ARTIKEL KOMENTAR: MASYARAKAT SIVIL DAN PERANANNYA DI MALAYSIA PASCA PILIHAN RAYA UMUM KE-14: IMPAK DAN HALA TUJU

dokumen-dokumen yang mirip
BAB IV TAHAP LITERASI POLITIK DAN KERENGGANGAN TERHADAP PARTI: TINJAUAN TERHADAP DATA-DATA SURVEI SEBELUM PRU 12

BAB 5. Permuafakatan Politik dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia

KAJIAN PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PARTI DAN KEPIMPINAN PKR, NOVEMBER 2010

KAJISELIDIK SENTIMEN PENGUNDI MENGENAI EKONOMI, KOS SARA HIDUP DAN INFLASI

BAB 8 : KESIMPULAN. kawasan bandar Jesselton (Kota Kinabalu) dalam kegiatan badan-badan beruniform

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK

Jawapan Terhadap Pembohongan-pembohongan SPR Mengenai Isu Persempadanan Semula

Soal Jawab: UMNO PERLU PEMUGARAN UNTUK JADI PARTI RELEVAN

KENYATAAN MEDIA SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA

VISI CETAK BIRU ASEAN DEMOKRASI, PILIHANRAYA BEBAS DAN ADIL

KAJISELIDIK POPULARITI PERDANA MENTERI DAN CALON PERDANA MENTERI PEMBANGKANG

DEBAT SANTAI LANCASTER UNIVERSITY 02hb JANUARI 2013

Haji Sulaiman bin Kaiat, Ketua Bahagian Sistem Maklumat dan Puan Kamariah binti Abu Samah, Ketua Pusat Dokumentasi Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka

2.2 Sekolah bermaksud semua sekolah menengah di Malaysia. 2.3 Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan adalah individu yang dilantik oleh pihak penganjur.

BAHAGIAN 1 : Demografi

TAJUK 6 Demokrasi Berparlimen. Konsep demokrasi berparlimen Pilihan raya Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

BAB VII CATATAN PENUTUP: LITERASI POLITIK DAN KERENCAMAN SOSIAL. Analisis dan penemuan kajian yang dibincangkan dalam bab VI menunjukkan bahawa

KAJISELIDIK SENTIMEN PENGUNDI DAN ISU-ISU UTAMA PILIHANRAYA UMUM KE-14

Pengenalan Makroekonomi

LAPORAN HASIL DAPATAN KAJIAN PERSEPSI MAHASISWA MENGENAI RASUAH DI MALAYSIA

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

Sempena Konvensyen Pemerkasaan Jalinan Rakyat PDM Wanita UMNO Negeri Johor. 28 Oktober 2016 (Jumaat) BERJAYA HOTEL WATERFRONT JOHOR BAHRU


Panggilan Sedunia untuk Bertindak ke atas Hak Tanah Orang Asal dan Masyarakat. Persoalan Dasar

BAB V KESIMPULAN. BAB V merupakan bab yang berisi kesimpulan-kesimpulan dari setiap

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

PENJALANAN IHAN MALAYSIA BERITAPUBLISHINGSDN.BHD.

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

Bab 2. Bab. Bab. Bab 1. Bab 3 Bab 8. 4 Bab 9. Tingkatan 5. Bab. Bab

PAKATAN MURNI. Maksud Pakatan Murni

SULIT 1249/2 NAMA PELAJAR LOGO SEKOLAH NAMA SEKOLAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2016 TINGKATAN 5. SEJARAH KERTAS 2 Dua jam tiga puluh minit

SKEMA JAWAPAN BM KERTAS 1 (1103/1) : Murid dapat menghuraikan pendapat tentang nilai murni yang perlu diamalkan

BAHAGIAN 1 : Demografi

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

Ubah pendekatan menggubal dasar

Regulasi pembiayaan politik ke arah iklim politik yang lebih adil dan telus

TEKS UCAPAN YAB DATO SERI AHMAD ZAHID HAMIDI TIMBALAN PERDANA MENTERI. Sempena

TAJUK 6 DEMOKRASI BERPARLIMEN

Laporan Awal Pasca Pilihan Raya Bagi Pilihan Raya Umum Malaysia Ke Mei 2018

PENGENALAN. Hasil Pembelajaran. ACIS, UiTM CTU553/555 MARUWIAH AHMAT

Info Ketua Pengarah LPP Ke 10

Koperasi Pengangkutan

MASARIAH MISPARI SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH PUTRAJAYA

