PENYELARASAN PENGAMBILAN...

dokumen-dokumen yang mirip
INFO E-BOOK INFO E-BOOK PANDUAN PEMOHONAN UPU 2018/19

MANUAL PENGGUNA BAHAGIAN PENGURUSAN KEMASUKAN PELAJAR

MANUAL PENGGUNA SISTEM PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR KE UNIVERSITI AWAM PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM SETARAF SESI AKADEMIK 2017/2018

PANDUAN PENGENDALIAN PERMOHONAN

SISTEM PERMOHONAN KEMASUKAN KE INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI AWAM PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN

2. Program dan institusi-institusi yang ditaja adalah seperti berikut:

ANUGERAH BIASISWA LUAR NEGARA PNB 2018

GARIS PANDUAN GAP YEAR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERMOHONAN KEMASUKAN CALON LALUAN KHAS CSR KE PROGRAM BACELOR BAGI SEMESTER PERTAMA SESI 2015/2016

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQ) BAGI PROGRAM DERMASISWA B40 TAHUN 2017

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN CUTI GAP YEAR UNIVERSITI MALAYA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MASUK KE TINGKATAN ENAM BAWAH 2009 DI SEKOLAH MENENGAH HARIAN

PANDUAN MENGISI BORANG MELALUI APLIKASI DALAM TALIAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA, TEVT & ILKA BAGI PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM/SETARAF

Panduan Pengambilan Kata Laluan Dan Pengisian Borang Permohonan Dalam Talian (Online)

PANDUAN MENGISI BORANG

berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

Senarai Kandungan. Bil. Modul & Menu Muka surat

ARAHAN KERJA RAYUAN KEMASUKAN PELAJAR KE PROGRAM PENGAJIAN PRASISWAZAH

Modul e-daftar. (Sesi 2014/2015)

MANUAL PENGGUNA SISTEM MAKLUMAT PELAJAR EKSEKUTIF 01 Disember, 2016

HALATUJU SELEPAS PMR TAHUN 2012

2. Program dan institusi-institusi yang ditaja adalah seperti berikut: PROGRAM INSTITUSI BIDANG

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Sungai Lang Sungai Air Tawar SELANGOR, MALAYSIA

2.1 Kejohanan berpasukan dan individu terbuka kepada pelajar Universiti/kolej, Universiti Awam Malaysia, dan Universiti Jemputan MASUM.

SIJIL SOKONGAN LUAR NEGARA ( Untuk kegunaan kepada pelajar yang berhasrat mengikuti program pengajian di luar negara )

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

TERMA DAN SYARAT PERMOHONAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN Sila baca kelayakan dan peringatan di bawah sebelum mengisi borang

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM2, (Minimum) - RM 9, (Maksimum)

PROGRAM PENGAJIAN SEPARUH MASA SOALAN-SOALAN LAZIM

PANDUAN PENGGUNAAN PERMOHONAN BANTUAN DERMASISWA PELAJARAN PUSAT PENGAJIAN TINGGI / PONDOK MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG

Panduan Permohonan Kemasukkan

PANDUAN PENGGUNA HRMIS ATM

A. BAHAGIAN I BUTIR-BUTIR PERIBADI

OLAHRAGA Kejohanan individu dan berpasukan terbuka kepada pelajar Universiti Awam Malaysia dan Universiti Jemputan MASUM.

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM1, (Minimum) - RM8, (Maksimum)

berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG KADAR YURAN PELAJAR BAHARU DIPLOMA SEMESTER PERTAMA

LANGKAH LANGKAH SEBELUM HADIR MELAPOR DIRI

INSTITUT PENYELIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA MALAYSIA (MIROS)

PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN

TAWARAN BIASISWA PENUH PENDIDIKAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN TAHUN 2018

Panduan Pengambilan Kata Laluan Dan Pengisian Borang Permohonan Dalam Talian (Online)

POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI Behrang Stesen Behrang PERAK, MALAYSIA

L: I/'-9W"1...,... Jabatan Pendaftar SENARAISEPERTIEDARAN. Y. Shg. Prof/Dato'!Tuan/Puan, Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

ISI KANDUNGAN. Senarai Rajah v. Senarai Jadual...vii. Senarai Persamaan viii. Senarai Singkatan...ix. Ringkasan Eksekutif..xii

IKLAN JAWATAN KOSONG

PROGRAM GAP YEAR. UiTM dan Angkatan Tentera Malaysia 1 Tahun. UiTM dan Angkatan Pertahanan Malaysia 1 Tahun. UKM dan Polis DiRaja Malaysia 1 Tahun

