saudara/i menghadiri Majlis Konvokesyen Kolej Profesional MARA 2016.

MAKLUMAT LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR SESI JUN 2015

PEKELILING BENDAHARI BIL.2/2009 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR

Saya *MENERIMA/MENOLAK* jemputan ke Program Perkhemahan Cuti Sekolah Pusat PERMATApintar Negara bagi sesi 2012.

TERHAD. Markas Tentera Udara Bahagian Sumber Manusia Sel Kerjaya dan Pengambilan Tingkat 7, Menara TH Selborn 153, Jalan Tun Razak KUALA LUMPUR

PANDUAN PENDAFTARAN SESI JUN 2017 LEPASAN SPM KATEGORI A DAN B (SPM ) 04 JUN 2017

MAKLUMAT LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR SESI JUN 2016

SOALAN-SOALAN LAZIM - PENERAJU TUNAS POTENSI (DERMASISWA)

TATACARA TERIMAAN WANG 2.0 TANGGUNGJAWAB BENDAHARI/ KETUA JABATAN

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

PUSAT KEMBANGAN PENDIDIKAN (PKP) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PERATURAN AM KEWANGAN PELAJAR

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU MRSM

TATACARA PENDAFTARAN MINGGU HALUAN SISWA SESI AKADEMIK 2015/2016

PEKELILING BENDAHARI BIL.2/2009 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR

POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI Behrang Stesen Behrang PERAK, MALAYSIA

BAHAGIAN TAJUK MUKA SURAT

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

MAJLIS KONVOKEYSEN UMS KALI KE-14. Makluman Penting Kepada Bakal Graduan. Pusat Pengajian Pascasiswazah

GAMBAR PASPORT TERBARU

No. Borang Tender :... (Diisi Oleh Petender) Kod Tender :... (Diisi Oleh Petender) KERAJAAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BORANG TENDER

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

Masa : 2.30 ptg 4.00 ptg (*tertakluk kepada perubahan) Tempat : Dewan Besar, PSMZA. (*tertakluk kepada perubahan)

POLITEKNIK MENTRANSFORMASI KEHIDUPAN

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU MRSM

2. Semua calon pelajar dikehendaki mematuhi dan melaksanakan perkara-perkara berikut:

PERATURAN PEPERIKSAAN

BUKU PANDUAN KEWANGAN PROGRAM DIPLOMA SEPENUH MASA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BIL PERKARA MAKLUMAT RUJUKAN

TERMA DAN SYARAT PERMOHONAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN Sila baca kelayakan dan peringatan di bawah sebelum mengisi borang

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN. Maklumat Penuh Larian Amal 50 Tahun FSPU. UiTM)

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA PANDUAN PERMOHONAN MENGIKUTI PROGRAM IJAZAH PERTAMA MELALUI SALURAN KEDUA KEMASUKAN SEPTEMBER SESI 2011/2012

BORANG-BORANG PENDAFTARAN HEP1, HEP2, HEP3, HEP4, HEP5 & HEP6

PANDUAN AM MAJLIS KONVOKESYEN

SOALAN-SOALAN LAZIM - PENERAJU TUNAS POTENSI (DERMASISWA)

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

PANDUAN KEMASUKAN PELAJAR BAHARU

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU MRSM

BUKU PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KEEMPAT POLITEKNIK METrO KUANTAN

PEKELILING PERKHIDMATAN UPM BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN

Pelajar layak memohon pembiayaan pendidikan sekiranya memenuhi syaratsyarat

PUSAT KEMBANGAN PENDIDIKAN (PKP) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PERATURAN AM KEWANGAN PELAJAR

SKIM PERKHIDMATAN KESIHATAN PELAJAR. (pindaan 2013)

ANUGERAH BIASISWA LUAR NEGARA PNB 2018

BIL PERKARA MAKLUMAT RUJUKAN

TAKLIMAT PINJAMAN PENDIDIKAN PTPTN KEPADA PELAJAR BAHARU IPT

BORANG PERMOHONAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN YAYASAN ANGKASA BAGI PENGAJIAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DALAM NEGARA

LAMPIRAN 3 PUSAT KEMBANGAN PENDIDIKAN (PKP) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PERATURAN AM KEWANGAN PELAJAR

BUKU PANDUAN KEMASUKAN PELAJAR BAHARU DIPLOMA SESI AKADEMIK 2016/2017 (JUN)


SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2016 GARIS PANDUAN KAD KORPORAT PTJ (KKP) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

~ UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS ~ ~Sultan Idris Education University~

PENDAFTARAN PELAJAR BARU KOLEJ PROFESIONAL MARA

4. SENARAI KEPERLUAN SEMUA PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL LANGKAWI

Didoakan semoga saudara/i sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah s.w.t.

MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN AM KARNIVAL SUKAN atau KEJOHANAN

BORANG PERMOHONAN HIBAH AMANAH

BUKU PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK METRO KUANTAN KALI PERTAMA

FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQ) BAGI PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA (PIDN) TAHUN Apakah itu Program Ijazah Dalam Negara Tahun 2017?

1.1 Penyertaan graduan ke Majlis Konvokesyen dan tuntutan Diploma hanya sah setelah menyempurnakan perkara-perkara berikut:

MAJLIS KONVOKESYEN KALI KE-16 POLITEKNIK MELAKA KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA

PANDUAN PENDAFTARAN SESI DIS NOVEMBER 2017

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR JAN-MEI Keputusan Peperiksaan Akhir Sesi Jan-Mei 2018 adalah pada 17 Mei 2018 (Khamis) bermula jam pagi.

SURAT AKUAN IBUBAPA / PENJAGA

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-15 UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Transkripsi:

PANDUAN PENDAFTARAN KEMASUKAN PELAJAR BARU PROGRAM TAMHIDI SESI AKADEMIK 2015/2016 UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA DISEDIAKAN OLEH: PUSAT TAMHIDI UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA 1

1. PENDAHULUAN Terlebih dahulu Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengucapkan TAHNIAH di atas kejayaan saudara/i terpilih untuk mengikuti pengajian Program Tamhidi di USIM. Adalah menjadi harapan USIM supaya saudara/i yang bertuah dan istimewa ini menggunakan dan menjalankan amanah sebagai Pelajar USIM dengan sebaik-baiknya dan bertekad menjadi pelajar terbilang dalam bidang masing-masing yang tinggi dengan nilai penghayatan islam. 2. SYARAT-SYARAT TAWARAN KEMASUKAN (a) (b) Syarat-syarat tawaran kemasukan ini hendaklah dibaca bersama Surat Tawaran Kemasukan Rasmi yang diberikan kepada saudara/i. Tawaran kemasukan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut: Saudara/i disah oleh Senat Universiti sebagai ditawarkan. (ii) Saudara/i lulus pemeriksaan kesihatan oleh Pengamal Perubatan Berdaftar, termasuk ujian air kencing untuk pengesanan penyalahgunaan dadah dan x-ray dada sama ada daripada hospital/klinik Kerajaan atau hospital/klinik swasta menggunakan Borang AKAD A/01 Laporan Pemeriksaan Kesihatan. USIM berhak mendapatkan pendapat kedua (second opinion) untuk memastikan sama ada saudara/i benarbenar sihat untuk mengikuti pengajian. Saudara/i dikehendaki membawa Borang AKAD A/01 Laporan Pemeriksaan Kesihatan yang telah lengkap diisi semasa mendaftar. (iii) Saudara/i menjelaskan bayaran-bayaran seperti dinyatakan dalam tawaran kemasukan ini. (iv) Saudara/i dikehendaki mencarum dan patuh kepada syaratsyarat Skim Takaful Kemalangan Diri yang ditetapkan oleh USIM. (c) Tawaran kemasukan ini akan terbatal dengan sendirinya jika saudara/i seorang Pegawai Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia dan tidak mengemukakan surat kebenaran yang ditetapkan atau penuntut yang sedang mengikuti apa-apa program di mana-mana institut perguruan atau institusi pengajian tinggi sama ada dalam atau luar negara atau sedang mengikuti apa-apa program pendidikan jarak jauh atau seumpamanya di mana-mana institusi pengajian tinggi sama ada dalam atau luar negara. (d) Sepanjang tempoh pengajian: Saudara/i hendaklah mematuhi undang-undang negara dan 2

