LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2016 PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI DAN PRESTASI KEWANGAN AGENSI NEGERI PERLIS JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

dokumen-dokumen yang mirip
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2016 PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI DAN PRESTASI KEWANGAN AGENSI NEGERI PULAU PINANG JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2016 PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI DAN PRESTASI KEWANGAN AGENSI NEGERI TERENGGANU JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

laporan ketua audit negara tahun 2014 jabatan audit negara malaysia

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2016 PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI DAN PRESTASI KEWANGAN AGENSI NEGERI KELANTAN JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

KANDUNGAN KATA PENDAHULUAN INTI SARI LAPORAN BAHAGIAN I - PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2006

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

AUDIT KETUA NEGARA 2016 LAPORAN PENYATA KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN PENGURUSAN KEWANGAN KEMENTERIAN/ JABATAN/BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012 BAHAGIAN A: PENGENALAN

BAB 15 PENYATA KEWANGAN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

INDEKS AKAUNTABILITI PENGURUSAN KEWANGAN KEMENTERIAN/ JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

PELAKSANAAN SISTEM PERAKAUNAN BERKOMPUTER YANG STANDARD DI BADAN-BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN STANDARD ACCOUNTING SYSTEM FOR GOVERNMENT AGENCIES (SAGA)

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA NEGERI SABAH TAHUN 2004 JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

15 HARTANAH DALAM PEMBINAAN DAN UNTUK DIJUAL Kumpulan

ACW Perakaunan Sektor Awam

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH. SURAT IKATAN AKAUN AMANAH UNIVERSITI ( Untuk diisi dalam 2 salinan)

PENYATA KEWANGAN KENYATAAN AHLI SURUHANJAYA SEKURITI

JABATAN BENDAHARI. Bil. Kami : Bil. Tuan : Tarikh :

Perancangan Kewangan PENGENALAN 9.1 PERANCANGAN KEWANGAN HASIL PEMBELAJARAN SEMAK KENDIRI 9.1

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 502 AKTA KOPERASI 1993

PROSES PERSARAAN. DISAMPAIKAN Oleh

(2) Tugas pengerusi menurut perenggan (a) dan (b) fasal (1), boleh diamanahkan kepada naib pengerusi atau mana-mana anggota Lembaga, jika perlu.

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

AKUAN BERKANUN PENGISYTIHARAN HARTA, HUTANG, PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN BAGI TAHUN 2016

Penyediaan Penyata Kewangan Tahunan Sekolah

BIL SENARAI SEMAK ZON/ SEKSYEN. 4. Tandatangan dan Cop Ketua PTJ yang berkaitan di ruang Melalui ke atas borang permohonan

D.R. 44/96 RANG UNDANG-UNDANG LAPORAN KEWANGAN 1996

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

BAB 4 PENGURUSAN KEWANGAN

Belanjawan Menguruskan Perniagaan Koperasi Oleh: Adila Hashim MKM Cawangan Selatan

KERAJAAN MALAYSIA. Garis Panduan Pelaksanaan Jawatankuasa Pengurusan Kewangan Dan Akaun

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Dan Peraturan Mengenai Pengurusan Pendahuluan Pelbagai

KEMENTERIAN KEWANGAN PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 7 TAHUN 2013 TATACARA DAN PERATURAN MENGENAI PENGURUSAN PENDAHULUAN PELBAGAI

UNDANG-UNDANG (PERUNTUKAN KHAS) Akta 202 CETAKAN SEMULA. Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

BAHAGIAN I PERMULAAN

JPA(S)(BPO)324/14/12-4 Klt. 2 ( 22 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 27 TAHUN 2007

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Kehilangan Dan Hapus Kira

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2009

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA

PENGURUSAN KUMPULANWANG AMANAH

ACW Perakaunan Korporat II

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA TAHUN 2014 AKTIVITI JABATAN/AGENSI DAN PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN

JPA.BK(S)173/9/3Jld.2(1) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2009

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

BAB 3 PENGURUSAN TERIMAAN

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 1 D.R. 9/2014 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

JAWATAN BAGI SKIM PERKHIDMATAN KEWANGAN (W)

SOK/KEW/DF002/BJT PENYATA RINGKASAN CADANGAN DASAR BARU BAGI TAHUN.. MENGIKUT OBJEK SEBAGAI. KOD OBJEK SEBAGAI JUMLAH Tahun Baru I.

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

Ekonomi Malaysia dibahagikan kepada 3 sektor iaitu sektor utama, sektor kedua dan sektor ketiga.

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

SENARAI SEMAK MAKLUMAT YANG DIBERIKAN OLEH PERTUBUHAN BELIA BERDAFTAR SEKSYEN 22 AKTA ) Borang PPB 09-2 salinan

BAB 2 BAJET Di peringkat Universiti, pengurusan bajet meliputi proses penyediaan bajet, pengagihan peruntukan dan kawalan perbelanjaan.

GARIS PANDUAN PENGURUSAN DANA ENDOWMEN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

Panduan Mengatasi Isu / Kelemahan Yang Sering Berlaku Dalam Pengurusan Kewangan

PERATURAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN PERUNDING

PERATURAN BAYARAN KHAS TAHUN 2017

UNIT AUDIT DALAM KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR & WILAYAH SELF ASSESSMENT TERHADAP PENGURUSAN KEWANGAN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA. Akta 62 AKTA AUDIT Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

PENYATA KEWANGAN 132 LPI CAPITAL BHD LAPORAN TAHUNAN ANALISIS PENYATA KEWANGAN 137 PENYATA TANGGUNGJAWAB PARA PENGARAH 138 LAPORAN PENGARAH

MEKANISME PELAKSANAAN SKIM PEMBIAYAAN DEPOSIT RUMAH PERTAMA

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

AAW Perakaunan Kewangan Lanjutan I

AKTA LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA 1972

KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN BALING KEDAH BERHAD. Aturan-Aturan Pinjaman Khas

L P I C a p i t a l B h d 129. penyata kewangan

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

MEKANISME PELAKSANAAN SKIM PEMBIAYAAN DEPOSIT RUMAH PERTAMA

PELARASAN GAJI YANG AKHIR DITERIMA BAGI PEGAWAI YANG BERSARA ATAU MENINGGAL DUNIA DALAM PERKHIDMATAN

KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN BALING KEDAH BERHAD. Aturan-Aturan Pinjaman Yuran

PENUTUPAN AKAUN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) TAHUN 2015

PERATURAN BAYARAN KHAS AIDILFITRI TAHUN 2018

Laporan Tahunan Jawatankuasa Syariah Rakyat 2016 Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani Dalam menjalankan peranan dan tanggungjawab

KERAJAAN MALAYSIA. Pengurusan Aset Kerajaan

URUSAN SERI PADUKA BAGINDA

Undang-Undang Malaysia

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2014 BANTUAN UPAH JAHIT

JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 (12) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2016 BAYARAN KHAS TAHUN 2016

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

mesyuarat agung perwakilan diadakan. Sebarang usul tergempar tidak dibenarkan.

DASAR dan GARIS PANDUAN PERUNDINGAN Universiti Teknologi MARA


KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 11 TAHUN 2007

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 1 D.R. 2/2015 RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM 2015

Tatacara Pengeluaran Bayaran

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 (1) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2015 BANTUAN KHAS KEWANGAN TAHUN 2015

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

TATACARA PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN KELAB SUKAN, SOSIAL DAN KEBAJIKAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

JPA.BK(R)149/3/5Jld.2(26) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2011

Sistem Insurans Pekerjaan 1 D.R. 27/2017 RANG UNDANG-UNDANG SISTEM INSURANS PEKERJAAN 2017

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

[3756/1] Prinsip Akaun Kertas 1. Koleksi Trial 2012 Cg Narzuki Online

KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN BALING KEDAH BERHAD. Aturan-Aturan Pinjaman Peribadi

JPA(S)K. 256/6/27 KLT.2 ( 31 ) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2009

Ringkasan Kertas Putih: Pelunasan Menyeluruh Hutang Talam

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Tujuan

Transkripsi:

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2016 PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI DAN PRESTASI KEWANGAN AGENSI NEGERI PERLIS JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

RAHSIA LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI DAN PRESTASI KEWANGAN AGENSI NEGERI PERLIS TAHUN 2016 Jabatan Audit Negara Malaysia RAHSIA

KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT KATA PENDAHULUAN vii INTISARI LAPORAN xi BAHAGIAN I - PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI PERLIS BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2016 Pendahuluan 3 Objektif dan Metodologi Pengauditan 4 Pengesahan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Perlis Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2016 BAHAGIAN II - ANALISIS KEWANGAN KERAJAAN NEGERI 4 Latar Belakang 9 Kedudukan Kewangan Kerajaan Negeri 9 Kumpulan Wang Disatukan 9 Akaun Hasil Disatukan 10 Akaun Pinjaman Disatukan 18 Akaun Amanah Disatukan 19 Penyata Prestasi Kewangan 24 Penyata Akaun Memorandum 25 Nota Kepada Penyata Kewangan 28 Rumusan dan Syor Audit 31 BAHAGIAN III - RANCANGAN PEMBANGUNAN KERAJAAN NEGERI Pencapaian Pelaksanaan Projek Pembangunan RMKe-11 Rumusan 35 37 BAHAGIAN IV - PENYERAHAN, PENGESAHAN, PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN DAN PRESTASI KEWANGAN AGENSI NEGERI Pendahuluan 41 Pengauditan Penyata Kewangan 41 Kedudukan Penyerahan Penyata Kewangan 41 Pengesahan Penyata Kewangan 42 LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 iii

PERKARA MUKA SURAT Pembentangan Penyata Kewangan 42 Prestasi Kewangan 42 Rumusan dan Syor Audit 50 BAHAGIAN V - PEMBENTANGAN LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA DAN MESYUARAT JAWATANKUASA KIRA- KIRA WANG AWAM NEGERI Pembentangan Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Aktiviti Jabatan/Agensi serta Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri 55 Mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Negeri 55 PENUTUP 59 LAMPIRAN I Laporan Ketua Audit Negara 63 II Pernyataan Pegawai Kewangan Negeri dan Bendahari Negeri 64 III Penyata Kedudukan Kewangan 65 IV Penyata Penerimaan dan Pembayaran Wang Tunai 66 V Penyata Prestasi Kewangan 67 VI Penyata Akaun Memorandum 68 VII Nota Kepada Penyata Kewangan 69 LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 iv

KATA PENDAHULUAN

1. Laporan Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Kerajaan dan Prestasi Kewangan Agensi Negeri Tahun 2016 Negeri Perlis mengandungi laporan bagi Pengesahan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri, Analisis Kewangan Kerajaan Negeri, Rancangan Pembangunan Kerajaan Negeri, Penyerahan, Pengesahan, Pembentangan Penyata Kewangan dan Prestasi Kewangan Agensi Negeri serta Pembentangan Laporan Ketua Audit Negara dan Mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negeri. Laporan mengenai Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi yang biasanya dilaporkan dalam Laporan ini telah dilaporkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara mengenai Pengurusan Aktiviti/Kewangan Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Perlis Tahun 2016 Siri 1. 2. Perkara 106 dan 107 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957 menghendaki Ketua Audit Negara mengaudit Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan/Negeri/Agensi dan mengemukakan Laporan mengenainya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis. Seri Paduka Baginda Yang di-pertuan Agong akan menitahkan supaya Laporan itu dibentangkan di Parlimen manakala Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis akan memperkenankan untuk dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Perlis. 3. Laporan mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Perlis Tahun 2016 disediakan hasil daripada pengauditan yang dijalankan di Pejabat Perbendaharaan Negeri dan beberapa Jabatan/Agensi Negeri sepanjang tahun 2016. Bagi tujuan pengesahan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Perlis Tahun 2016, pengauditan terhadap sistem perakaunan dan dokumen yang berkaitan dengan terimaan dan bayaran telah dijalankan di Pejabat Perbendaharaan Negeri. 4. Pengauditan dijalankan adalah bertujuan untuk memberi pendapat sama ada Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Perlis bagi tahun berkenaan menggambarkan kedudukan yang benar dan saksama serta rekod perakaunan mengenainya telah diselenggarakan dengan teratur dan kemas kini. Pengauditan adalah dibuat dengan berpandukan kepada Akta Audit 1957 dan piawaian pengauditan yang diluluskan serta International Standards of Supreme Audit Institutions (ISSAI) 1000. LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 vii

5. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pegawai Jabatan/Agensi Negeri Perlis yang telah memberikan kerjasama kepada pegawai saya sepanjang pengauditan dijalankan. Saya juga ingin melahirkan penghargaan dan terima kasih kepada pegawai saya yang telah berusaha gigih serta memberikan sepenuh komitmen untuk menyiapkan Laporan ini. (TAN SRI DR. MADINAH BINTI MOHAMAD) Ketua Audit Negara Malaysia Putrajaya 11 Oktober 2017 LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 viii

INTISARI LAPORAN

BAHAGIAN I - PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI PERLIS BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2016 1. Pada keseluruhannya, Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Perlis tahun 2016 telah menunjukkan gambaran yang benar dan saksama terhadap kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Perlis bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Perlis bagi tahun berakhir 31 Disember 2016 telah dapat disahkan kerana rekod dan dokumen sokongan adalah mencukupi untuk mengesahkan semua butiran dalam Penyata Kedudukan Kewangan, Penyata Penerimaan dan Pembayaran Wang Tunai, Penyata Prestasi Kewangan, Penyata Akaun Memorandum dan Nota Kepada Penyata Kewangan. BAHAGIAN II - ANALISIS KEWANGAN KERAJAAN NEGERI 2. Secara keseluruhannya, kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Perlis pada 31 Disember tahun 2016 adalah kurang memuaskan. Baki Kumpulan Wang Disatukan telah meningkat sejumlah RM2.92 juta menjadi RM19.59 juta. Defisit Akaun Hasil Disatukan terus meningkat sejumlah RM22.42 juta menjadi RM406.98 juta. Kutipan hasil bagi tahun 2016 meningkat sejumlah RM22.25 juta menjadi RM109.93 juta, manakala perbelanjaan mengurus menurun sejumlah RM2.79 juta menjadi RM132.35 juta. Hutang Awam Kerajaan Negeri meningkat sejumlah RM2.44 juta menjadi RM394.34 juta. Tunggakan bayaran balik pinjaman yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan meningkat sejumlah RM14.43 juta menjadi RM219.59 juta. Akaun Belum Terima meningkat sejumlah RM3.34 juta menjadi RM26.75 juta manakala Tunggakan Bayaran Balik Pinjaman daripada Agensi Negeri meningkat sejumlah RM3.74 juta menjadi RM79.09 juta. BAHAGIAN III - RANCANGAN PEMBANGUNAN KERAJAAN NEGERI 3. Prestasi pelaksanaan projek pembangunan bagi tahun 2016 adalah sangat baik. Sejumlah RM37.61 juta daripada RM41.55 juta peruntukan pembangunan yang diluluskan bagi tahun 2016 telah dibelanjakan oleh enam (6) Jabatan/Pejabat. Sebanyak 836 daripada 841 projek pembangunan yang dirancang telah siap dilaksanakan pada tahun 2016, manakala empat (4) projek dalam pelaksanaan dan satu (1) projek ditangguhkan. LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 xi

