KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2009

dokumen-dokumen yang mirip
JPA.BPO(S)324/14/9-6 Jld.14 s.k.3 (78) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2013

JPA.BPO(S)324/14/16-4 (14) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 15 TAHUN 2013

JPA (K)(S)263/7/6 Klt.8(39) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2016 PANDUAN PERTUKARAN PELANTIKAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2005 SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N17, N22, N26

KADAR CUTI REHAT TAHUNAN DAN TAWARAN OPSYEN KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

JPA.BK(S)173/9/3Jld.2(1) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2009

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2009

KADAR CUTI REHAT TAHUNAN DAN TAWARAN OPSYEN KEPADA PERKHIDMATAN PEGAWAI PENGUAT KUASA MARITIM DAN PEGAWAI LAIN-LAIN PANGKAT PENGUAT KUASA MARITIM

PELARASAN GAJI YANG AKHIR DITERIMA BAGI PEGAWAI YANG BERSARA ATAU MENINGGAL DUNIA DALAM PERKHIDMATAN

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2008 TAWARAN OPSYEN PELANJUTAN UMUR PERSARAAN WAJIB KEPADA 58 TAHUN

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2002

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2013

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

JPA(S)(K)173/18/Jld.15(30) KERAJAAN MALAYSIA PENURUNAN KUASA MENIMBANG PELANTIKAN SECARA KONTRAK OLEH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM

JPA(BPO)(S)324/14/34-1 Klt. 3 (4) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2008

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2009

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2006

JPA(S)(BPO)324/14/12-4 Klt. 2 ( 22 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 27 TAHUN 2007

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2007 PERSARAAN DEMI KEPENTINGAN PERKHIDMATAN AWAM

PENAWARAN OPSYEN BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 14 TAHUN 2005

PEKELILING PERKHIDMATAN UPM BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2007 PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN OPERATOR MESIN PROSESAN DATA GRED F11, F14

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM UPSI

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 18 TAHUN 2009

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN BILANGAN 4 TAHUN 2013

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) Nama dan Permulaan Kuatkuasa

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN BILANGAN 1TAHUN 2011

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya telah diarah menarik perhatian Y.Bhg. Tan Sri/Datuk/Dato /Datin/tuan/puan mengenai perkara di atas.

JPA(S)(BPO)324/14/6-1 Klt. 17 ( 21 ) Siri No. : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 25 TAHUN 2007

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2013

JPA(S)(BPO)256/6/19 Klt.8 (1) No. Siri :

PANDUAN PENGURUSAN PEMANGKUAN DAN KENAIKAN PANGKAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2006 IMBUHAN TAHUNAN DAN BAYARAN KHAS PRESTASI 2006

JPA.BK(S)71/3/4-11( 47 ) Siri No. : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2012

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.2 (3) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2014 KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK

PELAKSANAAN SISTEM SARAAN MALAYSIA BAGI ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2009 PENJUMUDAN SKIM PERKHIDMATAN JAGA

KENAIKAN GAJI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN DI BAWAH SISTEM SARAAN MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2015

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2003 PEMERIKSAAN KESIHATAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

JANGKAAN ISU-ISU BERBANGKIT DARIPADA PELAKSANAAN SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI PP 33/2007. Ya.

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 21 TAHUN 2007 PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PERUBATAN

JPA.BK (S) 43/13/1Jld. 3 (15) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2009

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2006

Universiti Malaysia PAHANG

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.3 (2) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2015

PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT & PENAMATAN PERKHIDMATAN) AHSAN AHMAD BAHAGIAN SUMBER MANUSIA JABATAN PENDAFTAR

JPA(BPO)(S)328/2Klt.2(29) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN

PANDUAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN KOLEJ UNIVERSITI KEJURUTERAAN & TEKNOLOGI MALAYSIA ISI KANDUNGAN BIL PERKARA M/S. 1.

PANDUAN MENGURUS PEGAWAI TIDAK HADIR BERTUGAS

JPA.BK (S) 241/87 Jld. 4(10) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011 PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM

KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK

JPA(S)TT. 71/3/1 ( ) No. Siri KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2009

GARIS PANDUAN PENANGGUNGAN KERJA

SUKATAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N17

PERMOHONAN CUTI TANPA GAJIDAN CUTI SEPARUH GAJI BAGI KAKITANGAN TETAP (TidaktermasukCutiMenjagaAnak)

JPA(BPO)(S)324/14/21-1 Klt.7( 22 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2008

JPA(S)324/14/23-3 Klt.8(38) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 33 TAHUN 2013 PINDAAN SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI PERPUSTAKAAN

Garis Panduan Pertukaran Tempat Bertugas Kakitangan Bukan Akademik. (Kumpulan Pengurusan Dan Profesional Dan Kumpulan Sokongan)

SUKATAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN PEMBANTU TADBIR (JURUTRENGKAS) GRED N17 UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

JPA(S) (BPO)324/8/19 Klt 6 (31) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2013

M / S : 1/16 TARIKH : 1 APRIL 2015 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT KAKITANGAN PENTADBIRAN PINDAAN : 01 UPSI(ISO)/BSM/P09 KELUARAN : A 1.

