Tahap Pencapaian Kemahiran Proses Sains Bersepadu Dalam Mata Pelajaran Sains Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Lima

dokumen-dokumen yang mirip
BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

GE 1155 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN SEMESTER 1, SESI 2015/2016

BAB TIGA METODOLOGI PENYELIDIKAN. Bab ini akan membincangkan panduan dan kaedah yang digunakan dalam kajian ini.

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. mendapatkan data yang boleh dipercayai, ia merangkumi tiga aspek penting yang menjadi METODOLOGI KUANTITATIF

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah Kuantan, Pahang

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. I. Mengenal pasti strategi membaca teks yang paling kerap dan biasa digunakan

LAPORAN PENYELIDIKAN

MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN LIMA DALAM BAHASA INGGERIS

Pengaruh Pengetahuan Agama ke Atas Amalan Agama dan Gaya Hidup Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia

Katakunci : masalah pelajar perdana, latihan industri

KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA

KANDUNGAN BAB TAJUK HALAMAN TAJUK TESIS DEKLARASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL 1 PENDAHULUAN 1

ABSTRAK. persampelan tersebut yang melibatkan persampelan rawak mudah dan sistematik.

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Sustainable Education 54

PENGURUSAN KOKURIKULUM DAN HUBUNGANNYA DENGAN TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM. MOHD NOR BIN JAAFAR, Ph.

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

Gaya Pembelajaran Guru Pelatih Kursus Pengajian Lepasan Ijazah Maktab Perguruan Batu Lintang. oleh. Nazamud-din Bin Alias Jabatan Penyelidikan ABSTRAK

Yahya Bin Buntat & Noor Al Mahdin Bin Mohamad Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

DUA TERHADAP KEBERKESANAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN PULAU PINANG

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

BAB TIGA : KAEDAH PENYELIDIKAN

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Kajian tinjauan (survey) ini merupakan kajian inferensi dengan menggunakan

peranan, prinsip, teknik, masalah pengajaran terjemahan disamping analisis huruf, sama ada imbuhan awalan, sisipan, apitan dan akhiran.

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

3.0 PENGENALAN : METODOLOGI PENYELIDIKAN. Penyelidikan ini bertujuan meneliti keupayaan pelajar Melayu mentranskripsikan dan

Katakunci : penggunaan internet, guru sekolah rendah

Abstrak PENGENALAN. Latar belakang Kajian

MENGATASI MASALAH MENDARAB SEBARANG NOMBOR 4 DIGIT DENGAN NOMBOR 2 DIGIT. Oleh. Philip anak Pupur Sk St John Taee, Serian, Sarawak.

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN 1 PENDAHULUAN

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

BAB 5 KESIMPULAN. sosial dan mesej segera dalam kalangan mahasiswa Cina di Universiti Malaya, Kuala

Oleh : Firdaus bt Abdul Fatah, Norlela bt Ali & Mohd Aminuddin b Ab Rahaman

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. Keputusan kajian akan dianalisis dalam tiga bahagian seperti berikut:

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

STATISTIK ASAS. Nordin Tahir Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Ipoh

SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK OKT 2008

KEBERKESANAN ANIMASI DALAM PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DALAM KALANGAN PELAJAR MELAYU SOAL SELIDIK PELAJAR

BAB KETIGA METODOLOGI KAJIAN. Di dalam bab ketiga ini, pengkaji membincangkan metodologi kajian secara terperinci.

MASALAH PELAJAR DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) TERHADAP PENCAPAIAN MARKAH TUGASAN

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. pengumpulan data dan prosedur penganalisis data. Reka Bentuk Kajian

Tujuan Pengujian, Pengukuran dan Penilaian

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

Yahya Buntat, Muhammad Rashid Rajuddin, Kandar Selamat, Muammad Sukri Saud Jabatan Pendidikan Kejuruteraan Dan Teknikal Fakulti Pendidikan

NAMA PELAJAR : SITI NUR HASINAH BINTI HUSSIAN NO MATRIK : P79063 TAJUK: STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA OLEH PELAJAR CEMERLANG PENSYARAH:

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

Katakunci : persepsi pelajar, mata pelajaran vokasional (MPV), Landskap dan Nurseri

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

OREIENTASI PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM DI PENCAPAIAN DALAM AKADEMIK

METODOLOGI KAJIAN TINDAKAN KUANTITATIF

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

LAPORAN HASIL DAPATAN KAJIAN PERSEPSI MAHASISWA MENGENAI RASUAH DI MALAYSIA

BAB 3 : METODOLOGI. Parit Keroma dan komuniti Bugis dari kampung itu yang telah menetap di Kuala Lumpur.

