ASNB ISYTIHAR PENGAGIHAN PENDAPATAN BAGI AMANAH SAHAM BUMIPUTERA

dokumen-dokumen yang mirip
PNB MENERBITKAN LAPORAN TAHUNAN AWAM JULUNG KALI BAGI TAHUN KEWANGAN 2017 POSITIF TERHADAP PROSPEK 2018

Akaun Pelaburan Waheed

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

Akaun Semasa Mudarabah

Akaun Pelaburan Wafiyah

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 30 Jun 2017

THE GAME CHANGER STRATEGI DAN PAKEJ PERUBAHAN BERSKALA BESAR DALAM KEWANGAN ISLAM

RISALAH PENDEDAHAN PRODUK AKAUN PELABURAN KHAS (SIA)

PUBLIC INDUSTRY GROWTH FUND PUBLIC DANA TUMBUH INDUSTRI (PINDGF)

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahun Berakhir 31 Mac 2018

MODUL 201 (B) PERANCANGAN PELABURAN

MODUL 101 (B) ASAS PERANCANGAN KEWANGAN

SIARAN AKHBAR PRESS STATEMENT

PB CHINA AUSTRALIA EQUITY FUND

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

Seminar Unit Amanah. Siti Uraidah Udin

PUBLIC GROWTH BALANCED FUND PUBLIC DANA TUMBUH IMBANG (PGRBF)

Celik Wang Pengurusan Wang Secara Bijak. Diterbitkan oleh: Not To Be Reproduced

Pengurusan Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit

PRUretirement growth PERSARAAN. Kami kini mempunyai pendapatan terjamin untuk kesenangan selepas bersara.

Amanah Saham Panduan Pelabur

Penyata Pengerusi PERSEKITARAN OPERASI TINJAUAN PRESTASI

PENYATA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

ANALISA KEWANGAN TABUNG HAJI

Elitelink Pilih perlindungan paling bersesuaian dengan gaya hidup anda dan kemewahan berterusan.

KEWANGAN. Penyata Kewangan. 183 Analisis Penyata Kewangan 186 Penyata Tanggungjawab Para Pengarah

Pengurusan Kekayaan OCBC Lembaran Maklumat Produk Deposit

Tahun penyertaan pelan saham kakitangan

Akaun Pelaburan Waheed

ISI KANDUNGAN. V. Penyataan Pemegang Amanah. B. Penyata Pendapatan Komprehensif. C. Penyata Kedudukan Kewangan. D. Penyata Perubahan Dalam Ekuiti

SKIM AMANAH SAHAM BUMIPUTERA (ASB)

Kempen ini terbuka kepada pelanggan bukan individu baru dan sedia ada HLB Akaun Semasa PowerSME ( Pelanggan ).

LAPORAN TAHUNAN. BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2013

Nikmati detik indah bersama keluarga dan keupayaan untuk melindungi mereka.

Akaun Pelaburan Wafiyah

PELABURAN SEDIA ADA UNTUK MEMBINA TABUNG PELAJARAN

PB ISLAMIC ASIA EQUITY FUND

PELAN SEMUA-DALAM-SATU YANG MERANGKUMI SEGALA KEPERLUAN PERLINDUNGAN DAN PELABURAN ANDA

Tabung Pendidikan Jamin Masa Depan Anak BH, 1 Oktober 2015

PB ASIA EMERGING GROWTH FUND

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahun Berakhir 31 Disember 2017

Terma dan Syarat Promosi Ganjaran Tunai untuk Pemula Transaksi Perniagaan

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

NOTIS PENTING: INI ADALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET, DAN BUKAN PRODUK DEPOSIT.

