PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN ALUMNI UNDANG-UNDANG UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM)(BARU) (PPM )

dokumen-dokumen yang mirip
PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN ALUMNI PELATIH JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA(JPSM) NEGERI SABAH

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PESARA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI, SELANGOR

PERLEMBAGAAN PERSATUAN ALUMNI KOLEJ MATRIKULASI YAYASAN SAAD, LEMBAH BERINGIN, SELANGOR, MALAYSIA (AKMATYS)

PERTUBUHAN PERKUBURAN ORANG RAMAI, KUALA LUMPUR DAN SELANGOR. PERTUBUHAN PERKUBURAN ORANG RAMAI, KUALA LUMPUR DAN SELANGOR.

PERLEMBAGAAN Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas... Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK KELAB PACUAN EMPAT RODA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS 4WDVC)

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN BEKAS PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AYER HITAM BATCH 84 (ALUMNI SMAH 84)

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN PEMBANGUNAN PENYELIDIKAN DAN DASAR PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK UTAMA KAJANG SELANGOR\R\N PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK UTAMA KAJANG SELANGOR\R\N

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN SPINAL MALAYSIA

UNDANG-UNDANG PERSATUAN CAPAIAN MAKLUMAT DAN PENGURUSAN PENGETAHUAN (PECAMP) MALAYSIA

UNDANG-UNDANG BAGI PERTUBUHAN. Kelab Sukan Dan Rekreasi UniKL RCMP Ipoh Perak

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN IXORA, BANDAR BARU SALAK TINGGI, SEPANG, SELANGOR (2008)

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN BELIMBING SETIA DURIAN TUNGGAL, MELAKA

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNIVERSITI TENAGA NASIONAL ALUMNI ASSOCIATION)

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK SAUJANA (TPS) KAJANG SEKSYEN 5

PERLEMBAGAAN BAGI KELAB PENYOKONG LIVERPOOL FC SABAH (THE LIVERPOOL FC SUPPORTERS CLUB OF SABAH)

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PENOLONG AKAUNTAN JANM (PERPENA) PERSATUAN PENOLONG AKAUNTAN JANM (PERPENA)

Contoh undang-undang ini menepati kehendak Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) dan disebarkan untuk tujuan pendidikan semata-mata.

PERLEMBAGAAN BAGI KELAB JURURAWAT PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA KELAB JURURAWAT PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN PENDUDUK PETALING JAYA 2017 (MYPJ) PERSATUAN PENDUDUK PETALING JAYA 2017 (MYPJ)

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN ADVOKASI KESIHATAN KANSER MALAYSIA (TOGETHER AGAINST CANCER ASSOCIATION MALAYSIA (TAC))

Perlembagaan Persatuan Linguistik Malaysia

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL BUKAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

UNDANG-UNDANG PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI LANGAT JAYA (PPPLJ) CHERAS, SELANGOR DARUL EHSAN.

UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN PENGANUT DEWA SI THIAN KONG, KUALA PILAH, N.S.

1. Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ini ialah:

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN PERKHIDMATAN DIALISIS SWASTA MALAYSIA (ASSOCIATION OF PRIVATE KIDNEY CARE PROVIDERS OF MALAYSIA)

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN MURID-MURID TUA SEROLAH CHUNG TUCK KAMPONG SIMEE, IPOH, PERAK.

PERLEMBAGAAN BAGI MAJLIS AKRAB KEBANGSAAN MAJLIS AKRAB KEBANGSAAN

PERLEMBAGAAN PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (UNIVERSITI SAINS MALAYSIA ALUMNI ASSOCIATION)

UNDANG-UNDANG BAGI PERTUBUHAN PERSATUAN ORANG PEKAK ISLAM MALAYSIA MALAYSIAN DEAF MUSLIM ASSOCIATION 1

UNIT KOMUNIKASI BENCANA TERENGGANU

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN SEL PERUBATAN MALAYSIA (MALAYSIA ASSOCIATION FOR CELL THERAPY)

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI TAMAN PUNCAK KINRARA TKK 2/3, PUCHONG, SELANGOR

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN ALUMNI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AYER HITAM KELAS , AYER HITAM, JOHOR

PERSATUAN PEDAGANG SARANG BURUNG MALAYSIA UNDANG-UNDANG BAGI PERSEKUTUAN

8 DISEMBER 2013 (Ahad) Nur Lembah Bestari, Training & Eco Resort Hutan Lipur Sungai Tua, Jalan Ulu Yam Baru, Batu Caves, Selangor

(1) Alamat dan tempat urusan Pertubuhan ialah. Ibu Pejabat KDCA Hongkod, Jalan Penampang, Peti Surat 907, Penampang, Sabah.

