PENGAJARAN GAYA BAHASA DALAM BAHASA MELAYU

dokumen-dokumen yang mirip
BAB III METODOLOGI PENELITIAN

BAB III METODOLOGI PENELITIAN

BAB I PENDAHULUAN. mengidentifikasi diri (Chaer, 2007:33). Oleh karena itu, bahasa merupakan hal

ASPEK KAJIAN SASTERA. 1. Ringkasan cerita lebih kurang patah perkataan. 2. Mengandungi huraian cerita mengikut urutan masa berdasarkan plot.

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

Gurindam Tonggak Dua Belas

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

KESUSASTERAAN MELAYU

ANALISIS GAYA BAHASA PADA LIRIK LAGU EBIT G. ADE SKRIPSI. Untuk Memenuhi Sebagian Persyaratan. Guna Mencapai Derajat Sarjana S-1

ULASAN BUKU. Hasmidar Hassan, 2011, Kata Hubung Dan dan Tetapi dari Sudut Pragmatik, 201 halaman, ISBN

BAB III METODE PENELITIAN. Penelitian ini menggunakan pendekatan deskriptif kualitatif. Pendekatan

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

Pemerkasaan Bahasa Melayu Melalui Penerapan Pendekatan Pembelajaran Kontekstual: Satu Anjakan Teori dan Amalan

Abstrak. Penerapan Penanda Wacana dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis. Muhammad Faizrin Hashim

ASPEK SENI BAHASA DALAM KURIKULUM STANDARD BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH TAHUN SATU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

BAB TIGA : KAEDAH PENYELIDIKAN

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

Gaya Bahasa MINGGU 11

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 3 TAHUN 2013 JABATAN PELAJARAN PERAK

KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

BAB LIMA DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN. Bab ini menghuraikan dan merumuskan dapatan-dapatan daripada kajian

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF 922 Sukatan Pelajaran

BAB 1 PENDAHULUAN. adanya bahasa, barulah sesebuah komunikasi itu dapat berjalan dengan lancar.

Kesusasteraan Melayu (922)

PANDUAN PEPERIKSAAN AKHIR

PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA: KOMIK MAT SOM SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR

PANDUAN PEMOHONAN PENERBITAN BUKU

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI BAHASA MELAYU TINGKATAN 1

I. PENDAHULUAN. Dalam pembahasan bab ini, peneliti akan memaparkan sekaligus memberikan

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

PENGGUNAAN BUKU TEKS SECARA BERKESAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH UNTUK MURID BERPRESTASI RENDAH DI PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH

SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH BAHASA MELAYU

BAB 3 METODE PENELITIAN

BAB I PENDAHULUAN. metaforis, lokalitas merupakan sebuah wilayah tempat masyarakatnya secara

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak

Bahasa Arab (913) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Sukatan Pelajaran BAHASA MELAYU

BAB I PENDAHULUAN. keinginan, memberikan saran atau pendapat, dan lain sebagainya. Semakin tinggi

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) MATEMATIK TAHUN 3 MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (SEKOLAH KEBANGSAAN)

Model Pengurusan Strategik

BAHAGIAN A 30 markah. Jawab semua soalan pada kertas saranan jawapan yang disediakan.

BAB II LANDASAN TEORI. 1. Analisis Gaya Bahasa pada Lirik Lagu Grup Band Noah dalam Album Seperti Seharusnya (Edi Yulianto, 2015)

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan

Bahasa Malaysia (910)

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

Tajuk 6: Perkembangan Kognitif dan Bahasa. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

CHIA CHONG YANG A143398

BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

JUL 401 BAHASA MALAYSIA

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

STANDARD 4: PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

BAB I PENDAHULUAN. Seorang pengarang karya sastra tentu mempunyai berbagai ciri khas dalam

Abstrak. Penerapan Pantun dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Fauziah Muhamad Fadzillah Sekolah Rendah Fengshan

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

NOMBOR DAN ABJAD TERBALIK. Oleh. Sumiyati binti Abdul Halim Jikem ABSTRAK

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA AYAT-AYAT YANG MENGANDUNGI PERKATAAN GABUNGAN TIGA SUKU KATA TERBUKA KV + KV + KV. Oleh. Abdillah Bin Nurdin Asis

SKEMA UJIAN DIAGNOSTIK SPM TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 1 2 Jam 15 Min

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

SULIT 02/2 Bahasa Melayu Ogos Jam BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KURSUS ORIENTASI UNTUK JURULATIH UTAMA BAHASA MALAYSIA TAHUN SATU

Kementerian Pelajaran Malaysia. Sukatan Pelajaran. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah MATEMATIK

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

Manual Kerja Kursus (Kerja Projek) Kesusasteraan Melayu Komunikatif Kertas 4 (922/4)

Bahasa Arab (913) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

PANDUAN PENSKORAN PENCERAPAN P & P (PK04)

Pihak Penerbit UniMAP sentiasa mengalu-alukan cadangan manuskrip buku dan berbesar hati untuk menilai cadangan-cadangan penerbitan yang dihantar.

