UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA SKIM CUTI SABATIKAL (SCS)

dokumen-dokumen yang mirip
ISI KANDUNGAN SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1-2

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG PEKELILING PENTADBIRAN BILANGAN 2 TAHUN 2011 DASAR DAN GARIS PANDUAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

GARIS PANDUAN DAN PERATURAN PROGRAM CUTI SABATIKAL

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL/INDUSTRI


PERATURAN SKIM SANGKUT INDUSTRI / LATIHAN INDUSTRI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Staf yang ingin mengikuti Latihan Sub Kepakaran hendaklah memenuhi kelayakan berikut:-

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

PANDUAN DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL

PENGUMUMAN PERMOHONAN CUTI SABATIKAL TAHUN 2018

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

PANDUAN DAN PERATURAN CUTI SUB SPECIALITY UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1 3. BENTUK PROGRAM SABATIKAL 2-3

SYARAT-SYARAT TAWARAN BIASISWA SUB KEPAKARAN & PASCA KEDOKTORAN BAGI KURSUS IJAZAH LANJUTAN DI UNIVERSITI-UNIVERSITI DALAM & LUAR NEGARA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKIM KEMUDAHAN PERUBATAN PEGAWAI PENGENALAN

SOAL & JAWAB UNIT CUTI BELAJAR BAHAGIAN SUMBER MANUSIA (BSM)

BAB 12 BIASISWA & AKAUN PELAJAR

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

doktor panel ertinya pengamal perubatan yang bertauliah yang bertugas di klinik panel;

PERMOHONAN CUTI SABATIKAL TAHUN (Sila lengkapkan 3 salinan borang ini)

PERMOHONAN CUTI SABATIKAL TAHUN.. (Sila lengkapkan 3 salinan borang ini)

PEJABAT PENDAFTAR UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA DASAR LATIHAN STAF

POLISI SKIM CUTI BELAJAR STAF BUKAN AKADEMIK (SCuBBA) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA -CB/SCuBBA/P1-

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN UNTUK MENGHADIRI KONFERENSI/WOKSYOP LUAR NEGARA

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

PERJANJIAN PROGRAM SANGKUTAN DI ANTARA

GARIS PANDUAN HADIAH LATIHAN SKIM LATIHAN AKADEMIK BUMIPUTERA (SLAB)/SKIM LATIHAN AKADEMIK IPTA (SLAI)

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN (RMC) GARIS PANDUAN FELO PASCA DOKTORAL

GARIS PANDUAN SKIM POST DOKTORAL UPSI (ISO) /BSM /P02 /GP03

PERJANJIAN SKIM DERMASISWA PENGAJIAN TAHUN ASAS UNIVERSITI SELANGOR SEMESTER (SESI )

GARIS PANDUAN SKIM BANTUAN PASCASISWAZAH UNIVERSITI MALAYSIA SABAH. 1.1 Pemohon mengikuti program pengajian secara Penyelidikan Sepenuh Masa.

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 1997 KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH DOKTOR FALSAFAH) 2007

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 1. TUJUAN

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENAMBAHBAIKAN GARIS PANDUAN CUTI SABATIKAL / CUTI SANGKUTAN INDUSTRI SECARA INBOUND

PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

PEKELILING PERKHIDMATAN UPM BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI

PANDUAN DAN PERATURAN CUTI BELAJAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BAB 10 GAJI DAN EMOLUMEN

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN PEKELILING BENDAHARI BIL. 7 / 2003 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR. KUiTTHO.(PB) 10.12/04 (14) 15 Oktober 2003

PERJANJIAN BIASISWA SELANGORKU TAHUN 2017

PERATURAN PRAKTIKUM UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

SYARAT TAWARAN DAN PERATURAN CUTI BELAJAR / BIASISWA (DALAM NEGARA)

JPA.BPO(S)324/14/9-6 Jld.14 s.k.3 (78) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2013

PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT & PENAMATAN PERKHIDMATAN) AHSAN AHMAD BAHAGIAN SUMBER MANUSIA JABATAN PENDAFTAR

PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 TAHUN 2013 TATACARA PERMOHONAN DAN PELARASAN WANG PENDAHULUAN

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

JPA(S)(K)173/18/Jld.15(30) KERAJAAN MALAYSIA PENURUNAN KUASA MENIMBANG PELANTIKAN SECARA KONTRAK OLEH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENAMBAHBAIKAN DASAR DAN GARIS PANDUAN INSENTIF BAGI STAF PENTADBIRAN YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA

ATURAN-ATURAN PEMBIAYAAN IHSAN QARDHUL HASSAN. Aturan-aturan ini adalah dinamakan Aturan-aturan Pembiayaan Ihsan Qardhul Hassan Koperasi.