BAHAGIAN IV - PENYERAHAN, PENGESAHAN, PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN DAN PRESTASI KEWANGAN AGENSI NEGERI 4. Penyediaan dan penyerahan Penyata Kewangan Tahun 2016 oleh Agensi Negeri kepada Jabatan Audit Negara adalah baik. Setakat 30 Jun 2017, semua Agensi Negeri telah memberikan komitmen yang baik dengan mengemukakan Penyata Kewangan Tahun 2016 kepada Jabatan Audit Negara untuk tujuan pengauditan. Penyata Kewangan Agensi Negeri Tahun 2015 telah dikeluarkan Laporan Ketua Audit Negara melibatkan enam (6) Laporan Tanpa Teguran dan dua (2) Laporan Berteguran. Sebanyak tujuh (7) Penyata Kewangan Tahun 2015 bagi tujuh (7) Agensi Negeri telah dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Perlis. 5. Tiga (3) Agensi Negeri mencatatkan defisit dalam Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan Tahun 2016. Majlis Perbandaran Kangar (MPK) mencatatkan defisit tertinggi berjumlah RM13.90 juta, diikuti Yayasan Islam Perlis (YIPs) berjumlah RM2.13 juta dan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis (PPANPs) berjumlah RM0.04 juta. Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) mencatatkan surplus tertinggi berjumlah RM6.25 juta, diikuti Majlis Sukan Negeri Perlis (MSNPs) berjumlah RM0.77 juta. MPK dan YIPs mencatatkan lebihan dalam Aset Semasa Bersih tertinggi masing-masing berjumlah RM12.55 juta dan RM7.06 juta, manakala PKENPs mencatatkan Liabiliti Semasa Bersih berjumlah RM20.74 juta. Tunggakan bayaran balik pinjaman Kerajaan oleh PKENPs berjumlah RM83.50 juta atau 70.8% daripada keseluruhan Liabiliti Semasanya yang berjumlah RM117.89 juta. BAHAGIAN V - PEMBENTANGAN LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA DAN MESYUARAT JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG AWAM NEGERI 6. Laporan Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Akaun Agensi Negeri Perlis bagi tahun 2015 telah dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Perlis pada 11 April 2017. Pada tahun 2016, Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Negeri Perlis (Jawatankuasa) telah bermesyuarat sebanyak tiga (3) kali, iaitu pada 24 Jun 2016, 8 November 2016 dan 17 November 2016 bagi membincangkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2014 Siri 1 dan Siri 3, LKAN Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Perlis Tahun 2014. Laporan Jawatankuasa ini kemudiannya telah dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Perlis pada 6 Disember 2016. LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 xii

Bahagian I Pengesahan PenyATA Kewangan Kerajaan Negeri Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2016

PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI PERLIS BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2016 1. PENDAHULUAN 1.1. Seksyen 16(1), Akta Tatacara Kewangan, 1957 menghendaki Pihak Berkuasa Kewangan Negeri menyediakan Penyata Kewangan secepat mungkin selepas penutupan akaun bagi tahun berkenaan. Penyata tersebut hendaklah dikemukakan kepada Ketua Audit Negara dalam tempoh tujuh (7) bulan selepas berakhirnya tahun kewangan berkenaan untuk diaudit seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 9, Akta Audit 1957. 1.2. Selaras dengan peruntukan undang-undang tersebut, Pegawai Kewangan Negeri telah mengemukakan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Perlis bagi tahun berakhir 31 Disember 2016 kepada Jabatan Audit Negara pada 10 Januari 2017. Penyata tersebut melaporkan semua urus niaga kewangan asas tunai bagi tahun 2016 berkaitan dengan sumber dan penggunaan wang awam. Penyata tersebut mengandungi Penyata Kedudukan Kewangan, Penyata Penerimaan dan Pembayaran Wang Tunai, Penyata Prestasi Kewangan, Penyata Akaun Memorandum dan Nota Kepada Penyata Kewangan. 1.3. Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. 1.4. Penyata Kedudukan Kewangan menunjukkan pegangan Wang Awam Kerajaan terdiri daripada wang tunai dan pelaburan yang dipegang bagi Kumpulan Wang Disatukan melalui Akaun Hasil Disatukan, Akaun Pinjaman Disatukan dan Akaun Amanah Disatukan. Selaras dengan asas perakaunan tunai ubah suai yang diguna pakai oleh Kerajaan Negeri, hanya pelaburan yang dipegang bagi maksud amanah tertentu dilaporkan dalam Penyata Kedudukan Kewangan. Pelaburan lain pula dilaporkan dalam Penyata Akaun Memorandum. 1.5. Penyata Penerimaan dan Pembayaran Wang Tunai menunjukkan penerimaan dan pembayaran bagi tahun 2016. Penerimaan adalah terdiri daripada hasil, pinjaman, penerimaan modal dan penerimaan lain seperti amanah dan deposit. Pembayaran pula adalah untuk membiayai perbelanjaan mengurus, pembangunan, modal dan bayaran balik pinjaman. 1.6. Penyata Prestasi Kewangan menunjukkan lebihan atau kurangan hasil keseluruhan berbanding jumlah perbelanjaan mengurus dan pembangunan serta LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 3

sumber pembiayaannya. Penyata ini juga menunjukkan pergerakan dana dalam Pinjaman, Terimaan Balik Pinjaman dan Pelbagai Terimaan serta Perubahan Tunai, Pelaburan dan Amanah. 1.7. Penyata Akaun Memorandum adalah penyata yang menunjukkan sebahagian aset kewangan dan liabiliti Kerajaan Negeri yang tidak ditunjukkan dalam Penyata Kedudukan Kewangan. Aset Kerajaan Negeri terdiri daripada Pinjaman Boleh Dituntut dan Pelaburan. Manakala Liabiliti terdiri daripada Hutang Awam iaitu pinjaman yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan. 1.8. Nota Kepada Penyata Kewangan pula memberi penerangan dan maklumat terperinci mengenai jumlah yang ditunjukkan dalam penyata kewangan. 2. OBJEKTIF DAN METODOLOGI PENGAUDITAN 2.1. Pengauditan terhadap Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi tahun berakhir 31 Disember 2016 adalah untuk memberi pendapat sama ada penyata tersebut telah menggambarkan kedudukan kewangan yang benar dan saksama serta rekod perakaunan yang berkaitan telah diselenggarakan dengan teratur dan kemas kini. 2.2. Pengauditan terhadap sistem perakaunan dan dokumen dijalankan secara berterusan sepanjang tahun 2016. Teguran Audit mengenainya telah dibangkitkan dengan pihak Perbendaharaan Negeri dan Jabatan Negeri melalui surat pemerhatian Audit sebaik sahaja pengauditan selesai dijalankan. 2.3. Exit Conference bersama YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Pegawai Kewangan Negeri Perlis dan Ketua-Ketua Jabatan/Agensi Negeri telah diadakan pada 4 Mei 2017. 3. PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI PERLIS BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2016 3.1. Pengauditan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri telah dilaksanakan mengikut Akta Audit 1957 dan piawaian pengauditan yang diluluskan serta International Standards of Supreme Audit Institutions (ISSAI) 1000. Akta dan piawaian tersebut menghendaki pengauditan dirancang dan dilaksanakan bagi mendapat kepastian yang munasabah sama ada penyata kewangan adalah bebas daripada kesilapan dan ketinggalan yang ketara. Pengauditan itu termasuk memeriksa rekod secara semak uji, menyemak bukti yang menyokong angka dan memastikan penzahiran yang mencukupi dalam persembahan penyata kewangan. LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 4

3.2. Persembahan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Perlis bagi tahun 2016 adalah selaras dengan Piawaian Perakaunan Kerajaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia pada bulan Disember 2011. Pada pendapat Audit, Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Perlis pada keseluruhannya menunjukkan gambaran yang benar dan saksama mengenai kedudukan kewangan Kerajaan Negeri bagi tahun berakhir 31 Disember 2016 dan rekod perakaunannya telah diselenggarakan dengan teratur dan kemas kini. Laporan Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri yang disertakan bersama dengan Pernyataan Pegawai Kewangan Negeri dan Bendahari Negeri, Penyata Kedudukan Kewangan, Penyata Penerimaan dan Pembayaran Wang Tunai, Penyata Prestasi Kewangan, Penyata Akaun Memorandum dan Nota Kepada Penyata Kewangan adalah seperti di Lampiran I hingga Lampiran VII. LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 5

Bahagian II Analisis Kewangan Kerajaan Negeri

ANALISIS KEWANGAN KERAJAAN NEGERI 4. LATAR BELAKANG Jabatan Audit Negara di samping mengesahkan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Perlis Tahun 2016, juga membuat analisis terhadap data kewangan bagi menilai tahap prestasi kewangan Kerajaan Negeri. Analisis yang dijalankan adalah berdasarkan kepada Penyata Kedudukan Kewangan, Penyata Penerimaan dan Pembayaran Wang Tunai, Penyata Prestasi Kewangan, Penyata Akaun Memorandum dan Nota Kepada Penyata Kewangan. 4.1. KEDUDUKAN KEWANGAN KERAJAAN NEGERI Penyata Kewangan Kerajaan Negeri ini menunjukkan pegangan Wang Awam di bawah Kumpulan Wang Disatukan. Wang Awam terdiri daripada Wang Tunai dan Pelaburan yang dipegang bagi Kumpulan Wang Disatukan melalui Akaun Hasil Disatukan, Akaun Pinjaman Disatukan dan Akaun Amanah Disatukan. 4.2. KUMPULAN WANG DISATUKAN 4.2.1. Kumpulan Wang Disatukan terdiri daripada tiga (3) akaun iaitu Akaun Hasil Disatukan, Akaun Pinjaman Disatukan dan Akaun Amanah Disatukan. Pada tahun 2016, Kumpulan Wang Disatukan mencatat peningkatan berjumlah RM2.92 juta atau 17.5% kepada RM19.59 juta berbanding RM16.67 juta pada tahun 2015. Kedudukan Kumpulan Wang Disatukan pada tahun 2015 dan 2016 adalah seperti di Jadual 4.1. BIL. JADUAL 4.1 KEDUDUKAN KUMPULAN WANG DISATUKAN PADA TAHUN 2015 DAN 2016 BUTIRAN TAHUN PERUBAHAN 2015 2016 (%) 1. Akaun Hasil Disatukan -384.56-406.98-22.42 5.8 2. Akaun Pinjaman Disatukan 0.00 0.00 0.00 0.0 3. Akaun Amanah Disatukan terdiri daripada: 401.23 426.57 25.34 6.3 i) Kumpulan Wang Amanah Kerajaan: Kumpulan Wang Pembangunan 23.92 12.94-10.98-45.9 Kumpulan Wang Amanah Bekalan Air 0.10 0.00-0.10-100.0 Pelbagai Kumpulan Wang Amanah Kerajaan 277.96 320.12 42.16 15.2 ii) Kumpulan Wang Amanah Awam 62.47 51.43-11.04-17.7 iii) Akaun Wang Deposit 36.78 42.08 5.30 14.4 JUMLAH 16.67 19.59 2.92 17.5 Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 9

4.2.2. Kedudukan Kumpulan Wang Disatukan bagi tahun 2012 hingga 2016 adalah seperti di Jadual 4.2. JADUAL 4.2 KEDUDUKAN KUMPULAN WANG DISATUKAN BAGI TAHUN 2012 HINGGA 2016 TAHUN BIL. BUTIRAN 2012 2013 2014 2015 2016 1. Akaun Hasil Disatukan -207.29-242.56-307.26-384.56-406.98 2. Akaun Pinjaman Disatukan 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 3. Akaun Amanah Disatukan terdiri daripada: 249.91 342.45 350.12 401.23 426.57 i) Kumpulan Wang Amanah Kerajaan: Kumpulan Wang Pembangunan 11.73 27.96 14.05 23.92 12.94 Kumpulan Wang Amanah Bekalan Air -28.14-31.09 0.10 0.10 0.00 Pelbagai Kumpulan Wang Amanah Kerajaan 106.81 107.25 243.64 277.96 320.12 ii) Kumpulan Wang Amanah Awam 115.81 201.07 53.47 62.47 51.43 iii) Akaun Wang Deposit 43.70 37.26 38.86 36.78 42.08 JUMLAH 42.62 99.89 42.86 16.67 19.59 Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2012 hingga 2016 4.3. AKAUN HASIL DISATUKAN 4.3.1. Akaun Hasil Disatukan merupakan penyata yang mengakaunkan semua urus niaga terimaan hasil dan perbelanjaan mengurus Kerajaan Negeri. Akaun ini ditubuhkan mengikut Perkara 97 dan Perkara 98, Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 7(a), Akta Tatacara Kewangan 1957. 4.3.2. Pada tahun 2016, Akaun Hasil Disatukan Kerajaan Negeri mencatatkan defisit berjumlah RM22.42 juta, penurunan sejumlah RM54.88 juta atau 71.0% berbanding defisit RM77.30 juta pada tahun 2015. Defisit ini berpunca daripada perbelanjaan mengurus berjumlah RM132.35 juta, iaitu melebihi kutipan hasil berjumlah RM109.93 juta. Baki defisit Akaun Hasil Disatukan meningkat sejumlah RM22.42 juta atau 5.8% menjadi RM406.98 juta berbanding RM384.56 juta pada tahun 2015. Kedudukan Akaun Hasil Disatukan pada tahun 2015 dan 2016 adalah seperti di Jadual 4.3. LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 10

JADUAL 4.3 AKAUN HASIL DISATUKAN PADA TAHUN 2015 DAN 2016 BUTIRAN TAHUN PERUBAHAN 2015 2016 (%) Baki Pada 1 Januari -307.26-384.56-77.30 25.2 Hasil 87.68 109.93 22.25 25.4 Perbelanjaan Mengurus 135.14 132.35-2.79-2.1 Pindahan Ke Dalam Kumpulan Wang Pembangunan 29.84 0.00-29.84-100.0 Defisit -77.30-22.42 54.88-71.0 BAKI PADA 31 DISEMBER -384.56-406.98-22.42 5.8 Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2015 dan 2016 4.3.3. Prestasi Akaun Hasil Disatukan pada tahun 2012 hingga 2016 adalah seperti di Jadual 4.4 dan Carta 4.1. JADUAL 4.4 AKAUN HASIL DISATUKAN PADA TAHUN 2012 HINGGA 2016 BUTIRAN 2012 2013 TAHUN 2014 2015 2016 Baki Pada 1 Januari -173.34-207.29-242.56-307.26-384.56 Hasil 127.35 143.82 168.04 87.68 109.93 Perbelanjaan Mengurus 130.32 146.15 229.45 135.14 132.35 Pindahan ke Kumpulan Wang Pembangunan 30.98 32.94 3.29 29.84 0.00 Defisit -33.95-35.27-64.70-77.30-22.42 BAKI PADA 31 DISEMBER -207.29-242.56-307.26-384.56-406.98 Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2012 hingga 2016 RM Juta 220 CARTA 4.1 AKAUN HASIL DISATUKAN PADA TAHUN 2012 HINGGA 2016 140 60-20 127.35 161.30 143.82 179.09 168.04 232.74 87.68 164.98 109.93 132.35-100 -180-207.29-242.56-260 -307.26-340 -384.56-406.98-420 -500 2012 2013 2014 2015 2016 Tahun Hasil Perbelanjaan Mengurus (termasuk pindahan ke dalam Kumpulan Wang Pembangunan) Akaun Hasil Disatukan Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2012 hingga 2016 LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 11

