BAB V RUMUSAN DAN CADANGAN. Kajian ini melibatkan 100 orang responden yang dikategorikan sebagai masyarakat

dokumen-dokumen yang mirip
BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah Kuantan, Pahang

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

Katakunci : masalah pelajar perdana, latihan industri

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB LIMA KESIMPULAN. perbahasan dan laporan analisis kajian yang telah dijalankan daripada bab-bab sebelum ini.

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

Oleh yang demikian, pengkaji memilih kaedah kajian lapangan dalam kajiannya. Bab

MASALAH PELAJAR DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) TERHADAP PENCAPAIAN MARKAH TUGASAN

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

BAB SATU PENDAHULUAN

PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KESIMPULAN DAN CADANGAN. banyak oleh Allah S.W.T. Disebabkan tawaran yang terlalu istimewa daripada Allah S.W.T

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

BAB KEENAM RUMUSAN, SARANAN DAN PENUTUP. kawasan tersebut. Bab ini diakhiri dengan saranan dan cadangan kepada PAS Pusat, PAS

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. menjawab persoalan-persoalan kajian dan mengusulkan cadangan-cadangan untuk

BAB I PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA AYAT-AYAT YANG MENGANDUNGI PERKATAAN GABUNGAN TIGA SUKU KATA TERBUKA KV + KV + KV. Oleh. Abdillah Bin Nurdin Asis

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

BAB 1 PENGENALAN. memberikan impak positif dan sumbangan kepada dunia pendidikan iaitu untuk

KEFAHAMAN DAN AMALAN DALAM BERAGAMA: KAJIAN TERHADAP PELAJAR BARU UiTM PAHANG DAN PELAJAR BARU UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Yahya Bin Buntat & Noor Al Mahdin Bin Mohamad Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB LIMA DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN. Bab ini menghuraikan dan merumuskan dapatan-dapatan daripada kajian

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB SATU PENGENALAN. Hikmat terbesar daripada penurunan al-qur an al-karim dengan tujuh

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

Abstrak PENGENALAN. Latar belakang Kajian

Pengaruh Pengetahuan Agama ke Atas Amalan Agama dan Gaya Hidup Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia

BAB SATU PENGENALAN 1.0 PENDAHULUAN: Bab ini mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian yang

PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 3 : METODOLOGI. Parit Keroma dan komuniti Bugis dari kampung itu yang telah menetap di Kuala Lumpur.

INSTRUMEN KAJIAN RINTIS SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Penyumbang kepada Pertumbuhan Ekonomi Malaysia, oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

peranan, prinsip, teknik, masalah pengajaran terjemahan disamping analisis huruf, sama ada imbuhan awalan, sisipan, apitan dan akhiran.

BAB PERTAMA PENDAHULUAN. dan digunakan secara meluas sebagai media dakwah, politik, perdagangan, ilmu

KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

MENINGKATKAN AMALAN KESELAMATAN DALAM BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KHB) MELALUI KONSEP REA (RISKS, EFFECTS, & ACTS)

BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 5: RUMUSAN DAN CADANGAN. membuat rumusan kepada kajian yang bertajuk Penguasaan Maṣdar : Satu Kajian Di

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Sistem Pengajaran dan Pembelajaran Pengantar Qira at dan Hafazan di UKM

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATUK BENDAHARA, JASIN, MELAKA. KOLOKIUM PELAJAR PROGRAM PERSEDIAAN UNIVERSITI NEGERI MELAKA 2011

BAB KEENAM PENUTUP. Bab ini menyimpulkan semua permasalahan kajian iaitu menjelaskan perbandingan

BAB 5 PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

LAPORAN PENYELIDIKAN

BAB TIGA METODOLOGI PENYELIDIKAN. Bab ini akan membincangkan panduan dan kaedah yang digunakan dalam kajian ini.

