ULASAN BUKU Mohd. Bakri Haji Ishak, 2015, Undangundang dan Pentadbiran Kerajaan Tempatan di Malaysia, 187 hlm.,

dokumen-dokumen yang mirip
PERANCANGAN BANDAR & WILAYAH DI MALAYSIA:

PERANAN PIHAK BERKUASA PERANCANG TEMPATAN DALAM PEMBANGUNAN TANAH

BAB SATU PENDAHULUAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

AKTA PERANTI PERUBATAN 2012 (AKTA 737)

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

ABDUL KARIM BIN ABDUL AZIZ HARNANI BINTI SHUMSUDIN PEJABAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA TEL : E-MEL :

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PEYEMAKAN SEMULA SENARAI NILAIAN DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PASUKAN PEMANTAU PENCEMARAN (3P) JABATAN ALAM SEKITAR MALAYSIA JANUARI 2014

GARIS PANDUAN MENGENAI PEROLEHAN HARTANAH OLEH KEPENTINGAN TEMPATAN DAN ASING

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN TATACARA DAN SYARAT-SYARAT MELAKUKAN PEKERJAAN LUAR

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

TAJUK 7 SISTEM PERSEKUTUAN. Konsep asas persekutuan Pembahagian kuasa antara kerajaan persekutuan dan negeri Pentadbiran negeri dan kerajaan tempatan

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Pengambilan Tanah untuk Keretapi Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura Soalan-soalan Lazim (FAQ)

JPA(S)(BPO)324/14/12-4 Klt. 2 ( 22 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 27 TAHUN 2007

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN : Y.B. TUAN GOOI HSIAO-LEUNG (ALOR SETAR) Saya memohon untuk menjawab soalan dari Yang Berhormat jasin

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

AKTA PENGURUSAN STRATA 2013 (AKTA 757)

PANDUAN MENAMBAH BAIK PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN MENERUSI PENGGUNAAN KIOS DI AGENSI-AGENSI KERAJAAN

Shamrahayu A. Aziz, 2016, Isu Penguatkuasaan Undang-undang Jenayah Islam di Malaysia, 88 halaman, ISBN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

FUNGSI BADAN EKSEKUTIF

SENARAI KANDUNGAN BAB PENDAHULUAN HALAMAN PENGESAHAN PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

JPA(S)(BPTM)146/1-130( 12 ) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2008

KRITERIA PENILAIAN PERANCANGAN DAN PROSEDUR PEMOHONAN STRUKTUR TELEKOMUNIKASI DI ATAS TANAH ATAU STRUKTUR DI BAWAH KAWALAN DBKL

KERTAS KONSEP. Piala Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia A.S.A.T

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2004 PANDUAN PERTUKARAN PEGAWAI AWAM

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Ekonomi Malaysia dibahagikan kepada 3 sektor iaitu sektor utama, sektor kedua dan sektor ketiga.

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

GARIS PANDUAN MEMOHON POTONGAN DI BAWAH SEKSYEN 34(6)(ha) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAPAN OLEH YB DATUK SERI DR. S.SUBRAMANIAM MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

MENYEDIAKAN PERUMAHAN DAN PERKHIDMATAN BANDAR YANG BERKUALITI

Garis Panduan Bagi Perbelanjaan Potongan Dua Kali Untuk Perbelanjaan Penyelidikan Dan Pembangunan Di Bawah Seksyen 34A Akta Cukai Pendapatan 1967

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

D.R. 8/94 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Info Ketua Pengarah LPP Ke 10

KENAIKAN KADAR BANTUAN SARA HIDUP

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

TAKLIMAT PENGURUSAN SISA PEPEJAL PEMBINAAN MENGIKUT KEPERLUAN AKTA 672 KEPADA PIHAK BERKEPENTINGAN DALAM INDUSTRI PEMBINAAN DI KUALA LUMPUR

DEVELOPMENT CONTROL (PART 1) and Planning Tools (planning standards & guidelines)

