UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA UTHM/PP/100-6/3 JLD 10 (40) 14 Julai 2010 PEKELILING PENGURUSAN BIL. 40/2010 PERTAMBAHAN KLINIK PANEL DAN PINDAAN HAD KELAYAKAN MAKSIMUM RAWATAN KLINIK PANEL PERGIGIAN UTHM 1.0 TUJUAN Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti telah membuat penambahan bilangan Klinik Panel Universiti sebanyak 8 buah klinik iaitu enam (6) buah Klinik Panel Perubatan dan dua (2) buah Klinik Panel Pergigian seperti Lampiran A. 2.0 LATAR BELAKANG Skim Perkhidmatan Perubatan Staf UTHM yang telah diluluskan oleh Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Bil.3/2008 bertarikh 25 September 2008 telah menetapkan garis panduan bagi klinik panel perubatan dan klinik panel pergigian UTHM.. 3.0 GARIS PANDUAN TAMBAHAN KLINIK PANEL YANG DITETAPKAN 3.1 Tarikh perlantikan bagi klinik panel yang baru ialah mulai 1 Ogos 2010. 3.2 Staf dibenarkan untuk memilih dua (2) buah klinik panel sahaja. Staf yang ingin membuat penukaran klinik panel dihekendaki mengisi Borang Pertukaran Klinik di Pejabat Pendaftar (UTHM.PP/BPP-03/2007) dan membawa bersama Buku Rawatan Perubatan untuk dicatatkan dibahagian belakang buku. 3.3 Staf yang mempunyai suami dan isteri yang sama-sama bekerja di Universiti, hanya dibenarkan mendaftar di dua (2) buah klinik panel yang sama dan memegang sebuah buku sahaja.
3.4 Staf yang ingin membuat rawatan untuk diri atau tanggungan di klinik panel yang dipilih adalah diwajibkan membawa Buku Rawatan Perubatan semasa pendaftaran sebelum menerima rawatan. 3.5 Mereka yang tidak mematuhi peraturan ini termasuk terlupa membawa Buku Rawatan Perubatan adalah tidak layak mendapat jaminan pembayaran daripada Universiti dan kos perubatan akan ditanggung oleh staf. 4.0 RAWATAN PERGIGIAN Dimaklumkan Mesyuarat Eksekutif Bil.10/2010 bertarikh 9 Jun 2010 telah memutuskan bahawa : 4.1 Had maksimum rawatan pergigian bagi seorang staf telah dinaikkan daripada RM 100.00 kepada RM 250.00 setahun. 4.2 Kelayakan rawatan pergigian dipanjangkan kepada staf(tetap/kontrak) dan tanggungan yang berkelayakan seperti berikut: a) Isteri atau suami staf; b) Anak kandung dan anak angkat yang berdaftar dengan syarat berumur di bawah 18 tahun dan tidak melebihi 21 tahun dan belum berkahwin bagi yang menuntut sepenuh masa di peringkat ijazah pertama sahaja; dan c) Anak istimewa disebabkan kecacatan otak atau jasmani(spastik) tiada had umur. 4.3 Perkhidmatan pergigian di Pusat Kesihatan Universiti (PKU) hanya dibuka kepada staf sahaja dan tidak dipanjangkan kepada tanggungan staf. 4.4 Staf atau tanggungan yang ingin mendapatkan rawatan pergigian dikehendaki mengemukakan surat jaminan (GL) yang dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar, UTHM. Sekiranya staf gagal berbuat demikian maka caj rawatan akan ditanggung oleh staf. Walaubagaimana pun, bagi kes-kes kecemasan, tuntutan balik boleh dikemukakan kepada Pejabat Pendaftar dengan kelulusan Pendaftar.
4.5 Staf dan tanggungan hanya dibenarkan membuat rawatan pergigian dengan had maksimum sebanyak RM250.00. Pejabat Pendaftar akan membuat potongan gaji bagi lebihan caj had maksimum. 4.6 Staf diingatkan supaya tidak meminta atau menerima sebarang bentuk hadiah atau pemberian yang akan dicaj ke dalam resit oleh klinik panel. Sekiranya ingkar arahan, staf boleh dikenakan tindakan oleh pihak Universiti. 5.0 KUATKUASA PEKELILING 5.1 Ketua PTj /Jabatan/Pusat/Unit diminta memastikan peraturan ini dipatuhi oleh staf masing-masing berkuatkuasa pada tarikh Pekeliling Pengurusan ini dikeluarkan. Sekian untuk makluman dan perhatian Y Bhg. Prof. / tuan / puan. Terima kasih. DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA Yang benar SULAM B HAMID Pendaftar 07-4537100 s.k. - YBhg. Dato Naib Canselor - Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) - Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) - Dekan-Dekan Fakulti - Pengarah Pejabat/Pusat - Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit SH/fs/08072010/pekelilingpengurusan
LAMPIRAN A Bil TAMBAHAN KLINIK PANEL 1. Klinik Mutalib No.7, Jalan Bayan, Taman Sembrong Barat, 83700 Yong Peng, Johor. 07-4681970 (Dr. Abd. Mutalib bin Mohamad) 2. Poliklinik Penawar Taman Universiti No. 2, Jalan Kebudayaan 5, Taman Universiti 81300 Johor Bahru. 07-5214203 (Dr. Saiful bin Nasir) 3. Klinik Putra, No. 6, Jalan 2, Taman Bintang Emas 83010, Tongkang Pechah, Batu Pahat Johor 07-4152122 (Dr. Rosmiah bt. Abdul Kahar) 4. Klinik Murni No. 68, Jalan Kundang 4, Taman Bukit Pasir 83000, Batu Pahat, Johor 07-4324259 (Dr. Hashim bin Hj. Abd. Hamid)
5. Klinik Dr. Ismail and Surgeri No. 40, Jalan Rahmat 83000, Batu Pahat Johor. 07-4361666 (Dr. Ismail bin Kassim) Bil Klinik Pergigian Universiti 1. Klinik Pergigian Nur No 174, Wisma Bintang Raya Jalan Rogayah, 83000 Batu Pahat Johor 07-4347149 (Dr. Asmaudin bin Shafie) 2. Klinik Pergigian Noorhani No 110A, Tingkat 1 Jalan Besar, 86400 Parit Raja, Batu Pahat Johor 07-4545575 (Dr. Noorhasimah bt. Mustaffar Kamar )