PROSEDUR PERKHIDMATAN

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. UTHM/PP/100-6/3 Jld 9 (05) 2009 PEKELILING PENGURUSAN BIL. 05/2009

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Kehilangan Dan Hapus Kira

JPA(S)NP.134/1/KLT. 15(18) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 17 TAHUN 2007 PERATURAN PENANGGUNGAN KERJA PERKHIDMATAN AWAM

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 21 TAHUN 2008

URUSAN KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) GRED DG41 KE GRED DG44 SECARA TIME-BASED

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 38 TAHUN 2013

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2008

KEMENTERIAN KEWANGAN PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 7 TAHUN 2013 TATACARA DAN PERATURAN MENGENAI PENGURUSAN PENDAHULUAN PELBAGAI

PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM PENAMATAN PERKHIDMATAN) Oleh INA MD. YASIN

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Dan Peraturan Mengenai Pengurusan Pendahuluan Pelbagai

JPA(S)(BPTM)146/1-130( 12 ) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2008

PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN UiTM KUMPULAN SOKONGAN 1 DAN 2 (GRED 11 DAN GRED 17) BIL. 1/2007 UNTUK TUJUAN PENGESAHAN KE DALAM PERKHIDMATAN

JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 (1) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2015 BANTUAN KHAS KEWANGAN TAHUN 2015

URUSAN PEMANGKUAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27 KE GRED N32 PERKHIDMATAN GUNASAMA PERSEKUTUAN

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2004 PANDUAN PERTUKARAN PEGAWAI AWAM

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2014 BANTUAN UPAH JAHIT

PINJAMAN KOMPUTER. Syarat-syarat pinjaman komputer dan dokumen-dokumen yang perlu disertakan bersamasama borang permohonan ini ialah:

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 12 TAHUN 2013

GARIS PANDUAN URUSAN PENGESAHAN KE DALAM PERKHIDMATAN

UPSI (ISO) / BSM / P05 PINDAAN : 01

IMBUHAN TAHUNAN DAN BAYARAN KHAS PRESTASI 2004

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA. Bilangan 34 Tahun 2013 PENAMBAHBAIKAN JADUAL GAJI MINIMUM-MAKSIMUM GRED HINGGA GRED 54 DIBAWAH SISTEM SARAAN MALAYSIA

JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 (12) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2016 BAYARAN KHAS TAHUN 2016

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN AKTIVITI UNIT KOMPETENSI

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN MALAYSIA

JPA(L)S. 175/4/1-1 KLT. 8

3. Tujuan Peperiksaan : Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17 yang dilantik;

JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 (20) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2017 BAYARAN KHAS TAHUN 2017

3. Tujuan Peperiksaan : i. Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi jawatan Pembantu Tadbir Rendah yang dilantik terus;

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

GARIS PANDUAN TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI DAN ELAUN TESIS PELAJAR TAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

Transkripsi:

JPA.BK (S) 173/13/17/ (10) No. Siri KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2009 PERTUKARAN PELANTIKAN BAGI PEGAWAI KUMPULAN SOKONGAN YANG DITEMPATKAN SECARA KADER OLEH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA TUJUAN 1. Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan menjelaskan pelaksanaan pertukaran pelantikan bagi pegawai Kumpulan Sokongan Kementerian Pelajaran Malaysia yang ditempatkan secara kader di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia berikutan keputusan Kerajaan menetapkan Ketua Perkhidmatan dan Pihak Berkuasa Melantik yang baru bagi mereka. Surat Pekeliling Perkhidmatan ini mengandungi penjelasan mengenai prinsip pelaksanaan, pemberian opsyen, penetapan gaji pertukaran pelantikan dan syarat-syarat pertukaran pelantikan. LATAR BELAKANG 2. Penempatan pegawai Kumpulan Sokongan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) secara kader di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) adalah 1

berikutan penyusunan semula kabinet pada tahun 2004 yang melibatkan pembahagian Kementerian Pendidikan Malaysia kepada dua kementerian iaitu KPM dan KPT. 3. Bagi memastikan pengurusan sumber manusia yang melibatkan pegawai Kumpulan Sokongan di KPT dilaksanakan dengan lebih efektif, terancang dan sistematik, Kerajaan telah memutuskan pegawai Kumpulan Sokongan KPM yang ditempatkan secara kader di KPT diberikan opsyen untuk memilih Ketua Perkhidmatan dan Pihak Berkuasa Melantik (PBM) yang baru melalui pertukaran pelantikan. PIHAK BERKUASA MELANTIK DAN KETUA PERKHIDMATAN BARU 4. Kerajaan telah memutuskan PBM dan Ketua Perkhidmatan bagi pegawai Kumpulan Sokongan di KPT seperti berikut: (i) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) selaku PBM bagi pelantikan semua jawatan pegawai Kumpulan Sokongan; (ii) Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) selaku Ketua Perkhidmatan bagi jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) [PT(P/O)], Pembantu Tadbir (Kewangan) [PT(Kew)], Pegawai Khidmat Pelanggan dan Pembantu Tadbir Rendah atau jawatan lain yang ditetapkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa; dan (iii) Ketua Setiausaha (KSU) KPT selaku Ketua Perkhidmatan bagi jawatan Juruteknik, Pembantu Makmal, Penyelia Asrama, Pemandu Kenderaan, Tukang, Pembantu Am Pejabat, Operator Loji, Jurumudi dan Pembantu Rendah Awam atau jawatan lain yang ditetapkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa. 2

