SUHAKAM SUDAH BESAR KEPALA. Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad

dokumen-dokumen yang mirip
FUNGSI BADAN EKSEKUTIF

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

TAJUK 9 PERUNDANGAN. Parlimen Dewan Rakyat Dewan Negara Penggubalan Undang-Undang

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 1 D.R. 27/2008. Rang Undang-Undang Suruhanjaya pelantikan kehakiman 2008

ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN. mercantile

ABDUL KARIM BIN ABDUL AZIZ HARNANI BINTI SHUMSUDIN PEJABAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA TEL : E-MEL :

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

PINDAAN AKTA 355: ANTARA HARAPAN DAN REALITI

PINDAAN AKTA 355: SOALAN-SOALAN LAZIM. Oleh. Tun Abdul Hamid Mohamad

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

TAJUK 4 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 1 D.R. 9/2014 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

Bantuan Guaman (Pindaan) 1 D.R. 25/2017 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Bantuan Guaman 1971.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Pindaan) 1 D.R. 37/2017 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a [ ]

OLEH AZI RAHIMEE BIN MOHAMED

Bertempat di. Aras 5, Imperial Grand Ballroom 1 Imperial Hotel, Jalan Datuk Tawi Sli Kuching

Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 1 D.R. 28/2009 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993.

Amalan Dengan Ketekunan Wajar. 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar?

D.R. 11/2010 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

Majlis Keselamatan Negara 1 D.R. 38/2015 RANG UNDANG-UNDANG MAJLIS KESELAMATAN NEGARA 2015

POLISI DALAMAN PEMBERIAN MAKLUMAT INTERNAL WHISTLE BLOWER POLICY

membuatnya menurut Peraturan Mesyuarat Dewan ini. Dan Ahli Yang Berhormat yang telah membentangkan cadangan supaya ditangguhkan Dewan ini untuk

UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 226 AKTA TAMAN NEGARA 1980

Aduan Kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) Tentang Pencabulan Hak Asasi Manusia oleh Polis Dalam Mengendalikan Perhimpunan Aman BERSIH 5

Undang-Undang Malaysia

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

AKTA PILIHAN RAYA 1958

TAJUK 10 KEHAKIMAN. Kehakiman dan undang-undang Struktur dan fungsi mahkamah Hakim. Perlantikan Hakim Tribunal Kod Etika Hakim

KOMUNIKASI DAN PEMBELAJARAN INTERAKTIF SKP2101 BERSEMUKA1-27 OGOS Dr Zatul Himmah Adnan2016 1

KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971

Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran.

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

KURSUS TEKNIKAL UNDANG-UNDANG KADI DAN PENDAKWA NEGERI PULAU PINANG 7 Oktober 1992 hingga 8 Oktober 1992

RANG UNDANG-UNDANG. bernama. .Suatu Akta untuk meminda Akta Institut Teknologi MARA 1976.

Mahkamah Rendah (Pindaan) 1 D.R. 21/2010 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Mahkamah Rendah 1948.

KENYATAAN MEDIA SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

TAJUK 6 DEMOKRASI BERPARLIMEN

D.R. 17/99 RANG UNDANG-UNDANG BADAN BERKANUN (KUASA MEMINJAM) 1999

TAJUK 6 Demokrasi Berparlimen. Konsep demokrasi berparlimen Pilihan raya Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

Profesion Kesihatan Bersekutu 1 D.R. 24/2015 RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KESIHATAN BERSEKUTU 2015

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP14 : GARIS PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI

Institusi Raja Berperlembagaan dan bidang kuasa Yang di-pertuan Agong. Konsep Raja Berperlembagaan

SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA (SUHAKAM) KERTAS KONSEP PENDIDIKAN HAK ASASI MANUSIA DI SEKOLAH

Ahli Kimia (Pindaan) 1 D.R. 1/2015 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Ahli Kimia 1975.

