MAHKAMAH KELUARGA: SATU PANDANGAN Oleh Dato Abdul Hamid bin Haji Mohamad Hakim, Mahkamah Rayuan, Malaysia.

dokumen-dokumen yang mirip
MUZAKARAH ILMIAH HAKIM-HAKIM SYARIE NEGERI PULAU PINANG LANGKAWI, 26 NOVEMBER 1996 PERANAN HAKIM

oleh Dato Abdul Hamid bin Hj. Mohamad Hakim, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Tuan Pengerusi, Dato -Dato, Tuan-Tuan yang saya hormati sekalian,

KURSUS TEKNIKAL UNDANG-UNDANG KADI DAN PENDAKWA NEGERI PULAU PINANG 7 Oktober 1992 hingga 8 Oktober 1992

PERANAN JAKSA PENDAMAI. Oleh. Dato Abdul Hamid bin Hj. Mohamad Hakim, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

Umur Persaraan Minimum 1 D.R. 26/2012 RANG UNDANG-UNDANG UMUR PERSARAAN MINIMUM 2012

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA 2006 DI PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE (PICC) 28 FEBRUARI 2008

MULTAQA HAKIM-HAKIM RAYUAN SYARIAH SELURUH MALAYSIA. Hotel Holiday Villa, Subang 13 Ogos 2003

MUZAKARAH HAKIM-HAKIM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH SE MALAYSIA PULAU PINANG 3 JUN 1998

Tribunal Tuntutan Pengguna. Written by Administrator Thursday, 13 August :17 -

NO. AWARD : 900 TAHUN 2016

PERATURAN-PERATURAN JAWATANKUASA KENAIKAN PANGKAT MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA 1999

Mahkamah Rendah (Pindaan) 1 D.R. 21/2010 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Mahkamah Rendah 1948.

PINDAAN AKTA 355: SOALAN-SOALAN LAZIM. Oleh. Tun Abdul Hamid Mohamad

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6/4-274/15 DI ANTARA TAN POH THIAM DENGAN DAILY FRESH FOODS SDN. BHD. AWARD NO: 308 TAHUN 2017

INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA (ILIM) CERAMAH PAKAR SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG SIRI 1 TAHUN MEI 2001

PENDAKWAAN DI MAHKAMAH BAHAGIAN UNDANG-UNDANG KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

TABUNG KEBAJIKAN KESATUAN KEBANGSAAN WARTAWAN SEMENANJUNG MALAYSIA

AKTA PENGURUSAN STRATA 2013 (AKTA 757)

PINDAAN AKTA 355: ANTARA HARAPAN DAN REALITI

UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA. Akta 15 AKTA HASUTAN Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Terma dan Syarat Kempen Berbelanja Kad-i Bank Islam Visa (Debit & Kredit) Wow! Senangnya nak menang wang tunai.

TAJUK 10 KEHAKIMAN. Kehakiman dan undang-undang Struktur dan fungsi mahkamah Hakim. Perlantikan Hakim Tribunal Kod Etika Hakim

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

HARTA SEPENCARIAN EMBUN BIN AWANG LWN MELAH TEH DAN TIGA YANG LAIN JH 42(1) 1437H

TAJUK 9 PERUNDANGAN. Parlimen Dewan Rakyat Dewan Negara Penggubalan Undang-Undang

KERAJAAN MALAYSIA. Surat Pekeliling Am Bil. 11 of 1981 SISTEM PENGGUNAAN KAD PERAKAM WAKTU (PUNCH CARD) DI PEJABAT-PEJABAT KERAJAAN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

RANG UNDANG-UNDANG. bernama. .Suatu Akta untuk meminda Akta Institut Teknologi MARA 1976.

AKTA PILIHAN RAYA 1958

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

PERATURAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN, MESYUARAT AGUNG KHAS DAN MESYUARAT JAWATANKUASA

STATISTIK KES SIVIL MAHKAMAH MAJISTRET TELOK DATOK BULAN JUN TAHUN 2010 MAJISTRET : TUAN HURMAN BIN HUSSAIN

ULASAN KES HARTA SEPENCARIAN EMBUN BIN AWANG LWN MELAH TEH DAN TIGA YANG LAIN JH 42(1) 1437H

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( Terma dan Syarat ) KEMPEN KFH MALAYSIA KAD DEBIT-i SWIPE & WIN II (Kempen )