Pengajian Am (900) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

RDB PENGURUSAN REKABENTUK

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

PENDEKATAN KOLABORATIF DALAM MENINGKATKAN KETERAMPILAN BERBAHASA PELAJAR: SATU KAJIAN TINJAUAN TERHADAP PELAJAR IPTA

BAB I PENDAHULUAN. Bahasa merupakan alat komunikasi yang sangat penting bagi anggota

ARAHAN: ( )

TEORI SEGITIGA SEMIOTIK

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

ANALISIS DIKSI DAN GAYA BAHASA PADA NOVEL 5 CM KARYA DONNY DHIRGANTORO. Jurnal Publikasi Skripsi

TAKLIMAT STANDARD KURIKULUM

PERISIAN TOONDOO MEMBINA KEMAHIRAN MENULIS MURID

Projek MTE3102E_PPG Jan2014

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

BAB 5 : RUMUSAN DAN CADANGAN

BAB I PENGENALAN. Sejarah pendidikan bahasa Arab di Malaysia telah mula semenjak awal abad ke-19

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Siti Nor Azzila Amit

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

Transkripsi:

Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 16, 2005 PENGAJARAN GAYA BAHASA DALAM BAHASA MELAYU Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir Pengenalan Pengajaran gaya bahasa dalam karya penulisan kreatif sama pentingnya dengan pengajaran gaya bahasa dalam karya penulisan bukan kreatif. Hal ini kerana gaya bahasa memainkan peranan penting dan dianggap sebagai nadi yang menghidupkan sesebuah karya kreatif. Namun begitu, kertas kerja ini akan hanya memfokuskan perbincangan terhadap gaya bahasa dalam karya penulisan kreatif seperti yang disenaraikan dalam Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Bahasa Melayu Tingkatan Lima dan cara mengajarnya. Dalam konteks ini, karya penulisan kreatif ialah karya kesusasteraan yang mempunyai unsur keindahan dan istimewa. Karya ini juga merujuk karya-karya kesusasteraan berbentuk prosa dan puisi waima yang tradisional atau moden. Antara contoh karya kesusasteraan yang dicatat dalam Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (HSP KBSM) Bahasa Melayu Tingkatan Satu hingga 37

jurnal Pengajian Melayu, jilid 16. 2005 Tingkatan Lima ialah cerpen, novel, drama, prosa tradisional, sajak, dan puisi tradisional, iaitu pantun, syair, gurindam, seloka, dan bahasa berirama. Sehubungan dengan perkara itu, guru Bahasa Melayu perlu memiliki pengetahuan yang cukup dan menguasai gaya bahasa dalam kedua-dua karya penulisan kreatif dan bukan kreatif. Dengan demikian, maka mudahlah baginya untuk melaksanakan tugas, tanggungjawab, dan amanah sebagai guru mata pelajaran Bahasa Melayu amnya dan komsas khususnya agar kedua-dua perkara tersebut dikuasai. Lebih-lebih lagi pengajaran gaya bahasa ada digariskan dalam Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (HSP KBSM) Bahasa Melayu Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima. Gaya Bahasa dalam Penulisan Kreatif Menurut Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir (2005b: 9), secara umumnya gaya bahasa yang bermacam-macam yang terdapat dalam karya penulisan kreatif dan bukan kreatif itu dapat dikelompokkan kepada lima jenis, iaitu gaya bahasa perbandingan, pertentangan, pengulangan, pertautan, dan penyirnaan (lihat Rajah 1). Rajah 1: Jenis-jenis Gaya Bahasa ]ENIS GAYA BAHASA Gaya Bahasa Perbandingan Gaya Bahasa Pertentangan Gaya Bahasa Pengulangan Gaya Bahasa Pertautan Gaya Bahasa Penyirnaan 38

