Tatacara Permohonan Majlis Konvokesyen Politeknik Jeli Kelantan Ke-6, 2019 TAHNIAH dan SYABAS kepada graduan sekalian kerana berjaya menamatkan sesi pengajian di Politeknik Jeli serta berjaya di dalam kerjaya masing-masing. Kami warga Politeknik Jeli, mengalu-alukan kehadiran para graduan ke Majlis Konvokesyen Ke-6 pada 18 dan 19 Mac 2019 ini bertempat di Lanas Perdana Politeknik Jeli, Kelantan. Permohonan untuk Hadir/Tidak Hadir majlis konvokesyen adalah dengan mendaftar secara online melalui laman sesawang www.pjk.edu.my. Bersama ini disertakan tatacara untuk permohonan Hadir/Tidak Hadir majlis konvokesyen. Langkah 1 : Membuat Pembayaran Konvokesyen. Sebelum melakukan proses pendaftaran secara online, graduan hendaklah membuat Pembayaran Konvokesyen seperti butiran dibawah: 1. Bayaran konvokesyen adalah : 1.1 Semua graduan dikenakan Bayaran Konvokesyen, bayarannya adalah RM 200.00 (Bayaran pengurusan Diploma/Sijil sebanyak RM170.00 dan yuran seumur hidup Alumni sebanyak RM30.00) 2. Pembayaran hendaklah dibuat atas nama KOPERASI POLITEKNIK JELI BERHAD di manamana cawangan bank seperti yang dinyatakan dibawah. Bil. Nama Bank Nombor Akaun 1 Bank Islam Malaysia Berhad 03054010030309 3. Bayaran boleh dibuat melalui: 3.1 Bayaran di kaunter bank Atau 3.2 CDM (Cash Deposit Machine) Atau 3.3 Funds Transfer (Perbankan Internet) 4. Slip/Resit asal pembayaran adalah bukti pembayaran Majlis Konvokesyen. Graduan disarankan untuk membuat salinan slip pembayaran bagi tujuan keselamatan dokumen. 4.1 Sila catatkan Nama, No. Pendaftaran dan No. Kad Pengenalan anda pada slip/resit asal pembayaran. 4.2 Sila isi maklumat berkaitan dan memuat naik (upload) bukti slip/resit pembayaran di pautan berikut: https://goo.gl/forms/fs2at3cjdvcs4ca62 atau mengimbas kod-qr di bawah: 1
*** Sebarang pertanyaan atau kemusykilan, sila hubungi Urusetia Konvo di talian 011-55171730 (melalui whatsapp/telegram). 4.3 Graduan mesti melengkapkan Borang Jawapan Penyertaan Konvokesyen (Setuju/Tidak Bersetuju Hadir) melalui pautan utama laman sesawang PJK. 4.4 Urusetia akan Mengesahkan Status Kehadiran dan graduan boleh menyemak secara dalam talian (online). 4.5 Tarikh akhir pengesahan hadir adalah pada 07 Mac 2019 (Khamis) 5. Slip/resit asal pembayaran dan Surat Jawapan Akan Hadir hendaklah dibawa dan diserahkan kepada J/Kuasa Pendaftaran & Pemandu Graduan semasa Pendaftaran Graduan (Hari Raptai). Langkah 2 : Kaedah Mengakses Sistem. Buka pelayar internet dan taipkan www.pjk.edu.my seperti rajah dibawah: Paparan utama akan dihasilkan. Pada paparan klik pada ikon SPMP atau ikon Konvokesyen6 untuk login graduan. @ Menu login graduan akan dipaparkan seperti dibawah. Para graduan diminta memasukkan Nombor Kad Pengenalan & Nombor Pendaftaran untuk proses permohonan Hadir/ Tidak Hadir. Sekiranya graduan terlupa nombor pendaftaran, sila rujuk pada slip peperiksaan atau berhubung terus dengan Urusetia Konvokesyen. Setelah memasukkan maklumat, sila klik butang Mohon untuk memaparkan menu pengesahan dan seterusnya. Pada menu ini, graduan diminta membaca dengan teliti Peraturan dan Syarat Majlis Konvokesyen & Tatacara Permohonan melalui online. Ini boleh dicapai melalui menu PeraturanKonvo6@PJK2019 dan menu TatacaraKonvo6@PJK2019 secara online. 2
Untuk proses permohonan, graduan diminta klik menu Permohonan Menghadiri Konvokesyen. Paparannya adalah seperti dibawah. Sila pilih samada graduan bersetuju atau tidak bersetuju menghadiri konvokesyen. Sila Buat Pilihan: Hadir/Tidak Hadir 3
Sekiranya graduan Bersetuju/Tidak Bersetuju, maklumat seterusnya perlulah dilengkapkan : Setelah semua maklumat dimasukkan, sila klik butang Setuju untuk proses seterusnya. Proses yang berjaya akan memaparkan menu seperti dibawah. Seterusnya, graduan perlu klik Kembali ke Menu Utama untuk proses mencetak borang permohonan untuk dihantar ke PJK. 4
Langkah 3: Mencetak Borang Permohonan. Graduan perlu kembali ke Menu Utama untuk mencetak Borang Permohonan untuk Hadir/Tidak Hadir ke Majlis Konvokesyen. Sila lihat rajah dibawah. Hasil cetakan adalah seperti berikut : 5
*** Surat Jawapan Akan Hadir hendaklah dibawa dan diserahkan bersama Slip/Resit Asal pembayaran kepada J/Kuasa Pendaftaran & Pemandu Graduan semasa Pendaftaran Graduan (Hari Raptai). Langkah 4 : Proses Mencetak Borang Kajian Pengesanan Graduan TVET 2019 Graduan juga perlu mencetak Borang Kajian Pengesanan Graduan TVET 2019 dan lengkapkan maklumat pada borang berkenaan. Borang yang lengkap mesti dibawa semasa hari Pendaftaran Graduan Konvokesyen (Raptai). Kaedah pengisian borang akan ditaklimatkan pada hari berkenaan. Langkah 5 : Proses Menghantarkan Borang Jawapan Bagi Graduan yang TIDAK HADIR Setelah selesai semua proses diatas dilaksanakan, semak senarai dokumen yang perlu dihantar kepada Urusetia Konvokesyen PJK. Surat Jawapan Tidak Akan Hadir, Salinan Asal Slip/Resit Pembayaran melalui bank (sila catatkan Nama, No. Pendaftaran & No. Kad Pengenalan graduan di atas slip bayaran tersebut) & Borang Kajian Pengesanan Graduan TVET 2019 hendaklah dihantar ke alamat berikut: Urusetia Majlis Konvokesyen Ke-6, Politeknik Jeli Kelantan, Jalan Raya Timur-Barat, 17600 Jeli, Kelantan Darul Naim. Sila tuliskan program pengajian ( DAG / DAQ) pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat jawapan dan kembalikan surat ini kepada Urusetia sebelum atau pada 07 Mac 2019 (Khamis). Sebarang pertanyaan: sila hubungi talian 09-9443600 a) Urusetia : samb. 646/676 atau 011-55171730 (melalui whatsapp/telegram). b) Unit Peperiksaan : samb. 652 c) J/Kuasa Pengesanan Graduan & Alumni : samb. 619 6