PERLEMBAGAAN PERSATUAN KAKITANGAN POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH (PKPK)

UNDANG UNDANG BAGI PERTUBUHAN PERSATUAN SENIFOTO PETALING JAYA

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN ALUMNI PROGRAM PERSAHABATAN ASEAN-JEPUN ABAD KE 21 MALAYSIA

PERLEMBAGAAN PERSATUAN SISWAZAH WANITA MALAYSIA (Pindaan 2016)

PERLEMBAGAAN BADAN KHAIRAT KELANA JAYA, SELANGOR

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEMBIMBING IBU MENYUSU MALAYSIA

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEGAWAI EKSEKUTIF HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (NO PPM WKL 0296/08) & NO PPP WKL0023/08)

PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (PAUPM) KANDUNGAN FASAL PERKARA MUKASURAT PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

Perlembagaan Kelab Sukan & Rekreasi ELTC

PERLEMBAGAAN INSTITUSI PEMBANGUNAN FELO UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERLEMBAGAAN PERSATUAN SAINS ANALISIS MALAYSIA (MALAYSIAN ANALYTICAL SCIENCES SOCIETY) No. Pendaftaran: 5269/93 (Selangor)

(2) Selepas ini disebut Persatuan.

PERLEMBAGAAN PERSATUAN WANITA BUMIPUTERA DALAM PERNIAGAAN DAN PROFESYEN, MALAYSIA

PERMOHONANPENUBUHAN PERSATUAN/KELAB PELAJAR

(Logo Kelab) Kelab Catur UNISEL. Kertas kerja Perlembagaan Kelab Catur UNISEL (KECAS UNISEL) Kampus Shah Alam. Disediakan Oleh:

UNDANG-UNDANG TUBUH BADAN KHAIRAT KEMATIAN MASJID AL-FAIZIN DESA JAYA-TAMAN EHSAN BAGI

KELAB SUKAN BANK RAKYAT (KEBARA) NO. PENDAFTARAN 1939 (SELANGOR) 30HB. NOVEMBER, 1976.

UNDANG PEMBINA (PERSATUAN BELIA ISLAM NASIONAL)

UNDANG-UNDANG TUBUH PERTUBUHAN KERABAT D RAJA KELANTAN AL-MUHAMMADI

BADAN KHAIRAT KEMATIAN KARIAH SURAU AT-TAQWA BUKIT BANDARAYA, SEKSYEN U11, SHAH ALAM, SELANGOR

5.1 Mewujudkan dan menjalinkan perhubungan, kerjasama dan perpaduan di kalangan Juruteknologis Makmal Universiti Malaya.

PERATURAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN, MESYUARAT AGUNG KHAS DAN MESYUARAT JAWATANKUASA

PERLEMBAGAAN BAGI MAJLIS PENGASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK MALAYSIA

CONTOH PERLEMBAGAAN BADAN SUKAN PERINGKAT KEBANGSAAN

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

PERUNDANGAN PERLEMBAGAAN PERDASAMA (Pindaan 12 November 2016)

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENGUBATAN ISLAM

FASAL 1 NAMA FASAL 2 TEMPAT URUSAN FASAL 3 TUJUAN/MATLAMAT FASAL 4 KEAHLIAN FASAL 5 PERBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI FASAL 6 SUMBER KEWANGAN

ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN. mercantile

TABUNG KEBAJIKAN KESATUAN KEBANGSAAN WARTAWAN SEMENANJUNG MALAYSIA

Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran.

4. Wilayah Kegiatan Kegiatan PSM meliputi seluruh Malaysia. 5. Bidang Aktiviti PSM tidak boleh melibatkan diri dalam politik.

PERLEMBAGAAN BADAN KHAIRAT KEMATIAN BANDAR TUN HUSSEIN ONN

PERUNDANGAN PERLEMBAGAAN PERDASAMA (PINDAAN 10 DISEMBER 2017)

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

NORAFFENDY B. ABD. KHALID JPPN SELANGOR

PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG) MAAHAD/ SEKOLAH MENENGAH UGAMA (ARAB) YAYASAN ISLAM KELANTAN

mesyuarat agung perwakilan diadakan. Sebarang usul tergempar tidak dibenarkan.

