GARIS PANDUAN SYNERGISED INDUSTRY-EXPERIMENTER RESEARCH GRANT INITIATIVE (SInERGI)

dokumen-dokumen yang mirip
GARIS PANDUAN SKIM GERAN INOVASI (SGI) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (Pindaan Tahun 2015)

GARIS PANDUAN DANA PEMBUDAYAAN PENYELIDIKAN (RAGS)

GARIS PANDUAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PANJANG ( LRGS ) (pindaan tahun 2013)

GARIS PANDUAN KNOWLEDGE TRANSFER GRANT SCHEME JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT (KTGS JINM)

GARIS PANDUAN DANA PEMBUDAYAAN PENYELIDIKAN (RAGS)

PANDUAN PENGENDALIAN PERMOHONAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA GARIS PANDUAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN PROTOTAIP (PRGS) (PINDAAN TAHUN 2015)

GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN FUNDAMENTAL IPTA ( FRGS ) (pindaan tahun 2007)

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INSTRUMENTASI (CRIM)

GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM (Jangka Pendek)

GARIS PANDUAN KNOWLEDGE TRANSFER GRANT SCHEME JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT (KTGS JINM)

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) TOP DOWN PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INSTRUMENTASI (CRIM)

GARIS PANDUAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PANJANG (LRGS)

GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM

GARIS PANDUAN KNOWLEDGE TRANSFER GRANT SCHEME JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT (KTGS JINM)

GARIS PANDUAN GERAN SEPADAN (MATCHING GRANT) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN SUKAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

GARIS PANDUAN DANA LONJAKAN PENERBITAN (DLP) PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INSTRUMENTASI (CRIM)

GARIS PANDUAN GERAN PENYELIDIKAN LESTARI (PINDAAN TAHUN 2016)

GARIS PANDUAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN NANOTEKNOLOGI (GPNT)

GARIS PANDUAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PANJANG ( LRGS )

GARIS PANDUAN GERAN PENYELIDIKAN BESTARI PERDANA (PINDAAN TAHUN 2017)

GARIS PANDUAN GERAN GALAKAN PENYELIDIK MUDA (GGPM) UKM-SPKP-CRIM-PK01-GP06

JABATAN PENDIDIKAN TINGGI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI GARIS PANDUAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN PROTOTAIP (PRGS) (PINDAAN TAHUN 2017)

Garis Panduan GERAN DANA UCS (DUCS) (PINDAAN 2017) Bahagian Penyelidikan & Inovasi UCS Kampus Puncak Alam (03) /4179

GARIS PANDUAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PANJANG (LRGS)

GARIS PANDUAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN NIC KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (NRGS-KPM) (NICHE RESEARCH GRANT SCHEME)

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) UNIVERSTI KEBANGSAAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN PROJEK ARUS PERDANA (AP) UKM-SPKP-CRIM-PK01-GP05

GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN TIER 1 UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

JABATAN PENDIDIKAN TINGGI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI GARIS PANDUAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN PROTOTAIP (PRGS) (PINDAAN TAHUN 2018)

GARIS PANDUAN DANA IMPAK PERDANA (DIP)

GARIS PANDUAN GERAN INSENTIF PENYELIAAN (GIP) (PINDAAN TAHUN 2017)

GARIS PANDUAN GERAN BANTUAN PENYELIDIKAN PASCASISWAZAH (UMSGreat)

PERMOHONAN SKIM GERAN PROGRAM PEMINDAHAN ILMU

GARIS PANDUAN GERAN BESTARI

GARIS PANDUAN PERMOHONAN SKIM GERAN MTUN COE

GARIS PANDUAN SKIM GERAN INOVASI MAHASISWA

PERMOHONAN SKIM GERAN - INDUSTRI -

GARIS PANDUAN GERAN GALAKAN PENYELIDIKAN INDUSTRI/KOMUNITI. No. Isu No. Semakan Tarikh Kuatkuasa

GARIS PANDUAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN UMS Pusat Penyelidikan dan Inovasi

GARIS PANDUAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PANJANG (LRGS)

GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PENDEK SHORT TERM GRANT (STG) PINDAAN TAHUN 2014

GARIS PANDUAN PENCALONAN

GARIS PANDUAN DANA PADANAN KOLABORASI

GARIS PANDUAN. ACADEMIA-BUSINESS COLLABORATION (MyLAB) 1/2017

PROSEDUR & GARIS PANDUAN PENUBUHAN SYARIKAT TERBITAN DAN SYARIKAT SPIN OFF/ START-UP

PERMOHONAN SKIM GERAN PROGRAM PEMINDAHAN ILMU (Knowledge Transfer Programme) - KTP - KOMUNITI - JABATAN PENGAJIAN TINGGI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

ANUGERAH AHLI AKADEMIK HARAPAN UiTM 2015 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

ANUGERAH AHLI AKADEMIK HARAPAN UiTM 2016 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

GARIS PANDUAN DANA PENYELIDIKAN STRATEGIK (KRA)

GARIS PANDUAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN INSENTIF PhD Pusat Penyelidikan dan Inovasi/Jabatan Pendaftar

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM1, (Minimum) - RM8, (Maksimum)

GARIS PANDUAN DANA IMPAK PERDANA (DIP) UKM-SPKP-CRIM-PK01-GP08

SULIT PROSEDUR KERJA UNTUK MEMOHON GERAN PRA- PENGKOMERSIALAN & UMP COMMERCIALIZATION SEEDFUND

ANUGERAH TOKOH AKADEMIK KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) UKM-SPKP-CRIM-PK01-GP09

Skop penyelidikan adalah merangkumi penyelidikan fundamental dan gunaan dalam bidang mengikut kluster berikut:

ANUGERAH KEPIMPINAN AKADEMIK UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

GARIS PANDUAN PROJEK ARUS PERDANA (AP) UKM-SPKP-CRIM-PK01-GP05

ANUGERAH AHLI AKADEMIK HARAPAN UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

GARIS PANDUAN GERAN GALAKAN PENYELIDIK MUDA (GGPM) UKM-SPKP-CRIM-PK01-GP06

1. ANUGERAH KEPIMPINAN AKADEMIK

GARIS PANDUAN PROJEK PENYELIDIKAN INSTITUSI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

GARIS PANDUAN PERMOHONAN PROGRAM. ACADEMIA-BUSINESS COLLABORATION (MyLAB) 1/2016 (PINDAAN MAC 2015)

SALINAN DOKUMEN TERKAWAL

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

ANUGERAH TOKOH AKADEMIK

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

Anugerah dan pengiktirafan yang diberikan adalah dalam bentuk berikut:

GARIS PANDUAN GERAN GALAKAN PENYELIDIK MUDA (GGPM) UKM-SPKP-CRIM-PK01-GP06

GARIS PANDUAN ELAUN KEMUDAHAN KOMPUTER/NOTEBOOK KEPADA PENSYARAH DAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

ANUGERAH AHLI AKADEMIK HARAPAN UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

GARIS PANDUAN TADBIR URUS UNTUK GERAN PENYELIDIKAN, KHIDMAT PERUNDINGAN DAN PENYELIDIKAN KONTRAK (CONTRACT RESEARCH)

Garis Panduan ini bertujuan untuk menerangkan kaedah pengurusan penilaian permohonan geran penyelidikan yang diuruskan oleh Pejabat TNCPI.

PEKELILING BENDAHARI BIL : 12/2008

ANUGERAH PENYELIDIK TERBAIK

Pindaan 2013 (Bilangan 1)

GARIS PANDUAN PENGURUSAN DANA ENDOWMEN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

DASAR dan GARIS PANDUAN PERUNDINGAN Universiti Teknologi MARA


ANUGERAH KHAS UiTM 2013 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

GARIS PANDUAN BERKAITAN INDUSTRY- CENTRE OF EXCELLENCE (I-CoE) Universiti Malaysia Pahang

Pada tahun 2005 nama Anugerah ini telah ditukarkan kepada Anugerah Pendidik Sanjungan (APS). Tahun ini merupakan tahun kelapan pelaksanaan APS USM.

