PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN WANITA UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (MASNITA) PERSATUAN WANITA UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (MASNITA)

dokumen-dokumen yang mirip
PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PESARA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI, SELANGOR

PERLEMBAGAAN PERSATUAN ALUMNI KOLEJ MATRIKULASI YAYASAN SAAD, LEMBAH BERINGIN, SELANGOR, MALAYSIA (AKMATYS)

PERLEMBAGAAN Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas... Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas

PERLEMBAGAAN INSTITUSI PEMBANGUNAN FELO UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERLEMBAGAAN BADAN KHAIRAT KELANA JAYA, SELANGOR

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN BEKAS PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AYER HITAM BATCH 84 (ALUMNI SMAH 84)

PERMOHONANPENUBUHAN PERSATUAN/KELAB PELAJAR

UNDANG-UNDANG PERSATUAN CAPAIAN MAKLUMAT DAN PENGURUSAN PENGETAHUAN (PECAMP) MALAYSIA

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN ALUMNI PELATIH JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA(JPSM) NEGERI SABAH

PERLEMBAGAAN PERSATUAN KAKITANGAN POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH (PKPK)

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK KELAB PACUAN EMPAT RODA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS 4WDVC)

KELAB SUKAN BANK RAKYAT (KEBARA) NO. PENDAFTARAN 1939 (SELANGOR) 30HB. NOVEMBER, 1976.

PERTUBUHAN PERKUBURAN ORANG RAMAI, KUALA LUMPUR DAN SELANGOR. PERTUBUHAN PERKUBURAN ORANG RAMAI, KUALA LUMPUR DAN SELANGOR.

PERLEMBAGAAN PERSATUAN SISWAZAH WANITA MALAYSIA (Pindaan 2016)

PERSATUAN PEDAGANG SARANG BURUNG MALAYSIA UNDANG-UNDANG BAGI PERSEKUTUAN

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN BELIMBING SETIA DURIAN TUNGGAL, MELAKA

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN PEMBANGUNAN PENYELIDIKAN DAN DASAR PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

UNDANG-UNDANG TUBUH BADAN KHAIRAT KEMATIAN MASJID AL-FAIZIN DESA JAYA-TAMAN EHSAN BAGI

UNDANG-UNDANG BAGI PERTUBUHAN. Kelab Sukan Dan Rekreasi UniKL RCMP Ipoh Perak

Contoh undang-undang ini menepati kehendak Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) dan disebarkan untuk tujuan pendidikan semata-mata.

Perlembagaan Kelab Sukan & Rekreasi ELTC

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK UTAMA KAJANG SELANGOR\R\N PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK UTAMA KAJANG SELANGOR\R\N

PERLEMBAGAAN PERSATUAN SAINS ANALISIS MALAYSIA (MALAYSIAN ANALYTICAL SCIENCES SOCIETY) No. Pendaftaran: 5269/93 (Selangor)

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PENOLONG AKAUNTAN JANM (PERPENA) PERSATUAN PENOLONG AKAUNTAN JANM (PERPENA)

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN SPINAL MALAYSIA

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL BUKAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEGAWAI EKSEKUTIF HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (NO PPM WKL 0296/08) & NO PPP WKL0023/08)

PERATURAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN, MESYUARAT AGUNG KHAS DAN MESYUARAT JAWATANKUASA

BADAN KHAIRAT KEMATIAN KARIAH SURAU AT-TAQWA BUKIT BANDARAYA, SEKSYEN U11, SHAH ALAM, SELANGOR

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNIVERSITI TENAGA NASIONAL ALUMNI ASSOCIATION)

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK SAUJANA (TPS) KAJANG SEKSYEN 5

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN IXORA, BANDAR BARU SALAK TINGGI, SEPANG, SELANGOR (2008)

(Logo Kelab) Kelab Catur UNISEL. Kertas kerja Perlembagaan Kelab Catur UNISEL (KECAS UNISEL) Kampus Shah Alam. Disediakan Oleh:

Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran.

UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN PENGANUT DEWA SI THIAN KONG, KUALA PILAH, N.S.

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN ALUMNI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AYER HITAM KELAS , AYER HITAM, JOHOR

UNDANG-UNDANG PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI LANGAT JAYA (PPPLJ) CHERAS, SELANGOR DARUL EHSAN.

(1) Alamat dan tempat urusan Pertubuhan ialah. Ibu Pejabat KDCA Hongkod, Jalan Penampang, Peti Surat 907, Penampang, Sabah.

1. Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ini ialah:

PERLEMBAGAAN BAGI KELAB JURURAWAT PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA KELAB JURURAWAT PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

PERLEMBAGAAN BAGI KELAB PENYOKONG LIVERPOOL FC SABAH (THE LIVERPOOL FC SUPPORTERS CLUB OF SABAH)

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN MURID-MURID TUA SEROLAH CHUNG TUCK KAMPONG SIMEE, IPOH, PERAK.