PRINSIP PELAKSANAAN 5. Semua pelantikan baru pegawai Kumpulan Sokongan di KPT selepas tarikh kuat kuasa Surat Pekeliling Perkhidmatan ini adalah dilaksanakan oleh SPA dan Ketua Perkhidmatannya mengikut ketetapan di perenggan 4(ii) dan 4(iii). 6. Prinsip pelaksanaan pertukaran pelantikan ini adalah berasaskan kepada Panduan Pertukaran Pelantikan yang dikeluarkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2002. Prinsip-prinsip penting dalam melaksanakan pertukaran pelantikan pegawai Kumpulan Sokongan KPM yang ditempatkan secara kader di KPT adalah seperti berikut: (i) pegawai yang layak ditawarkan pertukaran pelantikan melalui opsyen ini terdiri daripada pegawai yang dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) termasuk melalui perwakilan kuasa SPP kepada KPM atau KPT yang berada dalam Sistem Saraan Malaysia. Ini termasuk mereka yang dalam tempoh percubaan; (ii) pegawai akan ditawarkan opsyen seperti berikut: (a) penyandang jawatan PT(P/O), PT (Kew), Pegawai Khidmat Pelanggan dan Pembantu Tadbir Rendah akan ditawarkan opsyen sama ada bersetuju atau tidak bersetuju untuk ditukar lantik ke perkhidmatan Gunasama di bawah KPPA selaku Ketua Perkhidmatan dan SPA sebagai PBM; (b) penyandang jawatan Juruteknik, Pembantu Makmal, Penyelia Asrama, Pemandu Kenderaan, Tukang, Pembantu Am Pejabat, Operator Loji, Jurumudi dan Pembantu Rendah Awam akan ditawarkan opsyen sama ada bersetuju atau tidak bersetuju untuk 3

ditukar lantik ke perkhidmatan tertutup di bawah KSU KPT selaku Ketua Perkhidmatan dan SPA sebagai PBM; dan (c) bagi penyandang yang tidak bersetuju untuk ditukar lantik mengikut prinsip di perenggan 6(ii)(a) dan 6(ii)(b), mereka akan kekal di perkhidmatan asal iaitu Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia selaku Ketua Perkhidmatan dan SPP selaku PBM. (iii) tempoh opsyen yang diberi kepada setiap pegawai adalah selama 30 hari mulai tarikh surat tawaran dikeluarkan. Pilihan yang dibuat oleh pegawai adalah muktamad; (iv) pegawai yang tidak bersetuju dengan tawaran opsyen pertukaran pelantikan ini akan kekal dalam skim perkhidmatan dan perkhidmatan asal dan ditempatkan semula di KPM; dan (v) tarikh kuat kuasa pertukaran pelantikan ini adalah pada 16 Jun 2009 kecuali bagi pegawai yang dalam proses tindakan tatatertib, tarikh kuat kuasa pertukaran pelantikannya adalah sehari selepas Pihak Berkuasa Tatatertib berkenaan di KPM membuat keputusan bahawa sabit kesalahannya dan dijatuhkan hukuman. 7. Pegawai Kumpulan Sokongan selain daripada jawatan kader KPM seperti Penolong Pegawai Tadbir, Penolong Akauntan, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, Juruteknik Komputer, Penolong Pegawai Penerangan, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Penolong Pegawai Perangkaan, Pembantu Perangkaan, Pembantu Teknik, Pelukis Pelan, Pembantu Perubatan, Penolong Pegawai Perpustakaan, Pembantu Perpustakaan, Ahli Fotografi, Juru Audio Visual, Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan), Pembantu Perpustakaan, Penolong Juruaudit, Pembantu 4

Keselamatan, Pembantu Juruaudit, Pereka, Pembantu Akauntan dan Juruenjin Laut tidak layak ditawarkan opsyen pertukaran pelantikan ini. 8. Pegawai yang dilantik secara sementara atau kontrak yang mengisi jawatan kader KPM di KPT tidak layak ditawarkan opsyen pertukaran pelantikan ini. Sekiranya perkhidmatan pegawai masih diperlukan, urusan pelantikan semula pegawai berkenaan akan diuruskan oleh KPT. PEMBERIAN OPSYEN 9. SPA hendaklah menawarkan opsyen pertukaran pelantikan kepada semua pegawai yang layak mengikut contoh Surat Tawaran Opsyen Pertukaran Pelantikan di Lampiran A bagi membolehkan pegawai membuat pilihan. Tempoh opsyen adalah 30 hari mulai tarikh surat tawaran dikeluarkan. Pegawai yang bersetuju menerima opsyen akan ditukar lantik ke skim perkhidmatan dan gred jawatan yang sama di bawah PBM dan Ketua Perkhidmatan yang baru. 10. Opsyen pertukaran pelantikan yang dibuat oleh pegawai adalah muktamad. 11. Pegawai yang tidak membuat pilihan atau tidak melaporkan diri bertugas pada tarikh yang ditetapkan atau membuat pilihan dengan bersyarat atau gagal mengembalikan borang opsyen dalam tempoh yang ditetapkan tanpa sebab yang munasabah akan dianggap sebagai menolak tawaran opsyen pertukaran pelantikan. Pegawai berkenaan akan kekal dalam skim perkhidmatan dan perkhidmatan asal. 12. Tawaran opsyen ini juga hendaklah diberi kepada pegawai yang berada dalam keadaan berikut: (i) sedang bercuti; (ii) tidak hadir bertugas semasa opsyen dikeluarkan dan berkuat kuasa; 5

(iii) sedang dalam proses tindakan tatatertib; dan (iv) sedang menjalani hukuman tatatertib selain daripada hukuman buang kerja. 13. Pegawai yang sedang dalam proses tindakan tatatertib, Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan di KPM hendaklah membuat keputusan ke atas kes tersebut dan jika sabit kesalahannya dan dijatuhi hukuman buang kerja, maka tawaran opsyen tersebut dengan sendirinya terbatal. 14. Bagi maksud urusan pemberian opsyen, contoh surat tawaran, syarat-syarat pertukaran pelantikan, borang opsyen dan surat pelepasan dengan izin adalah seperti berikut: Lampiran A - Surat Tawaran Opsyen Lampiran B - Syarat-syarat Pertukaran Pelantikan Lampiran C - Borang Opsyen Lampiran D - Surat Pelepasan Dengan Izin KAEDAH PENETAPAN GAJI PERMULAAN 15. Penetapan gaji permulaan pegawai yang belum disahkan dalam perkhidmatan di jawatan asal adalah berdasarkan prinsip matagaji tertinggi berhampiran dengan matagaji akhir di gred jawatan asal di Peringkat 1 (P1) gred jawatan baru. Contoh kaedah penetapan gaji bagi pegawai yang belum disahkan adalah seperti di Lampiran E dan E1. 6

