PENGURUSAN EMOSI WANITA HAMIL LUAR NIKAH MENURUT PERSPEKTIF ISLAM : SATU TINJAUAN LITERATUR

dokumen-dokumen yang mirip
"SABAR ANUGERAH TERINDAH"

Pengaruh Pengetahuan Agama ke Atas Amalan Agama dan Gaya Hidup Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia

Simdrom Down. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

KKD 2063 Pembangunan Sahsiah

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

Objektif. Topik yang akan dipelajari SIMPOSIUM 2015 METODOLOGI PENGELUARAN HUKUM DALAM ISLAM. Ciri-Ciri Syariat Islam Ustaz Sayid Sufyan b Jasin

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME NAMA NURUL AMIRAH BINTI MOKHTAR NOMBOR MATRIK A146234

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAB LISAN 19 JUN 2014 (KHAMIS) Dato' Ar. Wan Mohammad Khair-il Anuar bin Wan Ahmad [ Kuala

RUMAHKU SYURGAKU Majalah Sinar Rohani, Mac 2002

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

BAB 5 PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN

Kepelbagaian Budaya Menurut kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 102, kepelbagaian ialah perihal berbagai-bagai jenis. Kepelbagaian merangkumi

Penyelidikan Pelajar Sarjana Pendidikan Islam UKM: Fokus Dan Hala Tuju. oleh. Shahrin Awaludin Fakulti Pendidikan UKM

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

INTERVENSI KRISIS. Oleh: Dr. Nor Shafrin bt. Hj. Ahmad (KB, PA) Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

Model Pengajaran dan Pembelajaran Empat Imam Mazhab

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK 1813 Motivasi dan Emosi (Minggu 4)

PENDIDIKAN KESIHATAN

BAB SATU PENGENALAN. Hikmat terbesar daripada penurunan al-qur an al-karim dengan tujuh

PENDIDIKAN KESIHATAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

NAMA PELAJAR : SITI NUR HASINAH BINTI HUSSIAN NO MATRIK : P79063 TAJUK: STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA OLEH PELAJAR CEMERLANG PENSYARAH:

SKP2501 PENGANTAR PSIKOLOGI

TEKS UCAPAN PERASMIAN OLEH NAIB CANSELOR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA Y.BHG PROF. DATO DR MUSA BIN AHMAD

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

Masalah Kesihatan Mental Kurang Menerima Perhatian

Universiti Malaysia PAHANG engineering' Technology' CreatMty

MINGGU MODUL / TAJUK STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN STANDARD PRESTASI CATATAN JAN

Borang Soal Selidik. Kurikulum Tirukkuṟaḷ dalam sukatan pelajaran Bahasa Tamil sekolah rendah dan. menengah ke arah Pembentukan insan holistik

Tajuk 7: Perkembangan Sosio-Emosi. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

Kenapa kebencian? Apakah yang membuat seseorang itu membenci?

AMALAN-AMALAN ISLAM DAN KESANNYA TERHADAP PELAJAR ALIRAN AGAMA KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH AGAMA PARIT RAJA BATU PAHAT, JOHOR KHAIRIAH BINTI SULAIMAN

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 6 Mac 2015 / 15 Jamadilawal 1436 Kepentingan Akhlak Yang Mulia

KEFAHAMAN DAN AMALAN DALAM BERAGAMA: KAJIAN TERHADAP PELAJAR BARU UiTM PAHANG DAN PELAJAR BARU UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

UNSUR KESANTUNAN DALAM TAFSIR PIMPINAN AR-RAHMAN

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

BAB 6 PENUTUP. juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh

Ulasan Buku/Book Review

Psikologi industri & organisasi jilid 2. Sinopsis:

Program Kepimpinan Pengawas Sekolah Kebangsaan Convent Greenlane dan Pusat Pengajian Ilmu pendidikan, Universiti Sains Malaysia

ULASAN KES JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN & YL LWN BERJAYA BOOKS SDN. BHD. & YL [2015] 3 CLJ 461

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK813 Faktor-faktor Pembentukan Kaunseling (Minggu 4)

Kaunseling mampu selamatkan...mahligai bergelora Pasangan akui perlunya komunikasi, bijak sesuai diri hidup bersama dan tahu peranan masing-masing

PENGENALAN KEPADA KONFLIK, AMARAH, STRES DAN KRISIS

KANDUNGAN Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21 Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru

FACT SHEET

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

PENDIDIKAN KESIHATAN

PENDIDIKAN KESIHATAN

NOMBOR DAN ABJAD TERBALIK. Oleh. Sumiyati binti Abdul Halim Jikem ABSTRAK

Pemerkasaan Bahasa Melayu Melalui Penerapan Pendekatan Pembelajaran Kontekstual: Satu Anjakan Teori dan Amalan