FASAL 1 NAMA FASAL 2 TEMPAT URUSAN FASAL 3 TUJUAN/MATLAMAT FASAL 4 KEAHLIAN FASAL 5 PERBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI FASAL 6 SUMBER KEWANGAN

ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN. mercantile

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEMBIMBING IBU MENYUSU MALAYSIA

UNDANG-UNDANG BAGI PERTUBUHAN PERSATUAN ORANG PEKAK ISLAM MALAYSIA MALAYSIAN DEAF MUSLIM ASSOCIATION 1

PERLEMBAGAAN PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (UNIVERSITI SAINS MALAYSIA ALUMNI ASSOCIATION)

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN PENDUDUK PETALING JAYA 2017 (MYPJ) PERSATUAN PENDUDUK PETALING JAYA 2017 (MYPJ)

PERLEMBAGAAN PERSATUAN WANITA BUMIPUTERA DALAM PERNIAGAAN DAN PROFESYEN, MALAYSIA

4. Wilayah Kegiatan Kegiatan PSM meliputi seluruh Malaysia. 5. Bidang Aktiviti PSM tidak boleh melibatkan diri dalam politik.

PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG) MAAHAD/ SEKOLAH MENENGAH UGAMA (ARAB) YAYASAN ISLAM KELANTAN

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN ADVOKASI KESIHATAN KANSER MALAYSIA (TOGETHER AGAINST CANCER ASSOCIATION MALAYSIA (TAC))

mesyuarat agung perwakilan diadakan. Sebarang usul tergempar tidak dibenarkan.

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN PERKHIDMATAN DIALISIS SWASTA MALAYSIA (ASSOCIATION OF PRIVATE KIDNEY CARE PROVIDERS OF MALAYSIA)

TABUNG KEBAJIKAN KESATUAN KEBANGSAAN WARTAWAN SEMENANJUNG MALAYSIA

PERLEMBAGAAN BAGI MAJLIS AKRAB KEBANGSAAN MAJLIS AKRAB KEBANGSAAN

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN ALUMNI PROGRAM PERSAHABATAN ASEAN-JEPUN ABAD KE 21 MALAYSIA

8 DISEMBER 2013 (Ahad) Nur Lembah Bestari, Training & Eco Resort Hutan Lipur Sungai Tua, Jalan Ulu Yam Baru, Batu Caves, Selangor

NORAFFENDY B. ABD. KHALID JPPN SELANGOR

Perlembagaan Persatuan Linguistik Malaysia

BAB PERTAMA: MAKLUMAT ASAS PERUBATAN

UNDANG UNDANG BAGI PERTUBUHAN PERSATUAN SENIFOTO PETALING JAYA

UNIT KOMUNIKASI BENCANA TERENGGANU

CONTOH PERLEMBAGAAN BADAN SUKAN PERINGKAT KEBANGSAAN

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN SEL PERUBATAN MALAYSIA (MALAYSIA ASSOCIATION FOR CELL THERAPY)

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI TAMAN PUNCAK KINRARA TKK 2/3, PUCHONG, SELANGOR

KELAB SUKAN DAN REKREASI VETERINAR FAKULTI PERUBATAN VETERINAR BUKU PANDUAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (PAUPM) KANDUNGAN FASAL PERKARA MUKASURAT PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

BUKU PANDUAN PERLEMBAGAAN BADAN KEBAJIKAN PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (CICT) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERLEMBAGAAN PERSATUAN/ KELAB: 1.1 Nama pertubuhan ini ialah *Persatuan/Kelab. 1.2 Nama ringkas persatuan/kelab ini ialah UPM

(2) Tugas pengerusi menurut perenggan (a) dan (b) fasal (1), boleh diamanahkan kepada naib pengerusi atau mana-mana anggota Lembaga, jika perlu.

KANDUNGAN PERLEMBAGAAN (PAKAT) UKM

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENGUBATAN ISLAM

(6) Rekod-rekod ini boleh diperiksa oleh anggota pada bila-bila masa mengikut syarat-syarat pemeriksaan yang ditetapkan oleh Lembaga.

perlembagaan harakah islamiah hikmah no pendaftaran : 11/69 (sarawak) PPM

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK BERCAWANGAN PERSATUAN PEGAWAI KANAN KASTAM MALAYSIA PERSATUAN PEGAWAI KANAN KASTAM MALAYSIA

PARTI SOSIALIS MALAYSIA (BARU) SOCIALIST PARTY OF MALAYSIA

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

UNDANG-UNDANG PERSATUAN KHAIRAT KEMATIAN TAMAN SAMUDRA MITRA DAN DELPHINA BATU CAVES, SELANGOR

JABATAN BENDAHARI. Bil. Kami : Bil. Tuan : Tarikh :

Rekod permohonan, siasatan, tindakan dan keputusan Lembaga berhubung dengan kumpulan wang hendaklah disenggara oleh setiausaha.