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

DUA TERHADAP KEBERKESANAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN PULAU PINANG

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

INISIATIF PUSAT PEMBANGUNAN TAMADUN MASYARAKAT ASLI (PETAMA) DALAM MEMBINA KUMPULAN PENDAKWAH MASYARAKAT ORANG ASLI DI PAHANG 1

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. mendapatkan data yang boleh dipercayai, ia merangkumi tiga aspek penting yang menjadi METODOLOGI KUANTITATIF

BAB KEENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Transkripsi:

BAB V RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 PENGENALAN Kajian ini melibatkan 100 orang responden yang dikategorikan sebagai masyarakat FELDA. Mereka terdiri daripada sebahagian besar golongan peneroka dan segelintir dari kakitangan awam dan swasta yang terlibat secara langsung dalam aktiviti kelas pengajian al-qur an di sekitar FELDA Bukit Goh. Terdapat lapan buah kelas pengajian al-qur an yang ditawarkan kepada masyarakat FELDA di sini iaitu, sebuah kelas al-qur an di masjid, lima buah kelas al-qur an di surau dan dua buah kelas al-qur an di rumah. Objektif utama kajian ini ialah untuk melihat keadaan sebenar kelas pengajian al-qur an di FELDA Bukit Goh kepada masyarakat FELDA dari sudut kaedah pengajaran yang digunakan oleh tenaga pengajar di kelas pengajian al-qur an, bentuk pelaksanaan kelas pengajian yang dilalui oleh masyarakat FELDA khususnya di FELDA Bukit Goh ini dan membuktikan sejauh mana mereka dapat menguasai al-qur an setelah mengikuti kelaskelas al-qur an yang diadakan di sini. Ujian kefahaman tajwid juga turut dilaksanakan kepada responden bagi menguji sejauh mana masyarakat FELDA Bukit Goh ini dapat menguasai ilmu al-qur an. Proses pengumpulan data telah disempurnakan melalui temu bual dan soal selidik terhadap responden. Dalam kajian ini, responden telah diminta mengisi borang soal selidik dan menjawab soalan ujian tajwid mengikut pengalaman dan pembelajaran al-qur an di kelas 170

yang bertujuan untuk mengesan keadaan sebenar keadaan kelas pengajian al-qur an di kalangan masyarakat FELDA Bukit Goh. Data kajian telah diproses menggunakan perisian SPSS 17.0. Daripada analisis tersebut, satu penemuan telah diperolehi dan dikupas dengan jelas dalam bab empat. Dalam bab lima iaitu bab yang terakhir ini, penulis akan membuat rumusan terhadap dapatan kajian yang telah dihuraikan dalam bab yang lepas, di samping mengemukan beberapa cadangan untuk meningkatkan keberkesanan pendekatan metode pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh tenaga pengajar dan tahap penerimaan peserta di dalam kelas pengajian al-qur an seterusnya mengukur serta menilai tahap keberkesanan dalam kalangan masyarakat FELDA Bukit Goh dapat menguasai al-qur an setelah mengikuti kelas al-qur an di kelas-kelas pengajian al-qur an di FELDA Bukit Goh Kuantan, Pahang. 5.2 RUMUSAN HASIL KAJIAN Berdasarkan hasil kajian ini, beberapa rumusan telah dapat dibuat dan dibahagikan kepada tiga bahagian seperti berikut: i. Pendekatan kaedah pengajaran tenaga pengajar ii. Bentuk pelaksanaan kelas al-qur an yang dilalui oleh masyarakat FELDA. iii. Masyarakat FELDA menguasai al-qur an. 5.2.1 Pendekatan Kaedah Pengajaran Tenaga Pengajar. Kajian yang telah menggunakan 100 orang responden dalam kalangan masyarakat FELDA Bukit Goh ini mendapati tenaga pengajar kelas al-qur an perlu mempunyai beberapa 171

