BAB 1 PENGENALAN. Dewasa ini, kajian terhadap teks-teks sastera telah banyak dilakukan oleh para pengkaji

dokumen-dokumen yang mirip
BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB PERTAMA PENGENALAN. Pembinaan ayat dalam bahasa Arab terdiri daripada tiga bentuk : Jumlat ismiyyat,

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

BAB 1 PENDAHULUAN. adanya bahasa, barulah sesebuah komunikasi itu dapat berjalan dengan lancar.

BAB SATU PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan. Istilah merupakan perkataan atau paduan perkataan-perkataan yang

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

Ulasan Buku/Book Review

Bab Kelima PENUTUP. Oleh yang demikian, rumusan ini akan diklasifikasikan kepada tiga bahagian mengikut

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

BAB 6 PENUTUP. juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

BAB SATU PENGENALAN. Hikmat terbesar daripada penurunan al-qur an al-karim dengan tujuh

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

Kegiatan Cadangan bagi Pengajaran dan Pembelajaran (Prauniversiti)

ULASAN BUKU. Hasmidar Hassan, 2011, Kata Hubung Dan dan Tetapi dari Sudut Pragmatik, 201 halaman, ISBN

Abstrak. Penggunaan S 2 TAMP 2 D dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kepelbagaian Ayat. Zaetun Abbas

KESUSASTERAAN MELAYU

NAMA PELAJAR : SITI NUR HASINAH BINTI HUSSIAN NO MATRIK : P79063 TAJUK: STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA OLEH PELAJAR CEMERLANG PENSYARAH:

Ulasan makalah. Wan Suhaimi Wan Abdullah

BAB LIMA DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN. Bab ini menghuraikan dan merumuskan dapatan-dapatan daripada kajian

BANGI, 15 Mac 2013 Sebarang usaha untuk menghuraikan nahu yang hendak dijadikan pegangan Bahasa Melayu mestilah yang mudah difahami masyarakat.

BAB SATU PENGENALAN. topik perbincangan dalam kajian morfologi ( ) perlu diketengahkan. fonologi yang berlaku dalam pembentukan kata bahasa Arab.

ASPEK KAJIAN SASTERA. 1. Ringkasan cerita lebih kurang patah perkataan. 2. Mengandungi huraian cerita mengikut urutan masa berdasarkan plot.

PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA: KOMIK MAT SOM SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR

BAB I PENGENALAN. Sejarah pendidikan bahasa Arab di Malaysia telah mula semenjak awal abad ke-19

KOLEKSI BAHAN BACAAN BUKU FIKSYEN

Anita Abdul Rahim Jenayah Kanak-kanak dan Undang-undang Malaysia, 2013, 309 halaman, ISBN

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF 922 Sukatan Pelajaran

Abstrak. Penerapan Penanda Wacana dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis. Muhammad Faizrin Hashim

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENILAIAN TESIS PROGRAM SARJANA DAN DOKTOR FALSAFAH SECARA PENYELIDIKAN (PENILAIAN 2)

BAB 3 LATAR BELAKANG PENGARANG DAN SINOPSIS CERPEN

GARIS PANDUAN PENULISAN TESIS/DISERTASI KOMPILASI. Pusat Siswazah. Universiti Kebangsaan Malaysia

BAB 1 PENDAHULUAN. bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal) memahaminya. ( Al-Zukhruf 43:3)

BAB 5: KESIMPULAN. Dalam bab ini, penyelidik akan membuat kesimpulan berdasarkan analisis

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

Keperluan Komunikasi. Komunikasi Berkesan 2/2/2016

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 5 DAPATAN DAN CADANGAN. diketengahkan kepada pengkaji-pengkaji pada masa akan datang.

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

PANDUAN PEMOHONAN PENERBITAN BUKU

BAB KELIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Rumusan di sini membawa pengertian kesimpulan kepada semua fakta-fakta

PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU

PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

sepenuhnya modeniti, sebaliknya cuba mengubahsuai ciri-ciri modeniti untuk

KAJI SELIDIK INDEKS GAYA PEMBELAJARAN

Kegiatan Cadangan bagi Pengajaran dan Pembelajaran (Sekolah Menengah)

BAB 5 KESIMPULAN. sosial dan mesej segera dalam kalangan mahasiswa Cina di Universiti Malaya, Kuala

