Rujukan Kami: JUPEM 18/7/2.148 Jld. 3 ( 26 ) Tarikh: 10 Julai 2009 PEKELILING KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN BILANGAN 4 TAHUN 2009

dokumen-dokumen yang mirip
PEK.KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN BIL. 7 TAHUN 1989 Ukuran Hakmilik Sementara Sambungan Daripada Hakmilik Tetap Dan Ukuran Berperingkat

PEKELILING KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN BIL. 2 TAHUN 2002 GARIS PANDUAN PEMERIKSAAN DI LAPANGAN BAGI KERJA-KERJA JURUUKUR TANAH BERLESEN

JADUAL KEENAM AKTA JURUUKUR TANAH BERLESEN 1958 PERATURAN-PERATURAN JURUUKUR TANAH BERLESEN [Subperaturan 13(1)] ARTIKEL

Semua Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri

LEMBAGA JURUKUR TANAH SEMENANJUNG MALAYSIA (LAND SURVEYORS BOARD)

JPA.BPO(S)324/14/9-6 Jld.14 s.k.3 (78) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2013

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 6/2014. Penubuhan Perbadanan Pengurusan Subsidiari

Bab 07. PENGUKURAN BAGI PENGELUARAN HAKMILIK STRATUM (Sumber Rujukan :Bahagian 5(A) KTN, Pekeliling KPUP 5/1999 dan 2/2006)

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 11 TAHUN 1995 PANDUAN LAWATAN KE LUAR NEGERI KERANA PEROLEHAN KERAJAAN

Kanun Tanah Negara. Borang 2B. [Seksyen 15] NOTIS SUPAYA MENGEMUKAKAN DOKUMEN. Kepada... beralamat di...

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 3/2014

D.R. 35/2007 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Takaful DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

PEKELILING PERKHIDMATAN UPM BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN

Bab 10. PELAN YANG DIDEPOSIT (Sumber Rujukan: KTN, Pekeliling KPUP dan Pekeliling KPTG)

KERAJAAN MALAYSIA. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 11/1991 PANDUAN MENGENAI TATACARA PENGGUNAAN BORANG TINDAKAN KERJA

SURAT PEKELILING BENDAHARI

PINJAMAN KOMPUTER. Syarat-syarat pinjaman komputer dan dokumen-dokumen yang perlu disertakan bersamasama borang permohonan ini ialah:

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA RUKUN TETANGGA

PEK.KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN BIL.3/1997 :: Polisi Pelaksanaan Sistem Rangkaian Setempat (LAN) di Ibu Pejabat ::

BAHAGIAN PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET PEKELILING PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET BIL.1 TAHUN 2009

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

PERATURAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN PERUNDING

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 1 TAHUN 2011

Hakmilik Strata (Pindaan) 1 D.R. 33/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Hakmilik Strata 1985.

BORANG CADANGAN AUTOGUARD INSURANS

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.3 (2) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2015

PEK.KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN BIL.7 TAHUN 1982 Kerjaluar

PANDUAN PELAKSANAAN PERATURAN ARAHAN PERUBAHAN KERJA DAN PELARASAN HARGA KONTRAK

GARIS PANDUAN MENGENAI PENYEDIAAN PELAN KHAS UNTUK HARTA BERSAMA TERHAD BAGI TUJUAN PERMOHONAN PENUBUHAN PERBADANAN PENGURUSAN SUBSIDIARI

Bab 6. PENGUKURAN BAGI PENGELUARAN HAKMILIK STRATA (Sumber Rujukan : Pekeliling KPUP 3/2006 dan KPUP 3 /2007)

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA KEWAJIPAN MARUAH INTEGRITI

PEK.KETUA PENGARAH UKUR BIL.9 TAHUN 1981 Diari Kerjaluar dan Diari Pejabat

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

PANDUAN MENGURUS PEGAWAI TIDAK HADIR BERTUGAS

PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR.

