Kepada Para Pemegang Unit di bawah Penama untuk BIMB Dana Al-Munsif yang dihormati,

dokumen-dokumen yang mirip
TERMA-TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA AUDIT

NOTIS PENTING: INI ADALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET, DAN BUKAN PRODUK DEPOSIT.

Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran.

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 1 D.R. 9/2014 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

Borang Mandat Bank. Untuk syarikat, entiti korporat, perkongsian dan persatuan tidak diperbadankan

TERMA DAN SYARAT PROGRAM PINDAHAN BAKI

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

TAKAFULINK DANA BON PROFIL DANA 2015

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

PANDUAN UNTUK PEMOHON PERKONGSIAN ANTARABANGSA

mesyuarat agung perwakilan diadakan. Sebarang usul tergempar tidak dibenarkan.

UNDANG-UNDANG TUBUH BADAN KHAIRAT KEMATIAN MASJID AL-FAIZIN DESA JAYA-TAMAN EHSAN BAGI

BORANG PERMOHONAN PENENTUSAHAN SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA BAGI PELANTIKAN ATAU PELANTIKAN SEMULA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEGAWAI EKSEKUTIF HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (NO PPM WKL 0296/08) & NO PPP WKL0023/08)

NOTIS PRIVASI. 1.4 Untuk tujuan-tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

MANUAL RUJUKAN INSTITUSI KEWANGAN ISLAM KEPADA MAJLIS PENASIHAT SHARIAH

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 502 AKTA KOPERASI 1993

S i r i P e n d i d i k a n S I D C. Ke Arah Menjadi Remisier

TERMA DAN SYARAT KHUSUS BAGI DEPOSIT BERTEMPOH BERASASKAN KOMODITI MURABAHAH (Tarikh Berkuatkuasa: Oktober 2016) [Layak dilindungi oleh PIDM]

(6) Rekod-rekod ini boleh diperiksa oleh anggota pada bila-bila masa mengikut syarat-syarat pemeriksaan yang ditetapkan oleh Lembaga.

CIMB Islamic Kempen Wealth Starter 3.0 ( Kempen ) Terma-Terma dan Syarat-Syarat

TAKAFULINK DANA EKUITI DINASTI PROFIL DANA 2015

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pampasan Pekerja Asing

Notis kepada pelanggan Akaun Pelaburan e-emas CIMB Bank ( egia ) (Tarikh Notis: 20 April 2018) Kepada pelanggan,

BAHAGIAN I PERMULAAN

Wang sesuatu koperasi berdaftar boleh diperdapatkan melalui mana-mana atau kesemua yang berikut:

BAB 4 PENGURUSAN KEWANGAN

BORANG CADANGAN AUTOGUARD INSURANS

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP19 : GARIS PANDUAN MENGENAI KUMPULAN WANG LIKUIDITI PUSAT BAHAGIAN A : PENGENALAN

BORANG PERMOHONAN HIBAH AMANAH

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Pindahan Baki ( BTiP ) AFFIN

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP001

Lembaran Fakta Dana. Dana Income Plus Select Balanced Fund Select Bond Fund Select Dividend Fund

Bertempat di. Aras 5, Imperial Grand Ballroom 1 Imperial Hotel, Jalan Datuk Tawi Sli Kuching

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

BAHAGIAN I PERMULAAN. (1) Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil Koperasi Tenaga Nasional Berhad.

Kempen Wealth Starter CIMB - Terma-terma dan Syarat-syarat

KOPERASI KKGLM MALAYSIA BERHAD ATURAN AKTIVITI PINJAMAN

1.1 Nama penuh : No. anggota : No. K/P :. 1.4 Alamat rumah : No. tel rumah : 1.6 No. H/P :.

TAKAFULINK DANA EKUITI PROFIL DANA 2015


PERATURAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN, MESYUARAT AGUNG KHAS DAN MESYUARAT JAWATANKUASA

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

LEMBARAN PENERANGAN PRODUK

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFIN

Nikmati detik indah bersama keluarga dan keupayaan untuk melindungi mereka.

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Peraturan Pelan Saham Kakitangan Kumpulan Wood

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP24: GARIS PANDUAN PELABURAN HARTA TAK ALIH BAHAGIAN A : PENGENALAN

Permohonan Untuk Melantik/Melantik Semula Anggota Lembaga Koperasi

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012 BAHAGIAN A: PENGENALAN

AKTA PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN 2007 PERATURAN-PERATURAN PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN 2012

BORANG CADANGAN KEMALANGAN DIRI PEMANDU DAN PENUMPANG PELAN

Peraturan Pelan Saham Kakitangan Wood

4.1.2 Deposit Tetap Konventional ( DT ) dan ASNB Harga Berubah (ASNB HB) terpilih

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

15 HARTANAH DALAM PEMBINAAN DAN UNTUK DIJUAL Kumpulan

Pengawalseliaan Berteraskan Penzahiran

D.R. 44/96 RANG UNDANG-UNDANG LAPORAN KEWANGAN 1996

PLUS Tarikh: 21/01/2015. Pelan Takaful ini matang apabila Orang Yang Dilindungi berumur seratus (100) tahun.

