Sistem Kehakiman Berkaitan Pekerjaan dan Perhubungan Perusahaan

dokumen-dokumen yang mirip
Pertikaian Perdagangan dan Resolusi Pertikaian

Umur Persaraan Minimum 1 D.R. 26/2012 RANG UNDANG-UNDANG UMUR PERSARAAN MINIMUM 2012

AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT 2010 [AKTA 711] NOR FADHILAH AHMAD Penasihat Undang-Undang Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6/4-274/15 DI ANTARA TAN POH THIAM DENGAN DAILY FRESH FOODS SDN. BHD. AWARD NO: 308 TAHUN 2017

ULASAN KES JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN & YL LWN BERJAYA BOOKS SDN. BHD. & YL [2015] 3 CLJ 461

Pasukan Sukarelawan Malaysia 1 D.R. 21/2012 RANG UNDANG-UNDANG PASUKAN SUKARELAWAN MALAYSIA 2012

ULASAN KES VIEW ESTEEM SDN. BHD.

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO: 21(26)/4-840/12 ANTARA RIDWAN FARID BIN SUBAIRI DAN MERCURY MARINE SDN. BHD. AWARD NO: 551 TAHUN 2017

AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971

Tribunal Tuntutan Pengguna. Written by Administrator Thursday, 13 August :17 -

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

PERATURAN-PERATURAN JAWATANKUASA KENAIKAN PANGKAT MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA 1999

Penyesuaian dengan Pasaran Buruh yang Dinamik

Terma-Terma dan Peraturan Pengurusan Kes (Peringkat Pertama)

NO. AWARD : 900 TAHUN 2016

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

Kod Sebut Harga: INTAN(E): 3/2017

SEMINAR PERBANDINGAN ANTARA AKTA PERLINDUNGAN SAKSI 2009 (AKTA 696) DENGAN AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT 2010 (AKTA 711)

PERJANJIAN LATIHAN KEMAHIRAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PADA HARIBULAN 20

ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN. mercantile

Profesion Kesihatan Bersekutu 1 D.R. 24/2015 RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KESIHATAN BERSEKUTU 2015

JPA(S)TT. 71/3/1 ( 16 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 26 TAHUN 2008

UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 680 AKTA AKTIVITI KERAJAAN ELEKTRONIK 2007 SUSUNAN SEKSYEN

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

UNIVERSITI MALAYA (PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA) KUALA LUMPUR PERJANJIAN PERKHIDMATAN. Perjanjian Ini Dibuat pada haribulan tahun CONTOH

Sistem Insurans Pekerjaan 1 D.R. 27/2017 RANG UNDANG-UNDANG SISTEM INSURANS PEKERJAAN 2017

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

AKTA PENGURUSAN STRATA 2013 (AKTA 757)

Amalan Dengan Ketekunan Wajar. 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar?

Peraturan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Pengurusan Keselamatan Pekerja Luar 2016

AKTA PILIHAN RAYA 1958

Undang-Undang Malaysia

TAJUK 10 KEHAKIMAN. Kehakiman dan undang-undang Struktur dan fungsi mahkamah Hakim. Perlantikan Hakim Tribunal Kod Etika Hakim

ISI KANDUNGAN SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1-2

Pergigian 1 D.R. 46/2017 RANG UNDANG-UNDANG PERGIGIAN 2017

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP7B: GARIS PANDUAN PEMBERIAN IBRA (REBAT) BAGI PEMBIAYAAN ISLAM BERASASKAN JUAL BELI BAHAGIAN A: PENGENALAN

D.R. 8/94 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987.

KAEDAH-KAEDAH PENGANTARAAN KLRCA JADUAL-JADUAL PENGANTARAAN KLRCA

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

JPA.BK(S)173/9/3Jld.2(1) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2009

D.R. 32/90 RANG UNDANG-UNDANG CUKAI AKTIYITI PERNIAGAAN LUAR PESISIR LABUAN- 1990

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

AKTA PERANTI PERUBATAN 2012 (AKTA 737)

TUNTUTAN TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN

PANDUAN UNTUK PEMOHON PERKONGSIAN ANTARABANGSA

D.R. 20/2007 RANG UNDANG-UNDANG MAKMAL PATOLOGI 2007

(b) apa-apa perkara lain yang berbangkit daripada pengauditan itu sebagaimana yang difikirkannya patut dilaporkan,

PENDAKWAAN DI MAHKAMAH BAHAGIAN UNDANG-UNDANG KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

Program Penukaran Baki CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat setakat 7 MEI Program Penukaran Baki

JPA(S)TT. 71/3/1 ( ) No. Siri KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2009

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 1 D.R. 27/2008. Rang Undang-Undang Suruhanjaya pelantikan kehakiman 2008

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP14 : GARIS PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT KEDUA. PENGGAL KEEMPAT. PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

