ekonomi negara, bajet tahun ini, Bursa Saham dan hutang negara berserta hutang luar negara Malaysia.

dokumen-dokumen yang mirip
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA : Y.B. DR. MANSOR BIN ABD RAHMAN (SIK) Y.B. DR. MANSOR BIN ABO RAHMAN [ SIK ] minta MENTERI

untuk mengukuhkan mata wang ringgit daripada terus merosot dan berapakah jumlah negara yang tidak menerima matawang ringgit dalam urus niaga.

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA. Y.B. DATO' HAJI ZAINUDIN BIN ISMAIL [ JELEBU ] minta MENTERI

ekonomi tinjauan Tinjauan dan Prospek Ekonomi Malaysia PERKEMBANGAN DALAM TAHUN 2007 Tinjauan Keseluruhan Keadaan Permintaan

Akaun Pelaburan Wafiyah

Bank Perdagangan: Kadar Pinjaman Asas (BLR) dan Kadar Pinjaman Purata (ALR) bagi Pinjaman Baharu Berasaskan BLR

Harga Minyak Mencetus Kebiasaan Baharu dalam Persekitaran Ekonomi Global dan Keupayaan Malaysia Menanganinya.

Mengurus Inflasi. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA DATUK WIRA HAJI AHMAD BIN HAMZAH

Akaun Pelaburan Waheed

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

Perdagangan Antarabangsa. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

NO. SOALAN: 41 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS, DEWAN RAKYAT LISAN PERTANYAAN

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahun Berakhir 31 Disember 2017

Akaun Pelaburan Waheed

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahun Berakhir 31 Mac 2018

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 30 Jun 2017

Akaun Semasa Mudarabah

Tinjauan Prestasi Tahunan Takaful myal Afdhal 2009/2010 I Mukasurat 1

TINJAUAN DAN PROSPEK Ekonomi Malaysia

Kuliah 6: SISTEM PERBANKAN DAN PENCIPTAAN WANG

Ekonomi Malaysia dibahagikan kepada 3 sektor iaitu sektor utama, sektor kedua dan sektor ketiga.

Akaun Pelaburan Waheed

Penyumbang kepada Pertumbuhan Ekonomi Malaysia, oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

KULIAH 6: SISTEM PERBANKAN DAN PENCIPTAAN WANG

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 30 September 2017

Melindungi anda pada waktu yang sukar

Akaun Pelaburan Wafiyah

yang dijamin oleh Kerajaan, senaraikan. Adakah hutang negara sekarang mencapai suatu tahap yang membimbangkan mengikut negara yang sedia ada.

1998 ANNUAL REPORT TINJAUAN PASARAN MODAL 1998 PASARAN SERANTAU KECUALI JEPUN

SIARAN AKHBAR PRESS STATEMENT

Kajian dan Tinjauan Ekonomi Malaysia

menyatakan keadaan ekonomi di Malaysia. Apakah langkah-langkah yang Kedudukan ekonomi negara terus menunjukkan prestasi yang

Akaun Al Awfar. Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Disember

ANALISA KEWANGAN TABUNG HAJI

944/2 PERCUBAAN STPM 2012 September

944/2 PERCUBAAN STPM 2012

Akaun Pelaburan Bertempoh

Akaun Semasa Mudarabah

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA. Y.B. DATO' ZAHIDI BIN ZAINUL ABIDIN [ PADANG BESAR ] minta

Kajian dan Tinjauan Ekonomi Malaysia

dan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT DATO' NORAINI BINTI AHMAD [ PARIT SULONG]

NURASIKIN BINTI ANUAR (A134764) Bank Vietnam. Pengenalan

Utusan Ketua Pegawai Eksekutif

EPPD1023: Makroekonomi Kuliah 7: Wang, Kadar Bunga dan Pendapatan Negara

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT PERTAMA. PENGGAL KEEMPAT. PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

Kajian Kewangan Kumpulan

PRINSIP PERAKAUNAN SET 1 KERTAS 2

Lembaran Fakta Dana. Dana Income Plus Select Balanced Fund Select Bond Fund Select Dividend Fund

Nikmati detik indah bersama keluarga dan keupayaan untuk melindungi mereka.