OBJEKTIF. 100% Pelajar dapat menyenaraikan 3 Bidang Kuasa Badan Kehakiman

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

ETIKA MESYUARAT AGUNG

Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 1 D.R. 4/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara Malaysia

D.R. 38/91. Naskhah Sahih Bahasa Malaysia RANG UNDANG-UNDANG

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BADAK BACHOK KELANTAN

Undang-Undang Malaysia

oleh Dato Abdul Hamid bin Hj. Mohamad Hakim, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Tuan Pengerusi, Dato -Dato, Tuan-Tuan yang saya hormati sekalian,

PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

D.R. 44/96 RANG UNDANG-UNDANG LAPORAN KEWANGAN 1996

mesyuarat agung perwakilan diadakan. Sebarang usul tergempar tidak dibenarkan.

PENGELASAN SURATAN RASMI

D.R. 4/96. Naskhah Sahih Bahasa Kebangsaan RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Angkatan Tentera 1972.

D.R. 4/90 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) [ ]

UNDANG-UNDANG (PERUNTUKAN KHAS) Akta 202 CETAKAN SEMULA. Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

D.R. 13/2008 RANG UNDANG-UNDANG IDENTIFIKASI ASID DEOKSIRIBONUKLEIK (DNA) 2008 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN 1 PERMULAAN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA. Akta 62 AKTA AUDIT Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 680 AKTA AKTIVITI KERAJAAN ELEKTRONIK 2007 SUSUNAN SEKSYEN

Perdagangan Strategik (Pindaan) 1 D.R. 3/2017 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Perdagangan Strategik 2010.

Pergigian 1 D.R. 46/2017 RANG UNDANG-UNDANG PERGIGIAN 2017

D.R. 35/2009 RANG UNDANG-UNDANG PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2009

Pasukan Sukarelawan Malaysia 1 D.R. 21/2012 RANG UNDANG-UNDANG PASUKAN SUKARELAWAN MALAYSIA 2012

KOPERASI KKGLM MALAYSIA BERHAD ATURAN AKTIVITI PINJAMAN

Sebab-sebab pembiayaan Kewangan Politik di Malaysia memerlukan pengubahsuaian

PERANAN PIHAK BERKUASA PERANCANG TEMPATAN DALAM PEMBANGUNAN TANAH

Undang-Undang Malaysia

Sistem dan Struktur Pentadbiran Negara

2.2 Sekolah bermaksud semua sekolah menengah di Malaysia. 2.3 Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan adalah individu yang dilantik oleh pihak penganjur.

D.R. 20/95 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

PERANCANGAN BANDAR & WILAYAH DI MALAYSIA:

D.R. 35/95 RANG UNDANG-UNDANG PENDIDIKAN 1995

AKTA PENGURUSAN STRATA 2013 (AKTA 757)

Ruj. Kami : 20684/135 (/? ) r it W November 2010

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

NO. AWARD : 900 TAHUN 2016

) DI BAWAH JAGAAN DAN KAWALAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

PERLEMBAGAAN Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas... Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT PERTAMA. PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KETIGA BELAS, MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT LIS AN

PENILAIAN PENGGALAN SEJAGAT (UPR) PENGENALAN MENGENAI PENILAIAN PENGGALAN SEJAGAT (UPR)

PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU (UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION) No. Pendaftaran 676/88 (Wilayah Persekutuan) UMNO

MANUAL RUJUKAN INSTITUSI KEWANGAN ISLAM KEPADA MAJLIS PENASIHAT SHARIAH

Umur Persaraan Minimum 1 D.R. 26/2012 RANG UNDANG-UNDANG UMUR PERSARAAN MINIMUM 2012

DRAF GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MAJLIS DAN IPG KPM

D.R. 9/2010 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Keretapi DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

BORANG PERMOHONAN PENENTUSAHAN SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA BAGI PELANTIKAN ATAU PELANTIKAN SEMULA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

KAEDAH-KAEDAH PENGANTARAAN KLRCA JADUAL-JADUAL PENGANTARAAN KLRCA

AKTA SENJATA API (PENALTI LEBIH BERAT) 1971

Transkripsi:

1 SUHAKAM SUDAH BESAR KEPALA Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad Saya merujuk kepada laporan Malaysiakini 18 Disember 2018 bertajuk SUHAKAM mahu cadangan dijadikan mandatori, yang berbunyi seperti berikut: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) akan mengajukan usul kepada Pejabat Peguam Negara dan menteri undang-undang untuk meminda Akta Suhakam bagi memastikan kerajaan mengambil tindakan pada setiap cadangan yang diberikan suruhanjaya itu. Jelas Pesuruhjaya Suhakam, Jerald Joseph (gambar), ketika ini Suhakam hanya bertindak sebagai penasihat kepada kerajaan berhubung isu hak asasi manusia. "Kita mahu memastikan agar nasihat yang kami berikan dapat dijadikan tindakan, di mana kerajaan diwajibkan mengambil tindakan (berdasarkan cadangan yang diberikan). "Jika kerajaan tidak dapat melakukannya, mereka perlu memberikan sebab yang munasabah. Itu kuasa yang sepatutnya diberikan kepada sebuah suruhanjaya," katanya pada sidang media di majlis pelancaran laporan tahunan Suhakam 2017 di Kuala Lumpur hari ini. Ia diakhiri dengan kenyataan, Berita lanjut menyusul. Pertama sekali, saya ingin tahu sama ada kenyataan itu kenyataan peribadi Jerald Joseph atau kenyataan SUHAKAM. Dengan menggunakan kata-kata Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) akan mengajukan usul... Jerald Joseph seolah-olah bercakap bagi pihak SUHAKAM. Tetapi, beliau adalah salah seorang Pesuruhjaya SUHAKAM. Saya tidak pasti terdapat berapa orang Pesuruhjaya SUHAKAM sekarang. Carian di internet menunjukkan hanya lapan orang termasuk Pengerusinya. Seksyen 5(1) Akta SUHAKAM memperuntukkan bilangan Pesuruhjaya tidak melebihi 20 orang. Biar berapa orang pun Pesuruhjaya SUHAKAM, kita hairan mengapa Jerald Joseph sahaja yang kerapkali mengeluarkan kenyataan media. Pesuruhjaya-Pesuruhjaya lain tidak pula kedengaran suara mereka. Mungkin mereka tahu peranan mereka. Jika demikian, mengapa Pengerusi SUHAKAM membiarkan Pesuruhjaya yang tidak tahu peranannya atau sengaja mengambil kesempatan mengeluarkan kenyataan-kenyataan mengenai SUHAKAM? Walau pun perkataan Pesuruhjaya itu hebat bunyinya, ia tidak lebih daripada seorang ahli sebuah jawatankuasa. Dia tidak boleh membuat keputusan bagi pihak SUHAKAM dan bercakap bagi pihak suruhanjaya itu, melainkan jika dia dilantik oleh suruhanjaya itu sebagai jurucakapnya. Jika ada sesuatu kenyataan yang hendak dikeluarkan untuk makluman orang ramai, sepatutnya Pengerusinyalah yang membuat kenyataan itu.

2 Jika kenyataan itu bukan kenyataan SUHAKAM, pertama sekali, Malaysiakini perlulah lebih berhati-hati dalam membuat laporan. Pengerusi SUHAKAM pula perlu menafikan atau menjelaskannya. Bukan itu sahaja, Jerald Joseph perlu ditegur dan diarahkan supaya tidak mengulanginya di masa hadapan. Jika Pengerusi SUHAKAM tidak mengambil tindakan-tindakan yang saya sebutkan itu, saya khuatir beliau akan dilihat sebagai lemah dan hanya mengikut apa yang dikatakan oleh ahli atau ahli-ahlinya. Oleh sebab kenyataan itu menyebut bahawa Suhakam akan mengajukan usul, saya akan berhujah berdasarkan ia adalah satu kenyataan SUHAKAM. Jika kenyataan itu adalah kenyataan peribadi Jerald Joseph, maka apa yang saya katakan ini, terpakai kepadanya sahaja. SUHAKAM adalah satu suruhanjaya. Perlembagaan menubuhkan beberapa suruhanjaya, seperti Suruhanjaya Pilihan Raya, Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Pasukan Polis dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan. Perhatikan bahawa SUHAKAM bukanlah satu suruhanjaya yang ditubuh oleh Perlembagaan. SUHAKAM ditubuh oleh undang-undang yang bernama Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) 1999 (Akta 597), sama seperti penubuhan suruhanjaya-suruhanjaya di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950; Akta Suruhanjaya Perkhidmatan 1957 [Akta 393]; Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998; Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2001 [Akta 614]; Akta Suruhanjaya Tenaga 2001; Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007 [Akta 665], Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694); Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 (Akta 695); Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 (Akta 700); Akta Pengangkutan Awam Darat 2010; Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 [Akta 771] dan lain-lain. Selain daripada dua kategori itu, terdapat pula suruhanjaya siasatan yang ditubuh apabila perlu untuk menyiasat sesuatu perkara seperti suruhanjaya menyiasat video V.K. Lingam dan kematian Teoh Beng Hock. Semua suruhanjaya-suruhanjaya itu menjalankan tugas masing-masing dalam lingkungan bidangkuasa yang diberi kepadanya dan di dalam sistem (within the system) kenegaraan Malaysia yang ditetapkan oleh Perlembagaan. Melaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan. Kerajaan terbahagi kepada Badan Eksekutif, Perundangan dan Kehakiman.

