UTHM/PP/100-6/3 JLD 11 ( 04 ) 10 Mac 2011 PEKELILING PENGURUSAN BIL. 3 TAHUN 2011 PERATURAN DAN KAEDAH KADAR PEMBAYARAN DEPOSIT BAGI SEWAAN DAN PEMINJAMAN ALAS MEJA/SKIRTING MEJA DAN SARUNG KERUSI BANQUET OLEH PTJ/KELAB/AGENSI LUAR/PERSENDIRIAN DI 1.0 TUJUAN Pekeliling ini bertujuan untuk menjelaskan mengenai peraturan dan kadar bayaran deposit bagi sewaan dan peminjaman alas meja/ skirting dan sarung kerusi banquet oleh PTJ/ Kelab/ Agensi Luar/ Persendirian yang dipinjam daripada Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Harta Bina (PPH) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. 2.0 JENIS BARANGAN YANG DIKENAKAN PEMBAYARAN DEPOSIT 2.1 Jenis barangan bagi tujuan peminjaman dikenakan deposit semasa ialah seperti berikut :- 2.1.1 Alas meja bulat 2.1.2 Alas meja seminar / meja serbaguna 2.1.3 Alas meja kopi 2.1.4 Alas meja/ skirting 2.1.5 Sarung kerusi banquet 3.0 KADAR BAYARAN DEPOSIT 3.1 Kadar bayaran deposit bagi peminjaman item-item adalah sepertimana ketetapan berikut : BIL BILANGAN PEMINJAMAN DEPOSIT 1. BAWAH 50 HELAI RM 50.00 2. LEBIH 50 HELAI KURANG 100 HELAI RM 100.00 3. 100 HELAI DAN KE ATAS RM 200.00-1 -
4.0 KAEDAH PELAKSANAAN DAN PERMOHONAN PEMINJAMAN 4.1 Permohonan untuk peminjaman alas meja/skirting meja dan sarung kerusi banquet adalah dengan mengisi borang PPH/BP/002 (Pin.2). 4.2 Bayaran Deposit hendaklah diserahkan kepada Kaunter Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Harta Bina sebelum meminjam barangan berkaitan. 4.3 Peminjaman dan pemulangan barangan hendaklah dilaksanakan di stor yang ditetapkan oleh Kaunter Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Harta Bina. 4.4 Pengesahan pemulangan barangan yang dipinjam hendaklah uruskan oleh pemohon sebelum deposit dipulangkan. 5.0 KOS GANTIRUGI KEROSAKAN 5.1 Pemohon adalah tertakluk kepada peraturan kos gantirugi sekiranya berlaku sebarang kerosakan dan kehilangan, penggantian item yang hilang akan dipotong daripada deposit, manakala penetapan gantirugi kerosakan dan kehilangan yang melebihi deposit yang dibayar akan dituntut daripada pemohon dengan kadar berikut : Bil Nama Peralatan Bayaran Per Unit (RM) 1. Alas meja bulat 120.00 2. Alas meja seminar/ meja serbaguna 50.00 3. Alas meja kopi 50.00 4. Skirting meja 150.00 5. Sarung Kerusi Banquet 80.00 5.2 Segala bayaran gantirugi kerosakan/kehilangan akan dituntut daripada pemohon mengikut kaedah dan peraturan universiti yang sedang berkuatkuasa. - 2 -
6.0 KAEDAH BAYARAN 6.1 Segala pembayaran deposit adalah berbentuk wang tunai sahaja dan hendaklah dibuat di kaunter Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Harta Bina. 7.0 PEMAKAIAN 7.1 Peruntukan-peruntukan dalam peraturan ini adalah terpakai kepada semua sewaan dan peminjaman alas meja/ skirting dan sarung kerusi banquet oleh PTJ/ Kelab/ Agensi Luar/ Persendirian yang dipinjam daripada Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Harta Bina (PPH) dan hak milik berdaftar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. 7.2 Pihak Universiti boleh meminda peraturan ini mengikut keperluan dari masa ke semasa dan lain-lain peraturan pentadbiran berkaitan adalah tertakluk kepada peraturan Universiti yang ditetapkan dari semasa ke semasa. 8.0 KUATKUASA PERATURAN 8.1 Peraturan ini berkuatkuasa daripada tarikh Pekeliling Pengurusan ini dikeluarkan. Sekian, terima kasih. "DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA" Yang benar, SULAM BIN HAMID Pendaftar 07-4537100 s.k - Y. Bhg. Dato Naib Canselor - Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) - Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) - Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) - Penolong-Penolong Naib Canselor - Dekan-Dekan Fakulti - Pengarah Pejabat / Pusat - Ketua-ketua Pejabat /Pusat /Unit SH/myh/10.03.2011/PekelilingPengurusan - 3 -