PUBLIC ISLAMIC GLOBAL EQUITY FUND

PERKONGSIAN ANDA DALAM PERTUMBUHAN DI SELURUH DUNIA KINI MASANYA UNTUK MENDAPAT SAHAM ANUGERAH SAYA

Utusan Ketua Pegawai Eksekutif

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

TAKAFULINK DANA EKUITI PROFIL DANA 2015

TABUNG HAJI UMUM BONUS JUBLI EMAS UNTUK TAHUN KEWANGAN 2012

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT CIMB BANK BERHAD YANG MENGAWAL KEMPEN PENYELESAIAN PENGURUSAN KEKAYAAN ( WEALTH MANAGEMENT SOLUTIONS )

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

PLUS Tarikh: 21/01/2015. Pelan Takaful ini matang apabila Orang Yang Dilindungi berumur seratus (100) tahun.

Kempen Rebat Tunai RM1,000 Penyata-E CIMB Islamic Bank Terma-terma dan Syarat-syarat

Perancangan Kewangan PENGENALAN 9.1 PERANCANGAN KEWANGAN HASIL PEMBELAJARAN SEMAK KENDIRI 9.1

4. Apakah senario yang mungkin mencetuskan perubahan pada IBR?

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ) KEMPEN ICM-UT KFH MALAYSIA ( KEMPEN )

TAKAFULINK DANA BON PROFIL DANA 2015

NOTIS PRIVASI PERUNDING UNIT AMANAH/PERUNDING PRS

PUNCAK NIAGA HOLDINGS BERHAD KENYATAAN MEDIA PUNCAK NIAGA HOLDINGS BERHAD ( PNHB ATAU SYARIKAT )

INDEKS & PENEMUAN TADBIR URUS KORPORAT MSWG -ASEAN 2014 UNTUK MALAYSIA PENGIKTIRAFAN DALAM TADBIR URUS KORPORAT

Bagi pihak Lembaga Pengarah, saya dengan sukacitanya membentangkan Laporan Tahunan dan Akaun Kumpulan bagi tahun berakhir 31 Disember 2006.

GANJARAN KEPADA SI MANJA ANDA DENGAN HADIAH PENDIDIKAN

Akaun Semasa Mudarabah

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Berhad Yang Mengawal Kempen Deposit Tetap dan Akaun Semasa

EKUINAS MELANCARKAN KUMPULAN PENDIDIKAN ILMU SALAH SATU PENYEDIA PENDIDIKAN SWASTA MILIK BUMIPUTERA TERBESAR DI MALAYSIA

PERNYATAAN PRIVASI INREACH

Perutusan Pengerusi. Tan Sri Dato Seri Ranjit Ajit Singh

1. Apakah yang ditawarkan di bawah produk ini? 2. Apakah konsep Syariah yang digunapakai? Page 1 of 6 LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

JTW 111- Prinsip Perakaunan Kewangan

Produk Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit

HELAIAN PENDEDAHAN PRODUK

PUBLIC ISLAMIC ASIA TACTICAL ALLOCATION FUND PUBLIC DANA ALOKASI TAKTIKAL ASIA ISLAMIK (PIATAF)

Notis Privasi. Komitmen kami dalam memelihara privasi anda

Akaun Pelaburan Waheed

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i

Produk Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit

MALAYSIA RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG KETIGA

4. Apakah kewajipan yang perlu pelanggan laksanakan sekiranya pelanggan membeli produk ini?

Tinjauan Kewangan Kumpulan

Terma dan Syarat, Kempen AFFINBANK BHPetrol Touch & Fuel MasterCard Contactless

Notis kepada pelanggan Akaun Pelaburan Emas CIMB BANK melalui CIMB CLICKS

i-secure Soalan Lazim:

Melindungi anda pada waktu yang sukar

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFIN

TERMA & SYARAT. KEMPEN ASNB HB & DT RHB Bank

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA. Y.B. DATO' ZAHIDI BIN ZAINUL ABIDIN [ PADANG BESAR ] minta

SKIM PERSARAAN SWASTA PRIVATE RETIREMENT SCHEMES (PRS)

Set lengkap penyata kewangan ini boleh didapati daripada laman web Syarikat di

SOALAN-SOALAN LAZIM (FAQ) UNTUK BANTUAN BAKTI NEGARA (BBN)

