Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina

dokumen-dokumen yang mirip
Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

Memorandum Mengenai: 1. Pertambahan Masa Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahap I Di SJKC dan SJKT.

RUKUN NEGARA. B.006(B.M) Januari 2013 (100.)

PAKATAN MURNI. Maksud Pakatan Murni

1. Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus. Sekolah Cina Malaysia, atau nama singkatannya Dong Zong,

PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA: KOMIK MAT SOM SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR

Kepelbagaian Budaya Menurut kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 102, kepelbagaian ialah perihal berbagai-bagai jenis. Kepelbagaian merangkumi

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

- Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak - Perdana Menteri Malaysia

BAHASA MELAYU 910/1. BAHASA MELAYU MODEN PASCAMERDEKA (Akta-Akta Pelaksanaan Bahasa Melayu) Disediakan oleh, Yillson Yanggun

PERPADUAN ETNIK MENERUSI PENGGUNAAN BAHASA MELAYU. Siti Norayu Mohd Basir

KENALI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

Yang Amat Berhormat Dato Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Yang Amat Berhormat Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri,

SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA (SUHAKAM) KERTAS KONSEP PENDIDIKAN HAK ASASI MANUSIA DI SEKOLAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BAHAGIAN 1 : Demografi

PENGENALAN. Hasil Pembelajaran. ACIS, UiTM CTU553/555 MARUWIAH AHMAT

BAB 5: PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA

BAHAGIAN 1 : Demografi

SEMINAR PENDEKATAN WASATIYYAH PERINGKAT KEBANGSAAN : PEMAHAMAN, PENERAPAN SERTA CABARAN

KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK

HASIL PEMBELAJARAN. Menerangkan hubung kait antara pembangunan ekonomi dengan hubungan etnik di Malaysia.

BAB 5. Permuafakatan Politik dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia

PERUTUSAN. Y. BHG. DATO Dr. HAJI AHAMAD BIN SIPON KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA. sempena SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-49 TAHUN 2006

BAB 7 CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2015 PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA SEJARAH

KENYATAAN MEDIA SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA

TEKS UCAPAN ALUAN PENDAFTAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SAMBUTAN HARI KUALITI DAN INOVASI PERKHIDMATAN UPM TAHUN NOVEMBER 2014

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

POLISI KESAMARATAAN DALAM PERKHIDMATAN

Globalisasi merupakan satu fenomena yang menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepesatan dan kepantasan

10 JUN Y.B. TUAN HAJI AHMAD LAI BIN BUJANG minta PERDANA MENTERI menyatakan:

Sekolah semai benih.perpaduan. Pelajar perlu disatukan bagi menzahir semangat toleransi antara kaum


PERUTUSAN HARI GURU 2011 MENTERI PELAJARAN MALAYSIA Y.A.B. TAN SRI HAJI MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSIN SEMPENA PERAYAAN HARI GURU KE-40 TEMA

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

TEKS UCAPAN YBHG DATO SRI ALI HAMSA KETUA SETIAUSAHA NEGARA SEMPENA DIALOG PERDANA PERKHIDMATAN AWAM 2012 ANJURAN RAZAK SCHOOL OF GOVERNMENT

1. Apakah tujuan Jawatankuasa Barnes dibentuk oleh kerajaan British? (m.s 128)

1. Melaksanakan Rancangan Integrasi Murid-Murid Untuk Perpaduan

Teks Ucapan Perasmian Sambutan Hari Guru Sekolah Pendidikan Dan Pembangunan Sosial Tahun 2010

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Bahagian A [40 markah] Jawab semua soalan. 1.Tamadun Hwang Ho telah memberikan sumbangan yang penting kepada peradaban dunia.

2. Jelaskan Ciri-ciri MU dan Sebab-sebab masyarakat tempatan menentang.

Penasihat Jawatankuasa Pelaksana Karnival Bahasa Tamil 2013;

SALUTASI. Saudara pengacara majlis; Yang Berhormat Dato M. Davendran, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Kawasan Sabai; Rakan-rakan saya:

PENGURUSAN KOKURIKULUM DAN HUBUNGANNYA DENGAN TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM. MOHD NOR BIN JAAFAR, Ph.

