Dasar Perlindungan Data Peribadi

dokumen-dokumen yang mirip
Dasar Perlindungan Data Peribadi LTAT

Polisi Privasi. Pengenalan

HO HUP CONSTRUCTION COMPANY BERHAD (No. Syarikat W) NOTIS DAN DASAR PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Polisi Privasi Data Peribadi (September 2016) 1

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI DAN SENARAI PRINSIP NOTIS. Merujuk kepada seksyen 7 dan 6 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Notis Privasi. Komitmen kami dalam memelihara privasi anda

Notis Data Peribadi dan Maklumat kepada individu

NOTIS PRIVASI. Untuk tujuan Notis ini:

Polisi Perlindungan Data Peribadi (Semakan 1 Jun 2017)

AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 NOTIS DAN PILIHAN

AKTA PERLINDUNGAN PERIBADI 2010 NOTIS DAN PILIHAN

Di Kumpulan CIMB, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang-undang Malaysia.

Notis Laman Web Berkenaan Dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Notis Privasi. Komitmen Kami Terhadap Privasi Anda

NTPM HOLDINGS BERHAD ( U) POLISI DATA MAKLUMAT PERIBADI

NOTIS PRIVASI. Di bawah PDPA, AmFIRST Real Estate Investment Trust ( AmFIRST REIT ) dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda seperti yang berikut:

PERNYATAAN PRIVASI INREACH

Notis Privasi Dan Perlindungan Data Peribadi Bagi Kumpulan Kobay

Ranhill Holdings Berhad KENYATAAN PRIVASI

Polisi Privasi UNTUK PENGETAHUAN PENGGUNA PENERANGAN DATA PERIBADI

Polisi Privasi Smiggle

1 of 5 PENYATAAN PRIVASI EDUCATE TO LEARN SDN BHD

DASAR PRIVASI DAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

NOTIS PRIVASI MAKLUMAT PERIBADI UNTUK KAKITANGAN DAN CALON

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

D.R. 35/2009 RANG UNDANG-UNDANG PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2009

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

1. Data Peribadi mengenai anda yang dikumpul oleh kami atau Laman Web Kumpulan ini termasuk:

Notis Perlindungan Data Peribadi Menurut Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

KENYATAAN PRIVASI (BAHASA MALAYSIA)

Notis Privasi Adient. Notis Privasi Adient ini merangkumi topik berikut: Skop Notis Privasi ini. Apakah maklumat peribadi yang kami boleh kumpul

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda.

syarikat-syarikat bersekutunya, entiti-entiti yang dikawal bersamanya dan gabungangabungannya

DASAR PRIVASI NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Jenis maklumat peribadi yang kami kumpulkan. Cara kami mengumpul maklumat peribadi anda. Cara kami menggunakan maklumat peribadi anda

NOTIS PRIVASI. Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( APDP ), kami dikehendaki untuk memaklumkan anda:

NOTIS PRIVASI. informasi yang didapati secara bebas oleh Kumpulan dari sumber-sumber yang sah;

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PEREKRUTAN

NOTIS PRIVASI. Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( APDP ), kami dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda:

National Bank of Abu Dhabi Menghormati Hak Maklumat Peribadi Anda (Notis menurut seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010)

POS MALAYSIA NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

TERMA PENGGUNAAN. Skop

Dasar Privasi kami. Terakhir diubah suai: 12 Dis Ringkasan perubahan boleh dirujuk di bahagian bawah Dasar Privasi ini.

