ULASAN KES SEMAKAN BIDANG KUASA MAHKAMAH SYARIAH DALAM MEMUTUSKAN KES HARTA SEPENCARIAN ZALELA BINTI ABDUL AZIZ LWN KAHARUDIN MD SALEH JH 43 (1) 1437H

dokumen-dokumen yang mirip
HARTA SEPENCARIAN EMBUN BIN AWANG LWN MELAH TEH DAN TIGA YANG LAIN JH 42(1) 1437H

ULASAN KES HARTA SEPENCARIAN EMBUN BIN AWANG LWN MELAH TEH DAN TIGA YANG LAIN JH 42(1) 1437H

ULASAN KES JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN & YL LWN BERJAYA BOOKS SDN. BHD. & YL [2015] 3 CLJ 461

AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997 (AKTA 561)

ULASAN KES VIEW ESTEEM SDN. BHD.

BAB V KESIMPULA DA SARA A. harta antara pasangan suami isteri. Mengikut amalan di rantau ini, ia boleh dituntut

KURSUS TEKNIKAL UNDANG-UNDANG KADI DAN PENDAKWA NEGERI PULAU PINANG 7 Oktober 1992 hingga 8 Oktober 1992

i) HARTA SEPENCARIAN ii) MUTAAH iii) PENGUATKUASAAN PERINTAH NAFKAH ORANG ISLAM Macam mana nak tentukan sesuatu harta itu adalah Harta Sepencarian?

ENAKMEN WAKAF (NEGERI SELANGOR) /1999. BETA PERKENANKAN, TENGKU IDRIS SHAH IBNI SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH AL-HAJ, Pemangku Raja Selangor

ISU-ISU TERHADAP TUNTUTAN HARTA SEPENCARIAN DI BAWAH ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM NEGERI SELANGOR (2003)

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6/4-274/15 DI ANTARA TAN POH THIAM DENGAN DAILY FRESH FOODS SDN. BHD. AWARD NO: 308 TAHUN 2017

Ulasan Buku Undang-undang [ULASAN Islam di Malaysia: BUKU] Prinsip dan Amalan 179. Mohd Norhusairi Mat Hussin

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012 BAHAGIAN A: PENGENALAN

KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD

Amalan Dengan Ketekunan Wajar. 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar?

NO. AWARD : 900 TAHUN 2016

KOPERASI KKGLM MALAYSIA BERHAD ATURAN AKTIVITI PINJAMAN

0C2B F A4?OpenDocument

(c) suatu guaranti dalam suatu amaun yang ditetapkan oleh mahkamah dari plaintif berkenaan tuntutan (b) itu.

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

PENDAKWA SYARIE LWN NOOR WAHIDA BT AHMAD AZRI [2013] 3 SHLR 116

MANUAL RUJUKAN INSTITUSI KEWANGAN ISLAM KEPADA MAJLIS PENASIHAT SHARIAH

KAJIAN KE ATAS PERMASALAHAN KELEWATAN PROSES KELULUSAN TUKAR SYARAT TANAH (KES KAJIAN : PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR) OLEH: HAZRUL BIN MAMAT

JPA(S)TT. 71/3/1 ( 16 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 26 TAHUN 2008

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

AKTA PILIHAN RAYA 1958

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO: 21(26)/4-840/12 ANTARA RIDWAN FARID BIN SUBAIRI DAN MERCURY MARINE SDN. BHD. AWARD NO: 551 TAHUN 2017

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 11 TAHUN 1995 PANDUAN LAWATAN KE LUAR NEGERI KERANA PEROLEHAN KERAJAAN

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

Shamrahayu A. Aziz, 2016, Isu Penguatkuasaan Undang-undang Jenayah Islam di Malaysia, 88 halaman, ISBN

Jaminan Fideliti Terma & Syarat

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Umur Persaraan Minimum 1 D.R. 26/2012 RANG UNDANG-UNDANG UMUR PERSARAAN MINIMUM 2012

PERJANJIAN BIASISWA SELANGORKU TAHUN 2017

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PERJANJIAN PINJAMAN PENDIDIKAN

Garis Panduan Bagi Perbelanjaan Potongan Dua Kali Untuk Perbelanjaan Penyelidikan Dan Pembangunan Di Bawah Seksyen 34A Akta Cukai Pendapatan 1967

Permohonan Untuk Melantik/Melantik Semula Anggota Lembaga Koperasi

BAHAGIAN III KEWAJIPAN-KEWAJIPAN DAN KEISTIMEWAAN-KEISTIMEWAAN KOPERASI-KOPERASI

Undang-Undang Malaysia

D.R. 20/2007 RANG UNDANG-UNDANG MAKMAL PATOLOGI 2007

AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran.