(6) Rekod-rekod ini boleh diperiksa oleh anggota pada bila-bila masa mengikut syarat-syarat pemeriksaan yang ditetapkan oleh Lembaga.

Warna biru adalah melambangkan kehormatan, ketahanan, kemajuan dan daya saing.

UNDANG-UNDANG PERSATUAN KHAIRAT KEMATIAN TAMAN SAMUDRA MITRA DAN DELPHINA BATU CAVES, SELANGOR

SENARAI SEMAK MAKLUMAT YANG DIBERIKAN OLEH PERTUBUHAN BELIA BERDAFTAR SEKSYEN 22 AKTA ) Borang PPB 09-2 salinan

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERTUBUHAN DOKTOR-DOKTOR ISLAM MALAYSIA (PERDIM) PERTUBUHAN DOKTOR-DOKTOR ISLAM MALAYSIA (PERDIM)

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK BERCAWANGAN PERSATUAN PEGAWAI KANAN KASTAM MALAYSIA PERSATUAN PEGAWAI KANAN KASTAM MALAYSIA

PARTI SOSIALIS MALAYSIA (BARU) SOCIALIST PARTY OF MALAYSIA

(2) Tugas pengerusi menurut perenggan (a) dan (b) fasal (1), boleh diamanahkan kepada naib pengerusi atau mana-mana anggota Lembaga, jika perlu.

perlembagaan harakah islamiah hikmah no pendaftaran : 11/69 (sarawak) PPM

BUKU PANDUAN PERLEMBAGAAN BADAN KEBAJIKAN PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (CICT) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERLEMBAGAAN PERSATUAN/ KELAB: 1.1 Nama pertubuhan ini ialah *Persatuan/Kelab. 1.2 Nama ringkas persatuan/kelab ini ialah UPM

PERLEMBAGAAN KELAB SUKAN, SOSIAL DAN KEBAJIKAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (KSSKA)

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

KANDUNGAN PERLEMBAGAAN (PAKAT) UKM

PROFIL AUDIT DALAM SECARA RINGKAS. Audit Dalam USM ditubuhkan pada tahun 1982

BAHAGIAN I PERMULAAN. (1) Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil Koperasi Tenaga Nasional Berhad.

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

2.1 Warna Persatuan ini ialah Merah, Biru dan Putih.

PERLEMBAGAAN Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air

KELAB SUKAN DAN REKREASI VETERINAR FAKULTI PERUBATAN VETERINAR BUKU PANDUAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

BAB PERTAMA: MAKLUMAT ASAS PERUBATAN

Transkripsi:

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN ALUMNI UNDANG-UNDANG UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM)(BARU) (PPM-028-10-01082018) FASAL 1 NAMA (1) Pertubuhan ini dikenali dengan nama PERSATUAN ALUMNI UNDANG-UNDANG UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM)(BARU) Selepas ini disebut "Pertubuhan". (2) Takrif Nama : Undang-Undang melambangkan Fakulti Undang-Undang (FUU) Universiti Teknologi MARA. (3) Taraf Pertubuhan : Lain-lain FASAL 2 TEMPAT URUSAN 1. Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ialah FAKULTI UNDANG-UNDANG UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA 40450 SHAH ALAM SELANGOR dan alamat untuk surat-menyurat adalah FAKULTI UNDANG-UNDANG UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA 40450 SHAH ALAM SELANGOR atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa; 2. Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Pertubuhan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu. FASAL 3 TUJUAN/MATLAMAT Objektif Persatuan Alumni ialah: 3.1 Menggalakkan interaksi dan memupuk semangat dalam silaturahim dan 1