TERMA DAN SYARAT CIMB BANK BERHAD YANG MENTADBIR KEMPEN PULANGAN TUNAI PEMILIK TUNGGAL DAN PERKONGSIAN UNTUK AKAUN SEMASA PERNIAGAAN

Risalah Maklumat Dana

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

L P I C a p i t a l B h d 129. penyata kewangan

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

JAWAPAN MODUL 5 : PERAKAUNAN UNTUK SYARIKAT MASTERI TOPIKAL 5.1

BORANG PERMOHONAN HIBAH AMANAH

PENYATA KEWANGAN 132 LPI CAPITAL BHD LAPORAN TAHUNAN ANALISIS PENYATA KEWANGAN 137 PENYATA TANGGUNGJAWAB PARA PENGARAH 138 LAPORAN PENGARAH

Melaksanakan Pemberian Anda

Transkripsi:

KENYATAAN AKHBAR Untuk Siaran Segera 21 Disember 2018 ASNB ISYTIHAR PENGAGIHAN PENDAPATAN BAGI AMANAH SAHAM BUMIPUTERA Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), mengisytiharkan pengagihan pendapatan 6.50 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit bagi dana utamanya, Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018. Ini merangkumi jumlah pembayaran pengagihan sebanyak 7.00 sen seunit dengan jumlah anggaran pembayaran sebanyak RM10.7 bilion yang akan memanfaatkan 9.6 juta pemegang unit yang memiliki 155 bilion unit dalam ASB. Bagi dana unit amanah harga berubah pertamanya, Amanah Saham Nasional (ASN), ASNB mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 3.25 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018 dengan hasil dividen 5.1% berdasarkan Nilai Aset Bersih dana tersebut setakat 20 Disember 2018. Jumlah anggaran pengagihan sebanyak RM59.7 juta akan dimanfaatkan oleh lebih 1.2 juta pemegang unit dengan lebih 1.8 bilion unit dalam dana. Sementara itu, meskipun dalam keadaan pasaran yang mencabar untuk tempoh sehingga 30 November 2018, namun jumlah Aset Di Bawah Pengurusan PNB (AUM) telah meningkat sebanyak 6.8% kepada RM295.2 bilion, manakala Pendapatan Bersih proforma PNB dan unit amanah sahamnya kekal pada RM15.3 bilion. Kuala Lumpur, 21 Disember 2018: Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) hari ini mengumumkan pulangan kompetitif yang berterusan bagi dana utamanya, Amanah Saham Bumiputera (ASB). Pencapaian tersebut mencerminkan prestasi kewangan PNB yang kukuh pada tahun 2018 di sebalik pasaran global serta domestik yang mencabar dan tidak menentu. 1/6

PENGAGIHAN PENDAPATAN DANA UNIT AMANAH SAHAM ASNB Amanah Saham Bumiputera (ASB) Pada sidang media hari ini, PNB telah mengumumkan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak 7.00 sen seunit bagi dana utama ASNB iaitu Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018. Jumlah ini terdiri daripada pengagihan pendapatan atau dividen sebanyak 6.50 sen seunit dan bonus sebanyak 0.50 sen seunit. Pengagihan pendapatan dan bonus ASB pada tahun ini melibatkan jumlah anggaran pengagihan sebanyak RM10.7 bilion untuk lebih 9.6 juta pemegang unit menjadikan jumlah pengagihan pendapatan terkumpul dana dan bonus sebanyak RM143.1 bilion setakat ini sejak pelancarannya pada tahun 1990. Setakat 30 November 2018, ASB merekodkan pendapatan bersih sebanyak RM8.99 bilion untuk 11 bulan pertama tahun kewangan di mana sebahagian besarnya diperoleh daripada dividen dan keuntungan modal daripada pelaburannya. Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr. Zeti Aziz berkata, 2018 sememangnya merupakan tahun yang mencabar bagi pasaran kewangan global dan domestik yang terkesan disebabkan oleh normalisasi dasar monetari Amerika Syarikat dan aliran keluar dana dari pasaran baharu serta kebimbangan yang semakin meningkat ekoran ketegangan dagangan antarabangsa. Walaupun dengan cabaran ini, pengagihan pendapatan ASB kekal kompetitif mengatasi penanda aras yang ditetapkan, dan berada pada tahap sederhana jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya. Setakat 20 Disember 2018, indeks FBM KLCI telah menurun sebanyak 8.1% bagi tahun ini menjadikannya empat daripada lima tahun yang mana indeks mencatat pulangan harga negative dalam persekitaran di mana semua pasaran ekuiti global juga telah menurun. Bagi tahun kewangan 2017, ASB mencatatkan pengagihan pembayaran sebanyak 7.25 sen seunit termasuk dividen 7.00 sen seunit dan bonus 0.25 sen seunit. Di samping itu, bonus khas sebanyak 1.00 sen seunit turut dibayar untuk baki sehingga 10,000 unit. 2/6