METODOLOGI KAJIAN TINDAKAN KUANTITATIF

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN. kajian ini secara terperinci. Ini kerana metodologi merupakan satu aspek yang penting

Tahap Kefahaman Warga UiTM Terhadap Konsep Wakaf: Kajian Kes di Zon Tengah (Selangor, Perak dan Negeri Sembilan)

PEMBENTUKAN KONSEP SAINS : SATU TINJAUAN DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 4 DI LIMA BUAH SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH JOHOR BAHRU

MENINGKATKAN AMALAN KESELAMATAN DALAM BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KHB) MELALUI KONSEP REA (RISKS, EFFECTS, & ACTS)

UNlVERSlTl SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2004/2005. Oktober Masa : 3 jam

Gaya Hidup Pelajar Cemerlang dalam Persekitaran Kampus

MEMPELBAGAIKAN PENDEKATAN UNTUK MEMBANTU MURID-MURID TAHUN 5 MENGUASAI SIFIR DARAB 1 HINGGA 10. Oleh

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

Kementerian Pelajaran Malaysia. Sukatan Pelajaran. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah MATEMATIK

MODUL PENGAJARAN CAHAYA QURAN BERASASKAN KAEDAH INKUIRI BAGI TOPIK PANTULAN CAHAYA TINGKATAN 4

PERSEPSI PENAGIH, IBUBAPA DAN MASYARAKAT TERHADAP DADAH. oleh

BAB I PENGENALAN. Sejarah pendidikan bahasa Arab di Malaysia telah mula semenjak awal abad ke-19

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

Katakunci :makmal komputer, guru

BAB 1 PENGENALAN. memberikan impak positif dan sumbangan kepada dunia pendidikan iaitu untuk

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT)

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATUK BENDAHARA, JASIN, MELAKA. KOLOKIUM PELAJAR PROGRAM PERSEDIAAN UNIVERSITI NEGERI MELAKA 2011

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

Penyelidikan Pelajar Sarjana Pendidikan Islam UKM: Fokus Dan Hala Tuju. oleh. Shahrin Awaludin Fakulti Pendidikan UKM

PERSEPSI DAN SIKAP PELAJAR MELAYU TERHADAP MODUL BAHASA KEBANGSAAN A DI KUIS

Pengajian Am (900) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

BAB VII KESIMPULAN DAN CADANGAN. Bab ini menerangkan ringkasan kajian secara menyeluruh. Ianya merangkumi tujuan

Dg.Hafizah Binti Ag.Basir Ros Aiza Mohd Mokhtar Siti Halimah Putung Romzi Ationg Universiti Malaysia Sabah

Aplikasi Taksonomi Blooms dalam Merekabentuk Program Pembangunan Pelajar

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

KANDUNGAN BAB TAJUK HALAMAN TAJUK TESIS DEKLARASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN BAHAGIAN 1

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. langkah-langkah yang akan dilaksanakan dalam proses pengumpulan data

KAPS 19 KOD AMALAN PELAKSANAAN PROGRAM SARJANA DAN DOKTOR FALSAFAH SECARA CAMPURAN SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

Katakunci : amalan kemahiran generic, guru pelatih aliran teknik dan vokasional, latihan mengajar

BAB LIMA DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN. Bab ini menghuraikan dan merumuskan dapatan-dapatan daripada kajian

Katakunci : pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris (PPSMI)

Transkripsi:

7 Tahap Pencapaian Kemahiran Proses Sains Bersepadu Dalam Mata Pelajaran Sains Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Lima The Level of Achievement on the Integrated Science Process Skills in Science Subject among Form Five Students 1 Wun Thiam Yew & 2 Sunita Binti Tajuddin 1 Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. 2 Sekolah Menengah Kebangsaan Selinsing, Simpang Empat, Perak. 1 tywun@usm.my Abstrak Kajian ini bertujuan untuk menentukan tahap pencapaian kemahiran proses sains bersepadu (KPSB) bagi mata pelajaran sains dalam kalangan pelajar tingkatan lima. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan. Sampel kajian ini terdiri daripada 150 orang pelajar tingkatan lima yang dipilih secara rawak berkelompok daripada empat buah sekolah dalam Daerah Kerian, Perak. Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan satu instrumen kajian, iaitu Ujian Kemahiran Proses Sains Bersepadu (UKPSB), untuk menentukan tahap pencapaian KPSB bagi mata pelajaran sains dalam kalangan pelajar tingkatan lima. Dapatan kajian ini menunjukkan tahap pencapaian KPSB pelajar secara keseluruhannya adalah sederhana. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan min skor pencapaian pelajar yang signifikan dalam KPSB mengikut jantina. Kata kunci tahap pencapaian, kemahiran proses sains bersepadu, sains, pelajar tingkatan lima Abstract The purpose of this study was to determine the level of achievement on the integrated science process skills in science subject among form five students. This study employed quantitative approach with survey research design. Sample of this study consisted of 150 form five students selected using stratified random sampling from four schools in Kerian District, Perak. In this study, the researchers employed one research instrument, namely Integrated Science Process Skills Test (ISPST), to determine the level of achievement on the integrated science process skills in science subject among form five students. The finding of this study showed that the level of students achievement on the overall integrated science process skills was moderate. The finding also showed that there was no significant difference in the mean score of integrated science process skills by gender. Keywords level of achievement, integrated science process skills, science, form five students

8 Pendahuluan Kurikulum Sains memberi penekanan kepada kemahiran saintifik (KS) yang terbahagi kepada kemahiran proses sains (KPS) dan juga kemahiran manipulatif (KM). KPS merupakan satu proses mental yang menggalakkan pemikiran secara kritis, analitik dan sistematik. Di samping itu, KPS merupakan kemahiran yang membolehkan pelajar mempersoalkan sesuatu masalah yang ada dan mencari jawapan secara bersistem daripada kemahiran mudah kepada kompleks (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2010). KPS terdiri daripada dua komponen iaitu kemahiran proses sains asas (KPSA) dan kemahiran proses sains bersepadu (KPSB) (Padilla, Cronin, & Twiest, 1985). KPSB merangkumi kemahiran-kemahiran mentafsir data, mendefinisi secara operasi, mengawal pemboleh ubah, membuat hipothesis dan menjalankan eksperimen (Zurida, 1998). Beberapa kajian telah dijalankan mengenai tahap pencapaian KPS dalam kalangan pelajar di Malaysia (Chan, 1984; Tan & Chin, 1992; Zurida, 1998). Dapatan-dapatan daripada kajian ini menunjukkan bahawa penguasaan KPS oleh pelajar di Malaysia adalah tidak memuaskan. Pelajar didapati masih lemah dalam KPSA dan KPSB. Antara alasan bagi kelemahan dalam penguasaan KPSB daripada kajian-kajian yang telah dijalan (Chan, 1984; Tan & Chin, 1992; Zurida, 1998) ialah pelajar jarang mempraktikkan kemahiran saintifik, corak pengajaran kurang menekankan kemahiran berfikir seperti yang dicadangkan dalam kurikulum sains, pelajar kurang didedahkan kepada kemahiran proses sains, guru sendiri tidak faham tentang KPS mengakibatkan kesukaran dalam merancang pengajaran, guru sendiri kurang yakin sebab tidak tahu ciriciri setiap KPS dan tidak tahu menyatukan kedua-dua pengetahuan dan kemahiran dalam pengajaran dan sebagainya. Kajian-kajian di atas menunjukkan bahawa masih terdapat kelemahan dalam penguasaan KPS dalam kalangan pelajar dan guru. Objektif Kajian Kajian ini bertujuan untuk menentukan tahap pencapaian kemahiran proses sains bersepadu (KPSB) dalam mata pelajaran sains dalam kalangan pelajar tingkatan lima. Secara khusus, objektif kajian ini adalah untuk: 1. Menentukan tahap pencapaian KPSB dalam mata pelajaran sains dalam kalangan pelajar tingkatan lima. 2. Menentukan tahap pencapaian pelajar tingkatan lima dalam kemahiran mengawal pemboleh ubah, membuat hipotesis, mendefinisi secara operasi, mentafsir maklumat dan menjalankan eksperimen. 3. Menentukan sama ada terdapat perbezaan min skor pencapaian pelajar yang signifikan dalam KPSB mengikut jantina. HIPOTESIS KAJIAN Terdapat satu hipotesis nol dalam kajian ini iaitu: Tidak terdapat perbezaan min skor pencapaian yang signifikan dalam KPSB di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan.