Bahasa Arab (913) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

JUL 401 BAHASA MALAYSIA

ULASAN BUKU PENGENALAN

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

Program Sarjana Dan Kedoktoran

Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB V PENUTUP. pada Surah al-baqarah dalam Tafsir al-mishbah dan Abdul Hayei A.S. dalam Tafsir

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

PENERAPAN SASTERA DALAM PENGAJARAN BAHASA DI SEKOLAH RENDAH

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN

Jilid 13 Bil. 2 Disember 2013 ISSN: KK:

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BERCERITA MERDEKA BAHASA CINA DAN BAHASA TAMIL SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI 2013

MAKLUMAT UMUM IKLAN DAN PERMOHONAN JENIS PROGRAM PROGRAM PENGAJIAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH BAHASA MELAYU

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

BAB I PENGENALAN. idea, konsep, meluahkan perasaan, menjalinkan interaksi sosial, menjalankan transaksi

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab ini adalah membincangkan tentang metodologi yang digunakan dalam kajian ini.

Ulasan Buku / Book Review Dilema Ummah di Malaysia oleh Muhammad Syukri Salleh Bangi: Penerbit UKM. 66 halaman.

BAB 4 ANALISIS KAJIAN. implikatur dalam sajak. Kedua-dua teori ini akan dilihat dari segi keberkesanan

Bahasa Arab (913) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

Nur Hafiza Osman (Fiza O)

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

SESI PERKONGSIAN FORMAT KERTAS PEPERIKSAAN PSLE, April 2017, Sabtu

TEORI DAN PRINSIP PERKAMUSAN

BAB I PENDAHULUAN. Arab. Tiada sesiapapun yang menyangkal bahawa bahasa Arab dan al-qur an al-karim

Panduan Menjawab Soalan Kefahaman Subjektif 9 April 2016

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 3 TAHUN 2013 JABATAN PELAJARAN PERAK

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

LMCK 1621 ETIKA DAN PROFESIONAL. Semester I TUGASAN INDIVIDU

Kesusasteraan Melayu (922)

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

KAJIAN PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PARTI DAN KEPIMPINAN PKR, NOVEMBER 2010

RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN BAHASA MELAYU TAHUN 4 UNIT 6 ( ARAS 1 )

PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENILAIAN LAPORAN PROJEK SARJANA DUA SEMESTER (PENILAIAN PROJEK SARJANA 2)

SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN SENI VISUAL

PENDEKATAN KOLABORATIF DALAM MENINGKATKAN KETERAMPILAN BERBAHASA PELAJAR: SATU KAJIAN TINJAUAN TERHADAP PELAJAR IPTA

Transkripsi:

BAB 1 PENGENALAN 1.0 PENDAHULUAN Dewasa ini, kajian terhadap teks-teks sastera telah banyak dilakukan oleh para pengkaji tempatan. Namun analisis mahupun perbandingan antara teks yang berlainan bahasa dan budaya sama ada yang dilaksanakan oleh pengkaji bahasa mahupun pengkaji sastera yang membandingkan teks berbahasa Arab dengan teks berbahasa Melayu masih lagi kurang dan jarang-jarang ditemui. Berdasarkan tinjauan yang diutarakan oleh para pengkaji kedua-dua bahasa, adalah wajar dilakukan satu kajian perbandingan antara teks daripada kedua-dua bahasa yang besar jumlah penuturnya di Asia ini. Ia juga bersesuaian dengan gagasan sastera bandingan yang mula dipelopori bermula seawal pertengahan kurun ke-20 oleh tokohtokoh seperti Paul Van Tieghem, Rene Wellek dan Henry H.H Remak yang melihat kepentingan melakukan perbandingan teks sebagai satu kajian budaya. Meskipun kajian teks Arab-Melayu adalah tugas yang rumit lantaran ciri-ciri sesebuah teks itu adalah merangkumi tema, pemikiran, sudut pandangan, gaya bahasa, latar, dan pelbagai lagi, namun ia masih boleh dispesifikkan dan memberi manfaat yang besar kepada bidang bahasa dan sastera kedua-dua bahasa jika kajian hanya melibatkan aspek bahasa sahaja.