4.3.4. Analisis trend bagi tahun 2013 hingga 2015 mendapati defisit Akaun Hasil Disatukan mencatat peningkatan berturut-turut untuk tempoh lima (5) tahun. Pada tahun 2016, Kerajaan Negeri mencatatkan defisit Akaun Hasil Disatukan yang tertinggi pernah direkodkan iaitu berjumlah RM406.98 juta. 4.3.5. Hasil 4.3.5.1. Akaun Hasil Disatukan mengandungi tiga (3) kategori hasil iaitu Hasil Cukai, Hasil Bukan Cukai dan Terimaan Bukan Hasil. Pada tahun 2016, hasil yang dikutip oleh Kerajaan Negeri berjumlah RM109.93 juta atau 156.4% berbanding anggaran yang diluluskan berjumlah RM70.28 juta. Prestasi kutipan hasil berbanding anggaran Kerajaan Negeri bagi tahun 2016 adalah seperti di Jadual 4.5. BIL. JADUAL 4.5 PRESTASI KUTIPAN HASIL BERBANDING ANGGARAN KERAJAAN NEGERI BAGI TAHUN 2016 BUTIRAN HASIL ANGGARAN TAHUN 2016 SEBENAR (%) 1. Hasil Cukai 16.93 19.44 114.8 2. Hasil Bukan Cukai 24.67 20.50 83.1 3. Terimaan Bukan Hasil 28.68 69.99 244.0 JUMLAH 70.28 109.93 156.4 Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2016 4.3.5.2. Pada keseluruhannya, hasil yang dikutip oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2016 berjumlah RM109.93 juta, iaitu meningkat sejumlah RM22.25 juta atau 25.4% berbanding RM87.68 juta pada tahun 2015 seperti yang ditunjukkan di Jadual 4.6. BIL. JADUAL 4.6 KUTIPAN HASIL KERAJAAN NEGERI BAGI TAHUN 2015 DAN 2016 KATEGORI TAHUN PENURUNAN 2015 2016 (%) 1. Hasil Cukai 13.55 19.44 5.89 43.5 2. Hasil Bukan Cukai 30.20 20.50-9.70-32.1 3. Terimaan Bukan Hasil 43.93 69.99 26.06 59.3 JUMLAH 87.68 109.93 22.25 25.4 Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2015 dan 2016 4.3.5.3. Analisis Audit mendapati lima (5) butiran hasil yang mencatatkan peningkatan ketara bagi tahun 2016 berbanding 2015 adalah seperti di Jadual 4.7. LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 12

BIL. JADUAL 4.7 PENINGKATAN HASIL YANG KETARA BAGI TAHUN 2016 BERBANDING 2015 BUTIRAN HASIL TAHUN PENINGKATAN 2015 2016 (%) PUNCA 1. Pemberian Berdasarkan Kurangan Hasil 8.51 40.14 31.63 371.7 Pertambahan terimaan geran daripada Kerajaan Persekutuan disebabkan defisit hasil pada tahun 2015. 2. Sewa Bangunan Yang Lain 1.28 6.30 5.02 392.2 Terimaan bayaran tunggakan sewa bangunan di Wang Ulu daripada UniMAP. 3. Cukai Tanah Semasa 10.07 14.59 4.52 44.9 Kenaikan kadar cukai tanah mulai tahun 2016. 4. Cukai Tanah Tahun Pertama 0.06 1.15 1.09 1,816.7 Peningkatan jumlah pemberian dan permohonan tanah. 5. Cukai Tanah -Tunggakan 0.82 1.43 0.61 74.4 Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2015 dan 2016 Peningkatan jumlah pembayaran oleh pemilik tanah. 4.3.5.4. Sementara itu, lima (5) butiran hasil yang mencatatkan penurunan ketara bagi tahun 2016 berbanding 2015 adalah seperti di Jadual 4.8. BIL. JADUAL 4.8 PENURUNAN HASIL YANG KETARA BAGI TAHUN 2016 BERBANDING 2015 BUTIRAN HASIL TAHUN PENURUNAN 2015 2016 (%) PUNCA 1. 2. 3. Premium Tanah Yang Lain Bayaran Perkhidmatan Yang Lain Pemberian Pertambahan Hasil Bahagian 1 8.08 1.55-6.53-80.8 2.98 0.73-2.25-75.5 2.97 - -2.97-100.0 4. Denda dan Hukuman 2.00 - -2.00-100.0 Bayaran Pelbagai Permit 5. 1.86 0.57-1.29-69.4 Yang Lain Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2015 dan 2016 Pengurangan jumlah kes perolehan tanah untuk pembangunan. Kod hasil baharu diwujudkan oleh Jabatan Tanah Dan Galian Negeri Perlis. Kerajaan Persekutuan tidak menyalurkan geran pada tahun semasa. Tiada denda dan hukuman dikenakan. Projek Koridor Utara di Rimba Mas ditamatkan. 4.3.5.5. Analisis perbandingan bagi tahun 2012 hingga 2016 menunjukkan peningkatan kutipan hasil bagi tahun 2013 dan 2014 manakala menurun bagi tahun 2015 dan meningkat semula bagi tahun 2016. Kedudukan kutipan hasil bagi tahun 2012 hingga 2016 adalah seperti di Jadual 4.9 dan Carta 4.2. LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 13

BIL. JADUAL 4.9 KUTIPAN HASIL KERAJAAN NEGERI BAGI TAHUN 2012 HINGGA 2016 KATEGORI 2012 2013 TAHUN 2014 2015 2016 1. Hasil Cukai 12.49 12.47 12.49 13.55 19.44 2. Hasil Bukan Cukai 47.62 62.27 79.03 30.20 20.50 3. Terimaan Bukan Hasil 67.24 69.08 76.52 43.93 69.99 JUMLAH 127.35 143.82 168.04 87.68 109.93 Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2012 hingga 2016 RM Juta CARTA 4.2 KUTIPAN HASIL KERAJAAN NEGERI BAGI TAHUN 2012 HINGGA 2016 100 127.35 143.82 168.04 87.68 109.93 10 12.49 47.62 67.24 12.47 62.27 69.08 12.49 79.03 76.52 13.55 30.20 43.93 19.44 20.50 69.99 1 0 2012 2013 2014 2015 2016 Tahun Hasil Cukai Hasil Bukan Cukai Terimaan Bukan Hasil Jumlah Hasil Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2012 hingga 2016 4.3.5.6. Penyumbang utama hasil Kerajaan Negeri bagi tahun 2016 terdiri daripada Geran Pemberian Kerajaan Persekutuan, Cukai Tanah Semasa, Sewa Bangunan, Permit Batu Kapur dan Premium Tanah. Kesemua hasil ini menyumbang sejumlah RM95.70 juta atau 87.1% daripada keseluruhan hasil dalam tahun 2016 berbanding RM63.45 juta pada tahun 2015 dengan peningkatan sejumlah RM32.25 juta atau 50.8%. Analisis trend penyumbang utama hasil Kerajaan Negeri bagi tahun 2012 hingga 2016 menunjukkan Geran Pemberian Kerajaan Persekutuan adalah penyumbang utama diikuti dengan Premium Tanah Yang Lain dan Cukai Tanah Semasa. Penyumbang hasil utama Kerajaan Negeri untuk tempoh dua (2) tahun dan analisis trend bagi tempoh lima (5) tahun adalah seperti di Jadual 4.10 dan Jadual 4.11. LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 14

BIL. JADUAL 4.10 PENYUMBANG HASIL UTAMA KERAJAAN NEGERI BAGI TAHUN 2015 DAN 2016 BUTIRAN HASIL TAHUN PERUBAHAN 2015 2016 (%) 1. Geran Pemberian Kerajaan Persekutuan 39.67 69.02 29.35 74.0 2. Cukai Tanah Semasa 10.07 14.59 4.52 44.9 3. Sewa Bangunan 1.28 6.30 5.02 392.2 4. Permit Batu Kapur 4.35 4.24-0.11-2.5 5. Premium Tanah 8.08 1.55-6.53-80.8 JUMLAH 63.45 95.70 32.25 50.8 Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2015 dan 2016 BIL. JADUAL 4.11 ANALISIS TREND PENYUMBANG UTAMA HASIL KERAJAAN NEGERI BAGI TAHUN 2012 HINGGA 2016 BUTIRAN HASIL 2012 2013 TAHUN 2014 2015 2016 1. Geran Pemberian Kerajaan Persekutuan 62.72 65.35 60.53 39.67 69.02 2. Cukai Tanah Semasa 8.43 8.77 8.88 10.07 14.59 3. Sewa Bangunan 4.70 2.15 4.27 1.28 6.30 4. Permit Batu Kapur - - - 4.35 4.24 5. Premium Tanah 10.76 23.55 42.44 8.08 1.55 JUMLAH 86.61 99.82 116.12 63.45 95.70 Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2012 hingga 2016 4.3.6. Perbelanjaan Mengurus 4.3.6.1. Perbelanjaan mengurus terdiri daripada Perbelanjaan Tanggungan dan Perbelanjaan Perbekalan. Perbelanjaan Tanggungan adalah perbelanjaan khusus mengikut Perkara 98 Perlembagaan Persekutuan, iaitu yang dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan seperti bayaran pencen, ganjaran, pampasan dan pembayaran balik hutang awam. Perbelanjaan Perbekalan pula adalah seperti yang diperuntukkan mengikut Perkara 100 dan 101 Perlembagaan Persekutuan bagi membiayai aktiviti dan pengurusan harian Kerajaan Negeri. Pada tahun 2016, perbelanjaan mengurus Kerajaan Negeri berjumlah RM132.35 juta atau 88.3% berbanding anggaran berjumlah RM149.81 juta (tidak termasuk anggaran pindahan ke dalam Kumpulan Wang Pembangunan berjumlah RM8.78 juta). Prestasi Perbelanjaan mengurus berbanding anggaran Kerajaan Negeri pada tahun 2016 adalah seperti di Jadual 4.12. LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 15

BIL. JADUAL 4.12 PRESTASI PERBELANJAAN MENGURUS SEBENAR BERBANDING ANGGARAN KERAJAAN NEGERI BAGI TAHUN 2016 BUTIRAN PERBELANJAAN MENGURUS Anggaran TAHUN 2016 Sebenar (%) 1. Emolumen 48.63 44.90 92.3 2. Perkhidmatan dan Bekalan 63.20 59.63 94.4 3. Aset 2.35 1.53 65.1 4. Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap 33.94 24.62 72.5 5. Perbelanjaan Lain 1.69 1.67 98.8 JUMLAH 149.81 132.35 88.3 Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2016 4.3.6.2. Pada tahun 2016, perbelanjaan mengurus Kerajaan Negeri telah menurun sejumlah RM2.79 juta atau 2.1% menjadi RM132.35 juta berbanding RM135.14 juta bagi tahun 2015 adalah seperti di Jadual 4.13. BIL. JADUAL 4.13 PERBELANJAAN MENGURUS BAGI TAHUN 2015 DAN 2016 BUTIRAN PERBELANJAAN MENGURUS TAHUN PERUBAHAN 2015 2016 (%) 1. Emolumen 43.45 44.90 1.45 3.3 2. Perkhidmatan dan Bekalan 63.77 59.63-4.14-6.5 3. Aset 3.12 1.53-1.59-51.0 4. Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap 24.26 24.62 0.36 1.5 5. Perbelanjaan Lain 0.54 1.67 1.13 209.3 JUMLAH 135.14 132.35-2.79-2.1 Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2015 dan 2016 4.3.6.3. Penurunan ketara perbelanjaan mengurus bagi tahun 2016 berbanding 2015 adalah seperti di Jadual 4.14. BIL. JADUAL 4.14 PENURUNAN KETARA PERBELANJAAN MENGURUS BAGI TAHUN 2016 BERBANDING 2015 BUTIRAN PERBELANJAAN MENGURUS TAHUN PENURUNAN 2015 2016 (%) PUNCA 1. Perhubungan dan Utiliti 14.87 8.36 6.51 43.8 Pemberhentian bayaran bil elektrik bagi Syarikat Air Perlis Sdn. Bhd. 2. Faedah dan Dividen Hutang 5.46 1.67 3.79 69.4 Pengurangan caruman kepada NGO. 3. Harta Modal-Harta Modal Yang Lain 1.99 0.75 1.24 62.3 4. Faedah-Faedah Kewangan Yang lain 1.46 0.29 1.17 80.1 Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Tahun 2015 dan 2016 Pengurangan pembelian aset kenderaan. Pemberhentian caruman kepada Syarikat Air Perlis Sdn. Bhd. LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 16

4.3.6.4. Sementara itu, peningkatan ketara perbelanjaan mengurus bagi tahun 2016 berbanding 2015 adalah seperti di Jadual 4.15. BIL. JADUAL 4.15 PENINGKATAN KETARA PERBELANJAAN MENGURUS BAGI TAHUN 2016 BERBANDING 2015 BUTIRAN PERBELANJAAN MENGURUS TAHUN PENINGKATAN 2015 2016 (%) PUNCA 1. Elaun Tetap 10.21 12.2 1.99 19.5 Pelarasan dan kenaikan Imbuhan Tetap Perumahan pegawai Gred 40 dan ke bawah. 2. Pencen 4.18 5.89 1.71 41.0 Pelarasan pencen ADUN/ Terbitan. 3. Perkhidmatan Ikhtisas dan Perkhidmatan Lain Yang Diiktiraf 21.83 23.48 1.65 7.6 Pertambahan bayaran gaji pegawai sambilan dan kontrak. 4. Pemberian Dalam Negeri 14.53 16.05 1.52 10.5 Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2015 dan 2016 Bayaran Gantian Cuti Rehat kepada pesara. 4.3.6.5. Analisis perbandingan perbelanjaan mengurus bagi tahun 2012 hingga 2016 menunjukkan peningkatan bagi tahun 2013 hingga 2014 dan menurun bagi tahun 2015 dan 2016. Kedudukan perbelanjaan mengurus bagi tahun 2012 hingga 2016 adalah seperti di Jadual 4.16 dan Carta 4.3. JADUAL 4.16 PERBELANJAAN MENGURUS KERAJAAN NEGERI BAGI TAHUN 2012 HINGGA 2016 BIL. BUTIRAN PERBELANJAAN MENGURUS 2012 2013 TAHUN 2014 2015 2016 1. Emolumen 38.23 39.59 42.78 43.45 44.90 2. Perkhidmatan dan Bekalan 46.39 50.47 55.98 63.77 59.63 3. Aset 3.23 2.55 47.53 3.12 1.53 4. Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap 41.92 53.40 82.99 24.26 24.62 5. Perbelanjaan Lain 0.55 0.14 0.17 0.54 1.67 JUMLAH 130.32 146.15 229.45 135.14 132.35 Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2012 hingga 2016 LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 17