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

Kemerdekaan Negara 31 Ogos Penyediaan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

Shamrahayu A. Aziz, (Profesor Madya, Dr) Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Fasal 2: Pilihan Raya Umum MASAF

juta pengunjung ke acaraacara warisan di seluruh Singapura pada 2016 juta disumbangkan untuk kesenian dan warisan pada 2016 Lebih daripada

MODUL EKSPLORASI 2011 FOKUS SPM TINGKATAN5

Ulasan Buku/Book Review

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

DEBAT TERBUKA ILMU KHAS SEPTEMBER 2 OKTOBER 2017 TEMA: PENDIDIKAN DAN KEPENGGUNAAN

MOCK TEST /2 SEJARAH Kertas 2 Julai 2 Jam 30 Minit

AKTA PENGURUSAN STRATA 2013 (AKTA 757)

TATAETIKA PILIHAN RAYA

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

Bab Kelima PENUTUP. Oleh yang demikian, rumusan ini akan diklasifikasikan kepada tiga bahagian mengikut

PINDAAN AKTA 355: SOALAN-SOALAN LAZIM. Oleh. Tun Abdul Hamid Mohamad

PENAFIAN LHDNM: ARTIKEL BERKENAAN DENGAN PENGURUSAN HASIL NEGARA YANG KONONNYA DARI GROUP LHDN

AKUJANJI KHIDMAT RAKYAT

PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA

Nama : Tingkatan : Sekolah : HAK CIPTA JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUANKULA LUMUR BAB 1 NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

BAB 7 CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

KAJI SELIDIK PENDAPAT AWAM

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (KEDAH)

Pembelajara n secara masteri

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

PERUTUSAN TAHUN BAHARU OLEH PERDANA MENTERI DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK

PANDUAN DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL

MODUL EKSPLORASI 2011 FOKUS SPM TINGKATAN5

Deklarasi. Permatang Pauh 12 September Keadilan! Keadilan rakyat kita Jana arus! Kami arus perjuangan bangsa

PANDUAN UNTUK PEMOHON PERKONGSIAN ANTARABANGSA

MENTRANSFORMASI KEBOLEHUPAYAAN & KAPASITI PENYAMPAIAN KEMENTERIAN

DASAR PELANTIKAN DAN PELAKSANAAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK DAN PENGAJAR PASCASISWAZAH [GRADUATE RESEARCH & TEACHING ASSISTANT (GRTA)]

Model Pengurusan Strategik

PILIHAN AWAM DAN POLITIK FISKAL

PINDAAN AKTA 355: ANTARA HARAPAN DAN REALITI

membuatnya menurut Peraturan Mesyuarat Dewan ini. Dan Ahli Yang Berhormat yang telah membentangkan cadangan supaya ditangguhkan Dewan ini untuk

BAB 6 PENUTUP. juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN DEBAT PIALA MENTERI BESAR PERAK 2017

Prinsip-prinsip Tingkah Laku Korporat

Program Transformasi Kerajaan. Pelan Hala Tuju

CENTRE OF ACADEMIC INOVATION & COMPETITIVENESS (CAIC) DASAR KEBEBASAN AKADEMIK DAN KECEMERLANGAN PROFESIONAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

dan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan

Panduan Pemantauan Undi Awal dan Undi Pos

1.0 LATAR BELAKANG 2.0 TUJUAN

ISU PENDATANG TANPA IZIN : PERANAN MEDIA TERHADAP KESEDARAN, PENGETAHUAN DAN SIKAP DI KALANGAN MASYARAKAT DI MALAYSIA

BAB I PENDAHULUAN. Mahkamah Syariah di Aceh telah wujud sebelum zaman penjajahan Portugis

SEMINAR KEBANGSAAN ISU KETAMADUNAN DAN CABARAN SEMASA (SIKCAS) 2013

LAPORAN PENYELIDIKAN

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KENALI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

PANDUAN UNTUK PEMOHON FIRMA GUAMAN ASING BERKELAYAKAN

Ulasan makalah. Wan Suhaimi Wan Abdullah

Bab 2. Bab. Bab. Bab 1. Bab 3 Bab 8. 4 Bab 9. Tingkatan 5. Bab. Bab

Bahagian. Penaksiran Prestasi dan Keberkesanan

Transkripsi:

Jebat: Malaysian Journal of History, Politics & Strategic Studies, Vol. 45 (2) (December 2018): 409-413 @ Centre For Policy and Global Governance (GAP), UKM; ISSN 2180-0251 (electronic), 0126-5644 (paper) KHOO Ying Hooi Universiti Malaya ARTIKEL KOMENTAR: MASYARAKAT SIVIL DAN PERANANNYA DI MALAYSIA PASCA PILIHAN RAYA UMUM KE-14: IMPAK DAN HALA TUJU Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu merupakan satu titik bersejarah dalam perkembangan sistem demokrasi di Malaysia. Ini kerana buat kali pertama dalam tempoh enam dekad, gabungan pakatan pembangkang iaitu Pakatan Harapan (PH) yang terdiri daripada gabungan empat parti politik iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Amanah Negara (Amanah) berjaya menumpaskan Barisan Nasional (BN) yang telah menerajui negara ini sejak kemerdekaan. Keputusan PRU-14 ini bukan saja membawa impak terhadap politik dalaman di Malaysia, malah di rantau Asia Tenggara yang rata-rata sedang dilanda krisis demokrasi seperti yang berlaku di Kemboja dan Filipina. Ada di kalangan penganalisis yang melabelkan fenomena PRU-14 ini sebagai tsunami rakyat kerana PH berjaya menumbangkan BN walaupun wujudnya pemanipulasian dalam sistem pilihan raya di Malaysia. Komentar ini memberi tumpuan kepada bagaimana keputusan PRU-14 memberikan impak terhadap fungsi masyarakat sivil secara keseluruhan di Malaysia. PRU- 14 ini amat penting kerana ini merupakan kali pertama gabungan pakatan pembangkang iaitu PH berjaya menawan kerajaan BN dengan memperoleh sebanyak 112 kerusi parlimen dari sejumlah 222 kerusi parlimen. Perubahan yang berlaku dalam PRU-14 ini bagaimanapun disifatkan tidak terjadi dengan tiba-tiba. Sewaktu pentadbiran bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi (2003-2009), rata-rata masyarakat sivil ketika itu lebih menerima baik pentadbirannya pada peringkat awal kerana cara pentadbiran beliau dilihat lebih lembut. Tambahan pula, beliau berjanji untuk menangani beberapa isu yang mendesak. Antara isu-isu ini ialah peningkatan kadar jenayah, pembaharuan polis, kehakiman dan rasuah yang berleluasa pada ketika itu. Bagaimanapun, apabila masa berlalu, pembaharuan telah mula menjadi perlahan. Persekitaran politik yang lemah akibat ketidakpuasan orang ramai terhadap isu-isu ini terutama pada tahun 2007 telah memberikan kelebihan kepada pihak parti pembangkang untuk memajukan tuntutan mereka. Analisis komentar ini mencadangkan telah wujudnya struktur peluang politik atau political opportunity structure (POS) setelah PRU-11 pada tahun 2004. Pemerintahan Abdullah pada waktu itu membuka peluang POS kepada masyarakat sivil kerana pendekatan pemerintahan beliau yang lebih terbuka telah secara tidak langsung membuka ruang untuk golongan masyarakat sivil menyusun dan mengatur lebih banyak kegiatan yang bertujuan untuk menyedarkan rakyat Malaysia tentang keadaan politik dalam negara. Sejak Jebat Volume 45 (2) (December 2018) Page 409

