GARIS PANDUAN GERAN PENYELIDIKAN DINAMIK

dokumen-dokumen yang mirip
GARIS PANDUAN GERAN PENYELIDIKAN BESTARI PERDANA (PINDAAN TAHUN 2017)

GARIS PANDUAN GERAN INSENTIF PENYELIAAN (GIP) (PINDAAN TAHUN 2017)

GARIS PANDUAN GERAN PENYELIDIKAN LESTARI (PINDAAN TAHUN 2016)

GARIS PANDUAN GERAN BESTARI

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN (RMC) GARIS PANDUAN FELO PASCA DOKTORAL

DASAR PASCA DOKTORAL UKM-SPKP-CRIM-PK04-GP05

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

ANUGERAH AHLI AKADEMIK HARAPAN UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

Garis Panduan GERAN DANA UCS (DUCS) (PINDAAN 2017) Bahagian Penyelidikan & Inovasi UCS Kampus Puncak Alam (03) /4179

GARIS PANDUAN PELANTIKAN PEMBANTU PENYELIDIK SISWAZAH, PEMBANTU PENYELIDIK, FELO PENYELIDIK DAN PASCA DOKTORAL

ANUGERAH KEPIMPINAN AKADEMIK UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

GARIS PANDUAN PELANTIKAN PENOLONG PENYELIDIK, PEMBANTU PENYELIDIK (PENTADBIRAN PENYELIDIKAN) DAN SISWAZAH PENYELIDIK UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

ANUGERAH AHLI AKADEMIK HARAPAN UiTM 2016 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

Garis panduan ini menerangkan kaedah permohonan dan pelantikan Pembantu Penyelidikan di bawah peruntukan geran projek penyelidikan.

ANUGERAH AHLI AKADEMIK HARAPAN UiTM 2015 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN


ANUGERAH TOKOH AKADEMIK KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

ANUGERAH TOKOH AKADEMIK

ANUGERAH AHLI AKADEMIK HARAPAN UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

SOAL & JAWAB UNIT CUTI BELAJAR BAHAGIAN SUMBER MANUSIA (BSM)

GARIS PANDUAN GERAN SEPADAN (MATCHING GRANT) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

NO. DOKUMEN IPS 631/2017 TARIKH KUATKUASA NO. SEMAKAN 03 HALAMAN 1/11

ANUGERAH PENERBITAN MAKALAH JURNAL UiTM 2013 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL/INDUSTRI

GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN TIER 1 UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

ANUGERAH PENERBITAN MAKALAH JURNAL UiTM 2016 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

1. ANUGERAH KEPIMPINAN AKADEMIK

Garis Panduan ini menerangkan proses pengurusan pelantikan Pasca Doktoral dan Felo Penyelidik di UPM.

GARIS PANDUAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT KECEMERLANGAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

ANUGERAH KHAS UiTM 2013 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

GARIS PANDUAN HADIAH LATIHAN SKIM LATIHAN AKADEMIK BUMIPUTERA (SLAB)/SKIM LATIHAN AKADEMIK IPTA (SLAI)

GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN SUKAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

ISI KANDUNGAN SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1-2

PEKELILING PERKHIDMATAN UPM BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN

MAKLUMAT UMUM IKLAN DAN PERMOHONAN JENIS PROGRAM PROGRAM PENGAJIAN

GARIS PANDUAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN NANOTEKNOLOGI (GPNT)

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN UNTUK MENGHADIRI KONFERENSI/WOKSYOP LUAR NEGARA

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 1997 KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH DOKTOR FALSAFAH) 2007

ANUGERAH PENYELIDIK TERBAIK

GARIS PANDUAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PANJANG ( LRGS ) (pindaan tahun 2013)

GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM (Jangka Pendek)

Pindaan 2013 (Bilangan 1)

GARIS PANDUAN DAN PERATURAN PROGRAM CUTI SABATIKAL

GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM

GARIS PANDUAN DANA PENYELIDIKAN STRATEGIK (KRA)

GARIS PANDUAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK SISWAZAH (GRADUATE RESEARCH ASSISTANT/GRA)

GARIS PANDUAN CUTI PENYELIDIKAN. Tarikh KuatKuasa: 10/03/2008 Tarikh Kemaskini: Unit Latihan, Bahagian Sumber Manusia. Nombor Telefon:

GARIS PANDUAN Entiti Kecemerlangan UiTM 3

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA

Polisi dan Prosedur. Nama Polisi: Polisi dan Prosedur Pengurusan Senat. Nombor Polisi: UTM P.A. 01

GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN FUNDAMENTAL IPTA ( FRGS ) (pindaan tahun 2007)

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK DAN ANTARABANGSA)

PANDUAN DAN PERATURAN CUTI BELAJAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

GARIS PANDUAN GERAN GALAKAN PENYELIDIKAN INDUSTRI/KOMUNITI. No. Isu No. Semakan Tarikh Kuatkuasa

GARIS PANDUAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK SISWAZAH (GRADUATE RESEARCH ASSISTANT/GRA)

Garis Panduan ini bertujuan untuk menerangkan kaedah pengurusan penilaian permohonan geran penyelidikan yang diuruskan oleh Pejabat TNCPI.

GARIS PANDUAN SKIM POST DOKTORAL UPSI (ISO) /BSM /P02 /GP03

Nama calon * :.. UKM (PER) * :.. Jawatan * :... No. Telefon Bimbit dan No. Tel Pejabat * :... TANDAKAN SEMAKAN ADA ( ) DAN TIADA (X) (diisi oleh BSM)

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP001

GARIS PANDUAN DANA PADANAN KOLABORASI

ANUGERAH PENGAJARAN UiTM 2014 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

GARIS PANDUAN DAN KRITERIA KENAIKAN PANGKAT STAF AKADEMIK UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

GARIS PANDUAN INSENTIF KECEMERLANGAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

BAHAGIAN A DASAR PENGAMBILAN PELAJAR

BAB 12 BIASISWA & AKAUN PELAJAR

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA. PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P003 PROSEDUR PELANTIKAN STAF KONTRAK BUKAN AKADEMIK

GARIS PANDUAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PANJANG (LRGS)

GARIS PANDUAN DANA IMPAK PERDANA (DIP)

PEKELILING PENDAFTAR

GARIS PANDUAN DANA PEMBUDAYAAN PENYELIDIKAN (RAGS)

ANUGERAH KHAS UiTM 2012

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

IKLAN JAWATAN KOSONG UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

GARIS PANDUAN TADBIR URUS UNTUK GERAN PENYELIDIKAN, KHIDMAT PERUNDINGAN DAN PENYELIDIKAN KONTRAK (CONTRACT RESEARCH)

ANUGERAH INOVASI & PENGKOMERSILAN PRODUK UiTM 2016 BORANG PERMOHONAN / PENCALONAN

GARIS PANDUAN MENGHADIRI DAN MENGADAKAN PERSIDANGAN

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP001

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

GARIS PANDUAN SKIM BANTUAN PASCASISWAZAH UNIVERSITI MALAYSIA SABAH. 1.1 Pemohon mengikuti program pengajian secara Penyelidikan Sepenuh Masa.

GARIS PANDUAN KNOWLEDGE TRANSFER GRANT SCHEME JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT (KTGS JINM)

GARIS PANDUAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN INSENTIF PhD Pusat Penyelidikan dan Inovasi/Jabatan Pendaftar

SKIM PERKHIDMATAN KESIHATAN PELAJAR. (pindaan 2013)

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG GARIS PANDUAN MENJALANKAN KERJA PERUNDINGAN DAN KHIDMAT TEKNIKAL

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA-CALON

(1) Curriculum Vitae (CV) penuh yang terkini beserta gambar berukuran pasport. CV hendaklah mengandungi maklumat-maklumat berikut:

BORANG PERMOHONAN JAWATAN

GARIS PANDUAN PROJEK PENYELIDIKAN INSTITUSI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

GARIS PANDUAN KNOWLEDGE TRANSFER GRANT SCHEME JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT (KTGS JINM)

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INSTRUMENTASI (CRIM)

PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 TAHUN 2013 TATACARA PERMOHONAN DAN PELARASAN WANG PENDAHULUAN

CENTRE OF ACADEMIC INOVATION & COMPETITIVENESS (CAIC) DASAR KEBEBASAN AKADEMIK DAN KECEMERLANGAN PROFESIONAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

GARIS PANDUAN DANA PEMBUDAYAAN PENYELIDIKAN (RAGS)