Pengajaran Gaya BahaJa Dalam Bahasa Melayu Daripada lima jenis gaya bahasa tersebut, hanya gaya bahasa pertautan yang tidak dicatatkan atau yang tidak disenaraikan dalam HSP KBSM Bahasa Melayu Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima (lihat Jadual 1). Jadual 1: Taburan Gaya Bahasa Yang Disenaraikan Dalam HSP KBSM BM Bagi Tingkatan 1 Hingga 5. Gaya Bahasa Tingkatan 1 2 3 4 5 Perbandingan lmejan./ Metafora./ Perso nifikasi./././ Pleonasme./ Simile././././ Pertentangan Hiperbola./././ lnversi./././ Parado ks./ Pengulangan Aliterasi././././ Anafora./ Asonansi././././ Epifora./ Rima./././ Penyirnaan Sinkop./ Waiau bagaimanapun, guru Bahasa Melayu perlu juga mengetahui bentuk gaya bahasa pertautan. 39

jurnal Pengajian Melayu, Ji/id 16, 2005 Gaya Bahasa Perbandingan Gaya bahasa perbandingan ialah bencuk bahasa perbandingan yang indah yang digunakan untuk menambahkan kesan dan makna tertentu dengan cara perbandingan sesuatu perkara dengan perkara lain. HSP KBSM Bahasa Melayu telah mengetengahkan pelbagai jenis gaya bahasa perbandingan antaranya: 1. Metafora, iaitu pemakaian kata atau ungkapan yang menerbitkan makna yang lain daripada makna tersurat atau penggunaan kata-kata untuk menyatakan erti yang berbeza daripada yang sebenarnya (sebagai kiasan). Contohnya: a. Sungai duka (Anak Laut, 2002: 17) b. Rimba kegelapan (Anak Laut, 2002: 17) c. Kamar sutera rohani (Sehijau \%rna Daun, 2002: 18) Yang menarik tentang gaya bahasa metafora dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu KBSM ini ialah, gaya bahasa ini hanya diketengahkan kepada murid-murid tingkatan dua. Hal ini seolah-olah bermakna gaya bahasa perbandingan ini tidak menjadi kesalahan, jika guru tidak mengajarkannya kepada murid bukan tingkatan dua atau wajarlah kalau gaya bahasa metafora tidak akan diajar oleh guru Bahasa Melayu kepada murid-murid tingkatan satu, tiga, empat, dan lima secara langsung kerana hal tersebut tidak dicatat dan disentuh secara langsung dalam HSP KBSM Bahasa Melayu bagi tingkatan yang berkenaan. ii. Personifikasi, iai tu penginsanan a tau pemberian sifat-sifat manusia kepada sesuatu benda, haiwan, tumbuh-mmbuhan, keadaan, peristiwa, barang yang tidak bernyawa atau idea yang abstrak. Yang berikut adalah antara contoh gaya bahasa personifikasi yang terdapat dalam teks komsas. Contohnya: a. Kelibat senyum matanya masih jua ramah (Seuntai Kata Untuk Dirasa, 2003: 19) b. Daun-daun pokok di pantai bertamparan sesama sendiri (Dzul Karnain Isnin, 200: 72) 40

Pengajaran Gaya Bahasa Dalam Bahasa Melayu c. Mentari terus meninggi sambil melemparkan sinarnya yang terik (Anak Bumi Tercinta, 2002: 96) Walau bagaimanapun, gaya bahasa personifikasi dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu KBSM ini hanya diketengahkan kepada murid-murid tingkatan dua, tiga, dan empat. Hal ini seolah-olah bermakna gaya bahasa perbandingan ini tidak diajar kepada murid-murid tingkatan satu dan lima kerana hal tersebut tidak dicatatkan langsung dalam HSP KBSM Bahasa Melayu bagi tingkatan yang berkenaan. iii. Simile, iaitu perumpamaan yang secara jelas mengungkapkan sesuatu perbandingan atau sesuatu yang dianggap sama dengan menggunakan kata seperti "bak", "laksana", "seperti'', "umpama", "penaka", "ibarat", "macam", "bagai", dan "serupa". Yang berikut adalah antara contoh gaya bahasa simile yang terdapat dalam teks komsas. a. Seperti kebun berpagar duri. (Seuntai Kata Untuk Dirasa, 2003, 7) b. la menjernih bagai jerebu diterpa titik hujan. (Othman Puteh, 2001: 26) c. Macam membawa duit tak laku (Anak Laut, 2002: 8) d. Umpama lebah membuang sengatnya (Seuntai Kata Untuk Dirasa, 2003: 13) Gaya bahasa simile dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu KBSM ini tidak diketengahkan kepada murid-murid tingkatan lima. Hal ini bermakna gaya bahasa perbandingan ini seolah-olah hanya sesuai diajar kepada murid-murid tingkatan satu, dua, tiga, dan empat kerana buktinya hal tersebut hanya ditulis dalam HSP KBSM Bahasa Melayu bagi tingkatan yang berkesan. 1v. lmejan ialah gaya bahasa perbandingan, iaitu pemakaian kata atau beberapa kata yang menghasilkan efek atau kesan melalui penggunaan pancaindera seperti melalui pendengaran, penglihatan, atau perasaan. lmejan boleh juga bermaksud 41