PERJANJIAN LATIHAN KEMAHIRAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PADA HARIBULAN 20

GARIS PANDUAN PENANGGUNGAN KERJA

SESI PERKONGSIAN PERKARA-PERKARA BAHARU TADBIR URUS SUMBER MANUSIA UPM

Universiti Malaysia PAHANG

DASAR DAN GARIS PANDUAN INSENTIF BAGI STAF PENTADBIRAN YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN

TAFSIRAN. Sebarang tempoh seseorang pegawai tersebut dibenarkan meninggalkan tugasnya (dikira sebagai putus perkhidmatan)

PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

SKIM PERKHIDMATAN KESIHATAN PELAJAR. (pindaan 2013)

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

GARIS PANDUAN PELANTIKAN PEMBANTU PENYELIDIK SISWAZAH, PEMBANTU PENYELIDIK, FELO PENYELIDIK DAN PASCA DOKTORAL

DASAR PERTUKARAN PEGAWAI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

GARIS PANDUAN CUTI PENYELIDIKAN. Tarikh KuatKuasa: 10/03/2008 Tarikh Kemaskini: Unit Latihan, Bahagian Sumber Manusia. Nombor Telefon:

iii. Pekeliling Perkhidmatan Bil.29 Tahun 2009; iv. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.5 Tahun 2009; v. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.

PERMOHONANPENUBUHAN PERSATUAN/KELAB PELAJAR

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. UTHM/PP/100-6/3 Jld 9 (05) 2009 PEKELILING PENGURUSAN BIL. 05/2009

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEKELILING PENGURUSAN BIL. 32/2008 PELAKSANAAN SKIM CUTI PENEMPATAN INDUSTRI STAF AKADEMIK

GARIS PANDUAN PROGRAM SANGKUTAN

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2004 PANDUAN PERTUKARAN PEGAWAI AWAM

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PERMOHONAN CUTI TANPA GAJI DAN CUTI SEPARUH GAJI BAGI KAKITANGAN TETAP

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI. UTHM.PB/100-6/4/ 1( 19 ) 06 Oktober 2008 PEKELILING BENDAHARI BIL. 13 /2008

FAKULTI KOMPUTERAN PANDUAN PEPERIKSAAN AKHIR

(PPG/KDPM KDC-Pin.2/2014) No. Pendaftaran Institut...

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 14 TAHUN 2005

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA


Pengambilan balik pinjaman yang melampaui tempoh

GARIS PANDUAN ELAUN KEMUDAHAN KOMPUTER/NOTEBOOK KEPADA PENSYARAH DAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

PERMOHONAN CUTI TANPA GAJIDAN CUTI SEPARUH GAJI BAGI KAKITANGAN TETAP (TidaktermasukCutiMenjagaAnak)

GARIS PANDUAN PELANTIKAN FELO KOLEJ KEDIAMAN. (1) Kakitangan Pengurusan dan Profesional Universiti Malaya yang berjawatan tetap atau kontrak; atau

BAHAGIAN A DASAR PENGAMBILAN PELAJAR

JPA(L)S. 175/4/1-1 KLT. 17 ( ) Siri No.

PEJABAT PENDAFTAR UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA DASAR LATIHAN STAF

PERJANJIAN PINJAMAN PENDIDIKAN

DASAR dan GARIS PANDUAN PERUNDINGAN Universiti Teknologi MARA

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. UTHM/PP/100-6/3 JLD 11 ( 100 ) 31 Julai 2014 PEKELILING PENGURUSAN BIL.9 TAHUN 2014

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.2 (3) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2014 KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK

GARIS PANDUAN DAN KRITERIA KENAIKAN PANGKAT STAF AKADEMIK UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 1/12 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN GERAN BRING YOUR OWN DEVICE (BYOD)

MEMORANDUM PENERIMAAN

Universiti Malaysia PAHANG

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2009

ATURAN-ATURAN MODAL SYER. Aturan-aturan ini adalah dinamakan Aturan-aturan Modal Syer Koperasi.

PERJANJIAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN GURU ANTARA KERAJAAN MALAYSIA DAN ZURAIDA HAMSIAH BINTI MOHAMED NASIR

GARIS PANDUAN PELANTIKAN PENTADBIR AKADEMIK

PENGURUSAN KERJA LUAR STAF

Transkripsi:

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA SKIM CUTI SABATIKAL (SCS) Pada menjalankan kuasa yang diberikan kepadanya oleh Seksyen 19 Perlembagaan Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Lembaga Pengarah menurut peruntukan seksyen tersebut membuat Skim berikut: Nama dan Tarikh Penguatkuasaan 1. Skim ini hendaklah dikenali sebagai Skim Cuti Sabatikal (SCS) Universiti Teknikal Malaysia Melaka dan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh Lembaga Pengarah meluluskan Skim ini. BAHAGIAN I TAFSIRAN 2. Dalam Peraturan ini melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna yang lain: 2.1 Cuti Sabatikal ertinya cuti yang diluluskan kepada staf yang layak untuk tujuan pengajian atau penyelidikan dalam pelbagai bidang untuk menambahkan pengalaman dan pengetahuan yang terbaru atau penulisan buku ilmiah atau mana-mana gabungan di antaranya; 2.2 Lembaga Pengarah ertinya Lembaga Pengarah Universiti Teknikal Malaysia Melaka; 2.3 Naib Canselor ertinya Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka; 2.4 Ketua Pusat Tanggungjawab ertinya Ketua Pusat Tanggungjawab hakiki kepada staf yang memohon; 2.5 Staf ertinya Profesor Kanan, Profesor, Profesor Madya, Reader, Pensyarah Kanan dan Pensyarah; 1

2.6 Senat ertinya Senat Universiti Teknikal Malaysia Melaka; 2.7 Universiti ertinya Universiti Teknikal Malaysia Melaka. 2.8 perkhidmatan tiga (3) tahun atau perkhidmatan lima (5) tahun ertinya perkhidmatan yang berterusan selama tiga puluh enam (36) bulan kalendar atau enam puluh (60) bulan kalendar, masing-masing dengan Universiti, dikira, mana yang berkenaan, dan termasuk sebarang tempoh yang dipinjamkan tetapi tidak termasuk apa-apa tempoh berikut: (a) cuti tanpa gaji; (b) cuti separuh gaji; (c) cuti belajar; (d) cuti kerana menghadiri sesuatu program di bawah sesuatu skim latihan yang melebihi tiga (3) bulan; (e) tahan kerja atau penggantungan di bawah mana-mana kaedah tatatertib Universiti; dan (f) tahanan di bawah mana-mana undang-undang berhubung dengan keselamatan Malaysia atau mana-mana bahagiannya, pencegahan jenayah atau tahanan kerana keselamatan; BAHAGIAN II OBJEKTIF 3. Objektif cuti sabatikal adalah bagi meningkatkan nilai tambah kecemerlangan intelek serta produktiviti dalam bidang kepakaran. Ini selari dengan percambahan/konsep ilmu yang sentiasa berkembang. Bagi mencapai matlamat ini, staf dibenarkan menjalani cuti sabatikal untuk aktiviti-aktiviti berikut: 3.1. Pengajaran yang berkaitan dengan bidang kepakaran staf di Universiti yang terkemuka di luar negeri bagi tujuan perkongsian dan peningkatan pengetahuan akademik; dan 3.2. Penyelidikan dalam bidang pengkhususan; 3.3. Penulisan buku karya asal/asli dengan syarat staf hanya menulis satu buku sahaja dalam tempoh sabatikal yang diluluskan. Kebenaran yang diberikan 2