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. UTHM/PP/100-6/3 JLD 11 ( 100 ) 31 Julai 2014 PEKELILING PENGURUSAN BIL.9 TAHUN 2014

"KEJUJURAN DAN KETEKUNAN" Ruj. Kami: dlm.ipk.sel Jld.2

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN BILANGAN 1TAHUN 2011

KEBENARAN KEPADA SPEKAR MEMAPARKAN LAPORAN KEWANGAN SAYA KEPADA KOPERASI PERKHIDMATAN PELAJARAN NASIONAL BERHAD

KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA

PELAKSANAAN PROGRAM SKIM LATIHAN 1MALAYSIA (SL1M)

GARIS PANDUAN PELUPUSAN DOKUMEN PEPERIKSAAN DAN HASIL KERJA AMALI PELAJAR

PERJANJIAN SKIM DERMASISWA PENGAJIAN TAHUN ASAS UNIVERSITI SELANGOR SEMESTER (SESI )

JPA.BK(S)173/9/3Jld.2(1) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2009

D.R. 20/2007 RANG UNDANG-UNDANG MAKMAL PATOLOGI 2007

KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA

,ffi, 1. Surat pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai garis panduan

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 5 TAHUN 2012

PEKELILING KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN BIL. 5 TAHUN 2002 PEMBANGUNAN JARINGAN KAWALAN UKUR KADASTER MENGGUNAKAN

1.0 PENGENALAN 2.0 PIHAK YANG BOLEH MEMOHON

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Kehilangan Dan Hapus Kira

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. UTHM/PP/100-6/3 Jld 9 (05) 2009 PEKELILING PENGURUSAN BIL. 05/2009

KOPERASI TELEKOM MALAYSIA BERHAD KBM 2.1/2007 (KOTA MAS) No.Pendaftaran 1/1922

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.2 (3) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2014 KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK

PERJANJIAN BIASISWA SELANGORKU TAHUN 2017

UTHM/PB/100 6/4/1 (03) Tarikh: 21 September 2007 PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 / 2007

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) PERATURAN-PERATURAN LALU LINTAS JALAN USIM 2007

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 308

KOPERASI TELEKOM MALAYSIA BERHAD KBM 2.1/2007 (KOTA MAS) No.Pendaftaran 1/1922

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 11 TAHUN 2007

PENGENALAN VIRTUAL ACCOUNT DAN JomPAY DI LEMBAGA JURUKUR TANAH MALAYSIA (LJT)

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

KEMENTERIAN KEWANGAN PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 7 TAHUN 2013 TATACARA DAN PERATURAN MENGENAI PENGURUSAN PENDAHULUAN PELBAGAI

PEKELILING BENDAHARI BIL 01/2015 السلام علیكم

UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 680 AKTA AKTIVITI KERAJAAN ELEKTRONIK 2007 SUSUNAN SEKSYEN

PERJANJIAN PINJAMAN PENDIDIKAN

SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2016 GARIS PANDUAN KAD KORPORAT PTJ (KKP) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

BORANG PEMBIAYAAN KENDERAAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

AKTA PENGURUSAN STRATA 2013 (AKTA 757)

GARIS PANDUAN AM UNTUK PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD DAN PERKARA-PERKARA BERKAITAN

UTHM.PB/100-6/4/1Jld 2( 23 ) 17 Mei 2015 SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 3/2015

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Dan Peraturan Mengenai Pengurusan Pendahuluan Pelbagai

JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 (4) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2015

KERAJAAN MALAYSIA. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 1/1993 PANDUAN MENGENAI MESYUARAT PAGI

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2002

GARIS PANDUAN ELAUN KEMUDAHAN KOMPUTER/NOTEBOOK KEPADA PENSYARAH DAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI. UTHM.PB/100-6/4/ 1( 19 ) 06 Oktober 2008 PEKELILING BENDAHARI BIL. 13 /2008

PERMOHONAN ANGGOTA BARU KOSWIP

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

MAKLUMAT PINJAMAN PENDIDIKAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP7B: GARIS PANDUAN PEMBERIAN IBRA (REBAT) BAGI PEMBIAYAAN ISLAM BERASASKAN JUAL BELI BAHAGIAN A: PENGENALAN

PERJANJIAN PROGRAM SANGKUTAN DI ANTARA

Jawapan: Tuan adalah layak memohon Pinjaman Perumahan Kerajaan jika tuan telah memenuhi syarat-syarat berikut:

Garis panduan ini merangkumi semua jenis pinjaman / pembiayaan kenderaan bagi staf UPM yang bertaraf tetap dan kontrak.