OBJEKTIF DAN STRUKTUR AKTA PERSAINGAN 2010

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING AM BILANGAN 4 TAHUN 2015 PEMINDAHAN TERBITAN RASMI KE ARKIB NEGARA MALAYSIA

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP14 : GARIS PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI

PENERBITAN PETA DAERAH SIRI MYS 8201R

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

PENGURUSAN SUMBER LUAR (KONTRAK PERKHIDMATAN)

PELAKSANAAN PELAN LATIHAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

WILAYAH PERSEKUTUAN INFRASTRUCTURE SDN. BHD. ( X) PERMOHONAN UNTUK PEMBINAAN INFRASTRUKTUR TELEKOMUNIKASI DI WILAYAH PERSEKUTUAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012 BAHAGIAN A: PENGENALAN

ULASAN KES JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN & YL LWN BERJAYA BOOKS SDN. BHD. & YL [2015] 3 CLJ 461

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

Tuan Ramkarpal Singh a/i Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta SOALAN NO. 14 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT KETIGA, DEWAN RAKYAT

DASAR PENGURUSAN REKOD ARKIB ELEKTRONIK DAN

3. Pegawai Yang Layak Penyelia Asrama (Gred N17) yang telah Menduduki Peperiksaan: disahkan dalam perkhidmatan.

BORANG PERMOHONAN KELULUSAN BAGI PEMBINAAN, PENGUBAHAN DAN PENUTUPAN KEMUDAHAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DITETAPKAN

SOALAN: 241 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN BUKAN LISAN DARIPADA YANG BERHORMAT TUAN M. KULA SEGARAN AIL V. MURUGESON [ IPOH BARAT]

AKTA PILIHAN RAYA 1958

PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

PANDUAN UNTUK PEMOHON FIRMA GUAMAN ASING BERKELAYAKAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

DASAR PERTUKARAN PEGAWAI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT Y.B. DATUK JOHARI BIN ABDUL GHANI [ TITIWANGSA 1

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

HARTA SEPENCARIAN EMBUN BIN AWANG LWN MELAH TEH DAN TIGA YANG LAIN JH 42(1) 1437H

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

PANDUAN PEMBANGUNAN KOLEKSI AUDIOVISUAL

BAB 15 PENYATA KEWANGAN

PROSES PERMOHONAN PELAN MELALUI KAEDAH SEGERA OLEH JABATAN BANGUNAN, MAJLIS BANDARAYA IPOH

AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997 (AKTA 561)

ASPEK PERUNDANGAN BERKAITAN PENGURUSAN WANG KHAIRAT DI MALAYSIA DAN PERANAN AGENSI BERKAITAN. Mohd Zamro bin Muda Noor Lizza Mohamed Said

PERAKUAN SIAP DAN PEMATUHAN

1.6 Kepentingan Kajian 5

PEMAKAIAN AKTA HAKMILIK STRATA 1985 DAN KAITANNYA DENGAN KAEDAH-KAEDAH PENAMBAHBAIKAN DALAM URUSAN PENYENGGARAAN DAN PENGURUSAN HARTANAH

PANDUAN UNTUK PEMOHON PERKONGSIAN ANTARABANGSA

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 1 TAHUN 2011

Memorandum Pendidikan

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.2 (3) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2014 KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK

D.R. 35/2007 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Takaful DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

PERATURAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN PERUNDING

OLEH AZI RAHIMEE BIN MOHAMED

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Transkripsi:

198 KANUN [JAN 2017] ULASAN BUKU Mohd. Bakri Haji Ishak, 2015, Undangundang dan Pentadbiran Kerajaan Tempatan di Malaysia, 187 hlm., 978-983-46-1397-6. Pengulas: Kamal Halili Hassan kamalhalili60@gmail.com Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia. Buku ini membincangkan undang-undang dan pentadbiran kerajaan tempatan di Malaysia dengan memilih Bandar Raya Ipoh dan Alor Setar sebagai contoh. Kerajaan tempatan telah diwujudkan sejak zaman penjajah lagi, dan selepas negara mencapai kemerdekaan, kerajaan tempatan terus memberikan khidmatnya kepada penduduk bandar dan bandar raya. Sesebuah bandar raya ialah ibu negeri bagi sesebuah negeri, dan semua sistem pemerintahan dan pentadbiran kerajaan negeri berpusat di bandar raya tersebut. Jumlah penduduk bandar raya mencatatkan jumlah tertinggi di sesebuah negeri. Pelbagai perkhidmatan disediakan termasuklah perancangan bangunan, jalan, taman, pelesenan, pengindahan bandar, pengutipan sampah dan pembaikan kampung baharu. Sesebuah bandar raya perlu diuruskan berdasarkan perundangan yang diluluskan oleh kerajaan. Ipoh sebagai ibu negeri Perak merupakan sebuah kawasan atau lembah yang kaya pada suatu ketika dahulu. Ipoh yang berada di dalam Lembah Kinta turut merasai zaman kegemilangannya ketika lombong bijih timah beroperasi dengan pesatnya. Lombong bijih timah di kawasan sekitar Lembah Kinta juga turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan fizikal bandar raya Ipoh. Malahan, bandar raya Ipoh pernah dinobatkan sebagai bandar terbersih di Malaysia. Sejarah awal penubuhan Majlis Bandaraya Ipoh dan penerajunya turut dipaparkan bermula dengan Lembaga Pembersihan Ipoh (1893-1897), Majlis Perbandaran Ipoh dan Ulasan Buku Kanun.indd 198

26 KANUN (1) 199 Menglembu (1954-1956), Majlis Perbandaran Ipoh (1957-1962 dan 1960-an hingga 1987) dan Majlis Bandaraya Ipoh (1988 hingga kini). Bab ini akan lebih menarik jika sejarah bandar raya Ipoh, terutamanya tentang kemunculan kampung baharu di sekitar Ipoh dikupas secara lebih mendalam. Secara umumnya, struktur organisasi MBI terdiri daripada tujuh jabatan dengan beberapa bahagian dan unit. Setiap jabatan mempunyai objektif dan fungsi masing-masing yang selaras dengan fungsi MBI. Jabatan tersebut diketuai oleh seorang pegawai kanan MBI yang bertanggungjawab secara langsung kepada Setiausaha Bandaraya Ipoh dan Datuk Bandar Ipoh. Proses dan prosedur meluluskan pelan bangunan dan pengeluaran sijil layak menduduki bangunan oleh MBI sebagai kajian kes merupakan perkara yang dikupas dalam bab dua buku ini. Fasa permohonan dan proses kelulusan bagi mendapatkan sijil tersebut amat penting untuk memastikan bangunan yang dibina selamat untuk didiami. Namun, masih terdapat ramai rakyat Malaysia yang membina bangunan, termasuk bangunan tambahan tanpa mendapat kelulusan daripada majlis kerajaan tempatan. Kerajaan perlu melakukan kajian bagi mengenal pasti punca pembinaan bangunan dan premis haram yang masih terus berlaku, terutama di kawasan bandar. Bagi melihat sistem pengurusan sisa pepejal dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan, buku ini mengambil contoh kes yang berlaku di Majlis Bandaraya Alor Setar. Pengurusan sisa pepejal di Malaysia telah melangkah ke suatu tahap yang lebih baik berbanding dengan cara pengurusannya sebelum ini. Sistem tersebut telah diswastakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) kepada agensi seperti Alam Flora Sdn. Bhd, Southern Waste Management and Environment Sdn. Bhd., dan Northern Waste Industries Sdn. Bhd. Meskipun demikian, kuasa utama yang mengawal dan mengurus pelupusan sisa pepejal masih terletak di bawah bidang kuasa PBT. Selain PBT, Jabatan Alam Sekitar juga turut berperanan penting membantu menguruskan pelupusan bahan buangan ini. Tiga jenis bahan buangan yang dominan ialah bahan buangan isi rumah, bahan buangan perdagangan atau komersial dan Ulasan Buku Kanun.indd 199