TATACARA PENDAFTARAN KES TANGKAPAN SAMAN & WARAN DI MAHKAMAH SYARIAH

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Bab 4. Pelaksanaan Permohonan Perintah Faraid Menurut Undang-undang Islam di Mahkamah Syariah di Malaysia

UNIVERSITI MALAYA (PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA) KUALA LUMPUR PERJANJIAN PERKHIDMATAN. Perjanjian Ini Dibuat pada haribulan tahun CONTOH

Prof. Madya Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil Deputy CEO, IAIS Malaysia

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

PENGLIBATAN ORANG BUKAN ISLAM DALAM SISTEM KEHAKIMAN SYARIAH: BUKAN ISLAM SEBAGAI SAKSI DI MAHKAMAH SYARIAH MALAYSIA

SYARAT-SYARAT JUALAN

DI MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DI NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN RUJUKAN TANAH NO: /2015 ANTARA

Tribunal Tuntutan Pengguna. Written by Administrator Thursday, 13 August :17 -

BAB EMPAT : WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR. bermastautin. Setiap kes yang difailkan akan melalui prosiding tertentu dari awal

PERISYTIHARAN JUALAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI IPOH PERMOHONAN UNTUK PELAKSANAAN NO /2012 SAMAN PEMULA NO TAHUN 2010

D.R. 35/2007 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Takaful DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 1 D.R. 27/2008. Rang Undang-Undang Suruhanjaya pelantikan kehakiman 2008

ASPEK PERUNDANGAN BERKAITAN PENGURUSAN WANG KHAIRAT DI MALAYSIA DAN PERANAN AGENSI BERKAITAN. Mohd Zamro bin Muda Noor Lizza Mohamed Said

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP7B: GARIS PANDUAN PEMBERIAN IBRA (REBAT) BAGI PEMBIAYAAN ISLAM BERASASKAN JUAL BELI BAHAGIAN A: PENGENALAN

AMALAN PERINTAH TAUBAT (ISTITABAH) BAGI PERMOHONAN KELUAR AGAMA ISLAM

PERISYTIHARAN JUALAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG SAMAN PEMULA NO PERMOHONAN UNTUK PELAKSANAAN NO.

Pengajian Am (Kertas 1) SUMBER UNDANG-UNDANG MALAYSIA

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

BAB LIMA KESIMPULAN. perbahasan dan laporan analisis kajian yang telah dijalankan daripada bab-bab sebelum ini.

PERJANJIAN PENYELIDIKAN

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

SOALAN-SOALAN LAZIM (FAQ) UNTUK BANTUAN BAKTI NEGARA (BBN)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKIM KEMUDAHAN PERUBATAN PEGAWAI PENGENALAN

APA YANG PERLU ANDA TAHU MENGENAI: PENGKELASAN DAN PENGGUNAAN TANAH

DALAM TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR HOO AH ALFRED HO - PIHAK YANG MENUNTUT SEBAB KEPUTUSAN

Tambahan pula, bagi pemegang polisi yang bukan beragama Islam, suatu amanah akan diwujudkan untuk penama di bawah keadaan-keadaan berikut:

AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG 1976 PERINTAH SARAAN PEGUAM CARA 2005

AKTA SARAAN HAKIM 1971

Terma-Terma dan Peraturan Pengurusan Kes (Peringkat Pertama)

PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

Permohonan Untuk Melantik/Melantik Semula Anggota Lembaga Koperasi

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

MUZAKARAH HAKIM-HAKIM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH SE MALAYSIA PULAU PINANG 3 JUN 1998

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

POLISI PERUMAHAN UNIVERSITI. Polisi Perumahan Universiti ini adalah sebagai panduan kepada tadbir urus dan penghuni rumah Universiti.