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA : Y.B. DR. HAJAH SITI MARIAH BINTI MAHMUD (KOTA RAJA)

PENYATA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2007 EKONOMI ASAS

ACW Perakaunan Sektor Awam

PASARAN SERANTAU KECUALI JEPUN

Seminar Unit Amanah. Siti Uraidah Udin

NO. SOALAN: 26 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN LISAN DARIPADA TUAN NGA KOR MING TARIKH 3 APRIL 2017 RUJUKAN 9691

RISIKO-RISIKO ORGANISASI

THE GAME CHANGER STRATEGI DAN PAKEJ PERUBAHAN BERSKALA BESAR DALAM KEWANGAN ISLAM

PRUlink global fund (Foreign)

Pengenalan Makroekonomi

FKLI. indeks pasaran ekuiti. benchmark di Malaysia +32.4% +3.76% +8.5% +16.5% +24.7% Niaga Hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI

ISI KANDUNGAN. V. Penyataan Pemegang Amanah. B. Penyata Pendapatan Komprehensif. C. Penyata Kedudukan Kewangan. D. Penyata Perubahan Dalam Ekuiti

Nota-nota Penyata Kewangan (Samb.)

PNB MENERBITKAN LAPORAN TAHUNAN AWAM JULUNG KALI BAGI TAHUN KEWANGAN 2017 POSITIF TERHADAP PROSPEK 2018

Kami mempunyai sebuah set Prosedur bagi melantik Pengurus-pengurus Dana. Langkah-langkah itu adalah seperti berikut:

TAKAFULINK DANA EKUITI DINASTI PROFIL DANA 2015

Akaun Al Awfar. T URL bankislam.com.my Laporan Prestasi facebook.com/bankislam. Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Disember

Penyata Pengerusi PERSEKITARAN OPERASI TINJAUAN PRESTASI

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NEGERI MELAKA

2.1 LHDNM telah melalui 4 kali semakan kadar pelarasan gaji semenjak penubuhannya.

MODUL 10: KESIMPULAN. Isi Kandungan Pengenalan Rumusan Buku Kerja Asas Perancangan Kewangan Soalan penilaian

SELAMAT DATANG KE KULIAH 14 EX2023 MAKROEKONOMI II FAKULTI EKONOMI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

TAKAFUL IKHLAS GROWTH FUND

RISALAH PENDEDAHAN PRODUK AKAUN PELABURAN KHAS (SIA)

1 SOALAN NO: 91 PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

Akaun Pelaburan Wafiyah

EEB2023 MAKROEKONOMI IMBANGAN PEMBAYARAN DAN KADAR PERTUKARAN ASING

2 SULIT 3757/2 Bahagian A [75 markah] Jawab mana-mana tiga soalan daripada bahagian ini

Soalan Huraian Markah 1(a) Enci Majid menghadapi masalah kekurangan. 1m - kekurangan wang/pendapatan


PUBLIC GROWTH BALANCED FUND PUBLIC DANA TUMBUH IMBANG (PGRBF)

15 HARTANAH DALAM PEMBINAAN DAN UNTUK DIJUAL Kumpulan


Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta

Tahukah anda? DIMENSIKOOP

PB ISLAMIC ASIA EQUITY FUND

Bahan Cg Fadzlina - Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online BAB 7: ASET ( PERAKAUNAN UNTUK SUSUT NILAI )

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN


Encik Din sentiasa mengubah amalan perakaunan perniagaannya mengikut citarasanya sendiri dari tahun ke setahun.

MODUL 1 - ANALISIS DAN TAFSIRAN PENYATA KEWANGAN UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN

PUNCAK NIAGA HOLDINGS BERHAD KENYATAAN MEDIA PUNCAK NIAGA HOLDINGS BERHAD ( PNHB ATAU SYARIKAT )

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM TAHUN /2 EKONOMI ASAS Kertas 2 Mei 2 jam Dua jam

2

DANA GROWTH TAKAFUL IKHLAS

PUBLIC INDUSTRY GROWTH FUND PUBLIC DANA TUMBUH INDUSTRI (PINDGF)

TINGKATAN 5 EKONOMI BAB 2 MALAYSIA DAN EKONOMI GLOBAL

Transkripsi:

NO SOALAN :149 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA DARI PAD A PERTANYAAN : LISAN : Y.B. TUAN LIM LIP ENG (SEGAMBUT) TARIKH : 26.05.2016 Y.B. TUAN LIM LIP ENG [ SEGAMBUT ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kesan-kesan kejatuhan nilai ringgit kepada ekonomi negara, bajet tahun ini, Bursa Saham dan hutang negara berserta hutang luar negara Malaysia. JAWAPAN Tuan Yang di-pertua, Pada amnya, sebagai sebuah negara yang terbuka dan terdedah kepada ekonomi dunia, Malaysia turut terjejas berikutan ketidaktentuan ekonomi global termasuk kejatuhan nilai matawang Ringgit Malaysia. Nilai mata wang ringgit telah menyusut sebanyak 18.6% pada tahun 2015. Berbanding mata wang serantau, nilainya