GAJI DAN UPAH 1.0 PENGENALAN

GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM (Jangka Pendek)

Ruj. Kami : 20684/135 (/? ) r it W November 2010

vii SENARAI KANDUNGAN PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL PENGAKUAN PENULIS PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT

UNIVERSITI MALAYA (PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA) KUALA LUMPUR PERJANJIAN PERKHIDMATAN. Perjanjian Ini Dibuat pada haribulan tahun CONTOH

Peraturan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Pengurusan Keselamatan Pekerja Luar 2016

PROSES PERMOHONAN PELAN MELALUI KAEDAH SEGERA OLEH JABATAN BANGUNAN, MAJLIS BANDARAYA IPOH

GARISPANDUAN PENDAFTARAN URUSNIAGA DAN BUKAN URUSNIAGA TANAH

PANDUAN PELAN DATA GURU 2GB SEKOLAH-SEKOLAH 4G PROJEK PERKHIDMATAN 1BESTARINET FASA 2 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PEKELILING PENDAFTAR

Transkripsi:

Rujukan Kami: JUPEM 18/7/2.148 Jld. 3 ( 26 ) Tarikh: 10 Julai 2009 Semua Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri PEKELILING KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN BILANGAN 4 TAHUN 2009 GARIS PANDUAN TERKINI BERKAITAN PENGUATKUASAAN SEKSYEN 398A KANUN TANAH NEGARA 1965 OLEH PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN NEGERI 1. TUJUAN Pekeliling ini bertujuan untuk menetapkan garis panduan terkini berkaitan penguatkuasaan seksyen 398A Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri (PUPN) ke atas kerja ukuran hakmilik yang dijalankan oleh Juruukur Tanah Berlesen (JTB). 2. LATAR BELAKANG 2.1 Mengikut seksyen 398 KTN 1965, PUPN diberi kuasa menjalankan pengukuran ke atas mana-mana tanah dalam Negeri bagi maksudmaksud KTN 1965 dan JTB boleh juga melaksanakan kuasa tersebut bagi pihak PUPN. 2.2 Manakala seksyen 398A(1) KTN 1965 pula, menghendaki JTB memajukan segala dokumen yang berkaitan kepada PUPN setelah menyiapkan pengukuran hakmilik tanah mengikut tempoh masa yang ditetapkan. 1

2.3 Bagi melicinkan proses penghantaran kerja oleh JTB, satu garis panduan telah disediakan di dalam Pekeliling KPUP Bil. 2 Tahun 2007, selaras dengan hasrat JUPEM untuk mewujudkan sistem penyampaian yang lebih berkesan dan mantap mengikut peruntukan yang sedia termaktub di dalam KTN 1965. 2.4 Memandangkan beberapa penjelasan lanjut perlu diberikan dan bagi memantapkan lagi garis panduan yang telah dikeluarkan sebelum ini, satu garis panduan baru yang terkini adalah diperlukan. 3. PERUNTUKAN NOMBOR LOT 3.1 JTB perlu menghantar dokumen dengan lengkap mengikut Pekeliling KPUP Bil. 3/1993 kepada PUPN semasa memohon nombor lot. 3.2 Bagi kerja ukuran yang disediakan pelan pra-hitungan, JTB dikehendaki mengemukakan maklumat berdigit (softcopy) bagi lotlot yang akan diukur di samping mengemukakan pelan pra-hitungan berbentuk kertas (hardcopy) kepada JUPEM Negeri mengikut Pekeliling KPUP Bil. 7/2005. 3.3 Semua PUPN hendaklah memastikan jumlah nombor lot yang dikeluarkan adalah sama mengikut jumlah plot yang ditunjukkan pada pelan yang berkaitan, Borang LJT 1 serta pada Sijil Akuan Lembaga Jurukur Tanah Semenanjung Malaysia (LJT). 3.4 Bagi permohonan yang melibatkan jumlah lot yang besar, JTB adalah digalakkan memohon nombor lot mengikut fasa-fasa pembangunan dan peringkat melaksanakan ukuran hakmilik. 3.5 Semua PUPN hendaklah menggunakan format seperti di Lampiran A semasa membekalkan nombor lot kepada JTB. 2