16. Penetapan gaji permulaan bagi pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan di jawatan asal adalah berdasarkan prinsip matagaji tertinggi berhampiran dengan matagaji akhir di gred jawatan asal di Peringkat 1 (P1) di gred jawatan baru yang mana jumlahnya tidak kurang daripada satu Pergerakan Gaji Biasa di gred jawatan asal. Jika matagaji di P1 jawatan baru tidak dapat menampung gaji permulaan yang ditetapkan mengikut prinsip ini, gaji boleh ditetapkan di Peringkat 2 (P2) dan seterusnya di Peringkat 3 (P3) jika matagaji di P2 jawatan baru tidak dapat menampung gaji permulaan yang telah ditetapkan. Contoh kaedah penetapan gaji bagi pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan adalah seperti Lampiran E2 dan E3. 17. Sekiranya matagaji di gred jawatan baru tidak dapat menampung gaji permulaan yang ditetapkan mengikut prinsip seperti di perenggan 15 dan 16, Jadual Gaji Khas Untuk Penyandang (KUP) hendaklah dipohon daripada Bahagian Saraan, Jabatan Perkhidmatan Awam. Contoh kaedah penetapan gaji bagi pegawai telah berada di matagaji maksimum adalah seperti Lampiran E4. 18. Pegawai boleh menggunakan kelulusan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) di jawatan asal sebagai memenuhi salah satu syarat untuk dipertimbangkan Anjakan Gaji dan/ atau kenaikan pangkat di jawatan baru berdasarkan peraturan yang sedang berkuat kuasa. Pegawai yang telah lulus PTK dan mendapat Aras IV pada tahun 2009, layak dipertimbangkan Anjakan Gaji pada tahun berikutnya. Contoh kaedah penetapan gaji adalah seperti di Lampiran E5. PERGERAKAN GAJI TAHUNAN 19. Bagi pegawai yang mempunyai Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) pada 1 Julai dan 1 Oktober 2009, mereka hendaklah diberi pergerakan gaji terlebih dahulu pada tarikh kuat kuasa pertukaran pelantikan iaitu pada 16 Jun 2009 sebelum ditetapkan 7

gaji pertukaran pelantikan pegawai di jawatan baru. Pergerakan Gaji Tahunan di jawatan asal adalah tertakluk kepada keputusan Panel Pembangunan Sumber Manusia KPT. TARIKH PERGERAKAN GAJI 20. TPG asal bagi pegawai yang terlibat dalam urusan ini hendaklah diubah kepada satu TPG baru pada tahun berikutnya selepas kuat kuasa pertukaran pelantikan. TPG baru adalah pada 1 April tahun berikutnya. ELAUN DAN KEMUDAHAN 21. Pelaksanaan pertukaran pelantikan bagi pegawai Kumpulan Sokongan KPM yang ditempatkan secara kader di KPT ini tidak melibatkan perubahan kepada kaedah penetapan kelayakan elaun dan kemudahan sedia ada. Pegawai yang ditukar lantik ke skim perkhidmatan dan gred jawatan yang sama akan terus layak menerima elaun dan kemudahan yang diperuntukkan dalam perkhidmatan awam berdasarkan syarat yang ditetapkan. KAEDAH PELAKSANAAN OPSYEN 22. Bagi melaksanakan pertukaran pelantikan ini, SPA, KPT, KPM dan pegawai yang terlibat hendaklah mematuhi kaedah yang ditetapkan seperti berikut: (i) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (a) menyediakan surat tawaran opsyen, syarat-syarat pertukaran pelantikan dan borang opsyen serta surat pelepasan dengan izin yang akan ditawarkan kepada pegawai seperti di Lampiran A, B, C dan D dan dikemukakan melalui KPT; 8

(b) melantik pegawai yang telah menerima opsyen untuk ditukar lantik mengikut skim perkhidmatan dan gred jawatan masingmasing di KPT; dan (c) bagi tujuan faedah persaraan, pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan di jawatan asal dan bersetuju menerima opsyen pertukaran pelantikan, perlu disahkan dalam perkhidmatan di jawatan baru tidak lewat enam (6) bulan dari tarikh kuat kuasa pertukaran pelantikan. (ii) Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (a) mengedarkan dokumen tawaran opsyen pertukaran pelantikan kepada pegawai; (b) memberi penjelasan secara terperinci mengenai opsyen kepada pegawai yang terlibat dan implikasi keputusan atau pemilihan yang dibuat; (c) menerima kertas opsyen yang telah dilengkapkan oleh pegawai dan memaklumkannya kepada SPA serta merekodkan dalam Kenyataan Perkhidmatan bagi pegawai yang menerima opsyen dan pelepasan dengan izin; dan (d) memaklumkan SPA selaku Pihak Berkuasa Melantik dan Bahagian Perkhidmatan, JPA selaku Ketua Perkhidmatan pegawai yang bersetuju menerima opsyen ditukar lantik ke jawatan dalam perkhidmatan Gunasama dan Bahagian Pembangunan Organisasi, JPA bagi membolehkan pindaan waran perjawatan dilaksanakan. 9