adalah hanya untuk menyudahkan penulisan sahaja dan bukan permulaan penulisan; 3.4. Mengikuti kursus/latihan yang berkaitan dengan bidang kepakaran staf. BAHAGIAN III SYARAT PERMOHONAN 4. Staf adalah layak diberi cuti sabatikal sekiranya : 4.1. seorang warganegara Malaysia; 4.2. berjawatan tetap dan telah disahkan dalam jawatan; 4.3. mempunyai Ijazah Doktor Falsafah. Walau bagaimanapun, pengecualian boleh diberi kepada staf yang tidak boleh meneruskan pengajian ke peringkat Ijazah Doktor Falsafah disebabkan syarat umur tertakluk kepada kelulusan Universiti. 4.4. umur tidak melebihi: i) Dua puluh empat (24) bulan kalendar sebelum tarikh bersara wajib pada tarikh staf akan menghabiskan cuti sabatikalnya, sekiranya diambil setelah genap perkhidmatan lima (5) tahun; atau ii) Dua belas (12) bulan kalendar sebelum tarikh bersara wajib pada tarikh staf akan menghabiskan cuti sabatikalnya, sekiranya diambil setelah genap perkhidmatan tiga (3) tahun. 4.5. telah menyempurnakan perkhidmatan tiga (3) tahun atau perkhidmatan lima (5) tahun : i) mulai tarikh pelantikan pertama sebagai staf dalam perkhidmatan Universiti; atau ii) mulai tarikh lapor diri selepas tamat cuti sabatikal yang terakhirnya; atau iii) mulai tarikh lapor diri selepas tamat cuti belajar yang terakhirnya; atau 3

iv) mulai tarikh lapor diri selepas tamat Cuti Separuh Gaji/Cuti Tanpa Gaji yang terakhir. 4.6. Program dan tempat sabatikal dipersetujui oleh Ketua Pusat Tanggungjawab. BAHAGIAN III PERMOHONAN DAN KELULUSAN 5. Permohonan cuti sabatikal hendaklah: 5.1. Dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Cuti Sabatikal yang dikeluarkan oleh Universiti (no. Borang) dan disertakan bersama perancangan kerja cuti sabatikal yang hendak dijalani serta hasil yang dijangkakan daripada program; Permohonan 5.2. Dikemukakan kepada Jawatankuasa Cuti Belajar, melalui Ketua Pusat Tanggungjawab masing-masing dalam tempoh yang tidak kurang dari tiga (3) bulan kalendar sebelum tarikh cadangan memulakan Cuti Sabatikal. 5.3. Kelulusan permohonan adalah berdasarkan pertimbangan Jawatankuasa Cuti Belajar Universiti. Kelulusan 5.4. Staf yang telah diluluskan sesuatu program cuti sabatikal tidak boleh menukar program tersebut tanpa mendapat kebenaran bertulis dari Universiti. 6. Kelulusan permohonan cuti sabatikal ini adalah tertakluk kepada memenuhi syarat di atas dan peruntukan kewangan Universiti. TEMPOH 7. Tempoh cuti sabatikal bagi staf yang genap perkhidmatan tiga (3) tahun secara berterusan ialah selama lima (5) bulan kalendar dan bagi staf yang genap perkhidmatan lima (5) tahun secara berterusan ialah sembilan (9) bulan kalendar. 4

8. Tempoh-tempoh ini adalah tempoh yang maksimum diberi kepada staf yang layak mengikut genap perkhidmatan mereka. TEMPAT 9. Cuti sabatikal boleh dijalankan di dalam dan/atau di luar negeri. 10. Sekiranya cuti sabatikal diambil sebaik sahaja genap perkhidmatan tiga (3) tahun, cuti sabatikal hendaklah dijalankan sepenuhnya di dalam negeri. Dalam keadaan khas dan jika difikirkan perlu, Universiti boleh meluluskan cuti sabatikal untuk dijalani di luar negeri sepenuhnya atau sebahagiannya tetapi; 10.1. staf tidak berhak dan tidak boleh dibayar apa-apa perbelanjaan perjalanan, yuran atau bench fee mana yang berkenaan, rawatan kesihatan dan elaun pakaian panas, dan 10.2. staf hanya akan dibayar elaun sara hidup mengikut kadar dalam negeri. 11. Sekiranya cuti sabatikal diambil sebaik sahaja genap perkhidmatan lima (5) tahun: 11.1. Cuti sabatikal hendaklah dijalankan di satu tempat sahaja, kecuali dalam keadaan khas dan jika difikirkan perlu, Universiti akan mempertimbangkan permohonan staf untuk menjalani cuti sabatikal yang melebihi dari satu tempat; Genap 5 tahun perkhidmatan 11.2. Sekiranya cuti sabatikal itu didapati oleh Universiti boleh dijalani dalam negeri, staf hendaklah menjalaninya dalam negeri; 11.3. Sekiranya cuti sabatikal itu tidak dapat dijalani dalam negeri, staf boleh menjalaninya di luar negeri, tertakluk kepada kelulusan dan peruntukan kewangan Universiti; 11.4. Sekiranya cuti sabatikal itu memerlukan staf menjalaninya dalam negeri dan di luar negeri, dengan syarat program yang dijalani di luar negeri hendaklah tidak kurang daripada satu (1) bulan kalendar, staf boleh 5