Borang Pindaan - Senarai Individu Melulus

PERLEMBAGAAN INSTITUSI PEMBANGUNAN FELO UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TERMA DAN SYARAT WANG TUNAI PERIBADI (PERSONAL CASH)

Permohonan Untuk Melantik/Melantik Semula Anggota Lembaga Koperasi

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i

Akaun Perniagaan-i Terma & Syarat (Berkuatkuasa: 5 Disember 2016)

Kod Sebut Harga: INTAN(E): 3/2017

PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Notis kepada pelanggan Akaun Pelaburan Emas CIMB BANK melalui CIMB CLICKS

ATURAN-ATURAN PEMBIAYAAN IHSAN QARDHUL HASSAN. Aturan-aturan ini adalah dinamakan Aturan-aturan Pembiayaan Ihsan Qardhul Hassan Koperasi.

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

PERJANJIAN SKIM DERMASISWA PENGAJIAN TAHUN ASAS UNIVERSITI SELANGOR SEMESTER (SESI )

PERMOHONANPENUBUHAN PERSATUAN/KELAB PELAJAR

PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR SURAT SETUJUTERIMA TENDER

(2) Tugas pengerusi menurut perenggan (a) dan (b) fasal (1), boleh diamanahkan kepada naib pengerusi atau mana-mana anggota Lembaga, jika perlu.

PERJANJIAN PENYELENGGARAAN. Bertarikh. Antara. CIMB ISLAMIC BANK BERHAD (No Syarikat H) ("Bank") dan. ("Pelanggan")

BORANG PERMOHONAN PEMBIAYAAN BAI BITHAMAN AJIL

KOPERASI KAKITANGAN MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA BERHAD D/A MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA, 103, JALAN TEMPLER, PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.

PERJANJIAN BELAJAR. PERJANJIAN INI dibuat pada haribulan... tahun... (selepas ini dirujuk sebagai Perjanjian ini ) ANTARA

Giro Takaful Pelindung

KOPERASI TELEKOM MALAYSIA BERHAD KBM 2.1/2007 (KOTA MAS) No.Pendaftaran 1/1922

UNDANG-UNDANG (PERUNTUKAN KHAS) Akta 202 CETAKAN SEMULA. Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

1.1 Kempen ini bermula pada 14 Februari sehingga 14 Ogos 2017, termasuk kedua-dua tarikh ( Tempoh Kempen ).

PERJANJIAN PINJAMAN PENDIDIKAN

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PESARA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI, SELANGOR

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Berhad berkaitan Kempen CIMB Clicks einvest ("Kempen")

BORANG PERMOHONAN HIBAH AMANAH

TABUNG KEBAJIKAN KESATUAN KEBANGSAAN WARTAWAN SEMENANJUNG MALAYSIA

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ) KEMPEN ICM-UT KFH MALAYSIA ( KEMPEN )

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

Lembaran Maklumat Produk Al-Ansar Pembiayaan Perniagaan-i (Tawarruq)

PERTUBUHAN PERKUBURAN ORANG RAMAI, KUALA LUMPUR DAN SELANGOR. PERTUBUHAN PERKUBURAN ORANG RAMAI, KUALA LUMPUR DAN SELANGOR.

Transkripsi:

Assalamualaikum / Salam Sejahtera, Kepada Para Pemegang Unit di bawah Penama untuk BIMB Dana Al-Munsif yang dihormati, Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Pemegang Unit ( Mesyuarat ) BIMB Dana Al-Munsif ( Dana ) akan diadakan oleh pengurus dana, BIMB Investment Management Berhad ( Pengurus ) pada Selasa, 29 Januari 2019, jam 10.45 pagi di Grand Residence 101, Tingkat 1, Grand Hyatt Kuala Lumpur, 12 Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur untuk mempertimbangkan dan jika difikirkan sesuai oleh Pemegang Unit, meluluskan resolusi-resolusi berikut untuk membenarkan Pengurus Dana dan/atau Pemegang Amanah Dana untuk: (i) (ii) (iii) (iv) mengubah polisi dan strategi pelaburan Dana; mengubah pelaburan dibenarkan Dana; memasukkan risiko-risiko tertentu Dana yang baru; dan melakukan semua tindakan, surat-surat ikatan dan perkara yang diperlukan dan melaksanakan, menandatangani dan menyampaikan semua dokumen dan/atau perjanjian sebagaimana Pemegang Amanah dan Pengurus menganggap sesuai, suai manfaat atau mungkin perlu melaksanakan dan memberi kesan kepada perkara yang dirujuk di resolusi-resolusi, tanpa rujukan lanjut kepada Pemegang Unit dana-dana, dengan kuasa penuh untuk bersetuju kepada sebarang keadaan, pengubahsuaian, variasi dan/atau pindaan sebagaimana yang Pemegang Amanah dan/atau Pengurus menganggap sesuai atau memberi manfaat kepada Pemegang Unit dana tersebut atau apabila dikehendaki oleh pihak berkuasa yang berkenaan. Untuk pengetahuan anda, Pengurus Dana bercadang untuk memperluaskan pelaburan-pelaburan Dana dengan memasukkan pelaburan asing yang berpotensi menawarkan peningkatan modal Dana. Pelaburan asing tersebut walaubagaimanapun adalah terhad kepada pelaburan terhadap syarikatsyarikat asing di mana pihak berkuasa pengawalselia adalah ahli biasa atau ahli bersekutu Pertubuhan Suruhanjaya Sekuriti Antarabangsa (IOSCO). Sehubungan itu, kami sertakan bersama-sama ini Notis Mesyuarat, Borang Proksi dan Nota Penjelasan Pengurus mengenai usul resolusi-resolusi bagi Mesyuarat Dana tersebut untuk perhatian dan tindakan lanjut anda. Anda dialu-alukan untuk memberikan maklum balas mengenai resolusi-resolusi yang dicadangkan dengan menghantar ke Penama di talian fax 03-2088 8175 atau e-mel ke IUTA@bankislam.com.my. Sekian,terima kasih. Surat cetakan komputer dan tandatangan tidak diperlukan.