(iii) Kementerian Pelajaran Malaysia (a) memberikan pelepasan dengan izin kepada pegawai yang bersetuju menerima opsyen pertukaran pelantikan; (b) merekodkan keputusan opsyen bagi pegawai yang tidak bersetuju menerima opsyen pertukaran pelantikan dalam Kenyataan Perkhidmatan pegawai; dan (c) membuat penempatan semula pegawai yang tidak bersetuju menerima opsyen pertukaran pelantikan ini. (iv) Pegawai Yang Ditawarkan Opsyen (a) membaca dengan teliti dan memahami opsyen sebelum membuat keputusan. Jika terdapat sebarang keraguan, pegawai hendaklah merujuk kepada KPT untuk mendapatkan penjelasan selanjutnya. Sebarang opsyen yang dibuat adalah muktamad; (b) melengkapkan dua (2) salinan borang opsyen iaitu satu (1) salinan untuk simpanan KPT dan satu (1) lagi untuk pegawai berkenaan; dan (c) membuat pilihan sama ada bersetuju atau tidak bersetuju menerima opsyen pertukaran pelantikan dalam tempoh 30 hari mulai tarikh surat tawaran dikeluarkan. 10

KEKECUALIAN 23. Sebarang pengecualian daripada mana-mana peruntukan dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan ini hendaklah mendapatkan pertimbangan dan kelulusan KPPA. TARIKH KUAT KUASA 24. Surat Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa pada tarikh ia dikeluarkan. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA (TAN SRI ISMAIL ADAM) Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA PUTRAJAYA 23 Jun 2009 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Ketua Setiausaha Perbendaharaan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi 11

LAMPIRAN A SURAT TAWARAN OPSYEN Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Nama Alamat : (Nama Pegawai) :.. (Alamat Tempat Bertugas) Tuan/ Puan, TAWARAN PERTUKARAN PELANTIKAN DARI SKIM PERKHIDMATAN... DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) KE SKIM PERKHIDMATAN... DI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA (KPT) MELALUI OPSYEN Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Kerajaan telah bersetuju menetapkan Pihak Berkuasa Melantik dan Ketua Perkhidmatan baru bagi pegawai Kumpulan Sokongan Kementerian Pelajaran Malaysia yang ditempatkan secara kader di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Dengan ini, tuan/ puan ditawarkan pertukaran pelantikan ke skim perkhidmatan... di bawah Klasifikasi Perkhidmatan... di KPT dengan gaji RM.. (P T ) atas Gred... mulai 16 Jun 2009. 1

2. Tawaran pertukaran pelantikan melalui opsyen ini tertakluk kepada syaratsyarat seperti yang dinyatakan di Lampiran B. Tuan/ puan dikehendaki memberi jawapan sama ada bersetuju atau tidak bersetuju menerima opsyen pertukaran pelantikan ini dengan mengisi borang yang berkaitan. Jawapan tuan/ puan hendaklah sampai di pejabat ini sebelum atau pada... 2.1 Bersetuju Menerima Tawaran: Menandakan ( ) dalam kotak yang disediakan di perenggan (a) dalam Borang Opsyen Lampiran C. 2.2 Tidak Bersetuju Menerima Tawaran : Menandakan ( ) dalam kotak yang disediakan di perenggan (b) dalam Borang Opsyen Lampiran C. Tuan/ puan akan kekal dalam skim perkhidmatan dan perkhidmatan asal. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam 2

LAMPIRAN B SYARAT-SYARAT PERTUKARAN PELANTIKAN BAGI PEGAWAI KUMPULAN SOKONGAN YANG DITEMPATKAN SECARA KADER OLEH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA MELALUI OPSYEN 1. Kerajaan telah bersetuju untuk menetapkan Pihak Berkuasa Melantik dan Ketua Perkhidmatan baru bagi pegawai Kumpulan Sokongan Kementerian Pelajaran Malaysia yang ditempatkan secara kader di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Sehubungan itu, tuan/ puan dengan ini diberi opsyen sama ada bersetuju untuk ditukar lantik ke skim perkhidmatan yang sama di bawah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam/ Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam selaku Pihak Berkuasa Melantik. Jika tuan/ puan tidak bersetuju untuk ditukar lantik, tuan/ puan akan kekal dalam skim perkhidmatan dan perkhidmatan asal. Opsyen ini adalah muktamad. OPSYEN 2. Tempoh opsyen yang diberikan kepada tuan/ puan untuk membuat pilihan ialah selama 30 hari mulai dari tarikh surat tawaran dikeluarkan. Jika tuan/ puan tidak membuat pilihan atau tidak melaporkan diri bertugas pada tarikh yang ditetapkan atau membuat pilihan dengan bersyarat atau gagal mengembalikan borang opsyen tanpa sebarang sebab yang munasabah, tuan/ puan adalah dianggap tidak bersetuju menerima opsyen pertukaran pelantikan ini dan akan kekal dalam skim perkhidmatan dan perkhidmatan asal. TEMPOH MEMBUAT OPSYEN 3. Tuan/ puan akan ditawarkan ke skim perkhidmatan dan gred jawatan yang sama dengan skim perkhidmatan dan gred jawatan asal. SKIM PERKHIDMATAN DAN GRED JAWATAN YANG DITAWARKAN 4. Pihak Berkuasa Melantik tuan/ puan yang baru ialah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. PIHAK BERKUASA MELANTIK 3