4. TEMPOH MENYIAPKAN KERJA OLEH JTB 4.1 Tempoh menyiapkan kerja oleh JTB bermula dari tarikh pengeluaran nombor lot oleh PUPN dan akan ditetapkan mengikut Jadual seperti berikut: Bil. Jumlah Lot Setiap Fail Tempoh Menyiapkan Kerja (Hari) 1. 1-10 30 2. 11-30 60 3. 31-50 90 4. 51-100 120 5. 101-500 150 6. Lebih 500 180 4.2 Bagi kerja yang tidak memerlukan nombor lot, seperti ukuran sempadan hutan simpan, PUPN bolehlah menggunakan budi bicara dalam menetapkan tempoh menyiapkan kerja oleh JTB berdasarkan jumlah jarak yang akan diukur atau pun keluasan lot. 4.3 Sekiranya terdapat permohonan daripada JTB, PUPN juga bolehlah menggunakan budi bicara untuk melanjutkan tempoh menyiapkan kerja dengan alasan yang munasabah. 4.4 Semua PUPN hendaklah memastikan JTB mematuhi tempoh menyiapkan kerja ini selaras dengan kewajipan menyiapkan ukur mengikut seksyen 398A(1) KTN 1965. 4.5 JTB adalah digalakkan untuk mengembalikan semua dokumen siap dengan lebih awal daripada tempoh kerja yang ditetapkan. 3

5. TINDAKAN PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN NEGERI 5.1 Semua PUPN hendaklah memastikan JTB menghantar dokumendokumen ukuran hakmilik berkaitan mengikut tempoh yang ditetapkan. 5.2 Jika JTB gagal mematuhi arahan di atas, PUPN hendaklah mengeluarkan Notis Mengemukakan Dokumen-dokumen Ukur (Borang 29D) mengikut peruntukan seksyen 398A(2) KTN 1965 seperti di Lampiran B. PUPN perlu menetapkan tempoh empat belas (14) hari dalam Borang 29D dan Borang 29D tersebut hendaklah disampaikan kepada JTB mengikut seksyen-seksyen yang berkaitan di dalam Bahagian Tiga Puluh Tiga KTN 1965. 5.3 Jika JTB masih gagal mengemukakan dokumen ukur tanpa alasan yang munasabah selepas tempoh empat belas (14) hari tersebut, PUPN hendaklah menyediakan laporan lengkap seperti di Lampiran C mengenai JTB/fail ukur yang terlibat untuk dikemukakan kepada Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan dan salinan kepada Pengarah Ukur Bahagian Kadaster serta Penasihat Undang-Undang JUPEM dalam masa empat belas (14) hari setelah tamat tempoh tersebut. Ini bertujuan untuk menentukan sama ada tindakan di bawah seksyen 424(2) KTN 1965 boleh diambil ke atas JTB yang terlibat. 5.4 PUPN seterusnya hendaklah memaklumkan kepada JTB yang terlibat secara bertulis bahawa Jabatan mengambil alih kerja dengan mengikut peruntukan seksyen 398A(3) KTN 1965. Contoh surat yang berkaitan adalah seperti di Lampiran D. 5.5 Selepas ukuran disiapkan dan Pelan Akui diluluskan, PUPN hendaklah mengemukakan surat tuntutan kos upah ukur seperti di Lampiran E kepada JTB berkenaan untuk dibayar dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh surat tuntutan tersebut. 4