BAB 10 GAJI DAN EMOLUMEN

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA 30 MAC 2015 (ISNIN)

PEKELILING PERKHIDMATAN UPM BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

D.R. 20/95 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

POLISI DALAMAN PEMBERIAN MAKLUMAT INTERNAL WHISTLE BLOWER POLICY

Liabiliti Majikan Terma & Syarat

Undang-undang pekerjaan: huraian dan panduan terhadap akta kerja 1955

Overdraf. November 2017

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

KURSUS TEKNIKAL UNDANG-UNDANG KADI DAN PENDAKWA NEGERI PULAU PINANG 7 Oktober 1992 hingga 8 Oktober 1992

Pengambilan balik pinjaman yang melampaui tempoh

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

PERJANJIAN BIASISWA SELANGORKU TAHUN 2017

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

KANDUNGAN. 1. Tujuan Terminologi Latar Belakang Perundingan Kolektif Syarat-Syarat Untuk Mengadakan 4 Perundingan Kolektif

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

PERJANJIAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN GURU ANTARA KERAJAAN MALAYSIA DAN ZURAIDA HAMSIAH BINTI MOHAMED NASIR

UNDANG-UNDANG (PERUNTUKAN KHAS) Akta 202 CETAKAN SEMULA. Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

Tarikh: Surat aku janji bertulis oleh UOB atas permintaan pemohon (anda), berpihak kepada pihak ketiga (penerima) yang menjamin pembayaran.

a) Untuk layak menerima Insentif RRP, semua syarat berikut perlu dipenuhi oleh Ejen ("Rujukan Berjaya"):

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

PERATURAN PRAKTIKUM UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Tatakelakuan. Tatakelakuan berkenaan hubungan Syarikat dengan Pentadbiran Awam

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

JADUAL FI DAN KOS PENTADBIRAN TIMBANG TARA PANTAS KLRCA

PERJANJIAN PINJAMAN PENDIDIKAN

PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

PERJANJIAN SKIM DERMASISWA PENGAJIAN TAHUN ASAS UNIVERSITI SELANGOR SEMESTER (SESI )

BAHAGIAN III KEWAJIPAN-KEWAJIPAN DAN KEISTIMEWAAN-KEISTIMEWAAN KOPERASI-KOPERASI

Shamrahayu A. Aziz, 2016, Isu Penguatkuasaan Undang-undang Jenayah Islam di Malaysia, 88 halaman, ISBN

Jaminan Fideliti Terma & Syarat

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 11 TAHUN 1995 PANDUAN LAWATAN KE LUAR NEGERI KERANA PEROLEHAN KERAJAAN

PERMOHONANPENUBUHAN PERSATUAN/KELAB PELAJAR

TATACARA PENDAFTARAN KES TANGKAPAN SAMAN & WARAN DI MAHKAMAH SYARIAH

KANDUNGAN Kaedah-kaedah Timbang Tara KLRCA

4.1.2 Deposit Tetap Konventional ( DT ) dan ASNB Harga Berubah (ASNB HB) terpilih

Transkripsi:

Topik 2 Sistem Kehakiman Berkaitan Pekerjaan dan Perhubungan Perusahaan HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mendefinisikan timbang tara; 2. Menerangkan langkah yang boleh diambil oleh majikan atau pekerja apabila berlaku pertikaian perusahaan; dan 3. Mengaplikasikan peruntukan undang-undang yang sedia ada dalam menyelesaikan pertelingkahan yang berlaku antara majikan dan pekerja.

TOPIK 2 SISTEM KEHAKIMAN YANG BERKAITAN PEKERJAAN DAN 25 PENGENALAN Dalam dunia perindustrian dan pekerjaan, pertelingkahan dan ketidakpuasan hati tidak dapat dipertikaikan akan berlaku dalam kalangan majikan dan pekerja serta antara sesama pekerja. Lantaran itu, sistem kehakiman diperlukan bagi menangani dan menyelesaikan semua hal tersebut. Dalam konteks ini, peraturan yang relevan dalam Akta Kerja 1955 (EA 1955 Employment Act 1955) dan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (IRA 1967 Industrial Relations Act 1967) dianalisis. 2.1 TIMBANG TARA DAN MAHKAMAH AWAM Pertelingkahan boleh diselesaikan mengikut sebarang cara yang dikehendaki oleh pihak terlibat. Pada peringkat awal proses penyelesaian, kebiasaannya pihak boleh menyelesaikannya melalui perbincangan sesama sendiri dan sekiranya cara ini gagal, rujukan boleh dibuat kepada jabatan berkaitan di Kementerian Sumber Manusia, contohnya, Jabatan Perhubungan Perusahaan atau Jabatan Buruh (kini dikenali sebagai Jabatan Tenaga Kerja). Ini bergantung kepada jenis pertikaian yang berlaku. Dua mekanisme penyelesaian ini dikenali sebagai timbang tara. Definisi Timbang tara (arbitration) ialah kaedah menyelesaikan pertelingkahan antara dua pihak atau lebih dengan bantuan pihak ketiga bagi menyelesaikannya tanpa pembabitan mahkamah awam. 2.2 MAHKAMAH BURUH Mahkamah ini merupakan timbang tara yang diberikan kuasa oleh Akta Kerja 1955. Mengikut Akta ini, Jabatan Tenaga Kerja iaitu jabatan di bawah kelolaan Kementerian Sumber Manusia bertanggungjawab untuk memastikan majikan dan pekerja mematuhi peruntukan dalam akta tersebut. Ketua pengarah jabatan ini berkuasa untuk memulakan siasatan dan menyelesaikan sebarang pertelingkahan yang berlaku antara majikan dan pekerja (Bahagian XIV dan XV EA 1955).

