POLISI PEMBERIAN MAKLUMAT

dokumen-dokumen yang mirip
DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

POLISI DALAMAN PEMBERIAN MAKLUMAT INTERNAL WHISTLE BLOWER POLICY

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

Minerals Technologies Inc. Ringkasan Dasar Kelakuan Perniagaan. Kelakuan yang Sah dan Beretika Diperlukan pada Setiap Masa

National Bank of Abu Dhabi Menghormati Hak Maklumat Peribadi Anda (Notis menurut seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010)

Polisi Privasi Data Peribadi (September 2016) 1

1 of 5 PENYATAAN PRIVASI EDUCATE TO LEARN SDN BHD

Maklumat Am. Supaya dapat menyediakan bahan atau perkhidmatan kepada Kumpulan NSG, para pembekal dikehendaki mematuhi Kod Tatalaku ini.

Kod Tatakelakuan Korporat dan Dasar Etika

TUNTUTAN TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN

NSG Group Tata Kelakuan Pembekal

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

Polisi Privasi. Pengenalan

Amalan Dengan Ketekunan Wajar. 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar?

PIAGAM AUDIT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Ruj. Kami : 20684/135 (/? ) r it W November 2010

1.1 Dalam menyediakan perkhidmatan, kami akan mengumpulkan data daripada sumber-sumber berikut:-

Cognizant Technology Solutions Kenyataan Pemberi Maklumat dan Tiada Serangan Balas

Polisi Perlindungan Data Peribadi (Semakan 1 Jun 2017)

Hubungi institusi anda terlebih dahulu. Mendapatkan bantuan daripada BPK. Bagaimana saya dapat menghubungi BPK?

Dasar Privasi kami. Terakhir diubah suai: 12 Dis Ringkasan perubahan boleh dirujuk di bahagian bawah Dasar Privasi ini.

Tatakelakuan. Tatakelakuan berkenaan hubungan Syarikat dengan Pentadbiran Awam

Bank of America Malaysia Berhad Piagam Perkhidmatan Pelanggan

Jenis maklumat peribadi yang kami kumpulkan. Cara kami mengumpul maklumat peribadi anda. Cara kami menggunakan maklumat peribadi anda

Notis Data Peribadi dan Maklumat kepada individu

TERMA-TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA AUDIT

KOD ETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN KUMPULAN AIR SELANGOR SYABAS PNSBW KONSORTIUM ABASS KASB

DASAR PRIVASI. UiTM... Mengubah Destini Anak Bangsa

NOTIS PRIVASI MAKLUMAT PERIBADI UNTUK KAKITANGAN DAN CALON

Notis Privasi. Komitmen kami dalam memelihara privasi anda

Polisi Privasi Smiggle

GARIS PANDUAN PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL UNIVERSITI MALAYA

RANGKA KERJA AUDIT CUKAI (Pindaan 1/2018) Tarikh Kuat Kuasa: 1 April 2018

Kesetiaan kepada Syarikat

Kod etika perniagaan Disemak Februari 2016

Dasar Perlindungan Data Peribadi LTAT

Di Kumpulan CIMB, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang-undang Malaysia.

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA KEWAJIPAN MARUAH INTEGRITI

PANDUAN BUDAYA KERJA CEMERLANG PPKT. KAMPUS KEJURUTERAAN, USM Versi 3 (25 April 2017)

RANGKA KERJA AUDIT CUKAI PEGANGAN. LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA Tarikh kuatkuasa: 01 Ogos 2015

DASAR AKAUNTABILITI DAN KERAHSIAAN MAKLUMAT

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI DAN SENARAI PRINSIP NOTIS. Merujuk kepada seksyen 7 dan 6 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

RANGKA KERJA AUDIT CUKAI LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI (Pindaan 1/2017) MALAYSIA Tarikh kuat kuasa : 01 Mei 2017

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

HO HUP CONSTRUCTION COMPANY BERHAD (No. Syarikat W) NOTIS DAN DASAR PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Perilaku Beretika bagi Pembekal dan Orang Tengah: Tataetika Perniagaan Pembekal. Tataetika Perniagaan Pembekal Smiths

PUSAT PENGETAHUAN, KOMUNIKASI & TEKNOLOGI (PPKT) KAMPUS PULAU PINANG UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

TATAKELAKUAN PEMBEKAL GLOBAL AVON

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 NOTIS DAN PILIHAN

Soalan Lazim (FAQ) Panduan kepada Tatakelakuan Pengedar Parker Hannifin

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

Ranhill Holdings Berhad KENYATAAN PRIVASI

AKTA PERLINDUNGAN PERIBADI 2010 NOTIS DAN PILIHAN

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda.