PERATURAN-PERATURAN TABUNG KEBAJIKAN BERSAMA KOPERASI KAKITANGAN UiTM BERHAD

ASPEK PERUNDANGAN BERKAITAN PENGURUSAN WANG KHAIRAT DI MALAYSIA DAN PERANAN AGENSI BERKAITAN. Mohd Zamro bin Muda Noor Lizza Mohamed Said

UNDANG-UNDANG TUBUH BADAN KHAIRAT KEMATIAN MASJID AL-FAIZIN DESA JAYA-TAMAN EHSAN BAGI

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 1 D.R. 27/2008. Rang Undang-Undang Suruhanjaya pelantikan kehakiman 2008

KAEDAH-KAEDAH PENGANTARAAN KLRCA JADUAL-JADUAL PENGANTARAAN KLRCA

ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN. mercantile

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

JPA(S)TT. 71/3/1 ( 16 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 26 TAHUN 2008

TUNTUTAN TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN

PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH PERATURAN NO. I PERATURAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (PERATURAN-PERATURAN MESYUARAT SENAT) 1998

AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971

AKTA PENDIDIKAN 1996 PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN IBU BAPA-GURU) 1998

Bantuan Guaman (Pindaan) 1 D.R. 25/2017 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Bantuan Guaman 1971.

AKTA SARAAN HAKIM 1971

KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD

i) HARTA SEPENCARIAN ii) MUTAAH iii) PENGUATKUASAAN PERINTAH NAFKAH ORANG ISLAM Macam mana nak tentukan sesuatu harta itu adalah Harta Sepencarian?

PERJANJIAN LATIHAN KEMAHIRAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PADA HARIBULAN 20

UNIVERSITI MALAYA (PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA) KUALA LUMPUR PERJANJIAN PERKHIDMATAN. Perjanjian Ini Dibuat pada haribulan tahun CONTOH

BAHAGIAN III KEWAJIPAN-KEWAJIPAN DAN KEISTIMEWAAN-KEISTIMEWAAN KOPERASI-KOPERASI

Pengambilan balik pinjaman yang melampaui tempoh

Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan (Pindaan) D.R. 33/2011 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

Permohonan Untuk Melantik/Melantik Semula Anggota Lembaga Koperasi

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( TERMA DAN SYARAT ) KEMPEN KFH MALAYSIA KAD DEBIT-i KAD SWIPE & WIN ("Kempen")

PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU (UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION) No. Pendaftaran 676/88 (Wilayah Persekutuan) UMNO

UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA. Akta 62 AKTA AUDIT Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

Promosi Beli dan Menang Senheng (Peraduan) dianjurkan oleh Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn. Bhd.

D.R. 4/96. Naskhah Sahih Bahasa Kebangsaan RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Angkatan Tentera 1972.

Pencen (Pindaan) 1 D.R. 32/2011 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Pencen Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

KANDUNGAN Kaedah-kaedah Timbang Tara KLRCA

KELAB SUKAN BANK RAKYAT (KEBARA) NO. PENDAFTARAN 1939 (SELANGOR) 30HB. NOVEMBER, 1976.

Undang-Undang Malaysia

Terma & Syarat Kempen MyDebit dengan agensi agensi Kerajaan Negeri Sabah

PENJALANAN IHAN MALAYSIA BERITAPUBLISHINGSDN.BHD.

BORANG PERMOHONAN PENENTUSAHAN SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA BAGI PELANTIKAN ATAU PELANTIKAN SEMULA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PESARA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI, SELANGOR

PENDAKWA SYARIE LWN NOOR WAHIDA BT AHMAD AZRI [2013] 3 SHLR 116

ii) Harta Tak Alih/Tanah dan harta alih seperti wang tunai, saham,kwsp,asn,asb, dan sebagainya; dan 1. TUJUAN 1.1 Tujuan buku ini diterbitkan ialah:-

PERLEMBAGAAN PERSATUAN KAKITANGAN POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH (PKPK)

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997 (AKTA 561)

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

MINIT MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) JABATAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN BILANGAN 1 TAHUN 2012

BAHAGIAN I PERMULAAN. (1) Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil Koperasi Tenaga Nasional Berhad.

