UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA UTHM/PP/100-6/3 ( 61 ) 22 Oktober 2007 PEKELILING PENGURUSAN BIL.61/2007 TATACARA PERLAKSANAAN SKIM PEMBANTU INSTRUKTOR/PENGAJAR UNTUK PELAJAR PASCA SISWAZAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Bil.3/2007 pada 30 Ogos 2007 telah meluluskan Skim Pembantu Instruktor/Pengajar Untuk Pelajar Pasca Siswazah bekerja sambilan di Universiti Tu Hussein Onn Malaysia (UTHM). 2. Bagi memudahkan pelaksanaan skim tersebut, bersama-sama ini disertakan tatacara pelaksanaan skim tersebut sebagai panduan. Setiap Fakulti/Pusat Pengajian yang mahu menggunakan perkhidmatan Pelajar/Siswazah sebagai Pembantu Instruktor/Pengajar perlu mematuhi tatacara tersebut. Sekian, terima kasih MENERAJUI APLIKASI SAINS DAN TEKNOLOGI Yang benar, SULAM BIN HAMID Pendaftar 7100 s.k - Naib Canselor - Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) - Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) - Dekan Dekan Fakulti - Ketua-ketua Pejabat/Pusat/Unit SH/rkn/22102007/pekelilingpengurusan
TATACARA PELAKSANAAN SKIM PEMBANTU INSTRUKTOR/ PENGAJAR UNTUK PELAJAR PASCA SISWAZAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1.0 LATAR BELAKANG 1.1. Universiti sentiasa berusaha untuk menambahkan bilangan pelajar yang berdaftar di peringkat pasca ijazah sama ada oleh pelajar tempatan mahupun pelajar luar negara. Walau bagaimanapun usaha ini belum mendatangkan kesan yang besar kerana jumlah pelajar pasca siswazah masih lagi kecil. 1.2. Salah satu cara yang difikirkan boleh membantu meningkatkan jumlah pelajar pasca siswazah ialah dengan mewujudkan satu skim khusus yang membenarkan pelajar pasca siswazah bekerja sambilan sebagai Pembantu Instruktor/ Pengajar. Skim ini akan dapat membantu pelajar pasca siswazah menampung yuran pengajian dan sara hidup mereka dalam tempoh pengajian mereka di Universiti. Dengan adanya peluang kerja sambilan ini, diharap dapat menarik lebih ramai lagi pelajar pasca siswazah sama ada dari dalam negeri mahupun luar negara untuk menjadi pelajar Universiti Tun Hussein Onn. 2.0 TATACARA PELAKSANAAN 2.1 Pengiklanan 2.1.1 Iklan Skim Pembantu Instruktor/ Pengajar akan dikeluarkan oleh Pusat Pengajian Siswazah (PS). Tawaran dibuka pada minggu akhir peperiksaan semester bagi pengisian jawatan semester akan datang.
2.2. Kelayakan Pemohon 2.2.1 Permohonan terbuka kepada semua pelajar sama ada pelajar di peringkat Sarjana atau Doktor Falsafah. 2.2.2 Pelajar mempunyai kelayakan yang baik di peringkat Ijazah Pertama ( Sarjana Muda ) dengan CPA sekurang-kurangnya 2.75 atau kelayakan yang setaraf dengannya. Walau bagaimanapun kelayakan yang lebih tinggi atau sekiranya Jawatankuasa Pemilih mendapati calon mempunyai pengalaman atau kelebihan dalam bidang yang berkaitan akan diberi keutamaan. 2.2.3 Pelajar tidak menerima sebarang bentuk pembiayaan, tajaan atau pendapatan dari mana-mana pihak. 2.3 Jawatankuasa Pemilih 2.3.1 Pemilihan pelajar yang berjaya menerima Skim Pembantu Instruktor/ Pengajar dibuat oleh satu Jawatankuasa Pemilih yang terdiri daripada : Pengerusi : Dekan Falkuti Ahli : Seorang yang dilantik oleh Dekan Falkuti Setiausaha : Penolong Pendaftar Falkuti
2.4 Tempoh Perkhidmatan 2.4.1 Tempoh Perkhidmatan Skim Pembantu Instruktor/ Pengajar ini adalah 14 minggu untuk sesuatu semester pengajian. Walau bagaimanapun pelajar boleh memohon pelanjutan untuk semester berikutnya, tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Pemilih. 2.4.2 Tempoh masa bekerja tidak boleh melebihi 6 jam seminggu. 2.5 Taraf Perkhidmatan 2.5.1 Penerima skim ini tidak bertaraf sebagai staf dan mereka tidak layak untuk menerima sebarang kemudahan seperti yang diterima oleh staf. 2.6 Bidang Tugas 2.6.1 Bidang tugas Pembantu Instruktor/ Pengajar ialah membantu Pensyarah :- i. Mengendalikan makmal. ii. Menyediakan bahan-bahan pengajaran. iii. Menjadi instruktor dalam menjalankan kajian. iv. Lain-lain tugas yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. 2.6.2 Penerima skim ini tidak dibenarkan sama sekali mengajar.
2.7 Penilaian 2.7.1 Setiap pelajar yang menerima Skim Pembantu Instruktor/ Pengajar ini akan dinilai tahap kecekapan atau prestasi akademiknya pada setiap semester. Sekiranya mereka gagal mendapatkan/mengekalkan keputusan Kedudukan Baik ( KB ) pada semester sebelumnya, maka tawaran skim ini akan ditarik balik. 2.8 Penamatan 2.8.1 Pihak Universiti boleh pada bila-bila masa menamatkan tawaran ini tanpa notis atas alasan-alasan berikut : i. Melanggar undang-undang negara ii. Melanggar peraturan Universiti iii. Terlibat dengan salah laku dan berkelakuan buruk iv. Pelajar menamatkan program v. Dibuang daripada Universiti vi. Meninggalkan pengajian tanpa menamatkan program vii. Tidak berupaya dari segi mental dan fizikal viii. Melibatkan diri dalam kegiatan yang mendatangkan pendapatan tanpa kebenaran bertulis daripada Universiti 2.9 Pemantauan dan Pengesahan Masa Perkhidmatan Pelajar 2.9.1 Ketua Jabatan atau Pensyarah yang bersetuju untuk menerima pelajar ini sebagai pembantu mereka, adalah juga bertanggungjawab sebagai pemantau kepada perkembangan semasa pelajar (akademik dan sosial).
2.9.2 Ketua Jabatan atau Pensyarah juga perlu mengesahkan jumlah jam pelajar berkenaan memberikan perkhidmatannya kepada Universiti. 2.10 Pembayaran 2.10.1 Kadar bayaran setiap jam bertugas bagi Skim Pembantu Instruktor/ Pengajar terbahagi kepada dua ( 2 ) kategori mengikut tahap pendidikan sijil akademik pelajar berkenaan iaitu Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana. 2.10.2 Pembayaran dibuat melalui peruntukan Vot 29000 falkuti masing-masing. 2.10.3 Kadar bayaran yang boleh dibayar adalah seperti jadual berikut: Kadar Bayaran Skim Pembantu Instruktor/ Pengajar Bil Tahap Pendidikan Ijazah Kadar Bayaran sejam ( RM ) Maksimum Minggu Lantikan Maksimum Jam Tuntutan Maksimum Tuntutan ( RM ) 1. Sarjana Muda 25.00 14 84 2, 100.00 2. Sarjana 50.00 14 84 4, 200.00