furnal Pengajian Melayu. Ji/id 16. 2005 cerminan atau gambaran tentang sesuatu yang dapat dikesan melalui pancaindera ataupun puisi yang memiliki banyak perkataan yang membayangkan objek atau perlakuan yang berbentuk lambang, simbol, atau kod untuk menjelaskan sikap dan perasaan penyair seperti bahang, kepahitan, kesejukan, dan penderitaan dalam sajak. Perhatikan gaya bahasa imejan yang bercetak tebal dalam sajak "Tukang Gunting" di bawah ini: Dengan sebilah gunting Sebuah cermin sompek Sebuah sisir rongak Dan bangku kaki tiga Ia ukir nafkah keluarganya. (Kerusi, 2002: 14) Gaya bahasa imejan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu KBSM ini tidak diketengahkan kepada murid-murid tingkatan satu hingga tiga. Hal ini bermakna gaya bahasa perbandingan ini seolah-olah hanya sesuai diajar kepada muridmurid tingkatan empat dan lima kerana buktinya hal tersebut hanya ditulis dalam HSP KBSM Bahasa Melayu bagi tingkatan yang berkenaan dan kemungkinan besar seolah-olah implikasinya, aras kesukaran gaya bahasa ini tidak sesuai dengan murid-murid tingkatan tersebut. Seterusnya, unsur gaya bahasa perbandingan yang tidak dicatatkan dalam Hasil Pembelajaran Utama dan Khusus secara langsung tetapi ada dicatatkan dalam ruangan Cadangan Aktiviti/Sumber/Catatan dalam HSP KBSM Bahasa Melayu tingkatan lima atau yang diketengahkan kepada murid bagi tingkatan yang tersebut ialah gaya bahasa pleonasme. v. Pleonasme atau nama lain ialah tautologi, iaitu penggunaan kata yang berlebih-lebihan dan tidak perlu dalam ayat. Katakata yang berlebih-lebihan itu sekiranya digugurkan dan dibuang daripada struktur ayat, penyirnaan itu tidak menjejaskan makna ayat. Contoh: a. Dia menangkap budak jahat itu dengan tangannya sendiri. 42

Pengajaran Gaya Bahasa Dalam Bahasa Melayu b. Merekalah yang menyaksikan pembunuhan itu dengan mata kepala mereka sendiri. c. Alm menendang bola itu dengan kaki d. Mereka menjunjung buah-buahan itu di atas kepala masingmasing. e. Murid dan guru memberi tumpuan dan mendengar nasihat dan peringatan yang dilafazkan oleh pengetua SMK Penambang secara lisan. f. Mentari terbit pagi. (HSPBM Tingkatan lima: 15-19) Waiau bagaimanapun, pleonasme mirip dengan perifrasis. Yang berbeza antara kedua-dua ialah kata-kata atau frasa yang berlebih-lebihan dalam perifrasis boleh digantikan hanya dengan satu kata kerana frasa yang berlebih-lebihan itu dan kata yang digantikan itu dianggap sinonim atau sama makna sedangkan pleonasme perlu menggugurkan frasa yang berlebihan itu tanpa ada penggamian dengan satu kata. Namun begitu, terdapat banyak lagi jenis gaya bahasa perbandingan yang tidak diketengahkan dalam HSP KBSM Bahasa Melayu Tingkatan Satu hingga Lima. Amara gaya bahasa tersebut ialah alegori, antitesis, dipersonifikasi, perifrasis, prolepsis, dan tautologi (Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2005b). Gaya Bahasa Pertentangan Gaya bahasa pertentangan juga perlu dikuasai oleh murid kerana ada tercatat dalam HSP KBSM Bahasa Melayu. Gaya bahasa pertentangan ini bermaksud bentuk bahasa yang mengemukakan makna yang berlawanan dengan makna yang sebenarnya. Gaya bahasa ini paling ketara digunakan dalam karya kreatif. Jika diteliti HSP KBSM Bahasa Melayu, kita akan mendapati bahawa gaya bahasa ini tidak didedahkan kepada murid-murid Tingkatan satu sebaliknya dikemukakan untuk pembelajaran murid tingkatan dua hingga lima. Namun, hanya tiga jenis gaya bahasa pertentangan yang diketengahkan dalam HSP KBSM Bahasa Melayu, iaitu: 43