kebersamaan dalam kalangan ahli serta warga UiTM; melalui pelbagai program bersama untuk memperkasakan bidang undang-undang. 3.2 Menyertai secara aktif dalam pembangunan intelektual di UiTM melalui program seperti persidangan, seminar, penulisan dan penyelidikan; 3.3 Membentuk nilai-nilai murni dalam kalangan ahlinya agar dapat menyumbang bakti dan jasa kepada universiti dan masyarakat; 3.4 Membantu UiTM dalam pembentukan modal insan yang berkualiti di dalam bidang undang-undang; 3.5 Membantu ahli dan alumni dalam perkembangan profesion di bidang undangundang; 3.6 Mempromosikan kebajikan dan kepentingan Alumni dan UiTM; 3.7 Menggalakkan a spirit of fraternity dan perasaan kekitaan dalam kalangan Alumni melalui perhubungan rapat untuk faedah bersama; 3.8 Membantu pihak fakulti serta universiti dalam membudayakan semangat kebersamaan di antara pihak fakulti dan universiti serta alumni dan masyarakat; 3.9 Menggalakkan pembangunan dan kemajuan yang berterusan dalam kalangan Alumni; 3.10 Menggalakkan penglibatan semua ahli dalam aktiviti yang dijalankan oleh persatuan dan fakulti; dan 3.11 Merancang dan mengadakan aktiviti khidmat komuniti. FASAL 4 KEAHLIAN Semua graduan Pengajian Undang-Undang berhak untuk menjadi ahli Persatuan Alumni Undang-Undang Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan membuat permohonan, dengan mengisi borang pendaftaran yang telah disediakan. 4.1 Kriteria keahlian pertubuhan adalah seperti berikut; a) Ahli Biasa Ditakrifkan sebagai seorang rakyat Malaysia, berumur tidak kurang dari 18 tahun ketika mendaftar sebagai ahli, membayar yuran pendaftaran, yuran keahlian serta sebarang yuran yang dikenakan (sekiranya ada) yang telah dipersetujui oleh Mesyuarat Agung, dan hendaklah merupakan bekas pelajar atau pelajar yang pernah berdaftar dan pernah diberikan nombor pelajar/matrik di Institut Teknologi 2

MARA atau Universiti Teknologi MARA di bawah bidang Pengajian Undang- Undang. Ahli biasa mempunyai hak untuk bertanding dalam pemilihan Alumni untuk dicalonkan, mencadangkan seseorang calon, mengundi dalam pemilihan Alumni semasa Mesyuarat Agung tahunan kecuali Ahli bersekutu tidak mempunyai hakhak tersebut. b) Ahli Bersekutu Ditakrifkan sebagai seorang yang berumur tidak kurang dari 18 tahun ketika mendaftar sebagai ahli, tidak memenuhi kriteria sebagai ahli biasa dan membayar yuran pendaftaran, yuran keahlian serta sebarang yuran yang dikenakan (sekiranya ada) yang telah dipersetujui oleh Mesyuarat Agung; c) Ahli Kehormat Ditakrifkan sebagai warganegara Malaysia yang berjasa kepada fakulti, universiti dan masyarakat dan keahliannya ditentukan oleh Jawatankuasa serta terkecuali dari dikenakan sebarang yuran. d) Keistimewaan ahli Semua ahli layak menggunakan kemudahan yang tersedia di Alumni dan keistimewaan lain yang mungkin diberikan oleh Alumni. 4.2 Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah disokong oleh ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk dipertimbangkan. Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab. 4.3 Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran pertama seperti yang ditetapkan hendaklah diterima menjadi ahli Pertubuhan dan hendaklah ia sebagai ahli. FASAL 5 PERBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI 5.1 Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan hendaklah memberi kenyataan bertulis dua (2) minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan segala hutangnya. 5.2 Mana-mana ahli yang gagal mematuhi aturan Alumni atau telah bertindak dalam satu cara yang boleh menjejaskan nama Alumni, keahliannya boleh digugurkan atau digantung bagi suatu tempoh masa yang akan ditetapkan oleh jawatankuasa pengelola sebelum Jawatankuasa pengelola bertindak menggugurkan atau menggantung keahlian seseorang ahli, ahli yang berkenaan hendaklah dimaklumni secara bertulis tentang tindakan tersebut, dan dia diberi peluang untuk memberi penjelasan atau membela dirinya. Pengguguran atau 3