menjalaninya tertakluk kepada kelulusan dan peruntukan kewangan Universiti. 11.5. Bagi menggalakkan pengantarabangsaan Universiti, staf boleh dibenarkan menjalani Cuti Sabatikal sepenuhnya di luar negeri sekali sepanjang tempoh perkhidmatan. EMOLUMEN DAN ELAUN 12. Staf yang telah diluluskan cuti sabatikal akan dibayar emolumen yang layak baginya mengikut jawatan hakikinya dalam tempoh cuti sabatikal tersebut. 13. Sepanjang tempoh cuti sabatikal, staf tidak akan dibayar elaun kritikal, elaun memangku, elaun tanggungan kerja atau apa-apa elaun khas pentadbiran. 14. Staf yang diluluskan cuti sabatikal akan dipertimbangkan: 14.1. Dalam Negeri i) Elaun Sara Hidup mengikut kadar tempatan yang berkuatkuasa; ii) Elaun Buku RM 750 sekali; iii) Elaun Perjalanan sekali pergi dan sekali balik; iv) Kemudahan rawatan perubatan mengikut Skim Perkhidmatan Perubatan Staf. Sekiranya tiada perkhidmatan doktor Jawatankuasa Universiti di tempat berkenaan, staf hendaklah mendapatkan rawatan di hospital atau klinik kerajaan. Universiti tidak akan menanggung kos rawatan dan perubatan di hospital atau klinik swasta. Elaun Dalam Negeri 14.2. Luar Negeri i) Elaun Sara Hidup mengikut kadar luar negeri dengan syarat program yang dijalani di luar negeri tidak kurang dari 6 bulan merujuk kepada elaun yang sedang berkuatkuasa; ii) Elaun pakaian panas (jika layak) mengikut pekeliling yang berkuatkuasa. iii) Elaun Buku mengikut kadar luar negeri dengan syarat program yang dijalani di luar negeri tidak kurang dari 4 bulan merujuk kepada elaun yang sedang berkuatkuasa; Elaun Luar Negara 6

iv) Elaun penempatan/akhir pengajian dibayar dengan syarat cuti sabatikal adalah selama 9 bulan di luar negeri. v) Tambang kapal terbang pergi balik mengikut kadar paling murah. vi) Insurans kesihatan selama tempoh cuti sabatikal yang dijalani di luar negeri tertakluk kepada had tidak melebihi USD500.00. 14.3. Yuran atau bench fee di bawah program tersebut. BANTUAN KEWANGAN PIHAK LUAR 15. Staf hendaklah melaporkan kepada dan mendapatkan kelulusan Jawatankuasa Cuti Belajar sekiranya mendapat bantuan kewangan pihak luar. 16. Staf yang mendapatkan bantuan kewangan pihak luar, yuran, perbelanjaan dan elaun yang dinyatakan dalam Para 14, boleh dikurangkan setakat mana dan dengan cara mana yang ditentukan oleh Universiti atau tidak dibayar langsung oleh Universiti. LAPORAN 17. Staf yang menjalani program cuti sabatikal hendaklah mendapatkan laporan kemajuan bertulis daripada penyelianya dan mengemukakan laporan itu kepada Ketua Pusat Tanggungjawab sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sekali. Laporan Kemajuan 18. Staf yang telah menjalani cuti sabatikal hendaklah mengemukakan satu laporan akhir mengenai kerja yang telah dijalankan olehnya di bawah program cuti sabatikal kepada Unit Cuti Belajar melalui Ketua Pusat Tanggungjawab dalam tempoh 30 hari selepas ia kembali dari cuti sabatikalnya. Laporan Akhir 19. Staf yang tidak mengemukakan laporan dalam tempoh yang ditetapkan dalam para 17 dan 18 tidak akan diberi pertimbangan untuk mendapat cuti sabatikal di masa akan datang. 20. Laporan Penyelidikan/tesis/buku atau apa jua hasil dari cuti sabatikal hendaklah dikemukakan kepada Universiti dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tamat 7