kriteria yang penting, baik dari segi kemahiran komunikasi, latarbelakang pendidikan dan personaliti diri supaya pendekatan kaedah pengajaran yang disampaikan kepada masyarakat FELDA di sini lebih berkesan. Tenaga pengajar yang berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah tenaga pengajar yang mempunyai komunikasi dua hala yang berkesan, dapat mewujudkan sesi pengajaran secara berkumpulan, bertimbang rasa, sabar, memberi galakan, menggunakan Alat Bantuan Mengajar (ABM) yang mencukupi, menggunakan kitab tajwid yang berautoriti dan mudah difahami oleh masyarakat FELDA khususnya di Bukit Goh sebagai rujukan di dalam sesi pengajaran. Tenaga pengajar juga perlu mewujudkan mekanisme dan kaedah yang sesuai untuk penglibatan semua pelajar. Di samping beberapa pendekatan kaedah pengajaran yang relevan dan bersesuaian dengan latarbelakang, budaya dan sosio ekonomi masyarakat FELDA Bukit Goh, kajian ini juga membuktikan kepada pengkaji bahawa kaedah Talaqqi Mushafahah yang berkait terus dengan amalan pembacaan al-qur an yang diajar oleh tenaga pengajar di sini perlu diterus dan dipertingkatkan mutu pengajiannya supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dimanfaatkan dengan lebih efisen. 5.2.2 Bentuk Pelaksanaan Kelas al-qur an di FELDA Bukit Goh Kajian berdasarkan bentuk pelaksanaan kelas al-qur an yang dilalui oleh masyarakat FELDA Bukit Goh juga menunjukkan bahawa perkara utama dititikberatkan oleh peserta ialah kesesuaian tempat pengajian yang mestilah berdekatan dengan kediaman mereka serta dalam keadaan yang sempurna dan kondusif. Pengurusan masa pengajian juga memainkan peranan dalam menentukan kehadiran peserta kelas al-qur an kerana 172

sebilangan besar dari peserta kelas al-qur an ini merupakan pengusaha ladang kelapa sawit yang semestinya jadual kerjanya tidak menentu dan mengira masa. Justeru itu pihak berwajib perlulah menyediakan kemudahan asas yang kondusif yang menepati kehendak masyarakat di sini. Manakala pihak pengurusan kelas al-qur an perlu merangka sebarang usaha ke arah penambahbaikan pelaksanaan kelas pengajian al-qur an di sini supaya ianya dapat menarik minat peserta. 5.2.3 Masyarakat FELDA Bukit Goh Menguasai al-qur an Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau dan melihat sejauh mana masyarakat FELDA Bukit Goh dapat menguasai al-qur an setelah mengikuti kelas al-qur an. Sebelum pergi lebih lanjut pengkaji ingin menyatakan bahawa hasil penemuan ini hanya khusus untuk lokasi yang dikaji dan bukannya mewakili kesemuan penempatan FELDA yang terdapat di Malaysia. Hasil penemuan ini pengkaji bahagikan kepada dua iaitu pertama; mutu pencapaian dan kemahiran membaca al-qur an dan keduanya; mutu pencapaian dan kefahaman mengenal hukum-hukum tajwid. Mutu pencapaian dan kemahiran membaca al-qur an dalam kalangan masyarakat FELDA Bukit Goh berada pada tahap baik. Ini dibuktikan berdasarkan statistik bagi item kelancaran saya dalam membaca al-qur an telah menunjukkan peratusan berada pada tahap baik iaitu 46% dan julat min sebanyak 3.71. Manakala mutu pencapaian dan kefahaman mengenal hukum-hukum tajwid juga berada pada tahap baik. Ini menunjukkan kepada kita bahawa, masyarakat FELDA Bukit Goh telah mempunyai asas dalam ilmu al-qur an baik dari segi bacaan al-qur an mahupun 173