penggantungan keahlian yang sedemikian hendaklah dikuatkuasakan kecuali mendapat bantahan dalam Mesyuarat Agung berdasarkan rayuan ahli berkenaan. 5.3 Yuran keahlian juga tidak akan dikembalikan apabila pemecatan berlaku kepada ahli. FASAL 6 SUMBER KEWANGAN 6.1 Sumber kewangan pertubuhan ini adalah terdiri daripada : 6.1.1 Yuran Pendaftaran: RM 10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja); dan; 6.1.2 Yuran Seumur Hidup ditetapkan: RM 100.00 (Ringgit Malaysia Seratus Sahaja). Yuran tahunan ditetapkan: RM 30.00 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh Sahaja). 6.2 Yuran perlu dijelaskan semasa permohonan ahli. 6.3 Jawatankuasa berhak memberi pengecualian kutipan yuran terhadap manamana pemohon dan berhak memberi penangguhan kutipan yuran terhadap manamana ahli atas sebab yang munasabah. 6.4 Jawatankuasa hendaklah mengeluarkan pekeliling bagi maksud keputusan seperti di Fasal 6.3 dan pekeliling tersebut berserta justifikasi hendaklah dimaklum kepada ahli di dalam Mesyuarat Agung Tahunan akan datang. 6.5 Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih dari satu (1) tahun akan menerima surat peringatan yang ditandatangan oleh atau wakil Setiausaha, dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan. 6.6 Ahli yang membiarkan hutangnya lebih dari dua (2) tahun dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu. 6.7 Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang. 6.8 Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran. 6.9 Sumbangan dan kegiatan ekonomi : 6.9.1 Pertubuhan ini dibenarkan untuk menerima sumbangan dalam bentuk wang dan barangan; 4

6.9.2 Sumbangan berbentuk wang hendaklah diisytihar dengan jelas dan tepat dalam Penyata Tahunan pertubuhan; 6.9.3 Pertubuhan ini boleh menjalankan kegiatan ekonomi seperti menjual, membeli, melabur, menyewa, memiliki harta alih dan tidak alih, serta lain-lain kegiatan ekonomi. FASAL 7 MESYUARAT AGUNG 7.1 Pengelolaan Pertubuhan ini terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli. Sekurang-kurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali jumlah ahli Jawatankuasa, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam mesyuarat agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat. 7.2 Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa; dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat yang telah ditangguhkan itu, maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa meminda perlembagaan pertubuhan. 7.3 Mesyuarat Agung Tahunan bagi Pertubuhan hendaklah diadakan dalam tempoh dua belas (12) bulan daripada tarikh Mesyuarat Agung Tahunan terakhir pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Agenda Mesyuarat Agung Tahunan adalah : 7.3.1 mempertimbangkan pembentangan Jawatankuasa berkenaan aktiviti pertubuhan yang lalu; 7.3.2 mempertimbangkan laporan Bendahari dan penyata tahunan kewangan yang telah diaudit; 7.3.3 memilih ahli-ahli Jawatankuasa dan melantik Juruaudit (jika berkenaan); 7.3.4 menguruskan perkara-perkara lain yang akan dibentangkan di dalam mesyuarat itu. 7.4 Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya lima belas (15) hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan satu agenda mesyuarat termasuk salinan minit mesyuarat dan laporan aktiviti tahunan serta penyata kira-kira Pertubuhan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan dokumendokumen ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan Pertubuhan. 7.5 Mesyuarat Agung Khas bagi pertubuhan ini boleh diadakan : 5

7.5.1 bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa; atau 7.5.2 atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang dari satu perlima (1/5) dari jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya. Permintaan ini hendaklah dihantar kepada Setiausaha Pertubuhan. 7.6 Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu. 7.7 Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli-ahli sekurang-kurangnya empat belas (14) hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat. 7.8 Fasal 7.1 dan 7.2 di dalam perlembagaan ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan terpakai untuk Mesyuarat Agung Khas,tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli itu, maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa enam (6) bulan dari tarikh ini, Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan. 7.9 Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan minit Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas dalam tempoh tiga (3) bulan setelah selesainya mesyuarat itu. FASAL 8 JAWATANKUASA 8.1 Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai Pertubuhan hendaklah dipilih setiap dua (2) tahun di dalam Mesyuarat Agung Tahunan : 8.1.1 Seorang Pengerusi; 8.1.2 Seorang Naib Pengerusi; 8.1.3 Seorang Setiausaha; 8.1.4 Seorang Bendahari; 8.1.5 Tidak lebih Enam orang Ahli Jawatankuasa (AJK). 8.2 Pemegang-pemegang jawatan Pertubuhan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas eksekutif dalam Pertubuhan ini hendaklah terdiri dari Warganegara Malaysia. 8.3 Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan serta disokong dan pemilihan akan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di 6