Cuti Sabatikal. Apa-apa jua hasil yang diserahkan kepada Universiti adalah menjadi hak Universiti dan atas kebenaran Universiti ianya boleh digunakan sebagai bahan bacaan umum. 21. Selain dari mengemukakan laporan cuti sabatikal, seseorang staf yang diluluskan cuti sabatikal adalah dikehendaki mengeluarkan hasil penyelidikan cuti sabatikalnya dalam bentuk artikel/makalah untuk diterbitkan. Penerbitan 22. Staf yang telah diluluskan cuti sabatikal tetapi gagal menyiapkan program Cuti Sabatikal yang telah dipersetujui akan dikenakan gantirugi kos sebenar yang telah dibelanjakan ke atas staf dalam tempoh cuti sabatikal iaitu emolumen dan elaun cuti sabatikal. Penalti PERJANJIAN PERKHIDMATAN 23. Pemberian cuti sabatikal adalah tertakluk kepada syarat bahawa staf itu hendaklah melaksanakan satu perjanjian dengan dua orang penjamin, mengakujanji akan berkhidmat dengan Universiti selama tempoh; 23.1. dua belas (12) bulan dari tarikh ia melaporkan diri untuk bertugas sekembalinya dari cuti sabatikal jika cuti itu diambil sebaik sahaja genap perkhidmatan tiga tahun; atau 23.2. dua puluh empat (24) bulan dari tarikh ia melaporkan diri untuk bertugas sekembalinya dari cuti sabatikal jika cuti itu diambil sebaik sahaja genap perkhidmatan lima tahun. 24. Surat perjanjian yang lengkap hendaklah ditandatangani sebelum staf memulakan cuti sabatikal. 8

PERLANGGARAN PERJANJIAN 25. Staf dianggap telah melanggar perjanjian sekiranya didapati; Sebab-sebab Pelanggaran Perjanjian 25.1. meninggalkan program cuti sabatikalnya sebelum sempurnanya program itu tanpa persetujuan Universiti; atau 25.2. mendapati cuti sabatikalnya diberhentikan mengikut klausa _ dalam perjanjian; atau 25.3. berhenti daripada atau meninggalkan perkhidmatan Universiti setelah mengakujanji berkhidmat dengan Universiti seperti di para 23; atau 25.4. dibuang kerja daripada perkhidmatan Universiti kerana salah laku, kecuaian atau tidak mengendahkan kewajipan-kewajipannya sebagai seorang staf Universiti; atau 25.5. tidak mahu atau oleh kerana salah lakunya sendiri menjadikan dirinya tidak sesuai berkhidmat atau terus berkhidmat dengan Universiti. 26. Maka dalam mana-mana hal yang demikian, staf berkenaan dan penjaminpenjaminnya hendaklah bertanggungjawab membayar kepada Universiti wang gantirugi bersamaan dengan kos sebenar yang telah dibelanjakan ke atas staf dalam tempoh cuti sabatikal iaitu emolumen dan elaun cuti sabatikal. Gantirugi CUTI REHAT 27. Cuti rehat yang staf layak perolehi dalam tempoh cuti sabatikal adalah dianggap luput dari tarikh ia memulakan cuti sabatikal itu. PENANGGUHAN 28. Staf yang telah diluluskan Cuti Sabatikal boleh memohon penangguhan atas sebab-sebab peribadi ke suatu tarikh tidak lewat daripada dua belas (12) bulan kalendar dari tarikh berkuatkuasa Cuti Sabatikalnya. Permohonan hendaklah Penangguhan oleh staf 9