5. Ketua Perkhidmatan tuan/ puan yang baru ialah: (i) Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam bagi jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi), Pembantu Tadbir (Kewangan), Pegawai Khidmat Pelanggan dan Pembantu Tadbir Rendah; atau KETUA PERKHIDMATAN (ii) Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi bagi jawatan Juruteknik, Pembantu Makmal, Penyelia Asrama, Pemandu Kenderaan, Tukang, Pembantu Am Pejabat, Operator Loji, Jurumudi dan Pembantu Rendah Awam. 6. Tuan/ puan akan tertakluk kepada syarat-syarat perkhidmatan yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan dan gred jawatan yang tuan/ puan ditukar lantik. PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT DAN PERATURAN PERKHIDMATAN BARU 7. Tuan/ puan akan ditawarkan gaji permulaan pertukaran pelantikan berdasarkan prinsip berikut: (a) Pegawai belum disahkan dalam perkhidmatan GAJI PERMULAAN PERTUKARAN PELANTIKAN Pegawai hendaklah ditawarkan gaji berdasarkan prinsip matagaji tertinggi berhampiran dengan matagaji terakhir di jawatan asal di Peringkat 1 (P1) jawatan baru. (b) Pegawai telah disahkan dalam perkhidmatan; Pegawai hendaklah ditawarkan gaji berdasarkan prinsip matagaji tertinggi berhampiran dengan matagaji akhir di gred jawatan asal di Peringkat 1 (P1) di gred jawatan baru yang mana jumlahnya tidak kurang daripada satu Pergerakan Gaji Biasa di gred jawatan asal. Jika matagaji di P1 jawatan baru tidak dapat menampung gaji permulaan yang ditetapkan mengikut prinsip ini, gaji boleh ditetapkan di Peringkat 2 (P2) dan seterusnya di Peringkat 3 (P3) jika matagaji di P2 jawatan baru tidak dapat menampung gaji permulaan yang telah ditetapkan. 4

(c) Sekiranya matagaji di jawatan baru tidak dapat menampung gaji permulaan yang ditetapkan mengikut prinsip-prinsip di atas, maka Jadual Gaji Khas Untuk Penyandang (KUP) hendaklah dipohon daripada Bahagian Saraan, Jabatan Perkhidmatan Awam. 8. Tuan/ puan yang ditukar lantik di bawah opsyen ini boleh mengguna pakai kelulusan PTK di jawatan asal sebagai memenuhi salah satu syarat untuk dipertimbangkan Anjakan Gaji dan/ atau kenaikan pangkat berdasarkan peraturan yang sedang berkuat kuasa. Selain daripada itu, tuan/ puan yang telah melepasi Tahap Kecekapan yang diperlukan bagi mana-mana komponen PTK atas jawatan asal tidak perlu menduduki semula komponen berkenaan. Sebaliknya tuan/ puan hanya perlu menduduki mana-mana komponen PTK yang belum melepasi Tahap Kecekapan yang ditetapkan di jawatan baru. PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN 9. Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) di jawatan asal yang sepatutnya diterima tuan/ puan pada 1 Julai dan 1 Oktober 2009 hendaklah diberi di jawatan asal pada tarikh kuat kuasa pertukaran pelantikan iaitu pada 16 Jun 2009 sebelum ditetapkan gaji pertukaran pelantikan tuan/ puan di jawatan baru. PGT di jawatan asal adalah tertakluk kepada keputusan Panel Pembangunan Sumber Manusia KPT. PERGERAKAN GAJI TAHUNAN 10. Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) tuan/ puan berubah kepada satu tarikh baru pada tahun berikutnya selepas berkuat kuasanya pertukaran pelantikan. TPG baru adalah pada 1 April tahun berikutnya. TARIKH PERGERAKAN GAJI 11. Tuan/ puan akan dikecualikan daripada syarat tempoh percubaan jika tuan/ puan telah disahkan dalam perkhidmatan di jawatan asal atau tuan/ puan ditukar lantik ke gred kenaikan pangkat. Walau bagaimanapun, untuk tujuan faedah persaraan, tuan/ puan hendaklah disahkan dalam perkhidmatan di jawatan baru oleh Pihak Berkuasa Melantik tidak lewat enam (6) bulan dari tarikh kuat kuasa pertukaran pelantikan. TEMPOH PERCUBAAN BAGI PEGAWAI YANG TELAH DISAHKAN 5

12. Tuan/ puan yang belum disahkan dalam perkhidmatan di jawatan asal dikehendaki menghabiskan baki tempoh percubaan dan boleh disahkan dalam perkhidmatan pada bila-bila masa sekiranya telah mencukupi tempoh setahun termasuk mengambil kira tempoh percubaan jawatan asal tertakluk dengan syarat tuan/ puan memenuhi semua syarat pengesahan yang ditetapkan. TEMPOH PERCUBAAN BAGI PEGAWAI YANG BELUM DISAHKAN 13. Kekananan tuan/ puan adalah kekal. KEKANANAN 14. Jika tuan/ puan belum disahkan dalam perkhidmatan di jawatan asal dan belum diberi taraf berpencen, tuan/ puan layak diberi opsyen skim KWSP semasa disahkan dalam perkhidmatan di jawatan baru. OPSYEN SKIM KSWP 15. Taraf berpencen yang telah diberi kepada tuan/ puan sebelum pertukaran pelantikan ini dikuatkuasakan akan dikekalkan. TARAF BERPENCEN DIKEKALKAN 16. Tuan/ puan dibenarkan membawa baki cuti rehat dan cuti rehat yang telah dikumpulkan untuk tujuan pemberian wang tunai sebagai gantian cuti rehat di jawatan baru mengikut syarat dan peraturan yang berkuat kuasa. CUTI REHAT 17. Tuan/ puan boleh ditempatkan berkhidmat di mana-mana jua sepertimana yang diarahkan oleh Ketua Perkhidmatan/ Ketua Jabatan. PENEMPATAN 18. Tuan/ puan akan sentiasa tertakluk kepada peraturan dan arahan yang berkuat kuasa di agensi penerima. KEPERLUAN MEMATUHI PERATURAN 19. Tuan/ puan dikecualikan daripada syarat pemeriksaan perubatan, akuan berkanun dan tapisan keselamatan sekiranya tuan/ puan telah memenuhi syarat tersebut semasa di jawatan asal. SYARAT PELANTIKAN YANG DIKECUALIKAN 6