dalam Mesyuarat Agung Tahunan mengikut proses yang akan ditentukan oleh Jawatankuasa. Semua pegawai boleh dipilih semula setiap dua (2) tahun. 8.4 Ahli Bersekutu pertubuhan adalah layak mengundi namun tidak layak memegang sebarang jawatan di dalam Jawatankuasa. 8.5 Fungsi Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Pertubuhan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Pertubuhan mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh mesyuarat agung. Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan mesyuarat agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan mesyuarat agung. Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya dalam tahun yang lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung. 8.6 Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya empat (4) kali dalam setahun. Notis bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli Jawatankuasa selewat-lewatnya tujuh (7) hari sebelum mesyuarat. Pengerusi dengan bersendirian atau tidak kurang daripada empat (4) orang ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah (1/2) daripada bilangan ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat. 8.7 Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka Setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan dari ahli-ahli Jawatankuasa secara pengedaran surat pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa: 8.7.1 Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa; 8.7.2 Sekurang-kurangnya lebih separuh (1/2) daripada bilangan jumlah ahli Jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap itu; dan 8.7.3 Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak. Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada mesyuarat Jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan dicatitkan dalam minit. 8.8 Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat Jawatankuasa tiga (3) kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan. 8.9 Jika seorang ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon yang kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa 7

melantik ahli yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung Tahunan diadakan. 8.10 Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan pegawaipegawai lain untuk menjalankan urusan Pertubuhan, dan melantik pengurus dan kakitangan yang difikirkan mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa, atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Pertubuhan. 8.11 Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa Kecil jika difikirkan mustahak dan memberikan kewajipan khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa. 8.12 Jawatankuasa yang lama hendaklah menyerahkan semua dokumen Pertubuhan seperti sijil pendaftaran, perlembagaan berdaftar, salinan Penyata Tahunan, surat- surat maklumbalas, buku-buku akaun, buku bank, cek dan resit, geran-geran tanah, senarai aset dan sebagainya kepada Jawatankuasa baru. FASAL 9 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI 9.1 Kewajipan-kewajipan Pengerusi : 9.1.1 Bertanggungjawab sebagai ketua eksekutif pengurusan pertubuhan dan hendaklah bertanggungjawab menjaga kesempurnaan perjalanan pertubuhan; 9.1.2 Melantik ahli-ahli Jawatankuasa Kecil mengikut Fasal 8.11 ; 9.1.3 Memanggil dan mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan mesyuarat; 9.1.4 Mempengerusikan semua mesyuarat agung dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan mesyuarat; 9.1.5 Di dalam mempengerusikan mana-mana mesyuarat, ia mempunyai undi terakhir sebagai pemutus dan hendaklah ia menandatangani minit mesyuarat bila ia diluluskan. 9.2 Kewajipan-kewajipan Naib Pengerusi : 9.2.1 Membantu tugas-tugas Pengerusi; 9.2.2 Memangku jawatan Pengerusi semasa ketiadaannya. 9.3 Kewajipan-kewajipan Setiausaha : 9.3.1 Bertanggungjawab kepada Pengerusi; 8

9.3.2 Bertanggungjawab atas kesempurnaan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa dan mesyuarat agung; 9.3.3 Menjalankan kerja pentadbiran Pertubuhan mengikut perlembagaan; 9.3.4 Menjalankan semua perintah mesyuarat agung dan jawatankuasa; 9.3.5 Mengendalikan urusan surat-menyurat dan menyimpan semua rekod dan dokumen Pertubuhan, kecuali buku-buku akaun dan dokumen kewangan; 9.3.6 Menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi maklumat terperinci ahli mengikut kategori seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat rumah kediaman tiap-tiap ahli; 9.3.7 Hadir dalam semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat. 9.4 Kewajipan-kewajipan Bendahari : 9.4.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Pertubuhan; 9.4.2 Menyediakan penyata kewangan Pertubuhan untuk diperiksa oleh Juruaudit yang telah dilantik dan hendaklah bertanggungjawab ke atas ketepatan penyata kewangan tersebut; 9.4.3 Menyediakan anggaran pendapatan dan perbelanjaan tahunan kepada Jawatankuasa; 9.4.4 Membentangkan penyata kewangan yang telah diperiksa dan disahkan oleh Juruaudit kepada Jawatankuasa dan mesyuarat agung; 9.4.5 Memaklumkan kepada Jawatankuasa kedudukan harta benda milik Pertubuhan sekurang-kurangnya satu (1) kali setahun. 9.6 Kewajipan-kewajipan Ahli Jawatankuasa (AJK) : 9.6.1 Berperanan sebagai ahli Jawatankuasa Pertubuhan; 9.6.2 Membantu Jawatankuasa dalam menjalankan tugas yang diarahkan olehnya. FASAL 10 KEWANGAN FASAL 10 : KEWANGAN 10.1 Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam perlembagaan ini wang Pertubuhan ini boleh digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah bagi 9