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM1, (Minimum) - RM8, (Maksimum)

BORANG PERMOHONAN PINJAMAN PENGAJIAN TINGGI TIMUR TENGAH TAJAAN MAJIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN

TAKLIMAT PINJAMAN PENDIDIKAN PTPTN KEPADA PELAJAR BAHARU IPT

PANDUAN PELAN DATA GURU 2GB SEKOLAH-SEKOLAH 4G PROJEK PERKHIDMATAN 1BESTARINET FASA 2 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Tahniah diucapkan kerana berjaya ditawarkan Pengajian di Politeknik.

2. Semua calon pelajar dikehendaki mematuhi dan melaksanakan perkara-perkara berikut:

CENTRE OF TECHNICAL EXCELLENCE SARAWAK BORANG PERMOHONAN

PANDUAN PENGGUNA UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU) JABATAN PERDANA MENTERI

LULUSAN DIPLOMA/SETARAF ALIRAN SASTERA SENARAI SEMUA PROGRAM YANG DITAWARKAN OLEH UNIMAP

IKLAN JAWATAN KOSONG

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2017 PENAMBAHBAIKAN WAKTU BEKERJA BERPERINGKAT (WBB) DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

SOALAN-SOALAN LAZIM - PENERAJU TUNAS POTENSI (DERMASISWA)

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

IKLAN JAWATAN KOSONG KAKITANGAN BUKAN AKADEMIK KUMPULAN PERKHIDMATAN PELAKSANA

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA MALAYSIA

POLITEKNIK JELI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Jalan Raya Timur Barat Jeli KELANTAN, MALAYSIA

JADUAL PENDAFTARAN PELAJAR SENIOR SESI JUN 2017

SOALAN-SOALAN LAZIM - PENERAJU TUNAS POTENSI (DERMASISWA)

FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQ) BAGI PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA (PIDN) TAHUN Apakah itu Program Ijazah Dalam Negara Tahun 2017?

GARIS PADUAN PELAKSANAAN POLISI PENAWARAN KERJA SAMBILAN KEPADA PELAJAR UniMAP MENGGUNAKAN PERUNTUKAN TABUNG DEDIKASI DIRI.

LULUSAN MATRIKULASI/ASASI ALIRAN PERAKAUNAN SENARAI SEMUA PROGRAM YANG DITAWARKAN OLEH UTM

BAHAGIAN BIASISWA KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

BUKU PANDUAN KEWANGAN PROGRAM DIPLOMA SEPENUH MASA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Pendaftaran Pelajar Baharu Sarjana Muda Teknoloqi Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk Automotif) Politeknik Sultan Azlan Shah bagi Sesi September 2017

SENARAI PROGRAM PENGAJIAN DI IPTA UNTUK LEPASAN SPM - KATEGORI & ALIRAN KEMASUKAN

MANUAL PENGGUNA SISTEM PINJAMAN PELAJARAN MARA (SPIP) 1 P age

PROGRAM PENGAJIAN SEPARUH MASA SOALAN-SOALAN LAZIM. ~ Setiap program dan pusat ditawarkan adalah berbeza bagi setiap pengambilan

(MASA) Hari terakhir bekerja sebelum semester bermula

LULUSAN MATRIKULASI/ASASI ALIRAN KEJURUTERAAN SENARAI SEMUA PROGRAM YANG DITAWARKAN OLEH UMS

PEKELILING BENDAHARI BIL.2/2009 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

PEKELILING BENDAHARI BIL.2/2009 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR

MANUAL PENGGUNA (KHUSUS UNTUK KEGUNAAN PEMOHON BAGI PROGRAM ANAK EMAS SAHAJA) isejahtera. Permohonan Program Anak Emas Secara Atas Talian

(bankislam.biz), atau - Mesin ATM BIMB, atau - Mesin Cash Deposit (CDM) BIMB

DASAR KENAIKAN PANGKAT BAGI STAF BUKAN AKADEMIK UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

Tatacara Permohonan Majlis Konvokesyen Ke 5, 2018 Politeknik Jeli

Pelajar layak memohon pembiayaan pendidikan sekiranya memenuhi syaratsyarat

Manual Pengguna Sistem E-Tawaran dan E-Daftar UTM Sesi Akademik 2015/2016

PANDUAN SYARAT KHAS PROGRAM PENGAJIAN DI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