3 Dasar negara terletak dalam bidangkuasa Eksekutif (Kerajaan) yang diputuskan oleh Masyuarat Jemaah Menteri (Kabinet). Badan Kehakiman (mahkamah) tidak boleh mengambil alih tugas menentukan dasar negara. Malah Majlis Raja-Raja pun tidak boleh menentukan dasar negara atau mengarah Kerajaan (Eksekutif) mengenai sesuatu dasar negara. Majlis Raja-Raja cuma..boleh menimbang teliti soal-soal mengenai dasar negara... (Perkara 38 Fasal (2)(c)). Demikian juga Badan Perundangan (Parlimen). Ia tidak boleh menentukan soal-soal dasar bagi pihak Eksekutif melainkan jika penentuan atau pindaan dasar itu memerlukan pindaan Perlembagaan atau undang-undang dibuat atau dipinda. Dalam keadaan yang baru disebut itu, Parlimen boleh menolak sesuatu cadangan kerajaan (Eksekutif). Elok kita peringatkan bidangkuasa SUHAKAM seperti yang diperuntukkan oleh Akta 597. Seksyen 4(1) memperuntukkan: 4. (1) Bagi membantu melindungi dan memajukan hak asasi manusia di Malaysia, fungsi Suruhanjaya adalah (a) (b) untuk menasihati dan membantu Kerajaan dalam merumuskan perundangan dan arahan dan tatacara pentadbiran dan mengesyorkan langkah-langkah perlu yang hendaklah diambil; (c) untuk mengesyorkan kepada Kerajaan berkenaan dengan penandatanganan atau penyertaan dalam triti dan surat cara antarabangsa yang lain dalam bidang hak asasi manusia; dan Seksyen 4(4) memperuntukkan: (4) Bagi maksud Akta ini, perhatian hendaklah diberikan kepada Perisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia 1948 setakat yang perisytiharan itu tidak tak selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. Seperti suruhanjaya-suruhanjaya lain juga, SUHAKAM dikehendaki bekerja dalam sistem (work within the system). Walaupun ia dikehendaki memberi perhatian (regard shall be had) kepada peruntukan Universal Declaration of Human Rights 1948, itu pun setakat ia tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Ini Pesuruhjaya-Pesuruhjaya SUHAKAM perlu ingat. Jangan kerana SUHAKAM dikehendaki memberi perhatian kepada peruntukan-peruntukan Universal Declaration of Human Rights, maka ia tidak tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan lagi. Jika Pesuruhjaya-Pesuruhjaya SUHAKAM mengetahui sedikit mengenai sistem kenegaraan di mana-mana sahaja di dunia ini dan yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan, tentu sekali mereka tidak akan tergamak membuat