PERLEMBAGAAN BADAN KHAIRAT KEMATIAN BANDAR TUN HUSSEIN ONN

5.1 Mewujudkan dan menjalinkan perhubungan, kerjasama dan perpaduan di kalangan Juruteknologis Makmal Universiti Malaya.

BIL SENARAI SEMAK ZON/ SEKSYEN. 4. Tandatangan dan Cop Ketua PTJ yang berkaitan di ruang Melalui ke atas borang permohonan

PERLEMBAGAAN KELAB / PERSATUAN

(2) Selepas ini disebut Persatuan.

Rekod permohonan, siasatan, tindakan, dan keputusan Lembaga berhubung dengan kumpulan wang hendaklah disenggara oleh setiausaha.

PERLEMBAGAAN KELAB SUKAN, SOSIAL DAN KEBAJIKAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (KSSKA)

PERUNDANGAN PERLEMBAGAAN PERDASAMA (PINDAAN 10 DISEMBER 2017)

PROFIL AUDIT DALAM SECARA RINGKAS. Audit Dalam USM ditubuhkan pada tahun 1982

PERUNDANGAN PERLEMBAGAAN PERDASAMA (Pindaan 12 November 2016)

Zairon Mustapha, Unit Sukan & Kokurikulum, PKB

UNDANG PEMBINA (PERSATUAN BELIA ISLAM NASIONAL)

PERLEMBAGAAN BAGI MAJLIS PENGASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK MALAYSIA

PERJANJIAN SKIM DERMASISWA PENGAJIAN TAHUN ASAS UNIVERSITI SELANGOR SEMESTER (SESI )

ISI KANDUNGAN. Perkara

Warna biru adalah melambangkan kehormatan, ketahanan, kemajuan dan daya saing.

Universiti Teknologi MARA 1C / 2010

Transkripsi:

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN WANITA UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (MASNITA) FASAL 1 NAMA (1) Pertubuhan ini dikenali dengan nama PERSATUAN WANITA UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (MASNITA) Selepas ini disebut "Pertubuhan". (2) Takrif Nama : (3) Taraf Pertubuhan : Negeri FASAL 2 TEMPAT URUSAN 1. Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ialah BAHAGIAN CANSELORI, UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK, dan alamat untuk surat-menyurat adalah 94300 SAMARAHAN, SARAWAK BAHAGIAN CANSELORI, UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK, 94300 SAMARAHAN, SARAWAK atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa; 2. Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Pertubuhan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu. FASAL 3 TUJUAN/MATLAMAT MATLAMAT 1. Mencapai persefahaman, kerjasama dan kesejahteraan ahli menerusi kegiatan persatuan. 1

2. Mengada dan menjalinkan hubungan serta kerjasama dengan individu dan badan-badan lain yang sesuai dengan tugas dan matlamat Persatuan. 3. Menimbulkan kesedaran dikalangan ahli akan kepentingan peranan dan tanggungjawab wanita dalam meninggikan imej institusi dan negara. 4. Mengada, menganjur dan melaksanakan kegiatan-kegiatan dalam segala bidang sosial, sukan rekreasi dan kebajikan. 5. Berusaha membantu dan meninggikan imej serta nama baik ahli dan kaum wanita keseluruhannya. TUGAS UTAMA 1. Menjadi satu badan yang mewakili staf wanita dan isteri staf yang bertugas dengan UNIMAS. 2. Menjadi badan perundingan untuk kepentingan ahli. 3. Menyebarkan penerangan dan maklumat mengenai kegiatan dan hal yang ada kaitan dengan kepentingan ahli. 4. Menganjur dan menggalakkan minat untuk pembangunan rohani, jasmani, ekonomi dan sosial ahli. 5. Berkerjasama rapat dengan pihak berkuasa UNIMAS dalam hal-hal yang berkaitan dengan kepentingan ahli. 6. Memelihara konsep, dasar dan matlamat UNIMAS. 7. Memberi sumbangan untuk perkembangan dan kemajuan UNIMAS pada keseluruhannya. 8. Bekerjasama dengan pertubuhan lain yang sesuai dengan matlamat Persatuan. 9. Membantu UNIMAS dalam menyokong keseimbangan kerja-hidupan staf melalui penglibatan MASNITA dalam operasi perkhidmatan asuhan/jagaan kanak-kanak dan jagaan warga tua. FASAL 4 KEAHLIAN 1. Kelayakan Menjadi Ahli Keahlian Persatuan ini adalah terbuka kepada semua staf wanita dan isteri staf UNIMAS. 2. Jenis Ahli 2