PANDUAN PENGGUNAAN APLIKASI

21030 Kuala Terengganu Terengganu, Malaysia

JADUAL PENDAFTARAN PELAJAR SENIOR SESI DISEMBER 2016

SOALAN-SOALAN LAZIM - PENERAJU TUNAS POTENSI

PANDUAN SYARAT KHAS PROGRAM PENGAJIAN DI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

PERMOHONAN KEMASUKAN PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH (PJJ)

GARIS PANDUAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN NIC KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (NRGS-KPM) (NICHE RESEARCH GRANT SCHEME)

Transkripsi:

ISI KANDUNGAN 1. PENYELARASAN PENGAMBILAN... 2 Program Pengajian UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA... 3 Penyelarasan Penawaran... 4 2. PEMBELIAN NOMBOR UNIK ID... 4 3. e-panduan... 5 Syarat Am Kemasukan... 5 Syarat Khas... 5 4. PERMOHONAN... 6 Kategori Permohonan... 6 Sah dan Hantar... 8 Semakan Permohonan... 8 Kemas kini Permohonan... 8 5. PEMPROSESAN DAN PEMILIHAN... 9 Penentuan Aliran... 9 Dasar dan Kriteria Pemilihan... 9 Markah Kokurikulum... 10 Pengiraan Merit... 10 Proses Pemilihan jaya... 12 6. HEBAHAN... 13 Surat Tawaran... 14 7. RAYUAN... 14 8. TARIKH-TARIKH PENTING... 15 CONTOH PENGIRAAN MARKAH MERIT ALIRAN SAINS... 16 CONTOH PENGIRAAN MARKAH MERIT ALIRAN SASTERA... 18 1

Dasar dan Prosedur Kemasukan ke Program Pengajian Asasi, Diploma dan Sijil di UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA Bagi Lepasan SPM Sesi Akademik 2019/2020 1. PENYELARASAN PENGAMBILAN 1.1 BPKP JPT menyelaras permohonan, pemprosesan dan pemilihan bagi Program Pengajian Lepasan SPM untuk Ambilan Jun / Julai yang dikategorikan kepada dua (2) saluran kemasukan iaitu : a) Universiti Awam (UA) b) Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) UNIVERSITI AWAM (UA) Universiti Penyelidikan 1. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 2. Universiti Putra Malaysia (UPM) 3. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Universiti Komprehensif 4. Universiti Teknologi MARA (UiTM) 5. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) 6. Universiti Malaysia Sabah (UMS) 7. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Universiti Berfokus 8. Universiti Utara Malaysia (UUM) 9. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 10. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) 11. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) 12. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) 13. Universiti Malaysia Terengganu (UMT) 14. Universiti Malaysia Pahang (UMP) 15. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 16. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) 17. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) POLITEKNIK Politeknik Premier 1. Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak (PUO) 2. Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor (PSA) 3. Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, Johor (PIS) 2

Politeknik Konvensional/ METrO (33 Politeknik lain selain daripada Politeknik yang disenaraikan di atas) KOLEJ KOMUNITI 99 Kolej Komuniti di Semenanjung, Sabah dan Sarawak INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN AWAM (ILKA) 1. Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG) 2. Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI) Institut Latihan Perindustrian (ILP) 3. Bahagian Latihan Kemahiran Pertanian (BLKP) 4. Majlis Amanah Rakyat (MARA) Institut Kemahiran MARA (IKM) Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Program Pengajian UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA 1.2 Program pengajian yang terbuka kepada pemohon berketurunan Melayu, Anak Negeri Sabah, Anak Negeri Sarawak dan Orang Asli Semenanjung sahaja: Semua program pengajian di UiTM; Asasi UIAM; Asasi Sains UM; Asasi UNIMAS; Asasi UMS; Asasi UniSZA; Asasi STEM UMT dan Sijil dan Diploma di IKM dan KKTM 1.3 Program pengajian yang terbuka kepada semua pemohon yang berkelayakan : Asasi Pengajian Islam UM; Asasi dan Diploma UPM dan UPNM; Tamhidi USIM; Asasi UKM, UUM; Diploma UPSI, UTHM, UMT, UTeM, UMP, UMS, UniMAP, UniSZA, Politeknik, IKTBN, BLKP, JMTI, ILP dan ADTEC; 3