20. Pertukaran pelantikan tuan/ puan melalui pemberian opsyen ini adalah berkuat kuasa mulai 16 Jun 2009 kecuali bagi tuan/ puan yang dalam proses tindakan tatatertib, tarikh kuat kuasa pertukaran pelantikan tuan/ puan adalah sehari selepas Pihak Berkuasa Tatatertib berkenaan di KPM membuat keputusan bahawa sabit kesalahan dan dijatuhkan hukuman. TARIKH KUAT KUASA 21. Hubungan tuan/ puan dengan perkhidmatan asal adalah terputus kecuali bagi tujuan faedah persaraan dan kemudahan-kemudahan lain yang diberi berdasarkan tempoh perkhidmatan seperti cuti rehat, cuti haji dan pinjaman. HUBUNGAN DENGAN PERKHIDMATAN ASAL 7

LAMPIRAN C BORANG OPSYEN Fail Rujukan: Tarikh : Kepada: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.. Tuan: TAWARAN PERTUKARAN PELANTIKAN BAGI PEGAWAI KUMPULAN SOKONGAN YANG DITEMPATKAN SECARA KADER OLEH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA MELALUI OPSYEN Berhubung dengan surat tuan bil. bertarikh. mengenai perkara di atas, saya dengan ini membuat pilihan seperti di bawah: *(a) Bersetuju menerima pertukaran pelantikan dari skim perkhidmatan... di bawah Klasifikasi Perkhidmatan... di KPM ke skim perkhidmatan... di bawah Klasifikasi Perkhidmatan... di KPT dengan menerima gaji sebanyak RM.(P...T...) sebulan atas Gred... dengan syarat-syarat yang dinyatakan di Lampiran B pada surat tawaran tuan; ATAU * (b) Tidak bersetuju menerima tawaran pertukaran pelantikan dan kekal dalam skim perkhidmatan dan perkhidmatan asal. 8

2. Saya sesungguhnya faham kandungan surat tawaran dan implikasi opsyen ini serta mengetahui bahawa pilihan yang saya buat ini adalah muktamad. Tandatangan:.. Nama Penuh:.. No. Kad Pengenalan:. Jawatan:.. Alamat:........... Tarikh:. Di hadapan: SAKSI** (Tandatangan Dan Cap Jawatan) Nama Penuh:.. No. Kad Pengenalan:. Jawatan:... Alamat:......... Tarikh:. * Tandakan (/) dalam salah satu petak yang berkenaan. ** Ketua Jabatan atau Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional 9

LAMPIRAN D Kepada: Kementerian Pelajaran Malaysia.. Tuan: Permohonan Pelepasan Dengan Izin Saya dengan ini memohon Pelepasan Dengan Izin berikutan persetujuan saya untuk menerima tawaran pertukaran pelantikan bagi pegawai dalam Kumpulan Sokongan yang ditempatkan secara kader oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di Kementerian Pengajian Tinggi mulai tarikh pertukaran pelantikan. Sekian, terima kasih. Yang benar, Tandatangan:.. Nama Penuh:.. No. Kad Pengenalan:. Jawatan:... Alamat:.... Tarikh:... 10

LAMPIRAN E KAEDAH PENETAPAN GAJI PERMULAAN BAGI PERTUKARAN PELANTIKAN PEMANDU KENDERAAN GRED R3 YANG BELUM DISAHKAN DALAM PERKHIDMATAN DAN TARIKH PERGERAKAN GAJINYA SEBELUM TARIKH KUAT KUASA PERTUKARAN PELANTIKAN Tarikh Kuat Kuasa: 16 Jun 2009 Tarikh Pergerakan Gaji Asal: 1 April Tarikh Gaji Sekarang Gred R3 (RM) Gaji Baru Gred R3 (RM) Catatan 1.4.2009 783.10 (P1T3) - TPG gred jawatan asal. 15.6.2009 783.10 (P1T3) - Gaji akhir di gred jawatan asal. 16.6.2009 783.10 (P1T3) 823.94 (P1T4) Tarikh kuat kuasa pertukaran pelantikan. Gaji permulaan pertukaran pelantikan yang ditawarkan kepada pegawai. 1.4.2010-864.78 (P1T5) TPG gred jawatan baru (Pergerakan Gaji Biasa mengikut keputusan PPSM) Catatan: PPSM : TPG : Panel Pembangunan Sumber Manusia Tarikh Pergerakan Gaji 11

LAMPIRAN E1 KAEDAH PENETAPAN GAJI PERMULAAN BAGI PERTUKARAN PELANTIKAN JURUTEKNIK GRED J17 YANG BELUM DISAHKAN DALAM PERKHIDMATAN DAN TARIKH PERGERAKAN GAJINYA SELEPAS TARIKH KUAT KUASA PERTUKARAN PELANTIKAN Tarikh Kuat Kuasa: 16 Jun 2009 Tarikh Pergerakan Gaji Asal: 1 Julai Tarikh Gaji Sekarang Gred J17 (RM) Gaji Baru Gred J17 (RM) Catatan 15.6.2009 1305.93 (P1T10) - Gaji akhir di gred jawatan asal. 16.6.2009 1357.36 (P1T11) - Tarikh kuat kuasa pertukaran pelantikan. TPG gred jawatan asal (1 Julai) diberi pada tarikh kuat kuasa pertukaran pelantikan. 16.6.2009 1357.36 (P1T11) 1408.79 (P1T12) Gaji permulaan pertukaran pelantikan yang ditawarkan kepada pegawai. 1.4.2010-1460.22 (P1T13) TPG gred jawatan baru (Pergerakan Gaji Biasa mengikut keputusan PPSM) Catatan: PPSM : TPG : Panel Pembangunan Sumber Manusia Tarikh Pergerakan Gaji 12