GARIS PANDUAN DAN PERATURAN PROGRAM CUTI SABATIKAL

PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 TAHUN 2013 TATACARA PERMOHONAN DAN PELARASAN WANG PENDAHULUAN

GARIS PANDUAN PELANTIKAN PEMBANTU PENYELIDIK SISWAZAH, PEMBANTU PENYELIDIK, FELO PENYELIDIK DAN PASCA DOKTORAL

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM1, (Minimum) - RM8, (Maksimum)

PANDUAN DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL

KANDUNGAN. 1.0 Dasar Latihan Industri Institusi Pengajian Tinggi Definisi Latihan Industri Objektif Khusus. 4

ANUGERAH INOVASI & PENGKOMERSILAN PRODUK UiTM 2016 BORANG PERMOHONAN / PENCALONAN

ISI KANDUNGAN SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1-2

DASAR PASCA DOKTORAL UKM-SPKP-CRIM-PK04-GP05

GARIS PANDUAN CUTI PENYELIDIKAN. Tarikh KuatKuasa: 10/03/2008 Tarikh Kemaskini: Unit Latihan, Bahagian Sumber Manusia. Nombor Telefon:

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN UNTUK MENGHADIRI KONFERENSI/WOKSYOP LUAR NEGARA

ANUGERAH PENERBITAN MAKALAH JURNAL UiTM 2016 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM2, (Minimum) - RM 9, (Maksimum)

PENGURUSAN KERJA LUAR STAF

Transkripsi:

GARIS PANDUAN SYNERGISED INDUSTRY-EXPERIMENTER RESEARCH GRANT INITIATIVE (SInERGI) Research Innovation Business Unit (RIBU) Institut Pengurusan Penyelidikan & Inovasi UiTM-MTDC Technopreneur Centre Universiti Teknologi MARA 40450 Shah Alam Selangor Dikemaskini 10/03/2016

BAHAGIAN 1: UMUM 1.1 PENGENALAN Synergised Industry-Experimenter Research Grant Initiative (SInERGI) ialah geran peringkat pra-komersil untuk membantu produk atau perkhidmatan hasil daripada inovasi penyelidikan dapat dipasarkan. Ini bertujuan membantu pembangunan atau penambahbaikan produk penyelidikan yang sedia ada bagi menambah nilai bersesuaian dengan kehendak asas pasaran. Geran SInERGI menyediakan pembiayaan untuk pembangunan teknologi di peringkat pra-pengkomersilan. Ini termasuklah: i. skala naik (up-scaling), ii. ujian klinikal (clinical testing), iii. Ujian di makmal yang mempunyai sijil pengiktirafan daripada badan bertauliah (testing laboratory accredation), dan iv. Penambahbaikan prototaip (mengikut spesifikasi/cadangan industri) Geran ini adalah inisiatif UiTM selaras dengan dasar kerajaan untuk mengkomersilkan hasil penyelidikan dan inovasi para penyelidik universiti. Pada masa yang sama ianya diharap mampu menjana pendapatan serta meningkatkan reputasi universiti. Sebagai kesinambungan, geran yang diwujudkan ini diharap dapat menyuntik semangat para penyelidik UiTM untuk menghasilkan penyelidikan yang mempunyai nilai komersil tinggi dan seterusnya mampu menembusi pasaran global. 1.2 TUJUAN Membantu para penyelidik UiTM untuk mempertingkatkan nilai dan kemampuan produk penyelidikan dan inovasi mereka bagi mencapai potensi komersil dan keboleh pasaran yang tinggi. Secara langsung ianya membantu menjana pendapatan universiti melalui pengkomersilan produk penyelidikan para penyelidik UiTM selaras dengan dasar k- ekonomi dan pelaksanaan Model Ekonomi Baru. 1.3 BIDANG PENYELIDIKAN Terbuka kepada semua bidang penyelidikan sepertimana dinyatakan dalam Lampiran 1 yang telah mempunyai hasil penemuan di mana memerlukan pembangunan tambahan bagi meningkatkan nilai keboleh pasaran dan nilai komersil. 1.4 SYARAT-SYARAT PERMOHONAN Geran ini terbuka kepada semua penyelidik UiTM dengan syarat-syarat berikut: 1.4.1 Warganegara Malaysia. Kemaskini : Jun 2017