BIMB DANA AL-MUNSIF (Diuruskan oleh BIMB Investment Management Berhad) NOTIS MESYUARAT ADALAH DENGAN INI DIMAKLUMKAN BAHAWA Mesyuarat Pemegang Unit BIMB Dana Al-Munsif ( Dana ) akan diadakan oleh pengurus dana, BIMB Investment Management Berhad ( Pengurus ), menurut Fasal 17.3.1 surat ikatan bertarikh 6 Disember 2001 seperti yang diubahsuai oleh surat ikatan tambahan pertama bertarikh 7 November 2003, surat ikatan tambahan kedua bertarikh 24 Februari 2006, surat ikatan tambahan ketiga bertarikh 21 Jun 2007, surat ikatan tambahan induk keempat bertarikh 15 Oktober 2010, surat ikatan tambahan induk kelima bertarikh 9 Ogos 2012 dan surat ikatan tambahan induk keenam bertarikh 18 Ogos 2017 yang mentadbir Dana ( Surat Ikatan ). Mesyuarat tersebut akan diadakan pada jam 10.45 pagi bertarikh 29 Januari 2019, Selasa di Grand Residence 101, Tingkat 1, Grand Hyatt Kuala Lumpur, 12 Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur untuk mempertimbangkan dan jika difikirkan sesuai oleh Pemegang Unit, meluluskan resolusi-resolusi berikut: RESOLUSI 1 Bahawa, kelulusan adalah dan dengan ini diberikan kepada Pengurus untuk mengubah prospektus induk dengan mengubah polisi dan strategi pelaburan Dana. Polisi dan strategi pelaburan Dana boleh diubah seperti berikut: Aktiviti Dana akan dilaksanakan dengan mematuhi sepenuhnya prinsip Syariah dan hendaklah dipantau oleh Jawatankuasa Syariah. Untuk mencapai objektif pelaburan, Dana ini akan memberi tumpuan kepada syarikat-syarikat kukuh Malaysia dan syarikat-syarikat asing yang berpotensi membayar dividen yang berkekalan dan mencapai pertumbuhan pendapatan Dana juga akan melabur di dalam syarikat-syarikat bersaiz kecil dan sederhana yang berpotensi memberikan pembayaran dividen. Pelaburan asing adalah terhad kepada syarikat-syarikat asing di mana pihak berkuasa pengawalselia adalah ahli biasa atau ahli bersekutu Pertubuhan Suruhanjaya Sekuriti Antarabangsa (IOSCO). Pelaburan-pelaburan ini adalah untuk menyediakan aliran pendapatan yang tinggi kepada Dana sebagai agihan pendapatan yang berpotensi kepada Pemegang Unit. Sementara itu, pelaburan dalam Sukuk adalah secara khususnya untuk tujuan menjana pendapatan berulang daripada bayaran jangkaan keuntungan berkala yang dijangkakan. Pelaburan dalam Sukuk tersebut mestilah mempunyai penarafan kredit minimum AA3 oleh RAM atau penarafan AA- oleh MARC atau sebarang penarafan kredit yang setara oleh mana-mana agensi kredit lain yang diiktiraf. RESOLUSI 2 Bahawa, kelulusan adalah dan dengan ini diberikan kepada Pengurus untuk mengubah Surat Ikatan dan prospektus induk dengan mengubah pelaburan dibenarkan Dana. Pelaburan dibenarkan Dana boleh diubah seperti berikut: Dana boleh melabur dalam yang berikut: a. Sekuriti yang tersenarai di pasaran saham asing tertakluk kepada had yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia dan pasaran asing di mana pihak berkuasa pengawal selia adalah ahli biasa atau ahli bersekutu Pertubuhan Suruhanjaya Sekuriti Antarabangsa yang dibenarkan oleh SC atau badan yang menetapkan piawaian Syariah antarabangsa; b. Debentur/instrumen patuh Syariah termasuk Sukuk, kertas komersial/nota sederhana patuh Syariah dan sekuriti hutang patuh Syariah lain yang mempunyai penarafan minimum AA3 oleh RAM atau AA- oleh MARC atau penarafan yang setara oleh agensi penarafan lain; c. Instrumen deposit boleh niaga Islam, bil-i diterima, deposit mata wang Malaysia dengan institusi kewangan sah termasuk sijil pelaburan dan deposit murabahah komoditi; d. Sekuriti patuh Syariah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia;