menjalankan tujuan-tujuan Pertubuhan, termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji,biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah juruaudit. 10.2 Bendahari dibenarkan menyimpan wang tunai tidak lebih daripada RM 2,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Ribu Sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang lebih dari jumlah itu mestilah dalam tempoh tujuh (7) hari dimasukkan ke dalam akaun bank atas nama Pertubuhan. 10.3 Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari akaun Pertubuhan hendaklah ditandatangani bersama oleh Pengerusi, Setiausaha Agung dan Bendahari Kehormat. Walaubagaimanapun, Jawatankuasa berhak melantik sesiapa antara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau pengeluaran wang Pertubuhan semasa ketiadaan mana-mana penandatangan tersebut. 10.4 Perbelanjaan RM 2,000 (Ringgit Malaysia Dua Ribu Sahaja) dan ke bawah bagi sesuatu masa boleh diluluskan bersama oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari. Perbelanjaan yang lebih daripada RM 2,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa, dan perbelanjaan yang lebih daripada RM 50,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran mesyuarat agung terlebih dahulu. 10.5 Penyata kewangan bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Juruaudit yang dilantik di bawah Fasal 11 perlembagaan ini dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kewangan yang telah diaudit itu hendaklah diedarkan untuk makluman ahli-ahli dan dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut. Setiap salinan tersebut hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di tempat urusan Pertubuhan. 10.6 Tahun kewangan Pertubuhan ini hendaklah bagi tempoh dua belas (12) bulan iaitu bermula dari 1 Januari. FASAL 11 JURUAUDIT 11.1 Dua (2) orang yang bukannya pegawai Pertubuhan hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Juruaudit. Mereka yang memegang jawatan selama dua (2) tahun boleh dilantik semula. 11.2 Juruaudit adalah dikehendaki memeriksa penyata kewangan Pertubuhan bagi tempoh satu (1) tahun. Juruaudit hendaklah membuat perakuan dan menandatangi penyata kewangan tersebut untuk pertimbangan Mesyuarat Agung Tahunan. Juruaudit yang dilantik juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh Presiden mengaudit penyata kewangan Pertubuhan pada bila-bila masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa. FASAL 12 PENTADBIR HARTA / PEMEGANG AMANAH 10

12.1 Segala harta tidak alih Pertubuhan hendaklah didaftarkan atas nama Pertubuhan dan segala surat cara pelaksanaan berkaitan dengan harta ini dianggap sah dan berkuatkuasa seolah-olah ianya telah dilaksanakan oleh seorang tuan punya berdaftar dengan syarat surat cara itu disempurnakan oleh tiga (3) orang pemegang jawatan pertubuhan pada masa itu yang mana perlantikan mereka disahkan melalui sijil perakuan yang dikeluarkan oleh Pendaftar Pertubuhan dan dimeteri dengan meteri Pertubuhan. 12.2 Harta tidak alih Pertubuhan tidak boleh dijual, digadai, ditarik balik atau ditukar milik tanpa persetujuan Mesyuarat Agung. FASAL 13 TAFSIRAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN 13.1 Dalam tempoh di antara dua Mesyuarat Agung, Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya kepada perlembagaan ini dan Jawatankuasa, jika perlu, boleh memutuskan perkara-perkara yang kurang jelas di dalam perlembagaan ini. 13.2 Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam mesyuarat agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahliahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung. FASAL 14 PENASIHAT / PENAUNG 14.1 Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak menjadi Penasihat atau Penaung Kehormat bagi Pertubuhan ini dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan persetujuannya secara bertulis terlebih dahulu. FASAL 15 LARANGAN 15.1 Permainan yang disebutkan di bawah ini tidak boleh dimainkan di dalam rumah Pertubuhan: Roulette, Lotto, Fan Tan, Poh, Peh Bin, Belangkai, Pai Kau, Tau Ngau,Tien Kow, Chap Ji Kee, Sam Cheong, Dua Puluh Satu, Tiga Puluh Satu, Sepuluh dan Setengah, semua permainan dadu, banker s game dan semua permainan yang bergantung semata-mata kepada nasib. Sebarang bentuk perjudian seperti yang ditafsirkan dalam Akta Rumah Judi Terbuka, 1953 adalah dilarang di permis pertubuhan. 15.2 Pertubuhan atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan pekerja seperti definisi di dalam Akta Kesatuan Pekerja 1959. 15.3 Pertubuhan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahliahli atau tidak, atas nama Pertubuhan atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau ahli, tanpa kelulusan dari pihak berkuasa yang berkenaan. 11