furna/ Pengajian Melayu, Ji/id 16, 2005 i. Hiperbola, iaitu sejenis gaya bahasa yang mengandungi kenyataan tentang sesuatu perkara secara berlebih-lebihan atau melampau waima daripada segi jumlahnya. Ukuran atau sifatnya untuk menekankan sesuatu pandangan, idea, atau peristiwa. Contohnya: a.... darah pun seperti hujan yang lebat tu run ke bawah istana... (Anak Laut, 2002: 37) b. Langit bagai bercantum dengan permukaan laut yang biru menghijau. (Dzul Karnain lsnin, 2000: 72) c. Perniagaan adalah peperangan. (Abu Hassan Morad, 2001: 37) d. Bunga kembang di puncak gunung. (Anak Laut, 2002: 4) (Ayat a dan b di atas juga bersifat simile kerana adanya kata "seperti" dan "bagai") 11. lnversi atau anastrof, iaitu sejenis gaya bahasa pertentangan yang memfokuskan pembalikan kata-kata yang berbeza daripada susunannya yang lazim atau gaya bahasanya yang menyongsang struktur kata, frasa, atau klausa dalam ayat. Contohnya: a. Ada sepohon bunga cina (Anak Laut, 2002: 5) b. Sudah sekah tempat bergantung (Kerusi, 2002: 3) c. Telah patah tern pat berpijak (Kerusi, 2002: 3) d. Sukalah baginda bukan suatu (Sehijau Wlirna Daun, 2002: 6) e. Dijamulah Qari makanan yang tentu (ibid.) m. Paradoks, iaitu sejenis gaya bahasa yang mengandungi pertentangan yang nyata dengan fakta-fakta yang ada tetapi kenyataannya mengandungi kebenaran dan pendapat umum atau realiti. Hal ini bermakna paradoks memaparkan suatu keadaan atau suasana yang berlawanan. Contohnya: a. Di tengah-tengah kesedihan ada juga kelucuan. (Dzul Karnain lsnin, 2000: 79) 44

Pengajaran Caya Bahasa Dalam Bahasa Melayu b. Angin gunung yang bertiup nampaknya tidak membawa hawa sejuk (A. Rahman Hanafiah, 2002: 90) c. Kelelahan kita semakin parah tenatnya berserta kekejaman mengatasi kedamaian (Anak Laut, 2002: 19) cl. Dalam Kesepian di tengah ramai (Anak Bumi tercinta, 2003: 21) Waiau bagaimanapun, terclapat beberapa jenis gaya bahasa pertentangan yang ticlak cliberikan penekanan clalam HSP KBSM Bahasa Melayu Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima. Namun begitu, guru Bahasa Melayu perlu mengetahui clan memahami jenis-jenis gaya bahasa ini. Antaranya ialah antifrasis, antiklimaks, apofasis, hipalase, hiperbaton, histeron proteron, inuenclo, ironi, katabasisi, klimaks, litotes, oksimoron, preterisio, sarkasme, satire, sinisme, silepsis, clan zuegma. Gaya Bahasa Pengulangan Gaya bahasa pengulangan ialah gaya bahasa yang menganclungi unsurunsur pengulangan bunyi, suku kata, kata, frasa, atau bahagian ayat yang clianggap penting unmk menghasilkan kesan clan memberi tekanan clalam sebuah konteks yang sesuai. Gaya bahasa jenis ini banyak cliketengahkan clalam HSP KBSM Bahasa Melayu Tingkatan Satu hingga Tingkatan Empat. Gaya bahasa pengulangan ini ticlak cliperkenalkan atau ticlak clicleclahkan langsung kepacla muricl-muricl tingkatan lima. Setelah clianalisis, cliclapati acla lima jenis gaya bahasa pengulangan sahaja iaitu: 1. Aliterasi, iaitu sejenis gaya bahasa pengulangan bunyi konsonan yang sama pacla awal kata clan yang berturutan waima clalam puisi traclisional, puisi moclen, prosa traclisional, atau prosa moclen. Contohnya: Penyair ialah pengunjung pasar kisah Peraih pengalaman Dan pembeli masa suclah (Anak Laut, 2002:20) ii. Anafora, iaitu gaya bahasa pengulangan perkataan pertama pacla setiap baris atau pacla setiap ayat yang biasanya secara 45