2.1 Ahli Biasa Seseorang staf wanita atau isteri staf layak menjadi Ahli Biasa Persatuan sekiranya memenuhi syarat berikut: a) Warganegara Malaysia b) Membayar yuran masuk dan yuran keahlian c) Berkhidmat atau suaminya berkhidmat dengan UNIMAS 2.2 Ahli Bersekutu Staf wanita atau isteri staf UNIMAS yang memohon menjadi ahli tetapi: a) Bukan Warganegara Malaysia dan perkhidmatannya atau perkhidmatan suaminya dipinjamkan ke Universiti. b) Membayar yuran keahlian dan yuran masuk. 2.3 Ahli Kehormat Ahli Kehormat ialah mereka yang difikirkan layak oleh Jawatankuasa kerja untuk menjadi ahli tanpa bayaran. 2.4 Keahlian Seumur Hidup adalah terbuka kepada ahli-ahli biasa. 3. Kaedah Perlantikan Ahli Permohonan menjadi ahli hendaklah melalui borang yang disediakan dan diserahkan kepada Setiausaha Kehormat. Jawatankuasa Kerja berkuasa meluluskan atau menolak sebarang permohonan menjadi ahli tanpa perlu memberikan sebarang sebab. 4. Hak Ahli 4.1. Ahli biasa berhak bercakap, mencadang, menyokong dan mengundi dan dicalonkan sebagai ahli Jawatankuasa Kerja. 4.2. Ahli Kehormat dan Ahli Bersekutu berhak bercakap, mencadang, menyokong dan mengundi, tetapi tidak boleh menjadi ahli Jawatankuasa Kerja. Walau bagaimanapun, Ahli Kehormat dan Ahli Bersekutu, atas budibicara Jawatankuasa Kerja, boleh dilantik untuk menjadi ahli jawatankuasa kecil di bawah Jawatankuasa Kerja. 5. Tanggungjawab Ahli 5.1. Adalah menjadi tanggungjawab setiap ahli: 5.1.1 Memastikan yurannya dijelaskan dan mendapat resit rasmi pembayarannya itu 5.1.2 Memberitahu Setiausaha Kehormat dengan segera apabila berpindah atau 3

bertukar tempat kerja. 5.1.3 Menghormati dan patuh kepada undang-undang Persatuan dan juga keputusan Mesyuarat Agong. 5.2. Hanya Yang Dipertua atau ahli Jawatankuasa Kerja dengan persetujuan Yang Dipertua dibenarkan membuat kenyataan rasmi mengenai Persatuan. FASAL 5 PERBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI Berhenti Menjadi Ahli 1. Ahli yang hendak berhenti dari Persatuan hendaklah memberi notis sekurangkurangnya sebulan secara bersurat kepada Setiausaha Kehormat dan hendaklah menjelaskan hutang dan yurannya. 2. Keahlian gugur dengan sendirinya jika ia berhenti membayar yuran selama 6 bulan berturut-turut atau jika ia atau suaminya tidak lagi menjadi staf UNIMAS. 3. Keahlian tidak akan terhenti sekiranya ahli yang akan bercuti seperti yang ditakrifkan di dalam Fasal 13(10), dengan syarat memberikan notis pemberitahuan kepada Setiausaha Kehormat. Walaubagaimanapun, kelulusan adalah di atas budi bicara mutlak Jawatankuasa Kerja. Kegagalan memberikan notis tidak akan memprejudiskan hak Jawatankuasa Kerja MASNITA untuk memberhentikan keahliannya, samada digantung sementara, atau dihentikan secara kekal/digugurkan secara kekal. 4. Keahlian boleh digugurkan oleh Jawatankuasa Kerja jika ahli, sebagai seorang staf UNIMAS didapati sedang dan atau telah dikenakan sebarang hukuman tatatertib dan atau bentuk hukuman lain di bawah mana-mana undang-undang, peraturan, kaedah dan tatacara yang yang digunapakai di UNIMAS. 5. Keahlian boleh digugurkan oleh Jawatankuasa Kerja jika ahli bukan staf UNIMAS didapati melanggar mana-mana undang-undang yang sedang berkuatkuasa di Malaysia dan Seksyen 9A Akta Pertubuhan, 1966. FASAL 6 SUMBER KEWANGAN Yuran 1. Semua ahli dikenakan membayar yuran masuk sebanyak RM2.00 semasa mengemukakan borang permohonan. 2. Yuran keahlian adalah seperti berikut: RM 2.00 sebulan atau RM 24.00 setahun 4