26 TOPIK 2 SISTEM KEHAKIMAN YANG BERKAITAN PEKERJAAN DAN Secara ringkas, jabatan ini mempunyai fungsi separa kehakiman iaitu mendengar dan menyelesaikan pertikaian antara majikan-pekerja di peringkat jabatan. Mekanisme penyelesaian ini disebut Mahkamah Buruh. Sebarang keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Buruh, melalui peranan yang dimainkan pegawai di Jabatan Buruh, mengikat pihak yang terlibat. EA 1955 mengakui pekerja yang diliputi oleh Jadual Pertama sebagaimana yang telah dibincangkan sebelum ini, berhak untuk mengetengahkan ketidakpuasan hati mereka, iaitu isu kegagalan majikan mematuhi terma dan syarat kontrak pekerjaan ke Jabatan Buruh. Pegawai di Jabatan Buruh akan bertindak memanggil pihak tersebut untuk bertemu dan merungkaikan masalah tersebut. Proses ini dipanggil penyelesaian oleh Mahkamah Buruh. Cara penyelesaian ini diperkenalkan sebagai kaedah yang adil, pantas dan murah kerana tiada pembabitan peguam serta tidak melibatkan prosedur yang kompleks. Bidang kuasa Mahkamah Buruh juga termasuklah mendengar sebarang pertikaian yang melibatkan pekerja yang memperoleh upah melebihi RM2,000 sebulan tetapi tidak melebihi RM5,000 (S. 69(4) AK 1955). 2.2.1 Bidang Kuasa Mahkamah Buruh Kuasa atau bidang kuasa Mahkamah Buruh dilaksanakan oleh Ketua Pengarah di Jabatan Buruh. Ia dinyatakan dalam Akta Kerja 1955 seperti yang berikut (rujuk Jadual 2.1): Jadual 2.1: Kuasa Ketua Pengarah Mengikut Akta Kerja 1955 No. Kuasa Ketua Pengarah Mengikut Akta Kerja 1955 1. S. 69(1) Akta Kerja 1955 membenarkan ketua pengarah untuk menyiasat dan memutuskan pertikaian majikan-pekerja terutamanya yang berkaitan dengan bayaran upah atau bayaran lain yang disebutkan dalam kontrak perkhidmatan atau yang telah diperuntukkan dalam Akta Majlis Gaji 1947 (akta ini telah dimansuhkan dan digantikan dengan Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011). Contoh: Tuntutan gaji yang tidak berbayar, tuntutan bayaran lebih masa, elaun cuti bersalin, bayaran semasa cuti sakit dan sebagainya 2. S. 69C juga membenarkan ketua pengarah untuk menyiasat dan memutuskan sebarang tuntutan berkaitan dengan kegagalan pembayaran ganti rugi sebagai ganti notis penamatan atau pengganti kepada tempoh notis pemberhentian yang tidak mencukupi oleh pihak majikan atau pekerja

TOPIK 2 SISTEM KEHAKIMAN YANG BERKAITAN PEKERJAAN DAN 27 3. S. 69(3) juga memberikan kuasa kepada ketua pengarah untuk menyiasat, mengesahkan atau menolak mana-mana keputusan majikan yang menyebabkan kerugian kepada pekerja. Kuasa ini walau bagaimanapun hanya boleh dikuatkuasakan sekiranya aduan diterima daripada pekerja. Contohnya, ketidakpuasan hati dengan tindakan disiplin yang dikenakan oleh majikan kepada pekerja 4. S. 72 membenarkan ketua pengarah untuk menggabungkan beberapa aduan yang mempunyai isu yang serupa dan membuat satu keputusan sahaja bagi gabungan aduan tersebut 5. S. 76 memberikan kuasa kepada ketua pengarah untuk merujuk sebarang persoalan undang-undang pada Mahkamah Tinggi sekiranya berpendapat adalah penting untuk berbuat demikian Keputusan Mahkamah Buruh mengikat pihak yang terlibat. S. 69(4) EA 1955 menetapkan mana-mana pihak yang gagal untuk mematuhi keputusan yang dibuat oleh ketua pengarah dianggap melakukan kesalahan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum denda tidak melebihi RM10,000. Sementara itu, arahan ketua pengarah boleh dikuatkuasakan oleh Mahkamah Seksyen atau Mahkamah Majistret secara perlaksanaan kes sivil (75 EA 1955). AKTIVITI 2.1 Berikan dua contoh pertikaian antara majikan dan pekerja yang boleh dirujuk pada Mahkamah Buruh. 2.2.2 Prosedur Rayuan AKTIVITI 2.2 Sekiranya anda pekerja yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat oleh Ketua Pengarah di Jabatan Buruh, apakah tindakan yang patut anda lakukan? S. 77 AK 1955 memperuntukkan bahawa mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan atau perintah Ketua Pengarah boleh membuat rayuan kepada Mahkamah Tinggi dan ini tertakluk kepada peraturan rayuan seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 4 Akta Kaedah Mahkamah Rendah 1955.

