BEBERAPA PANDANGAN MENGENAI PENDIDIKAN SEKS Muhammad Haniff Hassan

dokumen-dokumen yang mirip
Pesan Buat Remaja: Anda Ingin Bercinta & kahwin? oleh Muhammad Haniff Hassan

Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa. Muhammad Haniff Hassan

Melindungi Anak-anak di Alam Siber

Apabila Aktivis Dakwah Ditimpa Futur (Malas) Muhammad Haniff Hassan

KONSEP KEKELUARGAAN DAN KEMASYARAKATAN ISLAM

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK 1813 Motivasi dan Emosi (Minggu 4)

AL-AQSA, PALESTIN DAN KITA Muhammad Haniff Hassan

HALAL, HARAM & SYUBHAT

pusaka), namun keduanya tidak jumpa orang yang mampu menyelesaikan perselisihan mereka. Keutamaan Hak harta Simati

Salah Faham Terhadap Hadith

Hijab Kaum Wanita: Satu Pengertian Yang Lebih Luas. Muhammad Haniff Hassan

BAB 12 GEJALA KERUNTUHAN AKHLAK

HIS 224 INSTITUSI KEKELUARGAAN ISLAM

BAB LIMA KESIMPULAN. perbahasan dan laporan analisis kajian yang telah dijalankan daripada bab-bab sebelum ini.

Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika

PERSPEKTIF KOMUNITI LESBIAN, GAY DAN TRANSGENDER MUSLIM DI MALAYSIA TERHADAP PERLAKUAN HOMOSEKSUAL DAN KONSEP PERKAHWINAN DI DALAM AL-QUR AN

BAB LIMA PENUTUP. sebelumnya. Dalam bab ini juga, pengkaji akan mengutarakan beberapa langkah

Syariah (930) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

TAFSIR SURAH YUSUF Bahagian 5

SS 5 Sangat Setuju TS 2 Tidak setuju S 4 Setuju STS 1 Sangat Tidak Setuju TP 3 Tidak Pasti

Munakahat ZULKIFLI, MA

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

PROGRAM KESEDARAN GOODBYE PORNOGRAPHY DIDIK-SEDAR-CEGAH

PERISYTIHARAN Hak Asasi Manusia Sejagat

BAB 6 PENUTUP. juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh

BAB V KESIMPULA DA SARA A. harta antara pasangan suami isteri. Mengikut amalan di rantau ini, ia boleh dituntut

BAB 5 : PENUTUP. Al-Khatib al-shirbini adalah seorang yang faqih dalam mazhab al-shafi i dan

FARAID ILMU YANG DILUPAKAN

Kepelbagaian sosio budaya individu dalam sistem pendidikan bukan sahaja dilihat

BAB I PENDAHULUAN. A. Latar Belakang. Manusia pada dasarnya mempunyai kodrat, yaitu memiliki hasrat untuk

BAB 6: ETIKA KRISTIAN

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

Nur Hafiza Osman (Fiza O)

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama

TANGAN MENCATAT DI BUMI, JIWA MENDONGAK KE LANGIT Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin


BAB 16 SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM

BAB 8 : KESIMPULAN. kawasan bandar Jesselton (Kota Kinabalu) dalam kegiatan badan-badan beruniform

DALIL2 SYARA TENTANG KECINTAAN HAMBA KEPADA ALLAH TA ALA. Umumnya kenal itu pelajaran tauhid, cinta itu pelajaran tasawuf.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAB KEENAM PENUTUP. Bab ini menyimpulkan semua permasalahan kajian iaitu menjelaskan perbandingan

Menanggapi Isu Berjabat Tangan Secara Saksama. Muhammad Haniff Hassan

BAB 5 PENUTUP. ayat tanpa penafian (مثبت) maka yang lainnya ayat penafian.(منفي) Kedua-duanya

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. menjawab persoalan-persoalan kajian dan mengusulkan cadangan-cadangan untuk

KESIMPULAN DAN SARANAN

PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU

BAB 5 PENUTUP. Mahar merupakan harta berharga dan bermanfaat yang wajib diberikan oleh suami

Perzinahan dan Hukumnya SEPUTAR MASALAH PERZINAHAN DAN AKIBAT HUKUMNYA

Persenyawaan Buatan Dan Bayi Tabung Uji

Kenapa kebencian? Apakah yang membuat seseorang itu membenci?