dikemukakan tidak kurang dari tiga (3) bulan sebelum tarikh memulakan Cuti Sabatikal. 29. Permohonan bagi para 28 hendaklah dibuat kepada Jawatankuasa Cuti Belajar melalui Ketua Pusat Tanggungjawab. 30. Pihak Universiti boleh mengehendaki seseorang staf menangguhkan pengambilan cuti sabatikalnya atas sebab-sebab kepentingan perkhidmatan dengan syarat bahawa tempoh tangguhan itu tidak lebih daripada tiga puluh enam (36) bulan selepas tarikh berkuatkuasa Cuti Sabatikal. Penangguhan oleh Universiti 31. Tempoh penangguhan yang diluluskan di para 30 tidak diambil kira untuk menghitung tempoh perkhidmatan yang disebut di para 7 mengikut mana yang berkenaan bagi maksud cuti sabatikal yang berikutnya. LUPUT KELAYAKAN CUTI SABATIKAL 32. Jika seseorang staf itu tidak mengambil cuti sabatikalnya pada tarikh genap masa atau pada tarikh cuti sabatikal itu ditangguhkan di bawah para 28 atau 30, maka cuti sabatikal itu hendaklah disifatkan luput. 33. Apabila cuti sabatikal diberi kepada seseorang staf maka habislah digunakan kelayakannya untuk mendapat cuti sabatikal walaupun tempoh cuti sabatikal yang diberi kepadanya adalah kurang daripada tempoh maksimum yang dia layak. 34. Sekiranya staf tidak memohon Cuti Sabatikal, maka kelayakan Cuti Sabatikal akan luput dan staf tidak lagi layak mengambilnya sehinggalah tempoh baru tiga (3) atau lima (5) tahun selepas tarikh genap lima (5) tahun kelayakan sebelumnya. 10

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 35. Semasa menjalankan cuti program, staf hendaklah memastikan bahawa program pengajian/penyelidikan yang diluluskan terlaksana sepenuhnya. 36. Sekiranya rancangan cuti sabatikal seseorang staf perlu dipinda, staf berkenaan hendaklah mengemukakan permohonan kepada pihak Universiti melalui Dekan Fakulti/Pejabat/Pusat. 37. Staf semasa menjalani cuti sabatikal adalah dalam perkhidmatan Universiti dan dilarang menjalankan sebarang pekerjaan atau apa-apa aktiviti untuk keuntungan dari pihak atau sumber lain tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran secara bertulis daripada Jawatankuasa Cuti Belajar. Bekerja Atau Menjalani Aktiviti Lain Untuk Keuntungan 38. Staf tidak dibenarkan mengikuti apa-apa program atau kursus lain selain daripada cuti sabatikal yang telah ditetapkan kecuali dengan kebenaran Universiti. Program atau kursus lain selain daripada cuti sabatikal TATA KELAKUAN 39. Semasa tempoh cuti sabatikal staf adalah di bawah kawalan dan tertakluk kepada kaedah dan peraturan tatatertib yang berkuat kuasa di Universiti dan hendaklah berkelakuan selaras dengan tanggungjawabnya terhadap Universiti dan Kerajaan Malaysia. PENAMATAN 40. Universiti berhak menamatkan atau membatalkan kelulusan cuti sabatikal staf pada bila-bila masa yang dirasakan wajar oleh Universiti dan notis penamatan akan disampaikan kepada staf dalam tempoh masa yang munasabah. 41. Sekiranya cuti sabatikal ditamatkan atau dibatalkan perjanjian perkhidmatan yang telah ditandatangani akan disesuaikan dengan keadaan sedemikian. 11

HAK UNIVERSITI 42. Universiti berhak menamatkan atau membatalkan kelulusan cuti sabatikal staf pada bila-bila masa sahaja yang dirasakan wajar 43. Walau apa pun perbekalan dalam peraturan syarat-syarat dan atau menambahnya pada bila-bila masa sahaja tanpa sebarang notis dan staf adalah tertakluk kepada pindaan-pindaan dan atau tambahan-tambahan tersebut. 12