PELAJAR TAHUN SATU SVM 2019 TINDAKAN YANG PERLU DILAKUKAN APABILA MENERIMA TAWARAN 1. Sila lengkapkan butiran-butiran dan maklumat yang diperlukan yang terdapat pada dokumen dan borang yang dilampirkan dalam Buku Pelajar Tahun Satu SVM, Buku Kolej Kediaman (jika ditawarkan) dan Buku Bayaran dan Koperasi. 2. Sila bawa semua dokumen dan borang yang telah dilengkapkan dalam Buku Pelajar Tahun Satu SVM, Buku Kolej Kediaman (jika ditawarkan) dan Buku Bayaran dan Koperasi pada hari pendaftaran. 3. Sila lapor diri pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan. 4. Sila hadir bagi sesi taklimat bersama salah seorang ahli keluarga sama ada ibu / bapa / penjaga yang diadakan sebelum pendaftaran kolej. PROGRAM/KURSUS ARAHAN SEMASA MENDAFTAR 1. Sila beratur di tempat pendaftaran mengikut program / kursus masingmasing. 2. Sila serahkan semua dokumen dan borang yang telah dilengkapkan kepada pensyarah bertugas semasa hari pendaftaran seperti berikut : Bil Perkara Kaunter 1 Buku Pelajar Tahun Satu SVM 2 Buku Bayaran dan Koperasi Kaunter Program / Kursus Kaunter Koperasi 3 Buku Kolej Kediaman Kaunter Kolej Kediaman 3. Sila sediakan wang bayaran dan sumbangan secukupnya seperti yang diperlukan. 4. Jika anda tidak mendapat tawaran Kolej Kediaman, sila isikan borang rayuan Kolej Kediaman di kaunter yang disediakan selepas pendaftaran kursus. 1
KOLEJ KEDIAMAN (JIKA DITAWARKAN) 1. Sila beratur di tempat pendaftaran kolej kediaman. 2. Sila serahkan buku pendaftaran Kolej Kediaman yang telah lengkap kepada pensyarah / warden / kakitangan Kolej Kediaman yang bertugas semasa hari pendaftaran. 3. Sediakan wang bayaran dan sumbangan secukupnya seperti yang diperlukan. RAYUAN KOLEJ KEDIAMAN 1. Sila isikan Borang Rayuan Kolej Kediaman selepas pendaftaran kursus di kaunter yang disediakan. 2. Sila serahkan borang yang telah lengkap di kaunter tersebut untuk diproses. 3. Tawaran akan diberi jika hanya ada kekosongan tempat. 4. Palajar yang tidak mendapat tempat di Kolej Kediaman hendaklah menguruskan tempat penginapan sendiri sementara menunggu keputusan rayuan. 5. Rayuan Kolej Kediaman boleh dibuat dari semasa ke semasa tertakluk kepada kekosongan tempat. TATACARA TATAKELAKUAN DAN BERPAKAIAN SEMASA HARI Nota : 1. Pelajar diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah asal dengan lengkap dahulu mengikut Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil. 3/1983, 9.3.83 sebelum pakaian seragam alternatif kolej diserahkan. 2. Pelajar dikehendaki mematuhi peraturan-peraturan berkaitan kekemasan diri dan tatakelakuan / disiplin mengikut peraturan-peraturan / surat-surat pekeliling sebagai seorang pelajar / murid sekolah semasa mendaftar. 3. Kerjasama pelajar dan ibu bapa / penjaga terutama dari segi mematuhi tatacara dan peraturan yang telah ditetapkan pada hari pendaftaran amat dihargai dan diucapkan terima kasih. Satu majlis taklimat diadakan sebelum pendaftaran program untuk mempastikan bahawa pelajar yang hendak mendaftar mempunyai komitmen terhadap program / kursus yang ditawarkan dan kolej ini. Sebarang pertukaran program / kursus dan perpindahan kolej tidak akan dibenarkan / dilayan kecuali atas sebab-sebab yang munasabah. 2
PANDUAN KEMASUKAN PELAJAR TAHUN SATU SVM 2019 MASUK DEWAN GEMILANG BUKU PROGRAM TAKLIMAT KHAS KOLEJ KOLEJ KEDIAMAN DEWAN GEMILANG Buku Kursus Dokumen Pembayaran dan Sumbangan Koperasi DEWAN MAKAN KOLEJ KEDIAMAN Buku Pembayaran Kemasukan Kolej kediaman SELESAI SELESAI PROGRAM MINGGU TAUTAN KASIH 3
SENARAI SEMAK YANG PERLU DILENGKAPKAN DAN DISERAHKAN KEPADA PENSYARAH PROGRAM SEMASA KURSUS KOLEJ BIL DOKUMEN LENGKAP TIDAK LENGKAP 1. Buku Pelajar 2. Borang Permohonan Menjadi Anggota Koperasi 2.1 Maklumat Peribadi Pelajar 2.2 Maklumat Ibu / Bapa / Penjaga 2.3 Borang Maklumat Tanggungan Ibu/Bapa/Penjaga 2.4 Maklumat Bantuan Yang Diberikan Kepada Murid 2.5 Salinan Kad Pengenalan Pelajar 2.6 Salinan Kad Pengenalan Bapa / Penjaga 2.7 Kad Pengenalan Ibu/ Penjaga 2.8 Salinan Keputusan PT3 2.9 Salinan Surat Berhenti Sekolah 2.10 Salinan Penyata Gaji Bapa/ Penjaga 2.11 Salinan Gaji Ibu / Penjaga 2.12 Borang Jaminan Tatatertib 2.13 Surat Akuan Janji Berkelakuan Baik 2.14 Akuan Jaminan Meningkatkan Prestasi Murid 2.15 Kebenaran Pemeriksaan Air Kencing 2.16 Akuan Kebenaran Rawatan / Pembedahan 2.17 Borang Kebenaran Membuka Surat 4
SENARAI SEMAK YANG PERLU DILENGKAPKAN DAN DISERAHKAN KEPADA PENSYARAH PROGRAM SEMASA KURSUS KOLEJ KEDIAMAN BIL DOKUMEN LENGKAP TIDAK LENGKAP 1. Buku Pelajar Kolej Kediaman 1.1 Borang Pengakuan Dan Pengesahan Pelajar 1.2 Maklumat Diri Pelajar 1.3 Maklumat Ibu / Bapa / Penjaga 1.4 Salinan Kad Pengenalan Pelajar 1.5 Salinan Kad Pengenalan Bapa 1.6 Salinan Kad Pengenalan Ibu 1.7 Salinan Kad Pengenalan Penjaga 1.8 Surat Kebenaran Ibu Bapa/ Penjaga / Waris 1.9 Pengakuan Pendapatan 1.10 Salinan Penyata Gaji Bapa 1.11 Salinan Penyata Gaji Ibu 1.12 Salinan Penyata Gaji Penjaga 1.13 Surat Akuan Kesihatan Pelajar 1.14 Surat Kebenaran Bagi Rawatan Kesihatan 1.15 Surat Akuan Janji Pelajar 1.16 Bayaran Yuran Makan 1.17 Keperluan Kolej Kediaman (Lelaki/Perempuan) 1.18 Kod Etika Berpakaian 5