MASALAH PELAJAR DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) TERHADAP PENCAPAIAN MARKAH TUGASAN

Pengenalan kepada Kaunseling

Peranan Penyokong Kumpulan Advokasi Diri

STRATEGI DAYA TINDAK DIKALANGAN PELAJAR DAN BAGAIMANA MEMUPUKNYA DR. WAN ANOR BIN WAN SULAIMAN, KB;PA SEKOLAH PSIKOLOGI & KERJA SOSIAL, UMS

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN MENGURUSKAN PEGAWAI/STAF YANG BERPRESTASI RENDAH DAN YANG BERMASALAH DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Prinsip-prinsip Tingkah Laku Korporat

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK 1813 Motivasi dan Emosi (Minggu 2)

BAB KEENAM PENUTUP. Bab ini menyimpulkan semua permasalahan kajian iaitu menjelaskan perbandingan

Psikologi kognitif. Sinopsis:

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN BUKAN LISAN MESYUARAT PERTAMA. PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

3. Isu / Cabaran : Kesukaran Menulis dan Mengetahui Nilai Nombor

: Saya Adalah Ibubapa_Keluarga. : Booklet Memahami Relapse & Cara Mencegahnya. Maklumat Am

Pembangunan modal insan menurut perspektif Al Quran. Sinopsis:

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SIRAH KBK 4 NAMA:

Teknik berkesan mendidik anak. Sinopsis:

HHHC9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SEMESTER 1 SESI 2014/2015 SET 4 TUGASAN 1:

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

Pengamalan Ibu Hamil Terhadap Pendidikan Bayi Semasa Dalam Kandungan di Bandar Baru Bangi

Teori Perkembangan Moral Kohlberg. Penaakulan Moral. Elemen-elemen Penaakulan Moral. Peringkat-peringkat Penaakulan Moral. Peringkat 5 Kontrak Sosial

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB PERTAMA PENGENALAN. Pembinaan ayat dalam bahasa Arab terdiri daripada tiga bentuk : Jumlat ismiyyat,

ISU SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG SIRI 19

PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN. Nordin Tahir JIP

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

Pengenalan Kecerdasan Emosi

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. menjawab persoalan-persoalan kajian dan mengusulkan cadangan-cadangan untuk

Pekerja industri : isu & teknik penyelesaiannya. Sinopsis:

HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI (Set31) BAGAIMANA PENGGUNAAN JARINGAN SOSIAL MEMBERI KESAN KEPADA KANAK-KANAK.

(TUGASAN INDIVIDU: PENYALAHGUNAAN LORONG KECEMASAN DI MALAYSIA)

Katakunci : masalah pelajar perdana, latihan industri

Ulasan Buku / Book Review Dilema Ummah di Malaysia oleh Muhammad Syukri Salleh Bangi: Penerbit UKM. 66 halaman.

Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

Penerbit UTHM Cetakan Pertama 2011

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENTOR

7 CIRI BUDAYA POLITIK MATANG SEJAHTERA (BPMS)

PANDUAN APLIKASI PSIKOLOGI DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

Transkripsi:

At-Tahkim, Vol. 9, No. 29.07. 2019 ISSN No. 2541-3856 PENGURUSAN EMOSI WANITA HAMIL LUAR NIKAH MENURUT PERSPEKTIF ISLAM : SATU TINJAUAN LITERATUR Najwa binti Ahmad Basir & Salasiah Hanin Hamjah Pusat Kesejahteraan Insan dan Komuniti Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia 43600, UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia Email: najwabasir93@gmail.com; salhanin@ukm.edu.my. Abstrak: Emosi merupakan suatu elemen dalam diri seorang manusia yang mampu mempengaruhi sebarang keputusan dalam kehidupan. Emosi yang stabil membolehkan seseorang individu itu berfikir secara waras dan sempurna manakala seseorang yang berada dalam keadaan emosi yang tidak stabil akan mampu melakukan perkara yang bertentangan dengan kewarasan yang normal. Justeru itu, pengurusan emosi amat diperlukan terutamanya apabila seseorang sedang menghadapi ujian atau fasa-fasa kritikal dalam kehidupan. Artikel ini akan membincangkan pengurusan emosi bagi wanita yang hamil luar nikah menurut perspektif Islam. Umumnya wanita merupakan golongan yang mudah terganggu emosi mereka lebih-lebih lagi bagi yang pernah mengalami sejarah hitam dalam hidupnya. Perubahan emosi seperti kesunyian, kemurungan, tertekan dan kecewa antara emosi yang sering dialami oleh mereka yang hamil luar nikah. Hal ini perlu ditangani dengan kaedah yang tepat agar dapat membantu mereka mengawal emosi. Pendekatan spiritual sangat perlu dalam membantu mereka merasai ketenangan iaitu dengan cara mendekatkan diri kepada Allah. Oleh itu, beberapa kaedah pengurusan emosi yang bertepatan dengan perspektif Islam telah dibincangkan agar dapat membantu mereka yang hamil luar nikah untuk lebih tenang dalam menguruskan emosi mereka agar langkah yang dilakukan mampu menjadikan mereka seseorang yang lebih baik dan tabah dalam menghadapi ujian kehidupan. Kata Kunci : Pengurusan, emosi, wanita, hamil luar nikah, Islam I. Pendahuluan Seorang wanita yang hamil sudah pasti berdepan dengan pelbagai perubahan sama ada dari segi emosi, fisiologi mahupun fizikal. Mereka memerlukan sokongan dan semangat daripada keluarga lebih-lebih lagi sokongan daripada seorang suami. Hal ini berbeza bagi mereka yang hamil luar nikah. Tanpa kehadiran seorang suami yang sah dan dengan kehadiran seorang bayi di dalam rahimnya sudah pasti membawa kesan yang sangat besar dalam diri mereka. Berdasarkan kepada kajian Tahap Pengherotan Kognitif, Kesunyian, Kemurungan, Penghargaan Kendiri, dan Sokongan Sosial dalam Kalangan Wanita Hamil Luar Nikah, dapatan kajian menunjukkan bahawa wanita yang hamil tanpa nikah ini mempunyai tahap kesunyian, kemurungan, pengherotan kognitif, penghargaan kendiri dan sokongan sosial yang sederhana (Rohany et. al, 2015). II. Pernyataan Masalah Secara umumnya, emosi dikenali juga sebagai perasaan yang terdapat dalam diri setiap individu dan dikawal oleh individu tersebut dengan dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Kecerdasan emosi lebih dilihat sebagai suatu himpunan kemampuan mental yang membantu setiap individu untuk mengenal pasti serta memahami perasaan sendiri dan perasaan orang lain dan seterusnya membantu meningkatkan keupayaan setiap individu untuk mengawal perasaan (Sarawati, 2009). Menurut Kamus Dewan, emosi bermaksud perasaan jiwa iaitu batin yang kuat seperti sedih, marah dan lain-lain. Selain itu, emosi merupakan satu perkataan dari bahasa Greek iaitu emover yang bermaksud untuk keluar dan merupakan keadaan perasaan atau fikiran yang terangsang dan melibatkan perubahan psikologi dan fisiologi kepada seseorang individu serta dipamerkan dalam bentuk tindakan dengan tujuan untuk memenuhi kepuasan diri individu itu sendiri (Mahmood Nazar, 1992). Manakala dalam Oxford Advanced Learners Dictionary (1995) pula, diyatakan bahawa emosi adalah suatu perasaan yang kuat dan mengandungi pelbagai jenis perasaan seperti kasih sayang, keriangan, benci, takut, cemburu, keseronokan dan gangguan pada perasaan. Seterusnya, menurut Goleman (1998), kecerdasan emosi (EQ) adalah kebolehan untuk mengawasi emosi diri dan emosi pihak lain agar seseorang