9 METODOLOGI Reka Bentuk Kajian Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan. Kajian tinjauan melibatkan pengumpulan data untuk menguji hipotesis atau menjawab soalan tentang pandangan seseorang terhadap sesuatu topik atau isu (Gay, Mills, & Airasian, 2014). Kajian ini meninjau tahap pencapaian KPSB dalam mata pelajaran sains dalam kalangan pelajar tingkatan lima. Kajian ini juga menguji hipotesis sama ada terdapat perbezaan min skor pencapaian pelajar yang signifikan dalam KPSB mengikut jantina. Dalam kajian ini, pemboleh ubah bersandar ialah tahap pencapaian KPSB dan pemboleh ubah bebas ialah jantina pelajar iaitu pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Kaedah Persampelan Terdapat empat buah zon dalam Daerah Kerian, Perak. Penyelidik memilih secara rawak empat buah sekolah menengah di Daerah Kerian, Perak. Jumlah sekolah menengah di Daerah Kerian adalah sebanyak 22 buah. Seramai 150 orang pelajar tingkatan lima dari empat buah sekolah tersebut yang dipilih secara rawak berkelompok telah dijadikan sebagai sampel kajian ini. Instrumen Kajian Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan satu instrumen kajian iaitu Ujian Kemahiran Proses Sains Bersepadu (UKPSB) yang juga dikenali sebagai TIPS II (Test of Integrated Science Process Skills). Kajian ini menggunakan instrumen TIPS II yang telah diterjemah ke Bahasa Melayu oleh Zurida (1998). Ujian TIPS II terdiri daripada lima KPSB iaitu kemahiran mengawal pemboleh ubah, kemahiran membuat hipotesis, kemahiran mendefinisi secara operasi, kemahiran mengeksperimen dan kemahiran mentafsir data. UKPSB ini merupakan ujian kertas dan pensel yang mengandungi 36 item aneka pilihan yang setiap item disediakan dengan empat pilihan jawapan. Setiap item ini juga diskorkan sama ada betul atau salah iaitu 1 atau 0. Justeru itu, markah minimum ialah 0 dan markah maksimum ialah 36. Item 5, 9, 11, 25, 28 dan 34 mengukur kemahiran mentafsir maklumat. Item 2, 7, 22, 23, 26 dan 33 mengukur kemahiran mendefinisi secara operasi. Item 1, 3, 13, 14, 15, 18, 19, 20, 30, 31, 32 dan 36 mengukur kemahiran mengawal pembolehubah. Item 4, 6, 8, 12, 16, 17, 27, 29 dan 35 mengukur kemahiran membuat hipotesis dan item 10, 21 dan 24 mengukur kemahiran mengeksperimen. Penganalisisan Data Kajian ini menggunakan perisian SPSS versi 16.0 untuk menganalisis data yang diperoleh daripada UKPSB. Penganalisisan data secara kuantitatif dilakukan dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferential. Statistik deskritif digunakan untuk menentukan nilai

