Diilhami daripada kisah benar mengenai meneruskan hidup dan meninggal dunia dengan penuh maruah.

dokumen-dokumen yang mirip
Seterusnya? Memahami Kesedihan

Cahaya, Kasih Sayang dan Kegembiraan Sepanjang Perjalanan

PILIHAN ANDA PENTING, KERANA KEHIDUPAN ANDA AMAT BERMAKNA. Suarakan Pilihan Anda

Hasrat Penjagaan Saya

Kepakaran seseorang tidak akan ke mana selagi dia tidak membuktikannya melalui pelaksanaan.

Cabaran dalam Menjaga Kanak-kanak Berkeperluan Khas. Erica Lovel

Memahami Demensia. Talian Maklumat Demensia:

FACT SHEET

CABARAN PROGRAM BLITZ SELAMA 6 MINGGU

Ayah: Adakah saya yang memberi gen kanser payu dara kepada anak perempuan saya?

ANALISIS KERJAYA DIRI

Soalan Lazim Ditanya

Penerbit UTHM Cetakan Pertama 2011

11 Cerita Sosial Adab

Masalah Kesihatan Mental Kurang Menerima Perhatian

NUR FARA AYUNI BINTI ABDUL RAFFAR PISMP AMBILAN JANUARI 2012 RBT 1

Nur Hafiza Osman (Fiza O)

30 TiPS LULUS TEMUDUGA

Tajuk Ebook: Rahsia 5 Langkah Mudah Perniagaan TASKA Didedah. Ditulis oleh: Ummi Sofea

Mengapakah Tuhan Tidak Menjawab Doa Saya? Adakah anda bercakap dengan Tuhan?

melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.

Panduan Menjawab Soalan Kefahaman Subjektif 9 April 2016

I I I I I I I I I I I I I UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 1 SESI 2015/ DEC 2015 MASA : 1 JAM 30 MINIT ARAHAN

TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015 SIRAH KBK 5 NAMA :

Keperluan Komunikasi. Komunikasi Berkesan 2/2/2016

SOALAN 1: Tulis sebuah karangan berdasarkan tajuk dan senario yang diberikan.

juta pengunjung ke acaraacara warisan di seluruh Singapura pada 2016 juta disumbangkan untuk kesenian dan warisan pada 2016 Lebih daripada

Markah yang diperoleh Page 3. (lihat halaman sebelah)

IMBUHAN (10 markah) 1 (1) bertujuan (2) dituju

MODUL PENGENDALIAN AKTIVITI GALAKAN MEMBACA. Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan Awam Pustaka Negeri Sarawak

Pengenalan. Mohamad Suandi Hj Mortadza Maktab Koperasi Malaysia Zon Sarawak 24 BIL BIL

CONTOH KERTAS ARAHAN KEMAHIRAN SOSIAL (KENDIRI) JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA ARAS 7 & 8 BLOK D4, PARCEL D PUTRAJAYA

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab ini adalah membincangkan tentang metodologi yang digunakan dalam kajian ini.

PENGURUSAN INFRASTRUKTUR TEKNOLOGI MAKLUMAT BERSAIZ SEDERHANA

: Saya Adalah Ibubapa_Keluarga. : Booklet Memahami Relapse & Cara Mencegahnya. Maklumat Am

BAB 5 Nilai Berkaitan Dengan Hak Asasi Manusia

Kaunseling mampu selamatkan...mahligai bergelora Pasangan akui perlunya komunikasi, bijak sesuai diri hidup bersama dan tahu peranan masing-masing

JABATAN PELAJARAN NEGERI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

PUSAT INFORMASI ANGIN AHMAR

KETAGIHAN INTERNET SATU PENYAKIT MENTAL? Ketahuilah sama ada anda seorang penagih internet atau tidak. Oleh Redy Jeffry Mohamad Ramli

PENGURUSAN KERJA LUAR STAF

Panduan Guru Versi 2. Layari untuk versi terbaru.

1.0 Langkah-langkah Sebelum Latihan Mengajar

CHIA CHONG YANG A143398

UNIT HAL EHWAL MURID SKTM PROGRAM SEKOLAH SELAMAT

Apakah yang membimbangkan anda? 3. Informasi lanjut mengenai kanser payudara 4. Informasi lanjut mengenai rawatan kanser payudara 7

Pemasaran emel adalah antara cara paling berkesan untuk anda menghasilkan. pendapatan yang berterusan. Bayangkan syarikat besar seperti ADIDAS

NO. 45, JALAN SI 8, TAMAN SAUJANA INDAH, BUKIT KATIL, MELAKA

Bahagian 1: Imbuhan (10 markah)