4 cadangan seperti itu, melainkam jika mereka sudah besar kepala dan merasakan kedudukan mereka lebih tinggi daripada Yang di-pertuan Agong, Majlis Raja-Raja, Badan Kehakiman dan Parlimen (tertakluk kepada apa yang saya katakan sebelum ini.) Saya berkata demikian kerana: 1. Yang di-pertuan Agong pun, melainkan dalam berberapa perkara tertentu, bertindak atas nasihat Perdana Menteri dan, mengikut konvensyen, nasihat itu mestilah diikuti. Penentuan dasar negara ditentukan oleh Eksekutif sepenuhnya. 2. Majlis Raja-Raja juga pun boleh membuat keputusan sendiri hanya dalam perkaraperkara yang terhad sahaja. Mengenai dasar negara, Majlis Raja-Raja hanya boleh menimbang teliti (deliberate). 3. Badan Kehakiman, walau pun full bench Mahkamah Persekutuan, tidak boleh campur tangan soal-soal dasar negara yad kerapkali disebut sebagai dasar awam (public policy). 4. Parlimen hanya boleh campur tangan hal-hal dasar awam jika perkara itu di bawa kepadanya melalui Rang Undang-Undang atau usul. Ini boleh difahami kerana ahli-ahli Parlimen adalah dipilih melalui pilihan raya. Itulah yang dipanggil demokrasi berparlimen. Ahli-ahli Kabinet hanya sebahagian daripada mereka. Hakim-hakim dan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya kesemuanya hanya dilantik. Bahawa mereka dilantik oleh Yang di-pertuan Agong tidak meletakkan kedudukan mereka lebih tinggi daripada Yang di-pertuan Agong. 5. Pesuruhjaya-Pesuruhjaya SUHAKAM bukanla lebih utama daripada Pesuruhjaya- Pesuruhjaya suruhanjaya-suruhanjaya lain, apatah lagi institusi-institusi 1 hingga 4. Nampaknya SUHAKAM hendak mengubah structure pemerintahan Malaysia dengan meletakkan SUHAKAM yang ahli-ahlinya dilantik lebih berkuasa daripada Kabinet dan Parliament yang ahli-ahlinya dipilih dalam pilihan raya umum. Memandangkan kenyataan berkenaan dibuat tidak lama selepas kekecewaan SUHAKAM dalam isu ratifikasi ICERD, saya percaya ia ada kaitan dengannya. Kita tahu SUHAKAM memang memperjuangkan ratifikasi ICERD. Ternyata SUHAKAM dikecewakan oleh Tun Dr Mahathir sebanyak tiga kali dalam bilangan hari yang sama. Pertama, Perhimpunan Hari Hak Asasi Manusia anjuran SUHAKAM yang dijadualkan pada 8 Disember 2018 (sama sehari dengan perhimpunan 812) dan akan dihadiri oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir itu ditangguh atas nasihat Polis dan Perdana Menteri. Kedua, Perdana Menteri menyatakan beliau tidak akan menghadiri perhimpunan anjuran SUHAKAM itu.

5 Ketiga, alasan beliau adalah Kerajaan telah memutuskan tidak akan meratifikasi ICERD. SUHAKAM masih hendak meneruskannya. Bagaimana saya hendak hadir? Tiga pukulan oleh Perdana Menteri dalam masa tiga hari memang cukup berat untuk diterima oleh SUHAKAM. Maka, selepas mengadakan perhimpunan itu, Pengerusi SUHAKAM dengan nada sinis dilaporkan berterima kasih kepada Tun Dr. Mahathir kerana tidak hadir. Ketidak hadirannya membolehkan mereka melakukan apa yang mereka hendak lakukan tanpa gangguan, katanya. Nampaknya Pengerusi SUHAKAM pun sudah berani perli Perdana Menteri. Carian dalam internet menunjukkan terdapat dua orang wanita comel Melayu/Islam, ahli akademik yang menjadi Pesuruhjaya SUHAKAM. Kita tidak pernah mendengar mereka bercakap mengenai SUHAKAM. Mungkin sebagai ahli akademik berlatarbelakangkan undang-undang, mereka tahu peranan mereka. Biar apa pun, datang dari kampus di mana mereka digeruni (kerana kelulusan mereka) dan ditakuti (tidak lulus) oleh pelajar-pelajar, saya harap mereka dapat menyesuaikan diri dengan dunia luar yang lebih mencabar dan lebih kasar dengan meninggikan suara mereka, bersikap lebih assertif dan aggressif supaya mereka tidak dibuli atau dipinggirkan. Kita ingin tahu apa pendirian mereka, sebagai professor dan ilmuan undang-undang, mengenai cadangan itu. Jika mereka menyokongnya, apa hujah-hujah mereka terhadap hujah-hujah yang telah saya kemukakan itu. Jika tidak, adakah mereka menentangnya dalam mesyuarat SUHAKAM dan adakah mereka menerima keputusan majoriti? Atau, adakah mereka hanya mengikut arus? 20 12 2018 tunabdulhamid@gmail.com http://www.tunabdulhamid.my https://tunabdulhamid.me