PEJABAT BENDAHARI. Dekan Fakulti/ Ketua Bahagian/ Pusat/ Akademi UiTM Shah Alam. Ketua Bahagian / Unit Kewangan Zon Pejabat Bendahari UiTM Shah Alam

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENYELIDIKAN (KRITERIA PEMERIKSA) (P )

GARIS PANDUAN MENGHADIRI DAN MENGADAKAN PERSIDANGAN

PENGURUSAN KERJA LUAR STAF

JPA(S)(K)173/18/Jld.15(30) KERAJAAN MALAYSIA PENURUNAN KUASA MENIMBANG PELANTIKAN SECARA KONTRAK OLEH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENAMBAHBAIKAN DASAR DAN GARIS PANDUAN INSENTIF BAGI STAF PENTADBIRAN YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN

Transkripsi:

GARIS PANDUAN GERAN PENYELIDIKAN DINAMIK Institut Pengurusan Penyelidikan & Inovasi (IRMI) Universiti Teknologi MARA Aras 3, Bangunan Wawasan 40450 Shah Alam, Selangor, Malaysia Tel : (+603) 5544 8281/8278/8255/8252 Faks : (+603) 5544 8280 1

SENARAI KANDUNGAN KANDUNGAN Visi Dan Misi Universiti Teknologi MARA 3 M/S Geran Penyelidikan Dinamik 1. Pengenalan 4 2. Objektif 4 3. Syarat Kelayakan Penyelia 4 4. Syarat Kelayakan Pemohon 5 5. Permohonan 5 6. Pemilihan 6 7. Tugas dan Tanggungjawab 6 8. Gaji dan Elaun 7 9. Cukai Pendapatan 7 10. Kemudahan Lain 7 11. Pelantikan dan Pas Penggajian 8 12. Perjanjian 9 13. Petunjuk Prestasi 9 14. Pelantikan Semula 9 15. Penamatan 10 2

VISI DAN MISI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA VISI Menjadikan UiTM sebuah universiti unggul yang berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamisme bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika. MISI Mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran bumiputera dalam semua bidang menerusi penyampaian program profesional, penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan etika keprofesionalan. 3

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA GERAN PENYELIDIKAN DINAMIK 1. PENGENALAN 1.1. Geran Penyelidikan Pasca Kedoktoran UiTM diperkenalkan untuk menyokong strategi pembangunan profesional akademia sebagai satu inisiatif yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Geran ini bertujuan untuk menyokong pembangunan karier penyelidik yang berkelulusan Ijazah Kedoktoran (PhD) agar dapat menggalakkan budaya penyelidikan berimpak tinggi dan penerbitan berdasarkan kepakaran masing-masing dikalangan akademia muda. Program ini mula diperkenalkan pada tahun 2002 oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) di bawah Program Pembangunan Modal Insan dalam bidang Sains dan Teknologi (S&T) yang ditawarkan oleh Kementerian tersebut. 1.2. Selain itu, geran ini menggalakkan penyelidik menjalankan penyelidikan untuk penerokaan ilmu, pembudayaan dan pemerkasaan penyelidikan yang dinamik dan menggalakkan pembangunan modal insan yang dapat meningkatkan tahap intelektual, penciptaan teknologi baru dan berinovasi serta perkembangan sempadan ilmu selaras dengan aspirasi UiTM dan negara. 1.3. Program yang sama juga dibiayai oleh Universiti Teknologi MARA melalui Dana Kecemerlangan Pendidikan UiTM sejak tahun 2006. Bermula tahun 2012, pengendalian pengurusan Pasca Kedoktoran diserahkan kepada RMI, kini IRMI. 2. OBJEKTIF Objektif geran ini adalah bertujuan seperti berikut: 2.1. Menjalankan penyelidikan. 2.2. Menghasilkan penerbitan akademik. 2.3. Membantu penyeliaan pelajar pasca siswazah dan pemindahan pengetahuan. 2.4. Menghasilkan kertas cadangan penyelidikan. 3. SYARAT KELAYAKAN PENYELIA Penyelia yang layak menyelia pasca kedoktoran hendaklah mempunyai kriteria berikut: 3.1.1 Impak Penyelidikan Mempunyai H-indeks (Scopus) > 10 untuk bidang Sains dan Teknologi dan >5 untuk bukan Sains dan Teknologi. Keutamaan akan diberikan kepada calon penyelia daripada Gred 53/54 (Prof Madya) dan ke atas. 3.1.2 Geran Penyelidikan Mempunyai jumlah geran penyelidikan yang aktif semasa permohonan sekurangkurangnya RM100,000 bagi bidang Sains dan Teknologi dan RM 50,000 bagi bidang bukan Sains dan Teknologi. 4