Berurusan dengan Pengantara Takaful

OBJEKTIF UTAMA KAJI SELIDIK INI ADALAH UNTUK MENGUKUR TAHAP KEFAHAMAN DAN PENERIMAAN ANGGOTA PKNS TERHADAP SISTEM INTEGRITI KORPORAT PKNS.

Bagaimana saya dapat menghubungi BPK? Membuat aduan kepada Bank Negara Malaysia. Bagaimana saya dapat menghubungi BNMTELELINK dan BNMLINK?

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT 2010 [AKTA 711] NOR FADHILAH AHMAD Penasihat Undang-Undang Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang

DASAR PRIVASI DAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

NOTIS PRIVASI. Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( APDP ), kami dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda:

Polisi Employee Assistance Program (EAP) PROGRAM BANTUAN & SOKONGAN STAF (EAP)

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PEREKRUTAN

NOTIS PRIVASI PERUNDING UNIT AMANAH/PERUNDING PRS

UNIT PERSEKITARAN, KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN UTM

KOD ETIKA KANDUNGAN 1. PENGENALAN DAN DEFINISI. 2. PRINSIP TERAS Applus+ 3. KOD ETIKA Applus Pengenalan 1.2. Definisi

Terma-Terma dan Peraturan Pengurusan Kes (Peringkat Pertama)

RUJUKAN: UKM 3.6/224/3 Jld Oktober 2003 PEKELILING PENDAFTAR BIL. 9/2003

NOTIS PRIVASI. 1.4 Untuk tujuan-tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

2.0 PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2009

NOTIS PRIVASI. Di bawah PDPA, AmFIRST Real Estate Investment Trust ( AmFIRST REIT ) dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda seperti yang berikut:

Polisi Privasi UNTUK PENGETAHUAN PENGGUNA PENERANGAN DATA PERIBADI

PERNYATAAN PRIVASI INREACH

DASAR PENGURUSAN LAMAN WEB UNIVERSITI EDISI 2016

Permohonan Untuk Melantik/Melantik Semula Anggota Lembaga Koperasi

SEMAKAN SEMULA KOD ETIKA 2018

Standard Tanggungjawab untuk Pembekal

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

DASAR PENGURUSAN REKOD ARKIB ELEKTRONIK DAN

NOTIS & PILIHAN PENYATA PRINSIPAL AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

NOTIS PRIVASI. Untuk tujuan Notis ini:

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP13 : GARIS PANDUAN MENGENAI ETIKA CALON ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

Kempen Rebat Tunai RM1,000 Penyata-E CIMB Islamic Bank Terma-terma dan Syarat-syarat

DASAR PERKHIDMATAN SERVER

GARIS PANDUAN Pembangunan Laman Web Universiti Kebangsaan Malaysia

RANGKA KERJA AUDIT CUKAI. MALAYSIA Tarikh kuatkuasa: 01 Jun 2015

MANUAL RUJUKAN INSTITUSI KEWANGAN ISLAM KEPADA MAJLIS PENASIHAT SHARIAH

NOTIS PRIVASI. Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( APDP ), kami dikehendaki untuk memaklumkan anda:

AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 PROTOKOL PERLINDUNGAN DATA PERIBADI NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Notis Privasi. Komitmen Kami Terhadap Privasi Anda

PENYEMAKAN TATAETIKA 2015 [KAJIAN SEMULA 1]

SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2016 GARIS PANDUAN KAD KORPORAT PTJ (KKP) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Polisi dan Prosedur. Nama Polisi: Polisi dan Prosedur Pengurusan Senat. Nombor Polisi: UTM P.A. 01

NTPM HOLDINGS BERHAD ( U) POLISI DATA MAKLUMAT PERIBADI

NOTIS PRIVASI. informasi yang didapati secara bebas oleh Kumpulan dari sumber-sumber yang sah;

Perutusan daripada Stefan Karlen 3 Nilai etika Panalpina 4 Prestasi Integriti Profesionalisme Pengenalan Tatakelakuan 5 Perkara yang diharapkan

Transkripsi:

POLISI PEMBERIAN MAKLUMAT PENGENALAN Duopharma Biotech Berhad ( Duopharma/Syarikat ) beriltizam untuk beroperasi dengan integriti serta mematuhi undang-undang, peraturan-peraturan dan polisi-polisi terpakai. Adalah menjadi polisi dan amalan kami untuk mengekalkan standard etika yang tertinggi dan mewujudkan tempat kerja yang bebas daripada kelakuan tidak wajar atau menyalahi undang-undang. Walaubagaimanapun, kami akui bahawa mungkin ada ketikanya berlaku sesuatu di luar pengetahuan Syarikat atau Syarikat secara tidak sedar membenarkan kelakuan tidak beretika. Kami berpendapat bahawa budaya keterbukaan dan akauntabiliti perlu untuk mengelakkan daripada berlakunya situasi-situasi tersebut dan untuk menanganinya sekiranya ia berlaku. Pemberian maklumat ditakrifkan di bawah polisi ini sebagai suatu percubaan oleh kakitangan atau pihak berkepentingan (seperti pemegang saham/pelanggan/pembekal) mendedahkan melalui saluran-saluran yang diwujudkan, kebimbangan tulen berkenaan tingkah laku tidak beretika, amalan salah, tindakan menyalahi undang-undang, kegagalan untuk mematuhi kehendak regulatori atau apa-apa yang dipercayai menjadi suatu kesalahan yang dilakukan oleh kakitangan lain di dalam syarikat atau organisasi. Polisi ini adalah berlandaskan Seksyen 587 Akta Syarikat 2016 ( Akta ), yang bertujuan untuk mempertingkatkan tadbir urus korporat di Malaysia, dan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 yang mengandungi peruntukan-peruntukan melindungi Pegawai Syarikat/Pegawai Badan Awam yang membuat pendedahan berhubung dengan pelanggaran atau ketidakpatuhan mana-mana kehendak atau peruntukan Akta, atau apaapa kesalahan serius yang melibatkan penipuan dan ketidakjujuran. Polisi ini dirangka sebagai panduan bagi kakitangan dan pihak berkepentingan untuk melaporkan apa-apa salah laku yang disyaki, dan juga sebagai jaminan bahawa sesuatu pendedahan boleh dibuat dengan selamat. Dalam hal ini, polisi ini menjelaskan bahawa apa-apa kebimbangan boleh diketengahkan tanpa rasa takut terhadap apa-apa tindakan balas, penganiayaan, tuduhan, diskriminasi atau kerugian. Polisi ini menyediakan saluran rasmi untuk menggalakkan dan membolehkan kakitangan dan pihak berkepentingan untuk mengetengahkan kebimbangan yang serius tentang apa yang berlaku di dalam Syarikat, sejurusnya mengelakkan sikap tidak mengambil peduli atau perbuatan membuat tuduhan tanpa nama. m/s 1 dari 9

MATLAMAT DAN SKOP POLISI Polisi ini bertujuan untuk: Menggalakkan pemberi maklumat dan/atau wakil mereka untuk membuat pendedahan secara yakin, bagi menjaga kepentingan Syarikat terhadap salah laku serius yang disyaki, dan tanpa rasa takut terhadap tindakan balas atau penganiayaan, walaupun pendedahan tersebut tidak kemudiannya disahkan oleh suatu siasatan. Menyediakan saluran rasmi untuk kakitangan dan pihak berkepentingan mengetengahkan kebimbangan dan menerima maklumbalas tentang apa-apa tindakan yang diambil. Memastikan apabila sesuatu pendedahan itu didapati berasas, individu-individu yang melakukan salah laku serius tersebut ditangani sewajarnya. Memastikan bahawa kakitangan dan pihak berkepentingan menerima maklumbalas mengenai kebimbangan yang diketengahkan dan tahu bagaimana hendak menyuarakan kebimbangan mereka sekiranya tidak berpuas hati dengan maklumbalas yang diterima. Menyatakan bagaimana Syarikat akan menangani dan bertindak balas terhadap pendedahan. Polisi ini bertujuan untuk menangani kebimbangan serius tentang salahlaku, tidak terhad kepada yang berikut: Penyelewengan atau korupsi atau rasuah; Pecah amanah jenayah; Penggunaan aset/wang Syarikat yang tidak dibenarkan Kelakuan tidak beretika atau kelakuan tidak senonoh; Penyalahgunaan kedudukan untuk sesuatu yang tidak dibenarkan atau untuk keuntungan peribadi; Perbuatan yang menyalahi undang-undang; Apa-apa berbahaya kepada kesihatan atau keselamatan; Kerosakan terhadap alam (seperti pencemaran); atau Penyembunyian sengaja mana-mana perkara di atas atau salahlaku lain. m/s 2 dari 9