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan. Rut: Sebuah kisah cinta

Penjamin PINJAMAN ANDA. Penjamin. Program pendidikan pengguna oleh:

MITOS & FAKTA KAUNSELING

(3) mahu membawa awak ke kawasan Geylang Serai pula. (4) belum pernah menonton persembahan muzik tradisional

Belajar daripada pengalaman orang lain... Disediakan oleh;

Taklimat untuk Guru BM

Oleh Nor Affizar Ibrahim. com.my. gurau tidak lekang

UJIAN MINAT BELAJAR (Soal Selidik) Bil Pernyataan (item) Jumlah Skor

CABARAN SIHAT UNTUK KINI DAN SELAMANYA. Oleh : Norwidayati Nasiman

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

Panduan Guru Versi 1. Layari standtogether.my/competition untuk versi terbaru.

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

JENIS-JENIS TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN

Rut: Sebuah kisah cinta

Diterbitkan oleh: AKPK_HB_BM_FA.indb 1 2/25/11 11:47:07 AM

PATIENT INFORMATION LEAFLET MEDICINE TO TREAT: DIABETES UBAT UNTUK MERAWAT: DIABETES. Insulin

bermain layanglayang tidak memberi perhatian mengalami kecederaan terjatuh SELESAI

semakin pudar semangat. Akhirnya peluang tiba dengan tidak aku sangka dan mudah sekali rasanya. Ketika aku berpeluh dan berselut tanah kebun belakang

OH, ITUNYA DARAB! Oleh. Chai Mei Ling ABSTRAK

ISU PENDATANG TANPA IZIN : PERANAN MEDIA TERHADAP KESEDARAN, PENGETAHUAN DAN SIKAP DI KALANGAN MASYARAKAT DI MALAYSIA

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

Laporan Kesejahteraan Rakyat Malaysia 2013

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 308

SS 5 Sangat Setuju TS 2 Tidak setuju S 4 Setuju STS 1 Sangat Tidak Setuju TP 3 Tidak Pasti

PRUretirement growth PERSARAAN. Kami kini mempunyai pendapatan terjamin untuk kesenangan selepas bersara.

SMK TUN TUAH PENYELIDIKAN DAN KONSULTASI SESI 2010/2011 KERTAS CADANGAN UNTUK MENGKAJI :

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 3

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Page 1 of 10 MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

7 Kaedah Efektif Mendidik Anak Dalam Zaman Penuh Fitnah

KKD 2063 Pembangunan Sahsiah

BUKU PANDUAN IBU BAPA

PENGURUSAN ADUAN BAGI PETUGAS BARISAN HADAPAN SEKTOR AWAM Oleh Bahagian Perhubungan Korporat Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri

HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI (Set31) BAGAIMANA PENGGUNAAN JARINGAN SOSIAL MEMBERI KESAN KEPADA KANAK-KANAK.

1.1 Sayembera ini terbuka kepada Rakyat dan Penduduk Tetap Singapura. Had umur tidak ditetapkan.

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH SEM /2017 SET 4 LAPORAN AKHIR

Notis Laman Web Berkenaan Dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (MPSM) CAWANGAN PULAU PINANG JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGADIBERITAHU

IMBUHAN (20 markah) Pilih perkataan yang paling sesuai bagi setiap tempat kosong dalam petikan karangan di bawah ini.

Kegiatan Cadangan bagi Pengajaran dan Pembelajaran (Prauniversiti)

LAPORAN KELAB LAWATAN SAMBIL BELAJAR. a) Nama Program : Program Lawatan Sambil Belajar ke Petrosains

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Bagaimana Menulis Ayat Jualan POWER!!

BACALAH CICI..! Oleh. Mamat anak Chunggat Sekolah Kebangsaan St. Jude Bunan, Jalan Mongkos, Serian, Sarawak. Abstrak

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Puan Rosa Daniel, Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Seni Kebangsaan. Profesor Madya Hadijah Rahmat, Pengerusi, Jawatankuasa Anugerah Persuratan

Noor Aainah Hj.Ag.Jaafar

ESS 222 AKTIVITI KO-KURIKULUM

TUNTUTAN TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN

Transkripsi:

Diilhami daripada kisah benar mengenai meneruskan hidup dan meninggal dunia dengan penuh maruah.

Memang benar apa yang mereka katakan, cucu-cucu mewarisi 99% kehebatan mereka daripada nenek mereka. Dan Nenek saya memang agak mengagumkan. Namanya Sye Kee, dan dia dinamakan dengan sesuai, kerana jiwanya paling kuat dalam kalangan kami. Apabila doktor menyampaikan berita buruk tentang kanser kolon dia, perkara pertama yang Nenek saya katakan ialah, sekarang saya boleh makan apa-apa sahaja yang saya mahu, pada bila-bila masa sahaja. Begitulah dia.