CARTA 4.3 PERBELANJAAN MENGURUS KERAJAAN NEGERI BAGI TAHUN 2012 HINGGA 2016 RM Juta 130.32 146.15 229.45 135.14 132.35 40 38.23 46.39 41.92 39.59 50.47 53.40 42.78 55.98 47.53 82.99 43.45 63.77 24.26 44.90 59.63 24.62 2 3.23 2.55 3.12 0.54 1.53 1.67 0 0.55 0.14 0.17 2012 2013 2014 2015 2016 Tahun Emolumen Perkhidmatan dan Bekalan Aset Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap Perbelanjaan Lain Jumlah Perbelanjaan Mengurus Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2012 hingga 2016 4.4. AKAUN PINJAMAN DISATUKAN 4.4.1. Akaun Pinjaman Disatukan ditubuhkan mengikut kehendak Seksyen 7(b), Akta Tatacara Kewangan 1957. Akaun ini digunakan untuk mengakaunkan semua pinjaman yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan sebelum dipindahkan ke dalam Akaun Kumpulan Wang tertentu. Pada tahun 2016, Kerajaan Negeri menerima pinjaman berjumlah RM4.10 juta daripada Kerajaan Persekutuan untuk membiayai Program Pengurangan Air Tak Terhasil. Wang pinjaman ini kemudiannya telah disalurkan kesemuanya kepada Syarikat Air Perlis Sdn. Bhd. (SAP). Kedudukan baki Akaun Pinjaman Disatukan pada tahun 2015 dan 2016 adalah seperti di Jadual 4.17. JADUAL 4.17 BAKI AKAUN PINJAMAN DISATUKAN PADA TAHUN 2015 DAN 2016 BUTIRAN TAHUN PENINGKATAN 2015 2016 (%) Baki Pada 1 Januari 0.00 0.00 0.00 0.0 Terimaan 2.05 4.10 2.05 100.0 Bayaran 2.05 4.10 2.05 100.0 Baki Pada 31 Disember 0.00 0.00 0.00 0.0 Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2015 dan 2016 LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 18

4.4.2. Kedudukan baki Akaun Pinjaman Disatukan pada tahun 2012 hingga 2016 adalah seperti di Jadual 4.18. JADUAL 4.18 KEDUDUKAN BAKI AKAUN PINJAMAN DISATUKAN PADA TAHUN 2012 HINGGA 2016 BIL. PINJAMAN 2012 2013 TAHUN 2014 2015 2016 1. Projek Bekalan Air 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 2. Projek Perumahan Awam Kos Rendah 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 3. Projek Badan Berkanun Negeri 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 4. Projek Pelbagai 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 Jumlah 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2012 hingga 2016 4.5. AKAUN AMANAH DISATUKAN Akaun Amanah Disatukan adalah sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan yang diwujudkan di bawah Seksyen 7(c), Akta Tatacara Kewangan 1957. Ia terdiri daripada tiga (3) kumpulan wang iaitu Kumpulan Wang Amanah Kerajaan, Kumpulan Wang Amanah Awam dan Akaun Wang Deposit. Akaun ini menguruskan semua wang yang diterima dan dibelanjakan mengikut terma amanah tersebut. Pada akhir tahun 2016, baki Akaun Amanah Disatukan berjumlah RM426.57 juta berbanding RM401.23 juta pada tahun 2015, iaitu peningkatan sejumlah RM25.34 juta atau 6.3%. 4.5.1. Kumpulan Wang Amanah Kerajaan Kumpulan Wang Amanah Kerajaan ditubuhkan di bawah peruntukan Seksyen 10, Akta Tatacara Kewangan 1957 untuk maksud tertentu. Ia terdiri daripada tiga (3) kumpulan wang iaitu Kumpulan Wang Pembangunan, Kumpulan Wang Amanah Bekalan Air dan Pelbagai Kumpulan Wang Amanah. Kumpulan wang ini berbentuk pusingan dan pembayarannya tidak melebihi had peruntukan yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Perlis. 4.5.1.1. Kumpulan Wang Pembangunan a. Kumpulan Wang Pembangunan ditubuhkan di bawah Akta Kumpulan Wang Pembangunan Tahun 1966 (Akta 70). Sumber kewangan bagi kumpulan wang ini terdiri daripada pemberian Kerajaan Persekutuan dan pindahan Akaun Pinjaman Disatukan. Kumpulan Wang Pembangunan hanya boleh dibelanjakan bagi maksud yang ditentukan oleh Akta sahaja. b. Terimaan kumpulan wang pada tahun 2016 yang berjumlah RM26.63 juta adalah terdiri daripada Geran Pemberian Tahap Pembangunan, Ekonomi dan Kesejahteraan Hidup daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM23.31 juta serta terimaan ansuran dan bayaran balik pinjaman LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 19

Perumahan Awam Kos Rendah berjumlah RM3.32 juta. Perbelanjaan pembangunan pada tahun 2016 berjumlah RM37.61 juta menunjukkan penurunan sejumlah RM15.76 juta atau 29.5% berbanding RM53.37 juta pada tahun 2015. Baki terkumpul Kumpulan Wang Pembangunan pada tahun 2016 berjumlah RM12.94 juta telah menurun sejumlah RM10.98 juta atau 45.9% berbanding RM23.92 juta pada tahun 2015. Penurunan ini disebabkan Kerajaan Negeri tidak menerima Geran Pemberian Pertambahan Hasil daripada Kerajaan Persekutuan dan tidak membuat pindahan/caruman daripada Akaun Hasil Disatukan. Baki Kumpulan Wang Pembangunan pada tahun 2016 berbanding 2015 adalah seperti di Jadual 4.19. JADUAL 4.19 BAKI KUMPULAN WANG PEMBANGUNAN PADA TAHUN 2015 DAN 2016 BUTIRAN TAHUN PERUBAHAN 2015 2016 (%) Baki Pada 1 Januari 14.05 23.92 9.87 70.2 Penerimaan 63.24 26.63-36.61-57.9 Perbelanjaan 53.37 37.61-15.76-29.5 Surplus/Defisit 9.87-10.98-20.85-211.2 Baki Pada 31 Disember 23.92 12.94-10.98-45.9 Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2015 dan 2016 c. Peruntukan kewangan bagi perbelanjaan pembangunan pada tahun 2016 adalah berjumlah RM41.55 juta dan sejumlah RM37.61 juta atau 90.52% telah dibelanjakan. Jabatan Kerja Raya mencatatkan penurunan perbelanjaan yang tertinggi berjumlah RM11.80 juta atau 60.9% kepada RM7.57 juta berbanding RM19.37 juta pada tahun 2015. Kedudukan perbelanjaan pembangunan mengikut Jabatan/Pejabat pada tahun 2016 berbanding 2015 adalah seperti di Jadual 4.20. BIL. JADUAL 4.20 PERBELANJAAN PEMBANGUNAN PADA TAHUN 2015 DAN 2016 JABATAN/PEJABAT TAHUN PERUBAHAN 2015 2016 (%) 1. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri 18.26 13.22-5.04-27.6 2. Jabatan Pengairan dan Saliran 6.97 8.63 1.66 23.8 3. Jabatan Kerja Raya 19.37 7.57-11.80-60.9 4. Jabatan Pertanian 5.00 4.79-0.21-4.2 5. Jabatan Perkhidmatan Veterinar 1.31 2.02 0.71 54.2 6. Jabatan Perhutanan 2.46 1.38-1.08-43.9 JUMLAH 53.37 37.61-15.76-29.5 Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2015 dan 2016 LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 20

4.5.1.2. Kumpulan Wang Amanah Bekalan Air a. Kumpulan Wang Amanah Bekalan Air ditubuhkan di bawah Seksyen 3(1) Akta 230 (Akta Kumpulan Wang Bekalan Air). Tujuan penubuhannya adalah untuk membiayai perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan serta penyenggaraan bekalan air. Pada tahun 2016, Kerajaan Negeri telah menutup Akaun Kumpulan Wang Amanah Bekalan Air kerana telah mencapai maksud penubuhannya dan tidak diperlukan lagi. Kerajaan Negeri telah menyerahkan kepada Syarikat Air Perlis Sdn. Bhd. untuk pengurusan air negeri mulai 1 Januari 2015. Baki wang berjumlah RM0.10 juta telah diselaraskan ke dalam Akaun Hasil Disatukan pada tahun 2016 dan Kumpulan Wang Amanah Bekalan Air ini ditutup pada 2 Disember 2016. 4.5.1.3. Pelbagai Kumpulan Wang Amanah Kerajaan Pelbagai Kumpulan Wang Amanah Kerajaan ditubuhkan di bawah Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957. Akaun ini terdiri daripada Akaun Penyelesaian Kerajaan, Akaun Perniagaan, Akaun Pinjaman, Kumpulan Wang Luar Jangka dan Pelbagai Kumpulan Wang. Pada akhir tahun 2016, baki akaun ini meningkat sejumlah RM42.16 juta atau 15.2% kepada RM320.12 juta berbanding RM277.96 juta pada tahun 2015. a. Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalanraya i. Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalanraya diwujudkan oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2014 mengikut Seksyen 10, Akta Tatacara Kewangan 1957. Tujuan Kumpulan Wang Amanah ini adalah untuk merekod pemberian Kerajaan Persekutuan bagi membiayai kos penyenggaraan jalan raya Negeri yang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perlis (JPS), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan Majlis Perbandaran Kangar (MPK). Jumlah pemberian berdasarkan peruntukan Perkara 109(1)(b), Perlembagaan Persekutuan adalah dengan mendarabkan kos purata menyenggara sekilometer jalan Negeri mengikut standard minimum yang ditentukan oleh Kerajaan Persekutuan, selepas berunding dengan Majlis Kewangan Negara, dengan jumlah perbatuan jalan-jalan Negeri yang didaftarkan pada 31 Disember dalam tahun kewangan yang terdahulu. ii. Mengikut Sistem Maklumat Rekod Jalanraya Malaysia (MARRIS), jalan raya Negeri yang disenggara oleh JKR, JPS, SUK dan MPK pada tahun 2016 adalah sepanjang 2,396.832 kilometer seperti yang didaftarkan dalam Sistem MARRIS pada 31 Disember 2016. Terimaan pemberian penyenggaraan jalan raya pada tahun 2016 telah meningkat sejumlah RM1.74 juta atau 6.0% kepada RM30.67 juta berbanding RM28.93 juta pada tahun 2015. Sejumlah RM31.13 juta atau 101.5% LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 21

telah dibelanjakan dengan pecahan perbelanjaan oleh JKR berjumlah RM21.06 juta, JPS berjumlah RM5.03 juta, SUK menerusi Unit Pentadbiran Daerah (UPD) berjumlah RM4.64 juta dan Unit Perumahan dan Kerajaan Tempatan (UPKT) berjumlah RM0.40 juta. Baki akaun ini pada akhir tahun 2016 adalah berjumlah RM111.43 juta berbanding RM111.89 juta pada tahun 2015, iaitu pengurangan berjumlah RM0.46 juta atau 0.4%. Kedudukan terimaan dan perbelanjaan Akaun Amanah ini bagi tahun 2012 hingga 2016 adalah seperti di Jadual 4.21. TAHUN JADUAL 4.21 BAKI KUMPULAN WANG AMANAH PENYELENGGARAAN JALANRAYA PADA TAHUN 2012 HINGGA 2016 BAKI PADA 1 JANUARI TERIMAAN DARIPADA KERAJAAN PERSEKUTUAN PERBELANJAAN SEMASA BAKI PADA 31 DISEMBER PENGGUNAAN (%) 2012 64.30 22.24 7.15 79.39 32.1 2013 79.39 27.12 14.05 92.46 51.8 2014 92.46 28.09 11.22 109.33 39.9 2015 109.33 28.93 26.37 111.89 91.2 2016 111.89 30.67 31.13 111.43 101.5 Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2012 hingga 2016 b. Akaun Pendahuluan Daripada Kerajaan Persekutuan Akaun Pendahuluan daripada Kerajaan Persekutuan merekodkan terimaan dan pembayaran yang dibuat oleh Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan. Pendahuluan yang diterima ini digunakan untuk membiayai perbelanjaan mengurus dan pembangunan Kerajaan Negeri. Pada akhir tahun 2016, baki Akaun Pendahuluan daripada Kerajaan Persekutuan meningkat sejumlah RM46.0 juta atau 34.1% kepada RM180.82 juta berbanding RM134.82 juta pada tahun 2015. Peningkatan ini disebabkan penerimaan pendahuluan baharu berjumlah RM63.0 juta dan bayaran balik melalui off-set oleh Kerajaan Persekutuan berjumlah RM17.0 juta terhadap pemberian geran tahunan. Kedudukan baki pendahuluan pada tahun 2016 adalah yang tertinggi direkodkan oleh Kerajaan Negeri. Kedudukan baki Akaun Pendahuluan daripada Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2012 hingga 2016 adalah seperti di Carta 4.4. LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 22

CARTA 4.4 BAKI AKAUN PENDAHULUAN DARIPADA KERAJAAN PERSEKUTUAN PADA TAHUN 2012 HINGGA 2016 RM Juta 210 180 150 120 90 60 30 74.82 64.82 104.82 134.82 180.82 0 2012 2013 2014 2015 2016 Tahun 2012 2013 2014 2015 2016 Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2012 hingga 2016 4.5.1.4. Kumpulan Wang Amanah Awam a. Kumpulan Wang Amanah Awam ditubuhkan di bawah Seksyen 9, Akta Tatacara Kewangan 1957 yang terdiri daripada Kumpulan Wang Khas Kerajaan Negeri dan Wang Amanah yang diterima bagi maksud tertentu. Pengurusan akaun ini dibuat mengikut Arahan Amanah yang diluluskan oleh Pegawai Kewangan Negeri. b. Pada tahun 2016, baki Kumpulan Wang Amanah Awam menurun sejumlah RM11.04 juta atau 17.7% kepada RM51.43 juta berbanding RM62.47 juta pada tahun 2015. Penurunan ini antaranya disebabkan oleh penutupan dua (2) akaun amanah berjumlah RM3.81 juta dan perbelanjaan tahun semasa. Pada tahun 2016, Kerajaan Negeri telah mewujudkan lima (5) Akaun Amanah baru iaitu, Akaun Amanah Aktiviti Dakwah dan Kemasyarakatan; Akaun Amanah Tadika Islam Perlis; Akaun Amanah Imam Pelapis Negeri Perlis; serta Akaun Amanah Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah (PPMD) dan Fasilitator Pusat Khidmat Keluarga Islam, Sosial dan Komuniti (PKKSK) yang masing-masing di bawah seliaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis manakala Akaun Amanah Penganjuran Perlis Marathon diselia oleh Pejabat Perbendaharaan Negeri. Butiran lanjut lima (5) Akaun Amanah yang baharu diwujudkan ini adalah seperti di Jadual 4.22. LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 23