e. Saham/Unit dalam skim pelaburan bersama Islam; f. Sekuriti patuh Syariah yang tidak diperdagangkan menurut atau di bawah peraturan Pasaran Layak termasuk tetapi tidak terhad kepada sekuriti tidak tersenarai yang telah diluluskan oleh SC untuk penyenaraian dan sebut harga sekuriti sedemikian; g. Produk berstruktur patuh Syariah; dan h. Pelaburan patuh Syariah lain yang memenuhi objektif pelaburan Dana seperti yang dibenarkan oleh SC dari masa ke masa. RESOLUSI 3 Bahawa, kelulusan adalah dan dengan ini diberikan kepada Pengurus untuk mengubah prospektus induk dengan memasukkan risiko-risiko tertentu Dana yang baru seperti berikut: a. Risiko Negara b. Risiko Mata Wang c. Risiko Politik d. Risiko Pengawalseliaan RESOLUSI 4 Bahawa, tertakluk kepada kelulusan Resolusi-resolusi 1, 2 dan 3, yang diluluskan, kelulusan dengan ini diberikan kepada pemegang amanah Dana ("Pemegang Amanah") dan Pengurus di mana yang perlu, untuk melakukan semua tindakan, surat-surat ikatan dan perkara yang diperlukan dan melaksanakan, menandatangani dan menyampaikan semua dokumen dan/atau perjanjian sebagaimana Pemegang Amanah dan Pengurus menganggap sesuai, suai manfaat atau mungkin perlu melaksanakan dan memberi kesan kepada perkara yang dirujuk di Resolusi-resolusi 1, 2 dan 3, tanpa rujukan lanjut kepada Pemegang Unit Dana, dengan kuasa penuh untuk menyetujui sebarang syarat, pindaan, variasi dan/atau penggantian sebagaimana yang boleh diminta atau sebagaimana yang Pemegang Amanah dan/atau Pengurus boleh mengikut budi bicaranya dianggap sesuai atau suai manfaat untuk faedah Pemegang Unit Dana atau sebagaimana yang diperlukan oleh pihak berkuasa yang relevan. Pemegang Unit diminta untuk memberi perhatian pada fasal-fasal berikut Surat Ikatan: Fasal 17.4.1 Kuorum yang diperlukan untuk mesyuarat Pemegang Unit ialah lima (5) orang Pemegang Unit, sama ada hadir sendiri atau secara proksi, dengan syarat bahawa kuorum untuk mesyuarat Pemegang Unit yang diadakan untuk tujuan mengundi melalui Resolusi Khas ialah lima (5) orang Pemegang Unit, sama ada hadir sendiri atau secara proksi, mestilah memegang sekurang-kurangnya dua puluh lima peratus (25%) secara agregat daripada Unit dalam edaran pada masa mesyuarat diadakan, dan dengan selanjutnya jika Dana mempunyai lima (5) atau kurang daripada lima (5) orang Pemegang Unit, kuorum yang diperlukan untuk mesyuarat Pemegang Unit ialah dua (2) orang Pemegang Unit, sama ada hadir sendiri atau secara proksi; jika mesyuarat telah diadakan untuk tujuan mengundi melalui Resolusi Khas, Pemegang Unit yang hadir sendiri atau secara proksi mestilah memegang sekurang-kurangnya dua puluh lima peratus (25%) secara agregat daripada Unit dalam edaran pada masa mesyuarat diadakan. Fasal 17.4.3 Setiap soalan yang timbul semasa mana-mana mesyuarat Pemegang Unit akan diputuskan pertama-tama secara pengundian mengangkat tangan melainkan pengundian secara pungutan undi diminta atau soalan yang ditanya memerlukan Resolusi Khas seperti yang ternyata di dalam Surat Ikatan, pengundian secara pungutan undi akan diambil. Fasal 17.4.5 Bagi pengundian secara pungutan undi, setiap Pemegang Unit yang hadir sendiri atau secara proksi mempunyai satu undian bagi setiap Unit yang dipegangnya.