3. Yuran Keahlian Seumur Hidup adalah seperti berikut: Staf Kategori A dan B : RM250.00 Staf Kategori C dan D : RM150.00 4. Yuran-yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang ditentukan boleh dijalankan dengan persetujuan majoriti mesyuarat Jawatankuasa Kerja. Sekiranya ada ahli yang tidak membayar wang yuran tersebut di dalam masa yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran bulanan. FASAL 7 MESYUARAT AGUNG Mesyuarat Agung Tahunan 1. Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan hendaklah diadakan dalam tempoh 90 hari selepas penutupan fiskal kewangan setiap tahun. Tarikh, masa dan tempat Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah ditetapkan oleh Jawatankuasa Kerja. 2 Suatu notis awal bersama kertas pencalonan jika perlu, mengenai Mesyuarat Agung Tahunan yang menyatakan tarikh, masa dan tempat mesyuarat dan juga meminta usul untuk dibincangkan termasuk usul pindaan undang-undang, hendaklah dihantar oleh Setiausaha Kehormat kepada semua ahli sebulan sebelum tarikh mesyuarat. 3 Perlantikan Ahli Jawatankuasa Kerja hanya akan dibuat setiap dua tahun sekali dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Pencalonannya hendaklah dipersetujui oleh calon itu sendiri dan dilaksanakan dengan seorang pencadang dan seorang penyokong. 4 Setiausaha Kehormat hendaklah menghantar kepada semua ahli, agenda mesyuarat termasuk usul, laporan aktiviti dan penyata kewangan yang telah diaudit, seminggu sebelum tarikh mesyuarat. 5 Sekurang-kurangnya setengah daripada jumlah ahli biasa ataupun dua kali ganda jumlah ahli jawatankuasa, ikut mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam Mesyuarat Agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi bilangan (kuorum) untuk mesyuarat. 6 Sekiranya kuorum tidak diperolehi dalam tempoh satu jam daripada masa mesyuarat dijadualkan bermula, Mesyuarat Agung hendaklah ditangguhkan kepada satu tarikh yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Kerja. Tarikh ini hendaklah tidak lewat daripada empat belas hari dari tarikh mesyuarat yang asal. 7 Jika kuorum tidak juga didapati selepas satu jam dari tarikh mesyuarat yang telah ditangguhkan itu, ahli-ahli adalah berkuasa meneruskan mesyuarat hari itu tetapi tidak mempunyai kuasa meminda undang-undang Persatuan. 8 Perkara yang dimesyuaratkan dalam Mesyuarat Agung adalah seperti berikut: 5

8.1 Menerima laporan Setiausaha Kehormat, Bendahari Kehormat (termasuk Penyata Kewangan yang telah diaudit) dan lain-lain Laporan Jawatankuasa Kerja. 8.2 Menimbang dan memutuskan semua perkara yang berkaitan dengan ahli dan kemajuan Persatuan. 8.3 Melantik Ahli Jawatankuasa Kerja tiap-tiap dua tahun sekali. 8.4 Melantik Juruaudit Dalam 8.5 Menimbang dan memutuskan semua perkara yang termasuk dalam agenda. 9 Melantik seorang Penaung yang boleh memberi nasihat dan petunjuk serta boleh membantu menaikkan imej Persatuan. Mesyuarat Agung Khas 1. Mesyuarat Agung Khas boleh diadakan: 1.1 Jika Jawatankuasa Kerja memutuskan ia sangat perlu diadakan; atau 1.2 Atas permintaan bertulis daripada tidak kurang dari satu pertiga jumlah bilangan ahli yang layak mengundi. 2. Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh dalam tempoh 30 selepas permintaan itu diterima, dan hanya satu agenda sahaja yang akan dibahas di mesyuarat itu. 3. Notis dan agenda untuk sesuatu Mesyuarat Agung Khas hendaklah dikemukakan oleh Setiausaha Kehormat kepada semua ahli tidak lewat daripada tujuh hari sebelum tarikh mesyuarat yang telah ditetapkan. 4. Peruntukan pada Fasal (5), (6) dan (7) hendaklah dipakai tetapi dengan syarat iaitu jika tidak ada kuorum selepas satu jam pada tarikh Mesyuarat Agung Khas yang ditangguhkan itu Mesyuarat hendaklah dibatalkan, dan tidak ada lagi Mesyuarat Agung Khas yang diminta boleh diadakan untuk tujuan yang sama sehingga ke satu tempoh tidak kurang daripada enam bulan dari tarikh tersebut. FASAL 8 JAWATANKUASA 1. Jawatankuasa Kerja adalah kuasa tertinggi selepas Mesyuarat Agung. Keputusan yang diambil oleh Jawatankuasa Kerja adalah muktamad kecuali dibatalkan oleh Mesyuarat Agung. 2. Jawatankuasa Kerja hendaklah mengandungi: 6