200 KANUN [JAN 2017] bahan buangan perindustrian. Peranan Majlis Bandaraya Alor Setar dan setiap agensi swasta yang terlibat dalam aspek pelupusan sisa pepejal merupakan salah satu aspek menarik yang dikupas dalam bab tiga buku ini. Penilaian harta tanah untuk tujuan cukai taksiran turut dibincangkan dengan menjadikan MBI sebagai kajian kes. Kutipan cukai penting dilaksanakan bagi menampung dana perbelanjaan sesebuah kerajaan tempatan. Jumlah cukai bangunan atau premis yang dikutip adalah berdasarkan penilaian yang dibuat terhadap bangunan tersebut. Dalam hal ini, pemilik harta tersebut diberikan hak untuk membuat bantahan terhadap cadangan penilaian sesebuah harta. Kaedah perbandingan lokaliti digunakan bagi menetapkan jumlah cukai seperti lokasi, kebolehbandingan hartanah dan keadaan pasaran semasa. Penilaian hartanah yang dilakukan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dijadikan sebagai asas perbandingan. Bagi melaksanakan penilaian untuk tujuan mendapatkan kadar dan menyediakan senarai nilaian oleh pihak berkuasa tempatan, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) (AKT76) diaplikasikan dengan menghuraikan kuasa tersebut berdasarkan seksyen 137. Antara kuasa yang terlibat meliputi peruntukan tertentu dalam Bahagian XV ialah kadar dan nilaian Akta 171, termasuklah kuasa untuk mengenakan kadar, kuasa memberikan maklumat atau penyata yang dikehendaki oleh PBT, kuasa penilaian, kuasa penilaian bersama atau secara berasingan, kuasa pengecualian, kuasa menetapkan kadar bagi bangunan yang terletak di atas tanah kerajaan negeri atau tanah yang dirizabkan, penyediaan senarai nilaian, penyediaan notis tentang senarai nilaian baharu yang perlu disiarkan, alasan bantahan dan rayuan yang boleh dikemukakan oleh pembayar cukai taksiran, pengesahan senarai nilaian baharu, pindaan senarai nilaian dan rayuan, membuat rayuan, serta memohon pulangan balik bagi bangunan yang tidak diduduki. Selain itu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Bahagian Kerajaan Tempatan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SUKPK) mempunyai autoriti terhadap pihak berkuasa tempatan di Perak. Pihak berkuasa tempatan (PBT) pula tertakluk pada polisi tertentu yang disediakan dari Ulasan Buku Kanun.indd 200