3.1.3 Penerbitan Berindeks Menghasilkan 10 hingga 15 penerbitan berindeks dalam tempoh lima (5) tahun terkini di mana sekurang-kurangnya 20% daripadanya adalah sebagai Penulis Penghubung (Corresponding Author). Nota : Keserataan penerbitan buku dan bab dalam buku dengan penerbitan berindeks adalah seperti berikut: i. Empat (4) penerbitan buku bersamaan dengan satu (1) penerbitan berindeks ii. Enam (6) penerbitan bab dalam buku bersamaan dengan satu (1) penerbitan berindeks 3.1.4 Pelajar Ijazah Kedoktoran (PhD) Sekurang-kurangnya dua (2) orang pelajar Ijazah Kedoktoran (penyelia utama) yang telah bergraduat. 4. SYARAT KELAYAKAN PEMOHON 4.1. Terbuka kepada warganegara Malaysia dan bukan Warganegara. 4.2. Memiliki Ijazah PhD dari universiti atau institut penyelidikan dalam atau luar negara yang diiktiraf dan tidak melebihi lima (5) tahun dari tarikh penganugerahan. 4.3. Mempunyai minimum tiga (3) kertas penerbitan berindeks di mana satu (1) daripadanya adalah Q1 atau Q2. 4.4. Memiliki kelayakan kecekapan Bahasa Inggeris (TOEFL minima 600 atau IELTS minima band 6.5) bagi pemohon yang tesis Ijazah Kedoktoran bukan dalam Bahasa Inggeris atau pemohon bukan warganegara. 4.5. Mempunyai tahap kesihatan yang baik dan bebas daripada sebarang penyakit berjangkit dan penyakit kronik. 4.6. Bebas daripada rekod jenayah. 5. PERMOHONAN 5.1 Permohonan dibuka sepanjang masa tertakluk kepada peruntukan universiti. 5.2 Permohonan hendaklah dihantar dalam tempoh satu (1) bulan sebelum Jawatankuasa Kecil Lantikan Akademia (JKLA) bersidang. Tarikh mesyuarat Jawatankuasa boleh dirujuk kepada pihak urusetia Jawatankuasa atau melalui laman web di https://hea.uitm.edu.my/v1/. 5

5.3 Permohonan hendaklah dibuat oleh penyelia bersama calon PD dan dihantar kepada Pusat Tanggungjawab (PTJ) iaitu fakulti/pusat kecemerlangan dengan mengemukakan dokumen berkaitan: 5.3.1 Borang Permohonan Geran Pasca Kedoktoran (Postdoctoral Grant) 5.3.2 Satu Salinan Kad Pengenalan/Pasport Antarabangsa 5.3.3 Satu keping gambar berukuran pasport 5.3.4 Curriculum Vitae 5.3.5 Salinan sijil-sijil kelayakan akademik/professional (Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana, Ijazah PhD, surat kelulusan Senat) 5.3.6 Sijil TOEFL atau IELTS (bagi pemohon yang tesis Ijazah Kedoktoran bukan dalam Bahasa Inggeris atau pemohon bukan warganegara) 5.3.7 Borang Pemeriksaan Perubatan. 5.4 Jawatankuasa Penyelidikan PTJ perlu mempertimbangkan permohonan. Permohonan yang disokong hendaklah dimajukan kepada Bahagian Hal Ehwal Akademik (BHEA) dan Institut Pengurusan Penyelidikan & Inovasi (IRMI) dengan menyertakan surat sokongan dan dokumen yang tersenarai dalam perkara 5.1 6. PEMILIHAN 6.1 Pemilihan calon akan diperakukan oleh Jawatankuasa Kecil Lantikan Akademia (JKLA) sekiranya disahkan oleh IRMI berdasarkan peruntukan kewangan semasa. 6.2 Permohonan yang telah diperakukan oleh Jawatankuasa Kecil Lantikan Akademia (JKLA), akan dibawa untuk kelulusan Senat sebelum surat tawaran dikeluarkan oleh BHEA. 7. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 7.1 Penyelidik Pasca Kedoktoran (Postdoctoral - PD) adalah bertanggungjawab kepada penyelia dan Ketua PTJ bagi menjalankan skop kerja berikut: 7.1.1 Menjalankan penyelidikan dalam projek yang telah dikenalpasti 7.1.2 Menerbitkan artikel jurnal berindeks bersama penyelia dan/atau staf UiTM sebagai Penulis Utama/ Penulis Bersama 7.1.3 Menyediakan kertas cadangan penyelidikan untuk mendapatkan geran baharu 7.1.4 Membantu penyeliaan pelajar Pasca Siswazah 7.1.5 Membantu dalam pengkomersialan penyelidikan dan perlindungan harta intelek 7.1.6 Membantu mendapatkan jaringan kerjasama penyelidikan dengan pihak luar 7.1.7 Penganjuran seminar/ konferensi/ bengkel dan sebagainya. 7.2 Tugas dan tanggungjawab PD adalah mengikut petunjuk prestasi semasa yang telah ditetapkan (Lampiran A). 7.3 Tugas PD adalah sepenuh masa dan tidak dibenarkan membuat kerja lain serta memegang apa-apa tugasan atau kerja luar tanpa kelulusan Ketua PTJ supaya PD menumpukan sepenuh masa dalam tugasan penyelidikan. 6