1.1 Dalam menyediakan perkhidmatan, kami akan mengumpulkan data daripada sumber-sumber berikut:-

Dasar Privasi. Skop. Jenis Data dan Kaedah Pengumpulan

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Kad AFFINBANK World MasterCard

TAMBAHAN KEPADA BLACKBERRY PERJANJIAN PENYELESAIAN LESEN UNTUK BLACKBERRY ENTERPRISE PERKHIDMATAN 12 CLOUD ("TAMBAHAN itu")

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

Dasar Privasi. Data Peribadi anda adalah dikumpul, diguna dan diproses oleh Kumpulan Hunza untuk, di kalangan lain, tujuan-tujuan berikutnya :-

UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 680 AKTA AKTIVITI KERAJAAN ELEKTRONIK 2007 SUSUNAN SEKSYEN

STANDARD PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2015

KOD ETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN KUMPULAN AIR SELANGOR SYABAS PNSBW KONSORTIUM ABASS KASB

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Penjamin PINJAMAN ANDA. Penjamin. Program pendidikan pengguna oleh:

AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 PROTOKOL PERLINDUNGAN DATA PERIBADI NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

NOTIS PRIVASI. 1.4 Untuk tujuan-tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

NOTIS PRIVASI PERUNDING UNIT AMANAH/PERUNDING PRS

CADANGAN STANDARD PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

NOTIS PENTING: INI ADALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET, DAN BUKAN PRODUK DEPOSIT.

Terma & Syarat Kempen MyDebit dengan agensi agensi Kerajaan Negeri Sabah

Peraduan Menangi Percutian Ke Disneyland TOKYO bersama NESTLÉ BLISS GO Syarat dan Peraturan Peraduan

Tatakelakuan. Tatakelakuan berkenaan hubungan Syarikat dengan Pentadbiran Awam

DASAR PRIVASI. UiTM... Mengubah Destini Anak Bangsa

NOTIS PRIVASI. Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( APDP ), kami dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda:

Syarat & Peraturan Peraduan Penganjur & Kelayakan Tempoh Kriteria Kelayakan dan Penghantaran Penyertaan melalui Aplikasi WhatsApp atau MMS TIADA

Berurusan dengan Pengantara Takaful

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

NESTLE# #LEE AH MOY# #RM41.20

Minerals Technologies Inc. Ringkasan Dasar Kelakuan Perniagaan. Kelakuan yang Sah dan Beretika Diperlukan pada Setiap Masa

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

Fasal-fasal yang dipinda

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

Bayar dengan UOBM Mighty. Terma & Syarat

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

NESTLE# #LEE AH MOY# #RM32.60

TERMA DAN SYARAT AKAUN EMAS BIBDS

Perilaku Beretika bagi Pembekal dan Orang Tengah: Tataetika Perniagaan Pembekal. Tataetika Perniagaan Pembekal Smiths

TERMA DAN SYARAT. Bermakna individu atau entiti yang telah meohon atau sedang memohon untuk mana-mana Perkhidmatan Perbankan.

Penghantaran Penyertaan & Kriteria Kelayakan 1. Untuk menyertai Peraduan ini, peserta mesti mengikuti kriteria-kriteria berikut:

TATAKELAKUAN PEMBEKAL GLOBAL AVON

Terma dan Syarat Promosi Ganjaran Tunai untuk Pemula Transaksi Perniagaan

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

Promosi Beli dan Menang Senheng (Peraduan) dianjurkan oleh Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn. Bhd.

DASAR PENGURUSAN LAMAN WEB UNIVERSITI EDISI 2016

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

Pernyataan Privasi Ingram Micro

Kod Tatakelakuan Korporat dan Dasar Etika

Peraduan InstaHarapan AADK

NESTLE# # #LEE AH MOY# #RM41.20

4. Peraduan ini terpakai di semua stesen runcit Shell di Malaysia, seperti yang tersenarai di ( Stesen Shell ).

Kod etika perniagaan Disemak Februari 2016

a) Peserta mestilah mengambil foto hidangan bernutrisi yang disediakan untuk Si Manja.