5.6 Sekiranya JTB berkaitan gagal menjelaskan bayaran seperti tuntutan di para 5.5, PUPN hendaklah menyediakan laporan seperti di Lampiran F dan dikemukakan kepada Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan dan salinan laporan kepada Pengarah Ukur Bahagian Kadaster serta Penasihat Undang-Undang JUPEM untuk tindakan undang-undang selanjutnya. 6. TARIKH BERKUATKUASA Pekeliling ini adalah berkuatkuasa mulai tarikh ianya dikeluarkan dan hendaklah meliputi juga semua kerja yang mana nombor lot telah dikeluarkan mulai tarikh berkuatkuasanya Pekeliling KPUP Bilangan 2 Tahun 2007. 7. PEMBATALAN Dengan berkuatkuasanya Pekeliling ini, maka Pekeliling KPUP Bilangan 2 Tahun 2007 adalah dengan ini dibatalkan. Sekian, terima kasih. "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" ( DATO PROF. DR. ABDUL KADIR BIN TAIB ) Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia 5

Salinan kepada : Agihan Dalaman: Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia Pengarah Ukur Bahagian Kadaster Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan Agihan Luaran: Setiausaha, Lembaga Jurukur Tanah Semenanjung Malaysia 6

Lampiran A Ruj. Tuan : Ruj. Kami : Tarikh : (Nama Juruukur Tanah Berlesen) <Alamat> Tuan, PERUNTUKAN NOMBOR LOT BAGI UKURAN PEMBERIMILIKAN / PECAH SEMPADAN/PECAH BAHAGIAN / CANTUMAN / SERAHBALIK DAN KURNIA SEMULA / LAIN-LAIN Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas. 2. Bersama-sama ini diperuntukkan nombor lot... hingga.. Bandar/Pekan/Mukim... Daerah... untuk tuan menjalankan ukuran tersebut di atas. 3. Sehubungan itu, seperti yang diperuntukkan mengikut seksyen 398A(1) Kanun Tanah Negara 1965, tuan hendaklah menyiapkan ukuran tersebut dan mengemukakan semua Pelan Akui/dokumen-dokumen ukur lain ke Jabatan ini dalam tempoh... hari dari tarikh surat ini iaitu tidak lewat daripada... (nyatakan tarikh). 4. Sekiranya tuan gagal mematuhi arahan ini, notis Borang 29D mengikut seksyen 398A(2) Kanun Tanah Negara 1965 akan dikeluarkan bagi tujuan mendapatkan semua Pelan Akui/dokumen-dokumen ukur lain yang berkaitan dengan ukuran di atas daripada tuan. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah,... ( nama ) Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri... s.k. 1. Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia 2. Setiausaha Lembaga Jurukur Tanah Semenanjung Malaysia 7

Lampiran B Ruj. Tuan : Ruj. Kami : Tarikh : (Nama Juruukur Tanah Berlesen) < Alamat Pejabat > Tuan, PENYAMPAIAN NOTIS BORANG 29D DI BAWAH SEKSYEN 398A(2) KANUN TANAH NEGARA 1965 BAGI KERJA UKURAN PEMBERIMILIKAN / PECAH SEMPADAN / PECAH BAHAGIAN / CANTUMAN / SERAHBALIK DAN KURNIA SEMULA / LAIN-LAIN.. BAGI LOT.. HINGGA LOT. BANDAR/PEKAN/MUKIM DAERAH. Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas. 2. Tuan didapati telah gagal untuk menyiapkan ukuran tersebut di atas dan mengemukakan semua Pelan Akui/dokumen-dokumen ukur lain ke Jabatan ini tidak lewat daripada seperti surat arahan saya bil.. bertarikh 3. Oleh yang demikian, bersama-sama ini disampaikan Notis Mengemukakan Dokumen-dokumen Ukur (Borang 29D) mengikut peruntukan seksyen 398A(2) Kanun Tanah Negara 1965 yang jelas maksudnya. 4. Sekiranya tuan gagal mematuhi notis tersebut, kerja ukur tersebut akan diambil alih mengikut seksyen 398A(3) Kanun Tanah Negara 1965 untuk disiapkan Pelan Akui/dokumen-dokumen ukur lain oleh Jabatan dan seterusnya kos upah ukur berdasarkan kos ukur sebenar yang terlibat akan dituntut daripada tuan. Sekian, terima kasih. "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" Saya yang menurut perintah,. ( nama ) Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri s.k. 1. Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia 2. Setiausaha Lembaga Jurukur Tanah Semenanjung Malaysia 8

