Majlis Perasmian Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Dewan Serbaguna Uniten, Bangi, Selangor 29 Jun 2000

dokumen-dokumen yang mirip
PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

PERJANJIAN SKIM DERMASISWA PENGAJIAN TAHUN ASAS UNIVERSITI SELANGOR SEMESTER (SESI )

Amanah Saham Panduan Pelabur

22. Dengan ini, saya dengan sukacitanya merasmikan bangunan Suruhanjaya Sekuriti ini.

UCAPAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Info Ketua Pengarah LPP Ke 10

Sustainable Education 54

SKIM PRIHATIN PENDIDIKAN 1MALAYSIA (SPP1M) LAMPIRAN FAKTA A) SKIM PRIHATIN PENDIDIKAN 1MALAYSIA

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

TEKS UCAPAN. Oleh. Y. Bhg. Kol. Prof. Datuk Dr. Kamaruzaman Hj. Ampon. Naib Canselor. Universiti Malaysia Sabah. Sempena Majlis Perasmian Penutupan

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN 1 BAGI JAWATAN PEMBANTU TADBIR (P/O) N17

UNIVERSITI MENTRANSFORMASIKAN KOMUNITI. Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Membudayakan Kecemerlangan Dalam Perkhidmatan Awam

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

PERJANJIAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN GURU ANTARA KERAJAAN MALAYSIA DAN ZURAIDA HAMSIAH BINTI MOHAMED NASIR

LAPORAN HASIL DAPATAN KAJIAN PERSEPSI MAHASISWA MENGENAI RASUAH DI MALAYSIA

GARIS PANDUAN PENANGGUNGAN KERJA

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

JANGKAAN ISU-ISU BERBANGKIT DARIPADA PELAKSANAAN SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI PP 33/2007. Ya.

1.0 LATAR BELAKANG 2.0 TUJUAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

PELAKSANAAN PELAN LATIHAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

PERJANJIAN BIASISWA SELANGORKU TAHUN 2017

Pekerja seluruhnya di satu pihak, dan di satu pihak yang lain pula, di antara Kerajaan dengan Kesatuan-kesatuan Sekerja dan Persatuan-persatuan

PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2007 PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN OPERATOR MESIN PROSESAN DATA GRED F11, F14

PEKELILING BENDAHARI BIL.2/2009 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Penyumbang kepada Pertumbuhan Ekonomi Malaysia, oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PERATURAN SKIM SANGKUT INDUSTRI / LATIHAN INDUSTRI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

S i r i P e n d i d i k a n S I D C. Ke Arah Menjadi Remisier

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN 2(TK2) BAGI PEMBANTU TEKNIK GRED J29 3. PEGAWAI YANG LAYAK MENDUDUKI PEPERIKSAAN

PERJANJIAN PROGRAM SANGKUTAN DI ANTARA

Tonggak 12 Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam Pelan Integriti Nasional

TEKS UCAPAN REKTOR SEMPENA PROGRAM MAJLIS TAKLIMAT SISWAZAH

AKTA PENDIDIKAN Nordin Tahir 1

PENGLIBATAN DAN PRESTASI KOPERASI DALAM SEKTOR PERUMAHAN DI MALAYSIA

Ekonomi Malaysia dibahagikan kepada 3 sektor iaitu sektor utama, sektor kedua dan sektor ketiga.

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN 1 BAGI JAWATAN PENOLONG PENGURUS ASRAMA N27

Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal. (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan. Pegawai Perancang Bandar dan Desa

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN UTAMA (JUSA) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

RESOLUSI KKPSTEM TERENGGANU 2016: INISIATIF, ISU DAN PELAN TINDAKAN

ISI KANDUNGAN SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1-2

BAHAGIAN I PERMULAAN. (1) Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil Koperasi Tenaga Nasional Berhad.