Fasal 17.4.12 Setiap Pemegang Unit yang berhak untuk menghadiri mesyuarat dan untuk mengundi boleh mengundi sendiri atau secara proksi. Proksi yang dilantik tidak semestinya Pemegang Unit. Sekiranya Pemegang Unit adalah sebuah syarikat, mana-mana pegawai di syarikat tersebut dibenarkan untuk menjadi proksi yang dilantik mengikut cara yang diperuntukkan dalam seksyen 147(3) Akta Syarikat 1965 (kini dikenali sebagai seksyen 333(1) Akta Syarikat 2016). Pengurus atau Pemegang Amanah boleh menerima sijil seperti di bawah seksyen 147(5) Akta Syarikat 1965 (kini dikenali sebagai seksyen 333(5) Akta Syarikat 2016) sebagai bukti perlantikan proksi. Proksi dibenarkan bagi pihak syarikat mengguna kuasa yang sama seperti syarikat adalah orang sebenar dan syarikat dianggap sebagai orang sebenar yang hadir di mesyuarat sendiri. Fasal 17.4.13 Bagi kes Pemegang Bersama, mana-mana Pemegang Bersama boleh mengundi sendiri atau secara proksi seperti mana yang terkandung dalam pemegangan bersama, tetapi sekiranya Pemegang Bersama itu hadir di mana-mana mesyuarat sendiri atau secara proksi, hanya nama Pemegang Bersama yang namanya disebut dahulu dalam rekod Pengurus berhak untuk mengundi. Fasal 17.4.18 Instrumen yang melantik proksi perlu disetem, sekiranya perlu, dan didepositkan di pejabat Pengurus tidak kurang daripada empat puluh lapan (48) jam sebelum waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat atau mesyuarat tertangguh mengikut mana-mana yang berkenaan di mana orang yang dinamakan di dalam instrumen tersebut ingin mengundi. Fasal 17.4.19 Undi yang diberi mengikut terma-terma instrumen proksi adalah sah walau apa pun kematian atau ketidaksiuman prinsipal atau pembatalan proksi atau surat kuasa atau menerusi pihak berkuasa lain di mana proksi ditandatangani atau penjualan Unit yang diberi kepada proksi asalkan tiada pemberitahuan secara bertulis diberi mengenai kematian, ketidaksiuman, pembatalan atau penjualan telah diterima di tempat untuk mendepositkan proksi atau jika tiada tempat yang ditetapkan di pejabat berdaftar Pengurus sebelum mesyuarat dijadualkan bermula atau mesyuarat tertangguh di mana proksi itu digunakan. Fasal 17.4.20 Sekiranya dalam masa satu (1) jam daripada masa yang ditetapkan untuk mesyuarat tidak ada kuorum yang hadir, mesyuarat yang diadakan di atas permintaan Pemegang Unit akan dibubarkan. Dalam mana-mana kes, ia hendaklah ditangguhkan ke hari dan masa yang tidak kurang daripada tujuh (7) hari selepas itu dan ke tempat yang boleh ditetapkan oleh Pengerusi; pada mesyuarat tertangguh tersebut, Pemegang Unit yang hadir sendiri atau secara proksi adalah kuorum bagi urusan perniagaan termasuk Resolusi Khas yang diluluskan jika kuorum yang ditetapkan oleh Surat Ikatan tidak hadir selepas satu (1) jam daripada masa yang ditetapkan untuk mesyuarat tertangguh. Fasal 17.4.21 Notis mesyuarat tertangguh Pemegang Unit haruslah diberi sekurang-kurangnya tujuh (7) hari melalui cara yang sama seperti mesyuarat asal dan notis tersebut harus menyatakan bahawa Pemegang Unit yang hadir di mesyuarat tertangguh walau apa pun jumlah mereka atau jumlah unit yang dipegang oleh mereka akan membentuk suatu kuorum bagi mesyuarat tertangguh sekiranya kuorum yang ditetapkan oleh Surat Ikatan ini tidak hadir selepas satu (1) jam daripada waktu yang ditetapkan bagi mesyuarat tertangguh tersebut. Fasal 17.4.26 Resolusi-resolusi yang diluluskan di mesyuarat Pemegang Unit mengikat kesemua Pemegang Unit sama ada mereka hadir atau tidak di mesyuarat di mana resolusi-resolusi tersebut diluluskan. Tiada bantahan yang boleh dilakukan pada mana-mana undian melainkan bantahan itu dibuat semasa mesyuarat. Instrumen proksi dilampirkan bersama dan harus, sekiranya digunakan, didepositkan di pejabat Pengurus di BIMB Investment Management Berhad, Tingkat 19, Menara Bank Islam, No. 22, Jalan Perak, 50450 Kuala Lumpur, sebelum jam 10.45 pagi pada 25 Januari 2019.

Nota: Resolusi-resolusi 1, 2 dan 3 mesti diluluskan oleh tidak kurang daripada dua pertiga (2/3) daripada semua Pemegang Unit di mesyuarat tersebut, manakala Resolusi 4 mesti diluluskan oleh majoriti mudah. Tarikh: 11 Januari 2019 Bagi pihak Pengurus, BIMB INVESTMENT MANAGEMENT BERHAD Najmuddin Bin Mohd Lutfi Ketua Pegawai Eksekutif Lampiran: Borang Proksi dan Nota Penjelasan cc. 1. SCBMB Trustee Berhad 2. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