BAB SATU PENDAHULUAN

D.R. 8/94 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BORANG PERMOHONAN INSENTIF DAN YURAN PENGAJIAN STAF PENTADBIRAN Dihantar melalui PTj / Fakulti kepada Unit Kemudahan Pengajian Staf, Pejabat Pendaftar

GARIS PANDUAN BERKENAAN PERMOHONAN UNTUK MEMBELI HARTA TAK ALIH ( IMMOVABLE PROPERTY

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2008 TAWARAN OPSYEN PELANJUTAN UMUR PERSARAAN WAJIB KEPADA 58 TAHUN

TATACARA PENJAGAAN ASET, PENGURUSAN KEHILANGAN DAN TINDAKAN YANG BOLEH DIKENAKAN APABILA BERLAKU KEHILANGAN

UNDANG-UNDANG TUBUH BADAN KHAIRAT KEMATIAN MASJID AL-FAIZIN DESA JAYA-TAMAN EHSAN BAGI

PERJANJIAN SKIM DERMASISWA PENGAJIAN TAHUN ASAS UNIVERSITI SELANGOR SEMESTER (SESI )

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

ULASAN BUKU. Pengulas: Ruzman Md. Noor Jabatan Syariah Dan Undang-undang Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Transkripsi:

324 KANUN [JULAI 2019] ULASAN KES SEMAKAN BIDANG KUASA MAHKAMAH SYARIAH DALAM MEMUTUSKAN KES HARTA SEPENCARIAN ZALELA BINTI ABDUL AZIZ LWN KAHARUDIN MD SALEH JH 43 (1) 1437H Mohd Norhusairi Mat Hussin husairi@um.edu.my Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya PENDAHULUAN Kes ini merupakan kes semakan di Mahkamah Rayuan Syariah Selangor terhadap keputusan kes Harta Sepencarian yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Selangor. Permohonan semakan ini telah dibuat sendiri oleh hakim yang telah memutuskan kes tersebut pada peringkat perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor. Plaintif dan Defendan dalam kes ini telah membuat tuntutan harta sepencarian yang diperoleh sepanjang tempoh perkahwinan mereka. Kes ini menarik untuk dikaji kerana telah mengubah amalan yang diamalkan di Mahkamah Syariah Malaysia yang memutuskan bahawa kes-kes tuntutan harta sepencarian mestilah dipohon dan dituntut di mahkamah yang memutuskan perceraian terhadap sesebuah pasangan. FAKTA KES Kes ini merupakan kes semakan terhadap keputusan kes induk yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Selangor yang dipohon sendiri oleh hakim bagi kes berkenaan. Kes ini adalah tentang harta sepencarian yang melibatkan plaintif dan defendan, iaitu Zalela binti Abdul Aziz lwn Kaharudin bin Md. Salleh. Plaintif dalam kes ini telah membuat tuntutan harta sepencarian terhadap harta-harta yang diperoleh mereka berdua sepanjang tempoh perkahwinan. Harta-harta yang terlibat dalam tuntutan ini termasuklah sebuah rumah teres, perabot dan perkakas rumah dan dua buah kenderaan yang diperoleh dalam tempoh perkahwinan plaintif dan defendan. Dalam kes ini, Mahkamah Tinggi Syariah Selangor telah memutuskan kes ini dengan