a) Seorang Yang Dipertua b) Tiga (3) orang Timbalan Yang Dipertua c) Seorang Naib Yang Dipertua d) Seorang Setiausaha Kehormat e) Seorang Penolong Setiausaha Kehormat f) Seorang Bendahari Kehormat g) Seorang Penolong Bendahari Kehormat h) Tujuh orang Ahli Jawatankuasa 3. Tertakluk kepada Fasal 5, ahli-ahli Jawatankuasa Kerja hendaklah berkhidmat selama dua (2) tahun. Setiap Ahli Jawatankuasa Kerja adalah juga tertakluk kepada semua perkara (3) dan (4) yang dinyatakan dalam Fasal 5, Perlembagaan. Ahli Jawatankuasa Kerja yang dilantik menurut Fasal 7 (3) hendaklah berkhidmat selama baki tempoh perkhidmatan ahli yang digantikan olehnya. 4. Jawatankuasa Kerja hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya satu kali setiap dua bulan dan kuorum ialah seramai setengah dari jumlah ahli Jawatankuasa Kerja. 5. Semua ahli Jawatankuasa Kerja hendaklah dipilih di dalam Mesyuarat Agung Tahunan melalui undi terbuka di kalangan ahli biasa, kecuali isteri Naib Canselor yang secara automatik akan menyandang jawatan Yang Dipertua. Seandainya jawatan ini tidak disandang oleh isteri Naib Canselor, maka secara automatik ianya akan diambilalih oleh salah seorang Timbalan Yang Dipertua. 6. Isteri Timbalan Naib Canselor atau Timbalan Naib Canselor wanita akan menjadi Timbalan Yang Dipertua secara automatik. 7. Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja hendaklah dipanggil oleh setiausaha Kehormat dengan persetujuan Yang Dipertua. Notis hendaklah diberikan kepada semua ahli tidak kurang daripada 7 hari. 8. Selepas Mesyuarat Agung, tafsiran undang-undang oleh Jawatankuasa Kerja adalah muktamad kecuali dibatalkan oleh Mesyuarat Agung kemudiannya. 9. Jawatankuasa Kerja, setelah bermesyuarat dan mencapai persetujuan, boleh melantik sesiapa sahaja yang difikirkan sesuai untuk menjadi Penasihat Persatuan yang akan memberikan nasihat ke arah memantapkan dan menaikkan imej Persatuan. 10. Tugas Jawatankuasa Kerja adalah seperti berikut: a) Mengendalikan dasar-dasar dan rancangan Persatuan. b) Menubuh dan melantik ketua-ketua Biro dari ahli Jawatankuasa Kerja jika dianggapkan mustahak untuk memajukan matlamat persatuan. c) Mengurus tabung dan lain-lain punca kewangan 11. Jika ahli Jawatankuasa Kerja meninggal dunia atau meletak jawatan, calon 7

yang kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka Jawatankuasa Kerja berhak untuk melantik ahli yang lain bagi memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung Tahunan diadakan. FASAL 9 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI 1. Yang Dipertua: Dalam tempoh jawatannya sebagai Yang Dipertua hendaklah a) Mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja b) Mempunyai kuasa undi penentu (casting vote) c) Menandatangani Minit Mesyuarat yang telah diluluskan d) Menguruskan pentadbiran am dan hal ehwal Persatuan e) Merancang dan melaksanakan kegiatan Persatuan. 2. Timbalan Yang Dipertua: Dalam tempoh jawatannya sebagai Timbalan Yang Dipertua hendaklah: a) Menggantikan Yang Dipertua sekiranya jawatan itu dikosongkan dan/atau sekiranya Yang Dipertua tidak dapat menjalankan tugas atas sebab-sebab tertentu. 3. Naib Yang Dipertua: Dalam tempoh jawatannya sebagai Naib Yang Dipertua hendaklah membantu tugas-tugas Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua bagi aktiviti-aktiviti tertentu dari masa ke semasa. 4. Setiausaha Kehormat: Dalam tempoh jawatannya, Setiausaha Kehormat hendaklah: a) Menjadi Ketua Tadbir Persatuan di bawah arahan Yang Dipertua b) Menjalankan urusan surat menyurat Persatuan c) Menyediakan dan membentangkan Penyata Tahunan Persatuan bagi pihak Jawatankuasa Kerja d) Menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi butir-butir seperti nama, umur, nombor kad pengenalan, pekerjaan dan alamat tiap-tiap ahli. e) Mengirim penyata tahunan persatuan kepada Pendaftar Pertubuhan sebagaimana yang dikehendaki di bawah seksyen 14(1) Akta Pertubuhan, 1966 di dalam masa 60 hari dari tarikh mesyuarat agung tahunan diadakan. 5. Penolong Setiausaha Kehormat : Dalam tempoh jawatannya sebagai Penolong Setiausaha Kehormat hendaklah: a) Menggantikan Setiausaha Kehormat sekiranya jawatan itu kosong ataupun tidak dapat menjalankan tugas oleh sebab-sebab tertentu. b) Membantu menjalankan tugas Setiausaha Kehormat. c) Menyimpan rekod dan dokumen Persatuan. 6. Bendahari Kehormat: Dalam tempoh jawatannya sebagai Bendahari Kehormat 8