28 TOPIK 2 SISTEM KEHAKIMAN YANG BERKAITAN PEKERJAAN DAN Pekerja juga boleh mengemukakan saman kepada majikan yang mengelak daripada membayar upahnya (S. 78 EA 1955). Bahkan, tanpa aduan oleh mana-mana pihak, S. 79 EA 1955 membenarkan ketua pengarah untuk membuat siasatan jika didapati ada kemungkinan berlakunya kesalahan dan juga menyaman sesiapa yang dipercayai boleh memberi maklumat yang sepatutnya. SEMAK KENDIRI 2.1 Apakah tatacara yang perlu diikuti bagi menyelesaikan pertelingkahan di Mahkamah Buruh? 2.3 MAHKAMAH PERUSAHAAN Mahkamah Perusahaan merupakan timbang tara yang dibentuk melalui penguatkuasaan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (IRA 1967). Ia juga dikenali sebagai tribunal. Tribunal didefinisikan sebagai badan di luar hierarki mahkamah awam yang melaksanakan fungsi pentadbiran dan penghakiman (adjudikasi). Ciri-ciri utama Mahkamah Perusahaan yang selari dengan ciri-ciri tribunal adalah ia tidak terikat dengan peraturan undang-undang keterangan yang ketat dan keputusannya tidak tertakluk kepada rayuan tetapi boleh dikemukakan untuk prosedur semakan kehakiman (judicial review). Bahkan, Mahkamah Perusahaan juga tidak dikenali sebagai mahkamah oleh Akta Mahkamah Rendah 1948 dan Akta Mahkamah Kehakiman 1964. Ada dua fungsi utama Mahkamah Perusahaan iaitu untuk mendengar dan memutuskan kes pertikaian perusahaan yang dirujuk oleh Menteri atau dikemukakan sendiri oleh pihak yang berkenaan (S. 8 dan S. 20 IRA 1967). Ia juga berkuasa untuk mengesahkan perjanjian kolektif yang telah dikemukakan bersama oleh majikan atau kesatuan sekerja majikan dan kesatuan sekerja pekerja (S. 16 IRA 1967).

TOPIK 2 SISTEM KEHAKIMAN YANG BERKAITAN PEKERJAAN DAN 29 2.3.1 Pertikaian Perdagangan Kes yang ditangani oleh Mahkamah Perusahaan adalah berkaitan dengan pertikaian perdagangan sahaja. Seksyen 2 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 mendefinisikan pertikaian perdagangan sebagai: Definisi sebarang pertikaian antara majikan dan pekerjanya yang berkaitan dengan pekerjaan atau bukan pekerjaan atau berhubung dengan terma atau syarat pekerjaan. Contoh kes pertikaian perdagangan termasuklah pekerja dinafikan hak daripada menyertai aktiviti atau menjadi mangsa akibat terlibat dengan aktiviti kesatuan sekerja di bawah S. 4, S. 5 dan S. 6 IRA 1967, pemberhentian (S. 20 IRA 1967) dan pertelingkahan antara majikan dan kesatuan sekerja pekerja. Keadaan ini boleh berlaku apabila kesatuan sekerja pekerja membuat tuntutan balas selepas tuntutan pekerja yang diwakili mereka mendapat keputusan yang tidak menyebelahinya. Pertelingkahan juga boleh wujud akibat perbezaan pendapat antara kesatuan sekerja pekerja dan majikan atau kesatuan sekerja pekerja yang menuntut penguatkuasaan terhadap persetujuan yang telah dibuat oleh majikan. Termasuk dalam skop pertikaian perdagangan ialah jika pertikaian berlaku akibat perbezaan dalam pentafsiran perjanjian antara majikan dan pekerja dan hal ini boleh dirujuk pada Mahkamah Perusahaan. Kebanyakan kes yang dikemukakan kepada Mahkamah Perusahaan walau bagaimanapun berkaitan dengan pemecatan salah (Roslan Mat Nor, pengerusi Mahkamah Perusahaan, cawangan Johor Bahru). SEMAK KENDIRI 2.2 Apakah jenis pertikaian yang menjadi tanggungjawab Mahkamah Perusahaan? Terangkan. 2.3.2 Keahlian Mahkamah Perusahaan dan Rujukan oleh Menteri Rujukan pada Jabatan Perhubungan Perusahaan boleh dibuat sama ada oleh majikan atau kesatuan sekerja pekerja. Ketua pengarah juga boleh mengambil inisiatif untuk merujuk kes ke jabatannya walaupun tiada aduan diterima oleh