Semakan Bidang kuasa Mahkamah Syariah dalam Memutuskan Kes Harta Sepencarian Zalela binti Abdul Aziz lwn Kaharudin Md Saleh Jh 43 (1) 1437H 31 KANUN (2) Mohd Norhusairi Mat Hussin 325 mengisytiharkan harta-harta yang dituntut ini merupakan harta sepencarian serta perlu dibahagikan antara plaintif dengan defendan. Selepas kes ini diputuskan, YA Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor telah memohon semakan ke Mahkamah Rayuan Syariah Selangor. Isu yang ditimbulkan oleh YA Hakim dalam permohonan semakan ini ialah berhubung dengan isu bidang kuasa mahkamah dalam memutuskan kes Harta Sepencarian ini. Hal ini kerana pihak-pihak telah disahkan bercerai di negeri Melaka, tetapi kes ini dituntut dan diputuskan di Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Selangor. Keputusan ini seolah-olah bercanggah dengan Arahan Amalan No. 6 Tahun 2003 yang menetapkan bahawa mahkamah yang bidang kuasanya untuk memutuskan kes harta sepencarian ialah mahkamah yang mengeluarkan perintah perceraian bagi pasangan tersebut. ISU DALAM KES (1) Adakah Mahkamah Syariah Selangor berbidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan kes tuntutan harta sepencarian ini? (2) Adakah keputusan yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah dalam kes ini sah dan terpakai kepada pihak-pihak? (3) Adakah keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah ini bercanggah dengan Arahan Amalan No. 6 Tahun 2003. PENGHAKIMAN MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH Dalam kes ini, Mahkamah Rayuan Syariah Selangor telah memutuskan seperti yang berikut: (i) Semakan ditolak (ii) Keputusan hakim bicara disahkan ULASAN KES Kes ini merupakan kes semakan yang dibuat sendiri oleh hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor yang telah memutuskan kes induk, iaitu kes harta sepencarian yang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor. YA Hakim dalam suratnya kepada Mahkamah Rayuan Syariah telah memohon semakan terhadap keputusannya yang telah membenarkan tuntutan harta sepencarian di Selangor walaupun pihak-pihak telah bercerai di Melaka. YA Hakim telah menyatakan alasan semakan ini dibuat adalah kerana telah

326 KANUN [JULAI 2019] timbul kekhilafan terhadap isu bidang kuasa dalam kes ini memandangkan pihak-pihak telah disahkan bercerai di Melaka. Kekhilafan ini timbul apabila YA Hakim meneliti semula peruntukan sekyen 122 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 (EUUKIS) dan Arahan Amalan No. 6 Tahun 2003 serta kes Noh bin Atan lwn Shakila binti Mohamed yang dinyatakan dalam Arahan Amalan berkenaan. Seksyen 122 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003 telah menyatakan bahawa: Seksyen 122. Kuasa Mahkamah memerintah pembahagian harta sepencarian (1) Mahkamah adalah mempunyai kuasa apabila membenarkan lafaz talaq atau apabila membuat suatu perintah perceraian untuk memerintah supaya apa-apa aset yang diperolehi oleh pihak-pihak itu dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama mereka dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana aset yang diperolehi oleh pihak-pihak itu dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama mereka dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagi antara pihakpihak itu. (2) Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen (1) Mahkamah hendaklah mengambil perhatian tentang : (a) takat sumbangan-sumbangan yang telah dibuat oleh tiap-tiap satu pihak dalam bentuk wang, harta, atau kerja bagi memperolehi aset-asetitu; (b) apa-apa hutang yang terhutang oleh salah satu pihak yang telah dilakukan bagi manfaat bersama mereka; (c) keperluan-keperluan anak-anak yang belum dewasa dari perkahwinan itu, jika ada, dan, tertakluk kepada pertimbangan-pertimbangan itu, Mahkamah hendaklah membuat pembahagian yang sama banyak. (3) Mahkamah adalah mempunyai kuasa, apabila membenarkan lafaz talaq atau apabila membuat perintah perceraian, memerintah supaya apa-apa aset yang diperolehi dalam masa perkahwinan dengan usaha tunggal satu pihak kepada perkahwinan itu dibahagi antara mereka atau supaya aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagi antara pihak-pihak itu.