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-208: HUKUM WANITA MEMBUKA SYARIKAT SENDIRI

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

BAHAGIAN A [20 markah] Peperangan yang berlaku memusnahkan harta dan mengorbankan jiwa manusia

FIQH KEUTAMAAN FIQH AWLAWIYYAT (KARANGAN PROF. DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADAWI. Disediakan Oleh : Irny Suzila Ishak PENGENALAN PENGERTIAN FIQH


WANITA DAN PEMBUBARAN Perkahwinan dalam Islam Oleh : Abd. Muhsin Ahmad Majalah Sinar Rohani Disember 2001

"SABAR ANUGERAH TERINDAH"

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

27 Mac 2015 (Jumaat) / 6 Jamadilakhir 1436H

Apakah Kawin Kontrak Itu?

Islam Mencela Judi. Muhammad Haniff Hassan

BAB 2 PENDAHULUAN PENDAHULUAN PENDAHULUAN DEFINISI AGAMA DEFINISI AGAMA. Manusia dan Agama (IDA 102) 1/10/2013. Maruwiah Ahmat 1

BAB 1 PENDAHULUAN. A. Latar Belakang Masalah. Dalam proses kehidupan manusia mengalami tahap-tahap perkembangan

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

PENDAHULUAN IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 21/02/2013 BAB 4 KONSEP AKHLAK II. Maruwiah Ahmat Peranan Akhlak dalam Kehidupan

KESIMPULAN DAN CADANGAN. banyak oleh Allah S.W.T. Disebabkan tawaran yang terlalu istimewa daripada Allah S.W.T

Agama Buddha. i. Ia berasal dari negara India pada kurun ke-6 SM dan diasaskan oleh Gautama Buddha sebagai salah satu interpretasi agama Hindu.

HUBUNGAN SEKSUAL SUAMI-ISTRI Dr. Yusuf Al-Qardhawi. Pertanyaan:

Tips Munakahat Suami Makan Gaji Isteri?

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB IV PARADIGMA SEKUFU DI DALAM KELUARGA MAS MENURUT ANALISIS HUKUM ISLAM

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Berhati-Hati Dalam Menjawab Permasalahan Agama

Penawar Bagi Hati (Asy-Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muthalib Al-Indonesia Al-Mandili)

a) Adakah manusia biasa dapat mencapai tahap ihsan sepertimana para Nabi dan Rasul? Kemukakan pendapat anda.

ADAB AMAR MAARUF DAN NAHI MUNKAR

Menerangkan akhlak Nabi Muhammad SAW. Menjelaskan akhlak Nabi adalah akhlak al-quran

BAB 5 Nilai Berkaitan Dengan Hak Asasi Manusia

Pembangunan modal insan menurut perspektif Al Quran. Sinopsis:

RUMAHKU SYURGAKU Majalah Sinar Rohani, Mac 2002

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD4053 : Fiqh Munakahat (Minggu 4 )

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAB LISAN 19 JUN 2014 (KHAMIS) Dato' Ar. Wan Mohammad Khair-il Anuar bin Wan Ahmad [ Kuala

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Pendekatan Humanistik : Teori Hierarki Keperluan Maslow

UNDANG-UNDANG SYARIAH (Bahagian 1) i) NAFKAH ORANG ISLAM ii) HADHANAH NAFKAH ORANG ISLAM

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah TASAWWUR ISLAM

Cabaran dalam Menjaga Kanak-kanak Berkeperluan Khas. Erica Lovel

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

POLISI KESAMARATAAN DALAM PERKHIDMATAN

SMK TUN TUAH PENYELIDIKAN DAN KONSULTASI SESI 2010/2011 KERTAS CADANGAN UNTUK MENGKAJI :

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

BAHAGIAN A (20 markah)

PENGENALAN HAJI DAN UMRAH. Bahagian Bimbingan Lembaga Tabung Haji

BAB EMPAT KESIMPULAN DAN CADANGAN. tradisi dalam kalangan masyarakat Islam pada umumnya. Oleh kerana itu, amalan

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

BAB 1 PENDAHULUAN. A. Latar Belakang Masalah. Islam adalah Agama yang ditetapkan Allah SWT untuk manusia, segala

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Nota Sains Islam. Hasanul Arifin

Transkripsi:

BEBERAPA PANDANGAN MENGENAI PENDIDIKAN SEKS Muhammad Haniff Hassan Masalah keseksualan remaja Islam hari ini begitu membimbangkan. Ini dapat dilihat dari jumlah remaja Islam yang terlibat dalam perzinahan sehingga menyebabkan kehamilan di luar nikah dan lebih buruk lagi pengguguran janin. Pergaulan bebas yang dapat kita lihat di jalan-jalan hari ini merupakan juga indikasi kepada masalah yang ada. Tidak syak lagi, masalah ini memerlukan penglibatan ibu bapa bagi menanam kefahaman yang betul terhadap seks dalam diri anak-anak mereka. Namun, malangnya rata-rata ibu bapa Melayu merasa malu dan janggal untuk memainkan peranan langsung dalam pendidikan seks kepada anak-anak mereka. Ini mengakibatkan, remaja dibiar untuk mencari sendiri jawaaban bagi persoalan seks yang ada dalam fikiran mereka. Ada pula ibu bapa yang berdiam diri dalam soal iin dengaan andaian bahawa remaja nanti akan tahu sendiri. Sikap seperti ini sebenarnya sudah lagi tidak sesuai kerana hakikatnya Ibu bapa adalah agen utama dalam memastikan pendidikan yang betul para remaja kita, termasuklah dalam hal ini memberi input terhadap pendidikan dan perlakuan seks yang betul. Oleh itu, ibu bapa bagi para remaja hari ini dan akan datang perlu mengubah sikap pasif dalam menangani masalah pendidikan seks anak-anak mereka. Seks Dalam Al-Quran & Sunnah Jika kita mengkaji agama Islam dengan mendalam kita akan dapati terdapat banyak dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah yang membicarakan mengenai persoalan yang berkaitan seks secara jelas dan terbuka. Sebagai contoh, Allah taala berbicara mengenai cara menjalini hubungan seks fenomena seksual yang berlaku pada orang perempuan, iaitu haidh (Al-Baqarah: 222-3). Rasulullah s.a.w secara terbuka mengajar cara yang baik menjalini hubungan seks yang bermaksud Janganlah ada di antara kamu yang menyetubuh isterinya dengan cara yang dilakukan haiwan. Hendaklah antara keduanya itu (suami dan isteri) terdapat pengantar. Apakah dia, wahai Rasulullah? Beliau menjawab Ciuman dan percakapan. (Riwayat Al- Baihaqi) Rasulullah s.a.w juga membicarakan fenomena seksual dengan para sahabatnya. Sabda beliau yang bermaksud Mani seorang lelaki kental dan mani seorang perempuan kekuning-kuningan dan agak cair. (Riwayat Muslim) Sikap Yang Betul

Sebagai satu agama yang selaras dengan fitrah manusia, Islam menerima seks adalah sebahagian dari keperluan manusia. Islam tidak memandang bahawa seks adalah sesuatu yang 'kotor' yang dikaitkan dengan nafsu yang rendah (lust). Islam tidak berpendapat bahawa memenuhi keperluan seks sekali gus membicarakannya adalah sesuatu yang akan merendahkan martabat manusia dan menghijab manusia dari mendekatkan diri kepada Yang Maha Agung. Bahkan Islam menjadikan seks sebagai sebahagian dari wasilah yang membolehkan manusia mendapat pahala dari Allah taala. Di dalam sebuah hadits ada dinyatakan seperti berikut; Rasulullah s.a.w berkata Bagi kamu, dalam menyetubuhi isteri kamu, pahala. Sahabat berkata Wahai Rasulullah s.a.w apakah seseorang di antara kita yang memenuhi syahwatnya akan mendapat pahala? Beliau berkata Bagaimana pendapat kamu kalau dia menyalurkan syahwatnya pada yang haram, apakah ia berdosa? Begitulah jika ia meletakkannya pada yang halal, maka ia akan mendapat pahala. (Riwayat Muslim) Peranan Ibu Bapa Oleh itu, ibu bapa Islam tidak seharusnya bersifat malu atau memandang pembicaraan mengenai seks ini sebagai sesuatu yang 'taboo' sehingga mereka mengelakkan diri dari membicarakannya dengan anak-anak mereka atau menunjukkan sikap yang menghijab anak-anak mereka untuk berbicara mengenainya dengan mereka. Islam menetapkan bahawa tanggungjawab utama untuk mendidik anak-anak terletak di atas bahu ibu bapa. Ini meliputi juga tanggungjawab pendidikan seks kepada anak-anak. Sikap ibu bapa yang menjauhi persoalan ini dari anak-anak sehingga menyebabkan berlaku penyelewengan seks oleh anak-anak mereka boleh dikira sebagai pengabaian terhadap tanggungjawab dalam mendidik anak-anak. Ini pastinya akan menjadi pertanggungjawaban di hadapan Allah taala. Apa yang penting ialah untuk ibu bapa memahami falsafah dan objektif Islam dalam pendidikan seks, kaedah yang perlu digunakan, tahap-tahap yang perlu dilalui dan dilakukan dengan penuh adab. Hal ini perlu difahami kerana pada hakikatnya terdapat perbezaan antara objektif, kaedah dan adab-adab dalam persoalan pendidikan seks antara Islam dan konsep pendidikan seks kontemporari. Objektif Pendidikan Seks Dalam Islam Tujuan pendidikan seks dalam Islam ialah untuk membimbing individu agar menyalurkan kehendak seksnya secara yang mulia, penuh tanggungjawab dan bagi memenuhi tujuantujuan lain yang lebih tinggi bukan sebagai satu hiburan atau keseronokan. Dalam hal ini, seks di sisi Islam hanya dibenarkan antara lelaki dan perempuan yang diikat oleh ikatan perkahwinan.