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

TEKS PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN 1 (TK 1) BAGI PEMBANTU KESELAMATAN (GRED KP 17)

Ipts: Aksesibiliti Kepada Peranan Ipta

Akaun Semasa Mudarabah

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN 2 BAGI JAWATAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27

MAJLIS MAKAN MALAM SEMPENA

PENGGUBALAN SATU SKIM PEMBAYARAN UPAH KEPADA STAF & MAHASISWA UNIVERSITI DAN INDIVIDU LUAR

TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001

Menangani Peningkatan Kos Sara Hidup. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

DASAR KENAIKAN PANGKAT BAGI STAF PENTADBIRAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Jawatan 1 : Pengurus Kanan (Perancangan Bisnes) - (1 Kekosongan )

Perdagangan Antarabangsa. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Haji Sulaiman bin Kaiat, Ketua Bahagian Sistem Maklumat dan Puan Kamariah binti Abu Samah, Ketua Pusat Dokumentasi Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

SIARAN MEDIA Untuk Siaran Segera

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

Teks Ucapan. YB Datuk Abdul Rahim bin Bakri Timbalan Menteri Pertahanan Sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Ke-50

Wacana Ilmu ICT Servis Awan UTM. Pembuka Revolusi Industri 4.0 Perspektif Universiti Teknologi Malaysia

TABUNG KEBAJIKAN KESATUAN KEBANGSAAN WARTAWAN SEMENANJUNG MALAYSIA

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. UTHM/PP/100-6/3 Jld 9 (05) 2009 PEKELILING PENGURUSAN BIL. 05/2009

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

PEKELILING BENDAHARI BIL.2/2009 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

Garis Panduan Bagi Perbelanjaan Potongan Dua Kali Untuk Perbelanjaan Penyelidikan Dan Pembangunan Di Bawah Seksyen 34A Akta Cukai Pendapatan 1967

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PESARA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI, SELANGOR

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM1, (Minimum) - RM8, (Maksimum)


BAHASA MELAYU 910/1. BAHASA MELAYU MODEN PASCAMERDEKA (Akta-Akta Pelaksanaan Bahasa Melayu) Disediakan oleh, Yillson Yanggun

PANDUAN PEMBANGUNAN KOLEKSI AUDIOVISUAL

Pengenalan kepada Ekonomi

UKM Global Student Mobility Partnerships Program (Ke Luar Negara)

TEKS UCAPAN PERASMIAN OLEH NAIB CANSELOR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA Y.BHG PROF. DATO DR MUSA BIN AHMAD

SEMINAR BOLEHKAH WANITA BERSUARA, JIKA BERSUARA ADAKAH DIDENGAR? (PEMIKIRAN GAYATRI CHAKRAVORTY SPIVAK) Teks Ucapan

Visi. Menjadi pusat rujukan dan peneraju pembangunan modal insan koperasi yang unggul. Misi

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM5, (Minimum) - RM10, (Maksimum)

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

TEKS UCAPAN YBHG. KOL. PROF. DATUK DR. KAMARUZAMAN HJ. AMPON NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH DI MAJLIS PENUTUPAN BENGKEL PENULISAN BUKU

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2012 BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN 1 RINGKASAN EKSEKUTIF

Transkripsi:

Majlis Perasmian Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Dewan Serbaguna Uniten, Bangi, Selangor 29 Jun 2000 Terlebih dahulu, saya ucapkan tahniah kepada Tenaga Nasional Berhad dan Universiti Tenaga Nasional khususnya kerana Universiti ini telah berjaya menjadi salah sebuah institusi pendidikan tinggi swasta yang terulung di negara kita walaupun dalam usia yang masih muda. Universiti Tenaga Nasional ini pada asalnya dilahirkan untuk menolong memenuhi keperluan negara untuk jurutera dan aspirasi Kerajaan dan rakyat Malaysia supaya negara kita muncul sebagai salah sebuah pusat kecemerlangan ilmu di rantau ini dan di dunia amnya. Sebagai sebuah Kerajaan yang bertanggungjawab untuk memberi pendidikan terbaik kepada rakyatnya, Kerajaan telah melabur berbilion-bilion Ringgit untuk menjamin kemudahan pendidikan dapat disediakan kepada rakyat sehingga ke peringkat tertinggi. Sehingga hari ini, Kerajaan telah menubuhkan 11 institusi pendidikan tinggi awam yang perbelanjaannya ditanggung hampir 100 peratus oleh Kerajaan. Walaupun jumlah institusi pendidikan tinggi telah bertambah, namun jumlah ini tidak mampu menampung keperluan mahasiswa yang semakin meningkat. Justeru itu, pihak swasta perlu turut mengambil bahagian secara aktif dan terlibat sama dalam menjayakan usaha yang murni ini. 2. Kerajaan telah bersetuju membenarkan swasta menubuhkan institusi pendidikan tinggi dengan meluluskan Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta 1996 dan penggubalan semula Akta Pendidikan 1996. Tujuan utama kelulusan ini diberi ialah supaya rakyat Malaysia tidak terlalu ramai pergi ke luar negara dengan membayar yuran yang tinggi kepada institusi asing sedangkan mereka mampu membayar yuran kepada universiti swasta di dalam negeri yang biasanya lebih tinggi sedikit dari universiti Kerajaan. Pengaliran tukaran asing sudah meningkat terlalu tinggi kerana bukan sahaja yuran tetapi juga kos sara hidup di luar negara dan perjalanan turut meningkat. Di masa yang sama Kerajaan sendiri tidak mampu menyediakan tempat yang cukup dalam universiti tempatan milik Kerajaan. Lagipun permintaan untuk lulusan universiti meningkat dengan pesat. Sebagai permulaan, Kerajaan telah mempelawa tiga konglomerat terbesar tanah air iaitu Petronas, Telekom, dan Tenaga Nasional Berhad sendiri untuk menubuhkan universiti dengan yuran dan skim gaji tenaga pengajar yang tidak tertakluk kepada tangga gaji Kerajaan. Saya ingin ucapkan tahniah dan syabas kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) kerana menyahut pelawaan tersebut dan telah menubuhkan sebuah universiti yang dikenali hari ini sebagai Universiti Tenaga Nasional. 3. Walaupun Universiti Tenaga Nasional baru ditubuhkan pada 1997, saya amat kagum dengan kemudahan prasarana pendidikan yang disediakan oleh pihak TNB. Ini membuktikan bahawa TNB begitu bersungguh-sungguh dalam melibatkan diri dalam sektor pendidikan negara. Semua kemudahan terbaik, moden dan canggih ini diharapkan dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh mahasiswa, pensyarah dan para penyelidik untuk menjalankan kajian-kajian bagi faedah negara. Saya juga yakin pengalaman TNB selama berpuluh-puluh tahun melatih kakitangan dan menyumbang khidmat kepada rakyat dan negara

turut dapat dimanfaatkan oleh Universiti Tenaga Nasional. 4. Universiti ditubuh untuk membekalkan pelajaran dan pengetahuan kepada mereka yang layak supaya dapat dinaikkan mereka ke aras yang lebih tinggi dalam masyarakat atau `upward mobility'. Sebelum adanya universiti kecekapan diperolehi melalui latihan dengan pakar atau `apprenticeship' dalam sesuatu bidang. Biasanya pula sesuatu kecekapan diperturunkan kepada anak dan anak kepada anak. Dengan itu seseorang tidak dapat melepaskan diri daripada tahap kemahirannya dan kekal di asas itu. Tetapi universiti membuka peluang tanpa mengambil kira keluarga, kelas atau bidang kecekapan. Dengan ini `upward mobility' ataupun peningkatan daripada segi kelas atau aras terbuka kepada semua yang berkebolehan dan berminat. 5. Bantuan pula diadakan supaya mereka yang kurang mampu mendapat pinjaman atau biasiswa. Mereka yang membayar yuran juga mendapat bantuan secara tidak langsung kerana jumlah yuran yang dipungut tidak mungkin membiayai penubuhan dan pengurusan universiti. Universiti swasta juga terpaksa dibiayai daripada punca yang lain daripada yuran. 6. Semua ini sanggup dikorbankan oleh masyarakat demi masa depan negara dan penduduknya. Tanpa kesanggupan ini maka negara tidak akan dapat dimajukan. Dan bermacam-macamlah nasib buruk yang akan menimpa negara dan rakyatnya. Di zaman teknologi maklumat, bangsa yang kurang berpelajaran tidak mungkin maju dan bahagia. 7. Kita kadang-kadang mendengar berkenaan siswazah yang menganggur. Di masa yang sama kita kerap mendengar tentang kekosongan peluang kerja dan jawatan yang tidak dapat diisi. Ini berlaku kerana terdapat `mismatch' antara bidang yang dipilih untuk dipelajari dengan keperluan kepakaran yang perlu diisi. 8. Sementara tiap pelajar mempunyai minatnya dan perlu diberi peluang untuk mempelajari bidang yang diminatinya tetapi pelajar juga perlu mengambil kira tentang keperluan negara terhadap pekerjaan dan kecekapan yang boleh menyumbang kepada pembangunan negara. Jika antara dua keperluan ini tidak ada persamaan maka akan berlakulah peristiwa siswazah yang menganggur. 9. Mungkin ramai daripada pelajar yang berpendapat bahawa mereka tidak mungkin menguasai ilmu dalam bidang yang mereka tidak minati. Tetapi ini tidak benar. Di zaman sebelum sains dan teknologi berkembang, minat pelajar kesemuanya adalah untuk mempelajari sastera. Mereka yang mendapat ijazah sastera dianggap layak untuk membuat apa sahaja daripada menjadi pentadbir sehinggalah mengepalai angkatan tentera. Tetapi apabila pengkhususan dibuat dan ilmu yang lebih spesifik dan tepat dengan tugas yang akan dipertanggungjawabkan diperkenalkan, mereka yang percaya minat mereka hanyalah dengan sastera apabila memilih bidang baru yang khusus dan sesuai dengan pekerjaan yang akan dibuat mendapati mereka mampu menguasainya. Mereka mendapati kebolehan mereka begitu tinggi sehingga tercapai ijazah yang cemerlang dan mereka dapat menjalankan tugas mereka dengan cekap dan berkesan. Dakwaan kononnya bangsa- bangsa tertentu hanya mampu