Diploma Lanjutan di JMTI; Sijil Lanjutan di IKTBN; dan Sijil di Kolej Komuniti, IKBN, AKBG, ILP, BLKP dan IKM. Penyelarasan Penawaran 1.4 Melaksanakan tawaran terbuka dengan Bahagian Matrikulasi KPM, Bahagian Pendidikan Guru KPM dan Penaja bagi kemasukan ke UA sahaja. Pemohon boleh memilih mana-mana tawaran berdasarkan minat pemohon ke atas program pengajian yang ditawarkan. 1.5 Melaksanakan penyelarasan penawaran bersama agensi yang mengendalikan program TVET bagi Lepasan SPM untuk kemasukan ke Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) iaitu : a) Pemohon yang tidak mendapat tawaran UA dan berjaya ditawarkan ke program Diploma Politeknik dan ILKA tidak dibenarkan mengemukakan rayuan ke UA. 2. PEMBELIAN NOMBOR UNIK ID 2.1 Sebelum mengemukakan permohonan, pemohon dikehendaki membeli Nombor Unik ID di Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat dan kaedah pembelian Nombor Unik ID adalah secara individu seperti berikut: a) Pembelian mulai 25 Februari hingga 01 April 2019. Jualan Nombor Unik ID ditutup sehari awal daripada tarikh tutup permohonan. b) Pembelian secara individu melalui kaunter BSN, Mesin Automated Teller Machine (ATM) dan Perbankan Internet (mybsn). Pembelian melalui kaedah Mesin Automated Teller Machine (ATM) dan Perbankan Internet (mybsn) memerlukan pemohon / ibu bapa memiliki Akaun GIRO BSN. c) Bayaran pembelian No. Unik ID sebanyak RM15.60 sahaja. d) Salinan Kad Pengenalan / MyKad pemohon perlu dikemukakan semasa pembelian. e) Pembelian Nombor Unik ID mestilah berdasarkan Nama dan Nombor Kad Pengenalan / MyKad pemohon. BSN akan mengeluarkan salinan resit pembayaran bersama-sama dengan Nombor Unik ID. 2.2 Jangan dedahkan Nombor Unik ID kepada orang lain, kerana ianya adalah SULIT. 4

3. e-panduan 3.1 Semua program pengajian yang ditawarkan oleh UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA bagi Sesi Akademik 2019/2020 boleh didapati dalam e-panduan dengan melayari pautan URL seperti berikut : a) Universiti Awam (UA): https://online.moe.gov.my/upu/epanduan/index.php b) Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA : https://online.moe.gov.my/upu/vteilka/fepanduan/index.php 3.2 Pemohon hanya pilih Senarai Program Pengajian Yang Ditawarkan SPM Klik butang MASUK. Pemohon boleh mendapatkan maklumat program pengajian yang ditawarkan mengikut Institusi Pengajian, Aliran dan Bidang. 3.3 Selain daripada senarai program pengajian yang ditawarkan, pemohon juga boleh mendapatkan maklumat berkenaan syarat am dan khas yang telah ditetapkan. Syarat Am Kemasukan 3.4 Hanya warganegara Malaysia yang mempunyai No. KP / MyKad sahaja layak yang mengemukakan permohonan. Syarat am kemasukan selain warganegara Malaysia adalah : a) UA dan Politeknik Premier Memiliki Sijil SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah mulai tahun 2013 dalam peperiksaan SPM b) Politeknik Konvensional / METrO, Kolej Komuniti dan ILKA Boleh membaca, menulis dan mengira Syarat Khas 3.5 Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat khas program pengajian seperti yang dinyatakan dalam SYARAT KHAS PROGRAM e-panduan Permohonan Kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA. 5

4. PERMOHONAN 4.1 Iklan Permohonan Kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA bagi Program Pengajian Lepasan SPM Sesi Akademik 2019/2020 akan disiarkan pada hari Ahad sebanyak dua (2) kali iaitu pada 24 Februari 2019 dan 24 Mac 2019. 4.2 Permohonan akan dibuka mulai 25 Februari 2019 jam 12.00 tengah hari dan ditutup pada 02 April 2019 jam 11.59 malam. 4.3 Pemohon Lepasan SPM diwajibkan mengemukakan permohonan kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA melalui Sistem UPUOnline sahaja di http://upu.moe.gov.my. 4.4 Pastikan sebelum mengisi maklumat dalam UPUOnline, pemohon dinasihatkan membaca terlebih dahulu panduan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan bagi mengelakkan pemohon memilih program yang tidak melepasi syarat khas program. Kategori Permohonan 4.5 Permohonan kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA bagi Program Pengajian Lepasan SPM Sesi Akademik 2019/2020 hanya dibuka untuk kategori berikut :- Kategori A Pemohon Lepasan SPM 2018 Kategori B Pemohon Lepasan SPM 2017 atau 2016 4.6 Pemohon dikehendaki Daftar Kali Pertama bagi mengakses UPUOnline untuk permohonan kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA. 4.7 Pemohon wajib memasukkan enam (6) item berikut untuk membuat Daftar Kali Pertama :- a) No Kad Pengenalan b) Alamat E-mel c) Nama Ibu d) Kata Laluan e) Kod Keselamatan f) Soalan Keselamatan Profil Akaun 4.8 Pemohon wajib memasukkan lima (5) item berikut untuk mengemukakan permohonan kali pertama :- a) No. Kad Pengenalan/MyKAD Semasa Pendaftaran Peperiksaan b) No. Unik ID c) Jenis Permohonan d) Program Pengajian e) Kategori 6