1.4.2 Keutamaan kepada kakitangan akademik tetap (Profesor, Profesor Madya, Pensyarah Kanan, Pensyarah). 1.4.3 Bagi kakitangan bertaraf kontrak, termasuk bukan warganegara, dimestikan mempunyai penyelidik bersama warganegara Malaysia yang bertaraf tetap. 1.4.4 Pemohon hanya dibenarkan menjadi Ketua Penyelidik bagi satu projek dan hanya satu permohonan projek sahaja akan diperakukan pada setiap fasa. 1.4.5 Penyelidik yang bercuti belajar tidak dibenarkan menjadi Ketua Penyelidik. Walau bagaimanapun, beliau boleh menjadi ahli dalam kumpulan penyelidikan. 1.4.6 Ketua Penyelidik yang berpindah universiti hendaklah melepaskan kedudukannya sebagai ketua. Walau bagaimanapun, beliau boleh kekal sebagai ahli dalam kumpulan penyelidikan berkenaan. 1.4.7 Jumlah peruntukan yang dipohon adalah tidak melebihi siling yang telah ditetapkan. 1.5 SKOP PEMBIAYAAN 1.5.1 Pembiayaan ini akan meliputi perkara-perkara yang tersebut di para 1.1. 1.5.2 Produk/hasil penyelidikan mestilah berpotensi untuk menjana pendapatan kepada UiTM. 1.5.3 Produk/hasil penyelidikan mestilah berpotensi untuk menjana industri berasaskan ilmu/pengetahuan baru; atau 1.5.4 Produk/hasil penyelidikan yang memberi impak kemanusiaan dan kemasyarakatan bagi tujuan peningkatan nilai kehidupan dalam negara dan sejagat; atau 1.5.5 Produk/hasil penyelidikan yang berpotensi menyumbang kepada agenda strategik negara. 1.6 TEMPOH PROJEK Tempoh projek maksimum adalah lapan belas (18) bulan. 1.7 KUANTUM PEMBIAYAAN 1.7.1 Jumlah maksimum bagi setiap projek adalah RM50,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Ribu Sahaja).

1.7.2 Sejumlah 5% dari peruntukan yang diluluskan akan ditolak bagi tujuan perkhidmatan dan pemantauan projek untuk kegunaan Institut Pengurusan Penyelidikan (IRMI). 1.7.3 Penyelidik hendaklah memastikan produk/hasil penyelidikan bersedia untuk dikomersilkan. Perjanjian persetujuan pengkomersilan diantara industri dan UiTM perlu ditandatangani di akhir tempoh geran. Baki geran sebanyak 30% akan dibayar setelah perjanjian ini ditandatangani. 1.7.4 Peruntukan tambahan untuk tujuan paten akan di beri sekiranya terdapat keperluan yang bersesuaian. 1.8 PERATURAN KEWANGAN 1.8.1 UiTM cuba sebaik mungkin menyediakan peruntukan secukupnya untuk membantu para penyelidik mencapai sasaran keboleh pasaran/pengkomersilan yang tinggi bagi hasil/produk penyelidikan dan inovasi mereka. 1.8.2 Vot vot yang dipertimbangkan untuk pembiayaan adalah seperti di Lampiran 2. 1.8.3 Geran SInERGI tidak boleh digunakan bagi perkara-perkara berikut: i. Menghasilkan pelan perniagaan (Business plan) ii. Kajian pasaran (Market survey) iii. Permohonan dan pendaftaran Harta Intelek (IP filing and registration) iv. Pameran dan promosi produk (Product exhibition and promotion) 1.9 PROSES PERMOHONAN 1.9.1 Permohonan perlu menggunakan Borang Permohonan Geran SInERGI yang terkini di laman web RIBU. 1.9.2 Semua permohonan hendaklah dihantar ke: URUSETIA Synergised Industry-Experimenter Research Grant Initiative (SInERGI) Unit Pembangunan Perniagaan & Pemindahan Teknologi Research Innovation Business Unit (RIBU) Institut Pengurusan Penyelidikan & Inovasi (IRMI) UiTM-MTDC Technopreneur Centre Universiti Teknologi MARA 40450 Shah Alam. 1.9.3 Permohonan dibuka kepada projek penyelidikan yang mempunyai nilai komersil yang bersesuaian.