26 KANUN (1) 201 semasa ke semasa oleh KPKT pada peringkat persekutuan, manakala pihak berkuasa negeri pada peringkat negeri. KPKT pula bertanggungjawab terhadap sekurang-kurangnya empat jabatan, iaitu jabatan kerajaan tempatan (JKT), jabatan perumahan negara (JPN), jabatan perkhidmatan bomba (JPB) serta jabatan perancangan bandar dan desa (JPBD). Walau bagaimanapun, bab enam dalam buku ini hanya memberikan tumpuan pada peranan JKT yang bertujuan menggalakkan, memajukan dan membantu PBT menyediakan perkhidmatan perbandaran yang bermutu tinggi, termasuklah menyediakan kemudahan sosial, rekreasi dan peluang ekonomi yang seimbang. Selain itu, peranan Bahagian Kerajaan Tempatan (BKT) dan Unit Penilaian, SUKPK turut dibincangkan. Di samping itu, buku ini turut mendedahkan amalan institusi yang berkaitan dengan pengurusan alam sekitar di Malaysia dengan merujuk peranan JKT dan Jabatan Alam Sekitar. Antara institusi lain yang terlibat termasuklah PBT dan badan swasta seperti Kualiti Alam Sdn. Bhd., dan Alam Sekitar Malaysia Sdn. Bhd. Wakil KPKT perlu dilantik, terutamanya daripada JKT bagi membaiki kualiti perkhidmatan yang diharapkan daripada Majlis Kualiti Alam Sekeliling (MKAS) kerana MKAS bertanggungjawab menasihati menteri dan Ketua Pengarah Alam Sekitar Negara. Struktur sesetengah agensi atau institusi berkaitan dengan alam sekitar perlu dibaiki dan dimantapkan atau dirombak semula bagi mengatasi masalah pertindanan fungsi dan tanggungjawab. Pelbagai undang-undang kecil yang diguna pakai oleh PBT di Malaysia penting untuk diketahui kerana undang-undang tersebut banyak mengawal perlakuan pihak yang bertanggungjawab dan orang ramai dalam sesebuah PBT agar bandar atau bandar raya berada dalam keadaan yang selesa untuk didiami. Undang-undang kecil yang dirujuk termasuklah (i) Undang-undang Kecil Taman (Majlis Perbandaran Subang Jaya) 2005, (ii) Undang-undang Kecil Vandalisme (Majlis Perbandaran Subang Jaya) 2005, (iii) Undangundang Kecil Tanah Perkuburan Islam (Majlis Perbandaran Subang Jaya) 2005, (iv) Undang-undang Kecil Pasar (Majlis Perbandaran Subang Jaya) 2005, (iv) Undang-undang Kecil Hotel (Majlis Perbandaran Subang Jaya) 2005, (v) Undang-undang Kecil Pusat Ulasan Buku Kanun.indd 201

202 KANUN [JAN 2017] Siber dan Kafe Siber (Majlis Perbandaran Subang Jaya) 2007 dan (vi) Undang-undang Kecil Kebersihan Awam (Majlis Perbandaran Melaka Tengah) 1983. Seksyen penting dalam undang-undang kecil tersebut diketengahkan bagi menunjukkan kuasa dan peranan pihak berkuasa, serta tanggungjawab, larangan dan hukuman terhadap orang ramai yang melanggar peruntukan dalam undangundang kecil berkaitan. Sungguhpun kebanyakan undang-undang kecil yang dirujuk berkaitan dengan Majlis Perbandaran Subang Jaya, namun peruntukan undang-undangnya hampir sama dengan undang-undang kecil di majlis perbandaran lain. Perbincangan kes mahkamah berkaitan dengan aktiviti PBT, iaitu kes Majlis Perbandaran Seberang Perai lwn Tropiland Sdn. Bhd. [1996] 3 MLJ 94 dan kes Dewan Bandaraya Kuala Lumpur lwn Suppiah [1991] 1 MLJ 149 diketengahkan sebagai kajian kes. Pengurusan sisa pepejal oleh pihak berkuasa tempatan di Eropah, khususnya PBT di Sepanyol yang dikenali sebagai Ayuntamiento de Cadiz merupakan suatu perbandingan yang menarik jika dibandingkan dengan Malaysia. Antara perbezaan yang dapat dikesan dalam pengurusan sisa pepejal antara Malaysia dengan Sepanyol termasuklah aspek lokasi, bilangan tong sampah, program kitar semula, keseriusan PBT, sikap komuniti, penggunaan teknologi, pendekatan pentadbiran, undang-undang dan peraturan serta polisi kerajaan. Dipaparkan juga foto bangunan dan sistem PBT di Sepanyol sebagai rujukan dan perbandingan. Jelasnya, buku ini berjaya mengisi kelompangan bahan penerbitan yang berkaitan dengan PBT di Malaysia. Maklumat yang terkandung dalam buku ini berguna kepada pegawai pelaksana dan orang ramai. Buku ini akan menjadi lebih menarik jika dimulakan dengan perbincangan sistem kerajaan tempatan secara umum dan undang-undang berkaitan dengan merujuk majlis atau dewan bandar raya tertentu, serta disusuli dengan lebih banyak kes mahkamah yang berkaitan dengan aktiviti kerajaan tempatan di Malaysia. Ulasan Buku Kanun.indd 202