PENGECUALIAN Polisi ini tidak terpakai sekiranya terdapat polisi atau prosedur lain untuk menangani apa-apa kebimbangan yang diketengahkan. Khususnya, polisi ini bukan dirangka untuk: Mengetengahkan atau mempertimbangkan semula perkara-perkara di bawah polisi-polisi dalaman dan prosedur-prosedur sedia ada, contohnya Prosedur Aduan & Rungutan dan Polisi Anti-Gangguan Seksual; atau Untuk tuduhan yang tertakluk kepada skop polisi-polisi dan tatacara khusus (contohnya aduan & rungutan kakitangan berhubung dengan penggajian) yang kebiasaannya dirujuk untuk pertimbangan di bawah polisi-polisi dan prosedur berkenaan, melainkan pemberi maklumat mempunyai kepercayaan yang munasabah bahawa prosedur tersebut tidak diikuti atau tidak akan diikutii dengan berkesan, dan di dalam hal sebegitu peruntukan di bawah polisi ini adalah terpakai untuk tuduhan tersebut. PERLINDUNGAN DI BAWAH POLISI INI Setiap laporan pemberian maklumat hendaklah dibuat dengan jujur dan kepercayaan yang munasabah bahawa maklumat dan tuduhan yang dibuat adalah benar, Pengarah dan Pengurusan Syarikat berpegang kuat kepada polisi ini. Polisi ini memberi jaminan bahawa pemberi maklumat, sama ada kakitangan atau pihak berkepentingan Syarikat, tidak akan dikenakan tindakan menurut Seksyen 587 Akta Syarikat 2016 dan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010. Kakitangan akan diberi perlindungan daripada apa-apa tindakan balas dan imuniti daripada sebarang tindakan disiplin oleh pegawai atasannya atau ketua jabatannya atau mana-mana orang lain yang mempunyai kuasa ke atas pemberi maklumat di dalam pekerjaan beliau, tertakluk kepada: pendedahan dibuat dengan niat yang baik; kakitangan tersebut mempunyai kepercayaan yang munasabah bahawa sebahagian besar maklumat dan apa-apa tuduhan di dalam pendedahan yang dibuat adalah benar; dan kakitangan tersebut tidak bertindak untuk keuntungan atau agenda peribadi. m/s 3 dari 9

PERLINDUNGAN DI BAWAH POLISI INI (Bersambung) Kakitangan atau pihak berkepentingan yang mengetengahkan kebimbangan dengan niat baik, dan mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa mereka menjadi sasaran tindakan balas akibat daripada pendedahan yang dibuat di bawah Polisi ini, boleh merujuk kepada Ketua Audit Dalaman & Integriti Kumpulan ( Ketua ) atau Jawatankuasa Audit & Integriti ( JAI ). Ketua atau JAI hendaklah bertindak segera untuk menyiasat aduan tersebut. KERAHSIAAN Setiap kebimbangan akan dijaga kerahsiaannya dan segala usaha akan diambil untuk merahsiakan identiti kakitangan atau pihak berkepentingan tersebut sekiranya itu yang dimahukan. Walaubagaimanapun, ada ketikanya, identiti seseorang kakitangan atau pihak berkepentingan itu perlu didedahkan sekiranya beliau diperlukan sebagai saksi. Maklumat tentang tindakan yang diambil untuk menangani sesuatu kebimbangan itu akan diberikan kepada kakitangan atau pihak berkepentingan yang mengetengahkan kebimbangan tersebut, pada masa yang sesuai. TUDUHAN TIDAK BENAR Sekiranya seseorang kakitangan membuat tuduhan dengan niat baik yang tidak disahkan oleh siasatan seterusnya, tindakan tidak akan diambil terhadap kakitangan tersebut. Walaubagaimanapun, sekiranya seorang kakitangan membuat tuduhan yang remeh, berniat jahat atau untuk keuntungan peribadi, tindakan disiplin boleh diambil terhadap kakitangan tersebut. TUDUHAN TANPA NAMA Polisi ini menggalakkan kakitangan dan pihak berkepentingan untuk membuat tuduhan bernama. Ia mewujudkan saluran rasmi untuk kakitangan dan pihak berkepentingan menyuarakan kebimbangan mereka tanpa perlu takut dengan tindakan balas. m/s 4 dari 9