Nenek saya membesarkan saya. Dia menguatkan semangat saya apabila saya murung. Apabila saya terpecahkan pasu bunga kesayangan ibu saya, dia melindungi saya dan berpakat dengan saya untuk memberitahu ibu bahawa kucing jiran yang melakukannya. Nenek merupakan kawan karib saya. Jadi, apabila dia memberitahu saya bahawa dia ingin menghabiskan hari-hari terakhirnya dengan bermaruah, saya sedar bahawa saya perlu membantu Nenek menikmati tempoh itu dengan sepenuhnya. Namun, sebagai cucu bongsu yang paling manja dalam keluarga, saya tidak tahu apa-apa tentang tanggungjawab seorang penjaga. Saya tidak tahu dari mana untuk bermula, atau daripada siapa untuk meminta bantuan.

Pakar onkologi Nenek merujukkan kami kepada perkhidmatan jagaan hospis di rumah dan beberapa hari kemudian, pasukan jagaan hospis melawat kami di rumah. Begitulah permulaan persahabatan saya dengan Dr Dawn. Dia mengajar saya segala-galanya yang perlu saya tahu. Dia mengajar saya cara membalut luka Nenek, memindahkan Nenek daripada katil dan membangkitkan semangat Nenek apabila menghadapi kesukaran. Saya sangat berterima kasih kepada dia dan pasukan jagaan hospis kerana membantu kami bersedia dari segala aspek untuk membantu Nenek menghabiskan hari-hari terakhirnya dengan bermaruah.

Apabila saya pulang daripada suatu sesi latihan penjaga, Nenek ingin tahu perkara yang saya pelajari. Selepas saya memberitahunya, dia berteriak, maksudnya kamu harus bersihkan najis saya, Melisa!! dan mula tertawa berdekah-dekah. Dia memang gila, tetapi itulah Nenek saya.

Beberapa bulan seterusnya amat sukar. Pasukan jagaan hospis datang sekali seminggu untuk memeriksa Nenek dan mereka mula menyayanginya. Saya rasa Nenek mempunyai perasaan yang sama terhadap mereka kerana Nenek sentiasa tidak sabar menunggu lawatan Dr Dawn juga. Dr Dawn dan pasukan jagaan hospis banyak membantu saya, dari segi emosi dan fizikal, terutamanya apabila situasi kian mencabar. Saya tidak tahu apa yang akan saya lakukan tanpa mereka.

Saya teringat suatu petang dengan jelas apabila Nenek merintih kerana rasa yang amat tidak selesa. Hati saya pedih apabila melihat seorang wanita sekuat Nenek tunduk dalam kesakitan. Saya tahu sakitnya tidak tertahan kerana dia tidak pernah suka menunjukkan sifat lemahnya. Saya berasa risau, terdesak dan letih. Dalam keadaan yang tidak berdaya, saya membuat keputusan untuk meminta bantuan Dr Dawn. Dia menenangkan saya dan membimbing saya untuk memberikan dos ubat yang tepat untuk menghilangkan rasa sakit. Pada keesokan hari, Dr Dawn dan pasukan jagaan hospis datang untuk mengemas kini ubat-ubatan Nenek dan memastikan dia berasa lebih selesa. Mereka sungguh ikhlas sekali.

Saya menghantar Nenek ke pusat jagaan harian hospis di masa saya perlu bekerja. Dia sangat suka pergi ke sana, kerana di sana terdapat ramai orang yang melayannya. Dia merupakan bintang utama pusat jagaan harian itu. Dia sering bercerita, memberi nasihat cinta kepada kakitangan yang lebih muda, dan memeriahkan suasana sehingga waktu untuk pulang ke rumah. Ia sebuah tempat di mana dia boleh bersenang diri, dan para jururawat dan sukarelawan sentiasa bersungguh-sungguh memastikan bahawa dia sentiasa selesa dan gembira. Dia memang tidak tampil seperti pesakit kanser, sebaliknya dia umpama bintang terkenal. Walaupun apabila keadaan makin mencabar, dia tidak pernah membenarkan penyakit itu membataskan dirinya. Apabila saya diatasi emosi, dia akan meminta saya supaya lebih tabah dan jangan terlalu murung. Kemudian, dia akan memberitahu Dr Dawn dan pasukan jagaan hospis tentang episod kelemahan saya sambil tertawa. Dia memang tiada belas kasihan tetapi saya tidak mungkin mahu dia berubah.