7.4 PD dikehendaki menyerahkan maklumat, penemuan dan hasilan penyelidikan dalam tempoh yang ditetapkan oleh pihak universiti kepada PTJ sebagaimana yang dinyatakan dalam Perjanjian Kerahsiaan (Non-Disclosure Agreement). 7.5 Semua hasil penerbitan PD hendaklah dimasukkan nama Universiti Teknologi MARA sebagai afiliasi dan diterbitkan bersama penyelia. Hasil penyelidikan adalah menjadi hak mutlak universiti. 7.6 PD hendaklah merekodkan kehadiran ke tempat kerja mengikut masa yang telah ditetapkan oleh penyelia melalui sistem yang diguna pakai. Jika PD tidak dapat hadir bertugas atas sebab-sebab peribadi atau kesihatan, PD perlu mengemukakan sebab yang kukuh bagi ketidakhadiran bertugas kepada penyelia. 8. GAJI DAN ELAUN 8.1 PD akan menerima pembiayaan seperti berikut: 8.1.1 Gaji sebanyak RM5,000.00 (Lima Ribu Ringgit Malaysia) setiap bulan. 8.1.2 Elaun perumahan sebanyak RM700.00 (Tujuh Ratus Ringgit Malaysia) setiap bulan. 8.2 Semua PD adalah tertakluk kepada Akta Cukai Pendapatan 1967 dan PD warganegara Malaysia adalah tertakluk kepada Akta KWSP 1951. 8.3 Pembiayaan adalah melalui peruntukan Dalaman UiTM atau tajaan luar. 8.4 Pembiayaan melalui tajaan luar adalah tertakluk kepada syarat dan peraturan penaja. 9. CUKAI PENDAPATAN 9.1 Cukai pendapatan dikenakan berdasarkan kepada peruntukan undang-undang dalam Akta Cukai Pendapatan 1967, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN). 9.2 Pejabat Bendahari bertanggungjawab dalam urusan membuat potongan cukai berjadual (PCB) pada setiap bulan. 9.3 Kadar kenaan cukai tertakluk kepada peraturan semasa LHDN. 10. KEMUDAHAN LAIN 10.1 Kemudahan perubatan untuk diri sendiri sahaja di Pusat Kesihatan UiTM / Klinik Panel UiTM / Hospital Kerajaan dengan peruntukan PTJ. 10.2 PD layak mendapat cuti sebanyak dua puluh lima (25) hari setahun dan cuti sakit bergaji sebanyak lima belas (15) hari setahun. Walau bagaimanapun, PD tidak layak kemudahan cuti-cuti lain yang diberikan kepada kakitangan biasa universiti, kecuali atas kebenaran khas PTJ. 7