1.1 PERMASALAHAN KAJIAN Bahasa adalah aspek paling utama dalam sesebuah teks. Tanpa bahasa, tidak mungkin sesebuah tema, latar, plot, pemikiran dan sebagainya akan terjelma. Sementara kesusasteraan ialah kesenian yang menggunakan bahasa sebagai alatnya. Perbezaan bahasa sebagai alat seni dengan bahasa sebagai alat komunikasi lain ialah bahasa alat seni itu mengandungi nilai estetik, iaitu nilai yang mengharukan dan membangkitkan perasaan. Jadi tidak saja menyampaikan idea dan maklumat, tetapi penyampaian idea dan maklumat itu menimbulkan rasa keharuan, di samping merangsang daya fikir dan akal. Bahasa juga berkaitan rapat dengan gaya bahasa yang menjadi tunjang kekuatan estetika sebuah karya sastera. Namun begitu, sesebuah karya tidak mungkin menjadi besar hanya kerana gaya. Keterbalikan daripada itu, karya yang memuatkan isi-isi penting dan utama juga tidak diterima baik jika gayanya tidak menarik. Bahasa kiasan pula adalah antara ragam-ragam bahasa yang digunakan oleh pengarang dalam menghantar suara komentarnya ke dalam karya. Bentuknya agak rencam kerana teks sastera itu sendiri subjektif sifatnya. Malah kiasan boleh sahaja didatangkan dalam bentuk secara langsung mahupun secara tidak langsung dengan menggunakan teknik bahasa simbolik, satira, paradoks dan pelbagai lagi. Namun, tidak boleh tidak, kajian gaya bahasa sebegini akan meninjau jenis-jenis bahasa kiasan yang begitu signifikan bagi pengarang. Sememangnya kajian ini adalah kajian yang agak baharu memandangkan kajiankajian terhadap teks-teks sastera Arab-Melayu sebelum ini adalah masih berkisar tentang struktur karya seperti tema, plot, watak dan perwatakan, latar, dan sudut pandangan 2

selain amanat dan wacana pemikiran pengarang. Setakat ini belum ada kajian khusus terhadap bahasa kiasan yang digunakan dalam karya terutama yang membabitkan karyakarya Arab-Melayu, apatah lagi dibuat perbandingan. Selain itu, kewajaran pemilihan dua pengarang tersohor dari Syria dan Malaysia - iaitu Zakaria Tamer dan Azizi Hj. Abdullah - adalah berdasarkan pencapaian, kekuatan dan kecenderungan masing-masing dalam bidang penulisan prosa, khususnya cerpen. Kedua-duanya juga belum pernah dijadikan bahan kajian perbandingan atau analisis teks Arab-Melayu para pengkaji terdahulu. Zakaria Tamer adalah penulis tersohor Syria yang lahir di Damsyik pada 1931. Kini menetap di London. Beliau telah menghasilkan ratusan buah cerpen yang terhimpun dalam belasan antologi dan karyanya telah diterjemahkan ke lapan bahasa. Pernah menjadi kolumnis yang aktif dan editor majalah Al-Mawqif al-adabiyy dan Al-Ma rifah. Selain dianggap sebagai pelopor cerpen moden Syria yang melayakkannya menerima anugerah Syrian Order of Merit pada 2001, beliau juga cenderung dengan politik oposisi dan lantang dengan kritikan sosial dalam karya-karyanya. Sementara Azizi Hj Abdullah adalah pemenang SEA Write Award 1988. Lahir di Kota Kuala Muda, Kedah pada 1942. Banyak memenangi anugerah sastera dalam genre cerpen dan novel di peringkat kebangsaan dan Asia Tenggara. Antara novelnya yang terkenal berjudul Seorang Tua di Kaki Gunung, Ayahanda, dan Kawin-kawin. Pernah bertanding dalam Pilihanraya Umum ke-10 mewakili pihak oposisi. Terkenal dengan lontaran isu-isu sosial dan politik yang sentiasa mewarnai karya-karyanya. Cerpencerpennya juga diterjemahkan ke beberapa bahasa asing. 3