menguasai ilmu tertentu sahaja adalah tidak benar. Siapa sahaja boleh menguasai apa sahaja ilmu jika ianya tekun berusaha mempelajarinya. Hanya sebilangan yang kecil sahaja yang mempunyai bakat semulajadi yang tidak boleh dipinda atau diperbaiki. 10. Sebelum daripada ini kita tidak pernah mendengar berkenaan dengan teknologi maklumat. Tentulah tidak ada sesiapa yang cekap dan berminat dengan sesuatu ilmu yang belum ada dan tidakpun dijangka. Tetapi hari ini sudah ada teknologi ini dan ia akan menguasai segala-gala yang diusahakan oleh kita. Dengan itu disiplin baru ini dapat diperkenalkan dalam institusi pelajaran dan ramai mendapati mereka mampu menguasainya dan mencapai kecemerlangan dalamnya. Demikianlah ilmu. Sepanjang masa ilmu yang baru akan diterokai, dipelajari dan dikuasai oleh mereka yang sanggup tekun mempelajarinya. 11. Mungkin ramai juga daripada kita kurang yakin yang kita akan dapat menguasai teknologi maklumat ini. Mereka yang percaya akan kebolehan mereka tentulah sudah ada di sini. Tetapi kita perlu ramai yang cekap dalam bidang teknologi ini. Bagi mereka yang kurang yakin, sesuatu yang mereka perlu ingat ialah apa juga kecekapan boleh diperolehi jika ada kesanggupan untuk berusaha dan tekun mengulangi sesuatu berkali-kali tanpa jemu. Insya-Allah akhirnya apa sahaja kecekapan dan ilmu akan dapat dikuasai juga. Ini adalah naluri manusia yang dijadikan oleh Allah S.W.T. 12. Jika ramai daripada rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum memiliki kecekapan dalam teknologi maklumat maka kita akan mampu menangani cabaran zaman globalisasi, E-dagang dan K-ekonomi dan apa sahaja yang dicipta susulan kepada kemudahan berkomunikasi dan perkembangan maklumat melalui telefon, komputer, internet dan lain-lain. 13. Ilmu yang perlu dikuasai oleh kita terbahagi kepada tiga: i) Ilmu berkenaan dengan `hardware' (perkakasan); ii) Ilmu berkenaan dengan `software' (perisian); dan iii) Ilmu berkenaan dengan aplikasi maklumat yang terdedah kepada kita. 14. Kebanyakan daripada kita lebih cekap mengguna alatan yang dicipta dan dikeluarkan oleh orang lain. Kita semua tahu memandu kereta umpamanya. Tidak semua daripada kita perlu tahu bagaimana membuat kereta. Tetapi kebolehan membuat kereta adalah sesuatu yang penting bagi kecekapan dalam bidang kejuruteraan dan dengan itu kebolehan ini perlu ada antara sebilangan daripada kita. 15. Demikian jugalah dengan teknologi maklumat. Perlu ada antara kita yang boleh mencipta dan mengeluarkan `hardware' untuk teknologi maklumat. Juga perlu ada mereka yang cekap dalam bidang `software'. Bagi majoriti kita kecekapan yang diperlukan ialah kebolehan `access' kepada dan aplikasi maklumat yang berada dalam alat-alat yang membekalkan maklumat ini.