JUga merosot antara 8.4% hingga 14.7%. Penyusutan kadar pertukaran nilai ringgit pada tahun 2015 bukanlah suatu kes terpencil dan ianya didorong oleh faktor dalaman dan luar negeri. Seperti mana-mana sistem kadar pertukaran yang fleksibel, volatiliti mata wang termasuk ringgit adalah sesuatu yang mungkin berlaku, terutamanya dalam persekitaran global yang tidak menentu. 2. Waiau bagaimanapun, ekonomi Malaysia masih terkawal dan terus mantap. Kesan peningkatan dalam harga import bagi isi rumah adalah sederhana dan diimbangi oleh penurunan harga komoditi global dan harga bahan api domestik, serta penambahan pendapatan berikutan pengagihan bantuan wang tunai kepada golongan isi rumah bersasaran pada tahun 2015. Selain itu, bagi golongan peniaga pula, kesan penurunan nilai ringgit adalah berbeza. Golongan yang meraih faedah tertinggi adalah pengeksport tempatan yang menggunakan kandungan input tempatan yang tinggi. Contohnya, industri berasaskan sumber tempatan yang menghasilkan sarung tangan getah, kayu dan perabot, serta tekstil. lndustri lain yang mendapat manfaat secara relatif adalah industri elektrik dan elektronik (E&E) yang mencatatkan. keuntungan yang lebih tinggi kesan dari tukaran mata wang asing. Syarikat-syarikat dalam industri tersebut mendapat manfaat dari segi pendapatan eksport yang lebih tinggi dan peningkatan dalam daya saing harga.

3. Dalam pada itu, industri yang berorientasikan pasaran tempatan dengan menggunakan input import yang tinggi, samada secara langsung atau tidak langsung, seperti perdagangan borong dan runcit serta vendor automotif mengalami tekanan kos yang tinggi dan margin keuntungan yang berkurangan. Bagi perusahaan kecil dan sederhana pula, terutamanya perniagaan yang terdedah kepada pasaran tempatan yang menggunakan input mentah yang diimport, penurunan nilai mata wang ringgit telah memberi cabaran yang lebih besar. Tuan Yang di-pertua, 4. Bagi pasaran saham Malaysia pula, kesan kejatuhan nilai mata wang ringgit telah menyebabkan pasaran mengalami beberapa tempoh ketidaktentuan.yang sangat ketara pada tahun 2015. lndeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) merosot sebanyak 3.9% dan mencatat 1,692.51 mata pada akhir 2015. Prestasi pasaran saham domestik sepanjang tempoh 2015 adalah dipengaruhi terutamanya oleh sentimen pelabur global yang lemah serta sebahagiannya adalah disebabkan oleh perkembangan domestik yang tidak menentu. Pada empat bulan pertama 2015,

lndeks FBM KLCI terus kekal berdaya tahan dan menunjukkan prestasi yang agak baik dalam keadaan pasaran yang tidak menentu. 5. Waiau bagaimanapun, bermula Mei 2015, pasaran saham domestik terjejas dengan ketara disebabkan oleh sentimen pasaran global dan domestik yang lemah. Faktor ini menyebabkan meningkatnya penghindaran risiko terhadap ekuiti dalam pasaran sedang pesat membangun, lantas mengurangkan pemegangan ekuiti oleh bukan pemastautin di rantau ini, termasuk di Malaysia. Sungguhpun begitu, pada akhir 2015, terutamanya pada tempoh suku keempat, prestasi pasaran ekuiti domestik bertambah baik secara sederhana. Pengumuman langkah-langkah ekonomi yang proaktif oleh Kerajaan telah menyebabkan kestabilan pasaran saham Malaysia, yang secara keseluruhannya menyumbang kepada kestabilan lndeks FBM KLCI pada akhir 2015. 6. Manakala, merujuk kepada peruntukan Bajet tahun 2016, kejatuhan nilai ringgit juga tidak memberikan kesan secara langsung. Walaupun begitu, Kerajaan telah mengambil langkah proaktif dengan mengambil langkah untuk mengubahsuai Bajet 2016 dengan mengambil kira paras harga semasa minyak mentah dunia serta nilai ringgit. Langkah ini diambil bagi memastikan kesejahteraan rakyat -