1.2 KAJIAN-KAJIAN TERDAHULU Kajian analisis perbandingan teks Arab-Melayu adalah kajian yang masih baharu di Malaysia. Belum ramai pengkaji yang menerjunkan diri untuk menggulati bidang kajian ini. Barangkali ia disebabkan kurangnya pengkaji yang mampu menguasai kedua-dua bahasa dan sastera terbabit dengan baik. Namun, dalam kelompangan itu, Rosni Samah telah mulai mengkaji Cerita Rakyat: Antara Sastera Arab dan Melayu pada 1997. Kemudian ia disusuli oleh Rahmah Ahmad H. Osman yang mengkaji Citra Wanita dalam Cerpen-cerpen Wanita Jordan dan Malaysia (1970-1995): Kajian dan Analisis pada tahun yang sama. Kajian yang dilakukan untuk memperoleh Ijazah Sarjana di University of Jordan itu bagaimanapun lebih tertumpu kepada kajian berasaskan gender. Seterusnya, Kathirasan a/l Doraisamy telah menulis kajian bertajuk Pemikiran Shahnon Ahmad dan Naguib Mahfouz dalam Novel-novel Pilihan: Satu Perbandingan untuk memenuhi keperluan Ijazah Doktor Falsafahnya di Universiti Malaya pada 2003. Kajian sastera bandingan yang memfokuskan wacana pemikiran dalam karya ini memilih beberapa novel penting kedua-dua pengarang untuk dikaji seperti Ranjau Sepanjang Jalan dan Awlad Haratina. Sementara, Rahmah Ahmad H. Osman pada 2003 yang serius menganalisis teksteks Arab-Melayu dan perkembangan sastera Islam menulis kajian Islam and Literature: An Analysis of the Discussions in the Middle East and Malaysia untuk meraih Ijazah Doktor Falsafah di Universiti London. Kajian ini juga ternyata menjurus kepada bidang sastera bandingan dan analisis sastera Islam. 4

Selanjutnya kajian perbandingan dalam kedua-dua bahasa ini diteruskan lagi oleh Rosni Samah pada 2004 menerusi kajiannya yang berjudul Pengaruh Sastera Arab terhadap Sastera Melayu Moden. Kajian ini lebih menjurus kepada bidang sastera bandingan yang meneliti aspek pengaruh sastera Arab yang lebih awal berkembang terhadap sastera Melayu kontemporari. Yang terbaru, Pabiyah Toklubok @ Hajimaming pada 2007 telah menganalisis novel-novel Arab-Melayu menerusi kajiannya yang bertajuk Novel-novel Islami Naguib Kilani dan Shahnon Ahmad: Satu Kajian Perbandingan antara Teori dan Praktik. Kajian yang diserahkan untuk memenuhi keperluan Ijazah Doktor Falsafah ini menyorot novelnovel dua pengarang tersebut dari kaca mata teori sastera Islami. 25 buah novel Naguib dan sembilan buah novel Shahnon telah dianalisis dalam kajian sastera perbandingan ini. Justeru, jelaslah betapa kajian perbandingan teks sastera Arab-Melayu ini masih lagi kurang berbanding bidang-bidang kajian lain yang membabitkan bahasa Arab seperti sintaksis, balaghat, morfologi, leksikologi dan semantik. 5

1.3 OBJEKTIF KAJIAN Pada dasarnya, penganalisisan terhadap bahasa merupakan satu perkara yang agak sukar kerana sifatnya yang subjektif. Apatah lagi untuk mengkaji bahasa kiasan dalam dua bahasa yang berbeza sumbernya. Justeru, kajian teks Arab-Melayu ini menggariskan objektif-objektif seperti berikut: 1. Untuk mengenalpasti konsep bahasa kiasan dan kedudukannya dalam bahasa Arab dan Melayu 2. Untuk membandingkan istilah jenis-jenis bahasa kiasan dalam kedua-dua bahasa 3. Untuk membuat perbandingan penggunaan bahasa kiasan antara keduadua pengarang dalam teks cerpen mereka 1.4 SOALAN KAJIAN Apabila membicarakan sesebuah karya sastera, pelbagai persoalan boleh ditimbulkan. Namun, memandangkan kajian ini agak spesifik sifatnya dan tertumpu kepada manipulasi bahasa kiasan, kajian ini sebolehnya mencuba untuk menjawab soalan-soalan berikut: 1. Bagaimanakah konsep bahasa kiasan dan kedudukannya dalam bahasa Arab dan Melayu 2. Apakah jenis-jenis bahasa kiasan dalam kedua-dua bahasa? 3. Apakah kecenderungan kedua-dua pengarang dalam menggunakan bahasa kiasan dalam teks cerpen mereka? 6