Semakan Bidang kuasa Mahkamah Syariah dalam Memutuskan Kes Harta Sepencarian Zalela binti Abdul Aziz lwn Kaharudin Md Saleh Jh 43 (1) 1437H 31 KANUN (2) Mohd Norhusairi Mat Hussin 327 (4) Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen (3), Mahkamah hendaklah memberi perhatian kepada: (a) takat sumbangan-sumbangan yang telah dibuat oleh pihak yang tidak memperolehi aset itu, kepada kebajikan keluarga dengan memelihara rumahtangga atau menjaga keluarga; (b) keperluan-keperluan anak-anak yang belum dewasa dari perkahwinan itu, jika ada, dan tertakluk kepada pertimbanganpertimbangan itu, Mahkamah boleh membahagikan aset-aset itu atau hasil jualan itu mengikut apa-apa kadar yang difikirkannya munasabah, tetapi, walau bagaimana pun, pihak yang telah memperoleh aset-aset itu dengan usahanya hendaklah menerima suatu kadar yang lebih besar. (5) Bagi maksud seksyen ini, rujukan-rujukan mengenai aset yang diperoleh dalam masa perkahwinan termasuklah aset-aset yang dipunyai oleh satu pihak sebelum perkahwinan itu yang telah dimajukan pada sebahagian besarnya dalam masa perkahwinan itu oleh pihak yang satu lagi itu atau dengan usaha bersama mereka. Secara umumnya, peruntukan ini sama dengan peruntukan perintah pembahagian harta sepencarian di negeri-negeri yang lain. Daripada peruntukan ini, secara literalnya dapat difahami bahawa mahkamah yang berbidang kuasa untuk mengeluarkan perintah harta sepencarian ialah mahkamah yang membuat perintah atau membenarkan sesebuah perceraian antara pihak-pihak berlaku. Dengan kata lain, mahkamah yang tidak mengesahkan sesuatu perceraian yang berlaku tidak mempunyai bidang kuasa untuk memutusan kes harta sepencarian. Arahan Amalan No. 6 Tahun 2003 pula antara lain telah menyatakan bahawa tuntutan harta sepencarian hendaklah dituntut di mahkamah yang berbidang kuasa dalam negeri di mana perintah perceraian atau pengesahan perceraian dikeluarkan. Mahkamah dalam hal ini boleh merujuk penghakiman kes Noh bin Atan lwn Shakila bt Mohamed (1998) 1 sebagai panduan sebelum membuat apa-apa keputusan sama ada menerima atau menolak tuntutan harta sepencarian yang dituntut di negeri yang berkuasa mengeluarkan perintah perceraian atau pengesahan perceraian. Arahan amalan ini telah berkuat kuasa mulai 1 November 2003. Arahan amalan ini juga dapat difahami 1 JH XII (1) 1491

328 KANUN [JULAI 2019] sebagai telah memberikan panduan kepada Mahkamah berhubung bidang kuasa untuk mendengar dan mengesahkan tuntutan harta sepencarian perlu dilaksanakan di Mahkamah yang mengeluarkan perintah perceraian. Dalam kes Zalela binti Abdul Aziz lwn Kaharudin bin Md. Salleh ini, pihak-pihak telah bertikai mengenai tuntutan harta sepencarian terhadap sejumlah harta yang diperoleh semasa tempoh perkahwinan (inter-vivos) pihak-pihak. Plaintif telah memohon supaya mahkamah mengisytiharkan harta-harta yang diperoleh dalam perkahwinan mereka sebagai harta sepencarain dan hendaklah dibahagikan antara pihak Plaintif dengan Defendan. Harta yang dituntut oleh Plaintif melibatkan satu harta tidak alih, iaitu sebuah rumah teres satu tingkat yang beralamat di 37, Jalan M24, Taman Merdeka, Batu Berendam, 75350 Melaka. Defendan walau bagaimanapun telah membuat tuntutan balas dengan menuntut sejumlah harta daripada Plaintif, iaitu : (a) Perabot dan peralatan rumah: (i) 3 buah penghawa dingin jenis Mitsubishi (ii) Sebuah almari pakaian (5 pintu); (iii) keping tilam jenama Vono; (iv) 1 set perhiasan kayu jati; (v) Sebuah TV Sony 29 inci; (vi) Set peralatan pingan mangkuk; (vii) Set peralatan memasak; (viii) Set perabot rotan; (ix) Sebuah peti ais (b) Dua jenis kenderaan, iaitu: (i) Sebuah kereta Nissan Sunny, No. Pendaftaran MAP 4651; (ii) Sebuah Nissan Vanette, No. Pendaftaran NBJ 5875 Mahkamah Tinggi Syariah Selangor pada 12 Ogos 2014 telah mengeluarkan perintah seperti yang berikut: (1) Mahkamah meluluskan tuntutan plaintif berdasarkan seksyen 122 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor; (2) Mahkamah mengisytiharkan bahawa harta/aset berikut merupakan harta sepencarian antara plaintif dan defendan: (a) Sebuah rumah teres satu tingkat yang beralamat di 37, Jalan