TAJUK 6 DEMOKRASI BERPARLIMEN

BAB 1 PENGENALAN. kegagalan sesebuah organisasi. Masalah yang berkaitan isu kawalan

MINIT MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) JABATAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN BILANGAN 2 TAHUN 2012

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO: 21(26)/4-840/12 ANTARA RIDWAN FARID BIN SUBAIRI DAN MERCURY MARINE SDN. BHD. AWARD NO: 551 TAHUN 2017

PERTUBUHAN PERKUBURAN ORANG RAMAI, KUALA LUMPUR DAN SELANGOR. PERTUBUHAN PERKUBURAN ORANG RAMAI, KUALA LUMPUR DAN SELANGOR.

Penyertaan di dalam Program UOB SMART$ Rebates adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat berikut dan Perjanjian Ahli Kad VISA/MASTERCARD UOB.

UNDANG-UNDANG SYARIAH (Bahagian 1) i) NAFKAH ORANG ISLAM ii) HADHANAH NAFKAH ORANG ISLAM

Permohonan Untuk Melantik/Melantik Semula Anggota Lembaga Koperasi

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2004 PANDUAN PERTUKARAN PEGAWAI AWAM

JPA(S)TT. 71/3/1 ( ) No. Siri KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2009

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN BERTULIS MESYUARAT PERTAMA. PENGGAL KEEMPAT. PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

PERLEMBAGAAN Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas... Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

TAJUK 4 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT

BESAR dan kecil. Oleh. Zailan Bin Jeman Sekolah Kebangsaan Tarat, Serian, Sarawak. Abstrak

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971

Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 1 D.R. 4/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

Transkripsi:

1 MAHKAMAH KELUARGA: SATU PANDANGAN Oleh Dato Abdul Hamid bin Haji Mohamad Hakim, Mahkamah Rayuan, Malaysia. Pandangan ini adalah pandangan peribadi saya, bukan pandangan Badan Kehakiman. Saya tidak mengetahui secara detailnya apakah bentuk Mahkamah Keluarga yang dicadangkan itu, bidangkuasanya, susunannya dan lain-lain. Maka, pandangan ini dibuat atas beberapa anggapan fakta yang munkin tidak betul. Jika anggapan fakta itu tidak betul, maka pandangan mengenainya mungkin tidak betul atau tidak relevan. Soalan pertama ialah apakah masalah-masalah yang dihadapi pada masa ini yang hendak diatasi dengan menubuhkan Mahkamah Keluarga itu? Rungutan yang kerap saya dengar ialah, pertama, kelewatan penyelesaian kes-kes keluarga. Soalannya di mahkamah mana? Mahkamah Syariah atau Mahkamah sivil atau kedua-duanya? Saya cuma boleh bercakap mengenai Mahkamah Sivil, itu pun cuma daripada pengalaman saya di Mahkamah Tinggi di Pulau Pinang selama sembilan setengah tahun. Mahkamah Tinggi membicarakan kes-kes perceraian dan pembahagian harta perkahwinan. Petisyen bersama, yang dibuat oleh kedua-dua belah pihak biasanya diberi tarikh, didengar dan diselesaikan dalam masa dua atau tiga bulan. Kerapkali pihak-pihak meminta penangguhan kerana mereka belum bersedia. Petisyen perceraian yang dipertikaikan (contested petitions), yang tidak lebih daripada tiga kes setahun bagi seoang Hakim (di Pulau Pinang pada masa itu terdapat empat orang Hakim) biasanya boleh dibicarakan dalam masa satu tahun daripada tarikh pemfailan. Itu tanpa memberi keutamaan kepada kes-kes itu. Jika ia tidak boleh bermula atau tidak boleh selesai, biasanya kerana penangguhan atas permintaan salah satu pihak kerana berbagai-bagai sebab. Bagi kes-kes nafkah di Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen, saya tidak fikir ada masalah kelewatan mendengarnya. Bilanganya amat kecil berbanding dengan kes-kes sivil lain. Semua masalah yang disebut setakat ini boleh di atasi hanya dengan arahan pentadbiran supaya mahkamah memberi keutamaan kepada kes-kes itu, tetapi kesemua pihak mestilah bersedia dan tidak meminta penangguhan atas berbagai-bagai sebab.