1.5 KEPENTINGAN KAJIAN Analisis terhadap kesusasteraan moden semakin rencam. Semua ini bertujuan untuk melihat dan memahami sastera dengan lebih mendalam, jitu, dan dekat dengan cara objektif dan saintifik. Oleh sebab itu, pengkaji merasakan kajian terhadap teks sastera Arab-Melayu daripada dua orang pengarang besarnya seperti ini sangat penting. Ditambah pula ia lebih menjurus kepada aspek bahasa kiasan dalam karya dua pengarang berlainan bahasa yang sememangnya agak menonjol dan lantang dalam mengkritik isu-isu sosial dan politik di tanah air masing-masing mahupun antarabangsa. Di samping itu, pengkaji akan meneliti jenis bahasa kiasan yang terdapat dalam kedua-dua bahasa sekali gus membuat perbandingan terutama dari segi istilah, bentuk dan fungsinya. Selain dapat membuat perbandingan bahasa kiasan yang terkandung dalam teks cerpen kedua-dua pengarang, ia dapat memperkayakan lagi kajian-kajian perbandingan teks Arab-Melayu - dalam bidang bahasa dan sastera yang masih sangat kurang. Bahkan, semua kajian perbandingan teks Arab-Melayu yang telah terhasil lebih menjurus kepada kajian sastera bandingan. Setakat ini belum ada kajian yang menjurus kepada perbandingan dari segi bahasa kiasan antara kedua-duanya. 7

1.6 BATASAN KAJIAN Pada dasarnya, jika dibuat perbandingan bahasa kiasan yang terkandung dalam ilmu retorika Arab dan Melayu, terdapat banyak persamaan yang boleh dikaitkan antara kedua-duanya. Namun kajian ini hanya membataskan perbahasan jenis-jenis bahasa kiasan yang memiliki persamaan yang agak banyak dan signifikan, serta kerap ditemui dalam cerpen-cerpen yang akan dianalisis. Bagi retorika Melayu antara jenis bahasa kiasan yang terlibat seperti simile, metafora, personifikasi, sinekdoki, metonimi dan hiperbola. Sementara bagi retorika Arab, bahasa kiasan yang disentuh ialah tasybih, majaz, kinayah dan mubalaghat. Memandangkan kedua-dua pengarang yang dipilih adalah pengarang mapan yang telah menghasilkan ratusan buah cerpen, justeru kajian ini terbatas kepada sebuah cerpen sahaja bagi setiap penulis. Meskipun hanya melibatkan sebuah cerpen daripada setiap pengarang, namun bahasa kiasan yang digunakan di dalamnya cukup banyak dan rencam bentuknya. Bagi Zakaria Tamer, cerpennya yang dipilih berjudul Ya Ayyuha al-karaz al- Mansiy yang terkandung dalam antologi Dimashq al-hara iq (1973). Sementara bagi Azizi Hj. Abdullah, cerpennya yang dipilih berjudul Sami Napuh yang terkandung dalam antologi Keakuan (1976) yang mengandungi 20 buah cerpen. Pemilihan cerpen-cerpen tersebut lantaran kedua-duanya tepu dan kaya dengan bahasa kiasan selain menampilkan kritikan terhadap isu-isu sosial yang tajam menyindir masyarakat. Kedua-dua cerpen juga dihasilkan pada era kegemilangan dan keaktifan mereka menulis cerpen, iaitu pada dekad 70-an. 8

Selain itu, kajian ini hanya akan menganalisis aspek bahasa kiasan dan yang berkaitan dengannya sahaja dalam perbandingan antara karya kedua-dua pengarang besar ini. Aspek-aspek lain seperti plot, diksi, dan sebagainya tidak akan disentuh. 1.7 METODOLOGI KAJIAN Demi mencapai matlamat kajian yang lebih komprehensif dan bermanfaat, kajian akan dilakukan berdasarkan kepada: 1.7.1 Kajian Perpustakaan Untuk mengumpul data, pengkaji membaca kajian-kajian terdahulu yang berkaitan dengan bahasa kiasan. Memandangkan bahasa kiasan adalah istilah Melayu, maka konsep bahasa kiasan dalam retorika Melayu perlu diperjelaskan terlebih dahulu berbanding dalam retorika Arab. Setelah diterangkan jenis-jenis bahasa kiasan dalam retorika Melayu dan Arab, pengkaji juga melakukan perbandingan di antara keduaduanya. Dalam membuat perbandingan, pengkaji cuba menyorot persamaan atau perbezaan dengan mengutamakan jenis bahasa kiasan yang memiliki persamaan yang agak banyak dan signifikan. Bagi retorika Arab, bahasa kiasan yang disentuh mencakupi keseluruhan Ilm Bayan iaitu tasybih, majaz dan, kinayah. Meskipun mubalaghat. pada dasarnya dikategorikan dalam Ilm Badi, tetapi pengkaji turut menyenaraikannya sebagai salah satu bahasa kiasan Arab yang penting kerana kecenderungan kedua-dua pengarang menggunakannya. 9

