DALAMAN PENGAJIAN Halaman: 1/8 1.0 PENGENALAN Arahan Kerja ini merangkumi semua tatacara penawaran biasiswa dan bantuan kewangan dalam pengajian siswazah. 2.0 TERMINOLOGI CIEP : Certified Intensive English Programme GRA GRF : Graduate Research Assistantship : Graduate Research Fellowship IELTS : International English Langauge Testing system IGSS JKPBPS : International Graduate Research Fellowship Jawatankuasa Pemilihan Biasiswa Pengajian Siswazah MUET : Malaysian University English Test PASS : Putra Alumni Scholarship Scheme PIE 2 : Postgraduate Intensive English 2 TOEFL : Test of English as a Foreign Language 3.0 ARAHAN Bil Tindakan Tanggungjawab 1. Terima dan semak permohonan yang diterima. Pastikan: 1.1 pelajar melengkapkan semua maklumat yang diperlukan; 1.2 permohonan memenuhi syarat kelayakan permohonan biasiswa/bantuan kewangan pengajian siswazah seperti berikut:
DALAMAN PENGAJIAN Halaman: 2/8 i. Biasiswa Pembantu Penyelidik Siswazah (GRA) (a) Biasiswa ini terbuka kepada: (i) semua calon pelajar siswazah yang berjaya ditawarkan untuk program dengan tesis di UPM; dan (ii) semua pelajar siswazah yang mendaftar program dengan tesis secara sepenuh masa di UPM dan status pengajian adalah Baik. (b) Setiap permohonan mestilah mendapat sokongan daripada Penasihat/Pengerusi Jawatankuasa Penyeliaan dan/atau Ketua Projek Penyelidikan dan Dekan Fakulti/Pengarah Institut di mana geran penyelidikan ditempatkan. (c) Biasiswa ini dibiayai oleh geran penyelidikan yang dimiliki oleh Penyelia/Pengerusi/Ahli Jawatankuasa Penyeliaan pelajar. Geran penyelidikan mestilah mempunyai baki sekurang-kurangnya RM10,000.00 per pelajar semasa pelantikan dibuat. Bagi geran penyelidikan yang baru diluluskan atau sekiranya wang penyelidikan yang diperuntukkan masih belum dimasukkan ke dalam akaun, pemohon perlu mengemukakan salinan surat kelulusan geran penyelidikan berkenaan bersama dengan permohonan yang dihantar kepada SPS. (d) Bilangan pelajar yang boleh ditaja bergantung kepada syarat pihak penaja geran penyelidikan yang berkenaan. (e) Pemohon mestilah tidak menerima apa-apa biasiswa/bantuan kewangan/bekerja semasa
DALAMAN PENGAJIAN Halaman: 3/8 permohonan dibuat atau selepas permohonan diluluskan. (f) Pelajar yang berstatus Percubaan atau Menangguh Pengajian tidak layak untuk memohon GRA. (g) Semester pengajian pelajar mestilah: (i) Ijazah Master tidak melebihi 4 semester (ii) Ijazah PhD tidak melebihi 6 semester pengajian ii. Elaun Penyelidikan Siswazah Khas (SGRA) (a) Skim ini terbuka kepada semua pelajar siswazah dengan tesis yang mengikuti pengajian secara sepenuh masa di UPM. (b) Permohonan bagi skim ini boleh dibuat sepanjang semester, dengan syarat, pelajar mendaftar pengajian bagi semester tersebut dan status pengajian adalah Baik. (c) Setiap permohonan mesti mendapat sokongan daripada Penasihat/Pengerusi Jawatankuasa Penyeliaan dan/atau Ketua Projek Penyelidikan dan Dekan/Pengarah Fakulti/Institut di mana geran penyelidikan ditempatkan. (d) Skim ini dibiayai oleh geran penyelidikan yang dimiliki oleh Penyelia/Pengerusi/Ahli Jawatankuasa Penyeliaan Tesis pelajar berkenaan.