JADUAL 4.22 AKAUN AMANAH YANG BAHARU DIWUJUDKAN PADA TAHUN 2016 BIL. NAMA AKAUN AMANAH TUJUAN BAKI PADA 31 DISEMBER 2016 1. Akaun Amanah Aktiviti Dakwah dan Kemasyarakatan Menerima peruntukan kewangan dan membuat pembayaran sagu hati kepada mualaf selepas bersyahadah. 0.04 2. Akaun Amanah Tadika Islam Perlis Menerima sumbangan wang dan membuat bayaran bagi pengurusan tadika. 0.04 3. Akaun Amanah Imam Pelapis Negeri Perlis Menerima wang dan membuat pembayaran elaun bulanan Imam Pelapis di Negeri Perlis. 0.03 4. Akaun Amanah Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah (PPMD) Dan Fasilitator Pusat Khidmat Keluarga Islam, Sosial dan Komuniti (PKKSK) Menerima peruntukan kewangan dan membuat bayaran berkaitan penyelarasan PPMD dan PKKSK di Negeri Perlis. 0.11 5. Akaun Amanah Penganjuran Perlis Marathon Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2016 Menerima dan mengeluarkan wang daripada Kerajaan Persekutuan, sektor swasta, individu dan lain-lain sumbangan bagi menjalankan projek/ program/ aktiviti yang berkaitan dengan penganjuran Perlis Marathon. 0.13 c. Pada tahun 2016, Kerajaan Negeri telah menutup Akaun Amanah Sukan Paralimpiad XVII dan Akaun Amanah Pengurusan Syarikat Air Perlis kerana telah mencapai maksud penubuhannya serta tidak diperlukan lagi. Baki wang dalam Akaun Amanah Sukan Paralimpiad XVII yang berjumlah RM3,349 telah dimasukkan ke dalam Akaun Hasil Disatukan. Manakala sejumlah RM3.81 juta dari Akaun Amanah Pengurusan Syarikat Air Perlis telah dikembalikan kepada Syarikat Air Perlis Sdn. Bhd. 4.6. PENYATA PRESTASI KEWANGAN 4.6.1. Penyata Prestasi Kewangan menunjukkan lebihan atau kurangan hasil berbanding perbelanjaan mengurus dan pembangunan serta sumber pembiayaannya. Penyata ini juga menunjukkan pergerakan dana bagi Pinjaman Dalam Negeri, Terimaan Balik Pinjaman dan Pelbagai Terimaan serta Perubahan Tunai, Pelaburan dan Amanah. 4.6.2. Pada tahun 2016, Penyata Prestasi Kewangan mencatatkan defisit RM60.03 juta, iaitu penurunan sejumlah RM70.64 juta atau 54.1% berbanding RM130.67 juta pada tahun 2015. Ia merupakan catatan defisit terendah yang direkodkan oleh Kerajaan Negeri dalam tempoh lima (5) tahun. Hasil Kerajaan Negeri adalah berjumlah RM109.93 juta manakala perbelanjaan mengurus dan pembangunan berjumlah RM169.96 juta. Hasil Kerajaan Negeri meningkat sejumlah RM22.25 juta atau 25.4% kepada RM109.93 juta berbanding RM87.68 juta pada tahun 2015. Perbelanjaan mengurus tahun semasa berjumlah RM132.35 juta menunjukkan penurunan sejumlah RM2.79 juta atau 2.1% berbanding LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 24

RM135.14 juta pada tahun 2015. Perbelanjaan pembangunan juga mencatatkan penurunan sejumlah RM15.76 juta atau 29.5% kepada RM37.61 juta berbanding RM53.37 juta pada tahun 2015. Tiada pindahan wang ke dalam Kumpulan Wang Pembangunan pada tahun 2016 berbanding RM29.84 juta pada tahun 2015. 4.6.3. Kerajaan Negeri menampung defisit tersebut melalui Geran Pemberian Tahap Pembangunan, Ekonomi dan Kesejahteraan Hidup daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM23.31 juta, Terimaan Ansuran Perumahan Awam dan Jualan Perumahan Awam Kos Rendah berjumlah RM3.32 juta, selain perubahan dalam wang tunai, pelaburan dan Kumpulan Wang Amanah yang berjumlah RM33.40 juta. Kedudukan Penyata Prestasi Kewangan pada tahun 2015 dan 2016 adalah seperti di Jadual 4.23. JADUAL 4.23 KEDUDUKAN PENYATA PRESTASI KEWANGAN PADA TAHUN 2015 DAN 2016 BUTIRAN TAHUN PERUBAHAN 2015 2016 (%) Hasil 87.68 109.93 22.25 25.4 Perbelanjaan Mengurus 135.14 132.35-2.79-2.1 Perbelanjaan Pembangunan 53.37 37.61-15.76-29.5 Pindahan ke dalam Kumpulan Wang Pembangunan 29.84 0.00-29.84-100.0 Kurangan dibiayai oleh: DEFISIT -130.67-60.03 70.64-54.1 Terimaan Balik Pinjaman dan Pelbagai Terimaan 63.24 26.63-36.61-57.9 Perubahan Tunai dan Amanah 67.43 33.40-34.03-50.5 JUMLAH 130.67 60.03-70.64-54.1 Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2015 dan 2016 4.7. PENYATA AKAUN MEMORANDUM Penyata Akaun Memorandum ialah penyata yang menunjukkan aset dan liabiliti Kerajaan Negeri yang boleh dilupus atau dilunaskan pada masa akan datang serta tidak dilaporkan dalam Penyata Kedudukan Kewangan. Penyata ini terdiri daripada Penyata Akaun Memorandum Aset dan Penyata Akaun Memorandum Liabiliti. Penyata Akaun Memorandum Aset menunjukkan kedudukan pinjaman yang boleh dituntut daripada Agensi Negeri, pelaburan dan deposit berkanun. Manakala Penyata Akaun Memorandum Liabiliti menunjukkan baki hutang awam Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan yang belum diselesaikan pada penutupan tahun kewangan dan pelbagai liabiliti. 4.7.1. Pinjaman Boleh Dituntut 4.7.1.1. Pinjaman Boleh Dituntut adalah pinjaman yang diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada Agensi Negeri dengan menggunakan sumber Kerajaan Negeri atau pinjaman yang diperoleh daripada Kerajaan Persekutuan. Pada LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 25

tahun 2016, baki Pinjaman Boleh Dituntut meningkat sejumlah RM3.72 juta atau 3.6% kepada RM106.37 juta berbanding RM102.65 juta pada tahun 2015. Ia merupakan Pinjaman Boleh Dituntut yang dikeluarkan kepada Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) dan Syarikat Air Perlis Sdn. Bhd. (SAP). Pada tahun 2016, PKENPs membuat pembayaran balik pinjaman berjumlah RM0.38 juta manakala SAP menerima pinjaman berjumlah RM4.10 juta. Bagaimanapun, perjanjian pinjaman kepada SAP berjumlah RM6.15 juta masih belum meterai. Tiada pinjaman baharu diberikan kepada PKENPs pada tahun 2016. 4.7.1.2. Analisis perbandingan baki pinjaman boleh dituntut pada tahun 2012 hingga 2016 menunjukkan peningkatan pada tahun 2013, 2014 dan 2016 tetapi menurun pada tahun 2015. Kedudukan baki Pinjaman Boleh Dituntut pada tahun 2012 hingga 2016 adalah seperti di Jadual 4.24. BIL. JADUAL 4.24 BAKI PINJAMAN BOLEH DITUNTUT OLEH KERAJAAN NEGERI PADA TAHUN 2012 HINGGA 2016 AGENSI NEGERI 2012 2013 TAHUN 2014 2015 2016 1. Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis 98.44 99.61 103.50 100.60 100.22 2. Syarikat Air Perlis Sdn. Bhd. 0.00 0.00 0.00 2.05 6.15 JUMLAH 98.44 99.61 103.50 102.65 106.37 Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2012 hingga 2016 4.7.2. Hutang Awam 4.7.2.1. Kerajaan Negeri dari semasa ke semasa ada menerima pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan untuk membiayai projek pembangunan. Pada tahun 2016, baki hutang awam Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan meningkat sejumlah RM2.44 juta atau 0.6% kepada RM394.34 juta berbanding RM391.90 juta (dinyatakan semula) pada tahun 2015. Peningkatan ini disebabkan Kerajaan Negeri menerima pinjaman baru berjumlah RM4.10 juta untuk membiayai Program Mengurangkan Kadar Kehilangan Air Tak Terhasil Perlis dan pembayaran balik hutang awam berjumlah RM1.66 juta. Pembayaran tersebut terdiri daripada bayaran pokok berjumlah RM1.26 juta dan faedah pinjaman berjumlah RM0.40 juta. Kedudukan baki hutang awam Kerajaan Negeri pada tahun 2016 berbanding 2015 adalah seperti di Jadual 4.25. LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 26

BIL. JADUAL 4.25 KEDUDUKAN BAKI HUTANG AWAM KERAJAAN NEGERI PADA TAHUN 2016 BERBANDING 2015 BUTIRAN PINJAMAN TAHUN PERUBAHAN 2015 2016 (%) 1. Sektor Bekalan Air 151.52 155.62 4.10 2.7 2. Sektor Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis 132.50 130.84-1.66-1.3 3. Sektor Perumahan Awam Kos Rendah 87.97 87.97 0.00 0.0 4. Sektor Pelbagai 19.91 19.91 0.00 0.0 JUMLAH 391.90 394.34 2.44 0.6 Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2015 dan 2016 4.7.2.2. Baki hutang awam Kerajaan Negeri pada tahun 2016 berjumlah RM394.34 juta berbanding RM357.26 juta yang dilaporkan dalam Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2016. Perbezaan sejumlah RM37.08 juta adalah disebabkan Kerajaan Negeri mengambil kira faedah berjumlah RM51.60 juta sebagai hutang awam dan pembayaran yang dibuat terhadap faedah tersebut berjumlah RM14.52 juta. 4.7.2.3. Analisis perbandingan baki hutang awam Kerajaan Negeri pada tahun 2012 hingga 2016 menunjukkan peningkatan berterusan bagi tempoh lima(5) tahun. Kedudukan baki hutang awam Kerajaan Negeri bagi tahun 2012 hingga 2016 adalah seperti di Jadual 4.26. BIL. JADUAL 4.26 KEDUDUKAN BAKI HUTANG AWAM KERAJAAN NEGERI PADA TAHUN 2012 HINGGA 2016 BUTIRAN PINJAMAN 2012 2013 TAHUN 2014 2015 2016 1. Sektor Bekalan Air 144.23 146.64 149.10 151.52 155.62 2. Sektor Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis 112.54 113.91 118.45 132.50 130.84 3. Sektor Perumahan Awam Kos Rendah 71.59 68.54 68.54 87.97 87.97 4. Sektor Pelbagai 14.80 25.59 19.91 19.91 19.91 JUMLAH 343.16 354.68 356.00 391.90 394.34 Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2012 hingga 2016 4.7.2.4. Tunggakan bayaran balik hutang awam, termasuk jumlah pokok dan faedah Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan pada tahun 2016 meningkat sejumlah RM14.43 juta atau 7.0% menjadi RM219.59 juta berbanding RM205.16 juta pada tahun 2015. Peningkatan ini disebabkan Kerajaan Negeri hanya membuat bayaran balik hutang berjumlah RM1.66 juta atau 0.75% daripada keseluruhan hutang yang sepatutnya dibayar berjumlah RM221.25 juta. Analisis perbandingan baki tunggakan bayaran balik hutang awam pada tahun 2012 hingga 2016 menunjukkan peningkatan setiap tahun. LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 27

Baki tunggakan pada tahun 2016 adalah yang tertinggi direkodkan oleh Kerajaan Negeri. Kedudukan baki tunggakan bayaran balik hutang awam bagi tahun 2012 hingga 2016 adalah seperti di Jadual 4.27. BIL. JADUAL 4.27 KEDUDUKAN BAKI TUNGGAKAN BAYARAN BALIK HUTANG AWAM PADA TAHUN 2012 HINGGA 2016 PINJAMAN 2012 2013 TAHUN 2014 2015 2016 1. Sektor Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis 97.87 102.80 104.46 107.25 109.70 2. Sektor Perumahan Awam Kos Rendah 50.55 52.92 55.50 53.97 56.56 3. Sektor Bekalan Air 20.24 27.41 35.10 43.04 51.52 4. Sektor Pelbagai 7.06 6.32 0.00 0.90 1.81 JUMLAH 175.72 189.45 195.06 205.16 219.59 Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2012 hingga 2016 4.8. NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN Nota Kepada Penyata Kewangan adalah sebahagian daripada Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Perlis. Ia memberi penerangan dan maklumat terperinci mengenai amaun yang ditunjukkan dalam Penyata Kedudukan Kewangan, Penyata Penerimaan dan Pembayaran Wang Tunai, Penyata Prestasi Kewangan, Penyata Akaun Memorandum dan maklumat tambahan lain seperti peristiwa yang berlaku selepas tarikh Penyata Kedudukan Kewangan dan angka perbandingan. 4.8.1. Akaun Belum Terima Akaun Belum Terima (ABT) ditafsirkan sebagai sejumlah wang yang sepatutnya telah diterima oleh Kerajaan Negeri pada sesuatu tempoh tetapi belum diterima berdasarkan bil yang dikeluarkan. Garis Panduan bagi menyelenggara dan melaporkan Akaun Belum Terima dijelaskan oleh Pekeliling Perbendaharaan Malaysia WP 10.6. Pegawai Pengawal yang bertanggungjawab dikehendaki menyediakan Laporan ABT dua (2) kali setahun iaitu pada 30 Jun dan 31 Disember. Laporan tersebut perlu dikemukakan kepada Bendahari Negeri dan sesalinan kepada Jabatan Audit Negara, selewat-lewatnya pada 31 Ogos dan 31 Januari tahun berikutnya. Akaun Belum Terima Kerajaan Negeri yang utama terdiri daripada Tunggakan Hasil dan Tunggakan Bayaran Balik Pinjaman Boleh Dituntut. 4.8.1.1. Tunggakan Hasil a. Tunggakan Hasil adalah hasil atau pendapatan daripada hasil cukai, hasil bukan cukai dan terimaan bukan hasil yang sepatutnya diterima tetapi belum diterima oleh Kerajaan Negeri. Pada tahun 2016, tunggakan hasil Kerajaan Negeri telah meningkat sejumlah RM3.34 juta atau 14.3% menjadi LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 28