undang-undang USIM yang terdiri dari pada Akta Universiti dan Kolej Universiti, Perlembagaan Universiti Sains Islam Malaysia, Kaedah-kaedah Universiti Sains Islam Malaysia (Tatatertib Pelajar-pelajar), Statut-statut, Peraturan-peraturan dan keputusan yang dibuat oleh USIM dari semasa ke semasa; (ii) Saudara/i hendaklah sentiasa menjaga nama baik USIM dan menjaga harta benda serta kemudahan-kemudahan perkhidmatannya daripada dirosakkan oleh sesiapa jua; (iii) Saudara/i hendaklah menghormati semua kakitangan akademik dan pentadbiran USIM; (iv) (v) (vi) (vii) Saudara/i hendaklah tidak melibatkan diri dalam sebarang kegiatan yang menghalang perjalanan dan urusan USIM seperti memulaukan kuliah dan seumpamanya; Saudara/i hendaklah bekerjasama dengan Pengetua Kolej Kediaman dan patuh kepada peraturan-peraturan Kolej Kediaman sama ada saudara/i penghuni atau tidak; Saudara/i hendaklah sedaya-upaya mengambil bahagian dalam semua kegiatan akademik, kebudayaan, sukan serta khidmat masyarakat yang dilaksanakan oleh USIM untuk saudara/i; dan Saudara/i hendaklah menjelaskan semua bayaran yang dikenakan kepada saudara/i oleh USIM. (e) (f) (g) (h) Pelajar wanita tidak dibenarkan memakai purdah (menutup muka) atau pakaian yang tidak menutup aurat sewaktu berada dalam kawasan kampus. Saudara/i dikehendaki hadir mendaftar pada tarikh yang telah ditetapkan seperti dinyatakan dalam surat tawaran kemasukan. Jika saudara/i gagal mendaftar, tawaran kemasukan ini dianggap batal walaupun saudara/i telah mengesahkan penerimaan tawaran kemasukan ini melalui laman web USIM, kecuali kebenaran untuk mendaftar lewat telah diperolehi daripada USIM. Bayaran-bayaran yang telah dijelaskan tidak akan dikembalikan. Semua pelajar Program Tamhidi dilarang secara mutlak daripada membawa apa-apa jenis kenderaan ke dalam kawasan kampus termasuklah kawasan Kolej Kediaman. USIM berhak menarik balik/membatalkan tawaran kemasukan ini pada bila-bila masa atau menyingkirkan saudara/i sekiranya didapati maklumat yang saudara/i berikan semasa permohonan kemasukan tidak benar. 3

3. DOKUMEN PENDAFTARAN DAN PROSES PENDAFTARAN DIRI (a) (b) (c) Pendaftaran pelajar rayuan Program Tamhidi USIM bagi Sesi Akademik 2015/2016 adalah pada 16 Jun 2015 (Selasa), di MSC 02, Bangunan MPG, Pusat Tamhidi, USIM. Sila hadir mendaftar mengikut jadual yang ditetapkan sahaja bagi mengelakkan kesesakan. Bagi tujuan pendaftaran, sila sediakan dokumen-dokumen berikut: Dokumen asal untuk pengesahan: (1) Kad Pengenalan (2) Surat tawaran kemasukan (3) Sijil/slip keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) * Sila sediakan dokumen asal berikut untuk semakan sahaja. * Sila pastikan dokumen asal tersebut diterima semula sebelum meninggalkan kaunter pendaftaran. (ii) Dokumen untuk diserahkan di Kaunter Pendaftaran dan arahan susun atur: * Salinan Dokumen berikut hendaklah diserahkan kepada Petugas HEP (1) Borang AKAD A/01, Laporan Pemeriksaan Kesihatan (2) Borang AKAD A/08, Perakuan Kebenaran Bius (3) Filem X-ray * Salinan Dokumen berikut hendaklah diserahkan kepada Petugas Pendaftaran (4) Set Borang Biasiswa lengkap seperti berikut: Di kepilkan bersama (a) Tiga (3) salinan borang perjanjian biasiswa yang telah dimatikan setem setiap satu (b) Satu (1) salinan Borang Pengakuan Kedudukan Kewangan Penjamin (c) Satu (1) salinan Kad Pengenalan Pelajar yang telah disahkan benar (d) Satu (1) salinan Kad Pengenalan Penjamin yang telah disahkan benar (5) Slip bayaran/slip pembayaran bil Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) sebagai bukti pembayaran Yuran Pendaftaran (6) Salinan Kad Pengenalan (7) Salinan Sijil Kelahiran (8) Salinan Surat Tawaran Kemasukan (9) Salinan Sijil/slip keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (d) Pakaian semasa Pendaftaran/Lapor Diri adalah seperti di bawah: 4

