1 BUKA PUASA COMPILATIONS RAMADHAN 1439H/2018 INSTITUT SULTAN ISKANDAR
1439H 2018 Subaidah Mahmee / Azizul Leman / Fazilah Ali / Nor Hayati Ramli / Level 4, Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Ground Floor, Block J1, Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur WWW.UTM-ISI.MY
1439 Ikan Pekasam Goreng 10 minit 2-4 orang Bahan-bahan Potong bawang besar dan cili kering. 2 ekor ikan pekasam 1 biji bawang besar 3 biji cili kering Panaskan minyak dan goreng ikan pekasam dahulu sampai masak dan angkat ikan pekasam ni. Buang sedikit minyak ikan ini dan terus masukkan bawang besar dan cili kering. Goreng sampai bawang manjadi layu. Angkat bawang dan cili terus taburkan ke atas ikan pekasam yang sudah digoreng terdahulu tadi. Dah pun siap hmmm sedap... Azizul Leman
http://thesundaychapter.com/2015/11/greek-frappe-coffee/
1439 Greek-Style Frappe 5 minit Bahan-bahan 1 orang Letakkan Nescafe, gula dan 2 sudu besar air sejuk ke dalam shaker. Tutup dan goncang selama 30 saat sehingga terhasilnya buih 1 1 2 sudu teh Nescafé Classic berwarna coklat cair. sudu teh gula air sejuk Jika tiada shaker, isi bahan di atas tadi ke kiub ais dalam gelas dan boleh gunakan handheld susu segar frother. Isi beberapa ketul ais di dalam gelas tinggi. Tuang bancuhan Nescafe tadi perlahanlahan ke dalam gelas tersebut. Isi gelas tersebut dengan air, dan tambah susu sekiranya mahu. Boleh juga hanya tambahkan susu sahaja sekiranya mahu. Hidangkan terus. Minum dengan straw. Fazilah Ali
1439 Mee Kari 45 minit 5-6 orang Bahan-bahan 1 kg mee kuning di celur dan toskan 500 gram ayam - potong kecil 4 sudu besar rempah kari ayam + kari daging Baba 2 cawan santan pekat 2 cawan santan cair Bahan tumbuk halus 4 ulas bawang putih 1 inci halia Bahan rempah tumis 5 biji buah pelaga 3 kuntum bunga lawang 3 kuntum cengkih 2 tangkai daun kari 1 batang kayu manis 2 biji bawang merah hiris nipis 1 batang serai - ditumbuk Bahan Hiasan dicelur 5 biji bebola ikan dipotong 2 10 biji bebola udang - dipotong 2 10 biji bebola ayam - dipotong 2 3 keping kek ikan - dihiris nipis 10 biji bebola ketam - dihiris nipis 1 Panaskan minyak dalam periuk dengan api sederhana.tumis bahan rempah tumis dan bahan yang ditumbuk halus sehingga naik bau. Bancuh rempah kari bersama air dalam bekas berasingan dahulu dan masukkan ke dalam periuk. Kacau sehingga garing sedikit. 2 Selepas tu masukan ayam dan kacau seketika sehingga separuh masak. Tuang santan cair. 3 Selepas mendidih tuang santan pekat dan kacau kuah tadi supaya tidak pecah minyak. 4 Masukan sedikit garam dan bahan perasa secukupnya. 5 Akhir sekali, hidangkan mee bersama hiasan secukupnya. 8 biji telur - potong 2 bahagian 10 biji tauhu kering - dihiris Sedikit daun bawang - dihiris 2 biji lada merah + lada hijau dihiris nipis 4 biji limau kasturi - potong 2 Taugeh - dicelur Subaidah Mahmee