AKTA PENDIDIKAN 1996 PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN IBU BAPA-GURU) 1998

MENTRANSFORMASI KEBOLEHUPAYAAN & KAPASITI PENYAMPAIAN KEMENTERIAN

Shamrahayu A. Aziz, (Profesor Madya, Dr) Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

BAB IV TAHAP LITERASI POLITIK DAN KERENGGANGAN TERHADAP PARTI: TINJAUAN TERHADAP DATA-DATA SURVEI SEBELUM PRU 12

EzLearn2U.my. Tingkatan 3 Sejarah Bab 4 : Kerjasama antara kaum ke Arah Kemerdekaan. Soalan Objektif. Pilih jawapan yang paling tepat

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN

Program Transformasi Kerajaan. Pelan Hala Tuju

NO. SOALAN: 356 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) DEWAN RAKYAT BUKAN LISAN PERTANYAAN

Teks Ucapan YB. Datuk Abdul Rahim Bakri Timbalan Menteri Pertahanan. Sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Yang Ke-49

PERANAN GURU SEBAGAI PEMBINA MODAL INSAN

SEJARAH - TINGKATAN 3. Malaysia yang Berdaulat

Yang Amat Berhormat, Dato Seri Dr. Md Isa Sabu, Menteri Besar Perlis

1.3 STATUS & FUNGSI BAHASA MELAYU

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN SATU

KAJISELIDIK SENTIMEN PENGUNDI MENGENAI EKONOMI, KOS SARA HIDUP DAN INFLASI

Kemerdekaan Negara 31 Ogos Penyediaan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

TEKS UCAPAN YAB DATO SERI AHMAD ZAHID HAMIDI TIMBALAN PERDANA MENTERI. Sempena

Bil 07/2010 Edisi JULAI

TEKS UCAPAN MAJLIS PERASMIAN PESTA KAAMATAN SABAH PERINGKAT IPTA DAN IPTS KALI KE-9 (4 ogos 2010) Masa:10.00am-11.

PERUTUSAN HARI GURU 2012 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS PENDIDIKAN ISLAM (MASALAH PENDENGARAN) TAHUN DUA

Kerjasama Antara Kaum Ke Arah Kemerdekaan. Sistem Ahli. Pembentukan Parti Perikatan. Pilihan raya Negeri

Soal Jawab: UMNO PERLU PEMUGARAN UNTUK JADI PARTI RELEVAN

Tindakan PKM (Parti Komunis Malaya) Membakar rumah yang berpenghuni pada waktu tengah malam

MOCK TEST /2 SEJARAH Kertas 2 Julai 2 Jam 30 Minit

Tahukah anda? DIMENSIKOOP


Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

Bab 2. Bab. Bab. Bab 1. Bab 3 Bab 8. 4 Bab 9. Tingkatan 5. Bab. Bab

Ruj. Kami : 20684/135 (/? ) r it W November 2010

TEKS UCAPAN OLEH: Y.BHG DATO MOEHAMAD IZAT EMIR MAJLIS: MAJLIS PERASMIAN PROJEK MUTIARA NEGERI SEMBILAN 2011 PADA: 17 NOVEMBER 2011 TEMPAT:

KAJISELIDIK SENTIMEN PENGUNDI DAN ISU-ISU UTAMA PILIHANRAYA UMUM KE-14

Pembelajara n secara masteri

MENGEMBALIKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA IBUNDA DI SEKOLAH RENDAH.

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2010

CABARAN HUBUNGAN ETNIK SAS / CTU 553 BAB 7 - CABARAN HE 1

AKTA PENGURUSAN STRATA 2013 (AKTA 757)

Info Ketua Pengarah LPP Ke 10

UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA SEMPENA PERASMIAN PEJABAT BARU DAN

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 4/1995 : PELAKSANAAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PROGRAM BAKTI SISWA SIRI 1 UTeM

BAB 6 Nilai Berkaitan Dengan Demokrasi

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh dan Selamat Pagi. Good Morning, Cao Shang Hao, Kaalai Vanakkam Terlebih dahulu marilah kita bersama-sama ber

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

PROFIL AUDIT DALAM SECARA RINGKAS. Audit Dalam USM ditubuhkan pada tahun 1982

Bab 2. Bab. Bab. Bab 1. Bab 3 Bab 8. 4 Bab 9. Tingkatan 5. Bab. Bab

TAJUK 14: PEMBINAAN NEGARA-BANGSA

TALKING POINT YANG BERBAHAGIA BRIG. JENERAL DATUK PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR. UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA 27 JULAI 2017

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

UCAPAN YBHG. DATO HAJI ABDUL FATTAH BIN HAJI ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERTAMA KOPERASI ALUMNI SEVOTEK TAIPING BERHAD

Transkripsi:

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina Kehendak Untuk Mengekalkan Sekolah Pelbagai Aliran Dan Membangunkannya Secara Adil Kepada Y.A.B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia Daripada Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah China Malaysia Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia Malaysia Seven Major Clans Association Persekutuan Persatuan-Persatuan Alumni Sekolah China Malaysia Gabungan Alumni Universiti Taiwan Malaysia Nanyang University Alumni Association Of Malaya 16 November 2009