Jaminan Fideliti Terma & Syarat

Apakah terma dan syarat yang dimaksudkan? Kami akan membimbing anda satu persatu bermula dengan:

Terma-Terma dan Peraturan Pengurusan Kes (Peringkat Pertama)

NOTIS PRIVASI. Maklumat Peribadi Sensitif merujuk kepada maklumat yang berkatian dengan kesihatan anda, pendapat politik, kepercayaan agama dll.

Dasar Privasi Herbert Smith Freehills Muka surat 1 daripada 10

Transkripsi:

Dasar Perlindungan Data Peribadi Kami, Sabah Electricity Sdn. Bhd. (Company No. 462872-W) ( SESB ), dan anak-anak syarikat kami, menghormati privasi semua individu dengan siapa kami mempunyai hubungan kontraktual. Kami komited dalam melindungi semua Data Peribadi yang disimpan oleh kami. Atas alasan ini, SESB telah menerima pakai Dasar Perlindungan Data Peribadi ( Dasar ini ) dalam mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 Malaysia ( Akta PDP ). Definisi-definisi Persetujuan persetujuan bebas, termaklum dan terdahulu diberikan oleh Subjek Data bagi pemprosesan Data Peribadi beliau. Data Peribadi apa-apa maklumat yang berkaitan dengan orang biasa yang dikenal pasti atau boleh dikenal pasti. Seseorang yang boleh dikenal pasti adalah seseorang yang boleh dikenal pasti, secara langsung atau secara tidak langsung, khususnya melalui rujukan kepada nombor pengenalan atau ciri-ciri fizikal, psikologi, mental, ekonomi, budaya atau karakter sosial orang tersebut. Data Peribadi boleh berkait dengan mana-mana orang biasa, termasuk kakitangan, pelanggan, klien, pelabur, pembekal, kontraktor atau lain-lain individu. Pemprosesan mengumpul, merekod, memegang atau menyimpan Data Peribadi atau menjalankan apa-apa pengendalian atau set pengendalian terhadap Data Peribadi itu, termasuk:- penyusunan, penyesuaian atau pengubahan Data Mukasurat 1 daripada 11

Peribadi; mendapatkan kembali, merujuk kepada atau menggunakan Data Peribadi; penzahiran Data Peribadi melalui penghantaran, pemindahan, penyebaran atau selainnya menjadikannya tersedia; atau penjajaran, penggabungan, pembetulan, pemadaman atau pemusnahan data peribadi; Subjek Data seseorang individu, individu persendirian mengenai siapa maklumat dikumpul, disimpan atau diproses. Menteri merujuk kepada Menteri Komunikasi & Multimedia. Data Peribadi Sensitif terdiri daripada maklumat mengenai:- kesihatan atau keadaan fizikal dan mental Subjek Data; pendapat politik Subjek Data; kepercayaan agama atau kepercayaan lain yang bersifat seumpamanya Subjek Data; pelakuan atau pengataan pelakuan apa-apa kesalahan oleh Subjek Data; atau apa-apa Data Peribadi lain yang ditentukan oleh Menteri. pihak ketiga seseorang atau syarikat yang bukan merupakan pihak kepada kontrak atau transaksi dengan SESB, tetapi tidak termasuk kontraktor, subkontraktor, ejen yang diberi kuasa, penjual dan penasihat profesional SESB. Mukasurat 2 daripada 11

1. SKOP Dasar ini terpakai kepada semua unit pengendalian dan perniagaan SESB. Setakat mana-mana unit pengendalian atau perniagaan SESB telah pun mempunyai dasar perlindungan data mereka sendiri, Dasar ini akan mengatasi dan menggantikan manamana dasar sedemikian. 2. TANGGUNGJAWAB Jabatan Hal Ehwal Undang-Undang adalah bertanggungjawab bagi pentadbiran Dasar ini dan mengawasi pematuhan seluruh syarikat. 3. TARIKH BERKUAT KUASA Dasar ini berkuatkuasa bermula 15 November 2013 4. PRINSIP-PRINSIP PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 4.1 Prinsip Am: 4.1.1 SESB hanya akan memproses Data Peribadi dalam cara yang dinyatakan di bawah: (c) (d) Pemprosesan Data Peribadi hanyalah untuk tujuan dibenarkan undangundang yang secara langsung berkait dengan aktiviti SESB; Pemprosesan Data Peribadi hendaklah perlu bagi atau secara langsung berkait dengan maksud tersebut; Data Peribadi adalah mencukupi tetapi tidak berlebihan berkait dengan maksud tersebut; dan Persetujuan Subjek Data hendaklah diperoleh. Mukasurat 3 daripada 11