29 individu dapat membezakan kebaikan, dan seterusnya dapat menggunakan maklumat tersebut untuk membantu fikiran serta tindakan seseorang. Kesimpulannya, emosi dapat difahami sebagai perasaan yang terdapat di dalam jiwa atau hati seseorang, yang silih berganti, seperti sedih, marah, benci, suka, sayang, riang, gembira, takut, cemburu, seronok dan kecewa. Emosi ini kadang-kadang terpamer dalam bentuk mimik muka dan tindakan sehingga merubah keadaan fisiologi dan psikologi seseorang. Kemampuan mental yang bijaksana adalah penting bagi seseorang untuk memahami emosinya sendiri dan emosi orang lain agar dapat membantunya mengawal emosi bagi melangsungkan kehidupan yang bahagia. III. Metodologi Kajian Bagi mendapatkan data-data yang tepat atau hampir tepat serta mendapat dapatan kajian yang berkualiti, Kajian ini merupakan kajian kualitatif menggunakan kaedah kajian kepustakaan dan juga reka bentuk analisis kandungan. Pengkaji mengumpul data menerusi analisis kandungan berkaitan. IV. Hasil Kajian A. Emosi Menurut Perspektif Islam Menurut perspektif Islam, emosi dipengaruhi oleh spiritual atau dalaman seseorang. Hal ini merupakan satu konsep yang unik dan tersendiri kerana Tauhid menjadi paksi utama dalam menentukan garis panduan kecerdasan emosi. Dalam waktu yang sama, emosi yang dipengaruhi oleh spiritual yang kuat mampu menjelaskan tentang peranan akidah Islam bagi menyuburkan perasaan reda dan syukur dalam diri. Hal ini berbeza dengan kecerdasan emosi yang diperkenalkan oleh Sarjana Barat yang meletakkan faktor humanis sebagai penentu seseorang itu mampu mencapai tahap kecerdasan yang baik atau tidak. Penghayatan dalam agama bukanlah nilai bagi seseorang itu mencapai tahap kecerdasan emosi yang tinggi. Oleh sebab itu, konsep kecerdasan emosi dalam Islam ini wajar dikembangkan dan dijadikan sebagai satu garis panduan bagi melihat tahap kecerdasan emosi sebenar menurut Islam (Saleha, Hafizah, 2016). Dalam konteks spiritual Islam, Agustian (2001) telah menggabungkan lima rukun Islam serta enam rukun iman sebagai elemen pengukuran tahap ESQ dan memperkenalkan istilah ESQ di dalam tulisan beliau berkenaan Emotional Spiritual Quotient (ESQ). Manakala menurut Sohaimi (2014), ESQ juga merupakan rangkuman emosi-sosio-spiritual yang bukan hanya menjadikan seseorang itu berupaya untuk mengenali emosi sendiri dan berupaya membuat keputusan yang bijak, tetapi juga berupaya menguasai tiga domain utama lain iaitu yang pertama, memotivasikan emosi negatif melalui pengetahuan dan kemahiran spiritual seperti bersabar dengan ujian hidup, berkeyakinan bahawa setiap usaha ada ganjarannya, yakin dengan kebolehan diri, berserah kepada Tuhan setelah berusaha dan berdoa memohon bantuan- Nya. Kedua, mengenali emosi orang lain berasaskan prinsip ajaran agama atau nilai yang dikongsi bersama seperti berkebolehan menghormati kepercayaan dan pandangan orang lain, menjaga perasaan orang lain, memahami latar belakang orang lain dan tidak mengganggu hak orang lain. Ketiga, mengendali hubungan dengan orang lain melalui ajaran agama atau nilai yang dikongsi bersama seperti berkemampuan memelihara dan mengekalkan hubungan sedia ada serta berkebolehan mewujudkan jalinan hubungan baru dengan orang lain. B. Pengurusan Emosi Wanita Hamil Luar Nikah Hamil luar nikah bermaksud mengandung disebabkan hubungan seks antara lelaki dengan perempuan tanpa ikatan perkahwinan yang sah dari segi agama dan undang-undang negara. Kesalahan ini bermakna, mana-mana perempuan yang didapati telah hamil tanpa pernikahan yang sah di sisi hukum syarak, adalah secara jelas telah melakukan satu kesalahan dengan sendirinya. Namun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa kehamilan juga mungkin berlaku akibat dirogol. Dalam keadaan ini, pembuktian terletak di atas bahu wanita yang hamil itu. Istilah seks luar nikah lebih dikaitkan dengan konteks keagamaan (Zubaidah Ismail, 2017).Pengurusan emosi sememangnya penting bagi seorang wanita kerana golongan ini diciptakan sebagai individu yang sarat dengan emosi dan mudah dipengaruhi oleh emosi tersebut. Dalam perbandingan antara jantina, perempuan menunjukkan ekspresi emosi yang lebih besar jika dibandingkan dengan lelaki. Perempuan mengalami emosi secara lebih kuat dan mampu menunjukkan ekspresi emosi, baik positif mahupun negatif dengan lebih kerap, kecuali kemarahan (Muhammad, 2011). Hal ini kerana wanita