BORANG PROKSI Saya/Kami (nama penuh dalam huruf besar),. (NRIC No. / Passport No.. / No. Syarikat.. ), sebagai Pemegang Unit bagi Unit-unit dalam BIMB Dana Al-Munsif, dengan ini melantik (NRIC No. / Passport No... ) (atau sekiranya dia gagal, Pengerusi Mesyuarat) */ Pengerusi Mesyuarat*, sebagai proksi saya/kami untuk mengundi bagi pihak saya/kami di Mesyuarat Pemegang Unit yang diadakan pada jam 10.45 pagi bertarikh 29 Januari 2019 di Grand Residence 101, Tingkat 1, Grand Hyatt Kuala Lumpur, 12 Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur dan di mana-mana mesyuarat tertangguh. Proksi saya/kami mempunyai arahan saya/kami untuk mengundi seperti yang ditunjukkan dengan X or dalam ruang yang dinyatakan di bawah: *Potong yang berkenaan RESOLUSI-RESOLUSI SOKONG MENENTANG 1. Bahawa, kelulusan adalah dan dengan ini diberikan kepada Pengurus untuk mengubah prospektus induk dengan mengubah polisi dan strategi pelaburan Dana. Polisi dan strategi pelaburan Dana boleh diubah seperti berikut: Aktiviti Dana akan dilaksanakan dengan mematuhi sepenuhnya prinsip Syariah dan hendaklah dipantau oleh Jawatankuasa Syariah. Untuk mencapai objektif pelaburan, Dana ini akan memberi tumpuan kepada syarikat-syarikat kukuh Malaysia dan syarikatsyarikat asing yang berpotensi membayar dividen yang berkekalan dan mencapai pertumbuhan pendapatan Dana juga akan melabur di dalam syarikat-syarikat bersaiz kecil dan sederhana yang berpotensi memberikan pembayaran dividen. Pelaburan asing adalah terhad kepada syarikat-syarikat asing di mana pihak berkuasa pengawalselia adalah ahli biasa atau ahli bersekutu Pertubuhan Suruhanjaya Sekuriti Antarabangsa (IOSCO). Pelaburan-pelaburan ini adalah untuk menyediakan aliran pendapatan yang tinggi kepada Dana sebagai agihan pendapatan yang berpotensi kepada Pemegang Unit. Sementara itu, pelaburan dalam Sukuk adalah secara khususnya untuk tujuan menjana pendapatan berulang daripada bayaran jangkaan keuntungan berkala yang dijangkakan. Pelaburan dalam Sukuk tersebut mestilah mempunyai penarafan kredit minimum AA3 oleh RAM atau penarafan AA- oleh MARC atau sebarang penarafan kredit yang setara oleh mana-mana agensi kredit lain yang diiktiraf. 2. Bahawa, kelulusan adalah dan dengan ini diberikan kepada Pengurus untuk mengubah Surat Ikatan dan prospektus induk dengan mengubah pelaburan dibenarkan Dana. Pelaburan dibenarkan Dana boleh diubah seperti berikut: Dana boleh melabur dalam yang berikut: a. Sekuriti yang tersenarai di pasaran saham asing tertakluk kepada had yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia dan pasaran asing di mana pihak berkuasa pengawal selia adalah ahli biasa atau ahli bersekutu Pertubuhan Suruhanjaya Sekuriti Antarabangsa yang dibenarkan oleh SC atau badan yang menetapkan piawaian Syariah antarabangsa; b. Debentur/instrumen patuh Syariah termasuk Sukuk, kertas komersial/nota sederhana patuh Syariah dan sekuriti hutang

patuh Syariah lain yang mempunyai penarafan minimum AA3 oleh RAM atau AA- oleh MARC atau penarafan yang setara oleh agensi penarafan lain; c. Instrumen deposit boleh niaga Islam, bil-i diterima, deposit mata wang Malaysia dengan institusi kewangan sah termasuk sijil pelaburan dan deposit murabahah komoditi; d. Sekuriti patuh Syariah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia; e. Saham/Unit dalam skim pelaburan bersama Islam; f. Sekuriti patuh Syariah yang tidak diperdagangkan menurut atau di bawah peraturan Pasaran Layak termasuk tetapi tidak terhad kepada sekuriti tidak tersenarai yang telah diluluskan oleh SC untuk penyenaraian dan sebut harga sekuriti sedemikian; g. Produk berstruktur patuh Syariah; dan h. Pelaburan patuh Syariah lain yang memenuhi objektif pelaburan Dana seperti yang dibenarkan oleh SC dari masa ke masa. 3. Bahawa, kelulusan adalah dan dengan ini diberikan kepada Pengurus untuk mengubah prospektus induk dengan memasukkan risiko-risko tertentu Dana yang baru seperti berikut: a. Risiko Negara b. Risiko Mata Wang c. Risiko Politik d. Risiko Pengawalseliaan 4. Bahawa, tertakluk kepada kelulusan Resolusi-resolusi 1, 2 dan 3, yang diluluskan, kelulusan dengan ini diberikan kepada pemegang amanah Dana ("Pemegang Amanah") dan Pengurus di mana yang perlu, untuk melakukan semua tindakan, surat-surat ikatan dan perkara yang diperlukan dan melaksanakan, menandatangani dan menyampaikan semua dokumen dan/atau perjanjian sebagaimana Pemegang Amanah dan Pengurus menganggap sesuai, suai manfaat atau mungkin perlu melaksanakan dan memberi kesan kepada perkara yang dirujuk di Resolusi-resolusi 1, 2 dan 3, tanpa rujukan lanjut kepada Pemegang Unit Dana, dengan kuasa penuh untuk menyetujui sebarang syarat, pindaan, variasi dan/atau penggantian sebagaimana yang boleh diminta atau sebagaimana yang Pemegang Amanah dan/atau Pengurus boleh mengikut budi bicaranya dianggap sesuai atau suai manfaat untuk faedah Pemegang Unit Dana atau sebagaimana yang diperlukan oleh pihak berkuasa yang relevan. Sekiranya tiada arahan-arahan khusus, proksi akan mengundi atau tidak mengundi resolusi-resolusi yang dia fikirkan patut.