TUDUHAN TANPA NAMA (Bersambung) Oleh itu, dengan wujudnya polisi ini, Syarikat tidak menjangkakan kakitangan atau pihak berkepentingan untuk membuat tuduhan tanpa nama, dan Syarikat juga tidak perlu menangani apa-apa tuduhan tanpa nama. Walaubagaimanapun, Syarikat boleh memutuskan untuk menyiasat tuduhan tanpa nama setelah mempertimbangkan perkara-perkara yang berikut: keseriusan kebimbangan yang diketengahkan; kredibiliti kebimbangan tersebut; dan kemungkinan bahawa kebimbangan tersebut dapat disahkan oleh sumber-sumber yang sahih. CARA UNTUK MENGETENGAHKAN KEBIMBANGAN Seseorang kakitangan hendaklah mengetengahkan apa-apa kebimbangan kepada pegawai atasannya atau Ketua Jabatan. Walaubagaimanapun, kesesuaian sesuatu pihak untuk menerima pendedahan itu bergantung juga kepada isu-isu terkandung dan individu yang dituduh melakukan kesalahan tersebut. Oleh itu, jika kakitangan atau pihak berkepentingan tersebut cenderung, beliau boleh menggunapakai mana-mana mekanisma yang berikut: (i) Secara Bertulis Alamat Surat Menyurat: Suite 18.06, Level 18, Kenanga International No. 26, Jalan Sultan Ismail 50250, Kuala Lumpur, Malaysia. Untuk Perhatian: Ketua Audit Dalaman & Integriti Kumpulan (tandakan, Sulit untuk dibuka oleh penerima sahaja ) (ii) Emel Alamat Emel: speakuppharma@gmail.com (iii) Talian Nombor untuk dihubungi: +6017 294 1094 Hari/Waktu Beroperasi : Isnin hingga Jumaat / 8.30am hingga 5.30pm m/s 5 dari 9

CARA UNTUK MENGETENGAHKAN KEBIMBANGAN (Bersambung) (iv) Khidmat Pesanan Ringkas( SMS ) Nombor untuk dihubungi: +6017 294 1094 Hari/Waktu Beroperasi: Isnin hingga Jumaat / 8.30am hingga 5.30pm (v) Borang Laman Web Terjamin Alamat Laman Web: http://duopharmabiotech.com/about-us/whistle-blowing-policy/ccmduopharma-whistle-blowing-speak-up-pharma/ Laporan tersebut hendaklah mengandungi maklumat berikut Jenis salah laku atau kesalahan; Nama individu-individu yang terlibat; Masa, tempat dan tarikh salah laku atau kesalahan tersebut berlaku; Bagaimana salah laku atau kesalahan tersebut dilakukan; Lain-lain saksi kepada salah laku atau kesalahan; Dokumen-dokumen atau bukti yang tersedia; Sebab mengapa mereka bimbang tentang situasi tersebut. Kakitangan atau pihak berkepentingan digalakkan untuk mengemukakan sebarang kebimbangan pada kesempatan yang terawal, dan dialu-alukan untuk berbincang dengan mana-mana pihak tentang kebimbangan tersebut secara tertutup terlebih dahulu. Walaupun kakitangan atau pihak berkepentingan tidak perlu membuktikan tuduhan yang dibuat, mereka perlu menunjukkan kepada pihak yang dihubungi bahawa kebimbangan mereka adalah berasas. TINDAK BALAS OLEH SYARIKAT Setiap laporan yang diterima akan dikaji oleh Ketua Audit Dalaman & Integriti Kumpulan, dan seterusnya dibincangkan bersama Jawatankuasa Audit & Integriti dan/atau Ketua Pengarah Kumpulan untuk menentukan tindakan susulan yang wajar. Tindakan yang diambil oleh Syarikat bergantung kepada kebimbangan tersebut. Sesetengah kebimbangan mungkin/akan diselesaikan dengan tindakan yang dipersetujui tanpa perlu melakukan siasatan. Tindakan segera boleh diambil sebelum siasatan dijalankan, sekiranya perlu. m/s 6 dari 9