Daftar Kali Pertama Login Isi Maklumat Peribadi Isi Maklumat Keluarga Semak semua maklumat yang dimasukkan adalah betul Isi Maklumat Lain- Lain Isi Maklumat Pilihan Program Pengajian Maklumat Akademik Klik Sah & Hantar Paparan Slip Permohonan dalam format PDF Rajah 1 - Carta Alir Permohonan UPUOnline 4.9 Sekiranya pemohon telah mendaftar, pemohon boleh login dengan hanya menggunakan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah dimasukkan semasa Daftar Kali Pertama dibuat. 4.10 Pemohon perlu membuat pilihan program pengajian seperti berikut : UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA Bilangan Pilihan 12 Wajib isi 5 Program Pengajian Temu Duga 1 hingga 4 4.11 Bagi pilihan program / kursus di Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA, calon dibenarkan memilih program pengajian yang sama namun pusat latihan perlulah berbeza. 4.12 Semua program pengajian yang ada temu duga ditandakan dengan tanda (#) pada akhir nama program pengajian dalam UPUOnline. 4.13 Maklumat penting yang wajib diisi oleh pemohon ditandakan dengan tanda (*) dalam borang UPUOnline. Manakala tanda (**) adalah merujuk kepada wajib mengisi salah satu medan maklumat. 4.14 Dalam borang UPUOnline, calon Lepasan SPM akan dipaparkan dengan 12 pilihan program bagi kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA. Calon perlu mengemaskini pilihan program yang layak enam (6) hari selepas keputusan SPM diumumkan. Baharu 7

Sah dan Hantar 4.15 Pemohon wajib klik butang Sah dan Hantar bagi memastikan maklumat permohonan telah selamat diterima oleh sistem. Maklumat yang dicetak sebelum klik butang Sah dan Hantar tidak boleh dijadikan sebagai bukti bahawa pemohon telah berjaya mengemukakan permohonan. 4.16 Setelah klik butang Sah dan Hantar, penyataan Terima Kasih! Permohonan Anda Telah Selamat Diterima Oleh Sistem dan Slip Permohonan Kemasukan Pelajar akan dipaparkan dengan maklumat seperti berikut:- a) Tarikh permohonan; b) Masa permohonan; c) Rujukan permohonan; d) Semua maklumat permohonan yang telah diisi; e) Peringatan pengemaskinian pilihan program; dan Baharu f) Tarikh-tarikh penting hebahan dan panggilan temu duga. 4.17 Pemohon yang telah berjaya mengemukakan permohonan, laman web ini akan memaparkan Slip Permohonan Kemasukan Pelajar. Maklumat lengkap permohonan boleh dicetak melalui pautan Cetak Slip. Semakan Permohonan 4.18 Pemohon yang telah berjaya mengemukakan permohonan boleh membuat semakan permohonan melalui paparan Dashboard di laman utama UPUOnline yang mengandungi maklumat berikut : a) Tarikh dan Masa Hantar Permohonan; b) Tarikh dan Masa Kemas kini Permohonan; dan c) Pilihan Program. 4.19 Jika pemohon tidak menyimpan / mencetak Slip Permohonan ketika mengemukakan permohonan kali pertama, maklumat lengkap permohonan boleh dicetak melalui pautan SLIP PERMOHONAN. Kemas kini Permohonan 4.20 Proses kemas kini maklumat permohonan boleh dibuat oleh pemohon selepas berjaya mengemukakan permohonan. 4.21 Pemohon perlu mengemaskini pilihan program enam (6) hari selepas keputusan SPM diumumkan. Baharu 4.22 Proses pengemaskinian maklumat boleh dilakukan oleh pemohon tanpa had sehingga tarikh tutup permohonan. Sebarang pengemaskinian maklumat adalah di bawah tanggungjawab pemohon. 8