30 TOPIK 2 SISTEM KEHAKIMAN YANG BERKAITAN PEKERJAAN DAN mana-mana pihak. Hal ini boleh berlaku sekiranya dia berpendapat isu tersebut hanya boleh diselesaikan melalui campur tangan jabatan. Sekiranya pertikaian tersebut tidak boleh diselesaikan, ketua pengarah boleh melaporkan kepada Kementerian untuk dirujuk pada Mahkamah Perusahaan mengikut peruntukan dalam S. 26 IRA 1967. Peruntukan lanjut berkaitan dengan Mahkamah Perusahaan terkandung dalam Bahagian VII IRA 1967. Menurut S. 21 IRA 1967, Mahkamah Perusahaan terdiri daripada Presiden atau Pengerusi yang dilantik oleh Yang di-pertuan Agong dan juga panel keahlian seperti ditunjukkan dalam Rajah 2.1. Rajah 2.1: Keahlian Mahkamah Perusahaan Pengerusi boleh melantik ahli lain yang difikirkan sesuai bagi mengambil alih tugasnya semasa ketiadaannya atau jika dia tidak berupaya melaksanakannya. Mahkamah juga boleh meneruskan perbicaraan tanpa kehadiran ahli, tidak cukup ahli atau mahkamah boleh memilih untuk melantik orang lain bagi menggantikan ahli yang tidak hadir tersebut. Pada mulanya seperti yang dinyatakan sebelum ini, Seksyen 26(1) IRA 1967 memperuntukkan kuasa Menteri untuk merujuk sebarang pertikaian ke mahkamah atas permintaan pihak yang bertelingkah iaitu kesatuan sekerja dan majikan.

TOPIK 2 SISTEM KEHAKIMAN YANG BERKAITAN PEKERJAAN DAN 31 Walau bagaimanapun, Menteri juga boleh mengusulkan supaya kes dirujuk ke mahkamah sekiranya beliau berpendapat ada keperluan untuk berbuat demikian (S. 26(2) IRA 1967). Jika pertikaian tersebut berkaitan dengan perkhidmatan kerajaan atau perkhidmatan sebarang badan berkanun, Menteri tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian kecuali dengan persetujuan Yang di- Pertuan Agong atau pihak berkuasa negeri. Apabila kes telah dirujuk ke Mahkamah Perusahaan oleh Menteri, mahkamah awam tidak berhak campur tangan dalam kes tersebut sebagaimana diputuskan dalam kes yang berikut: Dalam kes Perkara Permohonan oleh Sreedharan (1974), kontrak perkhidmatan pemohon telah ditamatkan oleh majikan. Menteri mengarahkan siasatan dijalankan dan akhirnya memutuskan kes tersebut dibicarakan di Mahkamah Perusahaan menurut peruntukan dalam Seksyen 16A(9) Akta Perhubungan Perusahaan 1967. Pemohon bertindak memohon perintah certiorari dari Mahkamah Tinggi untuk menyekat kes tersebut dibicarakan di Mahkamah Perusahaan. Mahkamah Tinggi walau bagaimanapun menolak permohonan tersebut dan memutuskan Menteri berkuasa untuk merujuk kes tersebut ke Mahkamah Perusahaan. Dalam prosiding, pekerja boleh mewakili dirinya sendiri atau diwakili oleh kesatuan sekerjanya. Manakala bagi pihak majikan, ia boleh diwakili oleh pegawainya atau kesatuan sekerjanya (S. 27 APP 1967). Jika persoalan timbul tentang perwakilan dalam tindakan undang-undang tersebut, ia akan ditentukan oleh Pengerusi. Kehadiran peguam bagi mewakili pihak yang bertelagah hanya dibenarkan jika mendapat izin Mahkamah Perusahaan (S. 27 (1)(d)). AKTIVITI 2.3 Pada masa kini, siapakah Menteri yang bertanggungjawab memegang portfolio ini dan siapakah diberikan kuasa melantik panel keahlian dalam Mahkamah Perusahaan?