Lelaki Baju Putih Seluar Gelap Tali Leher USIM (perlu di beli semasa hari pendaftaran, RM17.00) Baju Putih Kain Gelap Tudung Putih Wanita (e) Reka bentuk (design) Baju Korporat USIM yang perlu dibeli oleh pelajar dengan harga RM69.00 sehelai pada hari Pendaftaran adalah seperti berikut: 5

6

(f) (g) Semua barang-barang peribadi seperti beg, buku, alat keperluan harian dan Iain-lain TIDAK BOLEH dibawa ke tempat pendaftaran. Sila letakkan di tempat yang selamat. Hanya satu (1) kenderaan sahaja bagi setiap pelajar dibenarkan masuk untuk tujuan menurunkan barang-barang ketika mendaftar di kolej-kolej kediaman. Sila ikut arahan dan panduan Pengawal Keselamatan USIM. 4. PEMERIKSAAN KESIHATAN (a) (b) (c) (d) (e) (f) Saudara/i dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan termasuklah pemeriksaan air kencing untuk mengesan penyalahgunaan dadah dan x-ray dada. Saudara/i dikehendaki menggunakan Borang AKAD A/01 Laporan Pemeriksaan Kesihatan untuk tujuan pemeriksaan kesihatan. Pemeriksaan kesihatan boleh dilakukan sama ada di hospital/klinik Kerajaan atau hospital/klinik swasta yang diiktiraf dan bertauliah. Saudara/i juga perlu melengkapkan Borang AKAD A/08 Perakuan Kebenaran Bius (Anaesthesia) dan Pembedahan. Borang AKAD A/01 Laporan Pemeriksaan Kesihatan dan Borang AKAD A/08 Perakuan Kebenaran Bius (Anaesthesia) dan Pembedahan yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan pada hari pendaftaran. Kegagalan saudara/i mengemukakan Borang AKAD A/01 Laporan Pemeriksaan Kesihatan atau sekiranya Laporan Pemeriksaan Kesihatan saudara/i menunjukkan saudara/i tidak sesuai untuk meneruskan pengajian, saudara/i boleh ditamatkan pengajian walaupun setelah saudara/i sah mendaftar sebagai pelajar USIM. 5. YURAN PENDAFTARAN DAN PENGAJIAN (a) Yuran Program Tamhidi dibahagikan kepada dua (2) komponen utama, iaitu bayaran sekali sepanjang tempoh pengajian dan bayaran berulang setiap semester. Rujuk struktur yuran Pusat Tamhidi seperti Jadual A. 7

KOMPONEN YURAN (A) *Yuran Pendaftaran (Bayaran Sekali Sepanjang Tempoh Pengajian) (B) *Yuran Pengajian, Penginapan dan Lain-lain (bayaran berulang setiap semester) JADUAL A: STRUKTUR YURAN PROGRAM TAMHIDI BAYARAN ITEM (RM) Pendaftaran + Suai kenal 200.00 Kebajikan 30.00 Aktiviti Pusat dan Buku Panduan 35.00 Lain-lain Perkhidmatan 30.00 Kad Matrik 10.00 Malaysian University English Test (MUET) 100.00 JUMLAH (A) 405.00 Pengajian ** Penginapan ** Kemudahan Peralatan 25.00 Perpustakaan 50.00 Sukan dan rekreasi 20.00 Komputer dan ICT 100.00 Skim Perkhidmatan Kesihatan Pelajar 50.00 Aktiviti kolej kediaman 40.00 Pengangkutan 25.00 Insurans (Takaful) 12.00 JUMLAH (B) 322.00 JUMLAH BESAR (A) + (B) 727.00 * Tertakluk kepada pindaan ** Yuran Pengajian dan Yuran Penginapan dibiaya oleh KPM (dibayar terus oleh KPM kepada USIM). (b) (c) (d) Yuran yang perlu dibayar pada Semester I Sesi 2015/2016 adalah yuran bagi kedua-dua komponen iaitu sebanyak RM 727.00. Yuran ini perlu dijelaskan sebelum hari pendaftaran. Yuran yang perlu dibayar pada Semester II Sesi 2015/2016 adalah yuran bagi komponen berulang sahaja iaitu sebanyak RM 322.00. Yuran ini boleh dibayar pada bila-bila masa dalam tempoh sebulan selepas pendaftaran semester II. Kerajaan Malaysia, melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membiayai sepenuhnya bayaran yuran pengajian (RM350.00) dan yuran penginapan (RM360.00) saudara/i seperti yang ditunjukkan dalam Jadual A. Yuran Pengajian dan Penginapan ini akan dibayar terus oleh KPM kepada USIM. (e) Segala bayaran yang telah saudara/i jelaskan tidak akan dikembalikan. 8