hendaklah: a) Bertanggungjawab di atas semua urusan kewangan Persatuan b) Menyedia dan membentang Laporan Kewangan Tahunan Persatuan dalam Mesyuarat Agung Tahunan c) Menyedia penyata bulanan penyesuaian bank. 7. Penolong Bendahari Kehormat: Dalam tempoh jawatannya sebagai Penolong Bendahari Kehormat hendaklah: a) Menggantikan Bendahari Kehormat sekiranya jawatan itu kosong ataupun tidak dapat menjalankan tugas oleh sebab-sebab tertentu b) Menyimpan buku daftar yuran masuk dan yuran tahunan ahli c) Mengirim notis kepada ahli yang tidak menjelaskan yuran tahunan 8. Ahli Jawatankuasa Kerja a) Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Persatuan hendaklah menentukan jawatan dan tugas (Portfolio) bagi setiap orang Ahli Jawatankuasa Kerja. b) Jawatan dan tugas yang dibentuk hendaklah bersesuaian dengan matlamat dan tugas Persatuan FASAL 10 KEWANGAN Tabung dan Akaun 1. Tabung Persatuan boleh dibelanjakan untuk perkara berikut:- a) Bayaran kos dan perbelanjaan pengurusan Persatuan b) Mencetak dan mengedar surat berita, pekeliling dan dokumen untuk kebajikan dan kepentingan ahli selaras dengan matlamat dan tugas Persatuan. c) Menjalankan pelbagai kegiatan untuk ahli d) Membeli, membina atau menyewa bangunan untuk menjalankan kerja Persatuan e) Memberi bantuan kepada keluarga staf UNIMAS yang memerlukan bantuan f) Memberi bantuan kepada pelajar yang kurang berkemampuan di UNIMAS. 2. Tabung Persatuan tidak boleh digunakan untuk pembayaran denda mahkamah yang dikenakan kepada seseorang ahli. 3. Semua wang Persatuan yang tidak digunakan bagi perbelanjaan semasa hendaklah dimasukkan oleh Bendahari Kehormat di bank dalam tempoh tujuh hari diterima. Akaun bank hendaklah dibuat atas nama Persatuan. 4. Semua cek, baucer, dokumen kewangan dan notis wang keluar dalam akaun Persatuan hendaklah ditandatangani oleh Bendahari Kehormat atau Penolong Bendahari Kehormat dan Yang Dipertua atau Setiausaha Kehormat. 5. Bendahari Kehoramt boleh menyimpan wang runcit tidak melebihi RM1,000.00 9

pada satu masa. Semua perbelanjaan hendaklah mendapat kebenaran Yang Dipertua atau Setiausaha Kehormat. 6. Perbelanjaan yang melibatkan RM300.00 hingga RM8,000.00 bagi sesuatu masa hanya boleh dibuat setelah diluluskan oleh Jawatankuasa. Perbelanjaan yang melebihi RM8,000.00 bagi sesuatu masa boleh dilakukan setelah mendapat kebenaran Mesyuarat Agung terlebih dahulu. Perbelanjaan yang kurang daripada RM300.00 bagi sesuatu masa boleh diluluskan oleh Yang Dipertua bersama Setiausaha Kehormat, Bendahari Kehormat dan Penolong Bendahari Kehormat (mana-mana 2 nama yang tersebut). 7. Penyata kewangan bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari Kehormat dan diperiksa oleh Juruaudit Dalam mengikut Fasal 11 dengan seberapa segera setelah tamat tahun kewangan. Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan berikutnya, dan salinannya hendaklah diedarkan untuk makluman ahli. 8. Tahun Kewangan Persatuan ialah dari 1 Januari hingga 31 Disember. 9. Persatuan ini dibenarkan untuk membuat kutipan berupa wang ringgit untuk tujuan mengisi atau menambah dana atau untuk menampung mana-mana aktiviti persatuan. Pemeriksaan Buku dan Akaun Ahli yang ingin mengetahui kedudukan Tabung Persatuan boleh berbuat demikian setelah memberi notis tujuh hari untuk memeriksa semua buku dan akaun Persatuan di tempat rekod berkenaan disimpan. FASAL 11 JURUAUDIT 1. Dua orang Juruaudit Dalam yang bukan menjadi ahli Jawatankuasa Kerja hendaklah dilantik dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Juruaudit itu hendaklah memeriksa akaun Persatuan pada tiap-tiap tahun selepas penutupan akaun dan menyampaikan laporannya kepada Jawatankuasa Kerja. 2. Buku dan akaun Persatuan hendaklah diaudit oleh kedua juruaudit itu bersama dan mereka berhak melihat semua buku dan surat keterangan yang mustahak untuk menyempurnakan tugasnya. FASAL 12 PENTADBIR HARTA / PEMEGANG AMANAH Pemegang Amanah 1. Tiga Pemegang Amanah berumur 21 tahun ke atas hendaklah dilantik oleh Mesyuarat Agung jika difikirkan perlu. 10