Semakan Bidang kuasa Mahkamah Syariah dalam Memutuskan Kes Harta Sepencarian Zalela binti Abdul Aziz lwn Kaharudin Md Saleh Jh 43 (1) 1437H 31 KANUN (2) Mohd Norhusairi Mat Hussin 329 (b) M24, Taman Merdeka, Batu Berendam, 75350 Melaka (selepas ini dikenali sebagai rumah tersebut); Perabot dan perkakas rumah yang terdiri daripada: (i) 3 buah penghawa dingin jenis Mitsubishi. (ii) Sebuah almari pakaian (5 pintu). (iii) 2 keping tilam jenama Vono. (iv) 1 set perhiasan kayu jati. (v) Sebuah TV Sony 29 inci. (vi) Set peralatan pingan mangkuk. (vii) Set peralatan memasak. (viii) Set perabot rotan. (ix) Sebuah peti ais. (c) Dua buah kenderaan yang terdiri daripada kereta Nissan Sunny, No. Pendaftaran MAP 4651, dan van Vanette, No Pendaftaran NBJ 5975; dan (3) Mahkamah memerintahkan bahawa Plaintif berhak terhadap rumah tersebut adalah dengan kadar bahagian sebanyak 20% dan bahagian Defendan sebanyak 80% berdasarkan nilaian ketika pihak-pihak bercerai pada 1 Januari 2009 setelah ditolak hutang yang masih ada ketika itu; (4) Mahkamah memerintahkan bahawa perabot dan perkakas rumah seperti di para 2 (b) hendaklah dinilai dengan kadar semasa berdasarkan susut nilai ketika perceraian pihak-pihak pada 1 Januari 2009 dengan bahagian Plaintif sebanyjak 60% dan bahagian Defendan 40%; (5) Mahkamah memerintahkan bahawa kereta Nissan Sunny No Pendaftaran MAP 4651 hendaklah dinilai dengan kadar semasa berdasarkan susut nilai ketika perceraian pihak-pihak pada 1 Januari 2009 dengan bahagian Plaintif sebanyak 60% dan bahagian Defendan adalah 40%; (6) Mahkamah memerintahkan bahawa keuntungan bersih dari jualan kenderaan van Vanette, No. Pendaftaran NBJ 5975 hendaklah dibahagikan dengan kadar bahagian Plaintif adalah sebanyak 60% dan bahagian Defendan sebanyak 40%. (7) Mahkamah memerintahkan kos bagi kes ini ditanggung oleh masingmasing pihak.

330 KANUN [JULAI 2019] Hakim Mahkamah Tinggi Syariah ini kemudiannya telah memohon semakan terhadap keputusan yang diputuskannya ini di Mahkamah Rayuan Syariah Selangor. Seperti yang dihuraikan sebelum ini, bahawa kes ini telah mengubah amalan pembahagian harta sepencarian di Mahkamah Syariah khususnya soal bidang kuasa. Lazimnya Mahkamah Syariah tidak akan membicarakan kes harta sepencarian yang melibatkan perceraian yang melibatkan Mahkamah Syariah di negeri yang berbeza atas faktor bidang kuasa Mahkamah. Hal ini dapat dilihat dalam kes Ahmad Fikri bin Ali Hanafiah lwn Fauziah binti Khamis. 1 Kes ini merupakan kes tuntutan harta sepencarian yang difailkan oleh plaintif kepada defendan di Mahkamah Tinggi Syariah Melaka, sedangkan pihak-pihak telah disahkan bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Muar, Johor. Kes ini pada asalnya ialah kes rayuan pihak Perayu yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Melaka yang telah mensabitkan harta sepencarian antara Perayu dengan Responden. Namun begitu, sebelum isu pokok dibicarakan, pihak Perayu telah menghujahkan isu awalan berhubung bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah Melaka yang telah membicarakan kes harta sepencarian ini sedangkan perceraian berlaku di Muar, Johor. Perceraian tersebut juga telah disahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Muar. Oleh hal yang demikian, Mahkamah Rayuan Syariah Melaka telah menerima rayuan perayu dan telah membatalkan keputusan kes Mahkamah Tinggi Syariah Melaka. Kes ini telah mengesahkan lagi bahawa sesuatu tuntutan harta sepencarian perlu dipohon di mahkamah yang mengesahkan sesuatu perceraian antara pasangan tersebut. Amalan ini sebenarnya selari dengan kefahaman umum dalam peruntukan Undang- Undang Keluarga Islam negeri-negeri berhubung kuasa mahkamah dalam memerintahkan pembahagian harta sepencarian. Namun begitu, keadaan ini berbeza dengan kes Zalela binti Abdul Aziz lwn Kaharudin Md Saleh ini apabila hakim-hakim Mahkamah Rayuan bersetuju dengan pendapat YA Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, yang membuat keputusan membenarkan tuntutan harta sepencarian dilaksanakan di Selangor meskipun perceraian mereka telah disahkan di Mahkamah Syariah Melaka. Harta yang dipertikaikan juga turut berada di Melaka. Mereka berpandangan bahawa Arahan Amalan No 6 Tahun 2003 tidak boleh dibaca secara bersendirian melainkan perlu dirujuk dan dibaca bersama dengan kes Noh bin Atan lwn Syakila binti Mohamed. Dalam kes Noh bin Atan ini, Mahkamah Rayuan Syariah Wilayah Persekutuan telah 1 JH 24 (2) 1438H