1.9.4 Bagi pembangunan prototaip yang melebihi siling Geran SInERGI, penyelidik mestilah mengisytiharkan semua pembiayaan yang diperolehi bagi projek tersebut. 1.9.5 Pihak penyelidik perlu menyatakan perancangan yang telah/akan diperolehi sehingga ke tahap pengkomersilan. 1.9.6 Semua permohonan Geran SInERGI perlu dilakukan secara pembentangan kepada jawatankuasa penilaian di bawah Jawatankuasa Geran SInERGI IRMI (sila lihat Lampiran 3). 1.10 HASIL PENYELIDIKAN 1.10.1 Penyelidik dimestikan untuk menghasilkan prototaip awal/asas yang memenuhi ciri-ciri/objektif yang diluluskan. 1.10.2 Setiap penyelidik perlu menyumbang sekurang-kurangnya 1 pembentangan dalam Conference on Scientific and Social Research (CSSR). 1.10.3 Penyelidik disarankan untuk memohon harta intelek ke atas hasil penyelidikan melalui RIBU. 1.10.4. Semua penyelidik perlu memastikan perancangan projek penyelidikan kearah pengkomersilan ( rujuk klausa 1.9.5) 1.11 PENGUMUMAN TARIKH PERMOHONAN 1.11.1 Tarikh Buka dan Tutup Permohonan i. Permohonan dibuka sepanjang tahun. Walau bagaimanapun, penilaian permohonan akan dijalankan setiap suku tahun atau lebih kerap jika diperlukan. ii. Makluman pembukaan akan dibuat melalui laman web RIBU. BAHAGIAN 2: PENILAIAN 2.1 PENILAIAN GERAN SInERGI 2.1.1 Permohonan Geran SInERGI akan dinilai oleh Panel Penilai IPT yang dilantik di peringkat UiTM mengikut bidang-bidang yang telah ditetapkan seperti di Lampiran 1. 2.1.2 Jawatankuasa Geran SInERGI IRMI akan memperakukan keputusan permohonan dan memaklumkan kepada Jawatankuasa Tabung Amanah IRMI.

2.1.3 Penilaian yang dibuat adalah berdasarkan kepada syarat, peraturan dan kriteria yang tersebut di atas serta lain-lain Garis Panduan UiTM.

2.1.4 Prosedur permohonan dan penilaian boleh dirujuk di Lampiran 4. Kemaskini : Jun 2017

BAHAGIAN 3: PEMANTAUAN 3.1 IMPLEMENTASI PROJEK Semua projek yang diluluskan di bawah Geran SInERGI perlu dipantau dari aspek: i. Prestasi projek; dan ii. Prestasi kewangan. 3.2 PENGAWALAN PROJEK 3.2.1 Projek yang telah dianugerahkan akan dipantau dari aspek kemajuan projek dan perbelanjaan kewangan. 3.2.2 Aset adalah menjadi hak milik UiTM dan sebarang pelupusan aset hendaklah mengikut prosedur yang ditetapkan. 3.2.3 UiTM berhak untuk menggantung atau menarik balik sokongan jika terdapat ketidak patuhan kepada perjanjian. BAHAGIAN 4: KEPUTUSAN 4.1 PEMBERITAHUAN KEPUTUSAN DAN PENGAGIHAN PERUNTUKAN 4.1.1 Surat kelulusan projek akan dimajukan kepada Ketua Projek dan salinan akan diberikan kepada ahli projek oleh pihak RIBU. 4.1.2 Pembayaran akan dibuat oleh UiTM kepada penyelidik secara berperingkat- peringkat dan mengikut terma setelah surat kelulusan geran dikeluarkan berdasarkan jumlah peruntukan yang diluluskan. BAHAGIAN 5: PERANAN 5.1 PERANAN PENYELIDIK 5.1.1 Hanya memohon Geran SInERGI bagi produk yang telah betul-betul bersedia atau berpotensi besar untuk mencapai tahap kerja penambah baikan demi keboleh pasaran dan pengkomersilan yang tinggi. 5.1.2 Memastikan borang-borang permohonan/ kemajuan/ pemantauan diisi dengan lengkap dan sempurna dan dihantar mengikut jadual. Kemaskini : Jun 2017