30 mengalami perubahan hormon pada fasa tertentu dalam kitar kehidupan mereka. Fasa yang dimaksudkan adalah waktu prahaid, mengandung, berpantang dan semasa atau selepas menopaus. Seseorang wanita, tidak kira asal-usulnya, tahap pendidikan, status ekonomi dan sebagainya, boleh terdedah kepada masalah kesihatan mental yang sama semasa melalui fasa penting ini. Mereka terdedah kepada beberapa masalah kesihatan mental seperti gangguan emosi sebelum atau sekitar waktu haid iaitu sindrom prahaid dan kecelaruan disforik prahaid (PMDD), gangguan emosi sewaktu mengandung, gangguan emosi sewaktu berpantang dan gangguan emosi sekitar atau selepas menopaus (Kementerian Kesihatan Malaysia,2017). Kenyataan ini menunjukkan bahawa perubahan-perubahan hormon yang berlaku kepada wanita turut menyumbang kepada cepatnya berlaku perubahan emosi lebih-lebih lagi bagi mereka yang hamil luar nikah. Mereka ini sangat mudah mengalami perubahan emosi yang tidak stabil lebih-lebih lagi bagi mereka yang dibuang oleh keluarga. Kesunyian, kemurungan dan tertekan antara emosi yang sering dirasai oleh golongan ini. Dapatan kajian oleh Rohany dan rakan-rakannya dalam sebuah jurnal yang bertajuk Hubungan Antara Kesunyian dan Sokongan Sosial terhadap Kemurungan dalam Kalangan Wanita Hamil Tanpa Nikah menunjukkan bahawa wanita hamil luar nikah cenderung untuk mengalami kemurungan dan kesunyian dalam diri. Kesunyian saling berkait rapat dengan kemurungan. Hal ini demikian kerana apabila wanita hamil luar nikah mengalami kesunyian, mereka akan cenderung untuk mengalami kemurungan selepas itu (Rohany et al., 2016). Jelas, bagi seorang wanita yang hamil luar nikah, amat mudah untuk mereka mengalami perubahan emosi dan antaranya mereka lebih mudah mengalami kemurungan, berasa sunyi, tertekan dan sebagainya. i- Kemurungan Kemurungan ialah salah satu kategori gangguan psikiatri yang melibatkan gangguan pada emosi individu. Kebiasaannya, individu yang mengalami kemurungan akan menunjukkan rasa sedih, murung, rasa rendah diri, tidak bermaya, putus ada dan sering menyalahkan diri sendiri di atas setiap perkara yang berlaku dalam kehidupannya (WHO, 2017). Wanita yang hamil luar nikah berpotensi untuk mengalami kemurungan. Hal ini kerana kebanyakan wanita yang hamil tanpa ikatan nikah yang sah akan dicemuh, dipandang hina, dan dianggap telah mencemarkan nama keluarga dan kebiasaannya wanita tersebut akan dibuang oleh keluarga mereka sendiri. Hal ini memberi impak yang besar kepada mereka yang mengalaminya dan seterusnya berisiko tinggi untuk mengalami pelbagai masalah dari segi psikologi, emosi dan fizikal (Dove & Miller, 2007). Akhirnya, kesemua masalah ini akan memberi kesan psikologi kepada wanita yang hamil ini seperti masalah kemurungan, kesunyian, dan segelintir daripada mereka memilih jalan yang singkat untuk keluar daripada masalah ini dengan cara membunuh diri. Kemurungan dalam kalangan wanita hamil tanpa nikah telah meningkat kerana kesunyian dan kurangnya sokongan sosial daripada keluarga, rakan dan masyarakat (Rohany et al., 2015).Antara kaedah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah kemurungan ialah melalui pendekatan tazkiyah al-nafs. Suatu kajian yang bertajuk Pendekatan Tazkiyah al-nafs dalam Menghadapi Postpartum Depression mendedahkan kepada masyarakat tentang kepentingan pendekatan tazkiyah al-nafs sebagai satu cara untuk membantu mengatasi gangguan emosi melalui amalan tertentu bagi pemulihan jiwa dan mencegah kemurungan (Nadiea & Salasiah, 2017). Proses tazkiyah al-nafs ini melibatkan usaha untuk menghiasi jiwa (al-tahalli) iaitu dengan melakukan amalan kebajikan namun proses ini memerlukan kesabaran yang tinggi kerana memerlukan suatu tempoh masa yang panjang (Salasiah, 2016). Salah satu daripada proses tazkiyah al-nafs adalah amalan kerohanian iaitu perlaksanaan ibadah seperti solat, bersedekah, membaca al-quran, berpuasa, zikrullah dan mengingati mati. Amalan-amalan ini merupakan wasilah dalam proses pembersihan jiwa (Zuridan 2010). Justeru itu, pembersihan jiwa yang disemai dengan amalan-amalan kerohanian ini akan membantu golongan wanita yang hamil luar nikah ini untuk memulihkan jiwa mereka dan seterusnya membantu mereka mengatasi masalah kemurungan. ii- Berasa sunyi Kesunyian merupakan salah satu perasaan negatif yang mampu memberikan kesan terhadap kesejahteraan individu dan kebiasaannya perasaan ini menggambarkan rasa ingin bersendirian atau ingin mengasingkan diri daripada orang lain (Pinquart, M. 2003). Suatu kajian yang bertajuk Tahap Pengherotan Kognitif, Kesunyian, Kemurungan, Penghargaan Kendiri, dan Sokongan Sosial dalam Kalangan Wanita Hamil Luar Nikah telah merumuskan bahawa wanita hamil tanpa nikah ini berdepan dengan risiko yang tinggi untuk berasa sunyi lebih-lebih lagi setelah dibuang keluarga dan tanpa kehadiran seorang suami. Kajian lepas mendapati bahawa antara faktor-faktor risiko kesunyian yang utama ialah kurang sokongan sosial, kurang komunikasi dan interaksi, dan berpisah dengan keluarga (Chalise, 2010; Ezra dan Leitsch, 2010). Antara kaedah yang boleh dilakukan bagi mengatasi kesunyian adalah melalui sokongan sosial. Sokongan yang diberikan perlu untuk menaikkan semangat dan mengingatkan mereka yang kesunyian ini untuk kembali mendekatkan