Article: Khoo Ying Hooi dari itu, pelbagai golongan pertubuhan bukan kerajaan yang berorientasikan sosio-politik dan pada masa yang sama, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) telah diaktifkan yang membawakan mobilisasi rakyat dalam hal negara. Kebangkitan rakyat yang berlaku sewaktu PRU-2008 dan PRU-2013 di Malaysia adalah dua peristiwa penting dalam sejarah pilihan raya Malaysia sebelum PRU-14. Digelar sebagai tsunami politik, gabungan pemerintah waktu itu, BN telah kehilangan majoriti dua pertiga pada PRU-2008 dengan memenangi 140 daripada 222 kerusi di parlimen. PRU-2008 menggoyahkan dominasi BN selama lebih daripada lima dekad pada ketika itu. BN kemudiannya memenangi 133 kerusi parlimen di PRU-2013. Tetapi apa yang penting ialah BN kehilangan undi popularnya. PH yang pada ketika itu dikenali sebagai Pakatan Rakyat (PR) menerima sejumlah 50.9 peratus undi popular berbanding BN yang jauh lebih rendah 47.4 peratus. Keputusan pengundian dan kesannya telah menimbulkan persoalan mengenai kelangsungan BN di negara ini. PRU-2013 menyemarakkan semangat parti pembangkang di mana PR berjaya meraih 89 kerusi daripada sejumlah 222 kerusi parlimen. PRU-2013 dianggap sebagai bersejarah kerana pelbagai sebab. Dalam ucapan pertamanya apabila keputusan akhir telah diumumkan pada 6 Mei 2013, mantan Perdana Menteri, Najib Razak melabelkan hasil pilihan raya itu sebagai tsunami Cina. Kenyataannya telah menimbulkan pelbagai perdebatan pada ketika itu. Sekiranya diamati PRU yang lepas mulai PRU-12 pada tahun 2008, PRU-13 pada tahun 2013 dan PRU-14 tahun ini, masyarakat sivil dan pergerakan sosial terutamanya Bersih 2.0 telah membawa banyak perubahan dalam mempengaruhi persepsi rakyat Malaysia terhadap kepentingan mengundi dalam pilihan raya. Dengan perubahan tampuk pemerintahan di kerajaan pusat yang berada di bawah PH sekarang, persoalannya apakah peranan masyarakat sivil dan Bersih 2.0 masih relevan di konteks politik Malaysia sekarang? Komentar ini memfokuskan kepada dua impak langsung yang boleh diperhatikan dalam masyarakat sivil dan Bersih 2.0 dalam era pasca PRU-14. Pertama, wujudnya pengaliran bakat dari masyarakat sivil di mana ada segelintir yang telah diserap ke dalam kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Tambahan pula, adanya beberapa aktivis dan pemimpin masyarakat sivil yang telah bertanding dalam PRU-14 dan menjadi ahli politik. Misalnya mantan pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah yang telah melepaskan jawatan beliau dari Bersih 2.0 untuk bertanding pada PRU-14. Pengumuman Maria Chin pada waktu itu telah membangkitkan perdebatan kewajaran penyertaan aktivis dalam politik dan itu turut membangkitkan perbicaraan tentang hubungkait antara aktivis politik dan parti politik. Kedua, interaksi di antara kerajaan dan masyarakat sivil turut telah meningkat dengan pembukaan lebih banyak ruang demokrasi. Pada masa yang sama, ia juga menandakan tanggungjawab masyarakat sivil turut telah meningkat terutama dalam mekanisme semak dan imbang. Sejak mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957, para ilmuwan Jebat Volume 45 (2) (December 2018) Page 410