5.1.3 Melakukan penyelidikan dengan baik dan mengikut etika serta sentiasa menjaga nama baik universiti. 5.1.4 Memastikan projek dapat dilaksanakan mengikut jadual dan diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan. 5.1.5 Mengemukakan laporan kemajuan penyelidikan berkala dan laporan akhir seperti yang ditetapkan oleh IRMI. 5.2 PERANAN RIBU 5.2.1 Menghebahkan maklumat mengenai Geran SInERGI kepada penyelidik UiTM melalui laman web RIBU, digital LED dan blast emel. 5.2.2 Memastikan penilaian dilaksanakan mengikut garis panduan yang ditetapkan. 5.2.3 Memastikan penilaian dilaksanakan dengan mengambil kira etika manusia dan/atau haiwan (jika perlu). 5.2.4 Memastikan permohonan menepati garis panduan. 5.3 PERANAN JAWATANKUASA GERAN SInERGI IRMI 5.3.1 Menilai dan memperakukan permohonan baru yang mempunyai kebolehjayaan komersil yang tinggi. 5.3.2 Memberi kritikan membina dan memberi motivasi kepada penyelidik. 5.4 PERANAN INSTITUT INSTITUT PENGURUSAN PENYELIDIKAN & INOVASI (IRMI) 5.4.1 Memantau prestasi kemajuan penyelidikan dibawah pembiayaan Geran SInERGI 5.4.2 Mengurus dana pembiayaan Geran SInERGI serta laporan berkala dan laporan akhir penyelidikan. BAHAGIAN 6: DEKLARASI 6.1 Semua maklumat di atas adalah tertakluk kepada pindaan yang dibuat oleh UiTM. Sila dapatkan maklumat terkini daripada laman web RIBU.

LAMPIRAN 1 BIDANG PENYELIDIKAN Sains Tulen (ST) Sains Gunaan (SG) Teknologi Kejuruteraan (TK) Sains Kesihatan dan Klinikal (SKK) Sains Sosial (SS) Sastera dan Sastera Ikhtisas(SSI) Sains Tabii dan Warisan Negara (STWN) Kluster : SAINS & TEKNOLOGI 01 Kimia 05 Sains Bahan 02 Fizik 06 Matematik dan Statistik 03 Biologi 07 Lain-lain 04 Biokimia 01 Kimia 05 Sains Komputer 02 Fizik 06 Bioteknologi 03 Biologi 07 Sains Bahan 04 Matematik dan Statistik 08 Lain-lain 01 Mekanikal dan Pembuatan 06 ICT 02 Elektrik dan Elektronik 07 Tenaga 03 Kejuruteraan Awam 08 Pengangkutan 04 Bahan dan Polimer 09 Lain-lain 05 Kejuruteraan Kimia 01 Sains Perubatan Asas 08 Klinikal Surgikal 02 Farmasi 09 Klinikal Medikal 03 Farmakologi 10 Sains KesihatanBersekutu 04 Mikrobiologi Perubatan 11 Pergigian 05 Parasitologi 12 Sains Kejururawatan 06 Pathologi 13 Lain-lain 07 Perubatan Pencegahan Masyarakat Kluster : PENGURUSAN & PERNIAGAAN 01 Antropologi 06 Geografi 02 Psikologi 07 Ekonomi 03 Sosiologi 08 Ekologi Manusia 04 Sains Politik 09 Komunikasi 05 Pengurusan Perniagaan 10 Lain-lain Kluster : SAINS SOSIAL & KEMASYARAKATAN 01 Bahasa dan Linguistik 08 Seni 02 Kesusasteraan 09 Budaya 03 Agama 10 Pendidikan 04 Falsafah 11 Dasar dan Undang-undang 05 Tamadun 12 Alam Bina (aspek kemanusiaan) 06 Sejarah 13 Lain-lain 07 Seni 01 Alam Sekitar 07 Etnografi 02 Perhutanan 08 Alam Bina (Aspek Warisan) 03 Pertanian 09 Budaya 04 Marin 10 Kepelbagaian Biologi 05 Arkeologi 11 Lain-lain 06 Geologi