4.23 Sekiranya pemohon lupa Kata Laluan yang diisi semasa mengemukakan permohonan bagi tujuan pengemaskinian, pemohon boleh mendapatkan Kata Laluan dengan klik pautan Lupa Kata Laluan. Pemohon perlu menjawab beberapa soalan keselamatan sebelum kata laluan dipaparkan kepada pemohon. Kata Laluan akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan. 5. PEMPROSESAN DAN PEMILIHAN 5.1 Pemohon yang telah memilih program pengajian bertemu duga akan diproses dan dihantar ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA untuk memilih pemohon yang akan dipanggil untuk menghadiri ujian / temu duga pada tarikh, masa dan tempat yang telah ditetapkan oleh UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA. 5.2 Surat panggilan temu duga akan dikeluarkan oleh UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA melalui laman web masing-masing yang turut akan dipaut dari laman web http://upu.moe.gov.my Penentuan Aliran 5.3 Aliran Sains Penentuan aliran bagi sains ialah pemohon mengambil mana-mana EMPAT (4) daripada LIMA (5) mata pelajaran berikut: i. Matematik ii. Matematik Tambahan iii. Fizik iv. Kimia v. Biologi atau mata pelajaran berikut:- Pengajian Kejuruteraan Awam / Elektrik dan Elektronik / Mekanikal / Reka Cipta / Lukisan Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Asas Kelestarian / Ekonomi Rumah Tangga / Sains Rumah Tangga / Sains Pertanian / Pertanian / Teknologi Maklumat dan Komunikasi / Sains Komputer / Prinsip Perakaunan / Perdagangan / Perniagaan / Ekonomi Asas / Ekonomi / Pengetahuan Sains Sukan / Sains Sukan / Pengurusan Makanan 5.4 Aliran Sastera Pemohon yang tidak memenuhi komponen Aliran Sains secara automatik dimasukkan ke Aliran Sastera. Dasar dan Kriteria Pemilihan 5.5 Dasar pemilihan adalah berasaskan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai : UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum. 9

5.6 Kriteria pemilihan kemasukan adalah seperti berikut:- a) Pencapaian akademik dalam peperiksaan SPM dan pencapaian dalam aktiviti kokurikulum; b) Kombinasi mata pelajaran yang bersesuaian dengan program pengajian dipohon; c) Gred mata pelajaran untuk tujuan pengkhususan; d) Memenuhi syarat khas seperti yang ditetapkan oleh UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA; e) Lulus temu duga / ujian bagi program bertemu duga / ujian; f) Program pengajian pilihan pemohon mengikut keutamaan; dan g) Bilangan tempat yang disediakan oleh UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA. Markah Kokurikulum 5.7 Markah kokurikulum 10% bagi calon sekolah di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan dibekalkan oleh Bahagian Seni dan Kokurikulum KPM kepada BPKP JPT. 5.8 Bagi calon persendirian, markah kokurikulum adalah berdasarkan maklumat kokurikulum yang diisi semasa mengemukakan permohonan. 5.9 Markah kokurikulum dikira berdasarkan purata 2 daripada 4 bidang yang terbaik dengan markah 10%. Pengiraan Merit A. KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM (UA), POLITEKNIK, KOLEJ KOMUNITI DAN ILKA 5.10 Markah Akademik Nilai gred mata pelajaran bagi tujuan pengiraan markah adalah seperti berikut : GRED MARKAH A+ 18 A 16 A- 14 B+ 12 B 10 C+ 8 C 6 D 4 E 2 G 0 10