furnal Pengajian Melayu, Ji/id 16, 2005 berturutan supaya rnernperoleh kesan tertentu waima dalam bahan prosa atau puisi. Contohnya: Masih di situ Masih memandu kereta lama Masih menuju sekolah yang sama (Sehijau Wtirna Daun, 2002: 15) m. Asonansi, iaitu sejenis gaya bahasa pengulangan bunyi vokal yang sama. Terdapat enam jenis bunyi vokal dalam Bahasa Melayu tetapi dalam penulisan bunyi ini diwakili oleh lambanglambang 'a', 'e', 'i', 'o', dan 'u'. Contohnya: Aku cinta padamu Wahai laut yang bergelora Kerana aku bisa belajar Menjadi seorang jejaka Yang tabah menerima cabaran (Seuntai Kata Untuk Dirasa, 2002: 23) iv. Epifora, iaitu sejenis gaya bahasa pengulangan kata, frasa, beberapa kata pada akhir baris atau ayat yang berturutan. Contohnya: Keli masuk ruan keluar, Matahari masuk bulan keluar. (Sehijau Wtirna daun, 2002: 3) Memang kalau ikutkan hati, aku juga bersimpati dengan mama tetapi aku marahkan abah. Aku salahkan perempuan miang itu yang berjaya menggoda abah. (Abu Hassan Morad, 2001: 2) v. Rima, iaitu bunyi yang sama pada huruf akhirnya atau kata akhir dalam sesuatu rangkap yang terdapat dalam puisi seperti pantun, syair, gurindam atau susunan bunyi atau keselarasan huruf pada akhir kata atau suku kata terakhir dalam sesuatu baris atau serangkap puisi. Contohnya: 46

Pengajaran Caya Bahasa Dalam Bahasa Melayu Pukul gendang kulit kerbau, Dalam Majlis Tari-menari, Kami ini dagang merantau, Mengharap belas orang di sini. (Seuntai kata Untuk Dirasa, 2002: 6) Selain yang di atas, ada lagi gaya bahasa pengulangan yang tidak diberikan penekanan dalam HSP KBSM Bahas Melayu. Amara gaya bahasa tersebut ialah anadiplosis, antanaklasis, asindeton, epanalepsis, epanortesis, epizuekis, erotesis, gradasi, kiasmus, mesodiplosis, paralelisme, polisindeton, pun/paronomasia, responsif, simplok, tautotes, dan woordopname (Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2005a dan 2005b). Gaya Bahasa Penyirnaan Dalam HSP KBSM Bahasa Melayu Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima, gaya bahasa penyirnaan turut disentuh, iaitu sinkop. i. Sinkop, iaitu pengguguran huruf sisipan atau suku kata sisip bagi perkataan a tau dengan menghilangkan huruf tengah atau suku kata tengah bagi perkataan. Contohnya: Andikara Adikara Baham baru Dahulu dulu Nenekanda nenenda Sahaja sa1a Saha ya saya Semenjak sejak Senantiasa sentiasa Tidak tak Tahu tau Juga JUa UJANG: Tak jua, aku cuma menduga saja. (Sehijau Wtzrna Daun, 2002: 150) 47

}urnal l'engt1jian Melt1yu, Ji/id 16, 2005 Selain sinkop, gaya bahasa penyirnaan yang lain tidak diberikan penekanan dalam HSP KBSM Bahasa Melayu Tingkatan Satu hingga Tingkaran Lima. Namun begitu, guru Bahasa Melayu perlu memiliki pengerahuan tentang jenis-jenis gaya bahasa penyirnaan yang lain. Anraranya ialah aferisis, akronim, apokop, elipsis, dan kata singkatan (Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2005a dan 2005b). Walau bagaimanapun, kesemua jenis gaya bahasa yang tersebut telah disusun berdasarkan keselarasan aras kesukaran mengikut tingkatan. Hal ini berrujuan untuk membolehkan murid menguasai gaya bahasa itu secara berperingkat-peringkat mengikut tingkatan. Contohnya, murid tingkaran dua wajar menguasai jenis gaya bahasa yang telah dipelajarinya semasa di tingkatan satu. Begitu juga dengan murid tingkatan lima, mereka sepatutnya menguasai kesemua kelompok gaya bahasa yang dipelajari semasa tingkatan satu, dua, tiga, dan empat. Oleh sebab itu, dalam HSP KBSM Bahasa Melayu Tingkatan Lima didapati sedikit sahaja gaya bahasa yang dipelajari yang seakan-akan gaya bahasa yang lain ridak payah dipelajari. Dalam buku teks Bahasa Melayu didapati ada pelbagai bahan daripada pelbagai bidang seperti bidang sains, sejarah, agama, undangundang dan kesusasteraan. Oleh yang demikian, penguasaan terhadap laras bahasa penting. Bagi menguasai laras bahasa ini, murid mestilah diajar dan didedahkan dengan laras-laras itu. Hal ini kerana setiap bidang iru mempunyai laras bahasa sains. Perbezaan itu adalah kerana wujudnya penggunaan istilah tertentu dan khusus yang menjadi penanda bagi setiap bidang ini. Oleh itu, guru perlu memainkan peranannya agar murid faham dan dapat menguasai kesemua jenis gaya bahasa dengan baik sekalipun ada sesetengah gaya bahasa itu tidak ditekannya dalam HSP KBSM, namun guru perlulah menjelaskan kepada murid. Pendekatan pengajaran Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan akan dapat dicapai melalui pemilihan pendekatan mengajar yang sesuai, tepat, dan menarik. Berdasarkan teori bahasa, ada beberapa jenis pendekatan yang boleh digunakan untuk pengajaran bahasa. Antaranya ialah pendekatan 48