VOT KEWANGAN YANG DIPERAKUI Vot 11000: Upah atau gaji untuk Pegawai / Pembantu Penyelidik (RO / RA). Siling upah atau gaji bagi RO / RA adalah mengikut kelayakan dan tidak melebihi tempoh 6 bulan. Vot 21000: Perjalanan dan Pengangkutan Perjalanan domestik dan antarabangsa yang berkaitan dengan projek tidak melebihi 5% daripada jumlah. Sekiranya melebihi 5%, penyelidik perlu mendapat kelulusan dari Jawatankuasa Geran SInERGI IRMI. Vot 24000: Sewaan Sewaan hanya dibenarkan untuk bangunan, peralatan, pengangkutan dan barangan lain yang terlibat secara langsung dengan pembangunan prototaip. Vot 27000: Bekalan dan Bahan Penyelidikan Hanya perbelanjaan yang berkaitan dengan pembangunan prototaip sahaja dibenarkan. Vot 28000: Baik pulih kecil dan ubahsuai Hanya perbelanjaan untuk baik pulih dan pengubahsuaian yang kecil terhadap bangunan, makmal, peralatan atau lain-lain barang yang berkaitan dengan penyelidikan dibenarkan. Kos penyelenggaraan peralatan sedia ada semasa projek dilaksanakan adalah dibenarkan. Selepas projek selesai kos penyelenggaraan ini tidak akan ditanggung lagi oleh ini. Vot 29000: Perkhidmatan Ikhtisas Vot ini meliputi lain-lain perkhidmatan termasuk percetakan, hospitaliti, honorarium, perkhidmatan profesional, konsultansi, penggunaan komputer, pemprosesan data dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan dengan pembangunan prototaip.

JAWATANKUASA GERAN SInERGI IRMI Pengerusi Tetap Pengerusi Ganti Ahli Tetap Ahli Urusetia Penolong Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Pengarah RMC Ketua Unit Pemindahan Teknologi dan Pengkomersilan, RIBU Sekurang-kurangnya dua ahli jawatankuasa di kalangan pensyarah (Ketua/Felo IIRMI) RIBU Bil Nama Jawatan 1. YBhg. Prof. Dr. Hadariah Bahron Penolong Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) 2. Prof. Madya Dr. Ahmad Taufek Abdul Rahman Pengarah IRMI 3. Prof. Madya Dr. Ismail Bin Musirin 4. Prof Madya Dr Sharifah Aminah Syed Mohamad 5. Prof. Madya Dr. Zulkiflee Abd Latif 6. Dr Rozita Jailani Pengarah, Advanced Computing and Communication (ACC), CoRe Pengarah, Pharmaceutical & Life Sciences (PLS), CoRe Ketua Unit Pemantauan Penyelidikan, IRMI Ketua Unit Pemindahan Teknologi dan Pengkomersilan, RIBU 7. Dr. Rohana Hassan Ketua Unit Operasi Penyelidikan, IRMI 8. Cik Siti Hanum A. Rahman Urusetia, RIBU 9. En. Mohd Radzuan Mohd Aripin Urusetia, RIBU 10. En. Muhamad Shafiq Bin Muhamad Urusetia, RIBU

PROSEDUR PERMOHONAN GERAN SInERGI CARTA ALIR PENERANGAN 2A Gagal MULA 1. Borang Permohonan Geran SInERGI yang lengkap diisi oleh penyelidik akan dihantar ke pejabat RIBU. 1 1A. Sebarang maklumat tambahan yang diperlukan akan dimaklumkan oleh pihak 1A RIBU kepada penyelidik. 2. Permohonan yang dihantar akan melalui proses penilaian permohonan (saringan) yang akan dinilai 2 oleh Panel Penilai IPT. Lulus 2A. Jika permohonan gagal, penyelidik akan dimaklumkan oleh pihak RIBU. 3A Gagal 3 Lulus 3. Jika lulus, permohonan akan melalui tapisan kedua iaitu penilaian pembentangan. Perancangan penyelidikan yang dibentang akan dinilai oleh Jawatankuasa Geran SInERGI IRMI. 4 3A. Jika permohonan gagal, penyelidik akan dimaklumkan oleh pihak RIBU. 4. Jika lulus (berjaya), pihak IRMI akan mengeluarkan surat tawaran kepada penyelidik. 5 5. Dalam tempoh masa yang ditetapkan, Jawatankuasa Tabung Amanah IRMI akan mengagihkan dana kepada penyelidik secara berperingkat-peringkat. 6 6. IRMI akan memantau perkembangan kemajuan penyelidikan dan menerima laporan berkala dari penyelidik. 7 7. Penyelidik dikehendaki menghantar laporan akhir kepada IRMI pada tempoh masa yang akan ditetapkan.

TAMAT