Bertolak dari sini, pendidikan seks dalam Islam menjurus pada pencegahan dari terjerumus dalam zina. Zina dalam Islam bermaksud hubungan seks antara pasangan lelaki dan perempuan di luar ikatan perkahwinan. Ia meliputi pre marital sex dan extra marital sex. Zina telah diharamkan oleh Allah taala dalam Al-Isra : 32. Pendidikan seks dalam Islam juga menjurus pada pencegahan amalan seks di luar fitrah manusia seperti lesbian, gay, mendatangi binatang, masturbasi dan menyetubuhi dubur sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud Tujuh golongan yang Allah tidak akan melihat mereka pada hari Kiamat. Kepada mereka Allah akan berkata Masuklah ke dalam neraka bersama mereka yang telah ditentukan akan masuk ke neraka. (Tujuh golongan itu ialah) Dua orang lelaki yang berbuat liwat, orang yang mengeluarkan mani dengan tangannya, orang yang menyetubuhi binatang, orang yang menyetubuhi dubur isterinya, orang yang mengahwini sekali gus seorang wanita dan anak perempuannya, orang yang berbuat zina dengan wanita jirannya dan orang yang mengganggu jirannya hingga ia dikutuk olehnya. (Riwayat At-Tabarani) Seks dalam Islam juga bertujuan sebagai satu wasilah bagi membangun unit-unit keluarga yang soleh sebagai asas sebuah masyarakat yang soleh pada hari ini dan generasi yang soleh di masa akan datang. Ertinya Islam mengaitkan seks dengan satu tujuan yang lebih besar dan murni yang diwarnai dengan sifat tanggungjawab dan komitmen. Ia bukan sesuatu yang dilakukan bagi memenuhi keperluan biologi semata-mata atau hanya sebagai bukti rasa cinta antara dua pasangan manusia yang saling mengasihi. Selain dari itu, pendidikan seks dalam Islam juga bertolak dari nilai kesucian (chastity) sebagai sebahagian dari tuntutan ubudiyah terhadap Allah taala. Daripada nilai ini, maslahat umum terpelihara. Perbezaan Dengan Barat Di Barat seks dan pendidikan seks banyak dipengaruhi oleh fahaman Liberalisme yang amat mempengaruhi nilai hidup masyarakat Barat. Di bawah pengaruh Liberalisme yang memberi banyak penekanan pada kebebasan individu dari pelbagai batasan, seks dianggap sebagai sesuatu yang menjadi sebahagian dari hak asasi individu dan manusia kerana ia adalah sesuatu yang merupakan fitrahnya. Atas dasar ini, setiap individu yang telah dewasa pada hukum asalnya bebas melakukan seks atas dasar suka sama suka dan tiada siapa yang berhak menghalang mereka, tanpa kira sama ada sebelum berkahwin, sesama jenis atau dengan binatang dan samada bersendirian atau beramai-ramai.