Pengajaran Caya Bahasa Dalam Bahasa Melayu deduktif, induktif, eklektik, dan komunikati Bagi memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai, guru mestilah mengetahui dan memahami pendekatan-pendekatan mengajar yang sesuai dengan isi pengajarannya. Lazimnya, pendekatan induktif dan deduktiflah yang kerap digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa yang berkesan, maka aspek penguasaan gaya bahasa dan laras bahasa dalam karya penulisan kreatif dan bukan kreatif ini boleh dicapai sekiranya guru bijak memilih pendekatan yang sesuai. Sehubungan dengan perkara itu, pendekatan induktif menghendaki guru mengajar bahasa dengan cara menunjukkan penggunaan unsurunsur bahasa yang diajar melalui contoh-contoh, iaitu sebelum dibuat generalisasi undang-undang unsur bahasa itu. Ringkasnya, pendekatan induktif ini merupakan penyampaian pelajaran daripada yang mudah kepada yang lebih kompleks atau daripada yang konkrit kepada yang abstrak. Hal ini dapat dilihat dengan jelas berdasarkan rumus di bawah: Contoh-contoh Konkrit -+- Hukum/Konsep -+- Abstrak Contoh: lni laut kita, lindungilah dari pencemaran lni hutan kita, lindungilah dari pemusnahan lni langit kita, lindungilah dari keracunan lni sungai kita, lindungilah dari pembuangan ( Sehijau Wftrna Daun, 2002: 14) Aktiviti pengajaran dan pembelajaran: Murid diminta untuk menyenaraikan jenis gaya bahasa pengulangan yang terdapat dalam sajak tersebut. - Murid diharapkan dapat mengenal pasti pengulangan kata pada awal baris secara berturutan 49

50 jurnal Pengajian Melayu, Ji/id J 6, 2005 Soalan yang ditanya: 1. Sebutkan kata yang berulang (Jawapan: lni, Kita, Lindungilah dan dari) 11. Di manakah letaknya perkataan tersebut dalam baris? (Jawapan: awal dan tengah baris secara berturutan) 111. Apakah nama jenis gaya bahasa pengulangan itu? (Jawapan: Anafora & Mesodilopsis) - Murid diminta memberi definisi gaya bahasa tersebut Selain itu, guru juga boleh menggunakan pendekatan deduktif untuk pengajaran dan pembelajaran aspek penguasaan gaya dan laras bahasa ini. Pendekatan ini merupakan lawan kepada pendekatan induktif Pendekatan deduktif menggariskan bahawa pengajaran undangundang unsur bahasa itu lebih diutamakan daripada penggunaan bahasa (Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2003: 121-122). Pelajaran bahasa dimulakan dengan huraian undang-undang bahasa sebelum guru memberikan contoh-contoh yang menggunakan undang-undang itu dalam ayat. Misalnya, guru mengajar tajuk gaya bahasa, maka dia hendaklah terlebih dahulu memberikan definisi gaya bahasa yang difokuskan sebelum menunjukkan contoh-contoh gaya bahasa itu dalam ayat. Di samping itu, pendekatan ini memerlukan murid memperoleh kefahaman yang mendalam, pengetahuan yang cukup dan mampu memilih prinsip atau peraturan yang telah dipelajari dengan tepat untuk diaplikasikan kepada contoh-contoh yang khusus. Dengan demikian, dalam proses pengajaran, guru perlu menekankan kaedah huraian atau pemecahan dan menggunakan kemahiran yang bercorak menceritakan, menerangkan, menjelaskan, menganalisis dan sebagainya. Hal ini kerana setiap pernyataan atau hujah itu akan menjadi kuat apabila adanya ideaidea sokongan dan alasan-alasan yang logik. Yang berikut ialah rumus pendekatan deduktif: Hukum (generalisasi) Abstrak Contoh-contoh Konkrit