32 TOPIK 2 SISTEM KEHAKIMAN YANG BERKAITAN PEKERJAAN DAN 2.3.3 Kesalahan Jenayah Perkara 7 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan seperti yang berikut: Peruntukan Seseorang yang telah dibebaskan daripada sesuatu kesalahan atau disabitkan atas sesuatu kesalahan tidak boleh dibicarakan semula kerana kesalahan yang sama, kecuali jika sabitan atau pembebasan itu telah dibatalkan dan perbicaraan semula diperintahkan oleh mahkamah yang lebih atas daripada mahkamah yang telah membebaskan atau mensabitkannya itu. Secara ringkas, Perlembagaan Persekutuan melarang seseorang daripada dibicarakan dua kali atas kesalahan yang sama kecuali perbicaraan atau hukuman telah diketepikan oleh mahkamah awam yang lebih tinggi. Oleh itu, sekiranya pekerja telah dibicarakan dan dihukum oleh mahkamah undang-undang atas sesuatu kesalahan, adakah majikan berhak untuk melakukan siasatan dan seterusnya mengambil tindakan sekali lagi terhadap pekerja terbabit? Dalam kes Lori Malaysia Sdn Bhd lwn Kesatuan Pekerja Pengangkutan (Award No. 24/75), Mahkamah Perusahaan memutuskan bahawa majikan berhak untuk membuat siasatan dan mengambil tindakan disiplin terhadap pekerjanya walaupun pekerja tersebut telah pun dibicarakan di mahkamah undang-undang. Perbicaraan di mahkamah undang-undang tidak menghalang majikan daripada meneruskan siasatan dan memecat pekerja tersebut, sekiranya majikan berpendapat salah laku yang dibuat oleh pekerja adalah serius. Begitu juga, sekiranya mahkamah menyabitkan kesalahan terhadap pekerja terbabit, tidaklah bermakna majikan mesti memberhentikan pekerja atas kesalahan itu. Hasil rumusan daripada perbincangan kes tadi, Perkara 7(2) Perlembagaan Persekutuan tidak terpakai di Mahkamah Perusahaan kerana Mahkamah Perusahaan adalah berbeza daripada mahkamah undang-undang. Mahkamah Perusahaan hanyalah tribunal yang ditubuhkan sebagai mekanisme penyelesaian pertikaian antara majikan dan pekerja dengan kos yang murah dan cepat. Walau bagaimanapun, Mahkamah Perusahaan boleh mengguna pakai keputusan yang dibuat oleh mahkamah awam sebagai asas untuk menjalankan siasatan atau mengambil sebarang keputusan.

TOPIK 2 SISTEM KEHAKIMAN YANG BERKAITAN PEKERJAAN DAN 33 Dalam kes Kesatuan Pekerja Pengangkutan lwn Kenderaan Sri Jaya (PTM) Bhd (Award No. 6/69), Mahkamah Perusahaan berpendapat menurut S. 26 Akta Perhubungan Perusahaan 1967, mereka bertanggungjawab untuk membicarakan kes yang dirujuk pada mereka walaupun kes tersebut sedang dibicarakan di mahkamah awam. Hal ini telah dinyatakan dalam peruntukan yang berikut: Peruntukan S. 30(3) APP 1967 menyatakan bahawa mahkamah wajib memberikan award dalam tempoh 30 hari setelah dirujuk kepadanya oleh Menteri. Oleh itu, Menteri berkuasa untuk menangguhkan kes itu terlebih dahulu sekiranya Menteri mendapati ia menjadi keperluan untuk menunggu keputusan dibuat oleh mahkamah awam. 2.3.4 Bidang Kuasa Mahkamah Perusahaan AKTIVITI 2.4 Pada pendapat anda, apakah bidang kuasa Mahkamah Perusahaan? Bidangkuasa Mahkamah Perusahaan diperuntukkan dalam Seksyen 29 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 seperti ditunjukkan dalam Rajah 2.2.