Kanun Tanah Negara Borang 29D (Seksyen 398A) NOTIS MENGEMUKAKAN DOKUMEN-DOKUMEN UKUR Kepada yang beralamat di. Bahawasanya adalah perlu bagi saya untuk memeriksa dokumendokumen berhubung dengan ukur tanah No. Lot Mukim Daerah..Negeri (a) pelan/pelan-pelan ukur; (b) buku/buku-buku kerjaluar; (c) kertas/kertas-kertas perhitungan; (d) data ukur yang lain (i) salinan ujian rantai/edm (ii) data berdigit (iii)... (iv)... Dan bahawasanya saya mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa dokumen/dokumen-dokumen tersebut ada dalam milikan atau kawalan tuan. Sekarang, dalam menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh seksyen 398A Kanun Tanah Negara, dengan ini saya menghendaki tuan dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh penyampaian notis ini, untuk mengemukakan dokumen/dokumen-dokumen tersebut untuk pemeriksaan. Dan ambil perhatian bahawa jika, tanpa alasan yang munasabah, tuan gagal mengemukakan dokumen/dokumen-dokumen tersebut dalam tempoh yang ditentukan, tuan adalah melakukan suatu kesalahan terhadap seksyen 424(2) Kanun. Bertarikh pada haribulan.20.. Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri.. 9

Lampiran C Ruj. Tuan: Ruj. Kami: Tarikh: Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, Ibu Pejabat Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Tingkat 11, Wisma JUPEM, Jalan Semarak, 50578 KUALA LUMPUR Tuan, Format Laporan Untuk Menentukan Sama Ada Tindakan Di bawah Seksyen 424(2) Kanun Tanah Negara 1965 Boleh Diambil Ke atas JTB 1. Latar Belakang Kes / Permohonan 1.1 No. Fail Ukur: 1.2 Nama Juruukur Tanah Berlesen (JTB): 1.3 Alamat JTB: 1.4 Jenis ukuran*: Pemberimilikan / Pecah Sempadan / Pecah Bahagian / Cantuman / Serahbalik dan Kurnia Semula / Lain-lain... 1.5 Tarikh permohonan nombor lot: 1.6 No. Lot: 1.7 Bandar/Pekan/Mukim: 1.8 Daerah: 1.9 Nombor PU (jika ada): 2. Tindakan Oleh JUPEM Negeri 3. Maklumbalas Daripada JTB 4. Syor Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri 10

5. Bersama-sama ini disertakan salinan dokumen-dokumen berikut untuk tindakan selanjutnya: Bil. Perkara Ada / Tiada (i) (ii) (iii) Surat permohonan nombor lot daripada JTB. Surat membekalkan nombor lot kepada JTB. Surat Arahan Menyiapkan Kerja (bagi kerja lama). (iv) Surat Penyampaian Notis Borang 29D beserta Borang 29D. (v) (vi) (vii) Bukti penerimaan Notis Borang 29D oleh JTB. Surat jawapan daripada JTB, jika ada. Segala surat menyurat lain yang berkaitan, jika ada. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah,... ( nama ) Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri... * Potong yang mana tidak berkenaan Salinan kepada: 1. Pengarah Ukur Bahagian Kadaster 2. Penasihat Undang-undang JUPEM 11