Masyarakat Sivil dan Peranannya di Malaysia Pasca Pilihan Raya Umum Ke-14: Impak dan Hala Tuju menggambarkan Malaysia sebagai campuran model demokrasi dan autoritarian dalam pelbagai istilah, tetapi semua istilah ini mengesahkan satu perkara yang sama iaitu dominasi negara ke atas masyarakat. Sistem politik di Malaysia masih mengekalkan model sistem pentadbiran yang sama di mana peranan utama dalam prestasi ekonomi telah digunakan sebagai hujah utama bagaimana keadaan negara dapat untuk melindungi dirinya daripada pengaruh masyarakat sivil. Penguasaan BN dengan sistem First Past the Post (FPTP) memberi BN bilangan kerusi parlimen yang tidak seimbang. Dengan model sedemikian, persaingan sebenar untuk kuasa adalah terhad di negara ini, walaupun mereka menyediakan ruang yang cukup untuk parti politik pembangkang dan masyarakat sivil berkembang. Semangat pembangkang menjadi semakin tinggi selepas PRU-2008, dan sejak itu masyarakat sivil dan Bersih 2.0 telah merancakkan lagi kegiatan mereka dalam menyemai pengetahuan tentang kuasa mengundi dan juga secara umum, tentang keadaan politik negara. Lantaran itu, kumpulan yang menyokong reformasi pilihan raya telah meningkat. Pengundi Malaysia sama ada secara sukarela dalam pelbagai kempen yang dianjurkan oleh kumpulan reformasi pilihan raya atau digerakkan sendiri melalui media sosial untuk memastikan pilihan raya dijalankan dengan adil. Dalam gambaran yang lebih besar, apa yang ditunjukkan oleh PRU-2013 adalah, selepas satu dekad sejak PRU-2008, pengundi Malaysia secara tidak langsung telah menyertai sistem politik secara aktif, tetapi pada masa yang sama, mereka juga sangat terpolarisasi. Antara aktor yang penting dalam fenomena ini adalah peranan yang dimainkan oleh masyarakat sivil dan Bersih 2.0. Sebelum berjalannya PRU-14, dan malah lebih awal lagi, banyak perdebatan tentang hubungkait antara masyarakat sivil dan Bersih 2.0 yang lantang menentang BN dengan parti pembangkang waktu itu iaitu Pakatan Rakyat (PR) yang kini dikenali sebagai PH. Ada komentar yang menggambarkan golongan aktivis politik ini tidak seimbang kerana membela nasib parti pembangkang. Pada era pasca PRU-14 dengan segelintir aktivis politik yang telah menyertai kerajaan masa kini, cabaran sekarang adalah bagaimana masyarakat sivil yang memperjuangkan hak politik dan hak asasi manusia ini boleh mengekalkan status tidak menyebelahi mana-mana pihak. Sekiranya diamati apa yang berlaku di negara ini setelah PRU-14 bulan Mei yang lalu, masyarakat sivil secara rata-rata kekal bersuara lantang terhadap kerajaan terutamanya dalam soal hak asasi manusia dan pendemokrasian. Lebih daripada mana-mana pilihan raya lepas, PRU-14 telah menyaksikan kumpulan reformasi pilihan raya dalam mendidik rakyat mengenai manipulasi pilihan raya. Antara kemuncaknya ialah demonstrasi jalan oleh Bersih 2.0 yang berlaku pada 16 November 2016, di mana ia tidak hanya di beberapa kota di Malaysia tetapi juga di pelbagai bandar di seluruh dunia yang dipelopori oleh rakyat Malaysia untuk membantah salah laku pilihan raya. Walaupun sebahagian besar kumpulan reformasi pilihan raya mempertahankan bahawa Jebat Volume 45 (2) (December 2018) Page 411

Article: Khoo Ying Hooi mereka bukan partisan, namun kumpulan ini secara tidak langsung cenderung ke arah parti-parti pembangkang untuk memenangi pilihan raya yang bebas dan adil. Banyak faktor yang menyumbang kepada ketidakpuasan politik di Malaysia, yang seterusnya membawa kepada peranan penting pergerakan sosial dan bantahan besar-besaran dalam politik Malaysia kontemporari. Sekiranya diamati dengan keadaan politik pasca PRU-14, interaksi antara masyarakat sivil yang dahulunya lebih dilihat sebagai musuh negara telah meningkat dengan mendadak dalam pelbagai isu, khususnya yang berkaitan dengan hak asasi manusia dan urus tadbir. Sebelum perubahan kerajaan, masyarakat sivil biasanya meningkatkan advokasi pembaharuan pilihan raya mereka dengan menggunakan media sosial kerana mereka mempunyai akses terhad kepada saluran yang sepatutnya seperti televisyen dan radio demi menggerakkan penyokong. Perhimpunan massa dan komunikasi massa melalui media sosial menjadi strategi pilihan untuk mobilisasi. Oleh kerana kebebasan akhbar adalah terhad, kumpulan masyarakat sivil, pengkritik kerajaan dan parti politik pembangkang seperti DAP dan PKR terpaksa bergantung kepada media alternatif sebagai platform untuk mempublikasikan pandangan parti, mengulas dan mengkritik dasar kerajaan. Tapi dengan perubahan tampuk pemerintahan kepada PH, masyarakat sivil sekarang mempunyai akses kepada media cetak, dan mempunyai liputan yang lebih luas berbanding dahulu. Peningkatan peluang politik di peringkat makro telah membawakan aksi politik kolektif di kalangan masyarakat sivil. Contohnya penglibatan Bersih 2.0 dalam reformasi pilihan raya. Sebelum ini di bawah pemerintahan BN, Bersih 2.0 tidak pernah mendapat izin untuk bertemu dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk sebarang diskusi. Tetapi pasca PRU-14 telah mengubah corak interaksi antara Bersih 2.0 dan SPR serta beberapa agensi kerajaan yang lain seperti dengan penglibatan Bersih 2.0 dalam reformasi parlimen baru-baru ini. Semua ketidakpuasan hati individu akhirnya diterjemahkan ke dalam tindakan kolektif dan berubah menjadi sumber yang membawa rakyat ke perubahan kerajaan yang kita saksikan ini. Bantahan dalam PRU-14 telah mempamerkan keluhan rakyat, tetapi persoalannya berapa kuatkah insentif ini? Lebih lagi, apakah Bersih 2.0 dan masyarakat sivil boleh bertahan? Seperti yang diketengahkan, adalah penting untuk masyarakat sivil untuk mempunyai sumber yang kuat dan kerjasama dari kerajaan untuk memberi kesan selanjutnya dalam tahap makro. Oleh itu, perkongsian ini adalah penunjuk jelas bagaimana pengumpulan semua sumber yang ada dari kumpulan masyarakat sivil untuk mencapai impak yang lebih tinggi untuk meningkatkan demokrasi di Malaysia. Pada masa ini, peranan Bersih 2.0 dan masyarakat sivil secara keseluruhan telah menjadi lebih penting lagi. PRU-14 menunjukkan bahawa masyarakat sivil boleh menjadi kuasa sosial yang penting secara beransur-ansur di negara ini. Komentar ini menunjukkan bahawa meskipun tahap peluang politik dan Jebat Volume 45 (2) (December 2018) Page 412