31 diri kepada Allah. Wanita yang hamil tanpa nikah sangat memerlukan sokongan dan galakkan daripada masyarakat mahupun ahli keluarga sendiri. Kesunyian boleh dielakkan sekiranya masyarakat dan keluarga tidak menyisihkan mereka sebaliknya membantu mereka kembali kepada kehidupan yang benar. Chalise (2010) mendapati bahawa terdapat perhubungan yang signifikan di antara sokongan sosial dan kesunyian. Pettigrew dan Roberts (2008) pula menyatakan bahawa kesunyian boleh dikurangkan dengan mempunyai kawan dan keluarga yang boleh dijadikan sandaran untuk mendapatkan sokongan emosi. Melalui perspektif Islam, wanita yang hamil luar nikah disarankan untuk melibatkan diri dengan program-program yang menerapkan nilai-nilai Islam. Hal ini dipraktikkan bagi mereka yang berada di pusat perlindungan. Mereka digalakkan untuk melakukan solat secara berjemaah dan melantik imam secara bergilir dari kalangan mereka. Selain itu, usaha seperti memperdalami pengetahuan agama melalui pembacaan dan perbincangan bersama masyarakat di sekeliling boleh dilakukan agar mereka tidak berasa sunyi (Khairul, Husna, 2016). Selain itu, wanita hamil luar nikah yang mengalami rasa kesunyian akibat dibuang keluarga boleh mengisi masa lapang dengan memperbanyakkan membaca al-quran dan buku-buku Sejarah Islam. Di dalam al-quran terdapat banyak kisah yang boleh dijadikan pengajaran bagi membina kekuatan spiritual. Pembacaan tafsir al-quran yang mempunyai banyak pengajaran apabila dibaca seolah-olah ditujukan kepada diri sendiri (Salasiah 2016) akan menyuntik kekuatan ke dalam diri untuk menempuh ujian tersebut kerana yakin dengan ganjaran pahala atas kesabaran menempuh ujian. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud : Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala dari apa yang mereka telah kerjakan. (Surah al-nahl, ayat 97). Di dalam Sejarah Islam juga banyak kisah nabi yang boleh dijadikan motivasi untuk bangun dari kesedihan seperti kisah nabi Yusuf yang difitnah dan dipenjara, kisah nabi Musa yang dihanyutkan ke sungai dan kisah nabi Muhammad SAW yang menghadapi kesedihan akibat kematian orang disayangi semenjak masih kecil. Pembacaan al-quran dan Sejarah Islam ini bukan sahaja boleh memberi kekuatan menghadapi ujian kehidupan tetapi dalam masa yang sama dapat menambah ilmu pengetahuan dan bersemangat untuk meneladani para solehin agar menjadi insan yang berguna kepada agama. iii- Tekanan Hans Selye (1974), pengasas teori tekanan telah menjelaskan tekanan sebagai sesuatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh bebanan yang menimpanya. Selain itu, Times Chambers Combine Dictionary Thesaurus (1995) mendefinisikan tekanan sebagai reaksi seseorang sama ada dari segi fizikal atau emosi atau keduaduanya yang boleh menyebabkan gangguan bukan sahaja kepada psikologi tetapi juga kepada fizikal seseorang. Hal ini menunjukkan bahawa tekanan boleh mendatangkan kesan yang negatif kepada seseorang. Kita tidak mampu untuk mengelak daripada menghadapi tekanan tetapi kita masih mampu berusaha untuk mengawalnya agar tidak mendatangkan kesan yang negatif kepada diri kita mahupun orang lain (Juraimy, Azan, 2014). Punca-punca tekanan ini terbahagi kepada tiga iaitu tekanan daripada persekitaran, tekanan yang berpunca daripada psikososial dan tekanan yang berpunca daripada personaliti seseorang itu. Dalam konteks wanita hamil luar nikah, mereka akan mengalami tekanan apabila terpaksa menghadapi kehidupan dan persekitaran yang menghukum dan membuang mereka, di samping terjadinya pelbagai konflik di sekeliling mereka serta tekanan yang berpunca daripada diri mereka sendiri apabila ada dalam kalangan mereka yang tidak dapat menerima apa yang telah terjadi. Antara kaedah yang dapat dilakukan dalam menguruskan tekanan adalah berusaha untuk menerima hakikat dan kenyataan. Setiap individu harus menerima kenyataan bahawa ada beberapa perkara yang tidak boleh atau sukar untuk diubah (Juraimy, Azan, 2014). Dalam konteks seorang Muslim, kita harus menerima Qada dan Qadar. Kita tidak dapat mengubah apa yang telah terjadi namun kita boleh berusaha untuk memperbaiki masa yang akan datang. Selain itu, tekanan dapat dikurangkan dengan cara banyakkan berzikir, berdoa dan beristighfar kepada Allah SWT. Ibadah-ibadah yang dilakukan ini mampu meredakan tekanan yang dihadapi. Konsep bermunajat kepada Allah SWT amatlah dituntut seperti mana firman Allah SWT yang maksudnya: Maksudnya : Maka berzikirlah (ingatlah) kepada-ku, nescaya Aku akan mengingati kamu sekalian. Saranan mendirikan solat dan ibadah ini adalah bertepatan dengan Firman Allah SWT dalam Surah al-baqarah ayat 153 yang bermaksud : Wahai orang yang beriman, mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam

32 menyempurnakan suatu perintah Allah) dengan bersabar dan dengan mengerjakan sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.kaedah yang berkesan bagi mengatasi tekanan adalah dengan kembali kepada Islam iaitu dengan menerima Qada dan qadar Allah SWT serta melakukan ibadah. Ini selari dengan pandangan Robiah (2001) dalam tulisannya bertajuk Remaja dan Pengurusan Diri yang mengatakan bahawa kepercayaan agama merupakan suatu tenaga paling unggul untuk mencegah dan menentang segala unsur negatif yang menyerang emosi dan mental. V. Kesimpulan Secara Kesimpulannya wanita yang hamil secara fitrahnya akan mengalami perubahan emosi namun bagi mereka yang hamil luar nikah, perubahan emosi yang dialami akan lebih dipengaruhi oleh perkara-perkara yang negatif jika tidak diuruskan dengan kaedah yang betul. Oleh itu, seorang Muslim wajib meyakini bahawa Allah akan sentiasa ada untuk membantu hamba-hamba-nya. Hal ini akan menjadikan seseorang yang ditimpa ujian kehidupan lebih kuat untuk berusaha memperbaiki diri dan kembali ke jalan yang diredhai-nya. Ringkasnya, sangat perlu bagi mereka yang hamil luar nikah ini mencari dan mendapatkan solusi yang dapat membantu mereka keluar daripada masalah yang dihadapi agar mereka mendapat kehidupan yang lebih tenang dan baik. Justeru itu, suatu pendekatan Islam yang berkesan amat diperlukan untuk membantu mereka yang hamil luar nikah ini agar dapat mencari kehidupan yang lebih sempurna agar mereka sentiasa berada dalam kehidupan yang mampu menjadikan mereka seseorang yang berguna kepada manusia yang lain.