1. PENDAHULUAN Kebelakangan ini, beberapa orang ahli akademik, ahli Parlimen dan pemimpin kerajaan mengemukakan kenyataan yang menyokong pelaksanaan sistem pendidikan sekolah satu aliran. Kenyataan-kenyataan ini telah menimbulkan kontroversi dan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat. Pada 22 Oktober 2009, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim menyatakan bahawa sistem pendidikan yang mengamalkan sekolah pelbagai aliran ketika ini tidak membantu rakyat menyelami makna sebenar gagasan 1Malaysia. Beliau berpendapat bahawa sekolah pelbagai aliran yang sedia ada merupakan peninggalan penjajah yang tidak mampu mewujudkan sebuah negara bangsa yang benar-benar bersatu padu. Oleh itu, sistem pendidikan negara perlu disusun semula termasuk melaksanakan sekolah satu aliran bagi memastikan matlamat gagasan 1Malaysia tercapai. Pada 28 Oktober 2009, ketika membahaskan Bajet 2010 dalam sidang Dewan Rakyat, beberapa orang ahli Parlimen dari parti-parti komponen Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat, antaranya termasuk Hamim Samuri (BN-Ledang), Datuk Ab. Halim Ab. Rahman (PAS-Pengkalan Chepa) dan Tony Pua Kiam Wee (DAP-Petaling Jaya Utara) mengemukakan pandangan yang menyokong pelaksanaan sekolah satu aliran di peringkat sekolah menengah. Pada 29 Oktober 2009, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin menyatakan bahawa beliau menyokong cadangan pelaksanaan sekolah satu aliran kerana selaras dengan gagasan 1Malaysia. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dengan syarat bahawa tiada sesiapa pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan, mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain. Maka, sejak negara kita mencapai kemerdekaan, setiap rakyat Malaysia telah diberi hak untuk memilih mana-mana aliran pendidikan yang mereka kehendaki. Berdasarkan hakikat ini, kami bersetuju dengan pandangan YAB Dato Sri Perdana Menteri bahawa mengubah dasar pendidikan pelbagai aliran yang sedia ada akan mencetuskan ketegangan dalam hubungan antara kaum, perbuatan ini langsung tidak membantu dalam usaha memupuk perpaduan negara. Padahal yang penting sekali, sebarang perubahan

terhadap sistem pendidikan harus mengambil kira hak rakyat untuk memilih pendidikan mana-mana aliran. Maka, kami selaku pertubuhan-pertubuhan Cina utama di negara ini dengan tulus ikhlasnya mengemukakan memorandum ini untuk menyuarakan pendirian majoriti masyarakat Cina yang membantah secara tegasnya pelaksanaan sekolah satu aliran, dan berpegang teguh bahawa sekolah-sekolah pelbagai aliran yang sedia ada harus dikekalkan dan dibangunkan secara adil. 2. PANDANGAN KAMI 2.1. Membantah Tegas Pelaksanaan Sistem Pendidikan Sekolah Satu Aliran Negara kita merupakan sebuah negara yang berbilang bangsa, budaya, bahasa, aliran pendidikan dan agama. Sehubungan itu, negara kita mempunyai sekolah pelbagai aliran yang menggunakan bahasa pengantar yang berbeza. Padahalnya, kewujudan dan perkembangan sekolah pelbagai aliran telah memperkayakan ciri-ciri masyarakat kita yang berbilang bangsa serta merupakan aset dan kelebihan negara kita. Rukun Negara memperakukan hakikat ini dan menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak. Jelas sekali, dalam konteks Rukun Negara, masyarakat berbilang bangsa bukan faktor yang menghalang kemajuan negara, sebaliknya kepelbagaian budaya dan bahasa masyarakat berbilang bangsa merupakan aset dan kelebihan negara kita. Seksyen 28 yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996 menyatakan bahawa: Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, Menteri boleh menubuhkan sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan dan hendaklah menyenggarakan sekolah-sekolah itu. Justeru itu, sekiranya ada pihak yang memandang dan mengendali isu-isu berkaitan dengan bangsa, budaya, bahasa, pendidikan dan agama dari sudut unilateral, tentunya akan menimbulkan kontradiksi yang serius sehingga berlakunya perbalahan. Maka, pengakuan dan penerimaan semua pihak terhadap ciri-ciri kepelbagaian masyarakat negara kita merupakan prasyarat untuk mencapai perpaduan rakyat.