1439 Ayam Buttermilk Lestari 30 minit 3-4 orang Bahan-bahan 3 ketul besar ayam, bahagian dada 1 tin susu cair/ susu segar 3 ulas bawang putih, hiris halus 1/2 biji bawang besar holland atau bawang besar biasa, potong dadu 3 sudu besar mentega 3 tangkai daun kari 3 biji cili padi Bahan-bahan untuk tepung salutan ayam 5 sudu besar tepung gandum serbaguna 1 biji telur Sedikit garam Air secukupnya 1 Potong dadu isi ayam, bersihkan dan toskan airnya. 2 Sediakan tepung, telur dan ayam dan celup ayam kedalam telur dan tepung. 3 Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan. 4 Dalam kuali, panaskan butter sehingga cair dan tumis bawang putih, cili dan daun kari sehingga naik bau. 5 Masukkan susu cair dan bawang besar. Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi. 6 Masak sehingga kuah sedikit pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Nor Hayati Ramli
1439 Sotong Tersumbat Telur 30 minit 4-6 orang Bahan-bahan 6 ekor sotong saiz besar 6 biji telur (untuk isi yang mampat) 2 biji bawang besar, dicincang halus 1 tangkai cili hijau - buang biji dan cincang halus 1 tangkai cili merah - buang biji dan cincang halus 1 bawang besar, dicincang 1 tangkai daun bawang/ daun sup 100 ml minyak masak Lidi pencucuk secukupnya Tepung Serbaguna Garam secukup rasa 1 Pukul telur, bawang, cili hijau, cili merah, daun bawang dan garam sehingga rata. 2 Panaskan satu sudu makan minyak. Masukkan telur dan kacau hingga hancur. Angkat dan sejukkan. 3 Sumbatkan telur ke dalam sotong. Sematkan kepalanya dengan lidi. Ketepikan. 4 Seterusnya, panaskan minyak di dalam kuali. 5 Sediakan tepung dan telur dan celup sotong didalam telur kemudian tepung. 6 Masukkan didalam minyak yang panas dan balik-balikan sotong sehingga warna keperang-perangan. Nor Hayati Ramli
1439 Makaroni Bakar Mudah 45 minit 4-6 orang Bahan-bahan MAKARONI 1 plastik / 200g Makaroni 150 g daging/ ayam cincang 3 ulas bawang putih dicincang 1 ulas bawang merah dicincang 1 labu bawang besar dipotong dadu 1 tin sos spageti (optional) 1/2 cawan tomato puri 2 sudu besar sos cili 1 sudu sos tiram 2 sudu besar sos tomato 2 sudu besar minyak masak mozarella cheese, cheesalade secukupnya sedikit gula dan garam secukup masa Italian herba - optional, tak guna pun tak ape.. kalau ade lagi best sebab bau ala-ala piza @ italian food gituuu 1 Rebus makaroni di dalam periuk dengan menggunakan sedikit minyak supaya makaroni tidak melekat selama 10-15 minit dan tos kan. 2 Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih, bawang merah dan bawang besar sehingga naik bau. 3 Kemudian masukkan daging/ayam cincang @ daging burger dan kacau sehingga airnya kering. 4 Masukkan puri tomato, sos spaghetti dan gaul sehingga sebati. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, garam dan gula secukupnya. Kacau sehingga pekat dan masukkan sedikit italian herba. 5 Seterusnya masukkan makaroni yang sudah di tos ke dalam kuah tadi dan kacau sehingga sebati. 6 Tutup api dan biarkan seketika. CARA MEMBAKAR MAKARONI 1 Sediakan bekas tahan panas atau bekas aluminium.. 2 Masukkan sedikit makaroni yang siap di goreng di lapisan bawah.. Then lapiskan dengan mozarella cheese ( letak cheese banyak sebab lagi sedap.. hehe..) 3 Masukkan sedikit lagi makaroni di atas nya, dan letak cebisan-cebisan cheesedale dan tabur je mozarella cheese.. 4 Letak sedikit italian herba bagi membangkitkan baunye.. 5 Bakar selama 10-20-30 minit atau hingga keperangan dengan suhu 160c.. Azizul Leman
Level 4, Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Ground Floor, Block J1, Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur W W W. U T M - I S I. M Y
INSTITUT SULTAN ISKANDAR