Sekiranya Pemegang Unit adalah individu: DITANDATANGANI oleh (Nama Pemegang Unit) pada haribulan.. 2019 di hadapan:. (Tandatangan Saksi) Nama:. (Tandatangan Pemegang Unit) Sekiranya Pemegang Unit adalah sebuah syarikat: *METERAI RASMI bagi bersama-sama ini disertakan pada. haribulan. 2019 mengikut perkara persatuan atau perlembagaan syarikat di hadapan: *Cop Syarikat bagi... telah disertakankan pada. haribulan. 2019: (Tandatangan penandatangan (Tandatangan penandatangan (METERAI RASMI) yang diberi kuasa) yang diberi kuasa) Nama: Nama: *Potong yang berkenaan Nota-nota: 1. Borang proksi ini mestilah didepositkan di pejabat Pengurus di BIMB Investment Management Berhad, Tingkat 19, Menara Bank Islam, No. 22, Jalan Perak, 50450 Kuala Lumpur, sebelum jam 10.45 pagi pada 25 Januari 2019. 2. Bagi kes Pemegang Bersama, mana-mana Pemegang Bersama boleh mengundi sendiri atau secara proksi seperti mana yang terkandung dalam pemegangan bersama, tetapi sekiranya Pemegang Bersama itu hadir di mana-mana mesyuarat sendiri atau secara proksi, hanya nama Pemegang Bersama yang namanya disebut dahulu dalam rekod Pengurus berhak untuk mengundi. 3. Sekiranya Pemegang Unit adalah sebuah syarikat, proksi tersebut boleh menjadi wakil syarikat yang dilantik mengikut cara yang diperuntukkan dalam seksyen 333(1) Akta Syarikat 2016.

BIMB DANA AL-MUNSIF ( Dana ) (Diuruskan oleh BIMB Investment Management Berhad) ( Pengurus ) NOTA PENJELASAN PENGURUS MENGENAI USUL RESOLUSI-RESOLUSI BAGI MESYUARAT PEMEGANG UNIT YANG DIADAKAN PADA 29 JANUARI 2019 1. Resolusi 1 1.1 Polisi dan strategi pelaburan Dana sekarang adalah seperti berikut: Aktiviti Dana akan dilaksanakan dengan mematuhi sepenuhnya prinsip Syariah dan hendaklah dipantau oleh Jawatankuasa Syariah. Untuk mencapai objektif pelaburan, Dana akan memberi tumpuan kepada syarikat-syarikat kukuh yang berpotensi membayar dividen yang berterusan dan mempunyai prospek pertumbuhan pendapatan yang lebih baik. Dana juga boleh dilaburkan dalam syarikat-syarikat bersaiz kecil dan sederhana yang berpotensi memberikan pembayaran dividen. Pelaburan-pelaburan ini adalah untuk menyediakan aliran pendapatan yang tinggi kepada Dana sebagai agihan pendapatan yang berpotensi kepada Pemegang Unit. Sementara itu, pelaburan dalam Sukuk adalah bertujuan menjana pendapatan berulang daripada jangkaan pembayaran keuntungan berulang. Pelaburan dalam Sukuk mestilah mempunyai penarafan kredit minima AA3 oleh RAM atau AA- oleh MARC atau sebarang penarafan kredit yang setaraf oleh agensi penarafan kredit yang diiktiraf. 1.2 Rasional untuk perubahan dasar dan strategi pelaburan adalah untuk memperluaskan pelaburanpelaburan Dana dengan memasukkan syarikat-syarikat asing yang berpotensi menawarkan peningkatan modal. Pelaburan asing adalah terhad kepada syarikat-syarikat asing di mana pihak berkuasa pengawalselia adalah ahli biasa atau ahli bersekutu Pertubuhan Suruhanjaya Sekuriti Antarabangsa (IOSCO). 2. Resolusi 2 2.1 Pelaburan dibenarkan Dana sekarang adalah seperti berikut: a. Sekuriti yang tersenarai di pasaran saham asing tertakluk kepada had yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia dan pasaran asing yang dibenarkan oleh SC atau badan yang menetapkan piawaian Syariah antarabangsa; b. Debentur/instrumen patuh Syariah termasuk Sukuk, kertas komersial/nota sederhana patuh Syariah dan sekuriti hutang patuh Syariah lain yang mempunyai mempunyai penarafan minimum AA3 oleh RAM atau AA- oleh MARC atau penarafan yang setara oleh agensi penarafan lain; c. Instrumen deposit boleh niaga Islam, bil-i diterima, deposit mata wang Malaysia dengan institusi kewangan sah termasuk sijil pelaburan dan deposit murabahah komoditi; d. Sekuriti patuh Syariah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia; e. Saham/Unit dalam skim pelaburan bersama patuh Syariah; f. Sekuriti patuh Syariah yang tidak diperdagangkan menurut atau di bawah peraturan Pasaran Layak termasuk tetapi tidak terhad kepada sekuriti tidak tersenarai yang telah diluluskan oleh SC untuk penyenaraian dan sebut harga sekuriti sedemikian; g. Produk berstruktur patuh Syariah; dan h. Pelaburan patuh Syariah lain yang memenuhi objektif pelaburan Dana seperti yang dibenarkan oleh SC dari masa ke masa. 2.2 Rasional untuk perubahan pelaburan dibenarkan Dana adalah untuk memperluaskan pelaburanpelaburan Dana dengan memasukkan syarikat-syarikat asing yang berpotensi menawarkan peningkatan modal. Pelaburan asing adalah terhad kepada syarikat-syarikat asing di mana pihak berkuasa pengawalselia adalah ahli biasa atau ahli bersekutu Pertubuhan Suruhanjaya Sekuriti Antarabangsa (IOSCO).