LAMPIRAN E2 KAEDAH PENETAPAN GAJI PERMULAAN BAGI PERTUKARAN PELANTIKAN PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W22 YANG TELAH DISAHKAN DALAM PERKHIDMATAN DAN TARIKH PERGERAKAN GAJINYA SEBELUM TARIKH KUAT KUASA PERTUKARAN PELANTIKAN Tarikh Kuat Kuasa: 16 Jun 2009 Tarikh Pergerakan Gaji Asal: 1 Januari Tarikh Gaji Sekarang Gred W22 (RM) Gaji Baru Gred W22 (RM) Catatan 1.1.2009 2491.70 (P2T6) - TPG gred jawatan asal. 15.6.2009 2491.70 (P2T6) - Gaji akhir di gred jawatan asal. 16.6.2009 2491.70 (P2T6) 2599.09 (P2T7) Tarikh kuat kuasa pertukaran pelantikan. Gaji permulaan pertukaran pelantikan yang ditawarkan kepada pegawai. 1.4.2010-2706.48 (P2T8) TPG gred jawatan baru (Pergerakan Gaji Biasa mengikut keputusan PPSM) Catatan: PPSM : TPG : Panel Pembangunan Sumber Manusia Tarikh Pergerakan Gaji 13

LAMPIRAN E3 KAEDAH PENETAPAN GAJI PERMULAAN BAGI PERTUKARAN PELANTIKAN PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/ OPERASI) GRED N17 YANG TELAH DISAHKAN DALAM PERKHIDMATAN DAN TARIKH PERGERAKAN GAJINYA SELEPAS TARIKH KUAT KUASA PERTUKARAN PELANTIKAN Tarikh Kuat Kuasa : 16 Jun 2009 Tarikh Pergerakan Gaji Asal : 1 Oktober Tarikh Gaji Sekarang Gred N17 (RM) Gaji Baru Gred N17 (RM) Catatan 15.6.2009 1219.66 (P1T9) - Gaji akhir di gred jawatan asal. 16.6.2009 1269.57 (P1T10) - Tarikh kuat kuasa pertukaran pelantikan. TPG gred jawatan asal (1 Oktober) diberi pada tarikh kuat kuasa pertukaran pelantikan. 16.6.2009 1269.57 (P1T10) 1319.48 (P1T11) Gaji permulaan pertukaran pelantikan yang ditawarkan kepada pegawai. 1.4.2010-1369.39 (P1T12) TPG gred jawatan baru (Pergerakan Gaji Biasa mengikut keputusan PPSM) Catatan: PPSM : TPG : Panel Pembangunan Sumber Manusia Tarikh Pergerakan Gaji 14

LAMPIRAN E4 KAEDAH PENETAPAN GAJI PERMULAAN BAGI PERTUKARAN PELANTIKAN PEMBANTU AM PEJABAT GRED N1 YANG TELAH DISAHKAN DALAM PERKHIDMATAN DAN TELAH BERADA DI MATAGAJI MAKSIMUM DI PERINGKAT 3 (P3) SERTA TARIKH PERGERAKAN GAJI SEBELUM BERKUAT KUASANYA PERTUKARAN PELANTIKAN Tarikh Kuat Kuasa : 16 Jun 2009 Tarikh Pergerakan Gaji Asal : 1 April Tarikh Gaji Sekarang Gred N1 (RM) Gaji Baru Gred N1 (RM) Catatan 1.4.2009 1661.82 (P3T22) (Maksimum) 15.6.2009 1661.82 (P3T22) (Maksimum) - TPG gred jawatan asal. - Gaji akhir di gred jawatan asal. 16.6.2009 1661.82 (P3T22) (Maksimum) 1705.92 (P3T23) (KUP*) Tarikh kuat kuasa pertukaran pelantikan. Gaji permulaan pertukaran pelantikan yang ditawarkan kepada pegawai. 1.4.2010-1705.92 (P3T23) (KUP*) TPG gred jawatan baru (Pergerakan Gaji Biasa mengikut keputusan PPSM) Catatan: PPSM : TPG : Panel Pembangunan Sumber Manusia Tarikh Pergerakan Gaji * Pewujudan gaji secara KUP ini tertakluk kepada persetujuan pegawai menerima opsyen pertukaran pelantikan ini dan kelulusan Bahagian Saraan, JPA. 15

LAMPIRAN E5 KAEDAH PENETAPAN GAJI PERMULAAN BAGI PERTUKARAN PELANTIKAN PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/ OPERASI) GRED N17 YANG TELAH DISAHKAN DALAM PERKHIDMATAN DAN MENDAPAT ANJAKAN GAJI SELEPAS TARIKH KUAT KUASA PERTUKARAN PELANTIKAN Tarikh Kuat Kuasa: 16 Jun 2009 Tarikh Pergerakan Gaji Asal: 1 Julai Tarikh Gaji Sekarang Gred N17 (RM) Gaji Baru Gred N17 (RM) Catatan 1.2.2009 1069.93 (P1T6) 15.6.2009 1069.93 (P1T6) - Pegawai lulus dalam PTK 1 dengan mendapat Aras IV. - Gaji akhir di gred jawatan asal. 16.6.2009 1069.93 (P1T6) 16.6.2009 1119.84 (P1T7) 1119.84 (P1T7) 1169.75 (P1T8) Tarikh kuat kuasa pertukaran pelantikan. TPG gred jawatan asal (1 Julai) diberi pada tarikh kuat kuasa pertukaran pelantikan. Gaji permulaan pertukaran pelantikan yang ditawarkan kepada pegawai. 1.4.2010-1283.25 (P2T9) TPG gred jawatan baru (Pergerakan Gaji Biasa mengikut keputusan PPSM). PPSM telah meluluskan Anjakan Gaji pegawai. Catatan: PPSM : TPG : Panel Pembangunan Sumber Manusia Tarikh Pergerakan Gaji 16