ilmu tajwid. Justerus, perlu ada kerjasama dari pihak yang berkaitan seperti persatuan penduduk dan pengurusan FELDA dalam usaha-usaha memberi bimbingan dan penambahbaikan dalam pengajaran dan pembelajaran al-qur an secara berterusan agar mereka lebih berkemahiran dalam ilmu al-qur an dan seterusnya dapat mengetahui serta mengamalkan isi kandungan al-qur an di dalam kehidupan seharian. Menurut Tuan Haji Sarafuddin Aisa bin Haji Osman selaku Imam Besar Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 menyatakan bahawa, kewajipan menuntut ilmu bukan berakhir sekadar penguasaan ilmu pengetahuan semata-mata, malah ianya mesti dihayati, diyakini dan diamalkan di dalam kehidupan seharian. Selepas itu, ilmu tersebut wajib pula disampaikan dan disebarkan kepada masyarakat. Maka, dengan mempelajari al-qur an dan ilmu-ilmu yang bersumberkan al-qur an dapat memantapkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah (s.w.t) dan membentuk akhlak mulia. Ianya juga dapat menghilangkan kejahilan, memelihara agama dan mendatangkan kebahagiaan dunia dan akhirat. Di samping itu, usaha yang gigih perlu dilakukan oleh pihak masjid dan pegawai agama FELDA dari semasa ke semasa bagi menimbulkan keinginan dan minat yang mendalam ahli masyarakat kepada majlis ilmu tersebut. 139 Tuan Haji Salehuddin bin Dolah selaku Naib Presiden Akademik, Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) menjelaskan bahawa, di antara perkara wajib diketahui adalah tentang al-qur an. Ini kerana, dengan memahami ilmu tersebut akan terbuka jalan untuk lebih memahami ilmu-ilmu yang selainnya. Manakala dalam menilai pendekatan kaedah pengajaran dan pengajian kelas al-qur an dalam kalangan masyarakat 139 Tuan Haji Sarafuddin Aisa bin Haji Osman (Imam Besar, Masjid Sultan Ahmad 1), dalam temubual dengan pengkaji, 5 November 2010. 174

FELDA bukan suatu perkara yang mudah. Ia memerlukan masa, tenaga dan pemikiran yang teliti. Oleh itu, menilai kelas al-qur an di Tanah Rancangan FELDA merupakan satu usaha yang teliti dan memerlukan disiplin yang tertentu semasa mengumpulkan bukti-bukti keberkesanannya supaya benar-benar dapat berfungsi sebagai tempat pembangunan insan, agar dari usaha tersebut dapat membentuk generasi yang beriman dan bertaqwa kepada Allah (s.w.t). 140 5.3 CADANGAN Kajian dalam bidang pengajian al-qur an banyak dilakukan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu. Kajian-kajian yang dijalankan tersebut meliputi pelbagai aspek termasuklah kajian mengenai pelaksanaan kelas, masalah-masalah yang berkaitan pengajaran dan pembelajaran, sistem pengajian dan pengajaran al-qur an. Namun, kajian-kajian yang lepas mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing. Oleh itu, kajian ini cuba mengetengahkan cadangan dengan memberi penumpuan terhadap tiga objektif utama kajian pengkaji iaitu: 5.3.1 Mengkaji dan menyelidiki kaedah pengajaran yang digunakan oleh tenaga pengajar di kelas pengajian al-qur an. 140 Tuan Haji Salehuddin bin Dolah (Naib Presiden Akademik, KIPSAS), dalam temubual dengan pengkaji, 16 Januari 2011. 175

Tenaga pengajar hendaklah banyak menghadiri kursus dan bengkel untuk memperbaiki mutu teknik pengajaran dan penyampaian mereka agar lebih berkesan dan sesuai dengan tahap dan kemampuan peserta. Mereka juga hendaklah mempertingkatkan lagi penguasaan dalam bidang ICT supaya mengajar mereka menjadi lebih menarik. Tenaga pengajar kelas al-qur an perlu mengadakan perbincangan dengan peserta untuk mendapatkan teknik pengajaran yang lebih berkesan. 5.3.2 Mengkaji dan menyelidiki bentuk pelaksanaan kelas pengajian al-qur an yang dilalui oleh masyarakat FELDA. Golongan masyarakat FELDA perlu mempunyai minat dan keinginan mendalam apabila memilih kelas al-qur an, bukan hanya sekadar mengikut kawan atau sebagai sesuatu yang dipaksa ke atas mereka. Di samping itu, pengetahuan asas sedia ada amat penting bagi memudahkan lagi pendekatan atau kaedah pengajaran yang digunakan oleh tenaga pengajar di dalam kelas al-qur an di mana tenaga pengajar tidak perlu kembali mengajar perkara-perkara asas. Sifat negatif yang menganggap membaca al-qur an suatu yang membosankan haruslah dikikis dan dihindari dalam diri peserta. 5.3.3 Mengenal pasti sejauh mana masyarakat FELDA menguasai al-qur an setelah mengikuti kelas pengajian al-qur an. Daripada apa yang ditemui di atas, secara umumnya menunjukkan bahawa masalah dan kelemahan peserta dalam bacaan al-qur an setelah mengikuti kelas al-qur an di FELDA Bukit Goh masih wujud. Bagi mengatasi perkara tesebut, perlu dilaksanakan 176