10 maksimum, jumlah jawapan yang betul (skor), min, peratus min dan sisihan piawai terhadap tahap pencapaian kelima-lima KPSB mengikut subskala. Data yang terkumpul dianalisis dengan mengira skor setiap KPSB dan diolah ke dalam bentuk peratusan. Oleh kerana skor maksimum untuk setiap KPSB adalah berbeza, peratusan min dikira untuk memudahkan perbandingan skor min. Peratusan skor min dikira dengan jumlah jawapan betul mengikut subskala dibahagi dengan jumlah sebenar soalan sub skala seperti dalam Jadual 5. Tahap pencapaian KPSB responden ditentukan berdasarkan markah min peratusan yang digunakan dengan meluas dalam sistem penilaian di sekolah sebagaimana dalam Jadual 1. Jadual 1 Skor bagi penentuan tahap pencapaian KPSB Skor Item Betul Skor (Peratus) Tahap Pencapaian 29-36 80-100 Cemerlang 22-28 60-79 Baik 15 21 40 59 Sederhana 8-14 20 39 Lemah 0 7 0-19 Sangat Lemah Statistik inferential, iaitu ujian t-sampel bebas (independent sample t-test) digunakan untuk menentukan sama ada terdapat perbezaan min pencapaian KPSB yang signifikan dalam mata pelajaran sains merentas jantina. DAPATAN KAJIAN Statistik Diskriptif Sampel Kajian Sampel kajian ini terdiri daripada 150 orang pelajar tingkatan lima yang mengambil mata pelajaran sains dalam Daerah Kerian, Perak. Jadual 2 menunjukkan sampel kajian mengikut jantina di mana bilangan pelajar lelaki ialah seramai 56 orang (37.7%) manakala pelajar perempuan seramai 94 orang (62.7%). Jadual 2 Sampel kajian mengikut jantina Jantina N % Lelaki Perempuan Jumlah 56 94 150 37.3 62.7 100 Tahap Pencapaian KPSB Secara Keseluruhan Tahap pencapaian KPSB secara keseluruhan dalam kalangan pelajar tingkatan lima di Daerah Kerian yang mengambil mata pelajaran sains diukur berdasarkan skor keseluruhan diperoleh oleh sampel kajian dalam UKPSB. Nilai minimum, maksimun, julat, min dan sisihan piawai bagi skor keseluruhan ditunjukkan dalam Jadual 3.

11 Jadual 3 Statistik deskriptif bagi pencapaian KPSB secara keseluruhan Statistik Deskriptif Skor Peratus Skor Minimum Maksimum Julat Min Sisihan piawai 6 32 26 19.53 5.30 16.67 88.89 72.22 54.26 Jadual 3 menunjukkan bahawa skor min yang diperoleh oleh sampel kajian dalam ujian KPSB ialah 19.53 dengan sisihan piawai 5.30 dan peratus min ialah 54.26%. Skor minimum ialah 6 (16.67%) manakala skor maksimum ialah 32 (88.89%). Ini menghasilkan julat skor 26 (72.22%). Taburan skor pencapaian keseluruhan pelajar dalam UKPSB ditunjukkan dalam Jadual 4. Jadual 4 Taburan skor pencapaian keseluruhan pelajar dalam UKPSB Skor Pencapaian Keseluruhan Skor (peratus) Kekerapan Peratus Kekerapan Tahap Pencapaian KPSB 0 7 8 14 15 21 22 28 29 36 0 19 20 39 40 59 60 79 80 100 1 30 58 54 7 0.7 20.0 38.7 36.0 4.6 Sangat lemah Lemah Sederhana Baik Cemerlang Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa majoriti responden kajian, iaitu 58 orang (38.7%) mendapat skor pencapaian keseluruhan dalam lingkungan15 21 dengan skor peratusnya 40 59, berada pada tahap pencapaian sederhana. Seramai 54 responden (40.6%) mendapat skor pencapaian dalam lingkungan 22 28 dengan skor peratusnya 60 79 berada pada tahap baik. Dapatan kajian ini menunjukkan hanya 7 responden (4.6%) mendapat skor dalam lingkungan 80-100 berada pada tahap cemerlang. Seramai 30 responden (20.0%) berada pada tahap pencapaian lemah dan seorang responden (0.7%) dikenal pasti berada pada tahap pencapaian sangat lemah. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap pencapaian KPSB dalam kalangan pelajar tingkatan lima yang mengambil mata pelajaran sains yang dikaji adalah pada keseluruhannya pada tahap sederhana (lihat Jadual 5). Tahap Pencapaian KPSB Mengikut Subskala Jadual 5 menunjukkan tahap pencapaian KPSB pelajar secara keseluruhan dan mengikut subskala. Berdasarkan Jadual 5, didapati bahawa kemahiran mentafsir data mendapat skor min 4.03 dengan peratus min yang paling tinggi, iaitu 67.11% dan berada pada tahap pencapaian baik manakala kemahiran mengeksperimen adalah kemahiran yang paling rendah dikuasai oleh para pelajar pada tahap pencapaian sederhana dengan skor min 1.39 dan peratus min yang paling rendah, iaitu 46.44%. Peratusan min bagi subskala dalam susunan menaik ialah mengeksperimen (46.44%), mendefinisi secara operasi (48.22%), mengawal pemboleh ubah (52.72%), membuat