3. Resolusi 3 3.1 Pengurus ingin memasukkan risiko-risiko tertentu Dana yang baru seperti berikut: a. Risiko Negara b. Risiko Mata Wang c. Risiko Politik d. Risiko Pengawalseliaan 3.2 Rasional untuk penambahan risiko-risiko tertentu Dana yang baru adalah untuk memperluaskan pelaburan-pelaburan Dana dengan memasukkan syarikat-syarikat asing yang berpotensi menawarkan peningkatan modal. Pelaburan asing adalah terhad kepada syarikat-syarikat asing di mana pihak berkuasa pengawalselia adalah ahli biasa atau ahli bersekutu Pertubuhan Suruhanjaya Sekuriti Antarabangsa (IOSCO). Penambahan risiko-risko tertentu baru Dana sebagaimana yang dinyatakan di atas adalah untuk menggambarkan risiko-risiko tertentu baru Dana akibat daripada pelaburan asing oleh Dana. 4. Resolusi 4 4.1 Bahawa, tertakluk kepada kelulusan Resolusi-resolusi 1, 2 dan 3, yang diluluskan, kelulusan dengan ini diberikan kepada pemegang amanah Dana ("Pemegang Amanah") dan Pengurus di mana yang perlu, untuk melakukan semua tindakan, surat-surat ikatan dan perkara yang diperlukan dan melaksanakan, menandatangani dan menyampaikan semua dokumen dan/atau perjanjian sebagaimana Pemegang Amanah dan Pengurus menganggap sesuai, suai manfaat atau mungkin perlu melaksanakan dan memberi kesan kepada perkara yang dirujuk di Resolusi-resolusi 1, 2 dan 3, tanpa rujukan lanjut kepada Pemegang Unit Dana, dengan kuasa penuh untuk menyetujui sebarang syarat, pindaan, variasi dan/atau penggantian sebagaimana yang boleh diminta atau sebagaimana yang Pemegang Amanah dan/atau Pengurus boleh mengikut budi bicaranya dianggap sesuai atau suai manfaat untuk faedah Pemegang Unit Dana atau sebagaimana yang diperlukan oleh pihak berkuasa yang relevan. 5. Pengurus ingin mengubah polisi dan strategi pelaburan Dana seperti berikut: Aktiviti Dana akan dilaksanakan dengan mematuhi sepenuhnya prinsip Syariah dan hendaklah dipantau oleh Jawatankuasa Syariah. Untuk mencapai objektif pelaburan, Dana ini akan memberi tumpuan kepada syarikat-syarikat kukuh Malaysia dan syarikat-syarikat asing yang berpotensi membayar dividen yang berkekalan dan mencapai pertumbuhan pendapatan Dana juga akan melabur di dalam syarikat-syarikat bersaiz kecil dan sederhana yang berpotensi memberikan pembayaran dividen. Pelaburan asing adalah terhad kepada syarikatsyarikat asing di mana pihak berkuasa pengawalselia adalah ahli biasa atau ahli bersekutu Pertubuhan Suruhanjaya Sekuriti Antarabangsa (IOSCO). Pelaburan-pelaburan ini adalah untuk menyediakan aliran pendapatan yang tinggi kepada Dana sebagai agihan pendapatan yang berpotensi kepada Pemegang Unit. Sementara itu, pelaburan dalam Sukuk adalah secara khususnya untuk tujuan menjana pendapatan berulang daripada bayaran jangkaan keuntungan berkala yang dijangkakan. Pelaburan dalam Sukuk tersebut mestilah mempunyai penarafan kredit minimum AA3 oleh RAM atau penarafan AA- oleh MARC atau sebarang penarafan kredit yang setara oleh mana-mana agensi kredit lain yang diiktiraf. 6. Pengurus ingin mengubah pelaburan dibenarkan Dana seperti berikut: Dana boleh melabur dalam yang berikut: a. Sekuriti yang tersenarai di pasaran saham asing tertakluk kepada had yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia dan pasaran asing di mana pihak berkuasa pengawal selia adalah ahli biasa atau ahli bersekutu Pertubuhan Suruhanjaya Sekuriti Antarabangsa yang dibenarkan oleh SC atau badan yang menetapkan piawaian Syariah antarabangsa; b. Debentur/instrumen patuh Syariah termasuk Sukuk, kertas komersial/nota sederhana patuh Syariah dan sekuriti hutang patuh Syariah lain yang mempunyai penarafan minimum AA3 oleh RAM atau AAoleh MARC atau penarafan yang setara oleh agensi penarafan lain;

c. Instrumen deposit boleh niaga Islam, bil-i diterima, deposit mata wang Malaysia dengan institusi kewangan sah termasuk sijil pelaburan dan deposit murabahah komoditi; d. Sekuriti patuh Syariah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia; e. Saham/Unit dalam skim pelaburan bersama Islam; f. Sekuriti patuh Syariah yang tidak diperdagangkan menurut atau di bawah peraturan Pasaran Layak termasuk tetapi tidak terhad kepada sekuriti tidak tersenarai yang telah diluluskan oleh SC untuk penyenaraian dan sebut harga sekuriti sedemikian; g. Produk berstruktur patuh Syariah; dan h. Pelaburan patuh Syariah lain yang memenuhi objektif pelaburan Dana seperti yang dibenarkan oleh SC dari masa ke masa.