TINDAK BALAS OLEH SYARIKAT (Bersambung) Setiap laporan yang diterima akan dikaji oleh Ketua Audit Dalaman & Integriti Kumpulan, dan seterusnya dibincangkan bersama Jawatankuasa Audit & Integriti dan/atau Ketua Pengarah Kumpulan untuk menentukan tindakan susulan yang wajar. Tindakan yang diambil oleh Syarikat bergantung kepada kebimbangan tersebut. Sesetengah kebimbangan mungkin/akan diselesaikan dengan tindakan yang dipersetujui tanpa perlu melakukan siasatan. Tindakan segera boleh diambil sebelum siasatan dijalankan, sekiranya perlu. Ketua Audit Dalaman & Integriti Kumpulan akan menghubungi kakitangan atau pihak berkepentingan yang mengetengahkan kebimbangan tersebut dalam masa 10 hari bekerja untuk: memperakukan bahawa Syarikat telah menerima tuduhan tersebut; menjelaskan bagaimana Syarikat akan mengendalikan hal tersebut; dan menerangkan tentang sokongan yang tersedia untuk pihak yang mengetengahkan kebimbangan tersebut. Syarikat bersetuju bahawa kakitangan atau pihak berkepentingan yang mengetengahkan kebimbangan itu memerlukan jaminan bahawa hal tersebut telah ditangani dengan baik. Oleh itu, kakitangan yang mengetengahkan kebimbangan tersebut akan diberi maklumat secukupnya tentang hasil siasatan yang dilakukan, tertakluk kepada batasan undangundang. Syarikat akan mengambil langkah untuk mengurangkan kesulitan yang mungkin dihadapi oleh kakitangan akibat daripada mengetengahkan kebimbangan. Contohnya, jika seorang kakitangan diperlukan untuk memberi keterangan di dalam prosiding jenayah atau disiplin, Syarikat akan mengaturkan supaya kakitangan tersebut mendapat nasihat/sokongan tentang prosedur berkaitan. m/s 7 dari 9

MEMBAWA PERKARA KE TAHAP YANG LEBIH LANJUT Polisi ini bertujuan untuk menyediakan saluran rasmi di dalam Syarikat untuk kakitangan mengetengahkan kebimbangan. Syarikat berharap kakitangan dan pihak berkepentingan akan berpuashati dengan apa-apa tindakan yang diambil. Sekiraya mereka tidak berpuas hati, dan sekiranya mereka merasakan perlu untuk perkara tersebut dibawa kepada pihak luar, pihak-pihak berikut boleh dihubungi: Pengerusi Duopharma Biotech Berhad; Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia; atau Badan regulatori berkuasa yang berkenaan. Sekiranya kakitangan membawa hal tersebut kepada pihak luar, mereka perlu memastikan maklumat sulit tidak didedahkan. Polisi ini menggalakkan kakitangan untuk memeriksa dengan pihak-pihak di atas terlebih dahulu sebelum terus mengambil tindakan. PEMANTAUAN POLISI Syarikat akan menyimpan rekod setiap perkara yang diketengahkan menerusi Polisi Pemberian Maklumat ini bagi tujuan penilaian berhubung dengan keberkesanan polisi ini dan sebarang kemunculan pola. Ketua Audit Dalaman & Integriti Kumpulan bertanggungjawab untuk membuat penilaian rasmi tentang keberkesanan polisi ini dan sebarang kemunculan pola, dan seterusnya melaporkannya kepada Jawatankuasa Audit & Integriti dan Pengarah Urusan Kumpulan. Ketua Pengarah Urusan Kumpulan bertanggungjawab secara menyeluruhnya ke atas Polisi Pemberian Maklumat ini. m/s 8 dari 9

CARTA ALIRAN PENERIMAAN LAPORAN Pendedahan Diterima Pengakuan Penerimaan Dalam masa 2 hari bekerja Maklumat lanjut mungkin diminta. Proses tidak akan dilanjutkan selagi maklumat yang diperlukan tidak diterima untuk membuat keputusan. Keputusan: Pendedahan/laporan yang tertakluk di bawah polisi ini atau polisi atau prosedur lain yang tersedia (Tidak kurang daripada 10 hari bekerja selepas pengakuan penerimaan atau penerimaan maklumat lanjutan) Jika pendedahan jatuh di luar polisi ini Pemberi Maklumat akan dinasihatkan dan kebimbangan akan disalurkan kepada polisi yang sewajarnya dan Pengurus yang bertanggungjawab. Pemberitahuan kepada Pengerusi JAI bagi kes yang melibatkan Pengurusan Kanan Jika pendedahan/laporan tertakluk di bawah polisi ini: Penyiasat akan dilantik pada kesempatan terawal. Pemberi Maklumat dihubungi dan dinasihatkan tidak kurang daripada 21 hari bekerja selepas siasatan dimulakan. Pemberi Maklumat akan diberi maklumat terkini tentang kemajuan siasatan dan akan dinasihatkan tentang hasil siasatan sewajarnya. Hasil siasatan akan dimaklumkan atau dikemukakan kepada Jawatankuasa Audit & Integriti. m/s 9 dari 9