program celik al-qur an atau tahsin al-qur an di semua agensi kerajaan mahupun swasta sebagai pengajian susulan bagi menyatakan hasrat kerajaan dalam mempertingkatkan kesedaran ke arah membaca al-qur an dapat direalisasikan. Diharap kaedah Talaqqi Mushafahah yang menjadi kaedah asas dalam pendidikan al-qur an tidak diabaikan oleh tenaga pengajar kelas al-qur an pada masa akan datang. 5.4 CADANGAN KAJIAN SUSULAN Pada pandangan pengkaji, terdapat banyak lagi perkara yang belum dikaji untuk melengkapkan dan menyempurnakan kajian ini. Oleh yang demikian, pengkaji berhasrat mengutarakan beberapa saranan atau cadangan untuk dibuat kajian susulan. 1. Kajian ini melibatkan salah satu FELDA yang terdapat di daerah Kuantan iaitu FELDA Bukit Goh, di mana terdapat lapan buah kelas pengajian al-qur an yang berlangsung. Pemilihan lokasi dan tempat kajian yang dilakukan dalam kajian ini agak kecil skopnya, mungkin hanya berkesan untuk menggambarkan pendekatan kaedah pengajian dan pencapaian golongan masyarakat FELDA di sekitar bandar Kuantan sahaja. Dengan itu dicadangkan supaya kajian-kajian susulan menggunakan skop yang lebih luas dilaksanakan pada masa akan datang. 2. Kajian ini hanya melibatkan 100 orang responden dari kalangan masyarakat FELDA Bukit Goh lelaki dan perempuan. Bilangan ini agak kecil untuk menggambarkan pendekatan kaedah pengajian dan pencapaian golongan masyarakat FELDA yang terdapat di negeri ini. Oleh yang demikian, sampel kajian akan datang dicadangkan supaya lebih 177

menyeluruh dan pelbagai. Ini kerana penetapan saiz sampel yang sesuai membolehkan penggunaannya dianggap lebih menyeluruh dan dapat mewakili populasi yang sebenar. Pemilihan dan penggunaan sampel yang betul dan mencukupi biasanya dapat memantapkan lagi kebolehpercayaan dan kesahan sesuatu kajian. 3. Kajian ini hanya tertumpu di kelas-kelas al-qur an yang terdapat di FELDA Bukit Goh sahaja. Oleh itu, ia boleh diperluaskan kepada kelas-kelas al-qur an di penempatan FELDA lain yang terdapat di bandar Kuantan atau di daerah-daerah lain yang terdapat di negeri Pahang Darul Makmur yang diketahui turut menghadapi banyak masalah dalam mengikuti kelas pengajian al-qur an. 4. Dalam kajian ini, pengkaji hanya menggunakan tiga perkara utama kajian iaitu untuk melihat keadaan sebenar kelas pengajian al-qur an kepada kalangan masyarakat FELDA yang terdapat di FELDA Bukit Goh Kuantan, Pahang mengikut pendekatan kaedah pengajaran yang digunakan oleh tenaga pengajar, bentuk pelaksanaan kelas al- Qur an yang dilalui oleh masyarakat FELDA dan membuktikan sejauh mana golongan masyarakat FELDA di sini dapat menguasai al-qur an setelah mengikuti kelas al-qur an di tempat mereka. Bagi membuktikannya, pengkaji telah menguji para peserta dengan membuat ujian setelah mengikuti kelas al-qur an tersebut. Kajian lanjut juga boleh dijalankan meliputi lain-lain perkara seperti minat, sikap dan tanggapan peserta terhadap tenaga pengajar dan kelas itu sendiri, mengesan punca ketidakupayaan tenaga-tenaga pengajar al-qur an, kemudahan yang disediakan, kelemahan aspek sukatan atau silibus pengajian dan banyak lagi. 178