2 Di Kuala Lumpur, saya pernah dengar rungutan bahawa Mahkamah Tinggi Bahagian Keluarga mempunyai terlalu banyak kes menyebabkan kelambatan penyelesaian kes-kes itu. Jika aduan itu betul, apa yang perlu dilakukan hanyalah menambah bilangan Hakim. Rungutan kedua yang saya pernah dengar ialah bahawa Hakim-Hakim lelaki bersikap diskriminasi terhadap perempuan. Rungutan ini ditujukan kepada Hakim-Hakim Mahkamah Syariah. Saya belum dengar rungutan yang serupa mengenai Haikm-Hakim Mahkamah Sivil. Biar apa pun, sebahagian besar, mungkin majority, Majistret dan Hakim Mahkamah Sesyen adalah perempuan. Hakim Mahkamah Tinggi yang ditugaskan di Bahagia Keluarga di Kuala Lumpur adalah perempuan. (Saya tidak mahu berhujah sama ada betul atau tidak Hakim-Hakim lelaki mendiskriminasikan perempuan atau orang perempuan terlalu emosional atau, jika semua Hakim-Hakim yang membicarakan kes-kes keluarga adalah Haim-Hakim perempuan, lelaki pula akan didiskriminasikan.) Soalan kedua, adakah Mahkamah keluarga itu akan mengambil alih bidangkuasa Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah mengenai kes-kes keluarga? Jika jawapannya tidak, iaitu Mahkamah Keluarga hanya akan mengambil alih bidangkuasa Mahkamah Sivil sahaja mengenai kes-kes keluarga, soalansoalan berikut perlu dijawab: Pertama, adakah masalah mengenai kes-kes keluarga cuma terdapat di Mahkamah Sivil sahaja? Kedua, jika benar Mahkamah Keluarga akan mengatasi semua masalah mengenai kes-kes keluarga, mengapa orang-orang bukan Islam sahaja yang akan menekmatinya? Kes-kes keluarga orang Islam akan terus didengar oleh Mahkamah Syariah. Jika jawapannya ya, iaitu Mahkamah Keluarga akan mengambil alih bidangkuasa mengenai kes-kes keluarga daripada kedua-dua Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah, soalan-soalan yang lebih serius akan timbul. Bidangkuasa Mahkamah Syariah yang akan diambil alih itu adalah perkaraperkara yang kuasa membuat undang-undang megenainya terletak dalam dalam bidangkuasa Badan Perundangan Negeri. Sebaliknya, bidangkuasa yang hendak diambil alih daripada Mahkamah Sivil itu adalah perkaraperkara yang terletak dalam bidangkuasa Parlimen membuat undangundang. Mahkamah Keluarga yang hendak ditubuh itu mahkamah negeri atau mahkamah persekutuan? Jika ia mahkamah persekutuan, ia tidak boleh diberi bidangkuasa mengenai perkara-perkara dalam Senarai Negeri (Senarai Kedua, Jadual Kesembilan). Jika ia mahkmah negeri, ia tidak boleh diberi

3 bidangkuasa mengenai perkara-perkara dalam Senarai Persekutuan (Senarai Pertama, Jadual Kesembilan). Jika Mahkamah Keluarga itu mahkamah persekutuan, untuk membolehkan Parlimen memberi bidangkuasa kepadanya membicarakan kes-kes keluarga itu, perkara-perkara itu perlulah dipindahkan melalui pindaan perlembagaan daripada Senarai Negri kepada Senarai Persekutuan. Mungkinkah negerinegeri bersetuju? Apa yang akan tinggal kepada Mahkamah Syariah? Pada hakikatnya, Mahkamah Syariah adalah Mahkamah Keluarga untuk orangorang Islam. Soalan ketiga ialah di manakah mahkamah itu akan diadakan? Di Kuala Lumpur sahaja? Di setiap ibu negeri sahaja? Atau, di setiap daerah seperti Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah? Jika ia hanya akan diadakan di Kuala Lumpur sahaja, jika penubuhn Mahkamah Keluarga itu akan menagatasi semua masalah yang dihadapi di seluruh negara pada masa ini kerana ketiadan Mahkamah keluarga, maka soalannya, mengapa orang-orang di luar Kuala Lumur didiskriminasikan? Jika ia akan diadakan di setiap ibu negeri sahaja, pertama, di kebanyakan negeri tidak akan terdapat kes yang mencukupi walaupun untuk seorang Hakim. Kedua, ia akan menyusahkan penduduk luar bandar yang umumnya lebih miskin. Hari ini, seorang isteri yang hendak menuntut nafkah diri atau anak boleh pergi ke Mahkamah Majistret atau Mahkamah Syariah dalam daerah di mana dia tinggal. Jika Mahkmah Keluarga diadakan di ibu-ibu negeri sahaja, dia akan terpaksa pergi, berulang-ulang kali, ke ibu negeri di negeri dia tinggal. Belanjanya mungkin melebihi nafkah yang diperolehi, jika diperolehi. Untuk mengatasi masalah yang baru disebut ini, mungkin dicadangkan Hakim itu di tempatkan di ibu negeri tetapi beliau akan pergi on circuit ke daerahdaerah pada hari-hari tertentu. Pada pandangan saya peraturan seperti itu tidak baik. Lebih daripada dua puluh tahun dahulu, Mahkamah Sivil mengambil tindakan meletakkan sekurang-kurangnya seorang Majistret di hampir setiap Mahkamah Majistret (melainkan di tempat-tempat yang bilangan kesnya terlalu kecil) kerana kajian menunjukkan bahawa circuit system banyak manghabiskan masa, wang, tidak banyak kerja dapat dilakukan dan kawalan terhadap kakitangan yang ditempatkan di mahkamahmahkamah tanpa resident Magistrate itu sukar dilakukan. Kita tidak patut mengulangi kesilapan lama yang sudah pun diperbaiki itu. Cawangan Mahkamah Keluarga perlu diadakan di setiap daerah walau pun tiada hakim ditempatkan. Setiap cawangan itu perlu ada kakitangannya. Ini akan membazirkan wang negara kerana bilngan kes-kes yang akan didaftarkan di setiap mahkamah itu terlalu kecil. Sebaliknya, jika Mahkamah