Semakan Bidang kuasa Mahkamah Syariah dalam Memutuskan Kes Harta Sepencarian Zalela binti Abdul Aziz lwn Kaharudin Md Saleh Jh 43 (1) 1437H 31 KANUN (2) Mohd Norhusairi Mat Hussin 331 mengulas selain daripada isu perceraian berlaku di negeri Selangor adalah seperti yang berikut: Rumah yang dikatakan menjadi harta sepencarian terletak di Selangor dan tidak disebutkan ada halangan atau kesusahan dia membuat permohonan di Selangor dan pendaftaran keputusan Mahkamah membahagikan harta sepencarian perlu dibuat di Selangor. Tambahan pula ini akan lebih sesuai untuk pihak kena tuntut-bekas isteri yang jelas bermastautin di Selangor. Sungguhpun suami diarahkan tinggal di Kuala Lumpur, tidak jelas sama ada dia bermastautin di Kuala Lumpur. Namun, perkara ini tidak dibincangkan dalam kes ini. Daripada penghakiman Mahkamah Rayuan Syariah Wilayah Persekutuan dalam kes Noh bin Atan lwn Shakila binti Mohamed tersebut, dapatlah disimpulkan bahawa Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan masih mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan kes ini meskipun harta tersebut berada di Selangor. Mahkamah Rayuan Syariah Selangor telah mengulas antaranya, mereka bersetuju dengan keputusan Mahkamah Rayuan Syariah Wilayah Persekutuan yang menolak rayuan Noh bin Atan. Walau bagaimanapun mereka tidak bersetuju dengan kesimpulan bahawa kes Noh bin Atan lwn Shakila binti Mohamed ditolak oleh Mahkamah Rayuan Syariah hanya berdasarkan bahawa perceraian berlaku di Selangor. Mahkamah telah membuat ulasan dengan merujuk kitab Ibn al-majisyun yang menyatakan bahawa tuntutan terhadap harta boleh dibuat di tempat harta itu berada atau di tempat pihak mendakwa atau di tempat pihak yang kena dakwa. Mahkamah Rayuan Syariah Selangor turut bersetuju dengan pendapat YA Hakim dalam kes ini dalam mempertimbangkan istilah mastautin sebagai asas utama tuntutan harta sepencarian. YA hakim bicara menyatakan bahawa sesuatu kes harta sepencarian boleh didengar dan diputuskan apabila pihak yang menuntut tersebut memenuhi peruntukan Seksyen 2 dan Seksyen 4 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003, iaitu: Seksyen 2 : bermastautin ertinya tinggal tetap atau pada kelazimannya bermukim dalam sesuatu kawasan yang tertentu Seksyen 4 : Kecuali sebagaimana yang diperutukkan dengan nyata selainnya, Enakmen ini terpakai bagi semua orang Islam dalam Negeri Selangor dan