12 Jadual 5 Tahap pencapaian KPSB secara keseluruhan dan mengikut subskala KPSB Skor Jumlah Sisihan Tahap Min Peratus Min Maks Betul Piawai Pencapaian Mentafsir data 6 604 4.03 604/900 100 = 67.11 1.56 Baik Membuat hipotesis 9 734 4.89 734/1350 100 = 54.37 1.66 Sederhana Mengawal 12 949 6.33 949/1800 100 = 52.72 2.58 Sederhana pembolehubah Mendefinisi secara 6 434 2.89 434/900 100 = 48.22 1.20 Sederhana operasi Mengeksperimen 3 209 1.39 209/450 100 = 46.44 0.78 Sederhana Keseluruhan 36 2933 19.53 2933/5400 x 100=54.26 5.30 Sederhana hipotesis (54.37%) dan mentafsir data (67.11%). Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pelajar tingkatan lima dalam kajian ini dapat menguasai kemahiran mentafsir data pada tahap baik tetapi hanya dapat menguasai KPSB yang lain pada tahap sederhana (lihat Jadual 5). Tahap Pencapaian KPSB Merentas Jantina Jadual 6 Analisis tahap pencapaian KPSB merentas jantina Jantina N Min Sisihan piawai Nilai t df Signifikan Lelaki Perempuan 56 94 19.14 19.81.66.56 -.75 148.14 *signifikan pada aras p < 0.05 Keputusan ujian t sampel bebas dalam Jadual 6 menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan min skor pencapaian pelajar yang signifikan dalam KPSB mengikut jantina, t (148) =-.75, p >.05. Hipotesis kajian ini gagal ditolak. Ini bermakna min skor pencapaian pelajar lelaki dalam KPSB (M = 19.14, SD =.66) tidak berbeza secara signifikan dengan min skor pencapaian pelajar perempuan dalam KPSB (M = 19.81, SD =.56). PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN Tahap Pencapaian KPSB Secara Keseluruhan Dapatan kajian ini menunjukkan tahap pencapaian KPSB pelajar secara keseluruhannya adalah sederhana. Dapatan ini konsisten dengan dapatan kajian Yew (2000) yang mendapati bahawa tahap kemahiran proses sains pelajar secara keseluruhannya adalah sederhana (44.18%) berdasarkan kajiannya yang mengambil pelajar-pelajar tingkatan empat sebagai responden. Tahap Pencapaian KPSB Mengikut Subskala Dapatan kajian ini menunjukkan pencapaian pelajar bagi kemahiran mentafsir data berada pada tahap baik dengan peratus min sebanyak 67.11%. Dapatan ini selaras dengan dapatan