insentif penyertaan besar, tetapi ada beberapa cabaran untuk diatasi. Mengenai ini, komentar ini menekankan bahawa perubahan sedemikian mungkin tidak boleh berlaku tanpa tekanan yang ditimbulkan oleh pergerakan sosial. Untuk membuat kesimpulan, PRU-2018 adalah kemuncak kepada hubungan antara kerajaan dan masyarakat sivil di negara ini berbanding tahun-tahun sebelumnya. Peranan masyarakat sivil di Malaysia dikuatkan dan lebih diperlukan sekarang dari sebelumnya. Adalah penting untuk tidak kehilangan momentum penyertaan aktif dalam menginginkan negara yang lebih baik. Kerajaan masa kini yang berada di bawah pentadbiran Mahathir Mohamad menekankan tadbir urus yang baik, yang terdiri daripada unsur-unsur seperti ketelusan, akauntabiliti dan keterbukaan. Apa yang penting ialah ia telah membawa isu pembaharuan birokrasi kembali ke perbincangan utama bahawa terdapatnya keperluan untuk merombak sistem pemerintahan di negara Malaysia. Pasca PRU-14 membawa cabaran kepada masyarakat sivil dan Bersih 2.0 secara amnya di mana kelompok-kelompok masyarakat sivil yang selama ini sudah biasa digunakan untuk strategi perlawanan. Kini, memandangkan parti-parti politik yang dahulunya berstatus pembangkang telah mengambil alih tampuk pemerintahan, cabaran terpenting ialah bagaimana mereka menyesuaikan diri dengan landskap politik baru? Sudah tentu, kumpulan masyarakat sivil harus digalakkan untuk menubuhkan dan mengukuhkan hubungan dengan parti politik dan negara, tetapi mereka juga harus mengekalkan status berkecuali mereka, dan yang paling penting mereka tidak mencari kuasa politik untuk diri mereka sendiri. Kerajaan baru di bawah gabungan PH telah membuka peluang baru untuk kumpulan masyarakat sivil Malaysia untuk mengambil bahagian dalam mewujudkan hak, institusi dan mekanisme ketelusan dalam masyarakat di mana partisipasi mereka di masa lalu adalah terhad dan tidak digalakkan. Cabarannya terletak pada tahap keterlibatan dan kerjasama antara masyarakat sivil dan kerajaan, apa yang perlu berwaspada adalah koordinasi politik masyarakat sivil agar dapat berfungsi dengan cara berkecuali dan melaksanakan sistem semak dan imbang. Nota Biografi Masyarakat Sivil dan Peranannya di Malaysia Pasca Pilihan Raya Umum Ke-14: Impak dan Hala Tuju Khoo Ying Hooi (PhD) (yinghooi@um.edu.my) merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya. Minat penyelidikan beliau ialah pergerakan sosial, institusi hak asasi manusia nasional, hak asasi manusia dan pendemokrasian dengan tumpuan serantau ke Asia Tenggara, terutama Malaysia dan Timor Leste. Antara penulisan dan karya beliau ialah Seeds of Dissent (2015) diterbitkan oleh Gerakbudaya, dan rata-rata jurnal artikel dan komentar tentang pergerakan sosial, masyarakat sivil, hak asasi manusia dan politik di rantau Asia Tenggara, Malaysia dan Timor Leste. Jebat Volume 45 (2) (December 2018) Page 413