PPH/BP/002 (Pin. 2) ARAHAN : BORANG TEMPAHAN RUANG & PERALATAN ( Hendaklah Diisi Dalam 3 Salinan ) I. Borang ini adalah sah untuk tempahan penggunaan ruang dan peralatan di bawah penyeliaan Pejabat Pembangunan & Pengurusan Hartabina. II. Permohonan hendaklah dibuat dalam 3 salinan. III. Pemohon hanya perlu mengisi BAHAGIAN (A) sahaja. IV. Tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh penggunaan. V. Pelan susun atur peralatan /perabot dan kelulusan kertas kerja program/majlis hendaklah dikepilkan bersama semasa menyerahkan Borang Permohonan. VI. Borang yang telah diisi hendaklah diserahkan kepada Kaunter Perkhidmatan Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Hartabina di dalam waktu pejabat. VII. Pemohon digalakkan membuat semakan awal kekosongan ruang di Kaunter Perkhidmatan PPH( Ext: 7234) sebelum membuat permohonan. BAHAGIAN A ( Untuk Diisi Oleh Pemohon ) 1.Tujuan penggunaan / pinjaman : 2. Nama program : 3. Tarikh : Hingga : 4. Masa : Hingga : 5. Jumlah pengguna / peserta : 6. Perasmian program oleh : 7. KEPERLUAN RUANG Tandakan 8.KEPERLUAN PERABOT Jumlah/Unit a) Dewan Tunku Ibrahim Ismail ( ) a) Rostrum/Kekaki pidato ( ) b) Dataran Anggerik ( ) b) Kerusi Banquet ( ) c) Dewan 1 ( ) c) Kerusi Plastik ( ) d) Dewan 2 ( ) d) Kerusi VIP + Meja Kopi ( ) e) Bilik Tamu VIP, DTII ( ) e) Bunga Hiasan ( ) f) Bilik VIP, G3 ( ) f) Meja Serbaguna ( ) g) Ruang Legar G3 ( ) g) Meja Peperiksaan ( ) h) Dewan Terbuka ( ) h) Meja Bulat ( ) i) Ruang Legar DK3 ( ) i) Meja Seminar ( ) j) Ruang Legar Niaga Siswa ( ) j) Kanopi ( ) k) Ruang Legar Perpustakaan ( ) k) Alas Meja ( ) l) ( ) l) Kipas angin berdiri ( ) m) ( ) m) Platform ( Ukuran : ) ( ) 9. KEPERLUAN PERALATAN a) Sistem PA ( ) e) LCD projektor ( ) b) Microphone berdiri ( ) f) Sistem PA mudah alih ( ) c) Microphone klip ( ) g) Extention wire ( ) d) LCD white screen ( ) h) ( ) - 4 -
10. Saya bagi pihak penganjur akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kebersihan dan sebarang kerosakan serta kehilangan peralatan-peralatan yang dipinjamkan : - Yang benar. (Tandatangan Pemohon) Nama : No. Tel. (H/P): Fak/Pej/Jab/Unit : No. Staf/Matrik : Tarikh : Permohonan diatas adalah urusan *Akademik/Kokurikulum Pelajar. Disokong Oleh : Permohonan diatas adalah Majlis Rasmi. Disokong Oleh :..... (T/Tangan & Cop Rasmi Timb. Pendaftar / Pen. Pendaftar Pejabat Hal Ehwal Pelajar) * wajib diisi untuk aktiviti pelajar sahaja Ulasan:.... (T/Tangan & Cop Rasmi Ketua PTJ/Dekan/Pengarah) Ulasan :.. BAHAGIAN B :- (KEGUNAAN PEJABAT PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN HARTABINA) DISEMAK : Ulasan : Unit Tempahan Ruang, Perabot & Upacara Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Hartabina Tarikh :- KELULUSAN : Ulasan : Penolong Pendaftar Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Hartabina Tarikh :- - 5 -