4.1.2 SESB tidak akan bertanggungjawab bagi mendapatkan Persetujuan Subjek Data di mana Pemprosesan Data Peribadi adalah perlu: - (c) (d) (e) (f) bagi melaksanakan kontrak yang mana Subjek Data adalah pihak kepadanya; bagi mengambil langkah atas permintaan Subjek Data dengan maksud untuk memasuki kontrak dengan Subjek Data; bagi mematuhi apa-apa obligasi undang-undang yang mana SESB adalah tertakluk kepadanya, selain daripada obligasi yang dikenakan oleh sesuatu kontrak; bagi melindungi kepentingan vital Subjek Data; bagi pentadbiran keadilan; atau bagi menjalankan apa-apa fungsi yang diberikan kepada mana-mana orang oleh atau di bawah mana-mana undang-undang. 4.1.3 SESB hanya akan memproses Data Peribadi Sensitif: dengan persetujuan Subjek Data; di mana Pemprosesan itu perlu bagi mana-mana maksud berikut: bagi maksud menjalankan atau melaksanakan apa-apa hak atau obligasi yang diberikan atau dikenakan oleh undang-undang ke atas SESB yang berkaitan dengan pengambilan kerja; untuk melindungi kepentingan vital orang lain, dalam hal di mana persetujuan oleh atau bagi pihak Subjek Data telah ditahan secara tidak munasabah; bagi maksud perubatan; bagi maksud prosiding undang-undang; bagi maksud mendapatkan nasihat undang-undang; bagi maksud membuktikan, menjalankan atau mempertahankan hak undang-undang; pentadbiran keadilan; menjalankan apa-apa fungsi yang diberikan kepada mana-mana orang oleh atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis; Mukasurat 4 daripada 11

bagi apa-apa maksud lain yang difikirkan patut oleh Menteri; atau maklumat yang terkandung dalam Data Peribadi itu telah diumumkan kepada orang awam akibat langkah yang diambil oleh Subjek Data secara sengaja. 4.1.4 Subjek Data boleh menarik balik persetujuan beliau pada bila-bila masa dan boleh melampirkan apa-apa syarat atau batasan yang beliau percaya sebagai wajar. 4.1.5 Adalah menjadi dasar SESB bahawa Data Peribadi hendaklah diproses dengan adil dan mengikut undang-undang. SESB bertanggungjawab bagi mengumpul Data Peribadi hanya untuk maksud khusus, mengikut undang-undang, eksplisit dan sah, dan bagi pemprosesan selanjutnya Data Peribadi yang konsisten dengan maksud tersebut. 4.1.6 Adalah menjadi dasar SESB bahawa Data Peribadi adalah mencukupi, relevan dan tidak berlebihan berhubung dengan maksud untuk yang mana Data Peribadi tersebut dikumpul atau diproses selanjutnya. SESB bertanggungjawab bagi mengambil segala langkah munasabah untuk menyimpan data tersebut secara tepat, menyediakan cara-cara munasabah bagi membetul, memadam, atau membetulkan mana-mana data yang tidak tepat, dan menyimpan data tersebut untuk tempoh-tempoh tidak melebihi daripada apa yang diperlukan. 4.2 Prinsip Notis dan Pilihan: 4.2.1 SESB akan memaklumkan Subjek Data mengenai yang berikut melalui notis bertulis secepat yang mungkin: (c) (d) bahawa Data Peribadi sedang diproses; keterangan mengenai Data Peribadi; maksud pengumpulan Data Peribadi; sumber Data Peribadi; Mukasurat 5 daripada 11