5.11 Kaedah Pengiraan Markah Akademik a) 90 markah bagi 5 mata pelajaran utama. b) 30 markah bagi 3 mata pelajaran terbaik yang lain 5.12 Kaedah Pengiraan Markah Akademik bagi Aliran Sains a) 90 markah dari 5 mata pelajaran berikut: i. Matematik ii. Matematik Tambahan iii. Fizik iv. Kimia v. Biologi atau salah satu dari mata pelajaran berikut: Pengajian Kejuruteraan Awam / Elektrik dan Elektronik / Mekanikal / Reka Cipta / Lukisan Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Asas Kelestarian / Ekonomi Rumah Tangga / Sains Rumah Tangga / Sains Pertanian / Pertanian / Teknologi Maklumat dan Komunikasi / Sains Komputer / Prinsip Perakaunan / Perdagangan / Perniagaan / Ekonomi Asas / Ekonomi / Pengetahuan Sains Sukan / Sains Sukan / Pengurusan Makanan Dan b) 30 markah daripada 3 mata pelajaran terbaik yang lain. 5.13 Kaedah Pengiraan Markah Akademik bagi Aliran Sastera a) 90 markah dari 5 mata pelajaran berikut: i. Bahasa Melayu ii. Matematik iii. Sains iv. Sejarah v. Pendidikan Islam atau salah satu mata pelajaran berikut: Pendidikan Syariah Islamiah / Pengajian Al-Quran dan Al- Sunnah / Pendidikan Moral; Dan b) 30 markah daripada 3 mata pelajaran terbaik yang lain. 5.14 Pengiraan Markah Merit melibatkan komponen berikut :- Markah Akademik Markah Mata Pelajaran Utama Aliran Markah Mata Pelajaran Terbaik Rajah 2 - Pengiraan Markah Akademik 11

Markah Akademik (90%) Markah Akademik -------------- 120 90 Rajah 3 - Pengiraan Markah Akademik (90%) Markah Merit Markah Akademik (90%) Markah Kokurikulum (10%) Rajah 4 - Pengiraan Markah Merit Contoh Pengiraan Merit adalah seperti di Lampiran 1. Proses Pemilihan jaya 5.15 Pemohon mengikut aliran akan disusun mengikut ranking berdasarkan Markah Merit yang paling tinggi hingga yang paling rendah. 5.16 Proses penentuan pemilihan dilaksanakan secara berkomputer dengan pengesahan pemilihan oleh UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA. Berikut adalah gambaran pemprosesan pemilihan : 12

6. HEBAHAN 6.1 BPKP JPT menggunakan perkhidmatan SMS dan Internet untuk memaklumkan status permohonan dan keputusan permohonan kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA. 6.2 Hebahan Status Keputusan Permohonan dijangkakan akan diumumkan pada Minggu Ke-2 Mei 2019 melalui saluran hebahan seperti berikut: a) Internet https://jpt.utm.my http://jpt.uum.edu.my https://jpt.unimas.my http://jpt.ums.edu.my https://jpt.umt.edu.my b) HOTLINE UPU : 03-8870 8200 c) SMS 15888 d) UPUPocket 2.0 13

6.3 Maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan boleh hubungi BPKP JPT seperti berikut : Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62200 W.P. Putrajaya No. Tel : (03) 8870 8200 E-mel : upu@moe.gov.my Laman Sosial : Surat Tawaran 6.4 Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA mulai sehari selepas keputusan permohonan diumumkan melalui laman web masing-masing. 6.5 Pemohon dikehendaki membuat pengesahan setuju terima tawaran melalui laman web UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA dalam tempoh tujuh (7) hari selepas keputusan permohonan diumumkan. Surat Tawaran hanya akan dikeluarkan selepas pemohon membuat pengesahan setuju terima tawaran UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA tersebut. 6.6 Tawaran adalah muktamad. 7. RAYUAN 7.1 Hanya pemohon yang GAGAL mendapat tawaran ke UA serta TIDAK mendapat tawaran Diploma di Politeknik dan ILKA sahaja yang boleh mengemukakan permohonan rayuan ke UA melalui UPUOnline Rayuan. 7.2 Permohonan rayuan hanya dalam tempoh lima (5) hari bekerja selepas hebahan keputusan permohonan kemasukan ke UA, Politeknik dan ILKA diumumkan. 7.3 Pemohon dibenarkan mengemukakan DUA (2) pilihan program pengajian semasa mengemukakan permohonan rayuan ke UA melalui UPUOnline Rayuan. Pemohon dibenarkan membuat pengemaskinian tanpa sebarang had sehingga tarikh tutup permohonan rayuan. 7.4 Permohonan rayuan ke Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA boleh dibuat terus kepada agensi / institusi berkenaan. Baharu 14

7.5 Pemilihan bagi permohonan rayuan melalui UPUOnline Rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat yang berlaku selepas pendaftaran pelajar baharu di UA. 8. TARIKH-TARIKH PENTING 8.1 Berikut adalah tarikh-tarikh penting yang berkaitan dengan permohonan kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA bagi Program Pengajian Lepasan SPM Sesi Akademik 2019/2020 : Tarikh Siaran Iklan 24.02.2019 dan 24.03.2019 Jualan No. Unik ID 25.02.2019 hingga 01.04.2019 Permohonan 25.02.2019 hingga 02.04.2019 Semakan Panggilan Temu Duga Minggu Ke- 3 April 2019 Hebahan Keputusan Minggu Ke-2 Mei 2019 Minggu Ke-2 Mei 2019 Permohonan Rayuan (Rayuan dalam tempoh 5 hari bekerja sahaja) Hebahan Keputusan Rayuan Minggu Ke 4 Jun 2019 15