34 TOPIK 2 SISTEM KEHAKIMAN YANG BERKAITAN PEKERJAAN DAN Rajah 2.2: Bidang kuasa Mahkamah Perusahaan

TOPIK 2 SISTEM KEHAKIMAN YANG BERKAITAN PEKERJAAN DAN 35 Kuasa kehakiman yang diberikan oleh Akta kepada mahkamah membolehkan pertikaian majikan-pekerja diselesaikan secara cepat kerana bebas daripada prosedur teknikal sebagaimana yang berlaku di mahkamah undang-undang. Hal ini diterangkan lebih lanjut dalam kes yang berikut: Dalam kes Hotel Jaya Puri Bhd lwn Kesatuan Kebangsaan Pekerja Hotel, Bar dan Restaurant Workers dan Anor (1980), isu yang diputuskan adalah kedudukan pekerja restoran, sama ada mereka hanya pekerja restoran atau juga merupakan pekerja hotel. Mahkamah Perusahaan membuat keputusan bahawa mereka adalah pekerja hotel kerana restoran di mana mereka bekerja dan hotel adalah entiti yang sama. Oleh itu, hotel mesti membayar pampasan kerana memecat pekerja terbabit secara tidak sah. Walau bagaimanapun, hotel membuat rayuan ke Mahkamah Tinggi untuk membatalkan award tersebut atas alasan award tersebut bersalahan dengan undang-undang. Mahkamah Tinggi akhirnya menolak rayuan tersebut dan berpendapat Mahkamah Perusahaan mempunyai bidang kuasa tertentu menurut peruntukan dalam S. 29 iaitu untuk memutuskan perkara yang dibawa kepadanya dan Mahkamah Tinggi tidak akan campur tangan dalam keputusan yang telah dibuat. Ini menunjukkan bahawa Mahkamah Perusahaan mempunyai bidang kuasa tersendiri yang mahkamah awam tidak boleh campur tangan dalam keputusan yang dibuatnya. Mahkamah Perusahaan juga mesti mematuhi prinsip keadilan semula jadi (principles of natural justice) dan antaranya adalah seperti yang berikut: Definisi Audi alteram partem bermaksud mendengar keterangan daripada keduadua pihak sebelum membuat sebarang keputusan kerana ia penting untuk memastikan perbicaraan yang adil dan seimbang (tidak berat sebelah).

36 TOPIK 2 SISTEM KEHAKIMAN YANG BERKAITAN PEKERJAAN DAN Dalam kes Perkara Permohonan oleh Kesatuan Syarikat Omnibus Sdn Bhd (1977), Mahkamah Tinggi memutuskan Mahkamah Perusahaan tidak melanggar prinsip keadilan asasi dalam membuat keputusannya walaupun pemohon berpendapat tidak diberikan hak didengar secukupnya. Mahkamah Tinggi menerangkan bahawa Mahkamah Perusahaan mempunyai bidang kuasa untuk menolak keterangan yang pada pendapatnya tidak relevan. Mahkamah juga boleh membuat keputusan setelah mendengar keseluruhan prosiding perbicaraan untuk beberapa hari dan memutuskan untuk tidak meneruskan lagi perbicaraan itu setelah mendapati ia hanya membuang masa Mahkamah. Mahkamah juga menganggap pihak akan mematuhi semua keputusan yang telah dibuat. Peruntukan Seksyen 56 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 menyediakan langkah yang boleh diambil oleh mahkamah sekiranya mana-mana pihak gagal mematuhi award yang telah diputuskan. Peruntukan ini membenarkan mahkamah untuk mengeluarkan perintah lain yang difikirkan sesuai. Mahkamah juga tidak akan bersetuju jika mana-mana pihak mengingkari perintah yang dikeluarkannya sebagaimana yang berlaku dalam kes berikut. Dalam kes Mitel Sdn Bhd lwn R. Surendran (Award 220/1987), langkah yang berikut dicadangkan apabila situasi tadi berlaku: Membuat laporan polis tentang kegagalan mematuhi award Mahkamah Perusahaan dan menulis kepada timbalan pendakwa raya yang bertanggungjawab dalam daerah itu dengan menyertakan dokumen yang relevan dan meminta penyiasatan dilakukan oleh polis. Peruntukan Seksyen 33A Akta Perhubungan Perusahaan 1967 memperuntukkan bahawa Mahkamah Perusahaan boleh merujuk persoalan undang-undang yang berbangkit dalam prosiding di hadapannya ke Mahkamah Tinggi. Ini boleh dilakukan melalui permohonan yang dibuat oleh mana-mana pihak dalam prosiding tersebut. Walau bagaimanapun, rujukan hanya boleh dibuat sekiranya persoalan tersebut penting dan mempunyai kesan kepada award.