(e) (f) (g) (h) (i) hak Subjek Data untuk meminta akses kepada dan untuk membuat pembetulan Data Peribadi; kelas-kelas pihak ketiga kepada siapa Data Peribadi telah / mungkin dizahirkan; pilihan dan cara bagi mengehadkan pemprosesan Data Peribadi; sama ada pemberian Data Peribadi adalah wajib atau sukarela; dan akibat kegagalan Subjek Data untuk memberikan Data Peribadi. 4.3 Prinsip Penzahiran: 4.3.1 SESB akan hanya menzahirkan Data Peribadi: bagi mematuhi dengan mana-mana keperluan pemberitahuan agensi kerajaan; dan/atau untuk maksud yang mana Data Peribadi diproses. 4.3.2 SESB tidak akan menzahirkan Data Peribadi bagi sebarang maksud lain dan kepada pihak ketiga melainkan dengan Kebenaran Subjek Data. 4.4 Prinsip Keselamatan: 4.4.1 SESB adalah bertanggungjawab bagi mengambil langkah berhemah untuk melindungi kerahsiaan dan keselamatan semua Data Peribadi, termasuk langkah prosedur, organisasi dan teknikal sewajarnya untuk melindungi data peribadi daripada pemusnahan tidak disengajakan atau menyalahi undang-undang atau kehilangan, pindaan atau penzahiran tidak disengajakan. Langkah ini termasuk menandatangani perjanjian bertulis dengan subkontraktor yang memproses Data Peribadi selaras dengan arahan SESB dan sekurang-kurangnya memasukkan standard perlindungan data SESB sendiri. 4.4.2 SESB mempunyai dasar dan prosedur keselamatan yang munasabah bagi melindungi maklumat peribadi daripada apa-apa kehilangan, salah guna, ubahsuaian, atau pemusnahan tanpa kebenaran. Walau bagaimanapun, di Mukasurat 6 daripada 11

sebalik langkah-langkah terbaik SESB, keselamatan tidak boleh dijamin secara mutlak terhadap semua ancaman. Setakat keupayaan terbaik SESB, akses kepada Data Peribadi Subjek Data adalah terhad kepada mereka yang perlu untuk mengetahuinya. Individu-individu tersebut yang mempunyai akses kepada Data Peribadi adalah dikehendaki untuk menyimpan kerahsiaan mengenai maklumat sedemikian. 4.5 Prinsip Penyimpanan: 4.5.1 SESB perlu mengambil langkah-langkah yang munasabah supaya: Data Peribadi hanya disimpan untuk selama yang diperlukan bagi mematuhi permintaan atau sehingga Subjek Data meminta agar maklumat dipadamkan mengikut prosedur-prosedur dalaman SESB; dan Data Peribadi dimusnahkan atau dipadamkan secara kekal selepas maksud dipenuhi. 4.6 Prinsip Integriti Data: SESB akan memastikan bahawa Data Peribadi adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini, dengan mengambil kira maksud data telah dikumpulkan dan diproses selanjutnya. 4.7 Prinsip Akses: 4.7.1 SESB mengiktiraf hak Subjek Data untuk mendapatkan tanpa sekatan pada sela masa yang munasabah dan tanpa kelewatan atau perbelanjaan berlebihan: pengesahan berhubung dengan sama ada SESB, mana-mana wakil atau ejen memegang atau memproses Data Peribadi berkaitan dengan beliau; maklumat mengenai maksud (maksud-maksud) memproses, kategori data berkenaan, dan penerima atau kategori penerima; Mukasurat 7 daripada 11