33 Rujukan 1. Al-Quran 2. Al-Quran Al-Karim & Terjemahan. Al-Quran Darul Iman. Kuala Lumpur: Pustaka Darul Iman Sdn. Bhd 3. Abdullah Bin Muhammad Basmeih (1993) Tafsir Pimpinan al-rahman kepada Pengertian al-quran. Kuala Lumpur : Bahagian Agama, Jabatan Perdana Menteri. 4. Agustian, A.G. (2001). Kecerdasan Emosi dan Spiritual: Rahsia Sukses Membangun Kecerdasan Emosi dan Spiritual. Indonesia: Penerbit Arga 5. Chalise, H., Kai, I., & Saito, T. (2010). Social Support and its Correlation with Loneliness: A Cross-Cultural Study of Nepalese Older 6. Adults. International.Journal of Aging and Human Development, 71 (2): 115-138. 7. Dove, M. K., & Miller, K. L. (2007). Child Sexual Abuse: What Every Educator Should Know. The Delta Kappa Gamma Bulletin, 21-25. 8. Goleman, D (1998). Emotional Intelligence. New York: Bantam Books 9. Hans Selye. 1974. The Motivatio-hygieneTheory: InVictor H. Vroom and Edward L. Deci (Eds), Management and Motivation 1,56. Disunting oleh Baltimore, MD : Penguin Books. 10. Hornby, A. S. 1995. Oxford Advanced Learners Dictionary. Oxford University Press 11. Juraimy Kadir, Ahmad Azan Ridzuan. (2014). Strategi Menguruskan Tekanan dari Perspektif Islam. Jurnal Hadhari, 6(1), 27-41 12. Kamus Dewan. 1998. Edisi Ketiga. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. 13. Khairul Hamimah Mohammad Jodi,Nurul Husna Mansor.(2016).Persepsi Keberkesanan Penerapan Nilai-Nilai Islam Dalam Program Pembangunan Wanita Bermasalah:Penyelidikan Semasa dalampengajian Islam, Akademi Pengajian Islam: UM, 2016, 145-66. 14. Koropeckyj-Cox, T. (1998). Loneliness and depression in middle and old age: Are the childless more vulnerable? The Journals of Gerontology Series B: Psychological Sciences and Social Sciences, 53(6), S303-S312. 15. Mahmood Nazar Mohamed (1992). Pengantar Psikologi: Satu Pengenalan Asas Kepada Jiwa dan Tingkah Laku Manusia. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. 16. Muhammad, A. (2011).Cara kerja emosi dan pikiran manusia. Jogjakarta: Diva press 17. Nadiea Binti Ismail, Salasiah Hanin Hamjah. (2017). Pendekatan Tazkiyah Al-Nafs dalam Menghadapi Postpartum Depression: Satu Analisis Literatur. Jurnal Fikiran Masyarakat. 5 (3), 132-138 18. Pinquart, M. (2003). Loneliness in married, widowed, divorced, and never-married older adults. Journal of Social and personal relationships, 20(1), 31-53. 19. Robiah. 2001. Dalam Zainuddin Abu, Zuria Mahmud Dan Salleh Amat. 2008. Pendekatan Kaunseling Menangani Masalah Kebebasan dalam Kalangan Pelajar Institut Pengajian Tinggi : Kajian Kes. Jurnal Pendidikan 20. Rohany Nasir Zainah Ahmad Zamani Rozainee Khairudin Wan Shahrazad Wan Sulaiman Mohd Norahim Mohd Sani Aizan Sofia Amin. (2015). Tahap Pengherotan Kognitif, Kesunyian, Kemurungan, Penghargaan Kendiri, dan Sokongan Sosial dalam Kalangan Wanita Hamil Luar Nikah. Jurnal Psikologi Malaysia 29 (2), 1-10 21. Rohany Nasir Zainah Ahmad Zamani Rozainee Khairudin, Wan Shahrazad Wan Sulaiman Mohd. Norahim Moh. Sani Aizan Sofia Amin. (2016). Hubungan antara Kesunyian dan Sokongan Sosial Terhadap Kemurungan dalam Kalangan Wanita Hamil Tanpa Nikah. Jurnal Psikologi Malaysia. 30 (1), 152-159 22. Salasiah Hanin Hamjah. 2016. Pendekatan Kaunseling Spiritual Menurut Al-Ghazali. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 23. Siti Sarawati Johar. 2009. Kepentingan Penguasaan Kecerdasan Emosi (EQ) Pelajar Luar Bandar: Harapan dan Cabaran Dalam Pembentukan Modal Insan Berjiwa Kelas Pertama 24. Siti Zubaidah Ismail. 2017. Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah di Malaysia, Cet. 1., Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2017, hlm. 120. 25. Sohaimi Abdul Aziz. (2004). Gejala Sosial Akibat Gagal Imbang IQ dan EQ. Dalam Berita Harian, 9 Mac. 26. Wan Fadhilah Wan Ismail. (2011). Kesan dan Akibat Kehamilan Remaja. MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia. http://www.myhealth.gov.my/index.ph p/kehamilan-remaja/kesan-a-akibatkehamilan-remaja. 27. World Health Organization. (2017). Depression and other common mental disorders: Gloal health estimates. World Health Organization. Geneva. Tarikh capaian: Dimuat turun dari http://www.who.int/mental_health/management/depression/prevalence_obhealt h estimates/en/. 28. Zuridan Mohd Daud. 2010. Penyucian Jiwa. Kuala Lumpur: Mustread Sdn. Bhd.

6