Pada hari-hari akhirnya, daya ingatannya semakin merosot dan dia mula melupai kisah yang telah diceritakan kepada kami beribu-ribu kali sebelum itu. Terdapat sebuah lagu yang dia gemari daripada zaman kanak-kanaknya, tetapi dia hanya ingat sebahagian daripadanya dan tidak boleh mengingati tajuk lagu itu. Ia menjengkelkan Nenek selama berhari-hari. Malah dia memberitahu Dr Dawn tentang lagu itu berulang kali dan menyebut tentang hal itu dalam setiap perbualan. Dia mungkin tidak henti-henti mengulangi perkara yang sama tetapi Dr Dawn dan pasukan jagaan hospis tetap sentiasa melayan dia. Mereka memberitahu saya bahawa mereka ada sebuah kejutan untuk Nenek pada lawatan mereka yang seterusnya.

Lawatan seterusnya merupakan lawatan terakhir mereka. Dr Dawn dan pasukan jagaan hospis datang ke rumah saya dengan sebuah ukulele. Saya terasa sungguh keliru. Mereka meminta Nenek menutup mata. Dia sangat lemah pada masa itu dan tidak mampu duduk betul untuk menikmati persembahan mereka. Mereka memasang alatan mereka berdekatan dengan Nenek dan mula bermain lagu. Matanya terbuka dan berseri-seri dengan kegembiraan. Dia berbisik, itulah lagunya, itulah lagunya! dan mula bernyanyi bersama-sama. Dr Dawn dan pasukan jagaan hospis telah mencari dengan sedaya upaya sehingga mereka menjumpai lagu daripada zaman kanakkanaknya. Mereka telah menunaikan hasrat terakhirnya. Saya tidak dapat berhenti menangis kerana sudah begitu lama sejak saya melihat Nenek sungguh gembira dan lupa tentang rasa sakitnya.

Nenek meninggal dunia beberapa hari selepas itu dengan senyuman yang besar terukir di wajahnya. Walaupun sungguh sukar untuk mengucapkan selamat tinggal, tetapi ia merasakan pahit manis. Kerana saya tahu bahawa dia telah menghabiskan harihari terakhirnya penuh dengan keriangan, kegembiraan dan maruah.

Kenapa memilih penjagaan paliatif? Penjagaan paliatif disediakan oleh pasukan pelbagai disiplin yang terdiri daripada para doktor, jururawat, pekerja sosial, kaunselor dan sukarelawan terlatih. Mereka memberikan keselesaan serta sokongan kepada pesakit dan ahli-ahli keluarga mereka melalui penjagaan dari segi fizikal, emosi, psikologi, sosial dan kerohanian sama seperti jagaan oleh Dr Dawn dan pasukannya kepada Melisa dan neneknya. Pesakit memilih penjagaan paliatif untuk memberi tumpuan kepada kualiti hidup walaupun untuk waktu yang singkat. Ia bukan bermakna mereka pasrah dengan takdir. Perkhidmatan penjagaan paliatif yang disediakan adalah penjagaan di rumah, jagaan harian, jagaan pesakit di hospital dan perkhidmatan perunding. Jika kita ingin menghabiskan hari-hari terakhir kita dengan bermaruah dan mengurangkan kesakitan yang bakal dialami, kita mesti membuat perancangan awal dan menyampaikan keputusan ketika badan dan minda masih sihat. Berikut adalah 3 langkah awal: Berbincang Mulakan perbincangan tentang penjagaan akhir hayat dengan orang tersayang. Merancang Ketahui dengan lebih lanjut tentang pilihan dalam penjagaan paliatif dan kemudahan perancangan yang tersedia dan sesuai untuk anda di www.singaporehospice.org.sg. Bertindak Beritahu mereka yang paling rapat dengan anda tentang pilihan anda dan buatlah perancangan anda hari ini. Untuk maklumat lanjut: Majlis Hospis Singapura 1 Lor 2 Toa Payoh, #07-00 Braddell House Singapore 319637 Dibawakan kepada anda oleh: Tel: 6538 2231 E-mel: secretariat@singaporehospice.org.sg Laman web: www.singaporehospice.org.sg Hidup dalam Kesejahteraan, Pergi dalam Ketenangan

Hak Cipta 2019 Singapore Hospice Council. Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan dalam sistem pengambilan, atau dihantar dalam apa jua bentuk atau apa jua cara, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atau sebaliknya, tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada pemilik hak cipta. ISBN (Kulit lembut): 9789811412844 ISBN (E-buku): 9789811412851 Dicipta oleh BLKJ. Ilustrasi oleh Diigii Daguna. Penghargaan istimewa ditujukan kepada para penyumbang dan sukarelawan yang telah membantu kami merealisasikan penerbitan buku ini.