(c) (d) maklumat dalam bentuk yang boleh difahami berhubung dengan data yang berkaitan dengan beliau sedang diproses dan sumber data tersebut; dan maklumat, sebagaimana wajar, berhubung dengan logik yang mendasari pemprosesan data. 4.7.2 Selanjutnya, SESB mengiktiraf hak Subjek Data untuk menghendaki, sebagaimana wajar, pembetulan, pemadaman atau penyekatan data apabila pemprosesan data tersebut tidak mematuhi undang-undang dan peraturanperaturan terpakai. SESB akan memaklumkan, sehingga tahap yang munasabah, pihak ketiga kepada sesiapa yang Data Peribadi telah dizahirkan mengenai mana-mana pembetulan, pemadaman atau penyekatan tersebut. 4.7.3 Subjek Data akan berhak untuk mengakses Data Peribadi beliau yang sedang digunakan oleh SESB dengan membuat permintaan secara bertulis yang akan dipatuhi dalam masa 21 hari dari tarikh penerimaan permintaan tersebut. 5. PENGUMPULAN, PEMINDAHAN & PEMPROSESAN DATA 5.1. SESB adalah bertanggungjawab bagi mengumpul, memproses dan memindah Data Peribadi sebagai mematuhi Akta PDP. Hanya dalam keadaan yang sangat terbatas dan jarang berlaku, SESB akan menzahirkan Data Peribadi kepada profesional penjagaan kesihatan, sebagai contoh, di mana kesihatan dan keadaan subjek data akan jikalau tidaknya terjejas dan Subjek Data tidak dapat memberikan persetujuan rasmi. 5.2. Adalah menjadi dasar SESB bahawa kecuali sebagaimana dibenarkan atau diperlukan oleh Akta PDP, Data Peribadi yang menzahirkan asal bangsa atau etnik, pendapat politik, kepercayaan agama atau falsafah, keahlian kesatuan sekerja, kesihatan atau kehidupan seks atau perlakuan dikatakan akan sebarang kesalahan tidak diproses dan pengumpulan dan penyimpanan Data Peribadi Sensitif tersebut akan dilindungi secara Mukasurat 8 daripada 11

khusus. Pemprosesan Data Peribadi Sensitif oleh SESB akan dibuat dalam cara yang dinyatakan dalam Fasal 4.1.3 Dasar ini. 5.3. Bagi Data Peribadi yang diperoleh secara langsung daripada Subjek Data, SESB bertanggungjawab bagi memaklumkan Subjek Data mengenai identiti orang yang mengawal Data Peribadi, maksud yang mana Data Peribadi telah dikumpul dan diproses dan mana-mana maklumat yang selanjutnya Subjek Data mungkin perlu bagi pemprosesan adil. Standard yang sama ini terpakai kepada Data Peribadi tidak diperoleh secara langsung daripada Subjek Data, kecuali sebagaimana dibenarkan oleh undang-undang untuk maksud statistik. 5.4 SESB bertanggungjawab memaklumkan Subjek Data sebelum pada mana-mana pemindahan awal atau Pemprosesan Data Peribadi untuk maksud pemasaran langsung dan, atas permintaan, bagi penyekatan tindakan sedemikian. 5.5 Adalah menjadi dasar SESB untuk tidak memindahkan Data Peribadi kepada manamana entiti, individu, atau organisasi, khususnya entiti dalam dunia ketiga tanpa perlindungan data mencukupi, yang tidak memenuhi standard-standard yang diwujudkan oleh dasar ini tanpa memastikan bahawa: 5.5.1 Subjek Data telah memberikan persetujuan jelas beliau; 5.5.2 pemindahan adalah diperlukan bagi pelaksanaan kontrak di antara Subjek Data dan pihak ketiga atau untuk melaksanakan komitmen pra-kontraktual dibuat atas permintaan Subjek Data; 5.5.3 pemindahan adalah diperlukan bagi pemuktamadan atau pelaksanaan kontrak dimuktamadkan demi kepentingan Subjek Data dengan pihak ketiga; 5.5.4 pemindahan adalah diperlukan untuk melindungi kepentingan vital Subjek Data; atau Mukasurat 9 daripada 11