10.3 PD boleh menghadiri seminar/konferensi/kursus yang diadakan di dalam atau luar negara tertakluk kepada peraturan universiti dan kelulusan menggunakan peruntukan geran penyelidikan oleh penaja geran dan penyelia. 10.4 PD boleh dipertimbangkan membuat tuntutan perjalanan untuk kerja lapangan atau mana-mana kerja luar yang berkaitan dengan penyelidikan tertakluk kepada peraturan universiti dan kelulusan peruntukan geran penyelidikan oleh penaja dan penyelia mengikut kelayakan Gred DM 51/52. 11. PELANTIKAN DAN PAS PENGGAJIAN 11.1 Terma pelantikan adalah sepenuh masa dan bertaraf kontrak. Penempatan calon adalah di PTJ yang berkenaan 11.2 Tempoh pelantikan pertama adalah selama dua puluh empat (24) bulan dan boleh dilantik semula tertakluk kepada Perkara 14 (Pelantikan Semula). 11.3 Pelantikan menggunakan wang tajaan luar adalah tertakluk kepada tempoh dan syarat tajaan. 11.4 Pelantikan akan terbatal sekiranya calon tidak melapor diri dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh surat tawaran. 11.5 Surat tawaran dikeluarkan oleh Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) kepada calon dengan salinan kepada Ketua PTJ, penyelia, IRMI dan Pendaftar. 11.6 Calon yang bersetuju dengan terma pelantikan hendaklah menghantar Surat Penerimaan Lantikan kepada Pejabat TNC (Akademik dan Antarabangsa) dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh surat tawaran. Pihak BHEA perlu menghantar salinan tersebut kepada Ketua PTJ, penyelia, IRMI dan Pendaftar. 11.7 PD bukan warganegara adalah tertakluk kepada kelulusan pas penggajian yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia. PD perlu mematuhi peraturan dan undang-undang yang berkuatkuasa oleh Jabatan Imigresen Malaysia. 11.8 Pihak PTJ perlu membantu PD bukan warganegara menguruskan perolehan pas penggajian daripada Jabatan Imigresen Malaysia dan menghantar salinan dokumen pas penggajian kepada Pejabat Pendaftar, UiTM. Segala perbelanjaan yang berkaitan ditanggung sendiri oleh PD. 11.9 PD dikehendaki melapor diri di PTJ dalam tempoh berikut dari tarikh surat tawaran: 11.9.1. PD warganegara - dalam tempoh tiga puluh (30) hari. 11.9.2. PD bukan warganegara - dalam tempoh tiga (3) bulan 11.10 Tawaran adalah terbatal sekiranya calon tidak melapor diri dalam tempoh yang ditetapkan. 11.11 PTJ perlu mengemaskini maklumat pelantikan PD dalam sistem STARS untuk tujuan perolehan nombor pekerja, rekod dan penggajian. 8

12. PERJANJIAN 12.2 Dua (2) salinan dokumen kontrak perjanjian pelantikan sebagai PD yang telah ditandatangani oleh PD dan penyelia, disaksikan oleh ketua PTJ dan dimatikan setem, hendaklah diserahkan semasa melapor diri di PTJ. Segala perbelanjaan adalah ditanggung sendiri oleh PD. 12.3 Dua (2) salinan dokumen Perjanjian Kerahsiaan atau Non-Disclosure Agreement (NDA) yang telah ditandatangani oleh PD dan penyelia, disaksikan oleh ketua PTJ dan dimatikan setem, hendaklah diserahkan semasa melapor diri di PTJ. Segala perbelanjaan adalah ditanggung sendiri oleh PD. 13. PETUNJUK PRESTASI 13.1 Petunjuk prestasi PD diperincikan dalam Lampiran A. 13.2 Laporan petunjuk prestasi hendaklah dilengkapkan melalui sistem IRMIS, UiTM setiap enam (6) bulan oleh penyelia kepada PTJ, dan akan dibentangkan oleh IRMI untuk pelaporan di Jawatankuasa Induk Penyelidikan Universiti (JKIPU). 13.3 Laporan petunjuk prestasi adalah pengukuran dan penilaian yang digunakan untuk dipertimbangkan kelulusan permohonan pelantikan semula, sekiranya berkaitan. 14. PELANTIKAN SEMULA 14.2 Proses permohonan pelantikan semula adalah sebagaimana dalam Perkara 5 (Permohonan) dalam Garis Panduan ini. Permohonan perlantikan semula hendaklah dihantar kepada IRMI dan BHEA sekurang-kurangnya enam (6) bulan sebelum tamat dengan mengemukakan dokumen berikut: 14.2.1 Surat rasmi permohonan daripada PTJ 14.2.2 Satu Salinan Kad Pengenalan/Pasport Antarabangsa 14.2.3 Satu keping gambar berukuran pasport 14.2.4 Curriculum Vitae terkini 14.2.5 Salinan Laporan Prestasi pelantikan terdahulu. 14.2.6 Salinan sijil-sijil kelayakan akademik/professional (Ijazah Kedoktoran dan surat kelulusan Senat) 14.3 Permohonan pelantikan semula untuk tempoh setahun (1) boleh dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Kecil Lantikan Akademia, tertakluk kepada : 14.3.1 Peruntukan 14.3.2 Pencapaian petunjuk prestasi 14.3.3 Tarikh penganugerahan Ijazah Kedoktoran tidak melebihi lima (5) tahun. 9