BIL. RM26.75 juta berbanding RM23.41 juta pada tahun 2015. Tunggakan hasil yang tertinggi disumbangkan oleh cukai tanah, jualan air dan bayaran ansuran jualan Perumahan Awam Kos Rendah. Tunggakan hasil Kerajaan Negeri mengikut Jabatan pada tahun 2016 berbanding 2015 adalah seperti di Jadual 4.28. JADUAL 4.28 TUNGGAKAN HASIL KERAJAAN NEGERI MENGIKUT JABATAN PADA TAHUN 2016 BERBANDING 2015 JABATAN/PEJABAT TAHUN PERUBAHAN 2015 2016 (%) 1. Jabatan Tanah Dan Galian (Cukai Tanah) 9.68 13.37 3.69 38.1 2. Jabatan Kerja Raya (Jualan Air) 7.75 7.75 0.00 0.0 3. Pejabat SUK (Ansuran Rumah) 5.86 5.48-0.38-6.5 4. Pejabat SUK (Sewa Gerai) 0.12 0.13 0.01 8.3 5. Jabatan Perhutanan (Permit Dusun) 0.00 0.02 0.02 0.00 JUMLAH 23.41 26.75 3.34 14.3 Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2015 dan 2016 b. Analisis perbandingan tunggakan hasil pada tahun 2012 hingga 2016 mencatatkan penurunan pada tahun 2013 dan 2015 tetapi meningkat pada tahun 2014 dan 2016 seperti di Carta 4.5. CARTA 4.5 KEDUDUKAN TUNGGAKAN HASIL KERAJAAN NEGERI PADA TAHUN 2012 HINGGA 2016 RM Juta 30 24.57 22.84 23.73 23.41 26.75 20 10 0 2012 2013 2014 2015 2016 Tahun 2012 2013 2014 2015 2016 Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2012 hingga 2016 4.8.1.2. Tunggakan Bayaran Balik Pinjaman Boleh Dituntut a. Tunggakan Bayaran Balik Pinjaman Boleh Dituntut merangkumi bayaran balik pinjaman yang matang tetapi belum diterima daripada Agensi Negeri. Pada tahun 2016, PKENPs sepatutnya membuat bayaran balik pinjaman kepada Kerajaan Negeri berjumlah RM79.47 juta yang terdiri daripada bayaran anuiti tahun semasa berjumlah RM4.12 juta dan tunggakan bayaran LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 29

AGENSI NEGERI balik pinjaman tahun sebelumnya berjumlah RM75.35 juta. Bagaimanapun, PKENPs hanya membuat bayaran balik pinjaman berjumlah RM0.38 juta pada tahun semasa menyebabkan tunggakan bayaran balik pinjamannya meningkat kepada RM79.09 juta. Kedudukan Tunggakan Bayaran Balik Pinjaman Boleh Dituntut pada tahun 2016 adalah seperti di Jadual 4.29. JADUAL 4.29 KEDUDUKAN TUNGGAKAN BAYARAN BALIK PINJAMAN BOLEH DITUNTUT PADA TAHUN 2016 TUNGGAKAN BAYARAN BALIK PINJAMAN PADA 1.1.2016 ANUITI TAHUN 2016 JUMLAH PATUT DIJELASKAN PADA TAHUN 2016 JUMLAH DIJELASKAN PADA TAHUN 2016 TUNGGAKAN BAYARAN BALIK PINJAMAN PADA 31.12.2016 Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis 75.35 4.12 79.47 0.38 79.09 Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2016 b. Pada tahun 2016, prestasi bayaran balik pinjaman oleh PKENPs adalah tidak memuaskan. PKENPs tidak membuat bayaran balik pinjaman mengikut jumlah dan tempoh yang ditetapkan. Baki pinjaman pada tahun 2016 berjumlah RM100.22 juta manakala tunggakan bayaran balik pinjaman meningkat RM3.74 juta atau 5.0% menjadi RM79.09 juta. Analisis perbandingan baki Tunggakan Bayaran Balik Pinjaman Boleh Dituntut bagi tahun 2012 hingga 2016 menunjukkan peningkatan baki tunggakan bayaran balik pinjaman secara berterusan pada setiap tahun. Kedudukan Tunggakan Bayaran Balik Pinjaman Boleh Dituntut pada tahun 2012 hingga 2016 adalah seperti di Jadual 4.30. JADUAL 4.30 KEDUDUKAN TUNGGAKAN BAYARAN BALIK PINJAMAN BOLEH DITUNTUT PADA TAHUN 2012 HINGGA 2016 TAHUN AGENSI NEGERI 2012 2013 2014 2015 2016 Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis 70.27 72.60 74.13 75.35 79.09 Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2012 hingga 2016 LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 30

4.9. RUMUSAN DAN SYOR AUDIT 4.9.1. Secara keseluruhannya, analisis Audit mendapati kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Perlis pada tahun 2016 adalah kurang memuaskan di mana: Baki Kumpulan Wang Disatukan pada 31 Disember 2016 telah meningkat sejumlah RM2.92 juta menjadi RM19.59 juta; Kutipan hasil pada tahun 2016 meningkat sejumlah RM22.25 juta menjadi RM109.93 juta manakala perbelanjaan mengurus (termasuk pindahan ke Kumpulan Wang Pembangunan) dan perbelanjaan pembangunan menurun sejumlah RM48.39 juta menjadi RM169.96 juta. Bagaimanapun, jumlah kutipan hasil tersebut masih tidak dapat menampung sepenuhnya perbelanjaan mengurus dan pembangunan; Akaun Hasil Disatukan mencatatkan defisit berjumlah RM22.42 juta menyebabkan defisit Kumpulan Wang Terkumpul Akaun Hasil Disatukan meningkat menjadi RM406.98 juta. Ini merupakan defisit yang tertinggi dicatatkan oleh Kerajaan Negeri; Hutang Awam Kerajaan Negeri telah meningkat sejumlah RM2.44 juta menjadi RM394.34 juta; dan Tunggakan bayaran balik hutang awam kepada Kerajaan Persekutuan meningkat sejumlah RM14.43 juta menjadi RM219.59 juta. Tunggakan bayaran balik pinjaman oleh PKENPs juga mencatatkan peningkatan sejumlah RM3.74 juta menjadi RM79.09 juta. 4.9.2. Bagi memperkukuhkan lagi kedudukan kewangan, Kerajaan Negeri Perlis hendaklah menuntut tunggakan bayaran balik pinjaman daripada PKENPs dan berusaha meningkatkan kutipan hasil termasuk tunggakan hasil di samping mengawal perbelanjaan. LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 31

Bahagian III Rancangan Pembangunan Kerajaan Negeri

RANCANGAN PEMBANGUNAN KERAJAAN NEGERI 5. PENCAPAIAN PELAKSANAAN PROJEK PEMBANGUNAN RMKe-11 5.1. Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) Negeri Perlis meliputi tempoh lima (5) tahun (2016-2020). Melalui pelaksanaan projek baharu dan sambungan daripada Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) Negeri Perlis, RMKe-11 Negeri Perlis adalah seiring sebagai penggerak pembangunan Negeri Perlis. Sistem pemantauan yang cekap dan berkesan terhadap projek pembangunan ini adalah penting untuk menjamin pelaksanaan yang lancar dan konsisten di semua peringkat. Penyelesaian yang cekap dan berkesan perlu ada bagi memastikan semua program dan projek pembangunan yang dilaksanakan mencapai objektif yang ditetapkan. 5.2. Bagi menjayakan RMKe-11 Negeri Perlis, sejumlah RM499.73 juta telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri bagi tempoh lima (5) tahun (2016-2020) untuk melaksanakan pelbagai projek pembangunan oleh enam (6) buah Agensi Negeri. Jabatan Kerja Raya telah diluluskan peruntukan pembangunan yang tertinggi berjumlah RM280.18 juta (56.1%), diikuti Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri berjumlah RM93.95 juta (18.8%) dan Jabatan Pengairan dan Saliran berjumlah RM46.0 juta (9.2%). Keseluruhan peruntukan yang telah dibelanjakan pada RMKe-11 sehingga 31 Disember 2016 adalah berjumlah RM37.61 juta, iaitu 7.5% berbanding RM499.73 juta yang diluluskan. Peruntukan pembangunan yang telah diluluskan berbanding perbelanjaan sebenar sepanjang RMKe-11 yang berakhir pada 31 Disember 2016 adalah seperti di Jadual 5.1. JADUAL 5.1 PERUNTUKAN PEMBANGUNAN YANG DILULUSKAN BERBANDING PERBELANJAAN SEBENAR SEPANJANG RMKE-11 YANG BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2016 BIL. JABATAN/PEJABAT PERUNTUKAN YANG DILULUSKAN PERBELANJAAN SEBENAR PENCAPAIAN PERBELANJAAN (%) 1. Jabatan Kerja Raya 280.18 7.57 2.7 2. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri 93.95 13.22 14.1 3. Jabatan Pengairan Dan Saliran 46.00 8.63 18.8 4. Jabatan Pertanian 43.72 4.79 10.9 5. Jabatan Perkhidmatan Veterinar 19.05 2.02 10.6 6. Jabatan Perhutanan 16.83 1.38 8.2 JUMLAH 499.73 37.61 7.5 Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2016 LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 35

5.3. Prestasi Perbelanjaan Pembangunan RMKe-11 Tahun 2016 Pada tahun 2016, peruntukan kewangan yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri berjumlah RM41.55 juta dan sejumlah RM37.61 juta atau 90.5% daripadanya telah dibelanjakan oleh enam (6) Jabatan/Pejabat. Tiga (3) daripada enam (6) Jabatan/Pejabat telah mencapai prestasi perbelanjaan melebihi 90%. Prestasi perbelanjaan pembangunan di bawah RMKe-11 bagi tahun 2016 adalah seperti di Jadual 5.2. JADUAL 5.2 PRESTASI PERBELANJAAN PEMBANGUNAN DI BAWAH RMKE-11 BAGI TAHUN 2016 BIL. JABATAN/PEJABAT PERUNTUKAN YANG DILULUSKAN PERBELANJAAN PENCAPAIAN PERBELANJAAN (%) 1. Jabatan Pertanian 4.79 4.79 100.0 2. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri 13.38 13.22 98.8 3. Jabatan Pengairan dan Saliran 8.90 8.63 97.0 4. Jabatan Perhutanan 1.78 1.38 77.5 5. Jabatan Kerja Raya 9.94 7.57 76.2 6. Jabatan Perkhidmatan Veterinar 2.76 2.02 73.2 Jumlah 41.55 37.61 90.5 Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2016 5.4. Prestasi Pelaksanaan Projek Pembangunan RMKe-11 Tahun 2016 5.4.1. Pada tahun 2016, sebanyak 841 projek pembangunan RMKe-11 telah dirancang untuk dilaksanakan oleh enam (6) Jabatan/Pejabat. Sejumlah 836 projek telah siap dilaksanakan dan mengikut jadual, empat (4) projek dalam pelaksanaan manakala satu (1) projek telah ditangguhkan. Status pencapaian pelaksanaan projek pembangunan RMKe-11 bagi tahun 2016 adalah seperti di Jadual 5.3 dan Carta 5.1. BIL. JADUAL 5.3 STATUS PELAKSANAAN PROJEK PEMBANGUNAN RMKE-11 BAGI TAHUN 2016 JABATAN/PEJABAT BIL. PROJEK TAHUN 2016 PROJEK SIAP DILAKSANAKAN PROJEK DALAM PELAKSANAAN PROJEK DITANGGUHKAN 1. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri 445 444 1-2. Jabatan Kerja Raya 16 13 2 1 3. Jabatan Pengairan dan Saliran 73 73 - - 4. Jabatan Pertanian 224 224 - - 5. Jabatan Perhutanan 73 73 - - 6. Jabatan Perkhidmatan Veterinar 10 9 1 - JUMLAH 841 836 4 1 Sumber: Unit Perancang Ekonomi Negeri dan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2016 LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 36

CARTA 5.1 STATUS PELAKSANAAN PROJEK PEMBANGUNAN RMKE-11 BAGI TAHUN 2016 Projek Siap Dilaksanakan 836 Projek (99.4%) Projek Ditangguhkan Satu (1) Projek (0.1%) Projek Dalam Pelaksanaan Empat (4) Projek (0.5%) Sumber: Unit Perancang Ekonomi Negeri dan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2016 5.4.2. Projek Pembinaan Istana Raja Muda telah ditangguhkan pelaksanaannya pada tahun 2016 kerana dalam proses penyediaan pelan reka bentuk untuk kelulusan. 5.5. RUMUSAN Pada keseluruhannya, prestasi perbelanjaan dan pelaksanaan projek pembangunan di bawah RMKe-11 yang berakhir pada 31 Disember 2016 adalah baik kerana sejumlah RM37.61 juta atau 90.5% daripada keseluruhan peruntukan pembangunan yang diluluskan berjumlah RM41.55 juta telah dibelanjakan. Sejumlah 836 atau 99.4% daripada keseluruhan 841 projek yang dirancang telah siap dilaksanakan pada tahun 2016. Sejumlah empat (4) projek atau 0.5% sedang dalam pelaksanaan dan satu (1) projek atau 0.1% telah ditangguhkan. LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 37

Bahagian IV Penyerahan, Pengesahan, Pembentangan PenyATA Kewangan Dan Prestasi Kewangan Agensi Negeri

BAHAGIAN IV PENYERAHAN, PENGESAHAN, PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN DAN PRESTASI KEWANGAN AGENSI NEGERI 6. PENDAHULUAN Mengikut Akta Audit 1957, Ketua Audit Negara dikehendaki menjalankan pengauditan Penyata Kewangan Agensi Negeri seperti Badan Berkanun Negeri, Majlis Agama Islam dan Pihak Berkuasa Tempatan. Pengauditan dilaksanakan bagi mengesah dan memastikan penyata kewangan adalah bebas daripada kesalahan dan ketinggalan yang ketara serta memberi pendapat sama ada penyata itu menggambarkan kedudukan yang benar dan saksama berpandukan Akta dan piawaian yang diluluskan. 6.1. PENGAUDITAN PENYATA KEWANGAN 6.1.1. Pada tahun 2015, Penyata Kewangan bagi satu (1) Badan Berkanun Negeri, dua (2) Kumpulan Wang dan satu (1) Majlis Agama Islam telah diaudit sendiri oleh Ketua Audit Negara manakala tiga (3) Penyata Kewangan bagi Badan Berkanun Negeri dan satu (1) Pihak Berkuasa Tempatan diaudit oleh Firma Audit Swasta (FAS). Pelantikan FAS berasaskan kepada peruntukan Seksyen 7(3), Akta Audit 1957 yang memberi kuasa kepada Ketua Audit Negara untuk melantik pihak yang berkebolehan menjalankan pengauditan bagi pihak beliau. 6.1.2. Bagi memastikan FAS menjalankan pengauditan selaras dengan arahan yang ditetapkan, Jabatan Audit Negara memantau sebelum, semasa dan selepas pengauditan dilaksanakan. Sebelum pengauditan dijalankan, FAS dikehendaki menyediakan Memorandum Perancangan Audit. Melalui memorandum ini, Jabatan Audit Negara dapat memastikan FAS mempunyai pendekatan dan skop Audit yang menyeluruh dan mencukupi untuk menjalankan pengauditan. Di akhir pengauditan, FAS dikehendaki mengemukakan penemuan Audit berserta fail kertas kerja, senarai terperinci dan laporan juruaudit mengenai penyata kewangan yang diaudit. Fail kertas kerja akan disemak bagi memastikan perkara yang dibangkitkan mempunyai bukti audit yang mencukupi dan memuaskan. Prestasi FAS akan dinilai dan diambil kira semasa membuat keputusan untuk ditawarkan bagi kerja pengauditan penyata kewangan seterusnya. 6.2. KEDUDUKAN PENYERAHAN PENYATA KEWANGAN 6.2.1. Semua Penyata Kewangan Badan Berkanun Negeri, Majlis Agama Islam dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah diserahkan kepada Jabatan Audit Negara untuk diaudit mengikut tempoh seperti yang telah ditetapkan oleh undang-undang. Pada bulan Januari 2009, Surat Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 41