Pengiraan pengagihan pendapatan dan bonus adalah berdasarkan purata baki pegangan minimum bulanan bagi 12 bulan dalam tahun kewangan dana tersebut. Unit-unit yang dilaburkan semula daripada pengagihan pendapatan dan bonus akan dikreditkan semula ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Januari 2019. Amanah Saham Nasional (ASN) PNB juga mengisytiharkan pengagihan pendapatan sebanyak 3.25 sen seunit bagi dana unit amanah harga berubah pertama iaitu Amanah Saham Nasional (ASN) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018, mewakili hasil dividen sebanyak 5.1% berdasarkan Nilai Aset Bersih dana tersebut setakat 20 Disember 2018. Anggaran jumlah pembayaran sebanyak RM59.7 juta akan memberi manfaat kepada lebih daripada 1.2 juta pemegang unit dengan lebih daripada 1.8 bilion unit dalam dana tersebut. Pada 30 November 2018, ASN merekodkan pendapatan bersih sebanyak RM64 juta untuk 11 bulan pertama tahun kewangannya. Pengiraan pengagihan pendapatan bagi ASN adalah berdasarkan unit yang dimiliki setakat 31 Disember 2018. Pengagihan pendapatan tersebut akan dilaburkan semula ke dalam unit-unit tambahan dan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Januari 2019, berdasarkan Nilai Aset Bersih seunit setakat 31 Disember 2018. Semua urus niaga bagi ASB dan ASN di semua cawangan dan ejen ASNB telah ditangguhkan buat sementara waktu dari 21 Disember 2018 hingga 1 Januari 2019 bagi memudahkan pengiraan pengagihan pendapatan. Pemegang unit akan dapat menyemak dan mengemaskini akaun mereka melalui portal ASNB myasnb.com.my atau di mana-mana cawangan atau ejen ASNB di seluruh negara apabila urus niaga diteruskan semula pada 2 Januari 2019. 3/6

PRESTASI PNB PADA TAHUN 2018 Dengan asas yang kukuh, PNB kekal berdaya tahan dalam persekitaran ekonomi yang mencabar pada 2018 dan telah mencatatkan lima pencapaian utama. PNB terus mengekalkan prestasi kewangannya pada tahun 2018 dengan jumlah Aset di Bawah Pengurusan (AUM) meningkat sebanyak 6.8% kepada RM295.2 bilion, manakala Pendapatan Bersih proforma PNB dan unit amanah sahamnya pula ialah pada RM15.3 bilion bagi tempoh 11 bulan pertama tahun kewangan. PNB terus mengekalkan keyakinan pelabur dengan memberikan pulangan kompetitif untuk pemegang unit dengan jumlah bayaran RM15.1 bilion merangkumi semua dana untuk tahun 2018. Pada tahun ini, PNB terus mempelbagaikan portfolio aset dan memperuntukkan lebih banyak wang tunai ke dalam pendapatan tetap dan aset global. Bagi pasaran ekuiti awam, PNB terus melaksanakan pelan penciptaan nilai operasi dengan syarikat-syarikat strategik dan bekerjasama dengan syarikat teras untuk meningkatkan prestasi serta menyokong usaha permodalan semula MNRB Holdings Berhad dan Sapura Energy Berhad. ASNB juga berjaya melaksanakan inisiatif baharu untuk memperkayakan pengalaman pelanggan termasuk memperkukuh dan meluaskan penawaran produk. Ini termasuk perluasan capaian pemegang unit melalui portal myasnb yang kini sudah mempunyai hampir 1 juta pengguna berdaftar serta penjenamaan dan penyusunan semula dana sedia ada. ASNB juga melancarkan dua dana harga berubah pada September 2018 iaitu ASN Equity 5 dan ASN Sara 2 yang telah mendapat sambutan menggalakkan daripada pelabur dengan jualan kasar gabungan 692 juta unit setakat ini. 4/6