2. Persatuan adalah mempunyai kuasa membeli atau mencagar tanah bangunan dan harta untuk Persatuan atas nama Pemegang Amanah, tertakluk pada persetujuan Mesyuarat Agung. 3. Pemegang Amanah boleh digugurkan jawatannya jika kesihatannya tidak mengizinkan, tidak siuman, berada di luar negara, dan lain-lain sebab yang difikirkan perlu oleh Mesyuarat Agung. Dalam keadaan begini, Mesyuarat Agung yang sama boleh melantik penggantinya. 4. Mesyuarat Agung Tahunan boleh melantik sebuah syarikat Pemegang Amanah untuk menjadi Pemegang Amanah yang tunggal bagi Persatuan. Jika dipakai syarikat, 'Pemegang Amanah' dalam undang-undang ini bererti Syarikat Amanah tersebut. FASAL 13 TAFSIRAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN 1. Persatuan bermakna Persatuan Wanita Universiti Malaysia Sarawak. 2. Mesyuarat Agung bermakna mesyuarat yang diadakan menurut Fasal 7. 3. Jawatankuasa Kerja bermakna Jawatankuasa kerja seperti yang ditubuh megikut Fasal 8. 4. Ahli bermakna seseorang yang telah diterima menjadi ahli Persatuan menurut Fasal 4. 5. Ahli Biasa bermakna ahli yang diterima menurut Fasal 4 (2.1). 6. Ahli Bersekutu bermakna ahli yang diterima menurut Fasal 4 (2.2). 7. Ahli Kehormat bermakna ahli yang diterima mengikut Fasal 4(2.3). 8. Universiti bermakna Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). 9. Wanita bermakna staf wanita dan isteri staf yang bertugas dengan UNIMAS. 10. Bercuti bermakna cuti sabatikal, cuti belajar, cuti tanpa gaji yang lama atau bercuti mengikut suami. FASAL 14 PENASIHAT / PENAUNG Jawatankuasa Kerja, setelah bermesyuarat dan mencapai persetujuan, boleh melantik sesiapa sahaja yang difikirkan sesuai untuk menjadi Penasihat Persatuan yang akan memberikan nasihat ke arah memantapkan dan menaikkan imej Persatuan. FASAL 15 LARANGAN 11

1. Persatuan dilarang mengendalikan kegiatan yang bertentangan dengan undangundang negara, dan ajaran serta tatasusila masyarakat Islam. 2. Ahli dilarang menggunakan nama persatuan untuk kepentingan diri. 3. Mana mana orang tidak boleh memegang jawatan dalam persatuan menjadi penasihat atau pekerja persatuan jika dia telah hilang kelayakkan menurut Seksyen 9A Akta Pertubuhan, 1966. 4. Persatuan atau ahli-ahlinya tidak boleh mencuba menghalang atau apa cara juga menganggu perniagaan atau harga barang atau mengambil pesanan didalam gerakan kesatuan sekerja seperti yang diterangkan didalam Akta Kesatuan Sekerja, 1959. 5. Faedah di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan, 1966 tidak boleh diberi kepada ahli-ahli. FASAL 16 PINDAAN PERLEMBAGAAN 1. Pindaan undang-undang boleh dibuat di Mesyuarat Agung dengan persetujuan dua pertiga ahli mesyuarat yang hadir. Semua tambahan atau pindaan pada undang-undang tidak boleh dikuatkuasakan melainkan dengan kebenaran Pendaftar Pertubuhan. 2. Permohonan untuk pindaan kepada undang-undang hendaklah dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60 hari dari tarikh keputusan tersebut. FASAL 17 PEMBUBARAN 1. Persatuan ini tidak boleh dibubarkan melainkan dengan persetujuan sekurangkurangnya dua pertiga daripada ahli yang layak mengundi di dalam mesyuarat agung khas yang dipanggil bagi tujuan tersebut. 2. Jika sekiranya Persatuan ini dibubarkan seperti yang tersebut di atas maka segala hutang dan perjanjian hendaklah diselesaikan. Baki wang yang tinggal hendaklah dibahagikan kepada badan kebajikan yang layak menerima dengan syarat dapat persetujuan ahli. FASAL 18 BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA 1. Bendera - Keterangan - 2. Lambang 12

Keterangan Warna merah, biru dan kuning menjadi asas kegemilangan MASNITA. Ini kerana warna ini juga merupakan warna asas dalam penghasilan warna lain. Demikian juga, peranan MASNITA di dalam pembangunan wanita. Selain dari itu, warna ini juga merupakan warna yang terdapat pada logo UNIMAS, sebuah institusi pengajian tinggi yang menjadi tulang belakang penubuhannya. Merah Melambangkan semangat kegigihan dan daya juang MASNITA menghadapi cabaran dalam mengerakkan segala projek, program dan aktiviti yang dijalankan. Biru Melambangkan semangat muafakat dan bekerjasama berpasukan dan meletakkan kejayaan MASNITA sebagai satu keutamaan. Kuning Membawa maksud kemurnian hasrat dan wawasan yang hendak dicapai oleh MASNITA sebagai sebuah persatuan wanita yang cemerlang dan progresif di dalam pembangunan wanita. Huruf I yang membentuk menyerupai pokok melambangkan pertumbuhan MASNITA dalam mencapai matlamat penubuhannya. Corak pucuk midin dipilih melambangkan keunikan MASNITA dan UNIMAS yang bernaung di negeri Sarawak. 3. Lencana - Keterangan - 13