6. PANDUAN MEMBAYAR YURAN (a) Bayaran yuran boleh dibuat di mana-mana cawangan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) mulai 13 Jun 2015 dan hendaklah dijelaskan sebelum hari pendaftaran. (b) Saudara/i hendaklah menggunakan slip pembayaran (bill presentment slip) BIMB yang boleh didapati di mana-mana cawangan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB). Saudara/i hendaklah mengisi butiran pada slip pembayaran tersebut dengan jelas dan terang termasuklah nama, no. pelajar (sila rujuk no. daftar pada surat tawaran kemasukan seperti 908xxxx), program pengajian dan tujuan bayaran dibuat. (c) (d) (e) Bagi tujuan perekodan di pihak USIM, hanya no. pelajar (sila rujuk no. daftar pada surat tawaran kemasukan seperti 908xxxx) yang diperlukan di slip pembayaran (bill presentment slip) BIMB tersebut. JANGAN gunakan nombor kad pengenalan saudara/i bagi tujuan pembayaran tersebut. Sila pastikan bahawa bayaran tersebut dibuat atas nama Bendahari USIM, no. akaun 05058010021488. Pastikan juga saudara/i mencatatkan butiran diri saudara/i termasuklah nama, no. pelajar (sila rujuk no. daftar pada surat tawaran kemasukan seperti 908xxxx), no. kad pengenalan dan program pengajian di bahagian bawah muka hadapan slip pembayaran bil tersebut dengan jelas dan terang. Sila semak cetakan pada slip pembayaran (bill presentment slip) BIMB tersebut bahawa bayaran telah dibuat atas nama BENDAHARI USIM dengan nombor akaun yang betul seperti di para (d) dan bukan kepada pihak lain. USIM tidak akan bertanggungjawab sekiranya kesilapan bayaran berlaku kepada pihak lain atas sebab kesilapan nombor akaun. (f) Sila pastikan saudara/i mendapatkan kembali kesemua tiga (3) salinan slip bayaran tersebut (atau satu (1) salinan slip pembayaran bil) untuk dikemukakan pada hari pendaftaran sebagai bukti bahawa pembayaran telah dibuat. (g) (h) Kegagalan mengemukakan salinan bukti pembayaran tersebut boleh menyebabkan saudara/i dianggap belum menjelaskan yuran pendaftaran. Bayaran yuran yang perlu dijelaskan adalah mengikut jumlah yang ditetapkan seperti di Jadual B. 9