DALAMAN PENGAJIAN Halaman: 4/8 (e) Bilangan pelajar yang boleh ditaja bergantung kepada syarat pihak penaja geran penyelidikan yang berkenaan. (f) Geran penyelidikan mestilah mempunyai baki yang mencukupi untuk menampung jumlah kadar elaun yang akan dibayar dalam tempoh pelantikan yang dicadangkan. (g) Pemohon yang menerima mana-mana biasiswa/bantuan kewangan atau bekerja adalah tidak layak memohon. (h) Semester pengajian pelajar mestilah: (i) Ijazah Master tidak melebihi 6 semester (ii) Ijazah PhD tidak melebihi 10 semester (i) Permohonan SGRA yang melebihi tempoh di atas, dibenarkan dengan sokongan dan justifikasi dari penyelia. iii. Fellowship Penyelidik Siswazah (GRF) (a) Permohonan adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan antarabangsa yang telah ditawarkan tempat untuk mengikuti program Master secara penyelidikan atau PhD di UPM. (b) Permohonan juga adalah dibuka kepada semua pelajar UPM yang sedang mengikuti program Master secara penyelidikan atau PhD. Walau bagaimanapun, mereka mestilah memenuhi syarat berikut:
DALAMAN PENGAJIAN Halaman: 5/8 (i) Mendaftar sebagai pelajar di UPM dan status pengajian adalah Baik. (ii) Pelajar yang berstatus Menangguh atau Percubaan tidak layak untuk memohon. (iii) Permohonan disokong oleh Penasihat/Pengerusi Jawatankuasa Penyeliaan Pelajar serta Dekan Fakulti/Pengarah Institut. (iv) Tidak mengikut program siswazah UPM secara split programme (c) Bagi pemohon antarabangsa, pemohon hendaklah memenuhi mana-mana syarat keperluan Bahasa Inggeris seperti berikut: (i) IELTS (band 6); atau (ii) TOEFL (Ujian kertas skor minimum 550/Ujian Komputer skor minimum 213/Ujian Internet skor minimum 79-80); atau (iii) CIEP - tahap 109; atau (iv) MUET band 4; atau (v) PIE2 - lulus (d) Semester pengajian pelajar mestilah: (i) Ijazah Master - tidak melebihi 4 semester (ii) Ijazah PhD - tidak melebihi 6 semester
DALAMAN PENGAJIAN Halaman: 6/8 iv. PUTRA ALUMNI SCHOLARSHIP SCHEME (PASS) (a) Permohonan adalah terbuka kepada alumni antarabangsa UPM dan anak mereka yang telah ditawarkan tempat untuk mengikuti program PhD atau Master (secara penyelidikan) di UPM. (b) Memperolehi PNGK peringkat Bacelor / Master 3.500 dan ke atas. (c) Pemohon mesti menjalankan penyelidikan dalam bidang keutamaan yang relevan dengan UPM/Malaysia. (d) Pemohon mestilah tidak menerima apa-apa biasiswa/bantuan kewangan/bekerja semasa permohonan dibuat atau selepas permohonan diluluskan. (e) Pemohon telah menerbitkan sekurang-kurangnya satu (1) artikel dalam jurnal akademik dan /atau mendapat sokong kuat daripada institusi akademik (Naib Canselor/Dekan/Pengarah). v. INTERNATIONAL GRADUATE RESEARCH FELLOWSHIP (IGSS) (a) (b) (c) Permohonan adalah terbuka kepada pelajar antarabangsa yang mengikuti program PhD sahaja di UPM. Memperolehi PNGK peringkat Master 3.500 dan ke atas. Pemohon mesti menjalankan penyelidikan dalam bidang keutamaan yang relevan dengan UPM/Malaysia.
DALAMAN PENGAJIAN Halaman: 7/8 (d) Pemohon mestilah tidak menerima apa-apa biasiswa/bantuan kewangan/bekerja semasa permohonan dibuat atau selepas permohonan diluluskan. (f) Permohon telah menerbitkan sekurang-kurangnya satu (1) artikel dalam jurnal akademik dan /atau mendapat sokong kuat daripada institusi akademik (Naib Canselor/Dekan/Pengarah). (e) Permohonan disokong oleh Penyelia dan juga pihak Kedutaan pelajar. 1.3 Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses. 1.4 Rujuk syarat-syarat tambahan yang terkini bagi setiap bantuan kewangan/biasiswa. 2. Saringan permohonan GRF dilakukan oleh pihak Fakulti/Institut dalam tempoh dua (2) minggu selepas tarikh tutup permohonan. 3. Aturkan Mesyuarat Jawatankuasa Pemilih Biasiswa Pengajian Siswazah (JKPBPS) selewat-lewatnya dua (2) minggu sebelum semester bermula. 4. Cetak surat tawaran kepada pelajar/calon pelajar seperti berikut: (a) GRA, PASS dan IGSS: dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas menerima keputusan mesyuarat JKPBPS. PT(P/O) FAKULTI/ INSTITUT (b) S-GRA: dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima; (c) GRF: dalam tempoh 14 hari bekerja selepas menerima keputusan mesyuarat JKPBPS.
DALAMAN PENGAJIAN Halaman: 8/8 5. Serahkan surat tawaran kepada Bursar/TD untuk ditandatangan. 6. Maklumkan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas surat tawaran ditandatangan kepada penerima biasiswa/bantuan kewangan untuk mengambil pakej tawaran di SPS. 7. Sediakan perkara berikut untuk dihantar ke pihak Bursar: PT/ (a) Senarai nama penerima untuk pelarasan yuran pengajian dalam tempoh dua (2) minggu selepas tarikh tutup penyerahan surat jawapan; (b) Penyata bayaran pada setiap 9 haribulan setiap bulan berdasarkan laporan kehadiran daripada Fakulti/ Institut/pelajar; 8. Imbas set surat tawaran dan kemaskini maklumat dalam profil pelajar dalam i-gims dan fail biasiswa berkaitan 21 hari selepas tarikh tutup penyerahan surat jawapan penerimaan tawaran dan borang perjanjian (jika berkenaan). 9. Arahan kerja yang sama digunakan untuk menguruskan permohonan sambungan biasiswa/bantuan kewangan dalaman pengajian siswazah. PT/