13 kajian Yew (2000) yang menunjukkan bahawa pencapaian pelajar bagi kemahiran mentafsir data berada pada tahap yang baik dengan peratus min sebanyak 79.9%. Dapatan kajian ini menunjukkan pencapaian pelajar bagi kemahiran membuat hipotesis berada pada tahap sederhana dengan peratus min sebanyak 54.37%. Dapatan ini konsisten dengan dapatan kajian Nor Hasniza (2010) yang menunjukkan bahawa pencapaian pelajar bagi kemahiran membina hipotesis berada pada tahap sederhana dengan peratus min sebanyak 55%. Dapatan kajian ini menunjukkan pencapaian pelajar bagi kemahiran mengawal pemboleh ubah berada pada tahap sederhana dengan peratus min sebanyak 52.72%. Dapatan ini sama dengan dapatan kajian Zurida (1998), iaitu pencapaian pelajar bagi kemahiran mengawal pemboleh ubah berada pada tahap sederhana. Dapatan kajian ini menunjukkan pencapaian pelajar bagi kemahiran mendefinisi secara operasi berada pada tahap sederhana dengan peratus min sebanyak 48.22%. Dapatan ini selari dengan dapatan kajian Nor Hasniza (2010) di mana pencapaian pelajar bagi kemahiran mendefinisi secara operasi berada pada tahap sederhana dengan peratus min sebanyak 55.67%. Dapatan ini juga sama dengan dapatan kajian Burns, Okey dan Wise (1985) di mana pencapaian pelajar bagi kemahiran mendefinisi secara operasi berada pada tahap sederhana dengan peratus min sebanyak 55.00%. Dapatan kajian ini menunjukkan pencapaian pelajar bagi kemahiran menjalankan eksperimen berada pada tahap sederhana dengan peratus min sebanyak 46.44%. Dapatan ini berbeza dengan dapatan kajian Nor Hasniza (2010) di mana pencapaian pelajar bagi kemahiran mengeksperimen berada pada tahap rendah. Tahap Pencapaian KPSB Merentas Jantina Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan min skor pencapaian pelajar yang signifikan dalam KPSB mengikut jantina. Dapatan ini adalah selaras dengan dapatan kajian Chan (1984) dan Ezan Haizurah (2010) yang turut mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan min skor pencapaian pelajar yang signifikan dalam KPSB di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. KESIMPULAN Sebagai kesimpulan, tahap pencapaian KPSB pelajar secara keseluruhannya adalah sederhana. Dari segi subskala KPSB, pelajar tingkatan lima dalam kajian ini dapat menguasai kemahiran mentafsir data pada tahap baik tetapi hanya dapat menguasai KPSB yang lain pada tahap sederhana. Oleh itu, perhatian dan penekanan yang lebih harus diberikan supaya dapat meningkatkan lagi tahap pencapaian pelajar dalam KPSB. RUJUKAN Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (2010). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Spesifikasi Kurikulum Sains Tingkatan 5. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum. Burns, J. C., Okey, J. R., & Wise, K. C. (1985). Development of an integrated process skill test: TIPS II. Journal of Research in Science Teaching, 22, 169-177.

14 Chan, S. G. (1984). Acquisition of science process skills among form 4 students in Kota Bahru. Unpublished Master of Education dissertation, University of Malaya, Kuala Lumpur. Ezan Haizurah Ahmad (2010). Tahap pencapaian kemahiran proses sains dalam mata pelajaran fizik di kalangan pelajar sekolah menengah Daerah Kluang. Latihan ilmiah Ijazah Sarjana Muda yang tidak diterbitkan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Gay, L. R., Mills, G. E., & Airasian, P. (2014). Eductional research: Competencies for analysis and application (10th ed.). London: Pearson Education. Nor Hasniza Ibrahim (2010). Tahap penguasaan kemahiran membuat hipotesis dan mendefinisi secara operasi di kalangan pelajar kimia Fakulti Pendidikan. Latihan ilmiah Ijazah Sarjana Muda yang tidak diterbitkan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Padilla, M. J., Cronin, L., & Twiest, M. (1985). The development and validation of a test of basic proces skills. Annual Meeting of the National Association for Research in Science and Teaching. French Link, Indiana. Tan, M. T., & Chin, T. P. (1992). Satu kajian awal konsepsi kemahiran proses sains di kalangan guru sains PKPG 14 minggu di Maktab Perguruan Batu Lintang. Sarawak: Unit Sains, Maktab Perguruan Batu Lintang. Yew, K. S. (2000).Tahap kefahaman kemahiran membuat inferens dan menganalisis kajian di kalangan pelajar-pelajar tingkatan empat. Latihan ilmiah Ijazah Sarjana Muda yang tidak diterbitkan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Zurida Ismail (1998). Penguasaan kemahiran proses sains di kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah. Jurnal Kurikulum, 1 (1), 109-120.