JADUAL B: KADAR BAYARAN YURAN MENGIKUT PROGRAM PENGAJIAN Program Bayaran Yuran (RM) Q0070 Tamhidi Pergigian 727.00 Q0080 Tamhidi Perubatan 727.00 Q0210 Tamhidi Perakaunan dan 727.00 Muamalat Q0601 Tamhidi Syariah dan Undangundang 727.00 Q0800 Tamhidi Sains dan Teknologi 727.00 Saudara/i juga dikehendaki membuka akaun Wadi'ah di BIMB dan mengemukakan satu (1) salinan buku akaun atau satu (1) salinan dokumen pengesahan pembukaan akaun tersebut yang mengandungi butiran nama dan nombor akaun pada hari pendaftaran. 7. BANTUAN KEWANGAN PELAJAR ASASI IPTA (a) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menawarkan Bantuan Kewangan Pelajar Asasi IPTA kepada semua pelajar program Tamhidi. Bantuan Kewangan yang ditawarkan adalah meliputi Elaun Wang Saku mengikut jumlah yang ditetapkan oleh KPM, Yuran Pengajian dan Yuran Penginapan setiap semester. Selain itu, bagi pelajar Sabah dan Sarawak, KPM akan menanggung tambang penerbangan untuk sekali (pergi/balik). (b) Saudara/i perlu menandatangani perjanjian dengan Kerajaan Malaysia dan akan tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan dalam Perjanjian Program Asasi IPTA, Borang KPT(Bs)Mtr.Pind.1/2009. (c) (d) Semakan dan cetakan surat tawaran serta lain-lain borang perlu dibuat sendiri oleh pelajar secara online melalui modul semakan dan tawaran di portal Kementerian Pendidikan Malaysia di https://online.moe.gov.my/scholar/bantuanasasi/index2.php Dokumen Tawaran Bantuan Kewangan Asasi IPTA yang perlu dicetak oleh pelajar adalah seperti berikut: (ii) (iii) (iv) Surat tawaran Program Bantuan Kewangan Asasi IPTA; Borang Perjanjian; Surat pengakuan kedudukan kewangan penjamin; dan Buku panduan mengisi borang perjanjian; 10

(e) (f) (g) Sila baca dan fahamkan panduan mengisi borang perjanjian yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mengelakkan masalah kelewatan pembayaran biasiswa kelak. Kesemua dokumen di para (d) hingga (iii) hendaklah diserahkan semasa pendaftaran. Kegagalan/kelewatan saudara/i mengemukakan dokumen berkenaan akan menjejaskan urusan pembayaran biasiswa kelak. Untuk tujuan pembiayaan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ini, saudara/i dikehendaki melaksanakan yang berikut: (ii) (iii) membuka akaun Wadi'ah Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB); menyediakan satu (1) salinan buku akaun tersebut (muka surat yang mengandungi butiran diri dan no. akaun sahaja) atau satu (1) salinan dokumen pengesahan pembukaan akaun tersebut; dan melengkapkan tiga (3) salinan Borang Perjanjian dan dimatikan setem setiap satu serta satu (1) salinan Borang Pengakuan Kedudukan Kewangan Penjamin. 8. ETIKA PAKAIAN PELAJAR (ii) Selaku pelajar USIM, saudara/i hendaklah berpakaian sesuai dengan amalan biasa masyarakat Malaysia. Saudara/i hendaklah sepatutnya mengamalkan pemakaian yang bersih, kemas dan sopan terutama sekali semasa berada di khalayak ramai seperti ketika menghadiri kuliah, majlis rasmi atau berurusan dengan mana-mana pejabat. Saudara/i juga dinasihatkan supaya membawa bersama secukupnya pakaian lain dengan keperluan minimum sebagaimana berikut: Lelaki a. satu (1) bantal tidur, sarung bantal dan cadar (warna bebas) b. empat (4) helai baju kemeja lengan panjang berwarna cerah dan tali leher c. dua (2) helai seluar panjang (slack) d. satu (1) helai baju Melayu lengkap dengan kain samping dan songkok e. dua (2) helai baju T lengan pendek berkolar f. dua (2) helai seluar panjang sukan (track bottom) dan kasut sukan Perempuan a. satu (1) bantal tidur, sarung bantal dan cadar (warna bebas) b. empat (4) pasang baju kurung 11