Selain itu, kajian-kajian pengkaji sebelumnya yang berkenaan dengan Zakaria Tamer dan Azizi Hj Abdullah dan karya-karya mereka juga diambil kira. 1.7.2 Analisis Teks Untuk menganalisis teks, pengkaji terlebih dahulu membaca dan meneliti cerpencerpen Zakaria Tamer dan Azizi Hj Abdullah yang terkandung dalam kumpulan cerpen mereka. Pengkaji kemudian memilih sebuah cerpen bagi setiap pengarang. Cerpen yang dipilih adalah berdasarkan kesesuaian tema dan faktor banyaknya gaya bahasa kiasan yang diterapkan oleh kedua-dua pengarang di dalamnya. Analisis dibuat terhadap teks pengarang Arab terlebih dahulu memandangkan gaya bahasa kiasan dalam retorika Arab lebih rencam dan spesifik berbanding retorika Melayu. 1.7.3 Perbandingan Teks Setelah membuat analisis jenis-jenis bahasa kiasan yang digunakan oleh keduadua pengarang dalam cerpen-cerpen mereka, pengkaji akan melakukan perbandingan terhadap teks cerpen Zakaria Tamer dan Azizi Hj Abdullah bagi melihat persamaan dan perbezaan kedua-dua pengarang ini menerusi pendekatan stilistik dalam penggunaan bahasa kiasan daripada segi fungsi, keragaman dan kreativiti. 10

1.8 RANGKA KAJIAN Kajian ini akan dibahagikan kepada lima bab, iaitu: a) Bab I - Pengenalan b) Bab II - Bahasa Kiasan Mengikut Retorika Melayu dan Ilmu Balaghah c) Bab III - Latar Belakang Pengarang dan Sinopsis Teks d) Bab IV - Analisis dan Perbandingan Teks e) Bab V - Rumusan dan Cadangan Bab pertama mengandungi pengenalan, latar belakang, objektif kajian, soalan kajian, kepentingan kajian, batasan kajian, rangka kajian, serta kesimpulan. Pada bab kedua pengkaji menjelaskan definisi bahasa dan gaya bahasa itu sendiri. Aspek-aspek penting dalam perbincangan bahasa kiasan diberikan takrifan dan contoh yang jelas berdasarkan kajian-kajian terdahulu. Selain itu, perbandingan turut dilakukan antaran gaya bahasa kiasan yang terkandung dalam ilmu Balaghah dan retorika Melayu. Selanjutnya, pada bab ketiga pengkaji mulai mendedahkan butiran-butiran peribadi kedua-dua pengarang, pencapaian dan pengalaman penulisan serta senarai karya penting mereka dalam pelbagai genre. Bab ini juga membicarakan sinopsis ringkas kedua-dua cerpen yang dipilih. Sementara pada bab keempat, pengkaji mulai menganalisis teks secara terperinci. Antara aspek yang akan diteliti adalah jenis-jenis bahasa kiasan yang terkandung dalam teks cerpen kedua-dua pengarang. Lanjutan daripada analisis tersebut, pengkaji turut 11

membuat perbandingan gaya bahasa kiasan antara dua pengarang seraya melihat perbezaan dan persamaan mereka berdua. Pada bab terakhir, pengkaji membuat rumusan dan kesimpulan terhadap keseluruhan kajian ini. Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya turut diutarakan. 1.9 PENUTUP Gaya bahasa mempunyai ruang lingkup yang luas dan aspek yang akan diteliti dalam kajian ini adalah aspek yang paling menarik iaitu bahasa kiasan. Memandangkan kajian ini adalah kajian analisis dalam dua bahasa iaitu Arab-Melayu, perbandingan gaya bahasa kiasan dalam ilmu Balaghah dan retorika Melayu menjadi prasyarat sebelum mengkaji teks sastera dalam kedua-dua bahasa.. Selain aspek tema dan pemikiran yang sering disorot dalam kajian-kajian terhadap karya sastera, kajian terhadap gaya bahasa sebegini juga menarik dan penting untuk dibincangkan. 12