16. Universiti Tenaga Nasional dipersetujui oleh Kerajaan kerana kita memerlukan ramai jurutera dalam bidang tenaga. Keperluan untuk tenaga di Malaysia sedang meningkat dengan pesatnya susulan kepada pertumbuhan ekonomi. Kepakaran kita dalam bidang tenaga adalah penting. Kepakaran diperlukan dalam bidang pembangunan sehingga kepada pengedaran dan penyelenggaraannya. Walaupun hampir seluruh Malaysia mendapat bekalan elektrik, tetapi penggunaannya belum sampai ke tahap negara maju. Kita ingin lihat negara kita lebih terang benderang dan kemudahan alatan elektrik dinikmati oleh lebih ramai rakyat Malaysia. Sebab itu bilangan jurutera dalam bidang tenaga perlu ditingkatkan. 17. Tetapi walaupun ini adalah matlamat yang utama Universiti Tenaga Nasional, dengan perkembangan dalam teknologi yang berkait rapat dengan tenaga, disiplin- disiplin yang lain hendaklah diadakan dalam Universiti ini. Sudah tentu teknologi maklumat adalah antara disiplin yang perlu diberi tumpuan dan pelajar daripada semua disiplin lain juga mendapat pengajaran dalam bidang yang penting ini. 18. Universiti di Malaysia hendaklah bertaraf dunia. Untuk ini ikatan dengan universiti lain dari dalam dan luar Malaysia perlu diadakan. Pemeriksaan oleh tenaga pengajar asing boleh menolong menilaikan tahap dan taraf ijazah yang dikeluarkan oleh universiti kita. Saya harap Universiti Tenaga Nasional akan menggunakan pendekatan ini supaya ia kekal sebagai `world-class university' dan ijazahnya diterima di mana-mana sahaja di dunia. Di masa yang sama pelajar dari negara lain akan datang untuk menuntut di Uniten. Kerajaan memang menggalak penerimaan pelajar dari luar negara untuk belajar di sini. Kita akan mendapat banyak manfaat jika pelajar kita didedahkan kepada pelajar asing. 19. Ilmu bermakna kuasa. Mereka yang berilmu tetap memiliki kuasa dalam mana-mana masyarakat. Mungkin di zaman dahulu di waktu mana tidak ramai yang memiliki ilmu, ia memberi kuasa yang lebih. Tetapi di zaman `universal education' ini juga mereka yang berilmu memiliki lebih kuasa daripada mereka yang tidak berilmu. 20. Seorang tokoh Barat berkata `Power corrupts and absolute power corrupts absolutely.' Kerajaan adalah pemilik kuasa tetapi Kerajaan dalam negara demokratik tidak memiliki kuasa secara berterusan. Tiap lima tahun kuasa terpaksa dikembalikan kepada rakyat dan rakyat akan guna kuasa itu untuk menentukan sama ada kuasa dikembalikan kepada pihak yang berkuasa sebelumnya atau pihak lain. Dan semasa rakyat memiliki kuasa membuat demikian rakyat juga terdedah kepada kemungkinan korupsi. 21. Siapa juga yang akan memiliki kuasa perlu disedarkan akan tanggungjawabnya dan betapa pentingnya kuasa tidak disalahgunakan. Sebab itu sementara ilmu dipindahkan kepada pelajar, etika juga perlu diberi tekanan. Jika tidak segala ilmu yang diperolehi akan disalahguna dan akan memburukkan diri dan masyarakat.

22. Saya percaya Universiti Tenaga Nasional, seperti juga institusi pendidikan tinggi yang lain akan memberi penekanan yang sewajarnya terhadap penyemaian etika kejuruteraan supaya tidak akan berlaku sesuatu yang tidak diingini kerana kecuaian dalam mempergunakan ilmu yang diperolehi di sini. 23. Dengan lafaz Bismillahir rahmannir rahim, saya dengan sukacitanya merasmikan Universiti Tenaga Nasional.