l'eng11jaran Caya Bahasa Dalam Bahasa Melayu Contohnya: Personifikasi Personifikasi bermaksud menginsanan atau pemberian ciriciri peribadi orang atau sifat-sifat manusia kepada sesuatu benda, binatang, tumbuh-tumbuhan, keadaan, peristiwa, barang yang tidak bernyawa, atau idea yang abstrak Contoh: dedaun membisikkan sesuatu pag1 mengucup mesra terasa angin sejuk merayap di pipiku Aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah seperti yang berikut : pembelajaran yang akan dipelajari dinyatakan maksud gaya bahasa personifikasi dijelaskan Contoh-contoh yang disediakan guru dinyatakan Murid diminta memberi contoh daripada teks dan contohcontoh lain Waiau bagaimanapun, guru tidak semestinya terikat dengan pendekatan induktif, deduktif, eklektik, dan komunikatif tetapi boleh mengaplikasikan sebarang pendekatan lain yang sesuai dengan konteks mengikut kreativiti masing-masing. Penutup Sebagai kesimpulan, pengajaran gaya bahasa dalam karya penulisan kreatif sangat pen ting dan perlu dikuasai. Guru mesti mengetahui dan memahami konsep bagi setiap jenis gaya bahasa yang digariskan dalam HSP KBSM Bahasa Melayu Tingkatan Sam hingga Lima. Tanpa 51

Jurnal Pengajian Melayu, Ji/id 16, 2005 penguasaan dan pengetahuan yang betul, kemungkinan guru akan gagal untuk melaksanakan tugasnya sebagai pendidik yang berkualiti. Jadi, guru mestilah merancang dan menyediakan persediaan mengajar yang kemas dan sistematik dengan mengambil kira aspek kekuatan dan kelemahan setiap pendekatan bagi memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Pendekatan mengajar yang dipilih mestilah diintegrasikan dengan kaedah dan teknik yang akan dilaksanakan di dalam bilik darjah. Hal ini kerana pemilihan pendekatan, kaedah, dan teknik yang sesuai dan betul juga sangat penting dalam mewujudkan suasana pengajaran yang menarik dan berkesan yang mampu mencapai objektif, lebih-lebih lagi pengajaran yang berkesan mestilah bermula daripada satu perancangan yang sistematik yang berupaya menjayakan misi dan visi ke arah pendidikan guru yang berkualiti dan globalisasi. Rujukan Abu Hassan Morad, 2001. Julia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. A. Rahman Hanafiah, 2002. Merdeka! Merdeka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Dzul karnain lsnin, 2000. Tragedi Empat Disember. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Dewan Edisi Ketiga, 1996. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002. Antologi Anak Bumi Tercinta. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002. Antologi Anak Laut. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002. Antologi Kerusi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 52

Pengajaran Gaya Bahasa Dalam Bahasa Melayu Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002. Antologi Sehijau Wtzrna Daun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002. Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan V. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Maaruf Mahmood, 2000. Anak Din Bio/a. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Hassan Basri Hj. Nik Ab. Kadir, 2003. Teori bahasa: Implikasinya Terhadap Pengajaran Tatabahasa. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. -, 2004a. "Menguasai Gaya Bahasa dan Laras Bahasa dalam Karya Penulisan Kreatif". Mengajar dan Be/ajar Bahasa Melayu. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. -, 2004b. "Menguasai Gaya Bahasa dan Laras Bahasa dalam Karya Penulisan Bukan Kreatif". Kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Pengajaran Guru 2004, anjuran Jabatan Bahasa Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris pada 19 hingga 21 September 2004., 2004c. "Pengajaran Gaya Bahasa Penulisan Kreatif dalam Bahasa Melayu". Kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Pengajaran Guru 2004, anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris dan JPPG pada 29 November hingga 1 Disember 2004., 2005a. Citra Komsas, Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. -, 2005b. Stilistik: Komsas, Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. 53

Jurnal Pengajian Melayu. Ji/id 16, 2005 Othman Puteh, 2001. Terminal Tiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Rahman Shaari, 1987. Glosasi Istilah Sastera. Kuala Lumpur: Terbitan 'K' Publishing & Distributors Sdn. Bhd. Taringan, H.G., 1985. Pengajaran Gaya Bahasa. Bandung: Pcnerbit Angkasa. 54