15. PENAMATAN 15.2 Pihak universiti berhak menamatkan kontrak perkhidmatan jika tidak mencapai petunjuk prestasi yang telah ditetapkan oleh Universiti. 15.3 Pihak universiti berhak menarik balik tawaran atau menamatkan perkhidmatan tanpa memberi notis terlebih dahulu, sekiranya maklumat yang diberikan adalah tidak benar dalam mana-mana dokumen yang dikemukakan. 15.4 Perletakan jawatan oleh PD hendaklah dilakukan secara bertulis kepada PTJ melalui penyelia dengan pemberian notis satu (1) bulan atau membayar satu bulan gaji sebagai ganti notis. 15.5 Pihak PTJ hendaklah menghantar maklumat perletakan jawatan atau penamatan kontrak perkhidmatan dengan kadar SEGERA kepada IRMI dan BHEA. 15.6 Pihak PTJ perlu mengemaskini maklumat tarikh tamat perkhidmatan di dalam sistem STARS bagi memastikan gaji ditamatkan pembayarannya oleh pejabat bendahari. 15.7 Perkara berikut perlu diserahkan kepada Ketua PTJ sebelum menamatkan perkhidmatan: 15.7.1 Kad Staf dan kad akses yang berkaitan; 15.7.2 Semua maklumat, data dan peralatan yang berkaitan dengan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada penyelia 15.8 Bagi lantikan bukan warganegara, surat penyelesaian cukai pendapatan daripada LHDN mesti diperolehi terlebih dahulu bagi maksud pembayaran gaji terakhir. Urusan bayaran tersebut hendaklah diselesaikan dalam tempoh satu bulan sebelum tamat kontrak perkhidmatan bagi mengelakkan sebarang kesulitan semasa meninggalkan Malaysia. 10

LAMPIRAN A SENARAI TUGAS DAN PETUNJUK PRESTASI PASCA KEDOKTORAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA BIL. SKOP KERJA HASILAN 1. Menjalankan penyelidikan dalam Minima satu (1) projek penyelidikan dalam projek yang telah dikenalpasti tempoh lantikan. 2. Menerbitkan artikel jurnal berindeks bersama penyelia dan/atau staf UiTM sebagai Penulis Utama/Penulis Bersama 3. Menyediakan kertas cadangan penyelidikan untuk mendapatkan geran baharu 4. Membantu penyeliaan pelajar Pasca Siswazah 5. Membantu dalam pengkomersialan penyelidikan dan perlindungan harta intelek 6. Membantu mendapatkan jaringan kerjasama penyelidikan dengan pihak luar 7. Penganjuran seminar/ konferensi/ bengkel dan sebagainya. Minima lima (5) penerbitan berindeks (Scopus, WOS, ERA) sebagai penulis pertama/penulis bersama, di mana sekurang-kurangnya SATU (1) Q1/Q2 Minima satu (1) kertas cadangan penyelidikan untuk tujuan perolehan geran penyelidikan dengan jumlah minima geran RM100K S&T/ RM50K S&S. Minima satu (1) orang pelajar Kedoktoran atau dua (2) orang pelajar Sarjana. Ketetapan PTJ. Minima satu (1) jaringan kerjasama institusi terkemuka di dalam atau luar negara. Melaksanakan minima satu (1) program setahun. 11