NO. KAD PENGENALAN ANGKA GILIRAN JABATAN PEDIDIKAN PETALING PERDANA PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2016 2280/2 GEOGRAFI Kertas 2 September 2 jam Dua Jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Tulis nombor kad pengenalan, angka giliran, nama dan tingkatan anda pada petak yang disediakan. 2. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B. 3. Jawab semua soalan di Bahagian A dan tiga soalan Bahagian B. 4. Jawapan bagi Bahagian A hendaklah ditulis pada ruang yang disediakan dalam kertas soalan. 5. Jawapan bagi Bahagian B hendaklah ditulis dalam buku jawapan yang dibekalkan oleh pengawas peperiksaan. Sekiranya ruang dalam buku jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas peperiksaan. 6. Ceraikan Bahagian B daripada kertas soalan ini. Ikat buku jawapan bersama-sama kertas soalan ini dan serahkan kepada pengawas peperiksaan pada akhir peperiksaan. 7. Markah yang diperuntukkan bagi setiap soalan atau ceraian soalan ditunjukkandalam kurungan. 8. Anda dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik dan alat geometri. Untuk Kegunaan Pemeriksa KOd Pemeriksa: Bahagian Soalan Markah Penuh 1 2 A B 2 4 3 4 4 5 5 5 6 10 7 10 8 20 9 20 10 20 11 20 Markah Diperoleh Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak. 0
Bahagian A [40 markah ] Jawab semua soalan. Soalan 1 hingga Soalan 5 berdasarkan peta topo siri 2280/2/2015. Kaji peta ini dengan teliti sebelum menjawab soalan berikutnya. 1 Berikan rujukan grid 6 angka bagi tanda tinggi yang tertinggi di bahagian barat laut peta.. 2 ( a) Encik Sahrul ialah seorang pengurus ladang yang tinggal di Kampung Cengal (RG 716759) dan beliau bertugas di Ladang Tanjong (RG 744774). Berapakah tempoh masa yang perlu diambil oleh Encik Sahrul untuk sampai ke tempat kerjanya mengikut jalan raya sekiranya masa perjalanan bagi 1 kilometer ialah 10 minit?. (b) Berapakah bearing jambatan kayu ( RG 659741) dari Gunung Sagu ( RG 684776)?.. Soalan 3 berdasarkan segi empat grid berikut. 81 64 66 79 3 (a) Berikan dua ciri fizikal yang terdapat dalam segi empat grid tersebut. (b) Nyatakan dua ciri budaya yang terdapat dalam segi empat grid tersebut. 1
Soalan 4 berdasarkan segi empat grid berikut. 76 68 70 74 4 (a) Sebuah syarikat pemaju perumahan berhasrat membina projek kondominium di segi empat grid di atas. Pada pendapat anda, mengapakah projek tersebut tidak wajar dilaksanakan? (b) Cadangkan dua langkah bagi mengatasi kesan pembangunan tersebut terhadap alam sekitar. 5 (a) Jelaskan tiga faktor yang mempengaruhi perkembangan Bandar Aman Jaya. (b) Kemukakan dua kegiatan ekonomi yang tidak menjejaskan alam sekitar yang berpotensi dijalankan dalam segi empat grid di bawah. 77 66 67 76 (i) 2
Soalan 6 berdasarkan foto 1 di bawah. FOTO 1 6 (a) i. Nyatakan pandang darat budaya yang terdapat dalam foto 1. [1 markah ] ii. Di peringkat sungai manakah terdapat pandang darat budaya tersebut? [1 markah ] (b) Jelaskan kepentingan pandang darat budaya tersebut kepada manusia. (c) Mengapakah pembinaan ciri budaya dalam foto 1 seringkali mendapat tentangan daripada Badan Bukan Kerajaan (NGO ) seperti WWF? (d) Cadangkan dua langkah yang boleh dijalankan untuk mengurangkan kesan pembinaan ciri budaya di atas. 3
Soalan 7 berdasarkan foto 2 di bawah. FOTO 2 7 (a) Apakah kegiatan ekonomi yang berpotensi diwujudkan dalam foto 2. (i) (ii) (b) Nyatakan ciri-ciri fizikal yang menggalakkan kegiatan ekonomi yang anda nyatakan di 7 (a)? (ii) (c) Jelaskan kesan penerokaan tanah tinggi terhadap manusia dan alam sekitar. (d) Cadangkan langkah-langkah yang sesuai untuk memastikan kawasan tanah tinggi terpelihara. 4
Bahagian B [60 markah ] Jawab tiga soalan sahaja. 8 ( a) Jadual 1 menunjukkan perubahan penduduk negara X antara tahun 1995 hingga 2015. TAHUN JUMLAH PENDUDUK 1995 40 juta 2005 38 juta 2015 36 juta Terangkan faktor yang mempengaruhi perubahan penduduk tersebut. (b) Terangkan kesan kependudukan di negara yang mempunyai ciri penduduk berikut. Bilangan penduduk sedikit Sumber tidak terhad (c ) Kemukakan usaha-usaha untuk mengatasi kesan kependudukan di 8 (b). IPOH KUALA LUMPUR Foto 3 (d) Mengapakah mingrasi penduduk dalam foto 3 berlaku? 9. ( a) Pada peta 1 ( Peta Malaysia ) pada muka surat 8 namakan : I. Bandar teknologi maklumat bertanda P II. Bandar sempadan bertanda Q III. Bandar pentadbiran bertanda R IV. Terminal kereta api bertanda S 5
FOTO 4 (b) Pengangkutan dalam foto 4 telah semakin berkembang di negara kita. Huraikan sumbangan pengangkutan tersebut penduduk sekitar. (c ) Petempatan bandar dan luar bandar saling bergantung antara satu sama lain. Jelaskan. (d) Syarikat telekomunikasi tempatan Telekom mampu bersaing dengan syarikat telekomunikasi global seperti Singtel ( Singapura). Nyatakan alasan anda. 10. (a) Mengapakah tenaga biomas berpotensi dimajukan di Malaysia? SEBELUM SELEPAS FOTO 5 (b) Foto di atas menunjukkan kawasan tumbuhan semula jadi sebelum dan selepas diteroka. Nyatakan faktor yang menyebabkan perubahan tersebut. ( c ) Jelaskan kesan-kesan penerokaan sumber dalam foto 5. ( d ) Terangkan kepentingan hutan paya bakau kepada ekosistem setempat. 6
11 Jaduan 2, menunjukkan jumlah pengeluaran tanaman kontan di Semenanjung Malaysia antara tahun 2010 hingga 2012. Jenis Tanaman TAHUN ( Tan Metrik) 2010 2011 2012 Kelapa sawit 6200 9800 11000 Getah 5000 7400 8000 (a) Berdasarkan jadual 2, lukiskan sebuah graf bar yang menunjukkan jumlah pengeluaran tanaman kontan di Semenanjung Malaysia antara tahun 2010 hingga 2012 pada kertas graf. Gunakan skala 1 cm mewakili 1000 tan metrik. [10 markah ] (b) Kemukakan teknik pertanian yang dapat meningkatkan kesuburan tanih. (c) Hampir 80% sungai di Malaysia telah tercemar sehingga menjejaskan ekosistem sungai. Jelaskan kegiatan-kegiatan manusia yang mencemarkan sungai tersebut. 7
GEOGRAFI KERTAS 2 Peta 1 untuk soalan No. 9 (a ) halaman 5 P S R Q Peta 1: MALAYSIA P Q R S 8