dikeluarkan, meminta semua Agensi Negeri membentangkan Penyata Kewangan yang telah diaudit dalam Dewan Undangan Negeri pada tahun berikutnya. Bagi memastikan ia dilaksanakan, Penyata Kewangan hendaklah disediakan dan diserahkan kepada Ketua Audit Negara sebelum 30 April tahun berikutnya. 6.2.2. Setakat 30 Jun 2017, kesemua lapan (8) Penyata Kewangan Tahun 2016 Agensi Negeri dan Kumpulan Wang telah diterima oleh Jabatan Audit Negara untuk tujuan pengauditan. 6.3. PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN 6.3.1. Setakat 30 Jun 2017, kesemua lapan (8) Penyata Kewangan Agensi Negeri bagi tahun 2015 telah dikeluarkan Laporan Ketua Audit Negara melibatkan empat (4) Penyata Kewangan Badan Berkanun Negeri, dua (2) Penyata Kewangan Kumpulan Wang, satu (1) Penyata Kewangan Majlis Agama Islam dan satu (1) Penyata Kewangan Pihak Berkuasa Tempatan. Sebanyak enam (6) penyata kewangan telah diberi Laporan Ketua Audit Negara Tanpa Teguran dan dua (2) lagi telah diberi Laporan Ketua Audit Negara Berteguran, iaitu Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis dan Yayasan Islam Perlis. 6.3.2. Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) diberikan Laporan Ketua Audit Negara Berteguran disebabkan penyata kewangan syarikat subsidiari tidak disedia dan disatukan dengan penyata kewangan PKENPs. Penghutang berjumlah RM3.80 juta tidak dapat disahkan oleh Juruaudit syarikat subsidiari, defisit Dana Pemegang Saham berjumlah RM3.92 juta di tiga (3) buah syarikat subsidiari dan penilaian semula aset terhadap sebuah syarikat subsidiari bercanggah dengan Piawaian Perakaunan Private Entity Reporting Standards 15 (PERS 15). Yayasan Islam Perlis turut diberikan Laporan Ketua Audit Negara Berteguran kerana wujud keraguan untuk agensi meneruskan operasi disebabkan ketiadaan sumber pendapatan tetap serta Pendahuluan kepada Anak Syarikat dan Pelbagai Penghutang yang terus meningkat berjumlah RM24.38 juta. 6.4. PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN Perkara 107(2), Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan supaya Laporan Ketua Audit Negara mengenai penyata kewangan yang telah disahkan hendaklah dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Perlis. Setakat 30 Jun 2017, lima (5) Agensi Negeri dan dua (2) Kumpulan Wang telah membentangkan Penyata Kewangan Tahun 2015 yang telah disahkan di Dewan Undangan Negeri Perlis. 6.5. PRESTASI KEWANGAN Analisis prestasi kewangan Agensi Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan yang merangkumi penggunaan geran pembangunan dan operasi dilaporkan seperti berikut: LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 42

6.5.1. Analisis Kedudukan Kewangan Agensi Negeri 6.5.1.1. Pada tahun 2016, Agensi Negeri mencatatkan surplus pendapatan berjumlah RM5.07 juta setelah mengambil kira pendapatan berjumlah RM36.12 juta dan perbelanjaan berjumlah RM31.05 juta. Agensi Negeri mencatatkan Aset Semasa Bersih berjumlah RM0.75 juta setelah mengambil kira Aset Semasa berjumlah RM127.13 juta dan Liabiliti Semasa berjumlah RM126.38 juta. Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) mencatatkan surplus pendapatan semasa tertinggi berjumlah RM6.25 juta dan diikuti Majlis Sukan Negeri Perlis (MSN) berjumlah RM0.77 juta. Yayasan Islam Perlis (YIPs) mencatatkan defisit pendapatan semasa tertinggi berjumlah RM2.13 juta dan diikuti Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis (PPANPs) berjumlah RM0.04 juta. PKENPs mencatatkan Liabiliti Semasa Bersih tertinggi berjumlah RM20.74 juta. Aset Semasa Bersih tertinggi dicatatkan oleh YIPs berjumlah RM7.06 juta, diikuti oleh Lembaga Pemegang Amanah Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Perlis berjumlah RM6.76 juta dan PPANPs berjumlah RM5.94 juta. Prestasi kewangan Agensi Negeri bagi tahun berakhir 31 Disember 2016 adalah seperti di Jadual 6.1. JADUAL 6.1 PRESTASI KEWANGAN AGENSI NEGERI BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2016 PENYATA PENDAPATAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2016 LEMBARAN IMBANGAN PADA 31 DISEMBER 2016 BIL. AGENSI NEGERI PENDAPATAN PERBELANJAAN SURPLUS/ (DEFISIT) ASET SEMASA LIABILITI SEMASA ASET/ (LIABILITI) SEMASA BERSIH 1. Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis 26.14 19.89 6.25 97.15 117.89-20.74 2. Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis 3.19 3.23-0.04 6.60 0.66 5.94 3. Yayasan Islam Perlis 1.95 4.08-2.13 14.87 7.81 7.06 4. Majlis Sukan Negeri Perlis 4.60 3.83 0.77 1.09 0.00 1.09 5. Lembaga Pemegang Amanah Kumpulan Wang Biasiswa 0.23 0.02 0.21 6.78 0.02 6.76 Negeri Perlis 6. Kumpulan Wang Hadiah Pelajaran Rakyat (Bukan 0.01 0.00 0.01 0.64 0.00 0.64 Melayu) Negeri Perlis JUMLAH 36.12 31.05 5.07 127.13 126.38 0.75 Sumber: Penyata Kewangan Agensi Negeri bagi Tahun 2016 6.5.1.2. Analisis Aset Pada tahun 2016, Agensi Negeri merekodkan aset berjumlah RM324.17 juta, iaitu penurunan sejumlah RM9.45 juta atau 2.8% berbanding RM333.62 juta pada tahun 2015. Aset Bukan Semasa berjumlah RM197.04 juta manakala Aset Semasa berjumlah RM127.13 juta. YIPs mencatatkan penurunan dalam asetnya berjumlah RM14.05 juta atau 23.3% menjadi RM46.22 juta berbanding LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 43

RM60.27 juta pada tahun 2015. Penurunan ini antaranya disebabkan hapus kira terhadap pendahuluan kepada syarikat subsidiari berjumlah RM12.30 juta dan pengurangan dalam saham siar harga berjumlah RM1.54 juta. PKENPs mencatatkan peningkatan dalam asetnya berjumlah RM4.27 juta atau 1.7% menjadi RM257.74 juta berbanding RM253.47 juta pada tahun 2015. Peningkatan ini antaranya disebabkan pertambahan dalam pelaburan hartanah yang berjumlah RM14.81 juta. Jumlah aset Agensi Negeri yang utama pada tahun 2015 dan 2016 adalah seperti di Carta 6.1. CARTA 6.1 JUMLAH ASET AGENSI NEGERI PADA TAHUN 2015 DAN 2016 RM Juta 100.00 253.47 11.30 11.20 257.74 60.27 46.22 2.00 PKENPs YIPs PPANPs 2015 2016 Agensi Sumber: Penyata Kewangan Agensi Negeri bagi Tahun 2015 dan 2016 6.5.1.3. Analisis Pelaburan Pada tahun 2016, pelaburan Agensi Negeri berjumlah RM110.60 juta, iaitu meningkat sejumlah RM5.0 juta atau 4.7% berbanding RM105.60 juta pada tahun 2015. Peningkatan ini antaranya disebabkan PKENPs membuat tambahan dalam pelaburan hartanah berjumlah RM14.81 juta. Pelaburan yang dibuat oleh Agensi Negeri ini terdiri daripada pelaburan dalam syarikat subsidiari, syarikat bersekutu, syarikat usaha sama, hartanah, saham siar harga dan saham amanah adalah seperti di Carta 6.2. LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 44

CARTA 6.2 JENIS PELABURAN AGENSI NEGERI PADA TAHUN 2016 Pelaburan Syarikat Bersekutu - RM8.61 Juta (7.8%) Pelaburan Hartanah - RM88.98 Juta (80.5%) Pelaburan Syarikat Subsidiari - RM7.15 Juta (6.5%) Pelaburan Saham Siar Harga & Amanah - RM5.46 Juta (4.9%) Sumber: Penyata Kewangan PKENPs dan YIPs bagi Tahun 2016 Pelaburan Syarikat Usahasama - RM0.40 Juta (0.4%) BIL. 6.5.1.4. Analisis Liabiliti Pada tahun 2016, liabiliti Agensi Negeri meningkat sejumlah RM0.16 juta atau 0.1% menjadi RM156.07 juta berbanding RM155.91 juta pada tahun 2015. PPANPs mencatatkan peningkatan liabiliti tertinggi iaitu RM0.35 juta atau 112.9% menjadi RM0.66 juta, diikuti YIPs berjumlah RM0.28 juta atau 3.7% menjadi RM7.81 juta. Peningkatan tersebut antaranya disebabkan pertambahan dalam Pelbagai Pemiutang PPANPs berjumlah RM0.37 juta menjadi RM0.64 juta. Peningkatan dalam liabiliti YIPs pula disebabkan tambahan overdraf bank berjumlah RM0.20 juta menjadi RM2.06 juta. Pengurangan dalam jumlah liabiliti PKENPs pula antaranya disebabkan penyusutan pinjaman kerajaan bukan semasa berjumlah RM3.41 juta menjadi RM21.88 juta. Jumlah liabiliti Agensi Negeri pada tahun 2015 dan 2016 seperti di Jadual 6.2. JADUAL 6.2 JUMLAH LIABILITI AGENSI NEGERI PADA TAHUN 2015 DAN 2016 AGENSI NEGERI 2015 TAHUN 2016 PERUBAHAN (%) 1. Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis 148.05 147.58-0.47-0.3 2. Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis 0.31 0.66 0.35 112.9 3. Yayasan Islam Perlis 7.53 7.81 0.28 3.7 4. Majlis Sukan Negeri Perlis 0.00 0.00 0.00 0.0 5. 6. Lembaga Pemegang Amanah Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Perlis Kumpulan Wang Hadiah Pelajaran Rakyat (Bukan Melayu) Negeri Perlis 0.02 0.02 0.00 0.0 0.00 0.00 0.00 0.0 JUMLAH 155.91 156.07 0.16 0.1 Sumber: Penyata Kewangan Agensi Negeri bagi Tahun 2015 dan 2016 LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 45

6.5.1.5. Analisis Nisbah Nisbah Hutang mengukur peratus dana Liabiliti Semasa dari sumber pinjaman, overdraf bank, pendahuluan dan pemiutang yang digunakan untuk membiayai/memperoleh aset. Analisis Audit mendapati Nisbah Hutang PKENPs pada kadar 45.7% manakala YIPs pada kadar 16.9%. Ini menunjukkan bahawa sebahagian besar aset PKENPs dan YIPs diperoleh daripada punca hutang/pinjaman. PPANPs mencatatkan Aliran Tunai Bersih berjumlah RM6.54 juta manakala Lembaga Pemegang Amanah Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Perlis (Biasiswa) berjumlah RM5.64 juta. Ia menunjukkan bahawa PPANPs dan Biasiswa mempunyai pegangan wang tunai yang tinggi pada akhir tahun 2016. PKENPs mencatatkan Nisbah Cepat pada kadar 0.6 yang memberi gambaran tidak mampu melunaskan kesemua tanggungan semasanya dalam tempoh masa singkat. Penilaian terhadap analisis kecairan dan kestabilan mendapati PKENPs menunjukkan prestasi kewangan yang berisiko kerana mencatatkan Modal Kerja berbaki negatif serta mencatatkan Nisbah Semasa dan Nisbah Cepat kurang daripada satu (1) seperti di Jadual 6.3. JADUAL 6.3 ANALISIS KECAIRAN DAN KESTABILAN AGENSI NEGERI PADA TAHUN 2016 ALIRAN MODAL NISBAH NISBAH NISBAH TUNAI BIL. AGENSI NEGERI KERJA HUTANG SEMASA CEPAT BERSIH (%) Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri 1. 0.8 0.6-20.74 3.14 45.7 Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri 2. 10.0 9.9 5.94 6.54 5.9 Perlis 3. Yayasan Islam Perlis 1.9 1.9 7.06 0.64 16.9 4. Majlis Sukan Negeri Perlis 1.1 1.1 1.09 1.09 0.0 5. Lembaga Pemegang Amanah Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Perlis 339.0 339.0 6.76 5.64 0.3 Kumpulan Wang Hadiah Pelajaran Rakyat 6. 640.0 640.0 0.64 0.52 0.0 (Bukan Melayu) Negeri Perlis Sumber: Penyata Kewangan Agensi Negeri bagi Tahun 2016 6.5.2. Prestasi Anak Syarikat Agensi Negeri 6.5.2.1. Analisis Pelaburan Dalam Syarikat Pada tahun 2016, pelaburan PKENPs dalam syarikat berjumlah RM8.98 juta manakala YIPs berjumlah RM7.18 juta. PKENPs telah membuat peruntukan rosot nilai dalam pelaburan anak syarikat berjumlah RM5.30 juta pada tahun semasa. Analisis pelaburan pada kos dalam anak syarikat, syarikat bersekutu dan syarikat usaha sama adalah seperti di Jadual 6.4. LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 46

JADUAL 6.4 ANALISIS PELABURAN PADA KOS DALAM ANAK SYARIKAT, SYARIKAT BERSEKUTU DAN SYARIKAT USAHA SAMA OLEH AGENSI NEGERI PADA TAHUN 2016 PERKARA BILANGAN Anak Syarikat (Pelaburan > 50%) 18 Syarikat Bersekutu (Pelaburan < 50%) 7 Syarikat Usahasama (Pelaburan = 50%) 1 JUMLAH SYARIKAT 26 TAMBAHAN PELABURAN PADA TAHUN 2016 - PERUNTUKAN ROSOT NILAI PADA TAHUN 2016 5.30 JUMLAH PELABURAN KESELURUHAN 16.16 Sumber: Penyata Kewangan PKENPs dan YIPs Tahun 2016 6.5.2.2. Status Anak Syarikat Analisis Audit mendapati PKENPs dan YIPs telah melabur dalam 18 anak syarikat di mana 13 anak syarikat berstatus aktif manakala lima (5) berstatus dorman/dalam proses penggulungan seperti di Jadual 6.5. BIL. JADUAL 6.5 BILANGAN ANAK SYARIKAT PKENPs DAN YIPs YANG AKTIF DAN DORMAN PADA TAHUN 2016 BILANGAN ANAK SYARIKAT (EKUITI LEBIH DARIPADA 50%) AGENSI NEGERI STATUS AKTIF STATUS DORMAN / PENGGULUNGAN JUMLAH ANAK SYARIKAT 1. Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis 10 4 14 2. Yayasan Islam Perlis 3 1 4 JUMLAH 13 5 18 Sumber: Penyata Kewangan PKENPs dan YIPs bagi Tahun 2016 6.5.2.3. Analisis Surplus/Defisit Terkumpul Syarikat a. Pada tahun 2016, sebanyak lima (5) anak syarikat yang aktif di bawah PKENPs telah mencatatkan surplus terkumpul berjumlah RM29.07 juta manakala lima (5) anak syarikat mencatatkan defisit terkumpul berjumlah RM29.93 juta. Anak syarikat yang mencatatkan surplus terkumpul tertinggi ialah Pens Industries Sdn. Bhd. berjumlah RM24.21 juta dan Perlis Comm. Sdn. Bhd. berjumlah RM4.20 juta. Anak syarikat yang mencatatkan defisit terkumpul tertinggi pula adalah Pens Holdings Sdn. Bhd. berjumlah RM15.55 juta, Putra Palace Sdn. Bhd. berjumlah RM6.58 juta dan Perlis Marine Engineering Sdn. Bhd. berjumlah RM6.23 juta. Lima (5) anak syarikat mencatatkan surplus pada tahun semasa berjumlah RM4.53 juta manakala lima (5) anak syarikat mencatatkan defisit berjumlah RM4.41 juta. Analisis surplus dan defisit terkumpul anak syarikat PKENPs bagi tahun kewangan 2016 adalah seperti di Jadual 6.6. LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 47