5.5.5 pemindahan dibuat daripada daftar diwujudkan selaras dengan undang-undang dan peraturan-peraturan sebagai dibuka bagi permintaan nasihat oleh ahli-ahli daripada kalangan orang awam atau oleh mana-mana orang yang boleh menunjukkan kepentingan sah. 6. PENGGUNAAN COOKIES DAN WEB BEACONS 6.1 Dari masa ke masa apabila Subjek Data melawat laman web SESB, maklumat mungkin ditempatkan pada komputer beliau bagi membolehkan SESB untuk mengiktiraf komputer Subjek Data dalam bentuk fail teks dikenali sebagai cookie. Penggunaan cookies oleh SESB dihasratkan untuk memberi manfaat kepada Subjek Data, seperti menghapuskan keperluan bagi Subjek Data untuk memasukkan kata laluan secara kerap dalam sesi. Cookies juga digunakan bagi analisis trafik laman web dan pemprofilan demografik tidak diketahui agar SESB boleh meningkatkan perkhidmatannya. 6.2 SESB mungkin mengguna apa yang dipanggil web beacons (atau pixel tags ) berhubung dengan beberapa laman web. Walau bagaimanapun, SESB tidak menggunakannya untuk mengenal pasti pengguna-pengguna individu secara peribadi. Web beacons pada dasarnya adalah imej grafik yang ditempatkan dalam laman web dan ia digunakan untuk mengira pelawat-pelawat ke laman web dan/atau untuk mengakses cookies tertentu. Maklumat ini digunakan untuk meningkatkan perkhidmatan SESB. Web beacons pada dasarnya tidak mengumpul sebarang maklumat lain daripada apa yang penyemak imbas Subjek Data sediakan kepada SESB sebagai sebahagian standard mana-mana komunikasi internet. Sekiranya Subjek Data memadamkan cookies, web beacon tidak lagi akan dapat mengesan aktiviti khusus Subjek Data. Walau bagaimanapun, Web beacon boleh terus mengumpul maklumat lawatan daripada alamat-ip Subjek Data, tetapi maklumat tersebut tidak lagi menjadi unik. Mukasurat 10 daripada 11

6.3 Sekiranya Subjek Data tidak ingin menerima cookies, atau ingin dimaklumkan sebelum beliau ditempatkan, Subjek Data boleh menetapkan penyemak imbas web beliau untuk berbuat demikian, sekiranya penyemak imbas beliau membenarkan. Sebaik sahaja cookies dipadamkan, Subjek Data tidak mungkin dapat melihat bahagian tertentu daripada laman SESB yang mungkin akan meningkatkan lawatan Subjek Data. Beberapa daripada rakan perniagaan SESB yang kandungannya dihubung kait kepada atau daripada laman web SESB boleh juga menggunakan cookies atau web beacons. Walau bagaimanapun, SESB tidak mempunyai akses kepada atau mengawal cookies ini. *SESB merizabkan hak untuk mengubah mana-mana bahagian daripada Dasar Perlindungan Data Peribadi. SESB akan mengumumkan perubahan sedemikian melalui laman web yang telah ditetapkannya www.sesb.com.my/pdpa *SESB komited dalam melindungi Data Peribadi mana-mana Subjek Data. Sekiranya anda mempunyai soalan atau komen mengenai pentadbiran SESB ke atas Data Peribadi, sila hubungi kami di privacy.pdpa@sesb.com.my. Anda juga boleh menggunakan alamat ini untuk menyampaikan sebarang kebimbangan yang anda mungkin ada berkaitan pematuhan dengan Dasar ini. Mukasurat 11 daripada 11