Sekiranya sekolah satu aliran dilaksanakan, ini bermakna sekolah pelbagai aliran yang sedia ada akan dilupuskan pada akhirnya. Ini bertentangan dengan Rukun Negara, bukan sahaja tidak dapat menyatupadukan rakyat, malah memecahbelahkan rakyat, dan sekaligus menghancurkan sekolah pelbagai aliran yang merupakan aset dan kelebihan kita, langsung tidak memberi manfaat kepada kestabilan dan pembangunan Negara. Kami menegaskan bahawa pendidikan bahasa ibunda merupakan pendidikan yang paling terus dan berkesan kepada sasarannya. Pendidikan bahasa ibunda seharusnya diperkembangkan ke tahap yang lebih tinggi dengan sedaya-upaya. Keunggulan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar telah diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan menjadi amalan secara umum di seluruh dunia. Mesyuarat Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) pada tahun 1951 telah memutuskan bahawa: Penggunaan bahasa ibunda harus dilanjutkan ke suatu tahap pendidikan setinggi yang mungkin. Khususnya, murid-murid harus memulakan persekolahan mereka dengan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar. Selain itu, Perkara 26 (3) yang termaktub dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Sedunia 1948 juga menyatakan bahawa: Para ibu bapa mempunyai hak keutamaan untuk memilih jenis pendidikan yang ingin diberikan kepada anak-anak mereka. Memandangkan kepelbagaian masyarakat merupakan realiti negara kita, lebih-lebih lagi pendidikan bahasa ibunda adalah hak asasi manusia, maka kami membantah pelaksanaan sekolah satu aliran, dan menegaskan bahawa dasar pendidikan negara harus mengambil kira hak rakyat yang bebas memilih mana-mana aliran sekolah dan juga berpegang teguh supaya sistem sekolah pelbagai aliran yang sedia ada terus dikekalkan dan dibangunkan secara adil. 2.2. Sekolah Pelbagai Aliran Ialah Aset Dan Kelebihan Daya Saingan Negara Amalan kepelbagaian dan keterbukaan merupakan trend utama dunia sejagat pada masa kini, terutamanya negara-negara Asia Tenggara telah membuat pengubahsuaian terhadap dasar pendidikan mereka untuk menggalakkan pengajaran dan pembelajaran pelbagai bahasa

supaya meningkatkan daya saing negara. Sehubungan itu, keunikan kepelbagaian negara kita, iaitu mempunyai ciri-ciri yang terbentuk daripada Tamadun Islam, China, India dan Barat dan berserta dengan pelaksanaan pendidikan pelbagai aliran yang telah sampai ke suatu tahap pencapaian yang cukup membanggakan, kesemua ini merupakan kelebihan negara kita untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dan memperkukuhkan kekuatan negara supaya meletakkan negara kita pada kedudukan yang lebih baik semasa menghadapi cabaran globalisasi dan persaingan dunia. Oleh itu, kerajaan dan semua pihak harus menghargai dan bersama-sama membangunkan sekolah pelbagai aliran untuk menjanakan modal insan serta memanfaatkan kelebihan masyarakat majmuk kita untuk memupuk perpaduan rakyat, keharmonian sosial serta kemakmuran dan kemajuan negara. 2.3. Keadilan Untuk Semua Rakyat dan Semua Aliran Sekolah Yang Amat Berhormat Dato Sri beriltizam untuk menjadi seorang Perdana Menteri untuk semua rakyat, memperkenalkan gagasan 1Malaysia untuk mentadbirkan negara kita dengan konsep adil kepada semua bangsa dan juga menyatakan bahawa pelbagai aliran sekolah yang sedia ada semuanya berada dalam arus perdana sistem pendidikan dan merupakan kelebihan negara. Ini jelas menunjukan bahawa kerajaan memperakui layanan yang samarata kepada semua rakyat tanpa perbezaan bangsa, bahasa dan budaya ialah dasar yang memenuhi realiti masyarakat majmuk negara kita. Maka, kami menyeru YAB Dato Sri Perdana Menteri menubuhkan satu Jawatankuasa Khas Mengkaji Semula Dasar Pendidikan Negara yang bertujuan mengkaji semula akta-akta dan dasar-dasar pendidikan sedia ada yang tidak munasabah dan ketinggalan zaman, supaya diubahsuai atau digantikan dengan akta-akta dan dasar-dasar baru untuk memastikan pendidikan bahasa ibunda semua bangsa diberi layanan samarata, terutamanya semua aliran sekolah dibangunkan secara adil dan sistematik supaya merealisasikan matlamat negara maju yang mempamerkan semangat kepelbagaian dan kesamarataan.

3. PENUTUP Dalam arus perdana perkembangan dunia masa kini, dasar pendidikan negara harus menuju ke landasan yang menampilkan kepelbagaian, demokrasi dan keterbukaan, tetapi bukan terus mengongkongkan diri dalam minda pendidikan satu aliran yang sempit dan konservatif. Begitu juga kerajaan dan setiap warga negara harus maju bersama serentak dengan perkembangan dunia, supaya isu kewujudan dan pembangunan pendidikan bahasa ibunda semua bangsa dipandang dari sudut kepelbagaian, demokrasi dan keterbukaan untuk merealisasikan matlamat gagasan 1Malaysia yang menjaminkan layanan samarata kepada semua bangsa supaya bersama-sama membangunkan pendidikan negara secara holistik dan seterusnya memastikan kemakmuran dan kemajuan negara.