c. dua (2) helai baju T lengan panjang berkolar d. dua (2) helai seluar panjang sukan (track bottom) dan kasut sukan (iii) Tertib berpakaian di USIM adalah seperti berikut: a. Saudara/i TIDAK BOLEH berpakaian yang menutup sebahagian muka (berpurdah) yang boleh menyukarkan pengenalan diri. b. Saudara/i TIDAK BOLEH berpakaian yang tidak menutup aurat atau berpakaian yang tidak bersih atau tidak sopan. c. Saudara/i TIDAK BOLEH berselipar atau memakai kemeja-t tidak berkolar semasa menghadiri kuliah, majlis rasmi atau berurusan dengan mana-mana pejabat. d. Pelajar lelaki yang ingin menutup kepala dibenarkan bersongkok hitam. 9. PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI Sekiranya saudara/i mempunyai sebarang pertanyaan sila hubungi nombor-nombor yang berkaitan pada waktu pejabat a. Isnin hingga Khamis: 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari, 2.00 hingga 5.00 petang. b. Jumaat: 8.00 pagi hingga 12.15 tengahari, 2.45 hingga 5.00 petang. (ii) Saudara/i juga boleh mengemukakan sebarang soalan/ pertanyaan/kemusykilan di laman web USIM, helpdesk.usim.edu.my dan hantarkan soalan di Sistem HelpDesk USIM. (iii) Senarai pegawai rujukan adalah seperti berikut: a. Tawaran Kemasukan: Pusat Tamhidi - Tel: 06-798 7019 (Cik Azlinda Abd Aziz, Encik Junisam Jurimi) b. Penginapan: Bahagian Hal Ehwal Pelajar - Tel: 06-798 6168/6169/6170 (Puan Azlin Mahmud) 12

SENARAI SEMAK PENDAFTARAN Sebelum saudara/i hadir mendaftar, pastikan perkara-perkara berikut telah diambil tindakan: 1. Sahkan terima/tolak tawaran melalui laman web http://etasjil.usim.edu.my 2. Baca, fahamkan dan tandatangan Lampiran Syarat-syarat Tawaran Kemasukan (AKAD A/04) dalam laman web http://etasjil.usim.edu.my 3. Baca, fahamkan dan tandatangan Lampiran Peraturan Pakaian Pelajar (AKAD A/02) dalam laman web http://etasjil.usim.edu.my 4. Baca, fahamkan dan tandatangan Lampiran Ikrar Mahasiswa (AKAD A/10) dalam laman web http://etasjil.usim.edu.my 5. Lengkapkan Laporan Pemeriksaan Kesihatan (AKAD A/01) yang boleh di dapati di laman web http://etasjil.usim.edu.my dan di bawa pada hari pendaftaran 6. Lengkapkan Lampiran Perakuan Kebenaran Bius (Anaesthesia) dan Pembedahan (AKAD A/08) yang boleh di dapati di laman web http://etasjil.usim.edu.my dan di bawa pada hari pendaftaran 7. Bayar yuran di mana-mana cawangan BIMB mulai 13 Jun 2015 menggunakan slip bayaran (atau - slip bayaran/slip pembayaran bil) dan serahkan tiga (3) salinan pembayaran bil BIMB (atau satu (1) salinan slip pembayaran bil) pada hari pendaftaran. 8. Lekatkan gambar berwarna berukuran pasport pada semua ruangan yang memerlukan gambar PERINGATAN: Pastikan gambar yang digunakan menepati keperluan Peraturan Pakaian Pelajar 9. Sediakan satu (1) salinan kad pengenalan, sijil kelahiran, sijil/slip keputusan dan surat tawaran kemasukan bagi tujuan rekod pelajar yang telah disahkan oleh pegawai Kerajaan kumpulan Pengurusan dan Profesional 10. Bawa sijil/slip keputusan asal SPM pada hari pendaftaran untuk tujuan semakan. Sila pastikan saudara/i mendapatkan semula dokumen asal tersebut untuk simpanan sendiri selepas disemak. 11. Lengkapkan tiga (3) salinan borang perjanjian biasiswa dan dimatikan setem setiap satu, satu (1) salinan Borang Pengakuan Kedudukan Kewangan Penjamin, satu (1) salinan Kad Pengenalan Pelajar yang disahkan benar DAN satu (1) salinan Kad Pengenalan Penjamin yang disahkan benar. Rujuk laman web Kementerian Pendidikan Malaysia berikut: https://online.moe.gov.my/scholar/bantuanasasi/index2.php 12. Pastikan keperluan harian serta perbelanjaan sara hidup harian yang mencukupi 13

disediakan. 13. Hadir mendaftar pada tarikh, masa dan tempat yang telah ditetapkan mengikut jadual masing-masing. 14. Hadir mendaftar berpakaian seperti yang telah ditetapkan. 15. Baca dan fahamkan Panduan Pendaftaran Kemasukan Pelajar Baru Program Tamhidi Sesi Akademik 2015/2016 Universiti Sains Islam Malaysia yang boleh didapati di laman web http://etasjil.usim.edu.my 14