TINJAUAN Pada tahun hadapan, PNB merancang untuk menjalankan Kajian Separuh Penggal Rancangan Strategiknya yang tertumpu kepada bidang Peruntukan Aset Strategik, Pengurusan Risiko Organisasi dan Transformasi Organisasi, serta mempercepatkan kepelbagaian portfolio pelaburannya kepada aset dengan hasil lebih tinggi. PNB juga akan meneruskan Pelan Penciptaan Nilai untuk syarikat-syarikat strategik dan terus terlibat dengan syarikat teras untuk meningkatkan prestasi mereka. Di samping itu, PNB juga akan terus memperkayakan pengalaman pemegang unit dengan penawaran perkhidmatan digital baharu, serta menggalakkan kadar celik kewangan dan pendidikan pemegang unit untuk memastikan pemahaman yang lebih baik tentang risiko dan pulangan pelaburan. PNB kekal tegas dan berdaya tahan dalam mengemudi persekitaran makro yang mencabar dan meneruskan usaha transformasinya, untuk terus memberikan pulangan yang mampan kepada pemegang unit kami. Kami sangat menghargai kepercayaan dan keyakinan pemegang unit kami selama empat dekad ini dan akan terus memegang amanah ini dalam menyampaikan mandat kami, kata Tan Sri Dr. Zeti. Tamat Mengenai Permodalan Nasional Berhad (PNB) Permodalan Nasional Berhad (PNB) adalah syarikat pengurusan dana terbesar di Malaysia dengan aset di bawah pengurusan (AUM) kini melebihi RM290 bilion. Portfolio PNB merangkumi pelaburanpelaburan strategik dalam syarikat korporat terkemuka Malaysia, ekuiti global, pelaburan persendirian dan hartanah. Untuk maklumat lanjut, layari www.pnb.com.my. Mengenai Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) adalah syarikat pengurusan unit amanah dan anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan dengan pelancaran dua Dana unit amanah yang baharu pada September 2018, kini mengurus 14 dana unit amanah. Setakat November 2018, ASNB mempunyai 236.0 bilion unit dalam edaran dari 13.7 juta akaun. Untuk maklumat lanjut, layari www.asnb.com.my. Dikeluarkan oleh Permodalan Nasional Berhad 5/6

NOTIS PENTING KEPADA PEMEGANG UNIT Mulai 31 Mac 2018, penyata pengagihan pendapatan, laporan tahunan dan laporan interim bagi dana harga berubah akan dihantar melalui kaedah elektronik. Penyata pengagihan pendapatan dihantar ke alamat e-mel yang didaftar oleh pemegang unit, manakala laporan boleh didapati di laman web ASNB: www.asnb.com.my. Pemegang unit dan penjaga yang berdaftar digalakkan untuk mengemaskini butiran mereka di semua Cawangan atau Ejen ASNB di seluruh negara. Mereka yang masih ingin menerima salinan bertulis secara fizikal boleh memaklumkan ASNB dengan mengisi borang yang berkenaan yang boleh di muat turun di laman web ASNB. Untuk maklumat lanjut, pemegang unit boleh merujuk kepada www.asnb.com.my atau hubungi Talian Hotline ASNB di 03-2057 3000. 6/6