Lampiran D Ruj. Tuan : Ruj. Kami : Tarikh : (Nama Juruukur Tanah Berlesen) < Alamat Pejabat > Tuan, PEMBERITAHUAN MENGAMBIL ALIH KERJA DI BAWAH SEKSYEN 398A(3) KANUN TANAH NEGARA 1965 BAGI KERJA UKURAN PEMBERIMILIKAN / PECAH SEMPADAN / PECAH BAHAGIAN / CANTUMAN / SERAHBALIK DAN KURNIA SEMULA / LAIN-LAIN...OLEH JUPEM NEGERI BAGI LOT.. HINGGA LOT. BANDAR/PEKAN/MUKIM DAERAH. Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas. 2. Tuan didapati telah gagal untuk menyiapkan ukuran tersebut di atas dan mengemukakan semua Pelan Akui/dokumen-dokumen ukur lain ke Jabatan seperti surat arahan saya bil.. bertarikh 3. Dengan ini, saya ingin memaklumkan Jabatan telah mengambil alih kerja tersebut mengikut peruntukan seksyen 398A(3) Kanun Tanah Negara 1965 untuk disiapkan Pelan Akui dan seterusnya akan menuntut kos upah ukur berdasarkan kos ukur sebenar yang terlibat daripada tuan kelak. Sekian, terima kasih. "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" Saya yang menurut perintah,. ( nama ) Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri s.k. 1. Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia 2. Setiausaha Lembaga Jurukur Tanah Semenanjung Malaysia 12

Lampiran E Ruj. Tuan : Ruj. Kami : Tarikh : (Nama Juruukur Tanah Berlesen) < Alamat Pejabat > Tuan, TUNTUTAN KOS UPAH UKUR MENYIAPKAN KERJA YANG DIAMBIL ALIH DARI JURUUKUR TANAH BERLESEN BAGI UKURAN PEMBERIMILIKAN / PECAH SEMPADAN / PECAH BAHAGIAN / CANTUMAN / SERAHBALIK DAN KURNIA SEMULA / LAIN-LAIN...OLEH JUPEM NEGERI BAGI LOT HINGGA LOT BANDAR/PEKAN/MUKIM. DAERAH Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas. 2. Lanjutan daripada surat kami bil...(surat makluman mengambil alih kerja) bertarikh. dimaklumkan bahawa Jabatan ini telah mengambil alih kerja tersebut daripada tuan dan telah pun meluluskan Pelan Akuinya pada.. 3. Sehubungan itu, selaras dengan peruntukan seksyen 398A(3) Kanun Tanah Negara 1965, tuan adalah dengan ini dikehendaki menjelaskan bayaran upah ukur berjumlah RM.. ke Jabatan ini dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh surat ini. Bayaran melalui cek hendaklah dibuat atas nama... 4. Sekiranya tuan gagal membuat bayaran di atas, Jabatan ini akan mengambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan perundangan ke atas tuan. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah,. ( nama ) Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri s.k. 1. Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia 2. Setiausaha Lembaga Jurukur Tanah Semenanjung Malaysia 13

Lampiran F Ruj. Tuan: Ruj. Kami: Tarikh: Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, Ibu Pejabat Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Tingkat 11, Wisma JUPEM, Jalan Semarak, 50578 KUALA LUMPUR Tuan, Format Laporan Kegagalan JTB Menjelaskan Tuntutan Kos Upah Ukur Mengikut Seksyen 398A(3) Kanun Tanah Negara 1965 1. Latar Belakang Kes 1.1 No. Fail Ukur: 1.2 Nama Juruukur Tanah Berlesen (JTB): 1.3 Alamat JTB: 1.4 Tarikh tuntutan kos upah ukur: 1.5 Jumlah tuntutan: RM... 2. Tindakan Oleh JUPEM Negeri 3. Maklumbalas Daripada JTB 4. Syor Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri 5. Bersama-sama ini disertakan salinan dokumen-dokumen berikut untuk tindakan selanjutnya: 14

Bil. Perkara Ada / Tiada (i) (ii) Surat Mengambil Alih Kerja oleh Jabatan kepada JTB. Surat tuntutan kos upah ukur oleh Jabatan kepada JTB. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah,... ( nama ) Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri... * Potong yang mana tidak berkenaan Salinan kepada: 1. Pengarah Ukur Bahagian Kadaster 2. Penasihat Undang-undang JUPEM 3. Setiausaha Lembaga Jurukur Tanah Semenanjung Malaysia 15