dan pertumbuhan ekonomi dapat dikekalkan. Pada masa yang sama juga, langkah konsolidasi fiskal, termasuk pelaksanaan GST dan rationalisasi subsidi diamalkan bagi mengurangkan paras defisit secara berperingkat. Kepatuhan yang tegas terhadap disiplin fiskal serta pengurusan hutang yang baik terus diberikan penekanan bagi memastikan kedudukan fiskal dan makroekonomi terus kukuh serta dapat menampan sebarang krisis. 7. Seterusnya, bagi hutang negara pula, Kementerian Kewangan merujuk hutang negara sebagai hutang luar negeri Malaysia yang meliputi pinjaman dalam mata wang asing oleh Kerajaan Persekutuan, Perusahaan Awam Bukan Kewangan (PABK) dan sektor swasta yang lain. Selain itu, kredit perdagangan, deposit oleh bukan pemastautin (non-resident) dan pegangan instrumen kewangan di dalam pasaran kewangan domestik oleh bukan pemastautin (nonresident) juga diambil kira di dalam kiraan hutang negara. Memandangkan sebahagian besar iaitu kira-kira 60% hutang luar negeri Malaysia adalah dalam denominasi matawang asing, sebarang pergerakan dalam matawang ringgit akan memberikan kesan kepada jumlah hutang. Sungguhpun begitu, paras hutang luar Malaysia adalah terkawal. lni adalah disebabkan oleh sebahagian besar daripada hutang luar negeri Malaysia ini adalah pinjaman oleh sektor swasta yang mempunyai kecekapan bagi memastikan pinjaman

dilaburkan secara cekap dan efisyen (efficient investment) dan di dalam sektor yang produktif (productive investment). Pelaburan yang efisyen dalam sektor yang produktif akan berupaya memberi pulangan yang tinggi dan meningkatkan keupayaan bayaran balik pinjaman. Tuan Yang di-pertua, 8. Dalam senario kejatuhan nilai ringgit dan juga kejatuhan harga minyak dunia, negara masih berupaya mencatat pertumbuhan ekonomi yang kukuh sebanyak 5% pada tahun 2015 dan 4.2% pada suku pertama tahun 2016. lni memandangkan ekonomi domestik merupakan pemangkin utama kepada pertumbuhan ekonomi negara dan berupaya menjadi penampan terhadap cabaran ekonomi global yang tidak menentu. Bagi memastikan ekonomi terus kukuh dan berdaya tahan, Kerajaan terus berusaha untuk meningkatkan prestasi eksport dengan meluaskan pasaran, mempelbagaika n dan meningkatkan nilai ditambah produk. Antara inisiatif Kerajaan termasuk menyegerakan pelaksanaan langkah-langkah Majlis Eksport Negara (NEC) serta terus aktif dalam perjanjian bebas (FTA) yang sedia ada. Selain itu, negara terus meningkatkan kerjasama serantau antara Indonesia dan Thailand, dalam usaha memperkukuh dan

menstabilkan harga serta meningkatkan daya saing industri komoditi. 9. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, dalam menangani kejatuhan nilai mata wang ringgit, objektif dasar Kerajaan menerusi Bank Negara Malaysia (BNM) adalah untuk memastikan keadaan yang teratur dalam pasaran pertukaran asing ringgit. BNM turut melakukan pemantauan harian terhadap pasaran pertukaran asing bagi memastikan pergerakan pasaran adalah teratur. lni adalah penting memandangkan Malaysia merupakan sebuah ekonomi yang terbuka dengan aktiviti perdagangan dan pelaburan antarabangsa yang tinggi. Tuan Yang di-pertua, 10. Berikutan langkah-langkah yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan, mata wang ringgit telah kembali menambah nilai sebanyak 6.4% berbanding dolar AS kepada RM4.0350 pada 18 Mei 2016 berbanding RM4.2920 pada 31 Disember 2015. Nilai mata wang juga turut mencatatkan prestasi kedua terbaik berbanding mata wang utama dan serantau iaitu antara -3.2% sehingga 9.1 %. Sehubungan itu, adalah penting untuk diketahui bahawa kenaikan nilai ringgit yang berlaku pada ketika ini adalah berlatarbelakangkan kebimbangan yang tercetus pada tahun 2015, termasuk pengukuhan

nilai dolar AS, ketidakpastian dasar monetari ekonomi maju dan trend harga minyak mentah global yang masih belum stabil. justeru, kenaikan nilai ringgit ini lebih mencerminkan perubahan sentimen yang mendadak di dalam persekitaran kewangan global yang masih tidak menentu. 3bS