332 KANUN [JULAI 2019] bagi semua orang Islam yang bermastautin dalam negeri Selangor tetapi tinggal di luar Negeri itu. Selain pentafsiran kepada Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 dan Arahan Amalan No 6 Tahun 2003, Mahkamah Rayuan Syariah Selangor juga turut mempertimbangkan isu kesulitan dan kesusahan yang dihadapi oleh pihak-pihak jika kes ini dituntut di negeri Melaka. Mahkamah juga tidak melihat sebarang kesulitan kepada pihakpihak sekiranya kes tersebut dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor. Oleh hal yang demikian, Mahkamah Rayuan Syariah Selangor telah menolak semakan yang dipohon oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor serta mengekalkan keputusan tersebut seperti keputusan yang telah dikeluarkan dalam kes induk di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor. Daripada kes ini, dapatlah difahami bahawa terdapat tiga faktor yang boleh dipertimbangkan untuk mengemukakan tuntutan harta sepencarian ialah: (i) Mahkamah yang mengesahkan perceraian sesebuah perceraian; (ii) Lokasi harta itu berada; (iii) Lokasi pihak-pihak sama ada Plaintif dan Perayu. Keputusan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Rayuan Syariah Selangor ini tepat dan menepati kehendak keadilan kerana pihak-pihak tidak membuktikan yang tuntutan yang difailkan tersebut menyusahkan serta membebankan pihak-pihak. Pihak-pihak juga tidak menyatakan yang pendengaran kes tersebut di Mahkamah Syariah Selangor menafikan keadilan terhadap pihak-pihak meskipun harta yang dipertikaikan tersebut berada di Melaka. Tambahan pula, pihak-pihak atau sekurangnya-kurangnya plaintif telah dapat memenuhi syarat utama mastautin sebagaimana yang ditetapkan oleh Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003. Mahkamah Syariah sememangnya perlu berperanan untuk tidak menyusahkan pihak-pihak dan seboleh mungkin mempermudah pihak-pihak, tetapi pada masa yang sama memastikan prinsip keadilan tercapai. Tiada sebarang penganiayaan yang berlaku terhadap pihak-pihak dan setiap pihak mendapat hak-hak yang sepatutnya seperti yang telah ditetapkan oleh undang-undang dan hukum syarak. Isu bidang kuasa Mahkamah sangat perlu untuk diberikan perhatian kerana terkait dengan kesahan sesuatu hukuman atau perintah yang dikeluarkan. Inisiatif yang diambil oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor sewajarnya dipuji apabila beliau secara suci hati telah mengemukakan haknya

Semakan Bidang kuasa Mahkamah Syariah dalam Memutuskan Kes Harta Sepencarian Zalela binti Abdul Aziz lwn Kaharudin Md Saleh Jh 43 (1) 1437H 31 KANUN (2) Mohd Norhusairi Mat Hussin 333 yang diperuntukkan melalui Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Selangor untuk mengemukakan permohonan semakan terhadap keputusan yang telah dikeluarkannya sendiri. Inisiatif ini telah mengabsahkan keputusan yang telah dibuat olehnya, serta memberikan satu keputusan yang baharu dalam kes tuntutan harta sepencarian di Mahkamah Syariah Malaysia. KESIMPULAN Kes ini sebenarnya telah memberikan garis panduan baharu kepada para hakim dan pengamal undang-undang untuk mengemukakan kes tuntutan harta sepencarian. Yang penting ialah hak-hak dan keadilan pihak-pihak dapat dipenuhi oleh Mahkamah sesuai dengan prinsip-prinsip keadilan seperti yang digariskan oleh hukum syarak. Penghakiman ini telah membuka dimensi baru kepada amalan pembahagian harta sepencarian di Mahkamah Syariah Malaysia dalam mempermudah pihak-pihak dan menjamin matlamat keadilan dapat dicapai. Kes ini juga menunjukkan ruangan ijtihad sentiasa terbuka untuk para hakim mengemukakan pandangan dan pendapat kehakiman yang bersesuaian dengan kes-kes semasa. Pentafsiran baharu yang bersesuaian dengan latar belakang kes serta peruntukan undang-undang yang sedia ada haruslah disinergikan dalam mengeluarkan penghakiman yang relevan dan menepati kehendak pihak-pihak yang bertikai di Mahkamah. PENGHARGAAN Ulasan kes ini merupakan sebahagian hasil penyelidikan bagi projek penyelidikan no : FP030-2016 Transformasi Perundangan Islam di Malaysia: kajian Terhadap Penghakiman Mahkamah Syariah RUJUKAN Arahan Amalan No. 6 Tahun 2003. Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003. JH XII (1) 1491 Noh bin Atan lwn Shakila binti Mohamed. Zalela binti Abdul Aziz lwn Kaharudin bin Md. Salleh.