JADUAL 6.6 ANALISIS SURPLUS/DEFISIT TERKUMPUL ANAK SYARIKAT PKENPs BAGI TAHUN KEWANGAN 2016 ANAK SYARIKAT PKENPs SURPLUS/(DEFISIT) TERKUMPUL (RM) Pens Industries Sdn. Bhd. 24,208,384 Perlis Comm Sdn. Bhd. 4,195,018 Rumpun Teras Sdn. Bhd. 528,520 Modern Spectrum Sdn. Bhd. 77,279 Perlis Property Sdn. Bhd. 56,458 Pens Holdings Sdn. Bhd. -15,551,029 Putra Palace Sdn. Bhd. -6,577,285 Perlis Marine Engineering Sdn. Bhd. -6,233,116 Hotel Brasmana Sdn. Bhd. -1,249,899 Perlis NCER Trading Sdn. Bhd. -318,100 Jumlah -863,770 Sumber: Penyata Kewangan Anak Syarikat PKENPs bagi Tahun 2016 b. Bagi YIPs, hanya dua (2) daripada tiga (3) anak syarikat yang aktif menyediakan Penyata Kewangan tahun 2016, manakala sebuah lagi dalam proses penyediaan. Sebuah anak syarikat mencatatkan keuntungan pada tahun semasa berjumlah RM49,368 manakala sebuah lagi mencatatkan kerugian berjumlah RM23,955. Keuntungan terkumpul kedua-dua anak syarikat ini bagi tahun kewangan 2016 berjumlah RM271,751 adalah seperti di Jadual 6.7. JADUAL 6.7 ANALISIS SURPLUS/DEFISIT TERKUMPUL ANAK SYARIKAT YIPs BAGI TAHUN KEWANGAN 2016 ANAK SYARIKAT YIPs SURPLUS/(DEFISIT) TERKUMPUL (RM) Infostas Engineering Sdn. Bhd. 271,125 Karun Mestika Sdn. Bhd. 626 Jumlah 271,751 Sumber: Penyata Kewangan Anak Syarikat YIPs bagi Tahun 2016 c. Pada pendapat Audit, Lembaga Pengarah PKENPs hendaklah sentiasa memantau prestasi kewangan anak syarikat dan mengkaji semula pelaburan dalam syarikat yang berstatus dorman dan menghadapi kerugian terkumpul. Ini adalah untuk memastikan anak syarikat sentiasa berdaya maju dan pelaburan dalam syarikat tersebut dapat memberi pulangan kepada PKENPs. Terma rujukan pinjaman anak syarikat hendaklah disediakan dengan jelas termasuk bayaran balik kepada PKENPs dalam tempoh masa yang dipersetujui bersama. Lembaga Pengarah YIPs pula hendaklah LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 48

memastikan kesemua penyata kewangan anak syarikat dikemukakan untuk disatukan dengan penyata kewangan YIPs pada setiap tahun. 6.5.3. Prestasi Kewangan Pihak Berkuasa Tempatan 6.5.3.1. Pada tahun 2016, Majlis Perbandaran Kangar (MPK) mencatat defisit bagi Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan berjumlah RM13.90 juta berbanding defisit RM1.21 juta pada tahun 2015. MPK merekodkan pendapatan berjumlah RM26.93 juta dengan perbelanjaan berjumlah RM40.83 juta. Pendapatan utama MPK diperoleh daripada kutipan Cukai Taksiran berjumlah RM14.43 juta dan terimaan bantuan tahunan daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM3.32 juta. Perbelanjaan utama pula terdiri daripada pembayaran bil perkhidmatan kepada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) berjumlah RM17.50 juta, bayaran emolumen berjumlah RM11.03 juta serta bayaran perkhidmatan dan bekalan berjumlah RM9.62 juta. Aset Semasa Bersih MPK telah menyusut sejumlah RM15.10 juta atau 54.6% menjadi RM12.55 juta berbanding RM27.65 juta pada tahun 2015. Penyusutan ini disebabkan perbelanjaan terakru yang direkodkan kepada SWCorp berjumlah RM17.50 juta. Prestasi kewangan MPK pada tahun 2016 adalah seperti di Jadual 6.8. JADUAL 6.8 PRESTASI KEWANGAN MPK BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2016 PIHAK BERKUASA TEMPATAN PENYATA PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN SEHINGGA 31.12.2016 PENDAPATAN PERBELANJAAN DEFISIT ASET SEMASA LEMBARAN IMBANGAN PADA 31.12.2016 LIABILITI SEMASA ASET BERSIH SEMASA Majlis Perbandaran Kangar 26.93 40.83-13.90 42.17 29.62 12.55 Sumber: Penyata Kewangan MPK bagi Tahun 2016 6.5.3.2. Analisis Tunggakan Cukai Taksiran a. Tunggakan Cukai Taksiran dan Cukai Perkhidmatan MPK telah meningkat sejumlah RM2.96 juta atau 25.8% menjadi RM14.43 juta pada tahun 2016 berbanding RM11.47 juta pada tahun 2015. Tunggakan Cukai Taksiran pada tahun 2012 hingga 2016 adalah seperti di Jadual 6.9. LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 49

JADUAL 6.9 TUNGGAKAN CUKAI TAKSIRAN DAN CUKAI PERKHIDMATAN MAJLIS PERBANDARAN KANGAR PADA TAHUN 2012 HINGGA 2016 TAHUN BUTIRAN 2012 2013 2014 2015 2016 Tunggakan Cukai 9.60 9.90 10.58 11.47 14.43 Sumber: Penyata Kewangan MPK bagi Tahun 2012 hingga 2016 b. Peningkatan ini disebabkan pertambahan bilangan pemilik premis yang tidak membayar Cukai Taksiran mengikut jumlah dan tempoh masa ditetapkan. MPK tidak mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pemilik premis yang mempunyai tunggakan Cukai Taksiran menyebabkan jumlahnya semakin meningkat pada setiap tahun. 6.6. RUMUSAN DAN SYOR AUDIT 6.6.1. Pada keseluruhannya, prestasi penyerahan Penyata Kewangan Tahun 2016 oleh Agensi Negeri kepada Jabatan Audit Negara untuk diaudit adalah baik. Semua Agensi Negeri telah menyerahkan Penyata Kewangan Tahun 2016 untuk diaudit sebelum 30 April 2017; Semua Penyata Kewangan Tahun 2015 yang disahkan telah dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Perlis; 6.6.2. Prestasi kewangan Agensi Negeri pada tahun 2016 adalah baik manakala prestasi kewangan MPK adalah tidak memuaskan; Agensi Negeri mencatatkan surplus dalam Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan Tahun 2016 keseluruhannya berjumlah RM5.07 juta; PKENPs mencatatkan surplus tertinggi berjumlah RM6.25 juta manakala YIPs mencatatkan defisit tertinggi berjumlah RM2.13 juta; Dalam tempoh singkat, PKENPs tidak mampu menjelaskan kesemua Tanggungan Semasanya kerana merekodkan Liabiliti Semasa Bersih berjumlah RM20.74 juta; YIPs mencatatkan Aset Semasa Bersih yang tertinggi iaitu berjumlah RM7.06, diikuti dengan Biasiswa berjumlah RM6.76 juta dan PPANPs berjumlah RM5.94 juta; dan LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 50

MPK mencatatkan defisit berjumlah RM13.90 juta manakala Aset Bersih Semasa berjumlah RM12.55 juta. Tunggakan Cukai Taksiran dan Cukai Perkhidmatan berjumlah RM14.43 juta; 6.6.3. Bagi meningkatkan pengurusan dan prestasi kewangan Agensi Negeri dan MPK, berikut adalah syor Audit: Agensi Negeri yang menerima Laporan Ketua Audit Negara Berteguran perlu mengambil tindakan untuk memperbetulkan kelemahan yang dibangkitkan bagi memastikan perkara yang sama tidak berulang; PKENPs dan YIPs hendaklah memastikan semua anak syarikatnya menyediakan Penyata Kewangan mengikut peraturan perakaunan yang berkuat kuasa serta disatukan dengan Penyata Kewangannya bagi mengelakkan memperoleh Laporan Ketua Audit Negara Berteguran setiap tahun atas sebab yang sama; PKENPs hendaklah berusaha meningkatkan prestasi kewangannya dengan mempelbagaikan aktiviti ekonominya bagi membolehkan ia meningkatkan pendapatan dan melunaskan tunggakan bayaran balik pinjaman; dan MPK hendaklah mengambil tindakan proaktif untuk memungut tunggakan cukai taksiran dengan menggunakan peruntukan yang disediakan melalui Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 51

Bahagian V Pembentangan Laporan Ketua Audit Negara Dan Mesyuarat JawATANKUASA Kira-Kira Wang Awam Negeri

BAHAGIAN V PEMBENTANGAN LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA DAN MESYUARAT JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG AWAM NEGERI 7. PEMBENTANGAN LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA MENGENAI PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI DAN AKTIVITI JABATAN/AGENSI SERTA PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN NEGERI Mengikut Perkara 107(2), Perlembagaan Persekutuan, Laporan Ketua Audit Negara mengenai Akaun Kerajaan Negeri yang telah diaudit hendaklah dibentangkan seberapa segera di Dewan Undangan Negeri. Laporan Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Perlis Tahun 2014 berserta Laporan Ketua Audit Negara mengenai Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Perlis Tahun 2014 Siri 3 dan Tahun 2015 Siri 1 telah dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Perlis pada 3 Ogos 2016. 8. MESYUARAT JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG AWAM NEGERI Bagi tempoh bulan Januari 2016 hingga 30 April 2017, Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Negeri (Jawatankuasa) telah bermesyuarat sebanyak empat (4) kali, iaitu pada 24 Jun 2016, 8 November 2016, 17 November 2016 dan 23 Mac 2017. Laporan Jawatankuasa yang telah diadakan bagi tahun 2016 ini kemudiannya telah dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Perlis pada 6 Disember 2016. Perkara yang dibincangkan adalah seperti di Jadual 8.1. JADUAL 8.1 PERKARA YANG DIBINCANGKAN DALAM JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG AWAM NEGERI PERLIS BIL. TARIKH PERKARA YANG DIBINCANGKAN JABATAN/AGENSI NEGERI 1 24 Jun 2016 LKAN 2014 Siri 1 Pengurusan Pengeluaran Bahan Batuan dan Mineral LKAN 2014 Siri 1 Pengurusan Projek Pembangunan Industri Buah-buahan LKAN 2014 Siri 1 Pengurusan Hotel Putra Brasmana Sdn. Bhd. Jabatan Tanah dan Galian Negeri Perlis Jabatan Pertanian Negeri Perlis Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis 2 8 November 2016 LKAN Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Perlis Tahun 2014 LKAN 2014 Siri 3 Pengurusan Bakau Jaya Development Sdn. Bhd. 3 17 November 2016 LKAN 2014 Siri 3 Pengurusan Harta Wakaf 4 23 Mac 2017 LKAN 2015 Siri 1 Pengurusan Kuota Bumiputera Bagi Projek Perumahan Swasta LKAN 2015 Siri 1 Pengurusan Rumpun Teras Sdn. Bhd. Sumber: Jabatan Audit Negara Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perlis Majlis Perbandaran Kangar Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis Jabatan Tanah dan Galian Negeri Perlis Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 55

PENUTUP

PENUTUP Pada umumnya, tahap penyediaan dan penyerahan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Agensi Negeri bagi tahun 2016 adalah baik. Bagaimanapun, kedudukan kewangan Kerajaan Negeri pada 31 Disember 2016 adalah kurang memuaskan berbanding tahun sebelumnya. Prestasi kewangan Badan Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan juga pada tahap kurang memuaskan. Manakala prestasi pelaksanaan projek RMKe-11 pada tahun 2016 adalah amat baik kerana 99.4% projek telah siap dilaksanakan dan mengikut jadual. Prestasi kewangan Kerajaan Negeri masih boleh dimantapkan lagi dan disyorkan tindakan penambahbaikan seperti berikut: a. Kerajaan Negeri disaran meneruskan usaha mengamalkan perbelanjaan secara berhemat, mengurangkan tunggakan hasil/ Pinjaman Boleh Dituntut dan membuat bayaran balik pinjaman mengikut jadual yang ditetapkan supaya kedudukan kewangan berada dalam kedudukan yang lebih kukuh. Projek pembangunan hendaklah dirancang dan dilaksanakan dengan cekap dan berkesan bagi meningkatkan kemakmuran Negeri dan kesejahteraan rakyat. b. Ketua Jabatan/Ketua Agensi perlu mempertingkatkan penglibatan secara hands on dalam urusan kewangan. Sistem check and balance perlu diwujudkan, mengadakan pemantauan secara berterusan, spot check dan penilaian secara berkala terhadap kerja yang dilaksanakan oleh pegawai termasuk memberi latihan untuk meningkatkan kemahiran dan keupayaan pegawai. c. Jabatan/Agensi perlu mempertingkatkan keberkesanan fungsi Unit Audit Dalam (UAD). Antaranya dengan memastikan anggota UAD mendapat latihan dan bimbingan yang secukupnya, menyediakan perancangan audit tahunan supaya pengauditan dapat dilaksanakan mengikut keutamaan, penilaian dibuat secara objektif dan bebas, bukan sahaja berkaitan dengan aspek kawalan dalaman, malahan pengurusan risiko dan tadbir urus organisasi, melaporkan penemuan yang signifikan serta mengesyorkan cadangan yang memberi impak kepada organisasi. JABATAN AUDIT NEGARA Putrajaya 11 Oktober 2017 LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 59

Lampiran

Lampiran I n I LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 63

LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 64 Lampiran II

Lampiran III LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 65

LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 66 Lampiran IV

Lampiran V LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 67

LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 68 Lampiran VI

Lampiran VII LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 69

LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 70

LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 71

LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 72

LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 73

LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 74

LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 75

LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 76

LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 77

LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 78

DICETAK OLEH PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD KUALA LUMPUR, 2017 www.printnasional.com.my email: cservice@printnasional.com.my Tel.: 03-92366895 Faks: 03-92224773

JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA No. 15, Aras 1-5, Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62518 Putrajaya. Tel : +603 8889 9000 Faks : +603 8888 9721