TOPIK 2 SISTEM KEHAKIMAN YANG BERKAITAN PEKERJAAN DAN 37 SEMAK KENDIRI 2.3 Apakah kuasa Mahkamah Perusahaan yang diberikan oleh Akta Perhubungan Perusahaan 1967? 2.4 SEMAKAN KEHAKIMAN S. 33B IRA 1967 menyatakan bahawa...award, keputusan atau arahan Mahkamah...adalah muktamad dan konklusif... Walau bagaimanapun, mahkamah awam iaitu Mahkamah Tinggi boleh menyemak prosiding yang berlangsung di Mahkamah Perusahaan melalui semakan kehakiman menurut Kaedah 53 Peraturan Mahkamah Tinggi. Semakan kehakiman bukanlah prosiding rayuan bahkan, ia adalah proses semakan yang diberikan terutamanya pada Mahkamah Tinggi untuk memeriksa proses membuat keputusan oleh Mahkamah Perusahaan. Semakan kehakiman boleh dibuat dengan memohon perintah certiorari. Contoh situasi yang membenarkan semakan kehakiman ialah jika Mahkamah Perusahaan melanggar batasan kuasa yang diberikan dalam Akta Perhubungan Perusahaan 1967. Jika mahkamah tersebut memberi keputusan melampaui kuasa yang ditetapkan maka mahkamah dianggap telah bertindak secara ultra vires dan perintah certiorari boleh dipohon untuk membatalkan keputusan yang melebihi kuasa tersebut. Sekiranya keputusan belum lagi dibuat, injunksi (perintah larangan) boleh dipohon untuk menghalang mahkamah daripada bertindak di luar bidang kuasanya. Situasi yang menimbulkan tindakan ultra vires di Mahkamah Perusahaan adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2.2: Jadual 2.2: Situasi yang Menimbulkan Ultra Vires No. Situasi yang Menimbulkan Ultra Vires 1. Apabila korum yang ada dalam Mahkamah Perusahaan itu tidak sempurna seperti yang dinyatakan dalam S. 22(1) atau pihak yang terlibat tidak memberi persetujuan. 2. Tiada bidang kuasa dalam perkara yang dipertikaikan atau terhadap pihak terbabit. Misalnya, hanya Menteri mempunyai kuasa untuk merujuk mengikut S. 26 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 atau Mahkamah Perusahaan hanya mempunyai kuasa untuk mendengar kes yang melibatkan pertikaian perusahaan. 3. Apabila pihak terbabit bertindak melampaui kuasa atau mereka gagal menggunakan kuasa yang diberikan kepada mereka.

38 TOPIK 2 SISTEM KEHAKIMAN YANG BERKAITAN PEKERJAAN DAN Contoh kes yang Mahkamah Tinggi telah memutuskan Mahkamah Perusahaan bertindak melebihi bidang kuasanya dibincangkan dalam kes Lee Wah Bank lwn National Union of Bank Employees [1981] 1 MLJ 169. Pada awalnya, Mahkamah Perusahaan membuat keputusan bahawa pemecatan pekerja dalam kes ini sebagai adil kerana berpuas hati dengan sebab yang dikemukakan oleh pihak majikan. Walau bagaimanapun, Mahkamah mengarahkan majikan untuk membayar faedah yang tertunggak menurut perjanjian kolektif. Hal ini diputuskan dengan mengambil kira tempoh perkhidmatan pekerja yang panjang serta aduan yang diterima bukanlah kes jenayah. Keputusan tersebut akhirnya ditolak oleh Mahkamah Tinggi. Alasan yang diberikan ialah tindakan menganugerahkan award bayaran pampasan kepada pekerja selepas memutuskan bahawa pemecatan tersebut adalah adil, merupakan tindakan yang di luar bidang kuasa mahkamah. SEMAK KENDIRI 2.4 Terangkan perbezaan antara Mahkamah Buruh, Mahkamah Perusahaan dan mahkamah undang-undang. Timbang tara ialah kaedah menyelesaikan pertelingkahan antara dua pihak atau lebih dengan bantuan pihak ketiga tanpa pembabitan mahkamah undang-undang. Mahkamah Buruh merupakan timbang tara yang diberikan kuasa menurut Akta Kerja 1955 (EA 1955). Manakala, Mahkamah Perusahaan ialah timbang tara yang diperkenalkan melalui Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (IRA 1967). Ia juga dikenali sebagai tribunal. S. 77 EA 1955 memperuntukkan bahawa sesiapa yang tidak berpuas hati dengan keputusan atau perintah yang dikeluarkan oleh ketua pengarah Jabatan Buruh boleh membuat rayuan ke Mahkamah Tinggi. Walau bagaimanapun, permohonan rayuan ini akan tertakluk kepada peraturan rayuan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Seksyen 4 Akta Kaedah Mahkamah Rendah 1955. Pekerja juga boleh menyaman majikan yang dipercayai enggan membayar gaji pekerja terbabit.

TOPIK 2 SISTEM KEHAKIMAN YANG BERKAITAN PEKERJAAN DAN 39 Ada banyak peruntukan undang-undang sama ada dalam Akta Kerja 1955 (EA 1955) dan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (IRA 1967) yang menyentuh isu penyelesaian pertikaian antara majikan dan pekerja. Contohnya, Seksyen 33 Akta 1967 menyatakan bahawa Mahkamah Perusahaan boleh merujuk persoalan undang-undang yang berbangkit dalam prosiding mahkamah yang berlangsung di mahkamahnya ke Mahkamah Tinggi jika permohonan dibuat oleh mana-mana pihak dalam prosiding tersebut. Rujukan sebegini walau bagaimanapun, hanya boleh dilakukan sekiranya melibatkan isu yang penting dan boleh memberi kesan kepada award. Audi alteram partem Kesalahan jenayah Mahkamah Buruh Mahkamah Perusahaan Pertikaian perdagangan Rayuan Semakan kehakiman Timbang tara (arbitration)