CONTOH PENGIRAAN MARKAH MERIT ALIRAN SAINS LAMPIRAN 1 I. Contoh Aliran Sains mengambil 9 Mata pelajaran BIL. MATA PELAJARAN GRED 1. Bahasa Melayu A+ 2. Bahasa Inggeris A+ 3. Pendidikan Islam A+ 4. Sejarah A+ 5. Matematik A+ 6. Matematik Tambahan A 7. Fizik A- 8. Kimia A 9. Biologi A- II. Pengiraan Markah Akademik 5 mata Pelajaran Utama (Aliran Sains) BIL. MATA PELAJARAN GRED NILAI (MARKAH) 1. Matematik A+ 18 2. Matematik Tambahan A 16 3. Fizik A- 14 4. Kimia A 16 5. Biologi A- 14 JUMLAH 78 III. Pengiraan Markah Akademik Bagi 3 Mata Pelajaran Terbaik Lain Yang Diambil (Aliran Sains) BIL. MATA PELAJARAN GRED NILAI (MARKAH) 1. Bahasa Melayu A+ 18 2. Bahasa Inggeris A+ 18 3. Pendidikan Islam A+ 18 JUMLAH 54 16

LAMPIRAN 1 IV. Markah Akademik Bagi Pengiraan Markah Merit Pelajar Markah Merit = Markah 5 Mata pelajaran Utama Aliran Sains + Markah 3 mata Pelajaran Terbaik Markah MP Aliran Utama = 78 x 90 = 78 90 Markah MP Terbaik = 54 x 30 = 30 54 Jumlah Markah Akademik = Markah MP Utama Aliran + MP Terbaik x 90 120 = (78 + 30) x 90 120 = 81 V. Markah Merit Calon ialah Markah Akademik + Markah Kokurikulum MARKAH AKADEMIK 81 MARKAH KOKURIKULUM + 8 = MARKAH MERIT 89 17

LAMPIRAN 1 CONTOH PENGIRAAN MARKAH MERIT ALIRAN SASTERA I. Contoh Aliran Sastera mengambil 9 Mata pelajaran BIL. MATA PELAJARAN GRED 1. Bahasa Melayu A+ 2. Bahasa Inggeris A+ 3. Pengetahuan Moral B+ 4. Sejarah C+ 5. Matematik B 6. Sains B 7. Perdagangan / Perniagaan C+ 8. Ekonomi Asas / Ekonomi C 9. Ekonomi Rumah Tangga /Sains Rumah Tangga A II. Pengiraan Markah Akademik 5 mata Pelajaran Utama (Aliran Sastera) BIL. MATA PELAJARAN GRED NILAI (MARKAH) 1. Bahasa Melayu A+ 18 2. Matematik B 10 3. Sains B 10 4. Sejarah C+ 8 5. Pengetahuan Moral B+ 12 JUMLAH 58 III. Pengiraan Markah Akademik Bagi 3 Mata Pelajaran Terbaik Lain Yang Diambil (Aliran Sastera) BIL. MATA PELAJARAN GRED NILAI (MARKAH) 1. Bahasa Inggeris A+ 18 2. Ekonomi Rumah Tangga / Sains A 16 Rumah Tangga 3. Perdagangan / Perniagaan C+ 8 JUMLAH 42 18

LAMPIRAN 1 IV. Markah Akademik Bagi Pengiraan Markah Merit Pelajar Markah Merit = Markah 5 Mata pelajaran Utama Aliran Sastera + Markah 3 mata Pelajaran Terbaik Markah MP Aliran Utama = 58 x 90 = 58 90 Markah MP Terbaik = 42 x 30 = 23.3 54 Jumlah Markah Akademik = Markah MP Utama Aliran + MP Terbaik x 90 120 = (58 + 23.3) x 90 120 = 60.9 V. Markah Merit Calon ialah Markah Akademik + Markah Kokurikulum MARKAH AKADEMIK 60.9 MARKAH KOKURIKULUM + 7 = MARKAH MERIT 67.9 19