4 Keluarga tidak mempunyai bangunannya sendiri, ia akan menumpang bangunan Mahkamah Sivil, mengganggu persidangan Mahkamah Sivil. Jika Mahkamah Keluarga tidak mempunyai kakitangannya sendiri di setiap daerah, sama ada ia mempunyai bangunan sendiri atau tidak, orang ramai yang hendak mendaftarkan kesnya atau berurusan dengannya, akan terpaksa pergi ke ibu negeri. Sekali lagi penduduk luar bandar yang rugi. Soalan keempat, siapakah yang akan mengaggotai Mahkamah Keluarga itu? Katakan Mahkamah Keluarga itu hanya akan mengambil alih bidangkuasa Mahkamah Sivil, maka Hakimnya semestinyalah datang daripada Hakim-Hakim Mahkamah Sivil atau orang-orang yang sama kelayakannya. Jika sikap mereka itu yang dipersoalkan sekarang, adakah dengan dilantik menjadi Hakim Mahkamah Keluarga, sikap mereka akan berubah? Adakah perkhidmatan mereka akan dijadikan satu perkhidmatan tertutup? Jika tertutup, peluang kenaikan pangkat amat kurang. Maka orangorang yang akan menyertainya besar kemungkinan adalah orang-orang yang tidak berjaya menjadi Hakim Mahkamah Tinggi. Jika tidak tertutup, maka Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi yang sama jugalah yang akan dipinjamkan ke Mahkamah Keluarga. Besar kemungkinan Mahkamah Keluarga akan menjadi tempat buangan atau mereka hanya akan ditempatkan di Mahkamah Keluarga untuk suatu tempoh yang singkat kerana, demi kerjaya mereka, mereka tentu tidak mahu hanya berpengalaman mendengar kes-kes perceraian, nafkah dan sebagainya. Hal yang serupa akan berlaku jika bidangkuasa Mahkamah Syariah juga diambil alih. Orang-orang yang akan menjadi Hakim Mahkamah Keluarga untuk kes-kes orang Islam adalah orang-orang yang sama atau serupa dengan Hakim-Hakim Mahkamah Syariah pada hari ini. Perkara-perkara yang saya sebut dalam perenggan sebelum perenggan ini juga terpakai. Malah, di setiap Mahkamah Keluarga perlu ada dua orang Hakim, seorang Hakim Sivil dan seorang Hakim Syariah. Siapa yang akan menjadi ketua? Masalah perkhidmatan yang serupa juga akan timbul mengenai kakitangan. Saya tidak menyokong atau menentang cadangn itu. Saya cuma membangkitkan masalah-masalah yang perlu diatasi kiranya Mahkamah Keluarga hendak ditubuhkan, supaya jangan kerana hendak mengatasi masalah yang ada, kita akan menimbulkan masalah-masalah yang lebih besar. Ini hanyalah pandangan saya. Saya tidak kata ianya betul. Saya serahkan untuk dipertimbangkan, jika didapati berkenaan. Sekian. Terima kasih. 1.4.02

5