Maka sebab itu, kita boleh melihat perubahan tren di Barat yang semakin bersifat bebas dan terbuka sehingga membenarkan pasangan sejenis untuk berkahwin, membenarkan kebebasan individu untuk menggugurkan anak, mengiktiraf tingkah laku lucah sebagai kesenian (art) dan mengakui pelacuran sebagai kerjaya. Dalam konteks seperti ini, menghalang dan mencegah perbuatan ini dianggap sebagai pencabulan hak asasi manusia yang tidak sejajar dengan fahaman Liberalisme Barat. Halangan hanya boleh dibuat jika ada tujuan yang lebih besar. Walau bagaimana pun ia haruslah se minimum mungkin. Maka itu, pendidikan seks di Barat yang dikenali sebagai comprehensive sex education umumnya bertujuan hanya untuk mencegah kelahiran anak luar nikah kerana ia banyak menimbulkan masalah sosial seperti jenayah dan kemiskinan dan membebankan pemerintah dari segi ekonomi kerana harus menyediakan skim-skim kebajikan disebabkan ketidakupayaan keluarga bagi menyara anak berkenaan. Selain itu, ia hanya bertujuan untuk memenuhi tujuan kesihatan umum seperti mengelakkan penyakit kelamin. Maka sebab itu di dalam pendidikan seks di Barat mesej pendidikannya, walau pun kadang kala menasihati remaja agar meninggalkan seks sebelum nikah tetapi jika tidak mampu, maka lakukanlah dengan cara yang selamat agar tidak berlaku kandungan yang tidak dikehendaki atau dirancang dan agar tidak tersebar penyakit kelamin khususnya AIDS. Pendidikan seks Barat lebih menjurus kepada seks yang selamat baik dilakukan secara rambang atau di luar nikah. Ini berbeza dengan zina yang yang menolak seks di luar nikah walau pun dilakukan secara yang selamat. Pendidikan seks Barat pula bertolak dari menjunjung tinggi nilai kebebasan individu asal tidak menyalahi maslahat umum atau hak orang lain. Sejajar dengan budaya hedonisme, umumnya seks di sisi bangsa Barat juga diwarnai dengan sikap untuk berseronok, berhibur dan kepuasan naluri. Bukan sesuatu yang dilakukan atas dasar komitmen, tanggungjawab dan memenuhi wawasan yang lebih besar. Walau bagaimana pun, tidak dinafikan bahawa di Barat terdapat juga aliran yang mempromosikan pendidikan seks yang berteraskan abstinence (menjauhi seks sebelum nikah). Namun ia bukanlah satu aliran yang dominan yang digunakan sebagai asas pendidikan seks yang diperkenalkan di institusi pendidikan di Barat. Anjuran abstinence adalah wasilah bagi memenuhi anjuran chastity (kesucian dan keperawanan). Aliran ini dipengaruhi oleh pengaruh agama baik Kristian, Yahudi atau agama-agama lain yang kebanyakannya memang menolak budaya seks bebas yang berleluasa. Walau pun aliran ini mempunyai persamaan dengan Islam tetapi wujud juga perbezaan khususnya dari segi adab-adab pergaulan yang lain antara lelaki dan perempuan.

Pendekatan Kita Apabila kita meneliti perbicaraan Al-Quran dan As-Sunnah mengenai seks, kita akan dapati bahawa perbicaraan mengenai seks merupakan perbicaraan bagi satu topik yang lebih besar. Amat jarang seks dibicarakan sebagai satu topik yang tersendiri. Ini bermaksud bahawa, walau pun seks adalah sesuatu yang fitrah bagi manusia tetapi ia haruslah diletakkan di bawah satu kerangka yang lebih besar dan di bawah isu yang lebih penting. Umpamanya Islam menyatakan mengenai tanda-tanda baligh bagi lelaki ialah apabila ia telah bermimpi dan mengeluarkan mani manakala perempuan pula apabila ia telah haidh. Mimpi (wet dream), keluar mani (ejaculation) dan haidh (menstruation) adalah sebahagian dari isu seks yang dibincangkan di dalam pendidikan seks. Namun Islam membicarakannya bukan sebagai satu isu yang tersendiri atau semata-mata untuk membicarakan mengenainya. Sebaliknya ia dibicarakan sebagai tanda baligh. Isu baligh itu adalah lebih penting dari mimpi, keluar mani dan haidh kerana baligh adalah tahap bermulanya taklif (pertanggungjawaban). Seorang yang telah memikul taklif dia menanggung dosa dan pahala sendiri. Pendekatan ini membolehkan anak-anak Islam memahami erti baligh pada waktu yang sama memahami isu berkaitan seks. Dengan cara ini pula isu-isu seks diikat dengan persoalan yang lebih besar dan fenomena seks dikaitkan dengan sifat tanggungjawab. Pendekatan ini membolehkan anak-anak memahami apa itu mimpi, mani dan haidh pada waktu yang sama menyedari bahawa ia adalah sesuatu permulaan kepada satu tahap kehidupan yang lebih penting yang memerlukan keseriusan dan bertanggungjawab. Hari ini baligh biasanya berlaku pada umur 12. Maksimum umur mencapai baligh pula ialah apabila mencapai umur 15 tahun. Ini bermakna anak-anak Islam perlu memahami konsep baligh yang meliputi tanda-tanda baligh sebelum umur 12 dan 15 tahun lagi. Agar dengan itu, menjadikan mereka seorang yang bersedia apabila menjangkau baligh. Ini secara tidak langsung memberi garis panduan kepada ibu bapa mengenai waktu bila isu ini dibincangkan kepada anak-anak dan bagaimana menyampaikannya.