15.4 "Faedah" seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966, tidaklah boleh diberikan oleh Pertubuhan kepada mana-mana ahlinya. 15.5 Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh Pertubuhan ini hasil dari penyertaannya dalam kegiatan ekonomi hendaklah disalurkan kembali kepada pertubuhan bagi mencapai matlamat pertubuhan ini dan tidak boleh digunakan untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada mana-mana ahli Pertubuhan. Sungguhpun begitu peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran gaji atau perbelanjaan pentadbiran atau kedua-duanya kepada manamana ahli atau pekerja Pertubuhan. 15.6 Persatuan penganut tidak dibenarkan mentadbir rumah ibadat. FASAL 16 PINDAAN PERLEMBAGAAN 16.1 Perlembagaan ini tidak boleh dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung. Permohonan untuk pindaan perlembagaan hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa enam puluh (60) hari dari tarikh keputusan Mesyuarat Agung yang meluluskan pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan. 16.2 Usul pindaan perlembagaan hanya boleh diluluskan melalui undian: 16.2.1 lebih suara ahli Jawatankuasa yang menyokong berserta sokongan dua pertiga (2/3) jumlah ahli yang hadir; ATAU 16.2.2 tidak kurang tiga perlima (3/5) jumlah keseluruhan ahli berdaftar yang layak mengundi menyokong. 16.3 Pindaan-pindaan yang dilakukan hendaklah tidak bertentangan dengan peruntukan di bawah Akta Pertubuhan 1966 serta undang-undang lain yang berkuatkuasa. FASAL 17 PEMBUBARAN 17.1 Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dalam suatu mesyuarat agung yang dipanggil khas kerananya. 17.2 Sekiranya Pertubuhan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka segala hutang dan tanggungan Pertubuhan yang sah mengikut perlembagaan hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam mesyuarat agung berkenaan. 17.3 Permohonan pembubaran ini hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa empat belas (14) hari dari tarikh keputusan pembubaran itu. 12

FASAL 18 BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA 1. Bendera - Keterangan - 2. Lambang Keterangan 18.1.1 Rekaan Lambang Pertubuhan: 18.1.1.1 Bentuk bulat - melambangkan muafakat dan semangat kekitaan di kalangan alumni Fakulti Undang-Undang (FUU) UiTM. 18.1.1.2 Dacing/Neraca - melambangkan keadilan dan kesaksamaan yang merupakan tunjang asas di dalam pembelajaran di Fakulti Undang-Undang (FUU) UiTM. 18.1.1.3 Skrol melambangkan kesarjanaan para alumni. 18.1.1.4 Bentuk Berlian Segi Empat Lengkap di kemuncak lima buku melambangkan kualiti hasilan dari penimbaan ilmu di UiTM. 18.1.1.6 Lima Bentuk Menyerupai Buku menjulang ke atas melambangkan Rukun Islam yang menjadi teras pembangunan sahsiah Alumni. 18.1.2 Warna Logo 18.1.2.1 Warna Emas melambangkan ulang tahun Fakulti Undang-Undang yang ke 50 tahun. 18.1.2.2 Warna Ungu Biru mewakili alumni UiTM pasca tahun1999. 18.1.2.3 Warna Hijau Kuning mewakili alumni ITM sebelum tahun 1999. 18.1.2.4 Warna Putih membawa maksud kesucian dan kemurnian ilmu yang ditawarkan. 18.1.2.5 Warna Hitam membawa maksud kekuatan dan keberanian ahli-ahli alumni. 3. Lencana - Keterangan - FASAL 19 MOTTO 19.1 Motto Pertubuhan ialah : Berjasa & Berkhidmat dan terjemahan di dalam Bahasa 13 Inggeris adalah :

To Contribute and Serve 14